pemulihan dan pengayaan (modul 2l)

Download Pemulihan Dan Pengayaan (MODUL 2l)

Post on 30-Jul-2015

429 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

UNIT 1/5

PEMULIHAN dan PENGAYAAN

Sinopsis Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui, memahami, dan mengaplikasikan konsep-konsep pemulihan dan pengayaan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Tajuk-tajuk yang diliputi ialah konsep pemulihan dan pengayaan, langkah-langkah pelaksanaan, aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan, dan cara penyimpanan rekod.

Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: i. ii. iii. iv. memahami sejelas-jelasnya konsep pemulihan dan pengayaan; membuat refleksi tentang masalah pembelajaran Bahasa Melayu melalui pengamatan dan pengalaman di bilik darjah; merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; menjelaskan teknik penyimpanan rekod pembelajaran murid bagi tujuan melaksanakan aktiviti pemulihan.

Anda digalakkan melaksanakan aktiviti bacaan luas dengan mengakses maklumat di internet atau merujuk sumber bacaan yang berautoriti tentang aspek-aspek pemulihan dan pengayaan dalam konteks pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu.

1

TAJUK 1.1

PEMULIHAN

1.1.1. Konsep Pemulihan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. Blair (1956) Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi menghalangnya dapat diatasi. kemahiran. O. C. Simpson (1975) Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan biasa. Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran keperluan

kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan

Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) 2

Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

Rumusan Konsep Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa. Anda mungkin seorang yang suka akan cabaran. Cuba anda layari lelaman yang berkaitan untuk mengenal pasti judul buku yang ditulis oleh penulis yang dikemukakan di halaman 2. Selamat mencuba, semoga berjaya.

Anda telah mendapat maklumat asas tentang konsep pemulihan. Fahamkah anda konsep ini? Untuk memantapkan pemahaman anda, sila rujuk sumber-sumber yang berkaitan di perpustakaan. Catat maklumat baru yang anda peroleh itu.

1.1.2. Program Pemulihan ... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah... (Buku Panduan Am KBSR, 1982) Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.

3

Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas. Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara muridmurid pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa. 1.1.2.1. Objektif Pendidikan Pemulihan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran tertentu; Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran; Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran; Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka; Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu; Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;

7.

Membolehkan masing-masing.

murid

meneruskan

pelajaran

mereka

dalam

sistem

persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan Anda telah meneliti konsep pemulihan dan objektif pendidikan pemulihan. Terjemahkan kefahaman anda itu menerusi lakaran peta konsep yang bersumberkan objektif di atas. Gunakan kreativiti anda. Selamat mencuba!

4

Bagaimanakah pemahaman anda sekarang? Semakin meningkat atau tiada perubahan apa-apa? Sila layari lelaman yang sesuai dan perkayakan lagi maklumat tentang pemulihan.

Berdasarkan bahan yang telah anda baca di atas, teliti rasional pemulihan di bawah.

RASIONAL PEMULIHAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Mengembangkan potensi individu

Perbezaan Murid Pengalaman Minat Kebolehan

Mengatasi masalah rendah diri murid

Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran

Meningkatkan penguasaan kemahiran

Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.

5

1.1.2.2. Jenis-Jenis Pemulihan Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks) Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai 3M, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan. Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan) Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta. 1.1.2.3. Ciri-Ciri Murid Pemulihan 1. Lemah dalam penguasaan 3M 2. Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak 3. Lemah dari segi koordinasi mata dan tangan 4. Singkat tahap tumpuannya 5. Kurang keyakinan diri 6. Lambat bertindak balas 7. Gagal dalam ujian 8. Sukar menguasai pelajaran dalam masa yang ditentukan 9. Lemah dari segi ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan 10. Rendah darjah kecerdasannya berbanding dengan rakan sebayanya 11. Seringkali sakit 12. Kerap ponteng sekolah 13. Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah 14. Bermasalah tingkah laku 15. Sukar mengawal emosi

1.1.2.4. Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas Pemulihan Biasa guru ada asas latihan keguruan Pemulihan Khas ada asas perguruan dan kursus khas dijalankan pada waktu tertentu hanya melibatkan mata-mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik

dijalankan semasa proses p - p kelas biasa perlu pada setiap mata pelajaran yang diajar

6

Pemulihan Biasa

Pemulihan Khas

murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan ujian bulanan atau penggal tidak perlu ujian saringan atau diagnostik

murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan ujian pencapaian bagi setiap kemahiran perlu ujian saringan dan diagnostik penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran pemulihan dilakukan secara khusus keutamaan murid tahap dicalonkan oleh guru kelas 1 yang

tidak memerlukan rekod yang terperinci kekal dalam kelas pemulihan umum dilakukan secara

murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran

pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru bilangan murid tidak dihadkan jadual berdasarkan pelajaran yang diajar mata

perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah bilangan murid maksimum 15 orang j