tugasan kumpulan pengayaan diri blog

Download Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

If you can't read please download the document

Post on 28-Jul-2015

57 views

Category:

Education

7 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1. 1 PENGAYAAN DIRI : PEMBANGUNAN BLOG DAN LAMAN WEB (MTS 3042) TAJUK : PERBANDINGAN BLOG DAN LAMAN WEB AHLI KUMPULAN : BIL NAMA NO MATRIK 1. SITI NUR ASYIQIN BINTI ROSLI D20131064365 2. NORRAHEZA BINTI JAAFAR D20131064367 3. LATIFAH NUR HANIZAH BINTI MOHAMMAD ANUAR D20131064360 4. MOHAMAD IZHAM BIN AHMAD NORBI D20131064377 KUMPULAN : C SEMESTER/SESI : SEMESTER 2 (2013/2014) NAMA PENSYARAH : PUAN SAIRA BANU BINTI OMAR KHAN 2. 2 Pengenalan Pembangunan blog dan website merupakan kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti dibawah sub-kursus penggayaan diri. Tugasan yang diberikan secara berkumpulan dan tajuk yang diberikan ialah membandingkan serta menilai kriteria laman web attau blog yang berkualiti.Tugasan ini memerlukan setiap pelajar mencari laman web atau blog yang mempunyai perbezaan ketara dari segi kriteria yang telah ditetapkan. Pelajar juga digalakan mengambil 2 jenis blog atau web yang berbeza bagi memudakan segala penilaian dapat dilakukan dengan jelas dan tepat. Kami memilih untuk menilai website berbanding blog disebabkan kandungan website lebih banyak dan mudah dinilai berbanding blog. Web yang menjadi dipilih bagi memenuhi tugasan ini ialah laman portal rasmi Majlis Perbandaran Shah Alam dan Majlis Perbandaran Kuantan. 3. 3 1.0 Mengoptimumkan pengalaman pengguna Masa yang diperuntukkan untuk melayari laman web (http://www.mbsa.gov.my/) adalah lebih pantas berbanding laman web ( http://www.mpk.gov.my/ ). Hal demikian berlaku mungkin disebabkan oleh gambar yang terlalu banyak dalam laman web tersebut. Selain itu, reka bentuk bagi laman web ( http://www.mbsa.gov.my/ ) juga adalah lebih mudah untuk dilayari dan mudah bagi pengguna untuk mencari maklumat. Hal demikian adalah disebabkan oleh penyusunan kotak menu yang terdapat dalam laman web tersebut. Rajah 1 : Laman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuantan Rajah 2: Perkhidmatan atau pautan yang disediakan di laman web rasmi Majlis Perbandaran Kuantan. 4. 4 Rajah 3: Kategori yang diletakkan di laman utama portal rasmi Rajah 4 : Pautan yang disediakan di laman web tersebut 5. 5 2.0 Pautan dan label Rajah 5: Pautan dan label yang mudah diakses Pautan dan label yang digunakan dalam Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuantan adalah lebih jelas dan memudahkan pengguna untuk mencari sesuatu maklumat. Dalam laman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuantan ini, pautan dan label digunakan dalam bentuk teks seperti Laman Utama, Info MPK, Info Kuantan, Perkhidmatan, Berita & Peristiwa serta Sumber. Pelanggan yang mahu menggunakan laman portal ini hanya perlu ke label yang disediakan bagi mencari sesuatu maklumat. Berbeza pula dengan laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam. 6. 6 Rajah 6 : Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Shah Alam Laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam turut menggunakan teks dalam pautan dan label namun berbeza daripada pautan pada laman portal Majlis Bandaraya Kuantan. Pautan yang digunakan dalam laman web Majlis Bandaraya Shah Alam adalah secara umum dan ini agak menyukarkan pengguna untuk mencari sesuatu maklumat. Pautan yang digunakan adalah MBSA, Komuniti, Shah Alam dan Warga MBSA. 7. 7 3.0 Page layout Laman portal Majlis Bandaraya Shah Alam meletakkan item-item penting secara konsisten yang mana keseluruhan item diletakkan di dalam kotak yang mana di atasnya mempunyai maklumat utama pencarian. Kotak disusun secara konsisten dan tidak berselerak pandangan pengunjung laman tersebut. Rajah 7: Laman Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam Bagi portal rasmi Majlis Perbandaran Kuantan pula, maklumat pencarian boleh dilihat agak tidak konsisten, sedikit tidak teratur, yang mana mempunyai maklumat pada bahagian tengah dan kedua-dua sisi bahagian tepi laman tersebut yang mana padat dan agak menyerabutkan mata pengunjung yang ingin mencari maklumat di laman portal tersebut. Rajah 8 : Laman Majlis Perbandaran Kuantan 8. 8 Item-item penting pada laman rasmi portal Majlis Bandaraya Shah Alam diletakkan dibahagian tengah secara mendatar, yang mana hanya mempunyai 2 barisan maklumat yang mana memuatkan 6 kotak yang mengisi senarai item-item daripada maklumat utama yang ingin dicari oleh pengunjung portal tersebut. Penjimatan ruang dapat dilakukan oleh pengunjung. Pada laman portal rasmi Perbandaran Kuantan, maklumat penting diletakkan dibahagian tengah laman portal secara menegak dan tidak memfokuskan hanya di bahagian atas sahaja, malah ada juga pencarian maklumat di letakkan dibahagian bawah halaman tersebut. Kedua-dua laman tersebut dilihat menyusun halaman untuk kemudahan perbandingan, pada laman portal rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam dapat dilihat maklumat utama yang ingin disampaikan seperti pengumuman, berita, perkhidmatan MBSA, tender sebut harga dan lain-lain diletakkan dibahagian atas dan dihighlightkan. Item yang berkaitan dengan maklumat utama tersebut diletakkan di dalam kotak. Imej-imej pautan juga diletakkan di dalam kotak mengikut ketegori masing-masing. Ini dapat memudahkan pengunjung portal tersebut membuat perbandingan tentang maklumat mana yang mereka ingin dan tidak ingin dicari. Bagi portal rasmi Majlis Perbandaran Kuantan, perbandingan juga boleh dibuat tetapi penyusunan item tersebut agak berterabur. Ada maklumat yang diletakkan di dalam kotak dan ada yang tidak dan tidak tersusun secara konsisten. Portal rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam menyusun maklumat secara mendatar dan menegak. Tapi dapat dilihat lebih banyak penggunaan secara mendatar oleh laman tersebut. : Mendatar, Menegak Rajah 9: Laman Majlis Bandaraya Shah Alam 9. 9 Bagi portal rasmi Majlis Perbandaran Kuantan, hampir keseluruhan item dapat dilihat disusun secara menegak, yang mana pengunjung perlu scroll down untuk mencari maklumat yang berada di bahagian bawah laman tersebut, disebabkan oleh faktor tersebut penggunaan scroll down bagi laman ini juga lebih banyak berbanding laman Majlis Bandaraya Shah Alam yang mana laman tersebut menghadkan penggunaan laman tersebut dengan menyusun maklumat secara mendatar. Kedua-dua laman ini tidak mempunyai scrolling secara horizontal. Rajah 10: Laman Majlis Perbandaran Kuantan 10. 10 4.0 Teks, Grafik, Imej, Multimedia Rajah 11 : Secala keseluruhan laman wab rasmi Majlis Perbandaran Shah Alam Laman Web Rasmi Majlis Bandarya Shah Alam meletakan latar bekang berwarna biru dan tulisan teks berwarna hitam menjadikan portal tersebut jelas kerana warna teks dan latarbelakang berlainan warna dan sesuai dipaparkan manakala logo yang dipamerkan jelas dapat dilihat kerana latarbelakang yang cerah menonjolkan lagi logo yang terdapat disitu. Seterusnya, imej yang digunakan portal ini terlalu ringkas dan sukar difahami kerana tidak berkaitan dengan apa yang ingin disampaikan kepada umum dan label yang perlu diklik untuk ke halaman lain begitu menarik kerana terdapat gambar untuk di klik apabila ingin ke halaman seterusnya. Selain itu, visual yang digunakan konsisten kerana maklumat yang ingin disampaikan berkaitan dengan visual yang dipaparkan memudahkan umum memahami perkara yang disampaikan dan Majlis Pembandaran Shah Alam tidak memgunakan sebarang video ,animasi atau audio, portal ini hanya menggunakan imej sebenar sebagai iklan. Logo bagi Majlis Pembandaran Shah Alam di paparkan di setiap iklan tetapi tidak konsisten kerana berana di kedudukan yang berlainan disetiap iklan yang dipamerkan dan saiz banner yang digunakan amat bersesuaian dengan maklumat yang ingin disampaikan dan menarik untuk dibaca oleh setiap lapisan. 11. 11 Rajah 12 : Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Kuantan Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuantan menggunakan latarbelakang yang agak menarik apabila meletakan warna cerah iaitu biru cerah tetapi tulisan pada latarbelakang tersebut agak tergangu kerana warna biru pada teks tersebut hampir sama dengan warna latarbelakng. Seterusnya logo yang terdapat di situ juga tidak jelas disebabkan penggunaan warna yang tidak sesuai kerana latarbelakang dan logo keduanya adalah warna cerah. Seterusnya, Imej yang digunakan ringkas dan jelas manakalah tulisan terdapat pada portal tersebut mudah difahami dan label untuk diklik hanya terdapat pada nombor untuk ke satu halaman yang lain serta imej yang dipaparkan begitu menarik dan cepat serta mudah untuk difahami. Selain itu, visual yang digunakan konsisten kerana segala pemberitahuan mempunyai kaitan dengan visual dan Majlis Pembandaran Kuantan tidak memgunakan sebarang video ,animasi atau audio, portal ini hanya menggunakan imej sebenar sebagai iklan. Logo hanya di paparkan pada permulaan portal dan saiz banner yang digunakan berpatuan dengan segala maklumat yang ingin disampaikan menjadikan portal ini mudah untuk difahami. 12. 12 5.0 Senarai / List Dalam penyusunan elemen untuk mengoptimumkan tahap pencapaian pengguna, laman Majlis Bandaraya Shah Alam mengoptimumkan pencapaian dengan menyusun item- item secara tersusun di bawah maklumat utama yang dihighlightkan. Pengguna boleh pergi ke capaian yang mereka inginkan dengan cepat, dengan penyusunan item yang teratur. Bagi laman rasmi portal Majlis Perbandaran Kuantan pula kelihatan elemen yang disusun sedikit tidak mengoptimumkan pencapaian pengguna. Penyusunan tidak disusun secara teratur. Maklumat berada di bahagian tengah juga di kedua-dua bahagian sisi laman tersebut. Maklumat penting diletakkan dibahagian atas tengah halaman pada portal rasmi Majlis Bandaran Shah Alam, item-item diletakkan di dalam kotak beserta maklumat utama sebagai panduan untuk ke capaian seterusnya. Bagi laman rasmi portal Majlis Perbandaran Kuantan pula, maklumat diletakkan di serata halaman tersebut, maklumat utama bukan sahaja boleh diperolehi di bahagian atas tengah halaman malah juga boleh diperolehi di bahagian sisi serta di bahagian bawah halaman tersebut. maklumat disusun secara menegak yang mana memerlukan scroll down yang banyak untuk melihat maklumat yang berada di bawah. Penjimatan ruang tidak dilakukan dengan spesifik dan agak berterabur. Kedua-dua halaman portal ini menggunakan format yang bersesuai