tugasan pemulihan dan pengayaan..docx
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kerja Kursus Sem 3 Bahasa MelayuTRANSCRIPT

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
1.0 PENGENALAN
Tugasan ini adalah bertujuan untuk mengupas tentang usaha pemulihan dan pengayaan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya meliputi konsep, objektif dan rasional
pendidikan pemulihan dan pengayaan serta masalah pembelajaran
Tugasan ini juga menerangkan tentang cara mengesan kesukaran pembelajaran serta
cara mengelola dan menggunakan stratergi pengajaran pemulihan yang sesuai dalam kelas
biasa dan kelas khas. Dalam tugasan ini juga disertakan contoh rancangan pengajaran
harian bahan bantu mengajara yang sesuai untuk tujuan tersebut.
Sebelum mengupas tentang pendidikan pemulihan, saya ingin menyorot tentang latar
belakang yang menjadi tunjang kepada dasar pendidikan di Malaysia iaitu Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dasar inilah yang menjadi satu kewajipan bagi pendidik untuk
melaksanakannya. Ianya diwujudkan adalah untuk memastikan setiap warganya diberikan
peluang untuk maju dalam kehidupan khususnya bidang pendidikan.
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.” -Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Justeru, setiap daripada murid di dalam kelas mempunyai hak
untuk dikembangkan bakatnya secara menyeluruh dan bersepadu. Mengambil kira tentang
perbezaan individu, satu program khas telah diadakan bagi memenuhi keperluan mereka
berkaitan bidang pengajaran dan pembelajaran.
Slavin(1997) menyatakan bahawa kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi,
kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di
rumah, jantina, bakat dan minat. Menurut Papalia (2001) manusia juga berbeza dari segi
jantina, ketinggian, berat dan bentuk tubuh badan, gaya hidup, status sosio-ekonomi,
suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah, masyarakat setempat dan sebagainya.
1

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
2.0 KONSEP
Pendidikan Pemulihan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 200: 1245 ,1246 ) “ pulih ” bermaksud
perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep
pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuau
kekurangan atau memperbetul sesuatu.
Pendidikan pemulihan amat penting dalam sistem pendidikan Negara pada masa kini
kerana terdapat hampir 20% daripada kanak-kanak iaitu golongan yang lemah, yang
terpaksa bersaing dengan kanak-kanak biasa atau cerdas untuk menguasai kemahiran-
kemahiran yang perlu dicapai mengikut kehendak sukatan pelajaran yang sama.
Seterusnya, O.C. Simpson ( 1975 ) berpendapat aktiviti pemulihan merupakan tindakan
khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-
pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah ntuk pengajaran
pembelajaran biasa.
Manakala menurut Syarifah Alawiyah Alsagof ( 1983 ) pula pemulihan ialah satu
tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus
yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 : 693 ) mentakrifkan “ pengayaan ”
sebagai perihal ( usaha, proses dan sebagainya ). Pengayaan merupakan aktiviti tambahan
kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan
atau di luar waktu persekolahan.
Mok Soon Sang ( 1990:55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan
untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah,
sama ada dalam kumpulan cerdas,sederhana atau lambat. Menurutnya lagi aktiviti
pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas Justeru, tujuan program pengayaan
2

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh
kemahiran yang sedang dipelajari.
Penglibatan murid-murid dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi
sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri
dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang
belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri
daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan
program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan
kemahiran asas 3M perlu dikuasai lebih awal bagi membolehkan murid-murid
berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan
gaya belajar individu murid mengakibatkan sebahagian mereka agak lambat atau
‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebaya.
Menurut Mat Nor Husin Dan Jais Sahok (1990 :6),pendidikan yang diberikan kepada
pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti
pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak bermasalah. Koh Boh Boon (1982 :2)
pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana tujuannya membaiki
kelemahan pembelajaran yang melibatkan murid-murid lambat,iaitu mereka yang lembab
(lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain).
Aktiviti pemulihan dalam kelas biasa ialah satu usaha untuk menolong murid-murid yang
lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran
lampau.Dengan adanya pendidikan dalam kelas biasa,murid-murid yang lemah akan
merasa diri mereka mendapat perhatian khas daripada guru. Kesedaran ini merupakan satu
bentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan pembelajaran.
Mereka tidak akan berasa diri mereka tersisih.
3

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, pemulihan dalam kelas biasa adalah aktiviti
tambahan yang lebih kompleks,menarik dan mencabar yang bertujuan untuk kemahiran
yang dipelajari. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan menguasai kemahiran yang
diajar dalam setiap pembelajaran. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah
secara berterusan sepanjang pengajaran dan pembelajaran dan diteruskan selepas tamat
waktu mengajar pada hari-hari biasa.
Murid-murid yang cerdas, sederhana dan lemah disatukan di dalam sebuah kelas.
Pengajaran guru berpusat kepada kaedah kelas. Pemulihan hanya dijalankan pada waktu-
waktu tertentu iaitu 20- 30minit sebelum pengajaran selesai. Ini bermakna murid-murid yang
menerima pelajaran pemulihan belajar semasa murid-murid lain membuat latihan mereka.
Guru boleh menggunakan pengelolaan secara perseorangan atau berpasangan dan juga
boleh menggunakan bantuan murid-murid cerdik untuk mengendalikan aktiviti pengukuhan.
Pendidikan Pengayaan
Program pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk
semua murid sama ada cerdas, sederhana atau lemah. Mereka boleh mendapat
pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti 32qyang sesuai
untuk mereka. Aktiviti-aktiviti ini dibentuk supaya menarik dan mencabar selaras dengan
peringkat pembelajaran murid-murid itu.
Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran asas. Aktiviti ini
diberikan kepada murid selepas mereka Berjaya menguasai kemahiran asas tertentu.Murid
menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan.
Program Pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan
minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara
bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad permainan dan
bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka
masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
4

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
3.0 OBJEKTIF PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
Aktiviti pemulihan membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan
kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif
selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka. Aktiviti ini juga dapat memberi
khidmat layanan individu dari segi pembelajaran mengikut kaedah perkembangan intelek
kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain.
Selain itu aktiviti pemulihan boleh memperkembangkan potensi murid-murid
semaksimum mungkin. Aktiviti ini dapat menjadi pendorong kepada bakat yang terdapat
dalam diri murid. Bakat ini akan muncul dengan bimbingan dan perangsang yang baik.
Sebagai salah satu cara bagi meneruskan pembelajaran murid-murid dalam sistem
persekolahan biasa. Maka, dengan cara ini murid lemah juga berpeluang untuk
mendapatkan pendidikan yang sama dengan murid perdana.
Melalui aktiviti ini juga, guru dapat membantu memupuk dan memperkembangkan
konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran. Murid yang lemah dalam pelajaran tidak
akan tersisih dan akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran.
Objektif lain pendidikan pemulihan ialah untuk menyuburkan emosi, mental, sosial dan
intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah. Aktiviti
pemulihan mampu membuktikan bahawa ilmu boleh dikuasai oleh mereka yang lemah.
Akhir sekali, aktiviti pemulihan bertujuan memberi peluang atau keseronokan kepada
murid-murid untuk belajar dan berasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.
Keseronokan inilah yang menjadi pendorong bagi murid tersebut untuk mencuba dan terus
mencuba.
Pelaksanaan Pendidikan Pengayaan juga mempunyai beberapa objektif seperti
membolehkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan
mereka. Ianya juga dapat menambah minat dan pengalaman yang boleh membantu kearah
perkembangan diri.
Aktiviti pengayaan juga melatih murid menggunakan masa lapang yang berfaedah
mengikut keperluan,minat dan bakat mereka. Murid akan meminati dan menguasai bacaan
luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. Murid
5

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
juga akan lebih berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi
membolehkan murid meneruskan pembelajaran seumur hidup.
Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kegiatan serta kebolehan mereka
menilai hasil kerja sendiri. Akhir sekali, aktiviti pengayaan mempunyai asas kepimpinan
untuk diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.
4.0 RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
Dari sudut falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap murid yang
ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Ini selaras dengan
konsep “Pendidikan Untuk Semua”.
Dari sudut teori, pendekatan pengajaran seperti Clinical Teaching telah terbukti berjaya
dan ia merupakan asas kepada pelaksanaan program ini. Rasional seterusnya ialah ia
diwujudkan kerana apabila dilihat dari sudut pencegahan masalah yang dialami oleh setiap
murid akan sulit dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.
Rasional pengayaan pula, pada peringkat permulaan persekolahan, semua murid
didedahkan kepada pengalaman pembelajaran yang sama. Pada hakikatnya,murid-murid
adalah berbeza dari segi fizikal, emosi, minat,mental, bakat,latar belakang sosial dan
sebagainya. Oleh yang demikian, pertimbangan yang wajar harus diberikan
dalammenentukan corak layanan yang diperlukan oleh murid-murid tersebut.
Kesilapan dalam memberikan perhatian dan menyediakan wadah yang sesuai dengan
cirri-ciri murid dan tahap kemampuan mereka boleh menjadi punca masalah kerana ini
berkemungkinan akan membantutkan minat belajar murid. Contohnya,mereka berasa bosan
kerana saban hari dan waktu dihidangkan dengan corak pembelajaran yang sama. Aktiviti
yang dijalankan sama untuk keseluruhan kelas juga boleh menghilangkan keghairahan
untuk belajar terutama bagi murid yang cerdas yang merasai aktiviti tersebut tidak
mencabar kemampuan mereka.
6

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
5.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami dan menghayati secara lisan tentang perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas tentangnya. Sebagai contoh
aktiviti mendengar ialah, mendengar audio, radio, menonton video dan sebagainya.
Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran
mendengar aktif.
Kemahiran mendengar secara pasif ialah sejenis komunikasi sehala iaitu murid
mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi maklum balas secara lisan
disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran. Manakala kemahiran mendengar
aktif pula ialah sejenis komunikasi dua hala iaitu murid memberi tindak balas secara lisan
terhadap sesuatu yang diterima.
Tujuan kemahiran ini adalah untuk mengenalpasti dan mengecam linguistic, tekanan,
intonasi, jeda, dan nada. Memahami pertuturan, arahan dan pesanan orang lain, mengenal
dan mengecam bunyi serta menajamkan pendengaran.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk
menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis
dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan
pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.
Terdapat dua peringkat pertuturan murid-murid di sekolah iaitu pertuturan tinggi dan
pertuturan rendah. Pertuturan tinggi ialah pertuturan yang mengujarkan tentang
menganalisis, membuat inferen, ramalan, pandangan, dan justifikasi. Manakala pertuturan
rendah pula ialah bertutur tentang situasi disekeliling dan pengalaman murid.
Tujuan kemahiran bertutur adalah supaya murid boleh bercakap dengan jelas dan betul,
berani dan yakin serta dapat difahami oleh orang yang mendengarnya. Ianya juga bertujuan
7

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
supaya murid dapat bertutur dengan tatabahasa yang betul dan perbendaharaan kata yang
sesuai.
6.0 MASALAH PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Murid-murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran mendengar berpunca
daripada pelbagai kesukaran. Di antaranya ialah sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi
termasuklah bunyi vokal, konsonan, dan diftong. Pada lazimnya murid yang berbangsa
asing akan mengalami kesukaran dalam kemahiran ini. Bahasa ibunda mempengaruhi
kelaziman mereka mendengar beberapa bunyi vokal seperti bunyi [i] dengan bunyi [e].
Bunyi huruf diftong seperti bunyi [P] dengan bunyi [B] serta bunyi [D] dengan bunyi [T].
Mereka juga tidak berupaya mengajuk sesuatu bunyi, contohnya bunyi kucing. Murid
yang mengalami masalah untuk mendengar bunyi kucing tidak akan dapat mengajuk
dengan tepat bagaimana bunyi itu terhasil. Kedudukan bunyi di dalam mulut juga tidak tepat
akibat kelemahan untuk mengecam bunyi tersebut.
Selain itu, kelemahan murid dari segi pendengaran ialah tidak dapat bertindak balas
terhadap soalan mudah yang didengar, sukar mengingat fakta, sukar memahami dan
mentafsir maksud, sukar mentafsir hubungan antara penutur dalam situasi komunikasi,
gagal mengikut aliran idea dalam perbualan, lemah ingatan pendengaran dan gagal
mematuhi arahan.
Manakala masalah yang dihadapi murid dalam kemahiran bertutur adalah seperti
pengetahuan kosa kata yang terhad, penggunaan dialek yang berbeza mengikut negeri asal
mereka. Contohnya persekitaran di sekolah saya terdapat pelbagai dialek campuran seperti
dialek Selangor, Kelantan, Perak, Kedah dan sebagainya. Mereka juga terpengaruh dengan
pengggunaan bahasa ibunda di rumah.
Di samping itu terdapat juga murid yang lemah dalam kesantunan bahasa. Mereka lebih
cenderung menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan harian. Apatah lagi anak zaman
siber kini lebih terdedah dengan bahasa-bahasa campuran yang tiada langsung
8

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
kesantunannya. Semua masalah tersebut dapat dikesan melalui pemerhatian dan ujian
formatif sepanjang tempoh pembelajaran di dalam kelas.
7.0 CARA MENGELOLA DAN MENGGUNAKAN STRATERGI PENGAJARAN
Setiap murid mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang baik. Justeru, murid
yang lemah pula harus diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang setara dengan
murid arus perdana. Kesilapan mereka harus dibetulkan dan diberi rangsangan serta merta
agar mereka tidak putus asa dan terus berusaha untuk mendapat kejayaan dalam bidang
pelajaran mereka.
Peruntukan waktu amat terhad dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Guru juga harus bijak untuk membahagikan masa ini kepada aktiviti-aktiviti
sambil mengesan pencapaian objektif pembelajaran di dalam kelasnya. Ekoran itu, guru
harus tahu dan mahir cara untuk mengelola dan menggunakan strategi pengajaran untuk
menjayakan aktiviti ini.
Mengenal Pasti Murid
Guru mengenal pasti tahap kebolehan murid yang berbeza. Justeru itu, memudahkan
pengurusan guru untuk membuat pemulihan terhadap murid yang kurang berjaya atau
gagal dalam menguasai sesuatu kemahiran matapelajaran tertentu.
Menganalisis Masalah
Guru perlulah menganalisis masalah berdasarkan aspek mental,emosi, fizikal dan sosial
agar mereka tidak tercicir.Contohnya, murid yang menghadapi masalah pendengaran tidak
dapat menyebut dan bertutur dengan baik.
Membuat Perancangan
Kebijaksanaan guru amat dititikberatkan dalam strategi mengesan murid yang
bermasalah melalui pemerhatian, pentafsiran, rekod prestasi, pentafsiran rekod profil, ujian
kertas dan pensel, temubual dengan ibubapa atau guru darjah.
9

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
Melaksanakan Pengajaran
Pengajaran yang dirancang hendaklah berdasarkan masalah yang hendak diatasi oleh
guru selepas selesai proses penilaian. Aktiviti yang dirancang juga haruslah memenuhi
keperluan kanak-kanak yang ingin diberikan pemulihan.Tahap aktiviti kesukaran haruslah
pada aras yang rendah
Membuat Penilaian Dan Tindakan Susulan.
Langkah -langkah selepas megesan masalah dan punca masalah ialah merancang
pengajaran berdasarkan aktiviti pemulihan yang dirancang,melaksanakan aktiviti, menilai
keberksanan pelaksanaan aktiviti, dan mengambil tindakan susulan yang sesuai. Guru
hendaklah menentukan objektif pembelajaran bagi mengatasi masalah pembelajaran yang
khusus. Contohnya pada akhir pelajaran murid dapat menyebut bunyi ‘r’ dan bunyi ‘d’
dengan betul. Objektif pembelajaran haruslah reallistik dan sejajar dengan kebolehan dan
minat murid.
10
Mengenal Pasti Murid
Menganalisis Masalah
Membuat Perancangan
Melaksanakan Pengajaran
Membuat Penilaian Dan Tindakan Susulan
CARA MENGELOLA DAN MENGGUNAKAN
STRATERGI PENGAJARAN

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 1 Permata
Bilangan Murid : 38 orang (30 lelaki 8 perempuan)
Masa : 8:30 – 9:30 pagi
Tema : Mari Bertani
Tajuk : Buah-buahan tempatan
Standard
Pembelajaran : 1.5.1 – Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.
Objektif
Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid dapat menceritakan tentang buah-
buahan tempatan dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul menggunakan 5 ayat tunggal.
EMK : Keusahawanan
Bahan Bantu
Mengajar
: LCD, komputer riba, CD, powerpoint, gambar pegun, pupet dan
topeng buah-buahan.
11

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
12

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
Set Induksi (5 minit)
Pengenalan tajuk
1. Tayangan video Upin
dan Ipin – Buah-
buahan Tempatan
2. Soalan daripada
guru.
Apakah buah
yang terdapat
dalam video tadi?
Siapakah yang
menjual buah
tersebut?
Siapa di kalangan
kamu yang suka
makan buah
durian dan
rambutan?
1. Murid menonton video Upin dan Ipin
tentang buah durian dan rambutan
2. Murid bersoal jawab tentang buah-buahan
yang terdapat dalam video bersama guru.
BBM : video upin ipin,
komputer riba, LCD
TMK: Tutorial
Pengisian kurikulum:
Ilmu – Kemahiran Hidup
Langkah 1(10 minit)
Membina ayat tunggal
berdasarkan gambar.
Contoh ayat :
Buah durian rasanya
manis.
1. Murid membina satu ayat tunggal dengan
bimbingan guru berdasarkan gambar yang
ditunjukkan.
2. Murid menyebut ayat yang telah dibina
secara kuat.
BBM : Gambar buah
durian
Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Kemahiran Hidup
Nilai – bersyukur
13

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
Kulit buah durian
tajam.
Isi buah durian
berwarna kuning.
Buah durian berbau
wangi.
Kemahiran Bernilai
Tambah:
KB – menjana idea,
Konstruktivisme
Langkah 2 (10 minit)
1. Soalan soal jawab
Apakah nama
buah itu?
Apakah rasanya?
Adakah ia buah-
buahan
tempatan?
Bolehkah ia
dimakan atau
perlu dimasak
dahulu?
2. Membina ayat
tunggal berdasarkan
gambar buah-buahan
lain.
1. Murid bersoal jawab tentang gambar buah
yang ditunjukkan oleh guru untuk
mendapatkan maklumat.
2. Murid menyatakan ciri-ciri buah yang
ditunjukkan oleh guru menggunakan ayat
tunggal.
BBM : borang KWLH,
gambar buah delima
Pengisian Kurikulum:
Nilai – bekerjasama
Kemahiran Bernilai
Tambah:
KB – menganalisis,
KP – verbal-linguistik,
interpersonal
Pembelajaran
Konstruktivisme
Pembelajaran Kontekstual
Langkah 3 (15 minit)
Membentuk kumpulan 1. Murid dibahagikan kepada empat BBM : 4 keping gambar
14

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
dan mengedarkan
gambar bersiri setiap
satu.
Membina perenggan
mudah berdasarkan
gambar.
Membentangkan hasil
perbincangan kumpulan
Menyalin perenggan
karangan
kumpulan.
2. Murid meneliti gambar yang diedarkan
oleh guru.
3. Murid membina perenggan tentang
gambar yang diberi menggunakan ayat
tunggal secara berkumpulan.
4. Murid memilih wakil kumpulan masing-
masing untuk membentangkan perenggan
ayat berdasarkan gambar diberi.
5. Guru mencatat perenggan-perenggan ayat
yang dibentangkan oleh murid di papan
putih.
6. Murid menyusun perenggan yang ditulis
oleh guru dan menyalinnya semula di
dalam buku tulis.
bersiri
Pengisian Kurikulum :
Ilmu – Kemahiran Hidup
Nilai – jujur
Kemahiran Bernilai
Tambah:
KB – menjana idea
Pembelajaran
Konstruktivisme
Pembelajaran Kontekstual
Peneguhan (15 minit)
Situasi : Di pasaraya.
Promosi makan buah-
buahan tempatan.
Soalan Guru
1. Siapa awak?
2. Apakah rasa awak?
3. Bagaimana rupa
Pengayaan :
1. Murid membuat lakonan bersama rakan
lain.
2. Murid melafazkan dialog lakonan
berdasarkan kreativiti sendiri bersama
kawan-kawan.
Pemulihan:
1. Murid membuat persembahan pupet
dengan bimbingan guru.
2. Murid melakonkan pupet bersama guru.
3. Guru menyediakan soalan-soalan untuk
BBM : Topeng polisterin
berupa buah-buahan
tempatan
EMK : Kreatif dan inovatif,
keusahawanan.
KBT:interpersonal, verbal
linguistik
BBM : pupet buah-buahan
dari stokin
15

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
awak?
4. Mengapa awak mahu
orang memakan
awak?
murid menjawab dengan ayat tunggal.
KBT : interpersonal
Konstruktivisme, verbal
linguistik
Penutup (5minit)
Refleksi pembelajaran
Mewarna gambar.
1. Murid menyebut tentang aktiviti yang telah
dijalankan sepanjang tempoh pengajaran
guru.
2. Murid menyatakan perasaan tentang
pembelajaran yang telah diajarkan di
kelas.
3. Murid mewarna gambar buah-buahan
tempatan.
BBM : lakaran gambar
buah-buahan, krayon
Pengisian Kurikulum :
Ilmu – PSV
Nilai – bersyukur
8.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulan, pendidikan pemulihan dan pengayaan merupakan satu usaha
yang sangat murni dan penting. Menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai, aktiviti
16

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
ini bukan sahaja akan membentuk satu masyarakat yang berdaya saing, bahkan dapat
memberi peluang kepada yang kurang berkeupayaan menikmati taraf pendidikan yang
sama rata.
Keperihatinan guru dalam mentafsir keupayaan murid akan mampu membantu usaha ini
dan dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tahap keupayaan murid ini dapat
diukur dengan pemerhatian dan penilaian formatif yang dijalankan sepanjang tempoh
pengajaran dan pembelajaran pada masa itu.
Sebelum melakukan pemulihan, guru harus tahu punca kelemahan murid pemulihan
supaya dapat memperbaikinya dan membantunya untuk mencapai objektif pengajaran.
Menggunakan pelbagai bahan sumber dan aneka aktiviti dapat merangsang murid untuk
terus belajar memperbaiki diri. Bahan sumber pula haruslah selari dengan kemahiran yang
perlu diberi perhatian.
Melalui pengayaan pula, murid berpeluang untuk mengembangkan potensinya. Aktiviti-
aktiviti yang dapat mencabar minda mereka membuatkan mereka berupaya untuk
menyelesaikan masalah dengan cara sendiri. Justeru aktiviti yang dipilih haruslah benar-
benar dapat mencabar keupayaan mereka meneroka dan menyelesaikan masalah.
Sebagai kesimpulannya, aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan satu langkah
penting yang perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya. Ianya merupakan usaha awal untuk memastikan tidak ada murid yang
tercicir pelajaran. Aktiviti yang dijalankan haruslah mendukung objektif asal manakala aras
kesukaran haruslah direndahkan sedikit. Maka, dengan ini diharapkan tiada lagi murid yang
bermasalah dalam kemahiran bahasa serta dapat bersama-sama mendukung hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
REFLEKSI
17

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
Alhamdulillah, akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan Pemulihan dan
Pengayaan Dalam Bahasa Melayu(WAJ3106) ini dengan sempurna. Saya telah mendapat
tugasan ini daripada Cik Hajjah Fatimah bt Idris pada 16 Februari 2013 iaitu pada interaksi
yang pertama lagi. Semasa mendapat soalan tugasan, tidak banyak yang dapat kami
bincangkan bersama pensyarah kerana kami belum lagi merasai pengalaman membina
tugasan ini. Walaubagaimanapun saya mula mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan
soalan tugasan. Bahan tersebut termasuklah buku-buku yang berkaitan, jurnal-jurnal serta
bahan dari internet.
Semasa mencari bahan, saya mengalami kesukaran mendapatkan buku-buku
berkenaan Pemulihan Dan Pengayaan ini. Saya cuba mencari judul buku tentang itu di
Google Book. Apa yang saya dapat ialah sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1985
oleh Utusan Publication. Namun masalah timbul lagi kerana buku tersebut sudah tiada di
pasaran. Carian demi carian saya lakukan, akhirnya saya mengesan buku tersebut terdapat
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mujurlah saya mempunyai kenalan yang belajar di situ.
Setelah dapat meminjam buku tersebut, saya mula membaca dan memahami isi
kandungannya.
Saya amat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekerja yang sangat memahami
serta banyak memberikan idea-idea dan contoh-contoh dalam pemulihan dan pengayaan.
Guru pemulihan khas di sekolah saya juga banyak membantu untuk saya memahami
tentang pemulihan dan pengayaan. Selain itu, saya juga ada merujuk kepada Guru
Cmerlang Bahasa Melayu di sekolah.
Saya juga mencari pengertian pemulihan dan pengayaan daripada buku-buku panduan
pengajaran serta buku Kandungan Standard Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu KSSR.
Hasil pembacaan, saya dapati saya lebih memahami tentang bagaimana hendak mengesan
murid yang perlu diberikan pengayaan dan pemulihan. Saya juga tahu dan faham kaedah
yang sesuai untuk mengendalikan dan mengelolakan aktiviti ini.
Semasa menyiapkan tugasan ini, saya juga cuba mengaplikasikan apa yang saya
ketahui dan faham tentang pemulihan dan pengayaan di dalam kelas. Hasilnya murid saya
lebih memahami dan impak pengajaran saya ialah kesemua murid saya menguasai
kemahiran yang saya ajarkan.
18

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106 2013
Apa yang saya buat dalam tugasan ini telah pun saya praktikkan di dalam kelas. Saya
amat bersyukur kerana tugasan ini membolehkan saya menjadi seorang guru yang
bertanggungjawab memberikan sepenuh perkhidmatan untuk memastikan anak bangsa
saya dilayan dan diberikan peluang yang sama rata dalam pembelajaran tidak kira sama
ada mereka pintar atau lemah.
Saya juga amat berterima kasih kepada Cik Hajjah Fatimah bt Idris kerana dengan ilmu
yang dicurahkan membuat saya lebih tahu dan faham tentang tugas saya sebagai seorang
Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Tanpa beliau, mungkin saya tidak dapat
faham, menghayati serta mewujudkan pembelajaran berkesan dalam pengajaran saya.
Tugasan saya lengkap pada 5 April 2013. Saya berharap dengan tugasan ini, saya
dapat memenuhi kehendak soalan yang diberikan dan yang penting sekali ianya dapat
memberi manfaat kepada pembacanya kerana ianya adalah tugasan yang telah saya uji di
dalam kelas.
Sekian. Terima kasih.
19