pembelaan hak minoriti dan kaum wanita buku

36
1 PEMBELAAN HAK MINORITI DAN KAUM WANITA BUKU 10 PRINSIP ISLAM HADHARI DR. AMINI AMIR ABDULLAH PENGARAH PUSAT ISLAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Pendahuluan Sungguhpun manusia diciptakan sama daripada segi fitrah, namun manusia tergolong ke dalam berbagai kelompok, bangsa, kaum, etnik dan ras. Islam mengiktiraf perbezaan-perbezaan ini dan Allah s.w.t. telah menekankan betapa perlunya manusia Muslim untuk saling mengenali antara satu sama lain. Islam tidak pernah mengabaikan kaum minoriti atau mendiskriminasi antara golongan lelaki dan wanita. Golongan minoriti dan wanita diberikan hak yang sewajarnya dalam menjalani kehidupan sebagai manusia. Pembelaan Golongan Minoriti Dalam Islam Kerajaan dan negara Islam yang pertama terbentuk ialah di Madinah. Masyarakat ketika itu ialah masyarakat berbilang kaum. Pemerintahan Rasulullah telah di terima oleh semua peringkat lapisan masyarakat sama ada orang Islam, Yahudi, Kristian dan Majusi. Mereka hidup dalam aman dan harmoni tanpa merasa tertindas, takut atau didiskriminasi. Hak-hak orang bukan Islam dipelihara oleh perlembagaan negara Islam di Madinah di bawah pemerintahan Rasulullah s.a.w. Orang bukan Islam hidup dalam keadaan biasa sama seperti orang-orang Islam. Keselamatan mereka terpelihara dan terjamin. Sekiranya ada orang Islam yang menggangu gugat orang-orang Islam itu akan dihukum. Dalam sejarah, kebanyakan pemerintah-pemerintah Islam telah menunjukkan contoh-contoh keadilan sosial terhadap rakyat mereka tanpa membeza-bezakan latarbelakang agama (lihat sebagai contoh Anwar Ahmad Qadri (1982), Justice in Historical Islam, New Delhi, Kitab Bhavan). Islam, Hubungan Antara Agama dan Integrasi Di Malaysia, orang-orang Islam telah hidup bersama dengan orang-orang bukan Islam sejak zaman berzaman sepanjang sejarah. Orang-orang Cina cukup luwes dalam pemikiran dan cara hidup mereka. Mereka boleh mengadaptasi dalam kondisi dan bentuk kerajaan dan pemerintahan. Kewujudan orang-orang Cina di bandar-bandar utama dunia menunjukkan

Upload: ina871226

Post on 15-Jun-2015

409 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

1

PEMBELAAN HAK MINORITI DAN KAUM WANITABUKU 10 PRINSIP ISLAM HADHARI

DR. AMINI AMIR ABDULLAHPENGARAH PUSAT ISLAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pendahuluan

Sungguhpun manusia diciptakan sama daripada segi fitrah, namun manusiatergolong ke dalam berbagai kelompok, bangsa, kaum, etnik dan ras. Islammengiktiraf perbezaan-perbezaan ini dan Allah s.w.t. telah menekankan betapaperlunya manusia Muslim untuk saling mengenali antara satu sama lain. Islamtidak pernah mengabaikan kaum minoriti atau mendiskriminasi antara golonganlelaki dan wanita. Golongan minoriti dan wanita diberikan hak yang sewajarnyadalam menjalani kehidupan sebagai manusia.

Pembelaan Golongan Minoriti Dalam Islam

Kerajaan dan negara Islam yang pertama terbentuk ialah di Madinah.Masyarakat ketika itu ialah masyarakat berbilang kaum. PemerintahanRasulullah telah di terima oleh semua peringkat lapisan masyarakat sama adaorang Islam, Yahudi, Kristian dan Majusi. Mereka hidup dalam aman danharmoni tanpa merasa tertindas, takut atau didiskriminasi. Hak-hak orangbukan Islam dipelihara oleh perlembagaan negara Islam di Madinah di bawahpemerintahan Rasulullah s.a.w. Orang bukan Islam hidup dalam keadaan biasasama seperti orang-orang Islam. Keselamatan mereka terpelihara dan terjamin.Sekiranya ada orang Islam yang menggangu gugat orang-orang Islam itu akandihukum.

Dalam sejarah, kebanyakan pemerintah-pemerintah Islam telah menunjukkancontoh-contoh keadilan sosial terhadap rakyat mereka tanpa membeza-bezakanlatarbelakang agama (lihat sebagai contoh Anwar Ahmad Qadri (1982), Justicein Historical Islam, New Delhi, Kitab Bhavan).

Islam, Hubungan Antara Agama dan Integrasi

Di Malaysia, orang-orang Islam telah hidup bersama dengan orang-orang bukanIslam sejak zaman berzaman sepanjang sejarah.

Orang-orang Cina cukup luwes dalam pemikiran dan cara hidup mereka. Merekaboleh mengadaptasi dalam kondisi dan bentuk kerajaan dan pemerintahan.Kewujudan orang-orang Cina di bandar-bandar utama dunia menunjukkan

Page 2: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

2

bahawa mereka dapat hidup asalkan sahaja aktiviti ekonomi tidak terganggugugat. Orang-orang India dan Sikh juga mempunyai karakteristik yang sama.Orang-orang bukan Islam inginkan kebebasan agama terpelihara dan hak-hakasasi mereka dilindungi. Islam telah memperuntukkan ruang-ruang yangmencukupi untuk menjamin hak dan kebebasan orang beragama bukan Islamterpelihara.

Masyarakat berbilang kaum Malaysia telah melalui berbagai cabaran dan ujian.Banyak isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan huru-hara. Kompleksitimasyarakat berbilang kaum bukanlah satu malapetaka ataupun bencana, akantetapi ia adalah salah satu daripada tanda-tanda kebenaran ajaran Allah s.w.t.yang berbeza dari segi aqidah dengan agama-agama lain. Allah berfirmandalam surah Al-Rum ayat 32:

yang bermaksud:

Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihanmengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahamandan amalan yang terpesong itu).

Integrasi kaum sebenarnya sudah dijelaskan dalam al-Quran dan Al-Sunnah.Agak kerap juga Al-Quran menujukan sesuatu mesej dengan ungkapan Yaayyuha al-Nas: Wahai manusia berbanding dengan ungkapan Ya ayyuha Ilaziamanu: Wahai orang-orang yang beriman . Dalam Islam perbezaan agamaadalah aspek yang signifikan tentang naluri manusia tetapi perbezaan dalambangsa dan warna tidaklah signifikan kerana secara biologinya manusia adalahsama.

Semua manusia adalah dalam keluarga manusia, namun ikatan aqidahmengatasi keberlainan warna kulit dan kewarganegaraan. Secara dasarnya,manusia adalah satu bangsa, bangsa yang bernama manusia. Al-Quranmengesahkan perkara ini. Al-Quran kemudiannya menjelaskan bahawa manusiakemudiannya berbeza kerana perbezaan dalam aqidah dan sistem kepercayaan.Dalam surah al-Baqarah ayat 213, Allah berfirman:

Page 3: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

3

Yang bermaksud:

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yangsatu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabisebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman denganbalasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar denganbalasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitabSuci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untukmenjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang merekaperselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihanmelainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu,iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, -mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allahmemberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaranyang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allahsentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya kejalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

Kemudiannya Allah s.w.t. jelaskan dalam surah Yunus ayat 19:

yang bermaksud:

Page 4: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

4

Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkanugama yang satu (ugama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsudan Syaitan) mereka berselisihan. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahuluKalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga harikiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengansegeranya di dunia) mengenai apa yang mereka perselisihkan itu.

Allah sentiasa memerhati alam ini dan mengekalkan kesentosaannya denganmenghalang kedurjanaan manusia yang ingin menzalimi manusia yang lain.Firman Allah s.w.t.:

…Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengansebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia(yang dicurahkan) atas semesta alam. ( Surah Al-Baqarah: ayat 251)

Sebab itu manusia Muslim perlu menolak sebarang bentuk keganasan dantindakan yang sewenang-wenangnya dan tidak bertempat terhadap orang bukanIslam. Jika berlaku tindakbalas dan dendam kesumat, pastilah dunia ini tidakaman dan tenteram dan harmoni untuk didiami dan dunia ini akan hancurbinasa. Islam tidak pernah mengajarkan permusuhan dan perseteruan yangtidak bertempat sama ada sesama Muslim ataupun dengan bukan Islam.

Asas kepada kesatuan dan perpaduan manusia adalah untuk mengetahui,berkomunikasi dan saling mengenali antara satu sama lain. Daripadapenciptaan Adam a.s. dan Hawa hinggalah gambaran mengenai pengakhiranalam maya ini, kita akan dapati satu persamaan dalam asal usul manusia danakhirnya kita akan dapati pengakhiran kehidupan yang serupa. Kalau kita amatial-Quran dan as-Sunnah, tema keberkesanan genealogi dibincangkan secarakomprehensif berbanding konflik sesama manusia dan persekitarannya. Apabiladiperkatakan soal pembangunan dan integrasi kaum, kita tidak bolehmemisahkan manusia dalam hubungannya dengan Allah dan persekitaran sertakehidupan realiti. Integrasi kaum adalah syarat asasi dalam prosespembangunan manakala pembangunan pula menyumbang kepada integrasikaum. Islam menyarankan soal integrasi kaum dan memberikan tumpuankepada pembangunan komprehensif yang mengutamakan akhirat dengan tidakmeminggirkan pembangunan duniawi. Idea tentang pembangunan tidak akanbergerak tanpa adanya dokongan agama dan motivasi Islam. Islam menawarkan

Page 5: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

5

asas kepada pemahaman mengenai perpaduan kaum sebagai satu prosespembangunan yang sangat-sangat penting dan berdasar.

Agama merupakan satu aset penting dalam perpaduan kaum yang jitu danpembangunan fizikal, emosi dan spirituil. Orang Islam wajib mempercayaibahawa Allahlah sahaja yang menentukan semua perkara termasuklah integrasikaum sesuai dengan keagunganNya. Adalah menjadi satu dosa sekiranya orangIslam menimbulkan perpecahan dan konflik dalam apa jua keadaaan.

Dalam Islam, kewujudan masyarakat berbilang kaum bukanlah satu masalah.Cara berurusan dengan fenomena masyarakat berbilang kaum seringmenimbulkan masalah. Islam menawarkan penyelesaian kepada masalah-masalah ini. Bukanlah juga satu perkara yang luar biasa, jika kewujudankompleksiti dan perbezaan agama dan penganut-penganutnya. Ia lahir daripadakebebasan beragama yang diiktiraf oleh Islam. Hakikat ini telah dijelaskanberulang kali dalam al-Quran. Antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 256:

yang bermaksud:

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyatakebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidakpercayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya iatelah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akanputus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Tiada paksaan dalam agama bermaksud tiada paksaan dalam beragama sepertimemaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. Paksaan tidaklahmempunyai sebarang kaitan dengan Islam kerana agama berkait dengan iman,keyakinan dan kemahuan. Iman dan taqwa bukan terbentuk melalui paksaanatau rasa terpaksa. Ia datang daripada hati yang ikhlas, luhur serta suci dankemahuan sendiri kerana kefahaman dan kesukarelaan yang terbit daripadasanubari. Sekiranya seseorang itu menjadi orang Islam, maka dia terikat dengankewajipan dan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam.

Page 6: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

6

Kalau Allah mengkehendaki nescaya Allah akan cipta manusia sama sahaja samaada satu bangsa atau kaum sahaja, dengan satu sahaja bahasa ibunda dan satuperibadi dan identiti. Walau bagaimanapun, Allah telah merancangkepelbagaian dalam semua aspek kehidupan manusia untuk mengujikemampuan kita dan keyakinan kita terhadapNya. Allah berfirman di dalamsurah al-Maidah, ayat 48:

Yang bermaksud:

Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatuSyariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalauAllah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalamugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apayang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamumembuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempatkembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamuberselisihan padanya.

Allah mencipta manusia berbeza dan berbagai rupa daripada segi bangsa,bahasa dan warna kulit. Perbezaan-perbezaan ini bukanlah untuk menonjolkanperbezaan kelas atau status serta darjat untuk manusia menjalin hubungan danmengenali serta berkenal-kenalan antara satu sama lain. Perbezaan bahasa danwarna kulit tidaklah merujuk kepada pengertian bahawa yang satu mempunyaikelebihan berbanding dengan lainnya. Allah mengkehendaki manusia Muslimagar saling menyayangi dan bersaudara antara satu sama lain. Islam tidakmengajarkan diskriminasi ras dan warna kulit. Manusia adalah setara dalamkonteks status sosial tetapi tidak dalam konteks aqidah dan kepercayaan.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan contoh teladan bagaimana Islamtidak mengiktiraf kelas-kelas sosial dan perbezaan-perbezaannya. Pada suatuhari Nabi Muhammad s.a.w. sedang duduk bersama-sama dengan para sahabat

Page 7: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

7

r.a. Tiba-tiba muncul sekumpulan orang yang sedang mengusung dan mengiringijenazah. Nabi Muhammad s.a.w lantas berdiri dan diikuti oleh para sahabatnya.Ketika masih dalam keadaan berdiri, mereka menyatakan bahawa jenazah ituadalah seorang Yahudi. Nabi kemudiannya berkata : Bukankah jenazah ituadalah satu jiwa? . Di sini Nabi Muhammad s.a.w. cuba untukmemperjelaskan persamaan asas sesama manusia sebagai satu bentukpenciptaan Allah s.w.t. Manusia mestilah saling memahami, tolong-menolongdan bekerjasama. Sesuatu yang cukup menarik untuk diobservasi ialah apabilaseseorang Ahl Al Kitab memberi salam, seseorang Muslim patut menjawab

dengan lafaz ” ". Apabila seorang bukan Islam bersin, seseorang

Muslim patut mengucapkan " ”. (SemogaAllah memberi hidayah kepada kamu dan memperbaiki keadaan anda).

Islam tidak pernah melihat bahawa perbezaan agama sebagai satu halangandalam membangunkan kehidupan bersama. Islam menganjurkan prinsip-prinsipperpaduan universal seperti dasar maruah manusia, dasar kesatuan manusia,kerjasama kemanusiaan dan toleransi dalam kepelbagiaan bangsa, kumpulandan agama. Prinsip dan dasar-dasar ini adalah prasyarat untuk mengwujudkankehidupan yang harmoni dalam masyarakat berbilang kaum.

Dalam sejarah Islam, hakikat ini telah terbukti. Perjanjian Hudaibiyyah danSahifah Madinah (perlembagaan bertulis yang pertama di dunia) adalah buktinyata tentang penganjuran Islam tentang konsep perpaduan, perdamaian danmenghindari konflik dan persekutuan. Saidina Umar al-Khattab r.a. pernahmenolak untuk bersolat dalam sebuah gereja di Baitulmaqdis kerana bimbangdisalahfahami dan menjadi alasan untuk rakyatnya meruntuhkan gerejatersebut dan dibina pula masjid di atas tapak tersebut.

Dalam menegakkan kebenaran, Islam menggalakkan dialog dan perbincangandengan hikmah dan beradab kerana ia merupakan kaedah untuk mengundangketenangan dan sikap rasional. Islam melarang menghina ajaran agama lain. Iniboleh menjauhkan orang daripada Islam dan melebarkan jurang dengan Islam.

Dalam surah al-An’am, ayat 108, Allah s.w.t. berfirman:

Page 8: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

8

Yang bermaksud:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dariAllah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batasdengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan padapandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepadaTuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada merekaapa yang mereka telah lakukan.

Allah melarang orang Islam daripada menghina objek-objek penyembahanagama lain. Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tidak membiarkan usahadakwah mereka dirosakkan oleh polemik dan diskusi agama yang kontroversialyang membawa kepada elemen ofensif kepada sistem kepercayaan orang-orangbukan Islam. Ini adalah kerana akhirnya orang-orang Mushrikin pula akanbersikap ofensif keterlaluan kepada ajaran-ajaran Islam. Kebenaran Islamsudah terjamin dan kebatilan orang Mushrikin akhirnya terserlah jua.

Rasulullah s.a.w. dan para sahabat juga tidak menghina para pemimpin agamadan berhala orang-orang bukan Islam. Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.mengetahui bahawa sikap yang sedemikian bukan sahaja menjauhkan orangbukan Islam daripada kebenaran hakiki, bahkan menjauhkan mereka daripadaIslam sebenar.

Sikap tidak campurtangan dalam soal agama lain bukan sahaja membabitkanketika aman bahkan juga waktu perang. Seorang Khalifah Islam dalampidatonya kepada para tenteranya sebelum memasuki medan perang telahberpesan agar mereka tidak menyerang tempat-tempat penyembahan danorang-orang bukan Islam yang sedang bersembahyang di dalamnya. Bahkan NabiMuhammad s.a.w. seringkali berpesan kepada tentera-tentera Islam agar tidakmenyerang golongan wanita dan kanak-kanak, orang-orang sakit dan wargaemas, para paderi dan rahib, para penyembah berhala dan para pekerja daribawah yang sedang digajikan. Baginda juga menegah pemburuan binatang-binatang, pembakaran ladang-ladang tanaman dan sayuran, mencemarkan air,pemusnahan berleluasa kediaman, biara-biara, gereja-gereja dan juga tempat-tempat ibadat Yahudi.

Islam juga melarang berlaku zalim ke atas orang-orang bukan Islam yang tidakbersenjata ketika waktu perang. Islam juga melarang pembunuhan yang tidakdibenarkan oleh syarak terhadap orang bukan Islam. Pelanggaran terhadapperaturan yang telah ditetapkan oleh Islam ini merupakan satu perlakuanjenayah. Islam mengajarkan perdamaian dan kesentosaan dalam hubunganantarabangsa dan hubungan antara agama. Sebarang bentuk keganasan,terorisme, ekstrenisme dan seumpamanya bukanlah daripada ajaran Islam.

Page 9: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

9

Dakwah Dan Dialog Dalam Masyarakat Berbilang Kaum

Islam telah meletakkan panduan untuk dakwah dan dialog dalam semua konteks.Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nahl ayat 125:

Yang bermaksud:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaandan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yangengkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialahjua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Dakwah mestilah dilakukan dengan bijaksana dan mengikut kondisi, golongansasaran, suasana dan tempat. Dakwah juga termasuk bertemu dengan oranglain dalam gelanggang mereka sendiri. Dakwah mestilah menyakinkan hatisesuai dengan pengetahuan dan pengalaman orang yang didakwahkan. Dakwahmestilah tidak bersifat dogmatik, tidak ofensif (penyerangan membuta-tuli)dan tidak merangsangkan kelebihan diri-sendiri. Tiga prinsip asas dakwah iaituhikmah dan bijaksana, nasihat yang baik dan berhujah dengan pendekatanterbaik dan mengikut golongan sasaran, suasana dan tempat.

Kesediaan untuk berdialog tidaklah bermakna menggadai prinsip dan persoalanaqidah atau tawar menawar dalam persoalan sikap dan pendirian. NabiMuhammad s.a.w telah menerima undangan orang-orang Quraish untuk mencarikebenaran sebenar. Walaubagaimanapun apabila baginda diminta untukberkompromi dalam penyembahan berhala, dan meninggalkan penyembahanAllah s.w.t., baginda menolak pelawaan itu dan menegaskan bahawa tiada

Page 10: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

10

kompromi dalam soal kebenaran hakiki. Allah berfirman dalam surah al-Kafirunayat 1-5:

Yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akanmenyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah)yang aku sembah." ”Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.” Dankamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

Dialog juga adalah dakwah dalam Islam. Menurut Ismail Raj’i al-Faruqi, Islammengiktiraf kewujudan penganut-penganut agama lain kerana tiga perkara.Pertama, Islam memperkenalkan konsep din al-fitrah iaitu semua manusiadianugerahkan oleh Allah ketika lahir hanya satu agama. Bayi yang dilahirkanadalah bayi yang suci daripada sebarang dosa sehinggalah ia akil baligh. Kedua,Islam menekankan bahawa semua bangsa telah diturunkan seorang Nabi atauRasul. Para Nabi menyampaikan kebenaran daripada Allah untuk diimani olehmanusia. Ketiga, orang-orang Islam dan bukan Islam adalah objek komunikasiwahyu yang menekankan aspek kehormatan dan martabat manusia sebagaisebaik-baik kejadian dan saling mengenali dalam menjalani kehidupan dunia.Maka perseteruan dan peperangan yang tidak pada tempatnya adalah dilarang.Bahkan orang Islam dilarang daripada memulakan peperangan.

Kita perlu meningkatkan dialog antara agama dan dialog sesama agama. Dalamkeghairahan kita menonjolkan persamaan dalam ciri-ciri agama, kita bolehterjebak dalam gejala negatif terutamanya pada golongan awam. Kadangkalakita mengandaikan bahawa semua agama adalah sama terutamanya dalamslogan Satu Tuhan tapi berlainan cara . Dialog antara agama mestilahmelihat juga pada perbezaan-perbezaan antara agama di samping persamaanyang seiras. Perbezaan antara agama akan sentiasa wujud sehingga ke hujungzaman.

Page 11: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

11

Hak-hak Orang Bukan Islam di Malaysia: Keselarian Dengan AjaranIslam

Dalam konteks perkembangan dan signifikan tamadun orang-orang Melayu,Islam telah mentransformasikan nilai-nilai budaya orang-orang Melayu mengikutacuan Islam. Sejak dari kurun ke empat belas lagi, aqidah Islam dankebudayaannya telah menjadi teras kebudayaan-kebudayaan Melayu. AgamaIslam menjadi agama rasmi negara seperti yang termaktub dalamPerlembagaan Persekutuan hasil daripada persetujuan dan semangat muafakatyang ada pada pimpinan semua bangsa.

Diskusi pertama mengenai Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan hak sertakebebasan beragama rakyat bukan Islam telah tertera dalam deraf cadanganperlembagaan oleh Suruhanjaya Reid yang terdiri daripada Lord Reid (Lord ofAppeal in Ordinary; ketua), Sir Ivor Jennings (Master of Trinity Hall, Cambridge)Hakim Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan Barat), Sir WilliamMckell (bekas Gabenor Jeneral Australia) dan Hakim B. Malik, bekas KetuaHakim Mahkamah Tinggi Allahabad.

Dalam laporan Suruhanjaya Reid (Colonial Office [1957], Report of theFederation of Malaya Constitutional Commission 1957), tertera pernyataanberikut:

“Kami telah mengambil kira persoalan sama ada patutkah diwujudkan sebarangkenyataan yang membolehkan Islam menjadi agama rasmi Malaysia. Terdapatsatu persetujuan universal bahawa sekiranya provisi yang seumpama itudimasukkan dalam deraf perlembagaan, maka ia perlukan satu pernyataan yangjelas bahawa hak-hak sivil bukan Islam tidak akan terjejas. Dalammemorandum yang telah diserahkan oleh pihak Bersekutu, telah dinyatakanbahawa “Agama rasmi Malaya ialah Islam. Pengamalan prinsip ini tidaklah bolehmenghalang rakyat bukan Islam daripada menganut dan mengamalkan agamamereka sendiri…””

Di Malaysia, orang-orang Islam dilindungi daripada terjerumus dalam doktrinagama lain. Perlindungan ini bukanlah suatu perkara yang pelik. Di Afghanistan,Brunei, Maldives and Pakistan pendakwahan agama-agama lain terhadap orangIslam adalah menyalahi undang-undang sungguhpun penganut-penganut agamalain berhak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Di Bangladesh,Sungguhpun agama negara adalah Islam, pendakwahan sebarang agamadibenarkan oleh undang-undang. Di Indonesia, hanya lima agama dibenarkaniaitu Islam, Catholicism, Protestantism, Buddha and Hindu. Terdapat negarayang tidak membenarkan rakyatnya melakukan pendakwahan. Bhutan tidakmembenarkan sebarang bentuk pendakwahan sungguhpun rakyatnya dibenarkanmengamalkan sebarang agama. Begitu juga tiada sebarang orang yangdibenarkan melakukan konversi. Agama rasmi Burma ialah Buddha danpenganutnya mendapat berbagai bentuk perlindungan perlembagaan. Negara

Page 12: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

12

Laos memberikan kebebasan rakyatnya untuk menganut sebarang agamaataupun tidak, akan tetapi digalakkan beragama Buddha dan ditegah sebarangbentuk pendakwahan oleh orang luar. Di Nepal, agama rasminya ialah Hindudan rakyatnya dibenarkan untuk menganut sebarang agama asal sahaja merekatidak melakukan pendakwahan.

Kebebasan Beragama Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia DalamPerlembagaan

Dalam Perlembagaan Malaysia, kebebasan beragama diberikan sepenuhnyakepada setiap warganegara. Setiap warganegara bebas untuk menganut danmengamalkan agamanya dan menyebarkannya. Walau bagaimanapun,pendakyahan sebarang kepercayaan dan doktrin agama kepada individu Islamadalah tidak dibenarkan. Tiada orang boleh disuruh untuk membayar apa juabentuk cukai untuk tujuan agamanya melainkan untuk agama orang itu sendiri.Setiap kelompok agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agamanyadan memgwujudkan institusi untuk tujuan keagamaan dan tujuan-tujuankebajikan, memperoleh dan memiliki dan menguruskannya mengikut undang-undang. Tiada diskriminasi yang dibenarkan terhadap mana-mana warganegaraatas dasar agama, bangsa, keturunan dan tempat kelahiran. Setiap kelompokagama mempunyai hak untuk menubuhkan institusi untuk tujuan pendidikan didalam agamanya sendiri. [Artikel 11 (1), (2), (3) (a,b,c), (4) dan Artikel 12 (1)dan (2) Perlembagaan Persekutuan]

Semua artikel di atas menunjukkan pengiktirafan perlembagaan negara kitakepada kebebasan beragama. Pengingkaran terhadap perlembagaan dianggapsebagai pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang negara Malaysia.

Di Malaysia, realiti masyarakat berbilang kaum dicirikan oleh agama, bahasa,dan kepelbagaian fungsi-fungsi dalam ekonomi atau peranan-peranan spesifikproses ekonomi. Keunikan masyarakat berbilang agama telah agak lamamendapat perhatian orang-orang Barat. Justeru kita tidak hairan dengan pihakAmerika Syarikat yang selalu “kacau daun” dalam urusan dalaman negara kita.Kebebasan beragama bukanlah isu yang menimbulkan masalah bagi kita keranakita tidak pernah terniat untuk menghalang sesiapa daripada mengamalkanagama mereka. J.S. Furnivall dalam bukunya Colonial Policy and Practice yangditerbitkan dalam tahun 1948 menyifatkan masyarakat Malaya sebagai satucontoh eksterim masyarakat plural. Rupert Emerson dalam bukunya The NewMalayan Nation (1957) mengakui dasar “pecah dan perintah” yang dilaksanakanoleh pihak British memudahkan mereka untuk memerintah rakyat Malaysia yangberbilang kaum itu. Menurut Emerson, masyarakat plural Malaysia dipisahkanhampir dalam semua aspek, cumanya mereka tinggal dalam satu negara.

Page 13: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

13

Perpaduan dan Integrasi Nasional

Masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat berbilang kaum ialah perpaduandan integrasi nasional. Masalah ini boleh dilihat daripada dua perspektif,pertama, konflik dalaman antara kaum-kaum sendiri, dan kedua, konflik antarakelompok-kelopok dan kaum-kaum yang berbeza. Walau bagaimanapun konfliksesama kelompok tidaklah seserius konflik antara kelompok-kelompok berbeza.

Semenjak peistiwa 13 Mei 1969, beberapa perubahan besar telah berlaku untukmenangani kemantapan perpaduan kaum. Antaranya; pindaan perlembagaanyang menguatkan lagi status hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu, kedua,penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk meningkatkan ekonomiBumiputera iaitu dengan cara menhapuskan kemiskinan dan penstrukturansemula pengagihan ekonomi dan penstrukturan semula parti-parti politikmelalui kerjasama politik melalui penubuhan Barisan Nasional. Untukmengekalkan stabiliti nasional, kerajaan telah memperkenalkan Rukunegara,Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar WawasanNegara, Program Islam Hadhari dan pindaan Akta Hasutan.

Sama ada secara sedar ataupun tidak, hubungan Islam-bukan Islam di Malaysiabanyak ditentukan melalui konsiderasi agama. Kerana Islamlah, orang Melayumempunyai sikap banyak bersabar dan bertoleransi terutamanya dalam soalintegrasi nasional dan kebebasan beragama. Di Malaysia, label streotaipsesuatu bangsa banyak dilihat dalam konteks agama. Tahap toleransi dikalangan hubungan antara kaum agak tinggi. Sudah wujud kesedaran antarakaum mengenai sensitiviti makanan, pantang larang dan adat resam. Di dalammajlis perkahwinan golongan bukan Islam misalnya, sudah ada yang menempahsyarikat pengendali makanan (food catering) orang Islam untuk menyediakanjuadah buat jemputan yang beragama Islam. Orang-orang Islam pula sudahmenyediakan juadah alternatif (yang bukan bersumberkan daging lembu) untukjemputan yang beragama Hindu. Di Lebuhraya Utara-Selatan kedapatan gerai-gerai makanan milik bukan Islam mengambil pekerja-pekerja beragama Islamuntuk meyakinkan pelanggan-pelanggan Islam, bahkan ramai yang mendapatkelulusan JAKIM untuk pengesahan “Halal” makanan sajian mereka. Ramai darikalangan bukan Islam yang menziarahi rumah-rumah orang Islam pada HariRaya Puasa dan Hari Raya Haji.

Kebebasan beragama yang diamalkan oleh orang Islam di Malaysia merupakankewajipan dan ajaran yang telah ditentukan oleh agama Islam itu sendiri.Keharmonian dan kehidupan hidup bermasyarakat dan bernegara tidak akantercapai sekiranya tidak wujud kebebasan beragama, toleransi, salingmemahami dan perpaduan. Islam mengakui bentuk-bentuk kepelbagaianbudaya dan agama serta kepercayaan dengan memberikan garis panduantentang pengiktirafan Allah s.w.t. terhadap budaya, agama dan sistemkepercayaan yang diredhaiNya. Bahkan hak-hak orang bukan Islam tetap

Page 14: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

14

dipertahankan dalam konteks sejarah pemerintahan dan pentadbiranRasulallah.s.a.w., para sahabat dan pemerintah yang adil.

Ketiadaan kebebasan beragama dalam sesebuah negara akan menimbulkanberbagai implikasi negatif. Sejarah telah membuktikan bahawa penjanaanpembangunan dan kemajuan negara kita sejak merdeka hinggalah sekarangadalah hasil daripada semangat bekerjasama, hormat menghormati, tolongmenolong dan toleransi yang menjadi “resepi” unik negara berbilang kaumseperti Malaysia.

Kekuatan Kerajaan dan Rakyat Berbilang Kaum

Kerajaan semenjak daripada penubuhan Malaysia telah terpilih melalui sistemdemokrasi berparlimen oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kekuatanyang ada pada negara kita ialah kerajaan yang diterima oleh majoritimasyarakat berbilang agama dan kaum serta kebolehan kerajaan dan rakyatmendepani berbagai kompleksiti ekoran kewujudan pelbagai agama, bangsadan kumpulan etnik dengan berbagai pendekatan dan formula yang sudahterbukti kejayaannya. Malaysia adalah satu-satunya negara Islam unik yangberbilang kaum yang selama ini berpegang dengan dasar perpaduan dankeutuhan negara hasil daripada semangat muafakat dan perbincangan sesamarakyatnya.

Festival, amalan, upacara dan perayaan sama ada yang berbentuk ceremonialataupun spirituil tidak pernah dihalang malah disambut secara besar-besaranoleh setiap agama dan penganut agama berkenaan di negara kita.

“Kepercayaan Kepada Tuhan” yang menjadi tunjang dan tonggak Rukunegaradan didokong oleh segenap lapisan masyarakat berbilang kaum Malaysiamembuktikan bahawa rakyat negara ini bebas untuk menganut danmempercayai konsep ketuhanan yang ada dalam sistem kepercayaan agamamasing-masing. Ketidakpercayaan kepada Tuhan dari satu segi bolehmenyingkirkan status kewarganegaraan rakyat Malaysia secara subjektifnya,kerana frasa terpenting ini adalah tonggak yang kita dokongi bersama sebagairakyat Malaysia. Sebab itu, secara relatif, tidak ada tempat bagi mereka yangtidak mempercayai kewujudan Tuhan atau golongan atheis dalam negara ini.

Di negara kita, dialog-dialog ketamadunan walaupun masih belum berpengaruhbesar, sudah mengingatkan kita untuk membuka lembaran sejarah bagi melihatkembali era kegemilangan tamadun Islam yang berasaskan kepada sistempemerintahan yang mempertahankan kebebasan agama. Sebab itu Islamsentiasa bugar dan berkembang maju dengan penganut seramai 1.3 billiondalam tempoh 1437 tahun di serata dunia. Keperluan kepada dialog tamadunadalah perlu demi untuk menghubungkan tamadun-tamadun yang pernah suatu

Page 15: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

15

masa dahulu mengalami zaman kegemilangan masing-masing. Pertembungantamadun harus juga dilihat dari sudutnya yang positif. Era globalisasimemungkinkan dialog tamadun boleh berlaku dengan pantas dan memberikanmanafaat untuk manusia sejagat. Alangkah eloknya kalau masa-masa kitaditumpukan pada persoalan memajukan ekonomi dan meningkatkan pencapaiandalam bidang pendidikan dan memartabatkan penguasaan ilmu, sains danteknologi masyarakat negara kita ke arah Wawasan 2020. Kita permantapkanintegrasi nasional demi pembangunan dan kemajuan negara kita Malaysia yangkita cintai ini.

WARGATUA DAN ORANG KURANG UPAYA SEBAGAI MINORITI

Warga tua merupakan salah satu daripada komponen yang membentukmasyarakat. Mereka adalah komponen keluarga, jiran, pengguna, komuniti,kumpulan pendesak dan warganegara. Mereka ibarat kelapa yang sudahmatang berbanding dengan putik-putik kelapa dan kelapa-kelapa muda. Merekamempunyai keperluan dan kepentingan, tuntutan emosi, material, kerohaniandan keagamaan. Cumanya perbezaan mereka dengan komuniti lain ialahdaripada segi keperluan mereka yang lebih berbanding dengan komponenkomuniti lain. Bagi komuniti Muslim, ketika umur mencecah 55 tahun,kebanyakan mereka mula insaf dan menggiatkan amalan untuk menghadapizaman seterusnya. Memang Allah telah memperingatkan melalui firmanNya:

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhankami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amalyang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allahmenempelak mereka): “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu danmemberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapayang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh rasul (Kami)yang memberi amaran. Oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yangzalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.”[Surah Fatir: ayat 37]

Terlalu banyak sumbangan dan bantuan yang telah diberikan oleh kerajaanuntuk pembangunan dan kebajikan warga tua. Namun demikian, pembabitan

Page 16: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

16

masyarakat masih lagi di peringkat yang minimum. Kemudahan-kemudahanseperti Rumah Warga Tua tidaklah boleh dijadikan sebagai tempat untuk anak-anak meninggalkan tanggungjawab. Penjagaan dan kebajikan warga tuamerupakan tanggungjawab anak-anak sebenarnya atau keluarga terdekat.Kesedaran dan keinsafan di kalangan komponen keluarga amat-amatlahdiperlukan demi kemaslahatan warga tua.

Masyarakat perlu menganggap warga tua sebagai sebahagian daripadamasyarakat. Kesedaran perlu ada di kalangan setiap warga masyarakat bahawasuatu hari nanti mereka juga akan menjadi sebahagian daripada komponenwarga tua. Islam telah menyarankan perkara ini dan sangat-sangat menekankansoal kebajikan wargatua.

Dalam soal Orang Kurang Upaya (OKU) pula, Islam juga telah memberikanpenegasan terhadap kebajikan mereka dan kehidupan mencabar yang merekalalui. OKU adalah orang-orang yang memerlukan bantuan dan simpatimasyarakat.

Islam juga telah mengenalpasti jurang-jurang yang memisahkan para anggotamasyarakat. Kumpulan yang hidup mewah dan kumpulan lain hidup miskin dansusah, kemudian melewati garis kemiskinan dan kesusahan kepada garismelarat, kebuluran dan papa kedana. Satu kelompok lagi ialah OKU. Rasulullahs.a.w. pernah bersabda:

Bererti: Tidak beriman denganku orang yang tidur dengan perutnya kenyangsedangkan ia mengetahui jirannya lapar .

KALAULAH JIRAN YANG LAPAR DIAMBIL BERAT OLEH ISLAM, APATAH LAGI OKU

YANG TIDAK TERDAYA DAN KADANGKALA MEMERLUKAN LEBIH PERHATIAN. Allah

taala telah memerintahkan manusia Muslim untuk mengeluarkan zakat sebagai

bantuan terhadap orang-orang yang memerlukan seperti yang tergolong dalam

asnaf zakat. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 267:

Page 17: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

17

Bermaksud:“ Wahai orang-orang yang beriman ! nafkahkanlah (pada jalan Allah)sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yangkami keluarkan dari bumi untuk kamu…..”

Di dalam al-Quran Allah telah menentukan pihak-pihak dan orang-orang yang dikehendaki diberikan zakat kepadanya sepertimana firmanNya dalam surah at-Taubah ayat 60 yang berbunyi:

Maksudnya :Sesungguhnya sedekah-sedekah itu (zakat) hanyalah untuk orang-orang fakir,

orang-orang miskin, para amil( mereka yang menguruskan urusan zakatsebagaimana yang dilantik oleh pemerintah), orang-orang mualaf (merekayang masih baru di dalam agama Islam dengan tujuan untuk memujuk hatimereka) dan untuk (membebaskan) hamba abdi, orang-orang yang berhutangpada jalan Allah (kebajikan) dan orang-orang musafir sebagi suatufardu( kewajipan yang diwajibkan) daripada Allah Taala.

Jadi di dalam ayat ini di tentukan lapan jenis (asnaf) orang atau pihak yang dikehendaki umat Islam menyalurkan zakatnya iaitu:

1. Orang fakir: yang punyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan.2. Orang miskin: yang tidak punyai apa-apa harta sama sekali.

Page 18: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

18

3. Para amil: mereka yang di tentukan oleh pemerintah untukmengendalikan urusan pemugutan zakat sebagai wakil pemerintah.

4. Orang yang baru menganut agama Islam dengan tujuan untukmenjinakkan hati mereka supaya mereka berasa senang dan sukacitadengan merasakan bahawa mereka diberi perhatian oleh masyarakatIslam dan ada tempat di kalangan mereka. Ini juga bertujuan menarikorang bukan Islam yang lain kepada Islam.

5. Untuk hamba abdi yang dijanjikan oleh tuannya dengan pembebasannyasekiranya ia dapat menjelaskan kepadanya sekira-kira kadar tertentuyang dipersetujui di antara kedua pihak.

6. Orang yang menanggung hutang sedang ia tidak punya kemampuan untukmelangsaikan sendiri jika tidak dibantu, sedang sebab ini bukan kerja-kerja maksiat ( seperti berjudi misalnya) dan pembaziran.

7. Pada jalan Allah, yakni untuk melaksanakan satu-satu projek kebajikanyang bermanfaat untuk masyarakat, termasuk menyediakan parapejuang (Perlu diingatkan bahawa sesuatu kerja atau kerja yang haramdi sisi agama tidak di namakan kebajikan di dalam Islam, oleh itu tidakharus di belanjakan padanya harta zakat)

8. Orang yang terkandas dalam perjalanan dan memerlukan bantuan untukmeneruskan perjalanannya atau untuk kembali ke tempat asalnya.

OKU kebiasaannya jika melibatkan kecacatan anggota utama atau deria,pastinya sukar untuk mencari nafkah hidup. Maka Islam telah menyediakanperuntukan yang cukupnya agar orang-orang yang mampu membantu orang-orang yang sangat memerlukan. Umat Islam sekiranya mempunyai sikapprihatin yang tinggi terhadap warga tua dan OKU, insyaallah masalah-maslahmereka akan dapat diatasi dengan sebaiknya.

Pembelaan Hak Wanita: Komitmen Islam

Ada di kalangan manusia yang mengaku sebagai seorang Islam tetapi dari segipraktis mereka tidak memberi komitmen kepada Islam. Mereka yang berpura-pura kononnya mereka adalah orang yang beriman sedangkan hakikatnya tidak.Apabila seseorang mengaku beriman dengan Allah s.w.t maka orang itu perlulahmemberikan komitmen kepada Islam dan membuktikannya melalui lisan,perbuatan dan amalan. Firman Allah s.w.t :

Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan HariKemudian”, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

Page 19: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

19

(2:8)

Justeru Islam mengajarkan umatnya agar memberi tumpuan pada pembelaanwanita sekiranya seseorang itu mengaku beriman dengan Allah dan mentaatisegala suruhannya.

Semua manusia Muslim perlu bertindak sebagai umat yang pertengahan iaituumat yang adil dan umat yang terpilih yang mengintegrasikan antara iman,taqwa dan amal dalam kehidupan mereka. Allah sentiasa menguji manusiauntuk melihat siapakan yang beriman dan menyimpang daripada jalan Allahs.w.t. Ini termaktub dalam firman Allah s.w.t. seperti berikut:

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adildan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkankiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui(supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dansungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orangyang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan mensia-siakanimanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepadamanusia. (2:143)

Dalam hal ini keadilan terhadap wanita perlu juga diberikan tumpuan. Berlakuadil terhadap wanita adalah di antara perkara penting kerana wanita juga

Page 20: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

20

memerlukan perhatian yang sewajarnya seperti lelaki. Mereka bukanlahgolongan kelas kedua atau golongan yang boleh dimanipulasi. Mereka jugabukanlah objek seks atau barangan dagangan.

Sifat amanah merupakan satu suruhan Allah s.w.t. dan ia dianggap sebagaipenting dalam kehidupan manusia. Begitu juga dalam aspek pembelaanterhadap wanita. Firman Allah s.w.t.:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanahkepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankanhukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasaMelihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dantaatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yangberkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamumengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jikakamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebihbaik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah Al-Nisaa': 58-59)

Orang-orang yang tidak beramanah dianggap sebagai orang yang tidakmempunyai iman kerana nur iman tidak terpancar dalam amalannya. SabdaNabi Muhammad s.a.w.: “Tidak ada iman bagi orang yang tidak ada amanahbaginya." Dalam kita menuju kecemerlangan di dunia dan akhirat, amanahmerupakan prasyarat yang utama di samping kesungguhan, perpaduan dankualiti dalam menjalani liku-liku kehidupan. Tamadun manusia boleh runtuhsekiranya manusia-manusia dalamnya tidak beramanah. Orang yang tidakberamanah akan merosakkan asas kejayaan ketamadunan manusia. Orang-orangyang memburukkan Negara ialah orang yang tidak beramanah, orang yangmendedahkan rahsia Negara adalah orang yang tidak beramanah, orang yang

Page 21: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

21

tidak ingin membangun dan memajukan Negara dan ummah ialah orang yangtidak beramanah, orang yang tidak bekerja dengan betul terhadaporganisasinya adalah orang yang tidak beramanah, orang yang tidak memikultangungjawab terhadap organisasi dan matlamat organisasi adalah orang yangtidak beramanah. Orang yang tidak menunaikan hak kemanusiaan dan agamaterhadap wanita juga adalah tidak amanah. Justeru itu, dalam usaha menujukecemerlangan, amanah bukanlah satu perkara yang boleh kita pandang ringan.Sekiranya kita benar-benar memahami konsep amanah dalam pengertiannyayang luas, kecemerlangan, insyaallah boleh menjadi milik kita.

Orang yang tidak beramanah dianggap oleh Islam sebagai orang yang khianat,khianat kepada diri sendiri, agama dan Allah s.w.t.. Di samping itu orang yangtidak menunaikan amanah dianggap oleh Islam sebagai memiliki ciri-cirimunafiq. Dalam satu Hadis Rasulallah s.a.w. dijelaskan:

Yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyaiempat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yangbersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan,sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabilamembuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi danapabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.

Konsep amanah boleh dilihat dalam satu lagi sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

Page 22: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

22

“Kamu sekelian adalah penggembala (pemimpin) dan kamu akan dimintamempertanggungjawabkan tentang kepemimpinanya. Seorang ketua adalahpemimpin dan kamu akan diminta mempertanggungjawabkan tentangkepemimpinannya. Seorang ketua adalah pemimpin dan kamu akan dimintamempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Dan seorang suamiadalah seorang pemimpin ke atas anggota rumahtangganya dan dia akandiminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Seorang isteriadalah pemimpin ke atas ke atas rumah suami dan anaknya dan dia akandiminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Seorang khadambertanggungjawab terhadap harta tuannya dan dia akan dimintamempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya.”

Kita semua adalah pemimpin dalam konteks kehidupan kita sendiri dan kitamempunyai amanah dan tanggungjawab serta peranan yang perlu kitalaksanakan. Janganlah kita menyimpang ataupun tersasar daripada amanah dantanggungjawab kita. Hadis di atas menerangkan betapa signifikannyakepemimpinan, sifat amanah dan tanggungjawab memainkan peranan kita asalsahaja mengikut ajaran Allah s.w.t.. Dalam konteks ini, golongan lelaki wajibmempertahakan hak-hak wanita sebab lelaki dilebihkan Allah berbandingwanita dari segi fizikalnya secara fitrah.

Manusia perlu mengikuti ajaran Allah s.w.t dan mesej yang dibawa oleh NabiMuhammad s.a.w. Nabi pula membawa khabar gembira dan peringatan Apabilamanusia berselisihan tentang sesuatu perkara, manusia perlulah merujukkepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Allah akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang beriman kepada jalan yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.. FirmanAllah s.w.t.:

Page 23: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

23

Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allahmengutus para nabi sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan,dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberikeputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan.Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkankepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allahmemberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang halyang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberipetunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. (Surah Al-Baqarah:213)

Berbuat baik kepada wanita adalah kebaikan manakala berbuat kejahatankepada wanita adalah keburukan. Manusia yang berpegang dengan agama Allahdan berbaik-baik sesama manusia akan mendapat keredhaan Allah s.w.t..Manusia yang hina ialah mereka yang meninggalkan agama Allah dan tidakberbaik sesama manusia. Mereka ini dianggap sebagai mereka yang derhaka danmelampaui batas yang ditetapkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:

Page 24: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

24

Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika merekaberpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, danmereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputikerendahan. Yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah danmembunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkanmereka derhaka dan melampaui batas. (Surah Ali ‘Imran:112)

Panduan Hidup Manusia Dan Kekuasaan Allah s.w.t.

Panduan hidup manusia ialah Al-Quran yang menjadi petunjuk, pengajaran danikutan manusia yang bertaqwa. Firman Allah s.w.t.:

(Al Qur'an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk sertapelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Ali ‘Imran:138)

Allahlah yang menjadikan manusia dan berkembangnya keturunan manusiaadalah dengan kehendak Allah s.w.t.. Kerana kewujudan wanitalah manusiaberkembang biak. Firman Allah s.w.t:

Page 25: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

25

"Hai sekelian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakankamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dandaripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuanyang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan)nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungansilaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (SurahAn-Nisa:1)

Keadilan merupakan kunci kepada kejayaan hidup manusia. Firman Allah s.w.t :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yangberhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allahmemberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allahadalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah Al-Nisa’: 58)

Allah menyerahkan nikmatnya kepada manusia yang dikehendakinya dansekiranya manusia diazab ini adalah daripada hasil perbuatan diri manusiasendiri. Firman Allah s.w.t:

Page 26: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

26

Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencanayang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmumenjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.(Surah Al-Nisa’: 79)

Hakikat Wanita Dalam Al-Quran

Wanita adalah ciptaan wanita yang mempunyai status penciptaan sebagaimakhluk Allah s.w.t. sama seperti kaum lelaki.

Yang bermaksud:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaanyang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebuntanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), padasisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Ali‘Imran: 14.)

Allahlah sahaja yang memelihara wanita dan umat manusia daripada godaansyaitan dengan kehendak dan usaha manusia menjauhinya.

Page 27: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

27

yang bermaksud:

Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnyaaku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yangdilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anakperempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan akumelindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, darigodaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".(Surah Ali ‘Imran: ayat 36)

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telahmenjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikandaripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yangmembiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yangramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta denganmenyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaumkerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.(Surah al-Nisa’: ayat 1)

Page 28: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

28

Yang bermaksud:

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurniayang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikanmereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmupengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelakiada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pulaada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) danpohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasaMengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Nisa’: ayat 32)

Yang bermaksud:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawabterhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-oranglelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan jugakerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagiandari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat(kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya danapa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan

Page 29: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

29

pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yangkamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamumenasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempattidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulanringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu,maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (Surah Al-Nisa’ ayat 34.)

Wanita Dan Beberapa Hak Mereka.

Imam Al-Ghazali r.t. memandang bahawa lelaki (suami) adalah mengelapaiwanita dan lelaki diikuti dan bukan mengikuti wanita. Wanita, menurut Imamal-Ghazali tidak memiliki persamaan dengan lelaki. Antara hak dan kewajipanterhadap mereka ialah:

1. Lelaki harus berbuat baik kepada wanita dan bersifat sabar ketikabersama

mereka kerana aqal mereka yang pendek.

2. Bersenda guraulah dengan mereka untuk menyenagkan hati mereka.

3. Bersederhana di dalam rasa cemburu dan tidak berburuk sangka.

4. Hendaklah bersederhana dalam memberi nafkah kepada isteri sertaperlunya menggalakkan pemberian sisa-sisa makanan kepada fakirmiskin kerana dikhuatirkan makanan itu akan basi dan siisterihendaklah melakukan sedemikian walaupun tanpa keizinan suami.

5. Perlunya diajar isteri hukum-hukum dan perturan agama seperti solatdan lain-lain. Jika sisuami tidak mampu, maka hal itu dapat diserahkanpada seorang guru. Di samping itu sebagai seorang suami, tidak bolehmembenarkan isteri menerima kunjungan lelaki lain bahkan bolehmelarang ia pergi ke pasar ataupun masjid. Pandangan al-Ghazalitersebut adalah benar-benar untuk menjaga wanita agar tidak banyakbertemu lelaki asing yang bukan daripada keluarganya.

6. Jika sisuami berpoligami, maka hal itu perlukan keadilan dan perlunyamengundi salah seorang daripada mereka jika sisuami ingin bermusafirbersama.

7. Apabila wujud pertelingkahan antara suami dan isteri, maka di siniperlukan dua orang tengah untuk menyelesaikan pertelingkahantersebut, yang satunya mewakili suami dan yang satu lagi mewakili siisteri. Isteri yang menderhaka (nusyuz), haruslah sisuamimenasihatinya. Jika ia engkar, hendaklah diancam dan jika tidak

Page 30: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

30

berhasil, maka bolehlah berpisah tidur tetapi masih serumah yangdilakukan oleh suami selama semalaman atau tiga malam. Dan jika initidak berhasil, maka mematahkan tulangnya dan juga tidak berdarahserta tidak memukul mukanya.

8. Suami haruslah melihat keperluan isterinya dalam hal-halpersetubuhan.

9. Talak diharuskan, tetapi ia termasuk dalam hal-hal yang menyakitkanhati. Tidak harus bagi lelaki menceraikan wanita kecuali ada kesalahanjenayah yang dilakukan oleh wanita atau yang dirasakan perlu olehsuami ataupun kerana wanita itu berakhlak buruk. Jika talak ituterjadi, sisuami tidak boleh menceritakan rahsia-rahsia isterinyaselama terjadinya perkahwianan maupun ketika sudah bercerai.

Daripada keterangan-keterangan lalu dapatlah dirumuskan bahawa al-Ghazalitidak memikirkan tentang perempuan melainkan daripada sudut perempuansebagai isteri. Al-Ghazali juga tidak menyebutkan hak-hak wanita di dalambermasyarakat dan al-Ghazali juga tidak menyebutkan pengajaran-pengajaranyang perlu diberikan sebelum perkahwinan.

Al-Ghazali juga turut menyatakan tentang perlunya menyayangi wanita dalamsemua keadaan disebabkan isteri tidak dapat menceraikan suaminya sedangkansuaminya dapat menceraikannya setiap saat. Di sampingkan itu isteri tersebuttidak dapat mengambil sesuatu tanpa izin suaminya dan tidak dapatmengahwini suami lain kerana kedudukannya sebagai isteri kepada suaminya.Seseorang isteri perlu merasa hormat kepada suaminya, berusaha merendahkandirinya, berkata-kata manis semata-mata untuk mengambil hati suaminya danrela berpisah (kerana mengikut suami bertugas) dengan ayah, ibu dan kaumkeluarganya semata-mata untuk mengikut suaminya.

Kewajipan Wanita.

Sepertimana yang telah dinyatakan oleh al-Ghazali, perkahwinan ialah satugaris pemilikan. Maka isteri adalah milik suami. Maka isteri haruslah mentaatikehendak-kehendak suami selagi mana tidak terkeluar daripada ketaatsetiaankepada Allah S.W.T.

Al-Ghazali menerangkan kewajipan-kewajipan wanita seperti berikut :

1. Wanita adalah tunggak rumahtangga dan tidak dibenarkan terlalukerap mengunjungi dan melihat ke rumah tetangganya yang terdekat.Ia juga harus sedikit percakapannya dengan jiran tetangga dan tidakboleh memasuki rumah mereka kecuali pada saat-saat yangterpenting.

Page 31: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

31

2. Menjaga keadaan dan rahsia suami baik ketika di rumah maupunketika ketiadaannya dan tidak mengkhianati suaminya.

3. Wanita haruslah menjaga kesucian dan sentiasa bertudung. Wanitaharuslah sentiasa berada di rumah, jika perlu keluar dari rumah,maka ia perlu meminta kebenaran daripada suaminya dan memakaitudung yang tidak boleh menarik perhatian orang lain kepadanya.

4. Wanita tidak harus menuntut daripada suaminya sesuatu yang ia tidakperlukan ataupun sesuatu yang diluar kemampuan suami untukmenyediakannya. Wanita juga patut memperingatkan suaminyatentang perbelanjaan kehidupan yang bnanyak terhabis ke arahsesuatu yang sia-sia.

5. Wanita patut berterimakasih dan rela walaupun jika si suami tidakberkemampuan untuk memberikan kehidupan yang serba mewah. Iajuga patut mengambil berat tentang kesihatan suaminya. Tidak patutbagi isteri memberikan sesuatu kepada orang lain tanpa kebenaransuami. 157

6. Tidak dibenarkan berkenalan dengan kawan-kawan suaminyawalaupun bersangkutan dengan kepentingan suami tersebut. Jikakawan suaminya datang, sedangkan suaminya tiada di rumah, makamereka berdua tidak dibenarkan bercakap-cakap kerana dikhuatirkantimbulnya rasa cemburu pada suami jika si suami terlihat atauterdengar.

7. Mendahulukan hak suaminya daripada hak dirinya sendiri maupun hakkaum keluarganya.

8. Isteri tidak boleh banyak berleter dalam hal yang bersangkutandengan kepentingan suami ataupun anak-anaknya. Isteri juga harusmenyayangi anak-anaknya.

9. Isteri harus sanggup menghambakan dirinya mengikut kadarkemampuannya.

10. Isteri tidak harus pergi ke bilik mandi umum kecuali jika di rumahnyatiada bilik mandi sedangkan si isteri dalam keadaan nifas ataupunuzur. Dalam hal ini si isteri harus berpakaian lengkap.

Pembelaan Wanita Sebagai Isteri: Agenda Para Suami

Page 32: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

32

Suami isteri mestilah menganggap perkahwinan sebagai suatu ikatan hubunganyang sah dan bertujuan murni. Islam membangunkan masyarakat yang luhurjiwa raganya dengan memberikan ruang kepada nafsu syahwat disalurkanmelalui perkahwinan. 1 Hubungan itu bukan hanya terbentuk dalam kontekshubungan seksual bahkan juga dalam bentuk hubungan keinsanan, kekeluargaandan kasih sayang serta mengharapkan antara satu sama lain untuk melahirkanmasyarakat yang bertaqwa, harmoni dan maju ke hadapan. Melaluiperkahwinan juga, ketenteraman jiwa, perasaan dan emosi dapat dicapai.Memang terdapat perbezaan emosi antara yang sudah berumahtangga dan yangbelum lagi.

Dalam satu firman Allah s.w.t. yang berbunyi:

Yang bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jeniskamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dandijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belaskasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Surah Al-Rum:21]

Apabila suami dan isteri bertekad untuk melangsungkan perkahwinan, makaapa yang diidamkan ialah kebahagiaan. Isterinya biasa akan menagih kasihsayang dan belai kasih suami dan kecintaan yang tidak berbelah bagi. Inilahharapan yang mesti dipenuhi oleh suami. Kadang-kadang unsur ini sudah cukupbagi para isteri walaupun ketiadaan kemewahan kebendaan.

Para suami isteri juga saling mengharapkan antara satu sama lain. Isteri amatsuka kepada suami yang tidak kasar, tegas tegas tetapi berlemah lembut. Isterisuka kepada suami beradab dan bersopan santun serta berakhlak mulia. Paraisteri meletakkan harapan yang tinggi kepada suami. Mereka kebiasaannyamengharapkan suami akan memberikan sinar kehidupan kepada mereka.Suamilah tempat mereka bergantung hidup, kasih dan harapan.

1 Islam cukup-cukup menggalakkan perkahwinan. Ini tergambar dalam beberapa Hadis Rasulallah s.a.w.,antaranya: Barang siapa yang mampu berkahwin kemudian dia masih juga belum berkahwin, maka diabukanlah terdiri daripada golongan aku . [Riwayat Al-Tabari dan Al-Baihaqi.]

Page 33: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

33

Kasih sayang dan persefahaman adalah kunci kepada kebahagiaan rumahtangga.Dalam kebanyakan kes perceraian, suami selalunya terdiri daripada penyebabberlakunya penceraian. Sungguhpun begitu, tidak dinafikan pula bahawa isterijuga ada yang menyumbang kepada berlakunya penceraian. Masing-masingperlu cerminkan diri sendiri dan memperbaiki keadaan. Katakanlah, isterikurang menghiasi diri untuk suami, maka perkara ini perlu diperbaiki. Begitulahjuga perkara sebaliknya untuk para suami. Masakan isteri boleh menyebabkankasih sayang suami kepada isteri meningkat. Oleh itu, para isteri boleh“menawan hati” suami melalui masakan mereka. Para isteri pula cukup gemarkalau tugas rutin mereka dibantu oleh suami seperti memasak, menjaga anak,membasuh dan mengemas rumah. Keakraban rumahtangga dapat dipereratkanmelalui kaedah ini.

Suami mestilah memberi pujian ketika isteri ketika waktu yang bersesuaian.Kebanyakan wanita gemar dipuji dan dihargai. Mereka terasa mereka diberikanperhatian. Ini boleh mempertingkatkan rasa sayang mereka. Mereka juga cukupsuka dibelai dan dimanjakan. Usapan dan sentuhan suami terhadap merekaboleh mempereratkan hubungan dan patut diamalkan selalu. Mereka sukakepada lelaki yang romantik, penyayang dan penyabar. Suami pula mesti cubauntuk menyenangkan hati isteri seperti balik awal daripada bekerja, atau kalaulewat diberitahu dan dihubungi melalui telefon, dan menghubungi isteri kalauke out station. Suami yang baik ialah suami yang mampu menanggapi gejolaksyahwat isteri dalam keadaan-keadaan tertentu dan bersedia untukmemenuhinya. Suami yang baik juga adalah suami yang tidak memaksa isterimemenuhi hajat seksual apatah lagi jika isteri dalam keadaan uzur, tidakselesa atau keletihan. Di samping itu, suami boleh menunaikan lain-laintanggungjawab peribadi terhadap isteri seperti memberikan nafkah, perhiasandan pakaian yang sewajarnya.

Ada beberapa sifat yang harus ada pada para isteri yang tergolong dalamkelompok golongan para isteri solehah. Isteri mestilah memahami situasikewangan dan kemampuan membeli suami. Sebab itu meminta-minta sesuatuyang di luar daripada kemampuan suami adalah akhlak yang tidak baik. Sikapseperti ini boleh membebankan suami. Menjaga hati suami dan jugakesetiaannya tidak kurang pentingnya. Bersoleklah hanya kepada suami danbukan untuk lain-lain tujuan. Jauhilah diri daripada sifat-sifat mazmumahseperti meninggikan suara terhadap suami, bermasam muka, tidak bertegursapa, tidak melayani suami dengan sewajarnya, keluar rumah tanpa izin suami,bergaul dengan mereka yang tidak disenangi suami dan mengabaikantanggungjawab rumahtangga. Isteri yang baik ialah isteri yang prihatinterhadap rumahtangga dan membina rumahtangga serta sanggup bersamasuami dalam kepayahan ataupun penderitaan.

Page 34: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

34

Suami yang soleh pula ialah suami yang sentiasa mematuhi titah perintah Allahs.w.t dan menjauhi larangannya, sentiasa mengambil hati dan menjaga hatiisteri, juga menunaikan tanggungjawabnya.

Mengwujudkan suasana harmoni rumahtangga adalah tanggungjawab isteri dansuami. Keduanya harus memahami tanggungjawab bersama dan tanggungjawabsuami dan isteri. Pemahaman terhadap tanggungjawab masing-masing adalahasas keutuhan rumahtangga. Adalah menjadi tanggungjawab suami untukmembimbing isteri dalam hal ehwal keagamaan dan pembiayaan keperluanpendidikan anak-anak. Namun demikian tugas pendidikan keagamaan anak-anak adalah terletak di bahu isteri kerana anak-anak rapat dengan ibuberbanding dengan bapa.

Dalam Islam, suami tidak dibenarkan menjatuhkan air muka dan maruah isteri.Apatah lagi jikalau di hadapan khalayak ramai. Suami dan isteri masing-masingboleh mengkritik dan memberikan komentar mengenai hubungan rumahtanggatetapi dalam keadaan yang mengikut akhlak Islam. Perselisihan selalu berlakutetapi janganlah dibiarkan berpanjangan kerana ia boleh membawa padah.Selalulah “buang yang keruh dan ambil yang jernih” jika berlaku pergaduhanatau perselisihan faham demi keharmonian rumahtangga dan masa depan anak-anak. Suami mestilah sentiasa menghargai pendapat isteri dan yang tidakkurang pentingnya ialah bersedia untuk mendengar. Pendapat suami kadang-kadang bukanlah sentiasa berharga

Anak-anak merupakan penyambung ikatan kasih sayang antara suami dan isteri.Justeru itu sentiasalah fikirkan tentang masa depan anak-anak jika suami danisteri terus berkonflik. Elakkan berselisih faham dan bergaduh di hadapan anak-anak kerana ia memberikan kesan yang tidak baik kepada emosi dan psikologianak-anak. Ia juga merupakan

Melalui perkahwinan dan hidup bekeluarga umat Islam dapat menambahkansebahagian daripada keperluan iman dan tuntutan agama sebab melaluiperkahwinanlah jumlah anggota keluarga menjadi semakin besar dan begitujuga komposisi penduduk sesebuah negara dari segi kuantitinya.

Melalui perkahwinan juga, generasi umat manusia dan kesinambungan zuriatdapat diteruskan. Mana mungkin kehidupan berkeluarga yang porak perandadapat melahirkan generasi yang baik. Idealisme perkahwinan ialah perkongsianhidup antara suami dan isteri. Masing-masing mestilah menjaga adab.

Ibu bapa mestilah sentiasa mengambil berat mengenai anak-anak merekatermasuklah mengisi keperluan fizikal, spiritual dan emosi. Termasuk hak anakialah ibubapa mendoakan anak-anak mereka juga iaitu seperti mana dalamsepotong ayat Al-Quran yang mengisahkan Nabi Zakaria a.s. berdoa kepadazuriatnya:

Page 35: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

35

Yang bermaksud:

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnyaEngkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".(Surah Ali ‘Imran: 38)

Dalam ayat lain, Allah berfirman:

yang bermaksud:

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoadengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri danzuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, danjadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (SurahAl-Furqan: 74)

Bagi para belia yang ingin mendirikan rumahtangga, mereka perlu mempunyaipersediaan dan perancangan untuk mendapatkan keluarga bahagia. Sebab itupemilihan jodoh pada peringkat awalan penting. Mencari isteri yang mencukupikriteria yang telah ditetapkan oleh Islam. Bakal suami dan isteri perlu jugamempunyai persediaan mental untuk berumahtangga, begitu juga perbelanjaankewangan, ilmu keibubapaan dan kerumahtanggaan serta kesihatan yangsempurna. Begitu juga suami isteri seboleh-bolehnya mesti mempunyaikesihatan fizikal yang baik.

Page 36: Pembelaan Hak Minoriti Dan Kaum Wanita Buku

36

Penutup

Panduan untuk manusia menjalani kehidupan telah dikemukakan oleh Allahs.w.t.. Manusia akan selamat dan sejahtera di dunia dan Akhirat sekiranyamanusia berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Begitu juga dalamaspek pembelaan hak minoriti dan wanita. Islam telah menawarkan peruntukanyang mencukupi agar hak-hak mereka terpelihara di mana tidak ada satupunajaran yang sebegini komprehensif boleh kita temui di mana-mana tempat didunia.