makanan kaum cina

33
Makanan Kaum Cina. CHAR KWAY TEOW Char kway teow merupakan hidangan mi yang paling terkenal di Malaysia.Ia digoreng diatas api yang kuat dan panas dengan kicap,sos cili,telur,udang,kerang, taugeh dan kucai Cina. Bagi kaum Cina, char kway teow mestilah digoreng dengan lemak daging untuk memastikan kewangian makanan tersebut.Char kway teow membekalkan nutrien dan tenaga yang mencukupi kepada seseorang individu.Makanan tradisional ini amat murah dan harganya berpatutan. Makanan ini juga boleh didapati di mana-mana restoran cina ataupun di pasar malam. Char kway teow yang paling terkenal di Malaysia ialah Penang Char Kway Teow. Semua orang dari pelbagai tempat sering mengunjungi Penang untuk merasai keenakan dan kelazatan makanan tradisional ini.Char kway teow juga amat terkenal di negara lain. Contohnya, negara Brunei,Singapura dan Indonesia. Char kway teow ialah makanan tradisional yang paling terkenal dalam kalangan kaum Cina dan disukai orang ramai.

Upload: calvin-tsok

Post on 22-Nov-2015

458 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

cina

TRANSCRIPT

Makanan Kaum Cina.

CHAR KWAY TEOW

Char kway teow merupakan hidangan mi yang paling terkenal di Malaysia.Ia digoreng diatas api yang kuat dan panas dengan kicap,sos cili,telur,udang,kerang,taugeh dan kucai Cina. Bagi kaum Cina, char kway teow mestilah digoreng dengan lemak daging untuk memastikan kewangian makanan tersebut.Char kway teow membekalkan nutrien dan tenaga yang mencukupi kepada seseorang individu.Makanan tradisional ini amat murah dan harganya berpatutan. Makanan ini juga boleh didapati di mana-mana restoran cina ataupun di pasar malam.

Char kway teow yang paling terkenal di Malaysia ialah Penang Char Kway Teow. Semua orang dari pelbagai tempat sering mengunjungi Penang untuk merasai keenakan dan kelazatan makanan tradisional ini.Char kway teow juga amat terkenal di negara lain. Contohnya, negara Brunei,Singapura dan Indonesia. Char kway teow ialah makanan tradisional yang paling terkenal dalam kalangan kaum Cina dan disukai orang ramai.

DIM SUM

Siew mai mempunyai banyak nama lain seperti shao mai, shuu mai, sui mai, siew may, sio may dan lain-lain lagi. Maksud siew mai ialah untuk memasak dan menjual. Siew mai juga mempunyai pelbagai jenis. Contohnya, shao mai Huhhot(Mongolia), Siu mai Cantonese, Sio may Indonesia, Shuu mai Jepun dan sebagainya. Setiap jenis siew mai mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Di restoran-restoran Cina yang menjual Dim Sum sebagai sarapan pagi, ini merupakan cara makanan tradisional tersebut dihidangkan kepada pelanggannya.

Dim sum bukan sahaja makanan kukus tetapi ia juga merangkumi makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas. Terdapat jugapelbagai roti atau bun kecil yang dihidangkan.

Makanan tradisional ini ialah nasi pulut yang terkenal dalam kalangan kaum Cina.Nasi pulut ini disukai oleh orang ramai di seluruh negara.

Ini merupakan chee cheong fun. Ia juga salah satu makanan tradisional Dim Sum. Chee cheong fun diliputi dengan kicap dan cili. Terdapat juga udang dalam chee cheong fun.

Makanan ini ialah siew pau. Siew pau mempunyai 2 jenis iaitu siew pau besar dan siew pau kecil. Bahan-bahan dalam kedua-dua siew pau adalah hampir sama dan cara memasak ialah mengukus. Cara siew pau dihidangkan amat istimewa iaitu dalam bekas buluh.

BAK KUT THE

Bak Kut The () secara harfiah bermaksud Daging Bone Teh. Ini masakan yang unik popular di Malaysia.Ini sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum sup siap dengan bermacam-macam jamu.Ini biasanya dimakan dengan nasi putih, ditemani secangkir teh China.

LOK-LOK

Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.

JIAOZI

Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang China sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu Jiaozi ialah makanan paling sedap. Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan makan, dan Jiaozi merupakan makanan utama. Lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti Yuanbao, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan duit datang. Satu sebab yang lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis inti ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan tiba itu.Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat membahagiakan mereka. Sekarang, dengan meningkatnya taraf hidup rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain. Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain. Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat sedap dimakan.Memasak Jiaozi ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus merupakan cara yang paling popular.Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya dua orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan mesin. Namun, Jiaozi yang disejuk beku dengan cepat. Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan tangan kerana kulitnya lebih tebal.Orang China suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang mencampurkan sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung kepada selera masing-masing.untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya makanan China. Nasi ayam

Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi juga digemari oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Orang Melayu lebih minat ayang yang digoreng atau dipanggang manakala kaum Cina lebih suka ayam yang dikukus.Makanan Tradisional Kaum Cina

Kuih bakul

Kuih bakul,nian gaoatau kuihTahun Baru Cinaialahmakanan Cinayang diperbuat daripadapulut. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerananian gaojuga membawa erti "makin tahun makin tinggi."

Yusheng

Yushengatauyee sang(yshng) ialah sejenissaladikanmentahbergaya Cina. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnyasalmon), yang bercampur dengan cebikan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina sepertiChaozhoudanShantoukira-kira 1,500 tahun dahulu, ketikaDinasti Song. Menurut lagenda, seorangdewiCina yang dikenali sebagaiNw() memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertamatahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaumnelayandan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negaraAsia TenggarasepertiMalaysiadanSingapurademi kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila resotran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.

Kuih Bulan Kuih Bulanatauyubngadalah sejenis kuih Cina yang sering dimakan sewaktuPerayaan Pertengahan Musim Luruh.

Menurut hikayat Cina, kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di negara China semasa pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang agak tegas dan kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke atas rakyat Cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Disebabkan ini, rakyat Cina dengan dorongan pihakMingbersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam semasabulansedang mengembang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Kuih bulan dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji teratai atau kacang merah, kebiasaannya dengan kuningtelur masindi pertengahannya.

Zongzi

Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Tiongkok yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu.Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencoba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka tidak memangsa Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.

Pada awalnya, kegiatan membuat zongzi adalah kegiatan yang diikuti seluruh keluarga dengan resep yang diajarkan turun temurun. Bahkan seni membungkus zongzi dengan benar juga merupakan hal yang diajarkan turun temurun dalam keluarga, loh. Sayangnya sekarang hal tersebut sudah semakin jarang dilakukan.

tangyuan

tangyuanadalah makanan Cina yang terbuat dari tepung beras ketan yang dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bola dan kemudian dimasak dan disajikan dalam air mendidih.Tangyuanada yang berukuran kecil maupun besar, dan diisi atau tidak diisi. Mereka secara tradisional dimakan bersama Pangsit Cina atauyuanxiao.Di Cina, ada kepercayaan bahwa pasangan pengantin harus menyediakantangyuanatau sup bola nasi manis pada hari pernikahan mereka, untuk memastikan perkawinan berjalan manis dan lancar. Tapi, pasangan pengantin tidak boleh mengunyah bola nasi tersebut karena akan merusak bentuk bulatnya yang halus. Mereka harus menelannya bulat-bulat agar mendapatkan keberuntungan.

PAKAIAN TRADISIONAL CINACHEONGSAM

Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam. Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut

SAMFOO

Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar. Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina. Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.

JUBAH LABUH

Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina. Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu. Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China.

BAJU SHANGHAI Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita. Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA

Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wiq di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

Perayaan Kaum CinaTahun Baru Cina

Menghiaskan rumah dengan tanglung.

Kaum Cina akan memakai pakaian yang berwarna terang sperti merah, kuning dan oren.

Persempahan tarian singa

Mengucapkan Gong Xi Fa Chai semasa bertemu dengan kawan.

Buah limau sebagai buah tangan semasa mengujungi kawan atau saudara mara.

Orang tua atau orang yang telah khawin akan memberi ang pao kepada orang yang belum kahwin.

Yu Sheng dimakankan pada hari ketujuh Tahun Baru Cina.

Orang HokKien akan sembayang pada hari ke sembilan Tahun Baru Cina.

INCLUDEPICTURE "http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcReFMRE7CuzyUNviX7miJAFxPEckr0QhfLxnlr5mGLU3a2xPGME" \* MERGEFORMATINET Lima belas hari selepasTahun Baru Cinamerupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaanTahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay". Hari Ching Ming

Hari Ching Ming jatuh pada 5 April setiap tahun mengikut kalender Cina.Ching Ming bermaksud jernih dan terang.

Perayaan Ching Ming boleh diamalkan sepuluh hari sebelum 5 April dan sepuluh hari selepas 5 April untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan memberikan penghormatan dan peringatan mereka kepada nenek moyang, ibu bapa dan ahli-ahli keluarga tersayang yang telah meninggal dunia.

Pendek kata, tujuan utama Ching Ming adalah untuk anggota keluarga berkumpul dan mengeratkan tali persaudaraan dan silaturahim mereka sambil mengingati nenek moyang mereka.

Perayaan Duan Wu Jie

Menurut kalendar Cina pada 5 haribulan 5 maka orang Cina akan membuat ketupat Cina menurut cara masing-masing mengikut etniknya yang tersendiri. Perbezaaan ketupat masyarakat Cina, adalah ada yang pulutnya dimasak dengan kicap terlebih dahulu (etnik Hokkien) dan ada ketupat Cina yang berwarna putih tidak menggunakan kicap langsung (etnik Kantonis).

orang Cina mengadakan Pesta Perahu Naga untuk mengurangkan kesan buruk hari itu. Demikianlah asal usul diadakannya perlumbaan perahu naga pada Perayaan Duan Wu Jie.

ZHONGYUANJIE (BULAN LUNAR KETUJUH - BULAN HANTU)

Penyembahan tepi jalan adalah bertujuan memberi makan dan pakaian kepada hantu-hantu yang merayau di tepi jalan supaya jangan masuk ke rumah dan membuat kacau.

aktiviti-aktiviti penyembahan diadakan sepanjang bulan lunar ketujuh dan kemuncaknya adalah pada hari ke-14. Hari ke-15 adalah harijadi Diguan Dadi (Dewa Tanah dalam kepercayaan Taoist) dan hari itu dikenali sebagai Zhongyuan. Oleh yang demikian, perayaan menyembah hantu dikenali sebagai Zhongyuanjie.

Pertunjukan yang akan diadakan ialah opera China yang berbahasa Kantonis atau Teochew, pertunjukan patung kayu, persembahan rancangan hiburan yang mempunyai nyanyian, tarian dan drama.Pertunjukkan ini diadakan untuk menghiburkan hantu-hantu dan juga manusia yang hidup.

Dashiye (raja hantu) di tengah-tengah. Dashiye ialah sebuah patung berhala kertas setinggi 5 meter yang berangka buluh. Muka Dashiye adalah garang dengan gigi taring menonjol keluar. Dashiye biasanya adalah dalam keadaan duduk dan berpakaian general. Buddhisawa Guanyin berdiri di atas kepalanya. Tugas Dashiye adalah mengawal disiplin hantu-hantu yang datang menerima sedekah di kawasan itu. Pada hari terakhir, upacara penghantaran balik Dashiye diadakan dan patung kertas besar dibakar bersama-sama dengan kertas-kertas duit.

PERAYAAN KUIH BULAN

Zhongqiujie adalah satu hari di mana seisi keluarga dapat berkumpul dan menikmati bulan purnama yang cantik.

. perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan dengan hidangan kuih bulan .

Ahli keluarga dan kanak-kanak bersuka-ria membawa tanglung.

DONGZHI (SOLSTIS MUSIM SEJUK)

Keluarga-keluarga Cina di Malaysia akan menyembah nenek moyang mereka dengan tangyuan dan makanan yang pelbagaian pada hari itu. Kemudiannya, seisi keluarga makan malam bersama-sama.Upacara Pengebumian Tradisional Masyarakat Cina Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta disapu dengan minyak wangi dan disolek.

Selepas itu, tubuh mayat akan dipakaikan baju Kafan dan dimasukkan ke dalam keranda.

Keranda akan diletakkan di dalam atau di luar kawasan rumah selama 5 hari untuk menjalankan upacara sembayang.

Upacara sembayang

Pakaian anak-anak si mati harus berwarna putih atau hitam.

Rumah kertas akan dibakar bersama wang kertas pada malam hari ke-empat.

Majlis perpisahan dijalankan pada hari ke-lima untuk saudara-mara dan kawan-kawan si mati sebelum dihantar ke perkuburan.

keranda akan dihantar ke tanah perkuburan dan dikebumikan. Ahli keluarga si mayat akan terbentuk suatu rombongan bagi mengiring si mayat dari rumah ke tanah perkuburan.

Keranda boleh dikebumikan ataupun dibakar.

Anak-anak si mati akan bersembayang pada hari ke-tujuh, ke-dua puluh satu, ke-tiga puluh lima, ke- empat puluh sembilah dan ke- seratus selepas mati.