siasah syari'ah golongan minoriti

Upload: fikrul-hakim

Post on 02-Jun-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    1/19

    1

    SIASAH SYARIYAH GOLONGAN MINORITIOleh:

    Anhar Bin OpirUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

    Feqh wa Usuluh, The World Islamic Sciences and Education University (WISE)

    PENDAHULUAN

    :

    Siasah Syariyah mempunyai maksud yang luas dan kesan yang besar dalamkehidupan manusia, khususnya pada zaman sekarang yang sangat pantas isu dan perkara-perkara baharu berlaku, jarak menjadi dekat tanpa sempadan dan kemestian menjagamaslahat dalam urusan kehidupan manusia. Ini membawa kepada keperluan untukmenyusun kesemua urusan ini di samping menjaga maslahat yang bertepatan denganMaqasid al-Syariah (tujuan pensyariatan) yang berdiri di atas kaedah-kaedah umum Islam.

    Ini lebih jelas ketika minoriti muslim yang tinggal di negara bukan Islam menghadapipersekitaran yang berbeza daripada saudara-saudara mereka di negara-negara Islam.Perbezaan persekitaran dan realiti ini menjadikan minoriti muslim perlu kepada tindakanyang agak berbeza berdiri di atas feqh tertentu dan siasah syariyah.

    Begitu juga bagi golongan minoriti dalam negara Islam, hak mereka dijaga dan padamasa yang sama tidak boleh disalahgunakan. Pemerintah mempunyai tanggungjawab untuk

    mempertahankan maslahat (kepentingan) umum dan menolak mafsadah (keburukan).

    Hakikat ini juga dibina di atas perspektif bahawa pengamalan ajaran Islam mestimengambil kira realiti dan persekitaran semasa, selain menjaga prinsip-prinsipnya yangtetap. Kaedah yang diterimapakai adalah:

    Tidak ditolak bahawa perubahan hukum berlaku dengan berubahnya masa dantempat.

    Kertas ini tidak bertujuan untuk membicarakan secara komprehensif berkaitan siasah

    syariyah golongan minoriti, tetapi ia bertujuan untuk mendedahkan tindakan yangsewajarnya dilakukan oleh mereka yang dapat dikategorikan sebagai siasah syariyah. Inimenunjukkan keluasan feqh terutamanya dalam tindakan yang tiada nas padanya, semata-mata bergantung kepada ijtihad untuk menjaga maslahat yang diraikan oleh Islam.

    Oleh itu, dengan pendedahan ringkas ini diharap akan mencetuskan kajianselanjutnya yang masih terlalu luas, khususnya perbahasan terperinci berkaitan isu-isu yangditimbulkan.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    2/19

    2

    DEFINISI SIASAH SYARIYAH

    Siasah Syariyah berasal daripada bahasa Arab. Gabungan dua perkataan siasahdan juga syariyah ini perlu diketahui maksud setiap satu daripada keduanya sebelummenjadi satu istilah yang mempunyai maksud yang tersendiri.

    Menurut Bahasa

    Siasah pada bahasa adalah kata terbitan daripada sasa yasusu yang bermaksudmelaksanakan sesuatu yang elok dan sesuai 1. Selain itu, dikatakan juga:

    : Maksudnya: Seseorang mengurus suatu urusan dengan pengurusan apabila diamentadbirnya. Juga wali mengurus rakyatnya, iaitu dengan menyuruh ataumencegah mereka serta menjadi pemimpin mereka 2 .

    Menurut Istilah

    Perkataan siasah tidak wujud di dalam al-Quran. Namun terdapat di dalam hadithnabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAWbersabda 3:

    : :

    Maksudnya: Adalah Bani Israel, yang mengurus mereka merupakan para nabi,selepas seorang nabi diganti dengan nabi yang lain. Tiada nabi selepas daripadaku,dan mereka akan menjadi pengganti-pengganti dengan ramai. Mereka bertanya:

    Apa yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi SAW menjawab: Tunaikanlahbaiah kepada yang lebih awal, kemudian selepasnya, hendaklah kamu berikankepada mereka hak mereka, sesungguhnya Allah akan bertanya mereka terhadapapa yang mereka jaga.

    Ia menjelaskan tentang peranan para nabi yang bertanggungjawab menjaga danmengurus Bani Israel. Ibn Hajar al-Asqolani (852H) menjelaskan tentang hadith ini, katanyabermaksud 4:

    Iaitu apabila berlaku kerosakan dalam kalangan mereka maka Allah SWTmengutuskan seorang nabi yang akan melaksanakan urusan mereka, akanmenghilangkan apa yang mereka tukar daripada hukum-hakam Taurat. Di dalamhadith tersebut terdapat isyarat tentang kemestian bagi orang ramai wujud seorangyang memimpin mereka untuk membawa mereka ke jalan yang baik dan membelaorang yang dizalimi daripada penzalim.

    1 Ia juga digunakan untuk perbuatan mengawal binatang ternakan. Di antaranya perkataan Asma binti Abu Bakar RA: Aku membantu isteri Zubair RA yang memiliki seekor kuda, akulah yangmenguruskannya. Tiada satu perbuatan yang lebih sukar aku lakukan berbanding mengurus kuda.Lihat Imam Ahmad: Musnad Imam Ahmad , no. 27017, jld 6, hlmn 352.

    2 Lihat al-Jauhari: Taj al-Lughah wa Sihah al-Lughah, jld 3, hlmn 938, dan al-Fairuz Abadi: al- Qamus al-Muhit , hlmn 710, serta Ibn al-Manzur: Lisan al-Arab , jld 6, hlmn 108.

    3 Al-Bukhari: Al-Jami al-Sohih , Kitab al-Anbiya, no. 3268, jld 3, hlmn 1273.4 Ibn Hajar: Fathu al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari , jld 6, hlmn 497.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    3/19

    3

    Oleh itu, perkataan siasah adalah berasal daripada bahasa Arab tulen 1 bukannyabahasa Parsi atau lain-lain sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

    Kemudian berlaku perkembangan penggunaan perkataan ini oleh para mufassirin dan muhaddithin ketika menghuraikan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang berkaitandengan uli al-amr (penguasa), kewajipan mentaati mereka dan sejauh mana kemestianketaatan ini. Begitu juga dalam karya-karya para fuqaha, namun tanpa mengkhususkanbahagian atau bab tertentu.

    Imam al-Mawardi (450H) telah mengasingkan perbincangan hukum-hakam feqh yangberkaitan dengan siasah dan kekuasaan hasil daripada permintaan pemerintah padazamannya dalam karyanya yang masyhur al-Ahkam al-Sultaniyah wa al-Wilayat al-Diniyah .Imam al-Mawardi berkata dalam mukaddimah kitabnya bermaksud 2:

    Dan apabila hukum-hakam berkaitan pemerintah lebih utama dan ia bercampurdengan semua hukum-hakam yang menghalang mereka daripada membacanya disamping kesibukan mereka dengan urusan pentadbiran, maka aku asingkannyadalam satu kitab.

    Hukum-hakam kekuasaan ialah hukum-hakam yang berkaitan dengan seorangpemerintah agar melakukan tugas dan mentadbir dengan baik. Ia juga dibahaskan olehImam Abu Yala al-Farra (458H) dalam karyanya al-Ahkam al-Sultaniyah , juga Imam al-Haramain al-Juwaini (478H) dalam karyanya Ghiyathu al-Umam fi al-Tiath al-Dzulam yanglebih dikenali sebagai al-Ghiyathi .

    Kesemuanya menjurus kepada maksud yang satu iaitu sebagaimana yang disebutoleh Ibn Abidin (1252H) bahawa siasah itu adalah 3:

    Memperelokkan makhluk dengan memimpin mereka ke jalan yang bolehmenyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat.

    Siasah Syariyah Menurut Fuqaha

    Para fuqaha telah berselisih pendapat dalam memberikan maksud sebenar siasahsyariyah. Secara umumnya boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan:

    Pertama: Syariat adalah siasah

    Ia adalah pendapat sebahagian ulama al-Shafiiyah dan al-Hanabilah yangberpendapat bahawa syariat itu sendiri adalah siasah yang sempurna. Imam Ibn al-Jauzi(597H) menegaskan 4:

    Sesungguhnya syariat adalah siasah ketuhanan, maka adalah mustahil berlakukecacatan dalam siasah tuhan sehingga memerlukan kepada siasah daripadamakhluk.

    Ibn al-Qaiyim (752H) sependapat dengan gurunya Imam Ibn Taimiyah (728H) yangmenyatakan bahawa siasah syariyah adalah gabungan di antara wilayah solihah dan siasah

    1 Abd a-Rahman Taj: Al-Siasah al-Syariyah wa al-Feqh al-Islami , hlmn 8.2 Al-Mawardi: Al-Ahkam al-Sultaniyah , hlmn 3.3 Ibn Abidin: Hasyiah Radd al-Muhtar Ala al-Durr al-Mukhtar , jld 4, hlmn 15.4 Ibn al-Jauzi: Talbis Iblis , hlmn 162.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    4/19

    4

    adilah yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang bersesuaian denganpemerintah dan yang diperintah. Ibn al-Qaiyim menjelaskan 1:

    Bagi seseorang yang mengetahui syariah dan meneliti kesempurnaannya akanmendapati di dalamnya jaminan kepentingan hamba sewaktu hidup dan selepaskembali. Ia datang dengan penuh keadilan yang melimpahi semua makhluk.

    Sesungguhnya tiada keadilan melebihi keadilan syariat, tiada maslahat melebihi apayang wujud dalam maslahatnya, jelas bahawa siasah yang adil adalah satu juzudaripada juzu-juzu syariat dan juga satu cabang daripada cabang-cabangnya.

    Kedua: Siasah adalah tazir atau hukuman berat

    Kebanyakan para ulama al-Hanafiah menyatakan bahawa siasah syariyah itu adalahtazir atau hukuman yang berat dalam undang-undang jenayah Islam. Al-Babarti (786H)menyatakan 2:

    Siasah itu ialah menambah hukuman berat sebagai balasan kesalahan jenayah yangmerupakan hukum syara untuk mencegah sebarang kerosakan.

    Mereka menjelaskan bahawa setiap tindakan pemerintah dalam menjatuhkanhukuman yang berat yang bertujuan untuk menakutkan dan menutup pintu fitnah dankejahatan ia dipanggil siasah syariyah. Sekiranya ada keperluan untuk menjaga keamanandan ketenteraman awam perlu untuk hukuman yang berat maka pemerintah bolehmelaksanakannya sama ada menambah jumlah yang sedia ada kepada angka lain yangdilihat sesuai olehnya seperti empat puluh sebatan kepada enam puluh atau membuathukuman baharu sebagai tambahan hukuman sedia ada.

    Dalam hal ini, Ibn Abidin (1252H) ketika menegaskan bahawa siasah syariyahadalah tazir telah mendatangkan dua hujjah 3:

    i. Kebanyakan para ulama menjadikan siasah dan tazir adalah dua perkataan seerti.

    ii. Tidak disyaratkan berlakunya maksiat bagi hukuman untuk kesalahan jenayah,bahkan yang disyaratkan ialah maslahat yang dicapai apabila hukuman dijalankan.

    Ketiga: Siasah adalah merealisasikan maslahat yang tiada dalil

    Pandangan ini didokong oleh sebahagian fuqaha al-Hanafiah dan al-Hanabilah.Sebarang perbuatan yang boleh mencapai maslahat dalam perkara yang tiada dalil juziepadanya, maka ia dipanggil siasah syariyah. Imam Ibn Aqil (513H) sebagaimana yangdiungkapkan oleh Ibn al-Qaiyim (752H) pernah menyebut 4:

    Siasah itu adalah perbuatan yang dengannya manusia menjadi hampir kepadakebaikan dan jauh daripada kerosakan, meskipun tidak ditentukan oleh Rasul SAWdan tiada wahyu yang turun padanya.

    Iaitu yang tiada nas sama ada al-Quran atau al-Sunnah secara jelas dalam sesuatuperkara. Maksud yang sama ini telah dinyatakan oleh Ibn Nujaim (970H), katanya 5:

    1 Ibn al-Qaiyim: Al-Turuq al-Hukmiyah , hlmn 5.2 Al-Babarti: Al-Inayah Syarh al-Hidayah , jld 5, hlmn 424.3 Ibn Abidin: Hasyiah Radd al-Muhtar Ala al-Durr al-Mukhtar , jld 4, hlmn 76.4 Lihat Ibn al-Qaiyim: Al-Turuq al-Hukmiyah , hlmn 17.5 Ibn Nujaim: Al-Bahru al-Raiq Syarh Kanzu al-Daqaiq , jld 5, hlmn 11.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    5/19

    5

    Sesungguhnya siasah itu ialah perbuatan seorang pemimpin kerana satu maslahatyang dilihatnya, walaupun tiada dalil juzie terhadap perbuatan tersebut.

    Pandangan yang ketiga ini tidak hanya terhad kepada hudud dan tazir sahaja, tidak juga terlalu luas sehingga menyatakan semua syariat adalah siasah syariyah walaupun ada

    nas. Tetapi ia merangkumi semua hukum yang boleh merealisasikan maslahat ummah yangtiada padanya dalil juzie, dengan syarat bertepatan dengan maqasid al-syariah dan kaedah-kaedah umum dalam syariat Islam.

    Hukum yang bakal dikeluarkan adalah melalui perantaraan asas-asas yang selamatyang telah diterima pakai oleh syariat seperti masolih mursalah , sadd al-zaraie , istihsan ,istishab , uruf dan lain-lain yang tiada nas padanya. Maka seseorang pemerintah bolehmelakukan satu perbuatan yang bertujuan untuk mencapai maslahat umum kepada ummahketika berhadapan dengan sebarang isu yang tiada nas padanya sama ada daripada al-Quran atau al-Sunnah 1.

    Dapat difahami daripada pendapat ini juga, siasah syariyah sangat fleksibel asalkanpada perkara yang tiada nas padanya. Jika ada nas maka ia perlu diutamakan untukdilaksanakan. Selain itu, para fuqaha juga menggunakan kalimah siasah pada perkara-perkara yang mempunyai hukum tetapi tidak bersifat kekal dalam satu bentuk sahaja,bahkan akan berubah apabila masa berubah dan juga bertukar apabila keadaan danmaslahat bertukar.

    Oleh hal demikian, al-Syeikh Abd al-Aal Utwah telah memberikan definisi yang baikterhadap siasah syariyah dengan mengambil kira aspek di atas, katanya 2:

    Maksudnya: Perbuatan seorang hakim (pemerintah) kerana suatu maslahat pada pandangannya dalam perkara yang tiada nas padanya, dan dalam perkara-perkarayang keadaannya tidak kekal dalam satu bentuk, bahkan berubah mengikut

    perubahan suasana, keadaan, masa, tempat dan maslahat.

    SIASAH SYARIYAH DAN FEQH

    Para fuqaha tidak menyebut perkataan siasah melainkan ditambah dengan sifatsyariyah menjadi satu istilah siasah syariyah. Ini bagi membezakan dengan siasahwadhiyah yang hanya bersumberkan pengalaman dan tradisi turun temurun. Sedangkansiasah syariyah sentiasa memelihara roh dan maqasid al-syariah dan tidak bercanggahdengan mana-mana nas juzie.

    Terdapat satu kaedah yang mendapat penafsiran yang pelbagai, iaitu 3:

    1 Lihat Abd al-Rahman Taj: Al-Siasah al-Syariyah wa al-Feqh al-Islami , hlmn 27-31.2 Abd a-Aal Utwah: Al-Madkhal Ila al-Siasah al-Syariyah , hlmn 44.3 Kata-kata ini dinisbahkan kepada Imam al-Shafie (204H). Lihat Ibn al-Qaiyim: Al-Turuq al-

    Hukmiyah , hlmn 17

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    6/19

    6

    Maksudnya: Tiada siasah melainkan yang menepati syara.

    Jika yang dikehendaki dengan kaedah ini semua tindakan termasuk yang bertujuan

    mencapai maslahat tidak dianggap daripada syariat Islam melainkan mempunyai nas syarayang khusus daripada al-Quran dan al-Sunnah, maka ia adalah kefahaman yang silap.Tetapi yang dimaksudkan dengan kaedah ini ialah yang menepati roh dan prinsip-prinsipumum syariat serta tidak bercanggah dengan syara 1.

    Ini menunjukkan bahawa tidak disyaratkan wujudnya nas dalam menjadikan sesuatutindakan itu sebagai siasah syariyah, kerana setiap yang sudah mempunyai nas sama adaal-Quran atau al-Sunnah maka ia sudah mempunyai hukum yang thabit (tetap). Ia tidak lagiperlu bergantung kepada dalil masolih mursalah . Bahkan dengan adanya nas tersebut yangmenyokong telah mengeluarkan maslahat tadi daripada masolih mursalah kepada masolihmutabarah .

    Oleh sebab itu, siasah syariyah adalah salah satu juzu daripada ilmu feqhsebagaimana pendapat kebanyakan para ulama. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil yangmendokong siasah syariyah seperti masolih mursalah , istihsan dan sadd al-zaraie adalahberasal daripada dalil-dalil yang disepakati oleh para ulama iaitu al-Quran, al-Sunnah, Ijmadan Qias 2. Maka boleh disebutkan bahawa setiap siasah syariyah adalah feqh, tetapi tidaksemua feqh adalah siasah syariyah.

    DEFINISI MINORITI

    Perkataan minoriti berasal daripada bahasa Inggeris. Menurut Kamus Dewanperkataan ini bermaksud golongan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya, dsbyang tinggal di sesebuah tempat (negara, daerah, dsb) yang majoriti penduduknya berlainanketurunan, agama, dsb: kaum 3.

    Menurut Bahasa

    Dalam bahasa Arab golongan minoriti disebut sebagai aqalliyat daripada kata terbitanqillah yang bermaksud sedikit, iaitu kata lawan bagi banyak 4.

    Menurut Istilah

    Aqalliyat (golongan minoriti) merupakan istilah yang baharu timbul yang tidakdiketahui dan tidak disebut dalam mana-mana kitab feqh, hadith, atau sirah. Para sarjanasemasa cuba memberikan definisi kepada istilah ini, di antaranya Abd al-Wahab al-Kayaliyang menyatakan bahawa aqalliyat adalah 5:

    1 Lihat Abd al-Rahman Taj: Al-Siasah al-Syariyah wa al-Feqh al-Islami , hlmn 14.2 Lihat Abd a-Aal Utwah: Al-Madkhal Ila al-Siasah al-Syariyah , hlmn 53. 3 Kamus Dewan , Edisi Keempat.4 Ibn al-Manzur: Lisan al-Arab , jld 11, hlmn 563, al-Razi: Mukhtar al-Sihah , hlmn 229.5 Abd al-Wahab al-Kayali: Mausuah al-Siasah , jld 1, hlmn 244.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    7/19

    7

    Kumpulan penduduk satu kawasan, daerah atau negara yang berbeza daripada penduduk majoriti dari aspek keturunan, bahasa atau agama tanpa perlu melihat pendirian politik tertentu.

    Sebahagian sarjana lain mendefinisikan aqalliyat sebagai 1:

    Sekumpulan penduduk daripada bangsa tertentu yang jumlah mereka lebih sedikitdaripada penduduk lain, mempunyai budaya, bahasa dan agama tersendiri. Merekamemohon agar mendapat perlindungan terhadap diri dan budaya merekaberdasarkan peraturan tertentu.

    Manakala Dr. Yusof al-Qaradhawi pula mengatakan bahawa aqalliyat adalah 2:

    Semua kumpulan manusia dalam satu kawasan, berbeza daripada majoriti penduduknya dari aspek agama, mazhab, keturunan, bahasa atau seumpamanyadaripada perkara-perkara asas yang membezakan sesuatu kumpulan manusiadaripada selainnya.

    MINORITI MUSLIM DI DUNIA

    Berdasarkan definisi minoriti, maka minoriti muslim bukan sahaja merujuk kepadaorang Islam yang tinggal di Eropah, tetapi juga keseluruhan umat Islam itu sendiri jugaadalah minoriti jika dibandingkan dengan jumlah manusia di seluruh dunia. Begitu jugadengan umat Islam di negara kita walaupun majoriti dari aspek jumlah penduduk danagama, tetapi minoriti dari aspek ekonomi.

    Statistik minoriti muslim di beberapa buah negara 3:

    Country Language Population %Muslim MuslimPopulation

    1 China Mandarin 1,313,973,713 2.5 32,849,3432 Denmark Danish 5,450,661 2 109,0133 France French 60,876,136 3 1,826,2844 India Hindi, Bengali, Tamil 1,095,351,995 14 153,349,2795 Italy Italian 58,133,509 0.5 290,6686 Japan Japanese 127,463,611 0.1 127,4647 Russia Russian 142,893,540 9 12,860,419

    8 Spain Spanish 40,397,842 0.5 201,9899 United Kingdom English 60,609,153 2 1,212,18310 United States English 298,444,215 2 5,968,884

    1 Ahmad Suwailim al-Umari: Mujam al-Ulum al-Siasiah , hlmn 28.2 Al-Qaradhawi: Fi Feqh al-Aqalliyat al-Muslimah , hlmn 15.3 Statistik tahun 2004. Lihat laman sesawang: HFE.org , State.gov , LOC.gov , HRW.com ,

    IslamicPopulation.com , USCWM.org , IslamicNews.org , IIIE.net , Islamic-World.net , Arab.net ,Wikipedia.org .

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    8/19

    8

    Ini juga memberi gambaran bahawa jumlah umat Islam yang hidup sebagai minoritibukanlah sedikit, tetapi berjumlah jutaan. Sebahagian mereka pula adalah penduduk asalnegara berkenaan. Ketika persidangan di Riyadh pada tahun 1986 telah diadakanpengiraan bagi menunjukkan jumlah minoriti muslim di seluruh dunia. Dianggarkan bahawakadar peningkatan jumlah umat Islam di dunia ialah di antara 21-25 juta setahun seperti

    yang terdapat dalam laporan 1.

    FEQH AL-AQALLIYAT

    Feqh al-Aqalliyat merupakan satu istilah feqh baharu yang timbul selepasperkembangan keadaan hidup umat Islam yang tinggal di Eropah. Mereka memerlukan satufeqh yang lain daripada yang sedia ada untuk menyelesaikan persoalan-persoalan yangtimbul berkaitan amalan beragama dalam kehidupan seharian mereka. Kehidupan merekaadalah dalam suasana yang sangat berbeza dengan kehidupan umat Islam lain di negara-negara umat Islam.

    Istilah ini telah dipelopori oleh Dr. Yusof al-Qaradhawi yang juga bertanggungjawabmenubuhkan al-Majlis al-Aurobbi lil Ifta wa al-Buhuth (European Council For Fatwa AndResearch) 2 . Pihak Majlis telah menerima istilah ini dan menyatakan ketepatanpenggunaannya, seterusnya mendefinisikannya sebagai 3:

    Hukum-hakam feqh yang berkaitan dengan orang Islam yang tinggal di luar negaraIslam.

    Fungsi utama al-Majlis al-Aurobbi lil Ifta wa al-Buhuth ini adalah memberikan kefahamanfeqh dan bimbingan kepada golongan minoriti muslim di Eropah, menjawab segalapersoalan mereka dan mencari penyelesaian terhadap sebarang permasalahan agama,kemasyarakatan, ekonomi, budaya serta politik berdasarkan kaedah dan hukum-hakamsyariat Islam 4.

    Dr. Yusof al-Qaradhawi sangat mengambil berat tentang kewujudan Islam di Eropahdan mengharapkan umat Islam yang tinggal di sana berperanan sebagai pendakwah untukmenyebarkan Islam. Hal ini dapat dilihat dalam karyanya yang menyebut 5:

    i. Keperluan menyampaikan risalah Islam dengan berdakwah kepada bukan Islamdengan lisan, dialog dan teladan.

    ii. Keperluan menjaga sesiapa sahaja yang baharu memeluk Islam, mengambil berat

    dan menanam keimanan kepada mereka serta menyediakan suasana Islam bagimembantu ke arah kehidupan Islam yang sebenar.

    1 Sulaiman Muhammad Tubuliyak: Al-Ahkam al-Siasiyah Li al-Aqalliyat al-Muslimah Fi al-Feqh al- Islami , hlmn 43.

    2 Lihat laman sesawang www.e-cfr.org .3 Dalam persidangan ke-5, di al-Markaz al-Thaqofi al-Islami Dublin, Ireland, tarikh di antara 30

    Muharram hingga 3 Safar 1421H bersamaan 4 hingga 7 Mei 2000M.4 Al-Qaradhawi: Fi Feqh al-Aqalliyat al-Muslimah , hlmn 8.

    5 Al-Qaradhawi: Aulawiyat al-Harakah al-Islamiyah Fi al-Marhalah al-Qadimah , hlmn 146.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    9/19

    9

    iii. Keperluan menerima kedatangan bangsa lain dan orang-orang yang berhijrahsehingga dapat mewujudkan golongan ansar yang mengasihi orang yang berhijrahkepada mereka, serta menyediakan persekitaran Islam untuk mereka.

    Aqalliyat yang dibincangkan bukan sekadar berhadapan persoalan-persoalan agama

    yang mereka hadapi tetapi juga peranan mereka sebagai wakil umat Islam dalammasyarakat majoriti bukan Islam. Suasana ini boleh dibandingkan dengan permulaankedatangan Islam sewaktu nabi diutuskan, tempoh tiga tahun pertama secara khusus dan

    juga tempoh sepanjang berada di Mekah sebelum hijrah nabi SAW. Umat Islam adalahaqalliyat dalam komuniti masyarakat Arab yang didominasi oleh musyrikin Mekah.

    Nabi SAW meraikan situasi semasa pada waktu itu. Ia dapat dilihat dalam persoalanpembinaan Kabah yang merupakan perkara akidah dan ibadat, juga sebagai kiblat umatIslam. Tindakan nabi SAW ketika itu memberi isyarat kepada siasah syariyah yang meraikanpersekitaran semasa. Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa nabi SAW bersabda 1:

    Maksudnya: Wahai Aisyah, kalaulah tidak kerana kaum engkau masih baru denganzaman Jahiliyah, nescaya aku akan perintahkan agar al-Bait (disekelilingnya)diruntuhkan, dan aku akan masukkan apa yang telah dikeluarkan daripadanya, akuakan rendahkannya ke paras bumi, aku akan jadikan baginya dua pintu; satu ditimur dan satu lagi di barat, dan aku akan hampirkan dengan asas (maqam) Ibrahim.

    Nabi SAW mengambil masa tidak kurang dari dua puluh satu tahun untuk

    meruntuhkan berhala yang berada di sekeliling Kabah selepas diutuskan menjadi Rasul. Iatermasuk dalam siasah syariyah yang berdiri di atas maslahat dan persekitaran umat Islamyang masih belum ada kekuatan pada awal Islam 2. Bahkan nabi SAW lebih mengutamakanagar diruntuhkan dahulu berhala di dalam diri umat Islam sebelum diruntuhkan berhala yangberada di sekeliling Kabah.

    PRINSIP SIASAH SYARIYAH MINORITI MUSLIM

    Pertama: Kaedah taisir dan tadarruj

    Di antara ciri-ciri Islam adalah rofu al-haraj (mengangkat susah) dan mudah

    diamalkan. Islam adalah agama rahmat dan menolak mudharat . Nabi SAW apabila ada duapilihan dalam sesuatu perkara nescaya akan memilih yang lebih mudah. Beberapa kejadianpada zaman nabi SAW juga menyokong perkara ini, seperti seorang Arabi yang membuangair kecil di Masjid Nabawi dan kisah seorang lelaki yang bersetubuh dengan isterinya padasiang Ramadhan, tetapi tidak mampu membayar kaffarah , lalu nabi SAW memberinyamakanan sebagaimana diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa nabi SAW bersabda 3:

    1 Al-Bukhari: Al-Jami al-Sahih , nombor 1509, jld 2, hlmn 574.2 Dr. Majdi Hilali: Min Feqh al-Aulawiyat Fi al-Islam , hlmn 63.3 Al-Bukhari: Al-Jami al-Sahih , no. 6436, jld 6, hlmn 2501.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    10/19

    10

    Maksudnya: Berilah makan kepada ahli keluarga engkau dan jangan ulangi semula.

    Imam al-Shatibi (790H) telah menghubungkaitkan antara takhfif (keringanan) dan

    masyaqqah (berat) di bawah satu tajuk khusus Bayan Qasd al-Syari Fi Wadhie al-SyariahLi al-Taklif bi Muqtadhoha , dengan menjelaskan bahawa tanggungjawab yang diperintahkanmempunyai masyaqqah tetapi terdapat yang mampu ditanggung dan terdapat juga yangbersifat sementara. Imam al-Shatibi menegaskan 1:

    Sesungguhnya tiada pertikaian bahawa syara menghendaki taklif yang terdapat padanya kesukaran dan masyaqqah, tetapi pada adatnya tidak dinamakanmasyaqqah pada perkara yang berterusan, seperti mencari rezeki tidak dinamakanmasyaqqah pada adatnya.

    Di samping itu, minoriti muslim juga perlu mengambil kira kaedah tadarruj (beransur-

    ansur). Ia merupakan kaedah penurunan al-Quran dan juga kaedah pensyariatan hukumsebagaimana pengharaman arak. Ia bertujuan bagi memudahkan kefahaman dan amalanyang baharu serta mengelakkan daripada ketidakmampuan.

    Kedua: Feqh al-maqasid

    Setiap tindakan dan amalan dalam muamalat dan sebahagian ibadah perlu melihatkepada maqasid (tujuan). Ini kerana semua perintah Allah Azza wa Jalla tidak sia-sia,bahkan mempunyai tujuan dan objektif tersendiri yang sebahagian besarnya boleh diketahuioleh akal manusia. Berbanding al-Zohiriyah yang hanya melihat zahir teks, jumhur ulamamenyatakan bahawa syariat Islam mempunyai maqasid dan muallalah (bersebab).

    Ia tidak terhenti dalam perkara muamalat sahaja, boleh berlaku juga dalam ibadahiaitu pelaksanaannya. Hadith nabi SAW yang meminta para sahabat solat di Bani Quraidzahdirujuk sebagai asas feqh al-maqasid ini dan ia dalam perkara ibadat solat iaitupelaksanaannya. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RA bahawa nabi SAW bersabdaketika pulang dari peperangan al-Ahzab 2:

    Jangan seseorang solat Asar melainkan di (perkampungan) Bani Quraidzah.

    Para sahabat terbahagi kepada dua ketika masuk waktu Asar, sebahagian yang

    melihat kepada zahir perintah nabi SAW dan sebahagian lain yang melihat maqasid arahannabi SAW. Perbezaan pandangan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan nabiSAW adalah berdiri di atas prinsip ini. Persoalan solat tarawih pada zaman Umar al-KhattabRA, dua azan pada zaman Uthman RA dan tasiir (penetapan harga) pada zaman Tabiiinmerupakan ijtihad yang melihat kepada feqh al-maqasid . Saidina Umar al-Khattab RA dilihatsebagai pelopor dalam mengamalkan feqh al-maqasid ini3.

    1 Al-Shatibi: Al-Muwafaqat Fi Usul al-Feqh , jld 2, hlmn 123.2 Al-Bukhari: Al-Jami al-Sahih , no. 3893, jld 4, hlmn 1510.3 Lihat Dr. Baltaji: Manhaj Umar al-Khattab Fi al-Tasyri , hlmn 48.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    11/19

    11

    Feqh al-maqasid bukan bermakna menolak nas juzie dan mengabaikannya, tetapi iasebenarnya melaksanakan tuntutan nas dan merealisasikannya, kerana ia termasuk dalamal-jamu baina al-dalilain (himpunkan dua dalil). Ia lebih utama daripada al-naskh (tidakdiguna) sebagaimana kaedah Jumhur para ulama 1.

    Oleh sebab itu, persekitaran minoriti muslim yang berbeza dengan tempat lainmemerlukan kefahaman yang lebih tentang feqh al-maqasid ini. Isu-isu seperti laranganpemakaian tudung di universiti di Perancis, binatang sembelihan orang Kristian dan Yahudi,dan berurusan dengan bank konvensional yang berasaskan riba, melihat kepada maqasidyang menyebabkan perbezaan hukum di tempat lain.

    Ketiga: Feqh al-aulawiyat dan mengukur kemampuan

    Dalam siasah syariyah minoriti muslim juga, mesti meraikan keutamaan berdasarkanasas kemampuan diri dan suasana persekitaran. Nabi SAW berbeza tindakannya ketikapermulaan dakwah yang bersifat secara sembunyi berbanding selepas hijrah. Ketika awal

    dakwah islam, nabi SAW tidak memberikan respon yang melampaui kemampuan umat Islamterhadap segala kesakitan dan penyeksaan yang dilakukan oleh Musyrikin Mekah. Sabardan doa sahaja senjata pada waktu itu. Diriwayatkan daripada Uthman bin Affan RA bahawanabi SAW bersabda 2:

    Maksudnya: Sabar keluarga Yasir, sesungguhnya kesudahan kamu adalah ke syurga.

    Namun tindakan nabi SAW berbeza selepas mendapat kekuasaan di Madinah ketikaseorang muslimah diganggu di pasar Bani Qainuqa dengan memberikan pembelaan yangsewajarnya. Sedangkan isu keluarga Yasir lebih besar daripada muslimah ini. Nabi SAW

    juga dilihat bertolak ansur ketika memetrai Sulh al-Hudaibiyah (Perdamaian Hudaibiyah)berkaitan penulisan nama Allah, perkataan Rasulullah SAW dan isi perdamaian, keranamelihat kepentingan dakwah yang lebih utama daripadanya 3.

    Maka, menjadi keutamaan bagi minoriti muslim untuk melakukan sebarang tindakandengan kolektif, bersandarkan ijtihad yang juga bersifat kolektif dalam menentukankeutamaan mereka; seperti keseimbangan di antara lelaki dan wanita dengan pertubuhan-pertubuhan Islam, menyediakan pemimpin daripada penduduk tempatan, perpaduansesama komuniti muslim, menubuhkan institusi waqaf Islami, memperbanyakkan dialog diantara agama dan juga memulakan projek ekonomi berimpak tinggi yang patuh syariat.

    Keempat: Perbezaan mazhab dan feqh al-muqaran

    Terdapat golongan yang melampau menangani kewujudan mazhab feqh sehinggamengajak orang lain untuk memansuhkan mazhab yang ada. Pada masa yang sama wujudkumpulan yang terlalu taassub dengan mazhab tertentu tidak boleh membebaskan diri darimazhabnya walaupun hanya dengan istidlal yang sangat lemah.

    1 Al-Hafnawi: Al-Taarudh wa al-Tarjih , hlmn 51-52.2 Ibn Hajar: Al-Matolib al-Aliah , jld 16, hlmn 295.3 Lihat al-Buti: Feqh al-Sirah al-Nabawiyah , hlmn 233-235.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    12/19

    12

    Siasah syariyah minoriti muslim di tengah-tengah antara kedua-dua kumpulan ini. Iaberhajat untuk menghormati pandangan orang lain, sebagaimana keperluan meraikanpersekitaran yang ada. Diriwayatkan bahawa Umar al-Khattab RA pernah ditanya satupersoalan lalu diserahkan kepada Ali RA. Kemudian setelah selesai Umar RA bertanya apa

    jawapan Ali RA, lalu Umar RA pun berkata bermaksud 1:

    Jika aku yang menjawab nescaya jawapanku lain daripada ini. Lelaki itu berkata: Apa yang menegahmu sedangkan engkau Amir al-Mukminin? Umar menjawab: Jikaaku sandarkan kepada al-Quran atau al-Sunnah nescaya aku akan berbuatdemikian, tetapi ia hanya pendapatku, dan sesuatu pendapat adalah sama.

    Menjadi satu keperluan pada zaman ini untuk melihat setiap huraian isu dalampelbagai mazhab yang ada untuk memenuhi tuntutan dan maslahat setempat. Fatwa-fatwasemasa yang dikeluarkan dan juga undang-undang kekeluargaan serta muamalat dibeberapa negara Islam tidak hanya terikat dengan satu mazhab sahaja tetapi merentaspandangan empat mazhab bahkan menjangkau lapan mazhab dalam beberapa isu. Jika hal

    ini berlaku dalam persoalan nikah kahwin dan muamalat, maka ia lebih utama danmendesak bagi minoriti muslim.

    Inilah yang menjadi asas bagi pendapat yang dipegang oleh Majlis Fatwa Eropahyang membenarkan pewarisan harta pusaka daripada ahli keluarga yang bukan Islam, dan

    juga hukum harus seorang muslimah hidup bersama suaminya yang belum beragama Islam.Ia melihat kepada maslahat yang syarie dan kepentingan dakwah Islam itu sendiri.

    Kelima: Jiwa warganegara

    Fitrah manusia cenderung untuk sayang negaranya dengan sepenuh hatinya.

    Bangga dengan tempat lahirnya, budaya, makanan dan suasana negaranya. Perasaan inidiraikan oleh agama Islam, tetapi bukan bermaksud negara baharu yang didiaminya adalahmusuhnya. Perlu mempunyai sikap dan perasaan sebagai warganegara, jika tidak ia bolehmembawa kepada kerosakan kepada diri, negara dan agamanya. Nabi SAW sendiri selepasberhijrah ke Madinah tetap memuji Kota Mekah yang merupakan negeri asalnya.Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA bahawa nabi SAW berkata kepada Mekah 2:

    Tiada negeri yang lebih baik daripadamu, dan lebih dikasihi kepadaku, kalaulah tidakkerana kaumku mengeluarkanku daripadamu nescaya aku tidak akan tinggal ditempat selainmu.

    Tiada halangan jika minoriti muslim menyayangi negara tempat tinggalnya danmengikut peraturannya walaupun diperintah oleh bukan Islam. Bahkan fatwa yangmenyatakan wajib berhijrah daripada negara bukan Islam tidak dapat mengubah keadaanminoriti muslim ini kerana ia telah menjadi tempat lahir generasi mereka yang kedua danseterusnya. Bukan bermakna pula mereka perlu memberikan wala kepada agama yangdianut oleh negara tersebut atau sebarang peraturan sedia ada yang bertentangan denganajaran Islam.

    1 Ibn al-Qaiyim: Ilam al-Muwaqqiien , jld 1, hlmn 652 Al-Tirmizi: Sunan al-Tirmizi , no. 3926, jld 5, hlmn 723.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    13/19

    13

    Termasuk dalam siasah syariyah menjadikan minoriti muslim berfungsi untukmelakukan islah (penambahbaikan) terhadap negara dan masyarakat di tempat tinggalnya.Firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 116-117:

    Maksudnya: Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahuludaripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarangkaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang, tidak ada yangmelarang melainkan sedikit sahaja, Iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan diantara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitikberatkansegala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasamemperbaiki keadaan sesama sendiri.

    Imam al-Qurtubi (671H) menjelaskan tentang ayat ini berkaitan kewajipan melakukanislah dan menjelaskan bahawa mencegah kerosakan itu bukan hanya di negara Islamsahaja, bahkan juga di semua tempat 1.

    Nabi SAW telah menunjukkan asas ini dalam tindakannya ketika berada di Mekahdalam misi dakwah. Nabi SAW berterusan melakukan islah walaupun diuji dengan pelbagaiancaman dan seksaan. Kerosakan yang berlaku di Mekah pada zaman Jahiliyah sangatdahsyat untuk dibayangkan, pembunuhan, rompakan, penindasan, dan lain-lain, tetapi nabiSAW di samping berdakwah terus berdoa agar Allah Azza wa Jalla memberikan hidayahkepada mereka.

    Adalah bercanggah dengan kaedah feqh dan siasah syariyah sebarang fatwa danpendapat yang membenarkan minoriti muslim mengambil harta penduduk tempatan, tidakmembayar hutang dan merosakkan harta benda mereka dengan hujah darah dan hartaorang kafir adalah halal.

    Keenam: Feqh al-nas dan al-waqi

    Tiada perselisihan di antara para ulama bahawa sebarang ijtihad dan fatwa yangdikeluarkan mestilah berdiri di atas keharmonian di antara nas (teks) dan waqi (konteks).Kajian, penelitian dan memperhalusi setiap juzu permasalahan sebelum mengeluarkanhukum berdasarkan dalil-dalil yang diterima dengan istidlal yang betul. Kaedah feqh adamenyatakan 2:

    Maksudnya: Hukum ke atas sesuatu memerlukan gambaran tentang perkara itu.

    1 Lihat al-Qurtubi: Al-Jami Li Ahkam al-Quran , jld 4, hlmn 47.2 Al-Nafrawi: Al-Fawakih al-Dawani , jld 1, hlmn 112.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    14/19

    14

    Waqi di suatu tempat tidak sama dengan tempat lain (perubahan tempat), begitu juga dengan waqi sedekad yang lalu tidak sama dengan hari ini (perubahan masa). Selaintempat dan masa, manusia itu sendiri boleh menjadi pembolehubah waqi ini. Saidina Umaral-Khattab RA telah mengubah hukum talak dengan lafaz tiga sekaligus kepada bainunahkubra (talak tiga) sedangkan amalan yang digunapakai pada zaman nabi SAW dan Abu

    Bakar RA adalah rojie (talak satu). Umar RA melihat perangai umat Islam pada zamannyasangat cepat menyebut talak tiga sekaligus berbanding pada zaman sebelumnya 1.

    Umar RA juga telah berijtihad berkenaan hukuman rotan bagi peminum arak daripada40 sebatan kepada 80 sebatan qias kepada hukum qazaf . Sedangkan Ali RA pula padazamannya mengembalikan semula kepada 40 sebatan. Umar bin Abd Aziz (101H)memberikan fatwa di Madinah menerima persaksian seorang saksi dan sumpah bagi pemilikbarang tanpa mendatangkan bukti. Abu Yusof (183H) dan Muhammad al-Shaibani (189H)tidak sependapat dengan gurunya Imam Abu Hanifah (150H) dalam beberapa hukum feqh.Imam Shafiie (204H) sendiri menukar pandangannya apabila sampai di Mesir berbandingketika di Iraq, yang dikenal sebagai qaul qadim (pandangan lama) dan qaul jadid (pandangan baharu). Semua perbezaan dan perubahan ini bukan perbezaan dalil danhujjah, tetapi perbezaan waqi masa dan tempat.

    Imam al-Qarafi (486H) menyatakan berkaitan dengan kepentingan melihat kepadawaqi dan tidak terikat dengan kitab-kitab warisan yang dibaca ketika memberikan fatwa,katanya 2:

    Banyak kesilapan daripada para fuqaha dan mufti, sesungguhnya merekamendatangkan apa-apa yang tertulis di dalam kitab-kitab imam mereka kepada

    penduduk sesuatu tempat bagi setiap zaman. Demikian itu menyalahi ijma, dan

    mereka telah melakukan maksiat, berdosa di sisi Allah SWT, tiada keuzuranterhadap kejahilannya masuk ke dalam fatwa, sedangkan mereka bukan ahlinya.

    Waqi minoriti muslim berbeza dengan umat Islam lain yang tinggal di negara Islam.Di beberapa negara Eropah terdapat undang-undang yang tidak membenarkan binatangdisembelih di tempat terbuka kerana perbuatan itu dianggap sebagai menyeksa binatang.Begitu juga pengiraan waktu solat yang berbeza dengan ketara di antara musim sejuk danmusim panas.

    SIASAH SYARIYAH MENDEPANI GOLONGAN MINORITI

    Selain minoriti muslim yang telah dibincangkan, terdapat juga kumpulan orang bukanIslam yang bersifat minoriti dalam sebuah negara Islam. Dengan slogan hak asasi manusia,mereka telah melakukan pelbagai perkara yang sebahagiannya bercanggah dengan ajaranIslam yang dianut oleh pemerintah. Ini menjadikan sebahagian ulama mengaitkan tindakanpemerintah dalam mendepani kumpulan ini sebagai siasah syariyah walaupun lebih sesuaidikatakan sebagai hak-hak orang bukan Islam dalam sebuah negara Islam.

    1 Lihat Muslim: Sahih Muslim , no. 1472, jld 2, hlmn 1099.2 Al-Qarafi: Al-Furuq , jld 1, hlmn 141.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    15/19

    15

    Sebelum manusia kenal dengan huquq al-insan , Islam lebih awal dengan jarak ribuantahun memperkenalkan huquq al-ibad dengan maksud yang lebih luas dan menyeluruh, dania bertitik tolak daripada akidah Islamiah itu sendiri 1. Masyarakat Islam yang hidupberlandaskan cara hidup Islam dalam hubungan sosial tempatan dan antarabangsa, tidakakan menafikan kewujudan orang bukan Islam dan budayanya. Islam mengiktiraf hak

    mereka dan masing-masing hidup dengan penuh tolak ansur, keadilan, kebaikan dan rahmatyang tidak pernah dirasai dan dijumpai sebelum kedatangan Islam 2. Firman Allah SWTdalam surah al-Mumtahanah ayat 8:

    Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adilkepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidakmengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihiorang-orang yang berlaku adil.

    Ini antara prinsip dalam pemerintahan Islam mendepani minoriti bukan Islam yangtelah dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Karya-karya para fuqaha juga kaya denganistilah-istilah seperti ahlu al-Kitab , ahlu al-zimmah , al-mustaman , dan sebagainya.Permintaan mereka juga dilayan dan diraikan dengan baik. Diriwayatkan bahawa Umar RAdidatangi seorang wakil kerajaan bernama al-Numan bin Zarah menyampaikan permintaanNasrani Bani Taghlib di Najran yang memohon untuk membayar zakat dan tidak mahu atasnama jizyah , jika dibenarkan nescaya mereka akan membayarnya dengan lebih banyakdaripada zakat yang dibayar oleh umat Islam sendiri 3.

    Para ulama silam juga menguasai ilmu dan perkara yang berkaitan dengan agamagolongan minoriti bukan Islam. Ibn Hazm al-Andalusi (456H) mengetahui dengan mendalamtentang Injil dan yang berkaitan dengan ketuhanan mereka 4. Ibn Khaldun (808H) bukansekadar menguasai Injil tetapi juga organisasi pengurusan gereja mereka 5. Al-Qalqasyandi(821H) pula menyatakan kepentingan mengetahui hari-hari perayaan agama golongan zimmi yang tinggal di negara Islam 6.

    Hak Tidak Boleh Disalahguna

    Seseorang mempunyai hak tertentu yang tidak boleh diceroboh oleh orang lain. Hakini dijaga oleh Islam untuk menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat. Namun hakyang dimiliki oleh seseorang atau kumpulan tidak boleh disalahgunakan yang disebut

    1 Lihat Dr. Muhammad al-Zuhaili: Huquq al-Insan fi al-Islam , hlmn 132.2 Lihat Dr. Yusof al-Qaradhawi: Ghairu al-Muslimin fi al-Mujtama al-Islami , hlmn 5.3 Ibn Qudamah: Al-Mughni , jld 9, hlmn 275.4 Lihat Ibn Hazm: Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal , jld 1, hlmn 58, jld 2, hlmn 6-15, 53, jld

    5, hlmn 82.5 Lihat Ibn Khaldun: Al-Muqaddimah , hlmn 73, 356.6 Lihat al-Qalqasyandi: Maathir al-Inafah fi Maalim al-Khilafah , jld 3, hlmn 33.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    16/19

    16

    sebagai al-taassuf di dalam kitab-kitab feqh. Menyalahgunakan hak yang dimiliki adalahharam, firman Allah Azza wa Jalla dalam surah al-Baqarah ayat 231:

    Maksudnya: Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka(hampir) habis tempoh iddahnya maka bolehlah kamu rujuk mereka dengan cara yangbaik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu rujuk merekasemula dengan maksud memberi mudarat.

    Rujuk isteri dengan niat memudharatkan ialah dengan memanjangkan iddah nya.Ini sebagaimana perbuatan masyarakat Arab Jahiliah yang menceraikan isteri mereka,kemudian sebelum tamat iddah nya, suami akan rujuk semula isterinya dan kemudiandiceraikan sekali lagi. Suami memang mempunyai hak untuk cerai dan rujuk, tetapidengan cara ini dia telah menyalahgunakan haknya. Ia dilarang sebagaimana ayat diatas, dan larangan membawa maksud haram 1.

    Hukum haram ini juga berdasarkan hadith nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkanoleh al-Numan bin al-Basyir bahawa nabi SAW melarang orang-orang yang berkongsi kapalmemecahkan dinding kapal mereka untuk mengambil air 2. Mereka mempunyai hak untukmelakukan apa sahaja termasuk memecahkan dinding bahagian mereka, tetapi perbuatanini disebut sebagai menyalahgunakan hak.

    Golongan minoriti dalam sesebuah negara mempunyai hak yang dijaga oleh syariatdan dipertahankan oleh undang-undang. Tetapi bukan bermakna mereka bolehmenyalahgunakan hak yang mereka miliki ini terutamanya jika boleh mendatangkanmudharat kepada orang lain serta mengganggu ketenteraman awam.

    Pihak pemerintah pula boleh membenarkan atau tidak membenarkan segalapermintaan atau cadangan golongan minoriti ini. Ia bergantung kepada maslahat yang bakaltercapai. Ini juga termasuk dalam siasah syariyah dengan perhatian sewajarnya terhadapprinsip-prinsip yang telah dibincangkan sebelum ini.

    1 Lihat Dr. Wahbah al-Zuhaili: Al-Feqh al-Islami wa Adillatuh , jld 4, hlmn 30.2 Lihat al-Bukhari: Al-Jami al-Sahih , no. 2361, jld 2, hlmn 882. Teks asal hadith berbunyi:

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    17/19

    17

    PENUTUP

    Ruang siasah syariyah terlalu luas yang berdiri di atas maslahat . Setiap tindakanbukanlah sesuatu yang bersifat mutlak (absolute) , kerana bagi setiap hukum itu adaperbahasan dan syarat-syarat penerimaannya. Apatah lagi bagi golongan minoriti yangmempunyai persekitaran yang berbeza dengan penduduk setempat yang majoriti.

    Di samping itu, banyak perkara yang dinyatakan di atas termasuk dalam persoalanpentafsiran hukum atau ijtihad. Ia perlu dihuraikan dengan melihat dalil-dalil dan kaedah-kaedah umum Islam secara komprehensif dan tidak hanya merujuk kepada satu-satu dalilsahaja. Selain dalil yang pelbagai yang menjadi teks, perlu dipertimbangkan juga kontekssesuatu permasalahan yang melatarinya.

    Interaksi di antara dalil-dalil ini juga memerlukan penglibatan ilmu lain untuk mencarihukum yang paling praktikal dengan persekitaran semasa. Mengkhususkan umumnya dalilyang sedia ada, memansukhkan yang lebih awal, atau menghimpunkan ( jama ) adalah di

    antara alat (instrumen) yang boleh digunapakai.

    Semoga kertas kecil ini membuka ruang perbincangan untuk melihat keperluanmemahami siasah syariyah dan golongan minoriti, sama ada yang tinggal bersama majoritibukan Islam atau mendepani golongan ini dalam negara Islam. Menjadi satu kemestianuntuk membongkar khazanah silam dan melakukan penilaian semula dengan ijtihad baharusecara kolektif dalam perbahasan ini.

    Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak asing dengan situasi ini. Diharapkan ia mampumempersiapkan diri kita menjadi pemimpin atau guru kepada ummah yang bertindaksebagai seorang yang menguasai siasah syariyah. Syariat Islam amat praktikal ajarannyadan sangat anjal pelaksanaannya, sesuai sepanjang zaman dan di semua tempat.

    Anhar Opir, Amman,16 Rabi al-Awwal 1434H,28 Januari 2013M,Jabatan Pengajian Islam,Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    18/19

    18

    SENARAI RUJUKAN

    1. Al-Quran al-Karim.

    2. Abd a-Aal Utwah: Al-Madkhal Ila al-Siasah al-Syariyah , Jamiah al-Imam Muhammad binSuud al-Islamiyah, cetakan kedua, tahun 2004M.

    3. Abd al-Rahman Taj: Al-Siasah al-Syariyah wa al-Feqh al-Islami , hadiah Majalah al-Azhar,Ramadhan, tahun 1415H.

    4. Abd al-Wahab al-Kayali: Mausuah al-Siasah , al-Muassasah al-Arabiyah Li al-Dirasat wa al-Nasyr, Beirut.

    5. Ahmad bin Hanbal: Musnad Imam Ahmad, Muassah Qurtubah, Mesir.

    6. Ahmad Suwailim al-Umari: Mujam al-Ulum al-Siasiah al-Muyassarah , al-Haiah al-Masriyah al-Ammah Li al-Kitab, tahun 1985.

    7. Al-Babarti: Al-Inayah Syarh al-Hidayah Maa Fath al-Qadir , Dar al-Fikr, Beirut, tahun1399H.

    8. Al-Bukhari: Al-Jami al-Sahih , tahqiq: Dr. Mustafa Bugha, Dar Ibn Kathir, Beirut, cetakanketiga, tahun 1987M.

    9. Al-Fairuz Abadi: Al-Qamus al-Muhit , Muassasah al-Risalah, Beirut.

    10. Al-Hafnawi: Al-Taarudh wa al-Tarjih Inda al-Usuliyyin, wa Atharuhuma Fi al-Feqh al- Islami , Dar al-Wafa, Mansurah, cetakan keempat, tahun 1428H.

    11. Al-Jauhari: Taj al-Lughah wa Sihah al-Lughah, tahqiq: Ahmad Abd al-Ghafur dan al-Athor,Dar al-Ilm Li al-Malayin, Beirut, tahun 1404H.

    12. Al-Mawardi: Al-Ahkam al-Sultaniyah wa al-Wilayat al-Diniyah , Dar al-Kutub al-Ilmiah,Beirut, tahun 1985M.

    13. Al-Nafrawi: Al-Fawakih al-Dawani Ala Risalah Ibn Abi Zaid al-Qairawani , Dar al-Fikr,Beirut, tahun 1415H.

    14. Al-Qalqasyandi: Maathir al-Inafah Fi Maalim al-Khilafah , tahqiq: Abd al-Sattar AhmadFaraj, Matbaah Hukumah al-Kuwait, cetakan kedua, tahun 1985M.

    15. Al-Qarafi: Al-Furuq , tahqiq: Umar Hasan al-Qiyam, Muassasah al-Risalah, cetakan kedua,tahun 1429H.

    16. Al-Qurtubi: Al-Jami Li Ahkam al-Quran , Dar al-Syab, al-Qahirah.

    17. Al-Razi: Mukhtar al-Sihah , tahqiq: Mahmud Khatir, Maktabah Lubnan Nasyirun, Beirut,cetakan baharu, tahun 1995M.

    18. Al-Shatibi: Al-Muwafaqat Fi Usul al-Feqh , tahqiq: Abdullah Darraz, Dar al-Marifah, Beirut.

    19. Al-Tirmizi: Sunan al-Tirmizi , tahqiq: Ahmad Muhammad Syakir wa akharun, Dar Ihya al-Turath al-Arabi, Beirut.

    20. Baltaji (Dr.): Manhaj Umar al-Khattab Fi al-Tasyri , Dar al-Salam, al-Qahirah, cetakanketiga, tahun 2003.

    21. Ibn Abidin: Hasyiah Radd al-Muhtar Ala al-Durr al-Mukhtar , Dar al-Fikr li al-Tibaah wa al-Nasyr, Beirut, tahun 2000M.

    22. Ibn al-Jauzi: Talbis Iblis , tahqiq: Dr. Said al-Jamili, Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut, cetakanpertama, tahun 1985M.

    23. Ibn al-Manzur: Lisan al-Arab , Dar Sodir, Beirut, cetakan pertama.

    24. Ibn al-Qaiyim, Ilam al-Muwaqqiien An Rabb al-Alamin , tahqiq: Toha Abd al-Rauf Sad,Dar al-Jail, Beirut, tahun 1973.

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

  • 8/10/2019 Siasah Syari'Ah Golongan Minoriti

    19/19

    19

    25. Ibn al-Qaiyim: Al-Turuq al-Hukmiyah Fi al-Siasah al-Syariyah , tahqiq: Dr. MuhammadJamil Ghazi, Matbaah al-Madani, al-Qahirah.

    26. Ibn Hajar: Al-Matolib al-Aliah bi Zawaid al-Masanid al-Thamaniah , tahqiq: Dr. Sad binNasir, Dar al-Ghith, al-Saudiah, cetakan pertama, tahun 1419H.

    27. Ibn Hajar: Fathu al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari , tahqiq: Muhibuddin al-Khatib, Dar al-Marifah, Beirut.

    28. Ibn Hazm: Al-Fasl Fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal , Maktabah al-Khanji, al-Qahirah.

    29. Ibn Khaldun: Al-Muqaddimah , Dar al-Qalam, Beirut, cetakan kelima, tahun 1984M.

    30. Ibn Nujaim: Al-Bahru al-Raiq Syarh Kanzu al-Daqaiq , Dar al-Marifah, Beirut, cetakankedua.

    31. Ibn Qudamah: Al-Mughni Fi Feqh al-Imam Ahmad bin Hanbal , Dar al-Fikr, Beirut, cetakanpertama, tahun 1405H.

    32. Kamus Dewan , Edisi Keempat, tahun 2005.

    33. Majdi Hilali (Dr.): Min Feqh al-Aulawiyat Fi al-Islam , Dar al-Tauzi wa al-Nasyr al-Islamiyah,

    al-Qahirah, tahun 1994. 34. Muhammad al-Zuhaili (Dr.): Huquq al-Insan Fi al-Islam Dirasah Muqaranah , Dar Ibn Kathir,

    Dimasyq, tahun 1997.

    35. Muslim: Sahih Muslim , tahqiq: Muhammad Fuad Abd al-Baqi, Dar Ihya al-Turath al-Arabi,Beirut.

    36. Said Ramadhan al-Buti: Feqh al-Sirah al-Nabawiyah , Dar al-Salam, al-Qahirah, cetakankedua puluh satu, tahun 2010M.

    37. Sulaiman Muhammad Tubuliyak: Al-Ahkam al-Siasiyah Li al-Aqalliyat al-Muslimah Fi al- Feqh al-Islami , Dar al-Nafais, tahun 1997.

    38. Wahbah al-Zuhaili (Dr.): Al-Feqh al-Islami wa Adillatuh , Dar al-Fikr, Dimasyq, cetakan

    ketiga, tahun 1409H. 39. Yusof al-Qaradhawi (Dr.): Fi Feqh al-Aqalliyat al-Muslimah , Dar al-Syuruq, cetakan

    pertama, tahun 2001M.

    40. Yusof al-Qaradhawi (Dr.): Aulawiyat al-Harakah al-Islamiyah Fi al-Marhalah al-Qadimah ,Maktabah Wahbah, al-Qahirah, tahun 1992.

    41. Yusof al-Qaradhawi (Dr.): Ghairu al-Muslimin Fi al-Mujtama al-Islami , Maktabah Wahbah,al-Qahirah, cetakan ketiga tahun 1413H.

    42. Laman sesawang:www.e-cfr.org ,HFE.org ,IslamicPopulation.com ,State.gov ,LOC.gov ,HRW.com ,USCWM.org ,IslamicNews.org ,IIIE.net ,Islamic-World.net ,

    Arab.net ,Wikipedia.org .

    Generated by Foxit PDF Creator Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.