pemikiran kaum muda dan kaum tua

26
PEMIKIRAN KAUM MUDA DAN KAUM TUA : SUATU TINJAUAN SEJARAH 1.0 PENGENALAN Di dunia tan ah mel ayu semema ngny a wuj ud bebe rap a firqah ya ng timbul has il per bez aan fa haman (i 't iqad). Fi rqah- fi rqah ini berdir i atas das ar pem bawaan ma si ng- ma si ng ya ng diperjuangkan. Sehingga timbul impak yang besar kepada masyarakat melayu seperti perpecahan antar a masy arakat, perbalahan, tidak ada kesat uan dalam masyarakat. Antar a contoh -conto h firqah kaum tua, kaum muda, anti hadith, Arqam dan Tabligh. Fokus pada kertas ini adalah polimik kaum tua dan kaum muda di tanah melayu. Realiti kewujud an fi rqah ini memang ti dak di naf ikan ol eh se jarah me layu ker ana kem ashur an  pertelingkahan yang berlaku di antara tokoh-tokoh yang besar mewakili dari firqah tersebut. Kebany akan pene muan punca per beza an ide olo gi yang di bawa ole h fir qah- fir qah ter sebut  berkisar tentang perkara khilafiyah dan serba sedikit persoalan aqidah. Kertas kerja ini menceritakan pertembungan antara kaum tua dan muda secara umum, tokoh- tokoh yang mewakili fir qah tersebut, med ium dakwah mereka dan kes an- kesanny a ser ta cadanga n dar i penu lis di ata s per tel ingkaha n ant ara dua pua k ini kha sny a ber kis ar ten tang khilafiyah.

Upload: abdullah-abdullah

Post on 04-Apr-2018

410 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 1/26

PEMIKIRAN KAUM MUDA DAN KAUM TUA : SUATU TINJAUAN SEJARAH

1.0 PENGENALAN

Di dunia tanah melayu sememangnya wujud beberapa firqah yang timbul hasil perbezaan

fahaman (i'tiqad). Firqah-firqah ini berdiri atas dasar pembawaan masing-masing yangdiperjuangkan. Sehingga timbul impak yang besar kepada masyarakat melayu seperti perpecahan

antara masyarakat, perbalahan, tidak ada kesatuan dalam masyarakat. Antara contoh-contohfirqah kaum tua, kaum muda, anti hadith, Arqam dan Tabligh.

Fokus pada kertas ini adalah polimik kaum tua dan kaum muda di tanah melayu. Realiti

kewujudan firqah ini memang tidak dinafikan oleh sejarah melayu kerana kemashuran pertelingkahan yang berlaku di antara tokoh-tokoh yang besar mewakili dari firqah tersebut.

Kebanyakan penemuan punca perbezaan ideologi yang di bawa oleh firqah-firqah tersebut

 berkisar tentang perkara khilafiyah dan serba sedikit persoalan aqidah.

Kertas kerja ini menceritakan pertembungan antara kaum tua dan muda secara umum, tokoh-

tokoh yang mewakili firqah tersebut, medium dakwah mereka dan kesan-kesannya sertacadangan dari penulis di atas pertelingkahan antara dua puak ini khasnya berkisar tentang

khilafiyah.

Page 2: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 2/26

2.0 DEFINISI

2.1 DEFINISI KAUM TUA

Secara umumnya, kaum tua boleh didefinisikan sebagai ulama-ulama tradisional yang berpegang

kepada tradisi konservatif atau mempertahankan yang lama. Sesuai dengan pengertiankonservatif, ulama-ulama ini sebagaimana biasanya cuma melihat sejarah atau masa lampau

sebagai sumber inspirasi atau sesuatu yang harus dipertahankan. Di dalam banyak perkara,

mereka lebih suka mengekalkan status quo sesuatu amalan yang telah lama bertapak di

dalam masyarakat.

Justeru itu, pendokong kaum tua ini dilihat sering kali bersikap negatif terhadap pembaharuan

dan perubahan. Golongan tradisionalis ini sering kali menganggap bahawa kemunduran umat

Islam adalah kerana mereka menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran generasi yang lalu, sertamemutuskan hubungan tradisi mereka untuk mengikuti arus perubahan iaitu godaan syaitan dari

Barat. Mereka lebih selesa untuk mengurung Islam dalam satu benteng tanpa jendela dan pintu

keluar, tanpa ruangan terbuka ke arah langit, serta mempertahankan seluruh tradisi yang telahdiwarisi oleh nenek moyang tanpa membezakan ajaran Islam yang tulen atau campuran dari

 pelbagai pengaruh yang lain (al-Mandili,1377 H, Sinar Matahari, Hlm. 32).

Nik Abdul Aziz bin Nik Hassan memberikan pengertian kaum tua sebagai :

"..ulama-ulama yang enggan menerima pemikiran yang baru yang bercanggah dengan aliran-

aliran pemikiran Islam yang sudah pun berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu tempatan.."

Kaum Tua atau dikenali sebagai 'Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhab Syafie pula

 berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan cara taklid sebagai medium penyatuan

dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyarakat yangmajoritinya tidak punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu yang tidak 

 berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng, menurut

mereka lebih baik bertaklid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau

lebih baik pegang pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak 'alim (al-Mandili,1377 H, Sinar Matahari, Hlm. 47).

Page 3: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 3/26

2.2 DEFINISI KAUM MUDA

Sebenarnya Kaum Muda ialah gelaran yang diberikan oleh ulama-ulama tradisional (ulama-

ulama Kaum Tua) terhadap beberapa ulama di pantai barat Tanah Melayu, Pulau Sumatra danMesir. Gelaran ini diberikan oleh kerana ulama-ulama ini dikatakan cuba membawa sesuatu ciri

yang baru di dalam ajaran agama.

Kaum Muda yang di namakan juga 'salafi', 'tajdid', 'sunnah' atau dicop juga sebagai 'wahabi'

 pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat' dan hampir kepada Al-Quran

& as-Sunnah (pada hemat dan penelitian mereka) ; iaitu dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sahih tanpa hanya terikat dan taklid

kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi

akal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW (Nik Yusri Musa,

2005, Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm. 137).

3.0 SEJARAH KAUM TUA DAN KAUM MUDA

3.1 SEJARAH KAUM TUA

Permulaan kedatangan pengaruh asia barat terhadap alam melayu boleh dikatakan bermuladengan kepulangan mahasiswa melayu dari Makkah. Hasil dari kesinambungan tersebut maka

lahirlah sebuah institusi pendidikan iaitu institusi pondok yang memberikan sumbangan terbesar 

dalam mempamerkan imej dan pengaruh asia barat di bumi melayu. Antara pondok-pondok yang

cukup terkenal ialah Dala, Bermin, Semela, Dual dan Teluk Manak di Pattani. Pondok-pondok tersebut bukan sahaja menjadi tumpuan penuntut tempatan, malahan juga penuntut dari luar 

negeri terutamanya dari kepulauan Nusantara seperti Sri Lanka, Burma, Kemboja, Vietnam,

Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia. Manakala ulama-ulama Pattani yang terkenal dan banyak menulis kitab agama dalam bahasa melayu ataupun bahasa arab ialah seperti Syeikh Daud

Abdullah al-Fatoni, Sheikh Muhammad Zain al-Fatoni dan Sheikh Zainal Abidin al-Fatoni.

Mereka bukan sahaja mengajar di rantau ini malahan berkesempatan mengajar di Masjid al-Haram, Makkah. Sistem dan kaedah yang diterapkan di dalam institusi ini ada persamaan dengan

Page 4: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 4/26

sistem pendidikan yang dilaksanakan dalam kaedah pembelajaran di Masjid al-Haram. Perkara

ini terus berkembang hingga sampai ke Tanah Melayu seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan

Terengganu. Pendidikan agama mengalami perubahan dan perkembangan baru sebaik sahajaidea pembaharuan (islah) dari asia barat terutamnya Mesir mulai meluas di kalangan masyarakat

Islam pada masa itu. Setelah itu, lahirlah sistem madrasah yang lebih sistematik dan lebih formal

dari sistem pondok (Mahfuz Muhammad, 10 september 2008, www. Al-subki.blogspot.com)

Jika ditinjau dari sudut kemasukan Islam ke negeri Kelantan, sejarah mencatatkan bahawa

 bumi Kelantan mula menerima gema syahadah sebelum abad ke-12 Masehi lagi. Ini dibuktikandengan penemuan dinar di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, Kelantan. Manakala dari sudut

mazhab, jelas bahawa umat Islam di Kelantan sejak dari dahulu lagi berpegang teguh kepada

mazhab Syafi'e, bacaan al-Quran menurut riwayat Hafiz dan bunyi sebutan yang tidak ada bezadengan sebutan lidah Arab. Oleh yang demikian, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa umat

Islam di Kelantan lebih dahulu menerima aliran pemikiran kaum Tua sebelum timbulnya

 polemik dengan kaum Muda (Mohd Fakhrurrazi bin Hussin, 10 september 2008, http://www.e- ppms.org/index.php?option=com_content&task=view&id=630&Itemid=127).

Di antara ulama-ulama yang kuat berpegang kuat dengan aliran kaum tua ketika awal

 perkembangan pendidikan Islam di Kelantan ialah :

i.Haji Noh Penambangii.Haji Yaakub Legor (1892-1971)

iii.Haji Mahmud\zuhdi

iv.Haji Osman Jalaluddin al-Kelantani(1880-1952)

( Ahmad Fadhli bin Shaari, 10 september 2008, http://yapis.blogspot.com/2006/11/polemik-

tafsir-di-antara-kaum-tua-dan.html).

Akhir sekali, timbulnya dari kaum tua nama-nama Ulama yang tidak asing bagi kita semua

seperti Fathullah Suhaimi, Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli, Abu Bakar Muar, Syeikh Ahmad Khatibal-Minankabawi, Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Syeikh Abdullah Fahim dan lain-lain

lagi.

Di samping nama-nama yang disenaraikan di atas, masih terdapat ramai lagi ulama-ulama yang

lain yang berdiri sebaris dengan kaum tua dalam mempertahankan amalan-amalan keagamaan

tradisi yang telah diwarisi zaman berzaman. Keterbatasan kemampuan penulis menjadi halanganuntuk menyenaraikan semua nama-nama mereka.

Page 5: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 5/26

3.2 SEJARAH RINGKAS KAUM MUDA

 Dari sudut sejarah, pertumbuhan aliran kaum Muda ini dikatakan bermula pada abad ke-17 dan

18M iaitu merujuk kepada peranan Muhammad bin Abdul Wahhab (1703-1787 ) (Nik Yusri

Musa, 2005, Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm. 537). Tetapi sebenarnya aliran reformasi ini

sudahpun bermula jauh sebelum itu iaitu ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah (1263-1328) yangdisifatkan oleh Profesor Ismail al-Faruqi sebagai "the first and greatest Muslim reformer"

(Zamihan al-Ghari, 2007, Ulama-ulama Wahhabi "Satu Penjelasan", Hlm. 5).

Perkembangan aliran reformis di peringkat dunia diwarnai dengan kemunculan beberapa orang

tokoh yang dianggap sinonim dengan gerakan ini. Antaranya ialah Jamaluddin al-Afghani

(1838M-1897M), Sheikh Muhammad Abduh (1849M-1905M) dan Rasyid Redha (1865M-1935M). Pemikiran tokoh-tokoh ini akhirnya mempengaruhi beberapa orang ulama Melayu yang

menuntut di Timur Tengah pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Dalam konteks TanahMelayu, gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya merebak kePantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang berjaya diserapi oleh idea-idea

Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai kaum muda ialah Syeikh

Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini bergabung

untuk menerbitkan majalah al-Imam (1906-1908) iaitu mirip majalah al-Manar dari sudut

semangat dan prinsipnya. Selain dari mereka, Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Haji Abbas Taha dan

Za'ba sendri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran kaum Mudaini (Nik Yusri Musa, 2005, Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm. 137).

Walaubagaimana pun, perjuangan mereka tetap diteruskan dan antara hasilnya ialah tertubuhnya

Maahad Ihya as-Syarif di Gunung Semanggol pada tahun 1934 oleh Haji Abdul Rahman bin

Mahmud yang merupakan mahasiswa lepasan Asia barat. Penubuhan maahad ini bertitik-tolak 

dari perubahan pendidikan yang diperjuangkan oleh golongan kaum muda. Maahad ini menjadi paksi kepada gerakan mahasiswa khususnya dari Asia barat dalam perjuangan menentang

 penjajah dan menuntut kemerdekaan seperti AWAS, Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti

Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Antara lain yangmenarik ialah penubuhan Hizbul Muslimin pada tahun 1948 yang sangat memberikan ancaman

dan kesan terhadap penjajah ketika itu dan mereka disifatkan oleh Dato Onn Jaafar sebagai

 bahaya dari gunung. Perjuangan pertubuhan ini secara dasarnya untuk memerdekakan TanahMelayu dari genggaman penjajah dan menubuhkan sebuah negara Islam yang merdeka.

Pertubuhan ini hanya bertahan selama lebih kurang setengah tahun sahaja selepas diharamkan

oleh kerajaan pada ketika itu (Mohd Fakhrurrazi bin Hussin, 10 september 

2008,http://www.eppms.org/index.php?option=com_content&task=view&id=630&Itemid=127).

Page 6: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 6/26

Adapun pertentangan peringkat nasional berlaku dengan kemunculan majalah al-Imam yang

dipelopori oleh Syeikh Tahir Jalaluddin dan rakan-rakannya. Bagaimanapun penulis

membuat hipotesis bahawa aliran pengajian tafsir yang mengikut Kaum Muda atau manhaj salaf  boleh dikatakan berkembang aktif semenjak kepulangan Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada

tahun 1960-an dari Mesir yang mengembangkan institusi pengajian tafsir di masjid-masjid.

Pengajaran beliau pada peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi khususnya apabilamenyentuh masalah fiqh dan aqidah. Oleh yang demikian, beliau dilihat melembutkan

 pendekatannya walaupun sebenarnya terus mengekalkan fahaman Kaum Muda. Juga perlu

disebutkan peranan seorang tokoh angkatan baru yang cukup gigih di dalam memperjuangkanidealisme Kaum Muda iaitu Abdullah al-Qari bin Haji Mohd Salleh, seorang ulama yang bukan

sahaja memiliki perpustakaan peribadi yang paling besar di negeri Kelantan, bahkan beliau telah

mengarang dan menterjemah lebih daripada 100 buah kitab yang berunsur reformisme.

3.3 SEJARAH PERTEMBUNGAN KAUM TUA DAN KAUM MUDA

Gugatan yang berlaku ke atas penganut Mazhab Shafi'i (KAUM TUA) melalui 3 gelombang;

Gelombang pertama berlaku pada tahun 20-an dan 30-an  pada masa itu gerakan kaum muda 

cuba mengemukakan idea-idea baru yang berbeza dengan pegangan sedia ada dalam

masyarakat Melayu yang berpegang kepada Mazhab Shafi'i. Perkara yang ditimbulkan oleh

 golongan kaum muda ini menyentuh tentang peranan akal dalam memahami hukum, persoalan- persoalan hukum ikhtilaf dan tentang bid'ah. Gelombang pertama berlakunya gugatan terhadapaliran mazhab Shafi'i ialah pada awal abad ke-20 di mana beberapa orang pelajar yang

melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi, Mesir dan India telah terpengaruh dengan pemikiran

gerakan Islah di sana (Abdul Halim El-Muhammady, 2008,http://protajdid.blogspot.com/2008/03/pengaruh-fiqh-shafii-dalam-pemikiran.html)

Hijaz ketika itu dipengaruhi oleh pemikiran Muhammad Abdul Wahab yang mendokong ideaIbn Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah yang kedua-duanya beraliran Mazhab Hanbali

dalam fiqh. Manakala gerakan Islah di Mesir pula dipelopori oleh Muhd Abduh dan Rashid Rida

yang beraliran Mazhab Hanafi (Dahlan, 2008, Fitnah Wahhabi, Hlm. 81).

Gerakan Islah ini cuba menimbulkan kembali idea ijtihad untuk menyelesai keperluan hukum

 supaya kembali kepada sumber asal al-Qur'an dan Sunnah. Dengan seruan kepada ijtihad menolak taqlid yang diamalkan dalam masyarakat (Hashim Ismail, T.th, Kaum Muda dan

Pemikiran Progresif di Malaysia, Hlm. 37).

Page 7: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 7/26

Sungguhpun tokoh-tokoh ini menyeru kepada ijtihad, tetapi dalam amalan di negara-negara

mereka bergerak masih tidak terkeluar dari metod fiqh yang mereka warisi di Hijaz ketika

Muhammad Abdul Wahab menguasai Hijaz, Mazhab Hanbali diterimapakai di sana di peringkat pemerintah dan awam sehingga ke hari ini. juga keadaan di Mesir yang telah dipengaruhi metod

Hanafi dalam amalan fiqhnya. Abduh dilantik sebagai Mufti Mesir dari 1899-1905 sebagai

sumber rujukan fatwa yang majoriti bermazhab Hanafi. Ini bererti segala masalah yang timbul jika terdapat peruntukan dalam undang-undang yang digubal, maka itu yang akan diterimapakai.

Jika tidak, mereka akan berijtihad untuk mendapat penyelesaian masalah baru melalui mazhab

lain dan bukannya mereka mencairkan mazhab yang sedia ada.

Aliran pemikiran Islah telah dapat mempengaruhi beberapa orang pelajar antaranya Sheikh

Muhd Tahir bin Jalaluddin al-Azhari yang berkesempatan belajar di Mekah dan Qahirah yangterpengaruh dengan pemikiran Muhd Abduh dan Rashid Ridha. Manakala pelajar-pelajar yang

 belajar di Mekah dan di India ada yang terpengaruh dengan ajaran Sheikh Waliyullah al-Dahlawi

yang dibawa oleh Maulana Ubaidullah al-Sindhi seperti Haji Nik Abdullah, Haji Nik MahmudHaji Wan Musa, Hj. Abdul Rahman Haji Nik Mahmud yang beraliran Islah.

Pemikiran Islah ini juga dapat mempengaruhi golongan yang berpendidikan bukan agama, yangmembaca bahan-bahan aliran demikian dari Majalah Islamic Review yang diterbitkan oleh

Kamaluddin Khaja di Waking England dan sumber-sumber lain (Abdul Halim El-Muhammady,

2008, http://protajdid.blogspot.com/2008/03/pengaruh-fiqh-shafii-dalam-pemikiran.html).

Antara mereka yang terpengaruh dengan pemikirannya ialah Za'aba, Kamaluddin berasal dariIndia dan bermazhab Hanafi terpengaruh dengan gerakan yang lahir di Lahore. Kemudian beliau berpindah ke England menjadikan pusat kegiatannya di sana.

Mereka yang terpengaruh dengan gerakan Islah di Saudi dan Mesir serta India telah menyebar idea mereka kemudiannya di Malaysia. Sheikh Tahir yang bergerak di kawasan utara Pantai

Barat Malaysia telah dapat mempengaruhi Sayyid Sheikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbas Mohd

Taha dan Sheikh Mohd Salim al-Kalili, manakala aliran pemikiran Sheikh Waliyullah al-

Dahlawi pula tersebar di Kelantan dan Terengganu yang dibawa oleh Nik Abdullah, Hj. Nik Mahmud dan Nik Abdul Rahman (http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?

section=sm02&spesifik_id=120&ttl_id=4).

Selain itu, di negeri Perlis pula terdapat kecenderungan menolak Mazhab Shafi'i dan taqlid

seolah-olah dipengaruhi oleh pendapat Ibn Taimiyyah (m.1283), dan pihak berkuasa agama di

Perlis merujuk kepada autoriti yang beraliran demikian seperti karya Syaukani Nail al-Awtar.Kecenderungan tidak terikat kepada mazhab ini dapat dilihat dalam peruntukan Enakmen

Page 8: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 8/26

 Pentadbiran Majlis Agama Negeri Perlis yang memperuntukkan bahawa Undang-undang Islam

di Negeri Perlis berasaskan al-Qur'an dan Sunnah serta tidak mengikatnya dengan sebarang 

 Mazhab Fiqh. Sebenarnya aliran ini adalah daripada pengaruh kitab-kitab yang ditulis oleh Hasan Bandung dari Indonesia yang dibawa oleh beberapa orang yang berpengaruh ketika itu

di Perlis seperti Wan Ahmad Wan Daud, Hj. Ahmad b. Hj. Muhammad dan Sheikh Ahmad bin

 Mohd Hashim. Aliran ini timbul dalam lingkungan tahun 20-an (1924-1925) dan pada tahun1959 dimasukkan dalam Undang-undang Pentadbiran Majlis Agama Negeri Perlis (al-Mandili,

1377 H, Sinar Matahari, Hlm. 32).

Gelombang kedua berlaku antara tahun empat puluhan dan enam puluhan . Gelombang

kedua ini adalah sebagai menyambung usaha yang berlaku sebelumnya. Penumpuan kebangkitan

 pada waktu ini lebih banyak menumpukan kepada persoalan-persoalan khilafiyyah yang lebihkhusus sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat awam terutamanya dalam

Parti Islam Setanah Melayu ketika itu yang merasa tertekan dengan keadaan yang berlaku.

Timbulnya isu-isu khilafiyyah yang membawa perpecahan di kalangan masyarakat inimenyebabkan satu ijtima' diadakan untuk membuat satu keputusan dalam isu-isu yang

dibangkitkan (Abdul Halim El-Muhammady, 2008,

http://protajdid.blogspot.com/2008/03/pengaruh-fiqh-shafii-dalam-pemikiran.html).

Akhirnya mereka sepakat memutuskan bahawa persetujuan dicapai terhadap pendirian ulama-

ulama beraliran Mazhab Shafi'i dalam isu-isu yang dibangkitkan. Antara isu-isu yang

dibangkitkan adalah seperti menyebut 'usolli' dalam solat, talqin kematian, tahlil arwah dansebagainya. Ahmad Fuad selaku Yang dipertua PAS ketika itu terpaksa melakukan ijtima' khusus

untuk mendapat kata sepakat dalam memilih masalah khilafiyyah untuk diamalkan di negara ini.

Persoalan khilafiyat ini juga timbul perbincangannya di Kelantan dan Terengganu. Bagi

membendung pemikiran aliran baru dalam isu-isu khilafiyat ini, maka Jawatankuasa Ulama'

Majlis Ulama' Kelantan telah mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk Kitab al-Qawl al-MufidLi ifadat al-Mustafid, karangan Hj Muhammad bin Idris. Salah seorang anggota Jawatankuasa

Ulama Majlis.

Gelombang ketiga pula berlaku dari tahun 70-an sehingga kini yang dipelopori oleh

 golongan muda yang terdedah kepada pengajian di Saudi dan di Indonesia. Gelombang yang

 berlaku ini seolah-olah sebagai menyambung pemikiran dan pendekatan golongan kaum mudasebelumnya. Mereka mempertikai beberapa amalan yang ada dalam masyarakat yang diambil

daripada ulama'-ulama' beraliran Mazhab Shafi'i. Satu gerakan yang berpusat di Kuala Pilah ada

membuat pengisytiharan yang dikeluarkan pada 22hb Julai 1966 dalam memorandum pertubuhannya berbunyi:

Page 9: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 9/26

Ahli Sunnah tidak bertaqlid kepada sesuatu mazhab masyhur atau tidak masyhur, tetapi ia boleh

melakukan ittiba' atau mengikut sesuatu pendapat Ulama setelah diketahui keterangannya dengan

 jelas daripada Qur'an dan Hadith sahih. Bahawa ahli Sunnah tidak bersandar kepada sebarangmazhab yang ada dalam negeri ini melainkan kembali kepada Allah dan Rasul-Nya, jadi salahlah

orang yang memperkatakan isu Mazhab Shafi'i itu benar atau semua isi Mazhab Hanafi itu benar 

dan lain-lainnya (Ibid).

Sebenarnya kita mesti akui bahawa tiap-tiap Mazhab itu ada salahnya dan imam-imam itu

manusia seeprti kita yang juga berbuat kesalahan dengan sengaja atau tidak sengaja dan bukanseperti Nabi-Nabi yang ma'sum daripada kesalahan yang disengaja dan yang tidak disengaja

dalam urusan hukum-hukum agama yang 'ubudiyyah dan keduniaan.

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa golongan ini tidak mengikat diri dengan mana-mana

mazhab yang muktabar yang diiktiraf di dunia Islam dan mazhab Shafi'i di negara ini. Mereka beranggapan mereka mempunyai kelayakan yang cukup untuk berijtihad mutlak, seperti imam-imam yang muktabar, kerana ulama' itu adalah manusia dan mereka juga manusia tidak ada

 bezanya (Zamihan al-Ghari, 2007, Ahl Sunnah wa al-Jamaah, Hlm. 26).

Sedangkan bagi orang-orang yang mengkaji ilmu mengetahui bahawa ulama'-ulama' besar yang

muktabar itu yang mengamal ijtihad adalah lengkap dari sudut ilmu asas syariah dan ilmu

alatnya. Dibandingkan kita di masa kini, walaupun manusia, ilmu asas syariahnya amat terbatasdan begitu juga ilmu alatnya seperti bahasa Arab, jadi bagaimana ingin menjadi mujtahid

mutlak?

Berijtihad tanpa asas ilmu yang lengkap dari sudut ilmu utama syariah dan ilmu pelengkap dalam

Bahasa Arab serta tidak terikat dengan kaedah Usul al-Fiqh boleh membawa kepada

 penyelewengan dan kesesatan dari kebenaran. Hal ini dapat dilihat bibit-bibitnya pada masakebelakangan ini dengan kemunculan kelompok liberal yang tidak mahu terikat dengan kaedah

epistemologi Islam dan kaedah usulnya dalam memahami Qur'an dan Sunnah yang akhirnya

membawa kepada kecelaruan tafsiran terhadap sumber-sumber dan ajaran-ajaran Islam (Abd.

Rahman Ammash, 2007, Khabrah Ulama, Hlm. 32).

Page 10: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 10/26

ISU-ISU PERDEBATAN KAUM TUA DAN KAUM MUDA

Kebanyakan isu-isu ini terjadi sekitar perbahasan Khilafiyyah kebanyakannya. Antara contoh-contoh yang dapat diketengahkan:

1.

Talqin : Haji Wan Musa dan anaknya Haji Nik Adullah tidak sependapat dengan para

ulama di zamannya yang mengatakan talqin itu sunat. Bagi beliau dan ulama-ulama

kaum Muda yang lain, tidak ada nas yang memerintahkan supaya dibaca talqin kepada jenazah di tanah perkuburan. Hal ini bertentangan dengan ulama-ulama yang lain di

masa itu. Untuk memuaskan hatinya, beliau sendiri menulis surat kepada Sayid

Muhammad Rashid Redha meminta pandangannya mengenai hukum talqin.Pada jawapannya, Rashid Redha menulis :

 

yang bermaksud : Keterangan-keterangan yang disebut oleh al-Barmawi itu tidaklahkerana tidak ada satu hadith pun mensabitkan talqin itu sunat atau tidak oleh para

sahabat, bahkan tidak ada satu hadith sahih atau hassan mengenai talqin. Hanya satuhadith yang dhaif (yang ada di dalam masalah talkin. Itupun - penulis) tidak dikeluarkan

oleh pengumpul-pengumpul hadith sahih dan sunan.

Sekiranya ditinjau pada pandangan golongan salaf, talqin dikatakan makruh kerana

tidak mendatangkan sebarang faedah berdasarkan fiman Allah swt yg bermaksud :

Katakanlah: "Apakah Aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya

kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa

orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakanNyakepadamu apa yang kamu perselisihkan." (Surah al-An'am, ayat 64) Manakalasebahagian ahli ilmu dan Imam Syafie sendiri berpandangan bahawa talqin diharuskan

 berdasarkan hadis daripada al-Tabrani yang meriwayatkan dari Abi Amamah bahawa dia

menyuruh supaya ditalkinkan mayat.

Page 11: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 11/26

2.

Talfiq mazhab di mana Haji Wan Musa telah mengemukakan pendapatnya kepada Yang

Mulia Tengku Ibahim (yang kemudiannya menjadi Sultan Kelantan : 1944-1960) bahawaumat Islam boleh memelihara dan memegang anjing tanpa disamak bekas air mulutnya

kiranya perlu bagi menjaga keselematan rumahtangga. Pandangan beliau ini yangdidorong oleh anaknya Nik Abdullah mencetuskan polemik hebat mengenai isu

 jilatan anjing pada masa itu. Pada tahun 1937, satu perbahasan terbuka telahdiadakan oleh Raja Kelantan di Istana Seri Cemerlang. Haji Wan Musa, Haji Abbas Taha

dan Dr. Buhanuddin al-Hilmi. Pihak Haji Wan Musa menafsirkan ayat al-Quran di dalam

surah al-Baqarah, ayat 233 yang bermaksud : Tidaklah diberatkan seseorang melainkanmenurut kemampuannya. Bagi mereka, Allah tidak memberati manusia dengan sesuatu

yang berada di luar kemampuannya. Maka untuk menjaga binatang peliharaan seperti

anjing ini daripada tersentuh dan sebagainya adalah sesuatu yang sukar. Oleh yangdemikian, mereka mengeluarkan pandangan yang kontroversi itu. Perdebatan yang

 berlangsung itu berakhir dengan masing-masing kekal dengan hujah. Sultan Kelantan

menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan sendiri menurut pemerhatianmereka. Sekalipun Kaum Muda memberikan hujah yang agak mantap dengan bantuan

ulama-ulama dari luar Kelantan, teori yang mereka utarakan sebenarnya tidak mendapat

sambutan dari masyarakat. Ini boleh dilihat sehingga ke hari ini boleh dikatakan tidak 

ada di kalangan umat Islam di Kelantan yang memelihara anjing sebagaimanakeharusannya yang didakwa oleh Kaum Muda.

1.

Bina Masjid dari Zakat Fitrah : Haji Wan Musa tidak sependapat dengan keputusanMajlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan yang hendak membina Masjid

Muhammadi Kota Bharu dari wang kutipan zakat fitrah. Beliau menentang keputusan

Jemaah Ulama' Majlis kerana beliau berpendapat bahawa zakat fitrah adalah hak kepada

oang-orang miskin. Beliau berdasarkan ayat 60 dari surah al-Taubah yang bermaksud :Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,

 pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan)

 budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedangdalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha

mengetahui

lagi Maha Bijaksana. Haji Wan Musa menyatakan bahawa berdasarkan ayat initidak terdapat nas yang jelas yang mengharuskan pembinaan masjid dengan

menggunakan duit zakat. Bagaimanapun Kaum Tua menegaskan bahawa pembinaan

Page 12: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 12/26

masjid diharuskan dengan duit zakat fitrah berdasarkan keumuman frasa iaitu di jalan

Allah.

2.

Masalah usalli : Haji Wan Musa yang mewakili kaum muda berpendapat bahawa

kalimah usalli ketika hendak mengerjakan solat adalah tidak sunat berdasarkan hadis

Bukhari yang bermaksud : "Apabila kamu berdiri untuk sembahyang hendaklah kamutakbir.." (Abu Qaniah dan Abu Zahidah, 1953, Senjata Syariat, Hlm. 16).

Berasaskan pemikiran kaum muda maka amalan-amalan berikut hukumnya bida'ah mengikut

 penilaian mereka:

1. Menentukan bilangan minima jamaah sembahyang Jumaat seramai 40 orang.

2. Melakukan sembahyang Zuhur selepas sembahyang fardu Jumaat sebagai Ihtiyat.

3. Azan pertama pada hari Jumaat.

4. Ingatan muadhin dengan "Ya ma'shara al-Muslimin" sebelum khatib berkhutbah.

5. Melafazkan 'usolli' sebelum takbirat al-Ihram.

6. Mengucap perkataan 'Sayyidina' dalam selawat atas Nabi SAW.

7. Berdiri ketika membaca marhaban atau selawat.

8. Sembahyang sunat qabliyyah Jumaat.

9. Membaca talkin ke atas mayat sesudah selesai ditanam.

10. Tidur di dalam liang lahad oleh si alim sebelum mayat dikebumikan untuk mendapat berkat.

11. Kenduri dan tahlil kematian.

12. Menunggu di atas kubur kerana kematian.

13. Kenduri mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW.

14. Membuat bubur ashura pada hari sepuluh bulan Muharram.

Page 13: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 13/26

15. Sembahyang tarawih 20 rakaat.

16. Berdoa selepas sembahyang.

17. Menggunakan bedok menandakan masuk waktu solat dan memanggil umat Islam untuk 

 bersolat.

18. Membaca qunut sembahyang subuh.

19. Mengadakan fidyah sembahyang dan puasa.

20. Sembahyang Tasbih.

Selain itu terdapat juga beberapa amalan masyarakat yang diikuti mengikut tafsiran imam Shafi'iatau Shafi'iyyah yang dianggapnya tidak tepat dengan kehendak nas pada pandangan mereka.

Kita tidak perlu terikat dengan amalan-amalan tafsiran itu seperti berikut:

1. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan membatalkan wudhu'. Namun, bagi mereka tidak 

membatalkan wudhu.

2. Ma'mum membaca Fatihah dalam solat untuk sah solatnya sekalipun dia berimam. Bagi

mereka tidak perlu membaca.

3. Membasuh siku harus dimulakan dari atas atau bawah. Bagi mereka membasuh siku mesti

dimulai dari tangan.

4. Membaca Fatihah dimulai dengan Bismillah, bagi mereka dimulai dengan al-Hamdulillah.

Membina masjid dari wang kutipan zakat. Mereka berpendapat ini adalah bertentangan dengannas.

6. Menjual harta wakaf di suatu tempat untuk dipindahkan tempat lain. Mereka berpandangan ini

adalah bertentangan dengan nas.

7. Menyamak bekas jilatan anjing. Bagi mereka tidak wajib disamak.

Mereka juga cuba berijtihad tentang masalah-masalah baru untuk menentukan hukumnya.

Antaranya ialah faedah simpanan bank dan koperasi tidak dianggap riba.

4.0 TOKOH-TOKOH

Page 14: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 14/26

4.1 KAUM TUA.

Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi - Imam dan khatib Masjid al-Haram

Mekah

 Nama lengkap ulama yang diriwayatkan ini ialah Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif bin

Abdullah al-Minankabawi. Beliau dilahirkan di Minangkabau, Sumatera Barat dan wafat di

Mekah pada tarikh yang tersebut di atas. Mendapat pendidikan awal memasuki sekolah

 pemerintah Belanda di Minangkabau selain menerima pendidikan agama daripada keluargasendiri.

Setelah berada di Mekah barulah beliau mendapat pendidikan agama yang mendalam daripadaulama Mekah terutama Sayid Bakri Syatha, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad

 bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan lain-lain.

Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau adalah seorang yang berpendirian keras dan radikal,

sungguhpun beliau menguasai banyak bidang ilmu, namun beliau masih tetap berpegang (taklid) pada Mazhab Syafie dalam fikah dan penganut Ahli Sunnah wal Jamaah mengikut Mazhab

Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dalam akidah.

Sebagai contoh, dalam pertikaian dua orang muridnya yang berbeza pendapat. Yang seorang

 berpihak kepada `Kaum Tua', beliau ialah Syeikh Hasan Ma'sum (1301 H/1884 M-1355 H/1974

M) yang berasal dari Deli, Sumatera Utara. Dan seorang lagi berpihak kepada `Kaum Muda', beliau ialah Haji Abdul Karim Amrullah (ayah kepada Prof. Dr. Hamka).

Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau berpihak kepada Syeikh Hasan Ma'sum (Kaum Tua).Bahkan dalam satu kenyataannya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau menolak sumber asal

 pegangan Haji Abdul Karim Amrullah (Kaum Muda) yang menurut beliau telah terpengaruh

dengan pemikiran Ibnu Taimiyah (661 H/1263 M - 728 H/1328 M), yang ditolak oleh golonganyang berpegang dengan mazhab (Wan Mohd. Shaghir Abdullah, 10 September 2008,

www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm).

ABU BAKAR MUAR - BENTENG PERTAHANAN KAUM TUA

Page 15: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 15/26

 NAMA lengkapnya ialah Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak 

 bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dilahirkan pada tahun 1292

Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun 1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881 M/1299 H.)

dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.

GURU-GURUNYA:

Semua ulama yang telah disebut dalam riwayat Syeikh Abdullah Fahim dan Abdul Lathif 

Melaka, adalah juga guru kepada Abu Bakar. Ulama yang paling rapat dengannya ialah Syeikh

Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga.

Kepada ulama yang berasal dari Lingga, Riau itu beliau mendalami hadis Bukhari. Sementara

Ilmu Qiraat dipelajarinya dan menerima ijazah daripada Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri,iaitu ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman

itu.

Abu Bakar al-Muari adalah Qadi Muar dan pernah menjadi Mufti Johor, selama seminggu

sahaja. Bersama-sama Abdullah bin Isa, Syed Abdul Qadir bin Muhammad, Abdus Syukur bin

Ismail, Yusuf bin Muhammad, Syed Muhammad bin Othman bin Yahya, Haji MuhammadYunus bin Haji Ibrahim dan Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, mereka menggubal `Undang-

Undang Jam`iyah Percadangan'

KARYA-KARYANYA:

Abu Bakar merupakan benteng pertahanan Kaum Tua, sedangkan Syeikh Tahir Jalaluddin adalah

 pelopor pergerakan Kaum Muda. Abu Bakar juga mengarang risalah menolak pendapat HasanBandung. Sebuah lagi karyanya di dalam bahasa Arab juga menolak beberapa pendapat Sayid

Rasyid Ridha, ulama Mesir, tokoh reformis yang sangat terkenal. Karya-karya Abu Bakar Muar 

yang bercorak polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin yang telah ditemui ialah Taman

Persuraian, ditulis pada 6 Ramadan 1346 Hijrah/1927 Masihi di Muar, Bandar Maharani.

Kandungannya menyatakan tentang sunat sembahyang ba'diyah Jumaat dan qabliyahnya. Ia

membatalkan perkataan Syeikh Thahir Jalaluddin al-Minankabawi, guru Madrasah Al-Haji TaibParit Jamil Muar yang mengatakan sembahyang qabliyah itu bidaah. Dan menyatakan

sembahyang sunat Tahiyatul Masjid, rumuz-rumuz ulama fikah, tarikh Imam ar-Rafi'ie, Imam

an-Nawawi dan Ibnu Hajar al-Haitami. Dicetak oleh Mathba'ah al-Khairiyah, Muar (tanpatarikh). Dicetak dengan perbelanjaan ahli-ahli al-khair Johor, Muar, Segamat, Kota Tinggi dan

Kukup.

Page 16: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 16/26

Salah satu sebab penyusunan karya ini ialah pertanyaan Haji Utsman bin Haji Muhammad Said,

guru agama Bandar Maharani, 14 Syaaban 1346 Hijrah. Surat dilampirkan pada halaman awal

dan setelah pada halaman akhir dilampirkan surat Haji Utsman bin Haji Muhammad Said, tarikh,

Bandar Maharani, 18 Zulhijjah 1346 Hijrah yang menyambut baik kitab ini.

Judul selanjutnya ialah Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir Al-Minankabawi.Diselesaikan 10 Rabiulawal 1351 Hijrah/1932 Masihi dalam Bandar Maharani, Muar. Cetakan

yang pertama Mathba'ah al-Jamiliyah, Muar, 1351 Hijrah/1932 Masihi. Kandungannya

merupakan polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi, sebagai tanggapan ataskarya yang berjudul Huraian Yang Membakar.

Di dalam Taman Persuraian Haji Bakar, yang dipersoalkan ialah mengenai sembahyang qabliyahJumaat. Ia merupakan kelanjutan judul Taman Persuraian. Polemik dengan Hasan Bandung pula,

Abu Bakar Muar menyusun risalah berjudul Majlis Uraian Muar-Johor. Diselesaikan 20 April

1932 Masihi dalam Bandar Maharani, Muar, Johor. Kandungannya menjawab dan membatalkanfatwa pengarang Al-Fatwa Persatuan Islam Bandung yang mengatakan babi itu najis dimakan

 bukan najis disentuh, dan mulut anjing pun belum tentu najisnya. Salah satu sebab disusun

karangan ini atas permintaan anggota Gubahan Setia Kelab Muar yang ditandatangani oleh

ketuanya, Abdus Syukur bin Ismail bertarikh 2 April 1932. Surat tersebut dicetak pada halaman1-2.

Mengenai sanggahan pendapat Sayid Rasyid Ridha selain dalam bahasa Arab, terdapatterjemahannya dalam bahasa Melayu yang diberi judul Sanggamara Dalam Perkara Menolak dan

Membatalkan Perkataan Sayid Muhammad Rasyid Ridha Yang Berkata Dengan Niat Ushalli Itu

Bid'ah. Sama ada yang dalam bahasa Arab atau pun yang dalam bahasa Melayu hingga kini belum ditemui.

Cogan Perikatan. Diselesaikan pada 3 Zulkaedah 1346 Hijrah/1928 Masihi, dalam Muar, Bandar Maharani, Johor. Cetakan yang pertama Mathba'ah al-Khairiyah, Muar, 15 Syawal 1346

Hijrah/1928 Masihi. Kandungan risalah ini juga merupakan polemik kerana mempertahankan

 pendapat golongan Mazhab Syafie daripada serangan Kaum Muda yang menolak mengucapkanlafaz `Ushalli' (Wan Mohd. Shaghir Abdullah, 10 September 2008, ulama-

nusantara.blogspot.com/2006/11/abu-bakar-muar-benteng-pertahanan-kaum.html).

SAIYID ALWI BIN THAHIR AL-HADDAD

Page 17: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 17/26

 Nama lengkapnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bin Abdullah bin Thaha

Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar Abu Thahir al-

Alawi asy-Syarif al-Huseini. Sampai nasabnya kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang kahwin

dengan Saidatina Fatimah binti Nabi Muhammad s.a.w. Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301 H/7 Ogos 1884 M (Nik Yusri

Musa, 2005, Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm. 538).

Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1934

 – 1961. Mufti Johor yang berikutnya ialah Datuk Haji Abd. Rahim bin Haji Yunus tahun 1965 -1977. Sesudahnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Abdullah al-Haddad. Mengenai nama ini

hendaklah diperhatikan bahawa pada hujung nama sama-sama menggunakan 'al-Haddad'. Jadi

 bererti ada dua orang keturunan 'al-Haddad' yang pernah menjadi Mufti Kerajaan Johor.

Guru-gurunya di Hadhramaut ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas al-Alawi, Habib Thahir 

 bin Umar al-Haddad, dan Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad. Banyak bidang ilmu tradisiyang beliau peroleh daripada keluarganya sendiri yang berketurunan Nabi Muhammad s.a.w..

Sungguhpun demikian yang lebih diutamakan ialah tentang hadis dan ilmu-ilmu yang

dibangsakan kepada hadis itu. Berkali-kali Saiyid Alwi al-Haddad menamatkan kitab as-Sittah,

Riyadh ash-Shalihin, Bulugh al-Maram, Jami' ash-Shaghir. Sehubungan dengan hadis SaiyidAlwi al-Haddad juga mempelajari kitab-kitab mengenai sanad hadis di antara kitab-kitab itu

ialah ad-Dhawabidh al-Jaliyah fi al-Asanid al-'Aliyah karya Syeikh al-Allamah al-Musnid

Syamsuddin Abdullah bin Fathi al-Farghali al-Hamisyi. Demikian juga kitab ats-tsabat yang

 berjudul as-Samth al-Majid karya Syeikh al-Allamah al-Musnid Shafiyuddin Ahmad binMuhammad al-Qasyasy al-Madani. Saiyid Alwi al-Haddad telah berhasil memperoleh ilmu dan

ijazah daripada para gurunya serta dengan sanad-sanad yang bersambung.

Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas mempertahankan

hukum syarak. Gaya berhujah dan penulisan banyak persamaan dengan yang pernah dilakukanoleh Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Yahya al-Alawi, Mufti Betawi. Saiyid Alwi al-

Haddad selain menyanggah pendapat dan pegangan Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati

yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung (Nik Yusri Musa, 2005,

Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm. 538).

Bukan Saiyid Alwi al-Haddad saja yang menolak pegangan A. Hassan bin Ahmad Bandungtetapi perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar.

Sanggahan Haji Abu Bakar Muar terhadap A. Hassan Bandung berjudul Majlis Uraian Muar-

Johor. Di bawahnya dijelaskan judul, "Pada menjawab dan membatalkan Al-Fatwa pengarang

Persatuan Islam Bandung yang mengatakan babi itu najis dimakan bukan najis disentuh dan

Page 18: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 18/26

mulut anjing pun belum tentu najisnya." Sebenarnya apabila kita meninjau sejarah pergolakan

Kaum Tua dan Kaum Muda dalam tahun 1930-an itu dapat disimpulkan bahawa semua golongan

'Kaum Tua' menolak pemikiran A. Hassan Bandung itu khususnya Kerajaan Johor yang muftinyaketika itu Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor 

(www.asyraaf.net/v2/artikel.php?op=2&id=67)

SHEIKH FADHLULLAH AS-SUHAIMI : ULAMA PENGASAS PAS

 Nama Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan masyarakatIslam di negara ini, khususnya pada dekad 40-an hingga 60-an. Beliau bukan sahaja pendakwah

yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini.

Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi, wali Allah

yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan Al-Arqam yang akan muncul sebagai Imam Mahdi.

Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulamak yang berketurunan Ba'lawi Bani Basyaiban yang berasal dari Hadhralmaut.

Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad binAbdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama. Menjelang

Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di Universiti al-Azhar, Mesir.

Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah

'Jasa' di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kulliyyah al-Attas di Johor Bahru atas doronganDatuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-

Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat

Perang Jepun.

Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura, Johor Bahru, Jawa, Kelantan danPahang; nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda-Kaum Tua yang tercetussebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang mendukung fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

 bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal

sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendukung pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.

Melalui majalah 'Pembela Islam' dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung melontarkan pemikiran- pemikiran baru Islam yang dianggap bertentangan dengan Kaum Tua. Sheikh Fadhlullah

Page 19: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 19/26

kemudian menghasilkan 'Buah Kulliyyah al-Attas' untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung.

Perdebatan berterusan ini membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan

 pendapat melalui majalahnya, "Pembela Islam". Persoalan pegangan Ahli Sunnah, amalan bid'ahdan fahaman Kaum Muda kemudian dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah

sehingga ia dapat diselesaikan dengan baik. Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan

 pernah berdebat dengan Hassan Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikutHassan Bandung yang terkenal seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Abdullah Maghribi dan

Sheikh Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang, kerana itu perdebatan berlaku di sana.

Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih 35 buah karya agama dalam pelbagai bidang

seperti fiqh, tafsir, tauhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta menterjemahkan

kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta. Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkansebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaha-usaha

membangunkn semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat

dalam gerakan tariqat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yangterkenal itu (Taufeeq, 10 September 2008, http://paspahang.org).

1.

KAUM MUDA

SYED SYEIKH AL-HADI

Beliau adalah reformis Islam yang ulung di Tanah Melayu yang memainkan peranan pentingdalam memajukan sistem pendidikan negara, khususnya agama Islam. Ini termasuk 

sumbangannya memajukan pendidikan agama di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti

Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung UluMelaka pada tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang menyalurkan pemikiran dan falsafah

 perjuangan Kaum Muda. Hasil perjuangan itu, lahirlah sistem pengajian madrasah di Tanah

Melayu.

Page 20: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 20/26

Pengasas Kaum Muda terdiri daripada Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin.

Mereka menganggap ajaran Islam harus menerima idea dan falsafah barat agar umat Islam

mendapat kemajuan setanding dengan orang lain. Oleh itu, amalan sistem pengajian pondok yang mementingkan amalan keakhiratan saja mungkin ketinggalan zaman. Sistem pengajian itu

 juga memberi saingan kepada sistem pendidikan sekular yang diajurkan oleh pejajah British.

Sebaliknya sistem itu bertujuan melahirkan pelajar yang alim, berilmu, bertanggungjawabkepada diri, agama dan bangsa. Perjuangan Syed Syeikh dalam penyebaran dakwah Islam dan

sistem pendidikan semakin ketara dalam usaha mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907

di Selegie Road, Singapura. Madrasah Al-Iqbal didirikan untuk mengembangkan Islam,menyalurkan pemikiran menentang khurafat, membangunkan kembali sikap kritis umat Islam

terhadap perubahan sekitar, khususnya kemodenan Barat. Walau bagaimanapaun, madrasah Al-

Iqbal kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Islam dan dipindahkan ke Pulau

Penyengat, Riau Lingga. Pada tahun 1916 Syed Syeikh Al-hadi kembali ke Melaka danmendirikan Madrasah Al-Hadi di Bandar Kaba pada tahun 1917. Syed Syeikh Al-Hadi yang

mendapat pendidikan agama dan akademik di Mesir mengunakan bahasa pengantar Arab di

madrasah itu. Madrasah Al-Hadi telah menghadapi beberapa masalah. Di antaranya termasuklah

masalah kewangan, pentadbiran, ketiadaan guru berkelayakan dan fenomena pemikiranmasyarakat sekitar yang masih kolot. Ekoran daripada pelbagai masalah yang sering dihadapi

menyebabkan Syed Syeikh Al-Hadi menutup madrasah itu pada tahun 1918. Satu lagi sebab penutupan madrasah itu ialah pertentangan antara Kaum Muda dan Kaum Tua di Melaka. Selain

itu, golongan anti Kaum Muda di Melaka turut memulau syarahan Syed Syeikh Al-Hadi. Pada

tahun 1919, beliau berhijrah ke Pulau Pinang. Pertentangan di antara Kaum Muda dan Kaum Tuatelah mencetuskan pergaduhan.

Kaum Muda yang menerima pengaruh dari Indonesia itu menentang Kaum Tua yang mengikutsatu mazhab saja manakala Kaum Muda menyeru supaya ijtihad dikembalikan untuk mencarisumber Islam. Di Pulau Pinang Syed Syeikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Masyhor 

Al-Islamiyah, iaitu pada tahun 1919. Antara pelajar lepasan madraah itu termauklah Dr.

Burhanuddin Al-Helmi yang kemudian muncul sebagai tokoh agama dan perjuang kemerdekaantanahair. Seorang lagi bekas pelajar madrah itu ialah Haji Abu Bakar Al-Shaari. Syed Syeikh Al-

Hadi kemudiannya menceburkan diri dalam bidang penerbitan buku dan percetakan akhbar.

Syarikat percetakan yang dimiliki oleh Syed Syeikh Al-hadi ialah Jelutung press. Melaluisyarikat itu, beliau telah menerbiktan majalah bulanan Al-Ikhwan dan akhbar dwi-mingguan,

iaitu Saudara. Satu keistimewaan Syed Syeikh Al-Hadi yang hampir sama dengan Hamka ialah

 beliau juga membabitkan diri dalam perkembangan kesusasteraan dengan menghasilkan novel

saduran yang laris pada zamannya. Salah satu daripada novelnya yang terkemuka ialah FaridahHanum.

Page 21: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 21/26

Pengaruh gerakan reformasi yang dipelopori oleh Syed Syeikh Al-Hadi kemudiannya

 berkembang ke beberapa buah negeri, termasuklah Perak. Seorang anak didik Al-Masyhor, iaitu

Syeikh Abdullah Maghribi telah mendirikan madrasah Idrisiah di Perak. Terdapat lepasan Al-Masyhor yang lain turut menubuhkan Madrasah Al-Diniyyah Kampung Lalang, Perak pada

tahun 1934. Sumbangan Syed Syeikh Al-Hadi dalam pendidikan Islam di Tanah Melayu

meninggalkan kesan yang mendalam dan hasil pemikiran kritisnya melahirkan pembaharuandalam gerakan Islam di Malaya. Penubuhan madrasah yang dipeloporinya berhasil memberi

 pukulan kepada sistem pendidikan sekular oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Syed Syeikh

Al-Hadi meniggal dunia pada Februari 1934 di Pualu Pinang (http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=120&ttl_id=4)

USTAZ ABU BAKAR AL-BAQIR 

Abu Bakar bin Mohd Said dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. Al-Baqir yang bermakna "amat pintar" adalah gelaran yang diberikan oleh gurunya kerana kepintarannya dalam pelajaran sejak kecil lagi. Sehingga kini beliau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abu Bakar 

Al-Baqir.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung Semanggol

dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah. Pada tahun 1924 di Pondok Da'irat Al-Ma'arif,

Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir meneruskan pelajaran agama diPondok Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah tersebut.

Seorang Aktivis Dakwah dan Politik 

Sejak muda, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah bergiat cergas dalam perbagai persatuan separa- politik dan pertubuhan

 politik Melayu seperti:

· Persatuan Melayu Pulau Pinang

· Persatuan Melayu Perak 

· Persatuan Sunligh Taiping

· Kelab Saadat Kuala Kangsar 

· Kesatuan Melayu Muda (KMM)

· Angkatan Pemuda Insaf (API)

Page 22: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 22/26

· Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)

· Pembantu Indonesia Merdeka (PIM)

Penglibtannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir 

amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr.

Burhanuddin Al-Helmy. PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak Usaha

Pembaharuan Pada akhir tahun 1920an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah membuka kelas pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif. Berlainan dengan sistem menadah kitab yang

diamalkan pada masa itu, kelas-kelas ini memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan

 bahan-bahan pengajian ilmu pengetahuan.

Pada peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah terdedah dengan pemikiran Kaum Tua

dan Kaum Muda. Disebabkan pengaruh gurunya serta pendedahan beliau di madrasah-madrasahyang digerakkan oleh gerakan Islah yang mewakili Kaum Muda, beliau lebih cenderung ke arah

 pendekatan pembaharuan.

Pembaharuan dalam Pentadbiran Agama

Majlis Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan pada tahun 1947, iaitu sehari selepasPEPERMAS. MATA juga ditubuhkan di Al-Ehya Al-Sharif, Gunung Semanggol. Ustaz Abu

Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik sebagai penasihat kanan. MATA

ditubuhkan dengan tujuan untuk membetulkan pengurusan dan pentadbiran hal-ehwal agamaIslam yang ditadbir oleh ulamak tradisional dan raja Melayu. MATA adalah satu tamparan yang

hebat kepada golongan yang bekerja dalam pertubuhan ulamak negeri dan pejabat agama negeri-

negeri. Ini kerana MATA bertujuan menjadi badan agung untuk mengelolakan soal agama.MATA juga secara langsung berhasrat menggantikan badan-badan agama yang telah wujud di

setiap negeri.

Meluaskan Pembaharuan

Kelahiran Al-Ehya pada tahun 1934 adalah seiring dengan matangnya fahaman Islah di kalanganumat Islam di Tanah Melayu. Pergerakan Islah atau Kaum Muda yang dipopularkan pada awal

abad itu telah banyak mempengaruhi pelajarpelajar madrasah. Kemahuan Ustaz Abu Bakar Al-

Baqir untuk mendirikan Al-Ehya bertambah kuat apabila masih kurang madrasah yangmenekankan pendidikan dunia dan Akhirat di Kawasan Kerian, Perak. Untuk tujuan tersebut,

Page 23: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 23/26

 beliau melepaskan jawatannya di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir 

mendirikan Al-Ehya di Gunung Semanggul kerana berpandangan tidak sesuai baginya untuk 

memajukan bangsa jika terikat dengan iklim istana. Lagipun, para ulamak di Idrisiah amatcondong kepada kemahuan status quo golongan tradisional aristokrat diraja (Saari Sungib, 10

September 2008, http://buletinonline.net).

5.0 SUMBER-SUMBER ATAU MEDIUM DAKWAH.

KAUM TUA

'Jasa' di Johor Bahru oleh Fathullah Suhaimi

Kitab aqidah oleh syeikh Tohir al-Hadad

Kitab sinar matahari penyuluh kesalahn abu bakar al-Asy'ari oleh Abu Qanaah dan Abu Zahidah

(Nik Yusri Musa, 2005, Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm. 536)

KAUM MUDA

Majalah Ikhwan oleh Syeikh Syed Hadi

Majalah Saudara

Kitab Natijah al-Umur oleh syeikh Tahir jalaluddin

Pembela Islam dan al-Lisan oleh Hasan Bandung

majalah al-Imam oleh syeikh tahir jalaluddin

(rujuk hasil penelitian tulisan-tulisan kaum muda dan kaum tua).

KESAN

1) Timbul perpecahan umat

Page 24: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 24/26

2) kekeliruan masyarakat awam dalam memahami agama

3) serangan akademik 

4) siasah

(kesimpulan hasil melihat konflik antara kaum muda dan kaum tua melalui sorotan sejarah)

SYOR DALAM MENGATASI PERTIKAIAN KAUM TUA DAN KAUM MUDA.

a) mengajak ummat kembali kepada kefahaman dan perlaksanaan system Islam yang syumul.

 b) Menjajar umat akan adab-adab berselisih faham

c) Menjelaskan bahawa gejala tabdi'e dan takfir anjuran pelampau wahabi adalah menyalahi

semangat ajaran Islam yang suci

d) Menolah golongan wahabi (bukan salafi) yang menjaja agama atas kepentingan kufar barat

dan syaitan.

e) Menjelaskan akan bidaah yang sebenarnya iaitu menolak system Islam dan mengekalkan

system kufar penjajah

f) Mengajak umat kembali kepada perpaduan dan mengemblengkan tenaga menolak kepimpinansecular dan menggantikan dengan system politik Islam (system Khilafah)

g) Ulama dan umara Muslimin bersatu memimpin umat ke jalan kebahagiaan berdasrkan ajaranIslam

h) Lain-lain kaedah yang boleh di putuskan dari masa ke semasa oleh para ulama dan intelek Islam.

6.0 KESIMPULAN

Perjalanan kaum tua dan muda ini jelas wujud di tanah melayu dengan peristiwa-peristiwa

kontroversi yang timbul dari dua puak ini. Dapat juga dikenal pasti poloimik mereka terbahagikepada tiga period sepanjang sejarah mereka.

Page 25: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 25/26

Perkara-perkara yang menjadi titik perbezaan seputar khilafiyah seperti amalan-amalan

warisan melayu yang telah lama di amalkan oleh masyarakat melayu seperti tahlil, qunut, bacaan

yasin malam jumaat dan banyak lagi.

Muncul juga tokoh-tokoh ternama yang mewakili dua puak seperti Syed Tahir al-Haddad, Abu

Bakar Muari dari kaum tua. Manakala dari kaum muda seperti Syeikh Tahir Jalaluddin

RUJUKAN

Abd. Rahman Ammash. 2007. Khabrah Ulama. Johor: Jabatan Mufti Johor.

Abu Qaniah dan Abu Zahidah. 1953. Senjata Syariat. Thailand: Halabi.

Dahlan. 2008. Fitnah Wahhabi. Seremban: Sofa Production.

Hashim Ismail. T.th. Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. T.tp.

al-Mandili. 1377 H. Sinar Matahari. Mesir: Anuar.

 Nik Yusri Musa. 2005. Prosiding Nadwah Ulama 3. Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM.

Zamihan al-Ghari. 2007. Ulama-ulama Wahhabi "Satu Penjelasan". Johor: Jabatan Mufti Johor.

Zamihan al-Ghari. 2007. Ahl Sunnah wa al-Jamaah. Johor: Jabatan Mufti Johor.

Abdul Halim El-Muhammady. 2008, http://protajdid.blogspot.com/2008/03/pengaruh-fiqh-

shafii-dalam-pemikiran.html.

Ahmad Fadhli bin Shaari. 10 september 2008. http://yapis.blogspot.com/2006/11/polemik-tafsir-

di-antara-kaum-tua-dan.html.

Mahfuz Muhammad. 10 september 2008. www. Al-subki.blogspot.com.

Mohd Fakhrurrazi bin Hussin. 10 september 2008. http://www.e-ppms.org/index.php?

option=com_content&task=view&id=630&Itemid=127

Page 26: Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

7/29/2019 Pemikiran Kaum Muda Dan Kaum Tua

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-kaum-muda-dan-kaum-tua 26/26

http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=120&ttl_id=4.

www.asyraaf.net/v2/artikel.php?op=2&id=67.

Taufeeq. 10 September 2008. http://paspahang.org.

(http:// sejarahmalaysia.pnm.my/ portalBM/detail.php?

section=sm02&spesifik_id=120&ttl_id=4)

Saari Sungib. 10 September 2008. http://buletinonline.net

Wan Mohd. Shaghir Abdullah. 10 September 2008. www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm.

Wan Mohd. Shaghir Abdullah. 10 September 2008. ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/abu-

 bakar-muar-benteng-pertahanan-kaum.html.

Posted by Ahmad mahir danial at 11:49 PTG 

Kategori Pemikiran Islam