kajian tempatan_kerjasama kaum

31
01/17/22 1 KAJIAN TEMPATAN: Kerjasama antara kaum dan sumbangannya ke arah kemerdekaan negara NAJIHATUN NI’MAH BINTI MOHAMAD HAFIZ 6 BESTARI 2

Upload: mhhassan

Post on 09-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • **

    KAJIAN TEMPATAN:Kerjasama antara kaum dan sumbangannya ke arah kemerdekaan negaraNAJIHATUN NIMAH BINTI MOHAMAD HAFIZ6 BESTARI 2

  • *KANDUNGANPenghargaanPengenalanKe arah kemerdekaanKerjasama antara kaumJawatankuasa hubungan kaumPerkara-perkara dipersetujuiSyarat kerakyatan PersekutuanSistem pendidikanKegiatan Ekonomi di MalaysiaErti kemerdekaanTokoh-tokoh kemerdekaanRujukan

  • **PenghargaanSaya ingin mendahulukan folio ini dengan menyatakan penghargaan saya kepada Puan Fazliana, guru Kajian Tempatan Tahun 6 Bestari 2 yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sehingga membolehkan folio ini disiapkan.

  • **

    Ke arah kemerdekaan

    Kerjasama kaum dan sumbangannya ke arah kemerdekaan negara

  • **Pengenalan31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat bagi Persekutuan Tanah Melayu. Ia adalah tarikh pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.Dengan pengisytihatan ini, Persekutuan Tanah Melayu bebas dan merdeka daripada penjajahan British.Sesuatu yang menarik tentang kemerdekaan Tanah Melayu ialah ia dicapai melalui perundingan damai dan tanpa pertumpuhan darah, tidak seperti di negara-negara lain.

  • **PengenalanIni berlaku disebabkan oleh kebijaksanaan pemimpin-pemimpian terdahulu yang merupakan juga tokoh-tokoh kemerdekaan negara.Selain itu, beberapa faktor lain juga menyumbang ke arah kemerdekaan tanah Melayu.Antaranya ialah kerjasama antara kaum.

  • **Ke arah kemerdekaan Kerjasama antara kaumBritish telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika Tanah Melayu ingin mendapatkan kemerdekaan.Tujuannya adalah untuk menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.

  • **Ke arah kemerdekaan Kerjasama antara kaumBagi British, hal ini penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya di Tanah Melayu tidak terjejas.Tetapi sebenarnya pemimpim-pimimpin Tanah Melayu telah lama menyedari bahawa kerjasama dan perpaduan antara kaum adalah penting di Tanah Melayu dan bukan hanya untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British.

  • **Ke arah kemerdekaan Jawatankuasa hubungan kaumUsaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu bermula sejak 1949 apabila timbul kesedaran pemimpin-pemimpin pelbagai kaum berbincang untuk kepentingan bersama.Antara usaha yang dibuat ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada Januari 1949.

  • **Ke arah kemerdekaan Jawatankuasa hubungan kaumJawatankuasa ini dianggotai oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu.Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum.

  • **Ke arah kemerdekaan Jawatankuasa hubungan kaumDi peringkat awal, jawatankuasa ini hanya dianggotai oleh orang-orang Melayu di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar dan kaum Cina di bawah MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock.Kemudian, jawatankuasa ini turut dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti kaum India, kaum Serani dan tidak ketinggalan juga orang Eropah.

  • **Ke arah kemerdekaan Jawatankuasa hubungan kaumUMNO yang mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui yang dilaksanakan selepas tahun 1951. Kesemua persetujuan ini dicapai sebagai satu kerjasama kaum untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

  • **Ke arah kemerdekaan Perkara-perkara dipersetujuiAntara perkara-perkara yang dipersetujui adalah Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkanOrang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaranSistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diwujudkan.Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan

  • **Ke arah kemerdekaan Perkara-perkara dipersetujuiAntara perkara-perkara yang dipersetujui adalah Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkanOrang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaranSistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diwujudkan.Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan

  • **Ke arah kemerdekaan Syarat kerakyatan PersekutuanJawatankuasa Hubungan Antara kaum telah mencadangkan agar syarat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dilonggarkan.Cadangan ini bertujuan untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada golongan pendatangn supaya mencurah taat setia sepenuhnya kepada Tanah Melayu di samping mengelakkan golongan pendatang daripada terus terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya.

  • **Ke arah kemerdekaan Syarat kerakyatan PersekutuanCadangan ini dipersetujui UMNO, Raja-raja Melayu dan kerajaan British.Kelonggaran syarat kerakyatan ini dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat persekutuan dan peringkat negeri.

  • **Ke arah kemerdekaan Syarat kerakyatan PersekutuanDi peringkat persekutuan, kerakyatan dilonggarkan dengan tiga cara secara kuat kuasa undang-undang secara permohonan secara naturalisasi

  • **Ke arah kemerdekaan Syarat kerakyatan PersekutuanKerakyatan di peringkat negeri yang telah dilonggarkan dikenal sebagai Kerakyatan Negeri 1951. Tujuannya bagi melahirkan perpaduan di kalangan penduduk negeri-negeri Melayu.Kelonggaran juga bertujuan mengiktiraf golongan pendatang sebagai rakyat raja Melayu.

  • **Ke arah kemerdekaan Syarat kerakyatan PersekutuanPerubahan syarat kerakyatan ini menyebabkan rakyat Raja Melayu bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu dan orang asli, bahkan juga golongan pendatang.Inilah asas penting sebuah kerakyatan kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu

  • **Ke arah kemerdekaan Sistem pendidikanSistem pendidikan penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum, khususnya di kalangan generasi muda.Melalui sistem pendidikan yang sama, penduduk Tanah Melayu akan dapat disatukan dengan perasaan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Tanah Melayu.

  • **Ke arah kemerdekaan Sistem pendidikanSistem pendidikan sebelum merdeka belum mampu mewujudkan perpaduan kaum kerana pada masa itu terhadap lima sistem pendidikan yang berbeza, iaitu Sekolah Agama Islam Sekolah Vernakular Sekolah Vernakular Cina Sekolah Vernakular Tamil Sekolah Vernakular Inggeris

  • **Ke arah kemerdekaan Sistem pendidikanPerbezaan tersebut menyebabkan perbezaan politik, ekonomi dan sosial semakin buruk sehingga menghalang perpaduan kaum.Mereka turut terpisah mengikut tempat tinggal dan mengamalkan budaya serta kepercayaan masing-masing. Malah, tiada satu bahasa kebangsaan yang boleh memudahkan komunikasi.

  • **Ke arah kemerdekaan Sistem pendidikanBagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjana semangat perpaduan, beberapa laporan pelajaran telah diadakan.Tujuannya adalah bagi memberi cadangan untuk melahirkan satu sistem pendidikan kebangsaan supaya pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam sistem pendidikan yang sama dan menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu.

  • **Ke arah kemerdekaan Sistem pendidikanAntara laporan itu ialah Laporan Razak 1956Laporan ini mengusulkan Mengadakan sistem sekolah umum dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan rendah adalah wajib Sukatan pelajaran, sistem peperiksaan , latihan perguruan, dan sistem nazir adalah sama. Pentadbiran pendidikan adalah berpusat. Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon.

  • **Ke arah kemerdekaan Sistem pendidikanSekali lagi, melalui kerjasama kaum dan tolak ansur politik Laporan Razak dipersetujui pelaksanaan Penyata Razak mulai tahun 1961.Dengan ini sistem pelajaran kebangsaan semakin menjadi realiti.

  • **Ke arah kemerdekaan Sistem pendidikanCiri-ciri perpaduan melalui pendidikan dapat dilihat melalui Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi melahirkan perpaduan di kalangan rakyat.Mengadakan bahasa pengantar yang seragam bagi sekolah rendah, menengah dan universiti.Penggunaan sukatan pelajaran, sistem pentadbiran yang sama dan berpusat.

  • **Erti kemerdekaanKemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental.Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.

  • **Erti kemerdekaanMenjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati kemerdekaan yang dicapai melalui beberapa faktor penting.Antara faktor itu ialah kerjasama antara kaum dan perpaduan kaum.Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

  • **Tokoh-tokoh kemerdekaan

  • **Erti kemerdekaanRakyat pelbagai kaum perlu terus bekerjasama seperti dilakukan sebelum merdeka lagi.Rakyat pelbagai kaum juga perlu bekerjasama dan bermuafakat untuk memastikan kemerdekaan negara kekal dalam erti kata yang sebenar.

  • **RujukanBuku Teks - Kajian Tempatan Tahun 6, Dewan Bahasa & Pustakahttp//:pmr.penerangan.gov.myhttp//:ws.wikipedia.org