kaum india

48
KAUM INDIA OLEH : NOOR NAJIAH BINTI AHMAD MOHD ZUL FADHLI BIN HASHIM AKMAL BIN ASAHARI

Upload: akmal-asahari

Post on 25-Apr-2015

311 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Budaya

TRANSCRIPT

Page 1: Kaum India

KAUM INDIAOLEH :

NOOR NAJIAH BINTI AHMADMOHD ZUL FADHLI BIN HASHIM

AKMAL BIN ASAHARI

Page 2: Kaum India

SEJARAH

• Orang-orang India telah datang berniaga ke Tanah Melayu sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi (2,500 tahun dahulu yang menyebut mengenai cengkih yang berasal dari kepulauan Indonesia).

Page 3: Kaum India

• Ketika Tanah Melayu dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka.

Page 4: Kaum India

BAHASA PERTUTURAN KAUM INDIA

• Kaum india di Malaysia menggunakan bahasa pertuturan bahasa Tamil. Bahasa Tamil telah diserapkan dalam penggunaan bahasa Melayu.

Page 5: Kaum India

BAHASA TAMIL BAHASA MELAYU

Akka Kakak

Kadai Kedai

Kappal Kapal

Katikam Ketika

Muthu Mutiara

Nagaram Negara

Tali tali

Vakai bagai

Raja raja

Surya suria

Suniyam Sunyi

Bumiputeran bumiputra

Page 6: Kaum India

Budaya Kaum India

• Antara kebudayaan hindu yang diamalkan oleh masyarakat india di negara ini ialah kaum india mengamalkan adat bertegur sapa semasa mereka. Mereka sentiasa bertanya khabar antara jiran tetangga mahupun sahabat mereka jika bertemu. Mereka sering bertanya khabar tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya dengan sahabat dan sanak saudara mereka. Mereka biasanya menyapa dengan menggunakan atau menyebut perkataan “vanakum”.

Page 7: Kaum India

• Seperti kaum lain, kaum india juga mempunyai adat berkunjung kerumah sanak saudara dan menerima kunjungan mereka. Apabila mereka ingin berkunjung ke rumah tetamu, masyarakat india digalakkan membawa buah tangan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih. Mereka juga digalakkan melangkah dengan kaki kanan apabila berkunjung kerumah rakan atau sanak saudara.

Page 8: Kaum India

• Dalam masyarakat ini, apabila seseorang tetamu datang kerumah, tetamu biasanya akan dijamu dengan makanan dan minuman. Oleh yang demikian, golongan tetamu ini harus menerima hidangan yang disediakan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada tuan rumah.

Page 9: Kaum India

• sekiranya mereka menerima sesuatu, mereka harus menerima dengan menggunakan tangan kanan. Tujuan mereka menerima pemberian menggunakan tangan kanan adalah sebagai tanda terima kasih dan juga tanda kesyukuran. Ia juga dikatakan sebagai tanda kebaikan.

Page 10: Kaum India

PERAYAAN

• Perayaan orang india diadakan mengikut bulan dan setiap bulan ditandakan dengan bulan mengambang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan dalam masyarakat india dan ini termasuklah perayaan Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.

Page 11: Kaum India

HARI DEEPAVALI

Page 12: Kaum India

• Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

Page 13: Kaum India

• Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Page 14: Kaum India

• Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Page 15: Kaum India

• Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Page 16: Kaum India

THAIPUSAM

Page 17: Kaum India

• Seterusnya adalah perayaan Thaipusam. Thaipusam pula adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu. Ketika perayaan ini terdapat pelbagai jenis persembahan daripada penganut agama hindu.

Page 18: Kaum India

THAIPONGGAL

Page 19: Kaum India

• Seterusnya adalah perayaan Thaiponggal yang merupakan perayaan menuai dan ‘padi baru masak’ serta ‘memuja semangat padi’. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.

Page 20: Kaum India

PAKAIAN KAUM INDIA

• SARI

Page 21: Kaum India

• Sari merupakan pakaian tradisional India. Ia adalah sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dipadankan dengan dengan kain dalam yang warnanya sama atau seakan-akan sama dengan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau setentang dengnannya.Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut.

Page 22: Kaum India

• SALWAR KAMEEZ

Page 23: Kaum India

• Pakaian salwar kameez atau lebih dikenali dengan panggilan Baju Punjabi merupakan pakaian yang begitu popular di kalangan kaum wanita di utara India. Ia terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

Page 24: Kaum India

KURTA

Page 25: Kaum India

• Kurta adalah sejenis pakaian labuh yang dipakai oleh kaum lelaki di India pada majlis-majlis rasmi dengan labuhnya di bawah atau di atas paras lutut si pemakainya. Masyarakat India lazimnya mengenakan kurta dengan salwar atau seluar panjang. Kebiasaannya kurta diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Page 26: Kaum India

DHOTI

Page 27: Kaum India

• Dhoti juga merupakan salah satu pakaian kasual bagi kaum lelaki di India.Dhoti berbentuk segi empat tepat dan tidak berjahit.Panjangnya menghampiri 5 ela dan dapat membaluti seluruh pinggang si pemakainya.Dhoti biasanya dipadankan dengan kurta iaitu sejenis baju yang labuh.

Page 28: Kaum India

MAKANAN TRADISIONAL

• Makanan kaum India terkenal juga di kalangan penduduk Malaysia. Makanan-makanan seperti vadai, maruku, thosai dan sebagainya boleh didapati di restoran-restoran orang India. Kini, ramai orang bukan India menggemari makanan-makanan tersebut.

Page 29: Kaum India

VADAI

Page 30: Kaum India

MARUKU

Page 31: Kaum India

TOSAI

Page 32: Kaum India

• Masakan India adalah bercirikan penggunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran dan juga untuk vegetarianisme pada bahagian masyarakat.Kelainan masakan India yg berubah mengikut benua yang asal menunjukkan demografi masakan India adalah universal dan mampu diterima ramai.

Page 33: Kaum India

• Makanan tradisi India amat terkenal dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia.Capati,Kari,Maruku, Roti Canai dan Putu Mayam sangat popular di Malaysia.Sebagai bukti,restoran-restoran mamak,penjual-penjual kacang mahupun pasaraya menjual makanan tradisi India dikunjungi masyarakat berbilang kaum yang mengagumi keenakan dan keunikan makanan tersebut.

Page 34: Kaum India

ROTI CANAI

Page 35: Kaum India

CAPATI

Page 36: Kaum India

ADAT RESAM

• Masyarakat India khususnya Tamil mengikuti resam adat agama Hindu meskipun ramai orang India yang beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia mereka juga menerima kunjungan dari jiran tetangga. Membawa buah tangan amatlah digalakkan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Masuklah ke rumah mereka dengan kaki kanan dahulu.

Page 37: Kaum India

• Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

Page 38: Kaum India

• Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Demikian itu penjagaan anak perempuan amat diperhatikan terutama ketika dara.

Page 39: Kaum India

• Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta raksi pasangan berkahwin. Masa yang bertuah amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik.

Page 40: Kaum India

• Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.

Page 41: Kaum India

• Seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya.

Page 42: Kaum India

• Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat.

Page 43: Kaum India

• Sewaktu perkahwinan masyarakat india, kad jemputan memainkan peranan yang penting kerana sekiranya terdapat kesalahan pada kad jemputan ia menunjukkan bahawa majlis perkahwinan mereka tidak akan berjalan dengan lancar. Malah pada kad jemputan, mereka menyapu dengan serbuk kunyit cair sebagai keharmonian.

Page 44: Kaum India

• Seterusnya adalah penyediaan thaali yang merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan dan lelaki. Pada thaali tersebut diletakkan segumpal benang putih yang dilumur dengan kunyit. Dalam penyediaan thaali ini, ia mengambil masa selama tujuh atau sembilah hari sebelum perkahwinan.

Page 45: Kaum India

• Semasa perkahwinan berlangsung, upacara penyatuan atau ikatan suci akan dilakukan agar perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain.

Page 46: Kaum India

• Selepas itu, pengantin lelaki akan mengalungkan thaali. Pelbagai adat yang dilakukan ketika perkahwinan berlangsung Antaranya adat menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa dan membasuh kaki ibu bapa, memberi hadiah dhoti kepada bapa mertua serta sari dan wang kepada ibu mertua.

Page 47: Kaum India

KEPERCAYAAN

• masyarakat India percaya bahawa sekiranya seorang makan nasi di tempat yang gelap, maka hantu, penunggu atau roh akan sama-sama menjamah makanan itu. Akibatnya, individu tadi tidak akan kenyang serta tidak akan mendapat zat daripada makanan kerana telah diserap oleh “orang kedua” tadi.

• masyarakat India percaya bahawa sekiranya pensel diasah pada kedua-dua belah, maka ibu dan bapa dalam keluarga berkenaan akan sentiasa bergaduh.

• perbuatan bersiul pada waktu malam akan mengudang ular masuk ke dalam rumah.

Page 48: Kaum India

• Sekiranya cermin muka di rumah didapati retak atau pecah, ia dipercayai sebagai suatu petanda yang buruk.

• Bagi orang India, sekiranya seseorang bersin ketika sedang memulakan sesuatu usaha, ia dipercayai sebagai suatu petanda buruk.

• Bagi orang India, apabila tapak tangan terasa gatal, ia dipercayai dia akan mendapat duit (keuntungan) atau membelanjakan wang (kerugian).