isu sensitiviti kaum

42
KANDUNGAN PENGENALAN………………………………………………………1 - 2 AGAMA : i. Isu mengenai Lina Joy dan Moorthy………………….3 - 4 ii. Gereja dibakar………………………………………..5 - 7 POLITIK : i. Isu Hindraf…………………………………………… 8 - 9 KEBUMIPUTERAAN DI MALYSIA : i. Hak dan keistimewaan bumiputra termasuk Sabah dan Sarawak………………………………..10-12 PENDIDIKAN : i. Kuota pelajar bumiputra dan bukan bumiputra………………………………………….13 - 17 ii. Isu mengenai pengetua (Siti Inshah) di Kulai, Johor……………………………………..18 –20 KESIMPULAN :……………………………………………………21 - 24 RUJUKAN : …………………………………………………………….25 i

Upload: sofwan-fathy-zainul-abidin

Post on 26-Jun-2015

3.509 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU SENSITIVITI KAUM

KANDUNGAN

PENGENALAN………………………………………………………1 - 2

AGAMA :

i. Isu mengenai Lina Joy dan Moorthy………………….3 - 4

ii. Gereja dibakar………………………………………..5 - 7

POLITIK :

i. Isu Hindraf…………………………………………… 8 - 9

KEBUMIPUTERAAN DI MALYSIA :

i. Hak dan keistimewaan bumiputra termasuk

Sabah dan Sarawak………………………………..10-12

PENDIDIKAN :

i. Kuota pelajar bumiputra dan bukan

bumiputra………………………………………….13 - 17

ii. Isu mengenai pengetua (Siti Inshah)

di Kulai, Johor……………………………………..18 –20

KESIMPULAN :……………………………………………………21 - 24

RUJUKAN : …………………………………………………………….25

LAMPIRAN :

i. Peristiwa 13 Mei 1969……………………………26 - 27

ii. Hindraf……………………………… …………….……28

i

Page 2: ISU SENSITIVITI KAUM

1.

1

Page 3: ISU SENSITIVITI KAUM

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang menyentuh sensitiviti kaum timbul

dan sering diperdebatkan. Dalam dunia politik di Malaysia, konflik perkauman telah

menjadi bahasa rasmi bagi perdebatan mereka. Hubungan etnik yang mantap

sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai

kepelbagaian agama, bahasa, budaya dan etnik. Perbezaan dari segi agama,bahasa

dan kebudayaan sangat ketara dalam masyarakat majmuk. Perbezaan ini menjadi

amat sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan

masing-masing. Polarisasi antara etnik wujud sekiranya setiap etnik itu lebih

mengutamakan anggotanya dalam memilih sahabat dan mendapatkan pekerjaan. �

Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar

seandainya fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.

Hubungan etnik di Malaysia mengalami turun naik. Tragedi 13 Mei 1969

merupakan sejarah hitam negara yang menunjukkan bahawa perlaksanaan dasar

pada masa lalu kurang berkesan dalam menghadapi masalah perkauman yang

wujud. Peristiwa hitam ini berlaku kerana perjalanan kempen pilihanraya yang

dipenuhi dengan isu-isu perkauman dan sensitif seperti bahasa,agama dan

kedudukan istimewa orang Melayu. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan

nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya

Umum 1969”. Isu Perkauman dalam Pilihanraya 1969 tercetus lantaran slogan

‘Malayan Malaya’ yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura

dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Provokasi daripada

pihak pembangkang bermula pada malam 10 Mei 1969 yang menghina kaum

Melayu sehingga ada sebilangan Melayu yang membuat tindak balas. UMNO telah

mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan

2

Page 4: ISU SENSITIVITI KAUM

terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan

kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang

negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.

Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada

persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan

British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan

satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan

hubungan antara kaum di Malaysia.

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah

pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti

dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia

pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi

serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang

diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia

sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

3

Page 5: ISU SENSITIVITI KAUM

AGAMA

Seperti yang dinyatakan dalam  Perkara 3(1) Perlembagaan, agama Islam

diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini. Ini

terbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah

agama Persekutuan manakala agama-agama lain pula bebas untuk dianuti dan

dipraktikkan oleh penganut-penganutnya. Dalam konteks negeri-negeri pula, hampir

kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukkan bahawa Islam adalah

agama rasmi negeri di samping jaminan kebebasan beragama terpelihara

sebagaimana dalam perlembagaan. Peruntukan seumpama ini merupakan

kesinambungan kepada apa yang wujud dalam perlembagaan bertulis negeri-negeri

Melayu sebelumnya seperti Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Negeri

Terengganu 1911. Apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan

mengenai Islam ini diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam

perlembagaan. Kita telah menyaksikan bahawa pada masa ini terdapat golongan

yang mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Perkara yang telah

persetujui bersama oleh pengasas-pengasas dan pejuang-pejuangkemerdekaan

terdahulu tidak patut dipertikaikan lagi. Sesiapa yang berbuatdemikian maka mereka

tidak layak menggelar atau mengakui bahawa diri merekaadalah rakyat negara ini.

Di Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan (menurut agama masing-masing)

ditetapkan sebagai tonggak pertama Rukun Negara, dan kehidupan rakyat adalah

berasaskan pada pegangan agama. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan

antara agama khususnya Islam dan bukan Islam menjadi semakin penting, lebih-

lebih selepas Peristiwa 11 September 2001. Di Malaysia juga, walaupun secara

umumnya hubungan antara agama adalah baik, namun hubungan ini akhir-akhir ini

telah menjadi isu yang sensitif. Di negara ini, wujud dua sistem undang-undang dan

institusi yang mengendalikannya, iaitu undang-undang sivil yang berkuatkuasa ke

4

Page 6: ISU SENSITIVITI KAUM

atas semua warganegara dan dikendalikan oleh mahkamah sivil, serta undang-

undang syariah yang berkuatkuasa ke atas semua penganut agama Islam dan

dikendalikan oleh mahkamah syariah. Beberapa kes telah dibawa ke mahkamah sivil

dan juga mahkamah syariah berhubung dengan status agama seseorang. Dua

contoh yang ketara dan mencetuskan keadaan yang agak tegang di kalangan

masyarakat Islam dan bukan-Islam ialah kes Lina Joy yang asalnya beragama Islam

tetapi menukar agamanya kepada Kristian. Beliau telah mengemukakan tuntutan di

mahkamah sivil supaya mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara menghapuskan

status “Islam” dalam kad pengenalannya tetapi ditolak berasaskan hujah bahawa

status Islam seseorang adalah di luar bidang kuasa mahkamah sivil kerana ia

terletak pada mahkamah syariah. Isu murtad merupakan subjek yang sensitif bagi

orang Melayu yang hampir 100 % menganut agama Islam di Malaysia. Keboleh-

percayaan terhadap kerajaan boleh disalahtafsir jika gagal menangani isu-isu

sebegini dan boleh mencetuskan rusuhan. Dalam perbahasan yang timbul, pelbagai

pihak telah mengeluarkan berbagai kenyataan yang menggambarkan salah faham

terhadap isu sebenar yang mendasari kes tersebut. Meskipun keputusan Mahkamah

Persekutuan ini menggambarkan seolah-olah kegusaran bukan Islam terhadap

kebebasan beragama terbukti benar, keputusan ini sebenarnya tidak bermakna

orang bukan Islam tidak dapat terus mengamalkan agama pilihan mereka.

Keputusan tersebut juga sama sekali tidak bermakna mana-mana pihak boleh

memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Kebebasan beragama secara

keseluruhannya masih dipelihara. Kes kedua melibatkan Moorthy, seorang India

bekas pendaki Gunung Everest, yang asalnya beragama Hindu, tetapi memeluk

Islam tanpa memberitahu keluarganya. Apabila beliau meninggal dunia, keluarganya

menuntut untuk mengurus jenazahnya menurut agama asal manakala Jabatan

Agama Islam menegaskan adalah menjadi tanggungjawab mereka mengurusnya

secara Islam kerana Moorthy telah memeluk agama itu dan berdaftar sebagai

5

Page 7: ISU SENSITIVITI KAUM

seorang Islam. Kes itu dibawa ke mahkamah syariah yang memutuskan Moorthy

seorang Islam dan jenazahnya harus diurus menurut Islam.

Peristiwa pembakaran tiga buah gereja; gereja Metro Taberate, di Taman

Melawati, gereja Assumption dan Life Chapel di Petaling Jaya pada tahun ini adalah

sesuatu kejadian yang malang. Gereja adalah rumah ibadat. Pembakaran rumah

ibadat sangat sensitif sekali tidak kira rumah ibadat agama apa sekali pun.

Gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibom

6

Page 8: ISU SENSITIVITI KAUM

Gereja Life Chapel di Petaling Jaya yang dibakar

Kejadian ini bukan pertama kali berlaku di negara ini. Sekitar tahun 1986/87

tiga buah masjid pernah dibakar hangus di Pahang. Kejadian itu sungguh menghiris

hati umat Islam. Masjid yang terlibat ialah di Teriang dan di kampung Bohor

Perpindahan Banjir dalam Maran Pahanag. Rakyat negara ini mengutuk atas

kejadian itu. Begitu juga dengan kuil hindu juga pernah menghadapi nasib yang

sama. Kalau tidak salah ingatan tiada pula laporan sama ada mereka

bertanggungjawab dengan kejadian itu berjaya ditangkap atau tidak? Kini giliran

gereja pula cuba dimusnahkan. Tidak kira siapa atas apa yang berlaku. Tidak

seharusnya rumah ibadat di bakar! melakukannya kita kesal.

Kita berharap polis menjalankan siasatan dan menangkap orang yang

bertanggungjawab melakukannya. Dalam melihat kejadian ini apa yang perlu

difahami dan dikaji ialah kenapakah berlaku kejadian malang itu. Mengutuk tidak

menyelesaikan masalah tetapi berfikir mencari sebab musababnya paling mujarab

demi memastikan kejadian itu tidak akan berulang pada masa akan datang baik ke

atas rumah ibadat penganut agama apa sekalipun. Adakah pembakaran itu

disebabakan isu yang berlaku sekarang ini, mengenai tindakan Kristian yang beriya-

iya ingin menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald. Adakah itu puncanya?

Kita tahu suhu dan darah orang Islam panas gara-gara isu berkenaan.Pun begitu kita

tidak boleh menuduh kejadian itu perbuatan orang Islam. Orang Islam yang

bersemangat 1 Malaysia, yang liberal dan memahami akan kesejagatan kalimah

Allah tidak mungkin melakukannya. Mereka akan menjaga kesucian gereja dan

rumah ibadat agama apa sekalipun. Jadi siapakah yang bertanggungjawab? Apakah

ada anasir lain yang sengaja ingin menimbulkan perpecahan dan menanam benih

prangsangka di kalangan penganut agama di negara ini. Yang melakukan tersebut

atas niat itu tentulah musuh negara. Mereka melakukan jenayah itu dengan harapan

untuk menimbulkan pergaduhan antara penganut agama di negara ini.Zaman

7

Page 9: ISU SENSITIVITI KAUM

semasa Parti Komunis Malaya (PKM) aktif dulu jika berlaku apa-apa perbuatan

memusnahkan harta awam ianya akan dikaitkan dengan perbuatan jahat komunis.

Hari ini komunis sudah tidak ada. Chin Peng nak balik pun dilarang. Lagipun

komunis tidak sesekali bertindak ke atas kepentingan mana-mana agama.

Semua pihak seharusnya jangan cepat melatah dalam membuat penilaian ke

atas kejadian itu. Walaupun suasana hari ini darah orang Islam panas, tetapi jangan

ada yang terus menunding jari dan meletakkan kejadian itu dalam tanggungjawab

orang Islam. Sesiapa juga cuba mengaitkan dengan orang Islam memburukkan lagi

keadaan.

Polis haruslah menyiasat sebaik mungkin. Pihak Kristian juga perlu

memahami kenapa gereja dibakar. Kalau mereka merasakan ia berpunca dari

suasana yang timbul tempoh hari, maka berusahalah untuk mengatasi

mengembalikan semula suasana sebelum 31 Disember tahun lalu sebelum

Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan Allah digunakan.

Penganut Krsitian dan semua orang kena menerima hakikat kenapa perkara

malang ini tidak terjadi sebelum ini? Sesungguhanya dalam masyarakat majmuk

seperti Malaysia ini jangan ada niat hendak mencuba atas apa tujuan sekali pun

kerana ia sangat berbahaya. Dan atas semangat 1Malaysia dan sebagai hak sejagat

rakyat Malaysia harus sama-sama menjaga keselamatan masjid, gereja dan kuil.

8

Page 10: ISU SENSITIVITI KAUM

POLITIK

Dari aspek politik pula, masyarakat India membentuk 8% dari 26 juta

penduduk di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka dibawa masuk oleh british kira-

kira 200 tahun dahulu untuk bekerja di ladang sebagai penoreh getah. Sehingga hari

ini sosio-ekonomi masyarakat India berada di belakang masyarakat utama lain

seperti cina dan melayu. Masyarakat India yang kebanyakannya beragama

hindu telah mendirikan banyak kuil di kawasan ladang dan kebanyakannya tidak

berdaftar. Dengan arus perubahan yang melanda Malaysia, banyak kawasan ladang

dibangunkan dan ini mencetuskan konflik antara pihak berkuasa tempatan yang

mahu struktur haram dimusnahkan yang berhadapan dengan tentangan masyarakat

Hindu. Beberapa siri perobohan kuil hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa,

Selangor, pada 15 November 2007, menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang

mendakwa kerajaan Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India.

Dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman, Hindraf mendakwa kaum

India dan agama Hindu ditindas oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan

mendakwa berlaku genosid (penghapusan etnik) dengan memberi contoh lebih 100

orang India dibunuh semasa peristiwa medan kampung. Propaganda mereka

disebarkan melalui majlis forum, pengedaran buku dan risalah dalam bahasa tamil ,

penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokongan moral dan material

daripada kaum India. Kerajaan Malaysia mendakwa Hindraf turut menjadi dalang

menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil haram Hindu

malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa

depan.

Pada hari 25 november 2007 Hindraf menganjurkan perhimpunan 100,000

penduduk India dan menghantar memorandum ke Kedutaan britain di Jalan Ampang,

9

Page 11: ISU SENSITIVITI KAUM

Kuala Lumpur. Memorandum dengan 100,000 tandatangan ditujukan kepada Ratu

Elizabeth II. Setiausaha Agung, Datuk S.Veerasingam kesal dengan tindakan

memanggil masyarakat Hindu menyertai perhimpunan haram itu melalui sistem

pesanan ringkas (SMS). Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan bebas

mengadakan perhimpunan, tetapi perhimpunan seramai 100,000 akan mencetuskan

ketegangan kaum.

Ibu pejabat polis di Balai Polis Cheras tidak meluluskan permit kepada

perhimpunan ini. Surat permohonan telah dihantar oleh Hindraf kepada Ketua Polis

Daerah Cheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim di Balai Polis Cheras pada 7

November 2007. Rayuan kedua juga ditolak oleh ibu pejabat polis kontijen Kuala

Lumpur  pada 15 Naovember 2007.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan mengambil

tindakan terhadap peserta perhimpunan haram ini. Perhimpunan ini boleh

menyinggung perasaan kaum lain dan menyebabkan pergaduhan kaum.

Perhimpunan ini akan mengugat keselamatan negara malah ekonomi negara akan

terjejas teruk. Pelbagai pihak akan mengekploitasi perhimpunan ini dan

mencetuskan huru-hara terutama kumpulan kongsi gelap. Peserta perhimpunan

yang berselindung di sebalik kanak-kanak sebagai benteng manusia akan didakwa di

bawah Akta Kanak-Kanak. Pada 22 November 2007, Ketua Polis Kuala Lumpur

Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin berkata, mereka yang hadir akan dikenakan

tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Polis. Sentimen perkauman akan diapi-apikan

oleh pihak tertentu. Polis terpaksa bertindak awal dengan mengadakan sekatan jalan

raya bermula pada 20 November 2007. Pemeriksaan rawak setiap kenderaan ke

arah Kuala Lumpur. Sesiapa yang membawa senjata dan alatan berbahaya akan

didakwa. Pada 30 Oktober 2007, beberapa pemimpin Hindraf telah ditahan kerana

10

Page 12: ISU SENSITIVITI KAUM

mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur. Antaranya ialah Waytha Moorthy

Ponnusamy, M. Manoharan, Uthayakumar Ponnusamy dan S. Ganapathi Rao.

KEBUMIPUTERAAN DI MALAYSIA

Sejak beberapa lama, kerajaan Barisan Nasional yang berpusat di Kuala Lumpur

telah mengajukan dan meluaskan polisi-polisi perkauman yang mendapat ruang

yang cukup luas dalam media massa tempatan. Misalnya, syair Cecil Rajendra,

bertajuk The Kingdom of Purplaya,yang diterbitkan baru-baru ini, menimbulkan

kontroversi apabila beberapa kumpulan Melayu mendakwa bahawa penyair tersebut

mencela kaum Melayu dan mencabar hak-hak istimewa kaum tersebut sebagai

kaum ‘asal di Malaysia.’ Sambil Rajendra menafikan dakwaan-dakwaan ini, karya

tersebut telah diterbitkan dan disebarkan luas oleh beberapa akhbar tempatan,

termasuklah Utusan Malaysia.

Apakah asal-usul hak-hak keistimewaan kaum ‘bumiputera’ ini? Dari segi

sejarah, semasa kemerdekaan pada tahun 1957, kaum Melayu telah membuat

perjanjian yang meneraskan ‘keistimewaan’ bagi kaum mereka lalu ‘menghadiahkan’

status kewarganegaraan kepada kaum-kaum bukan Melayu (perjanjian ini juga

melibatkan keutamaan ekonomi bagi kaum Cina). Pada masa itu, ia dipersetujui

bahawa “sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan Malaya pada atau selepas Hari

Merdeka (31hb Ogos, 1957) akan menjadi rakyat dari segi undang-undang.” Namun

demikian, Artikel 159 dalam perlembagaan Malaysia telah digunakan untuk

mengutamakan ‘hak-hak istimewa’ bagi kaum Melayu dan kaum-kaum peribumi.

Artikel tersebut adalah berkenaan dengan tanggungjawab kerajaan untuk

mempertahankan kedudukan khas kaum Melayu dan warga-warga kaum peribumi di

negeri Sabah dan Sarawak. Kedudukan khas ini diterajui oleh kerajaan-kerajaan

Malaysia, termasuklah kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa pada hari ini.

Tujuannya adalah untuk memastikan ‘keistimewaan’ bagi golongan bumiputera,

11

Page 13: ISU SENSITIVITI KAUM

termasuk kaum Melayu dan kaum-kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, dalam

pertubuhan-pertubuhan pendidikan seperti universiti, perkhidmatan awam, pekerjaan

dalam firma-firma kerajaan dan dalam permohonan lesen atau pinjaman wang bagi

perniagaan.

Selepas kemerdekaan, kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur mencuba

menekan kemajuan pada tahap yang sama-rata bagi setiap negeri melalui

perbadanan-perbadanannya. Namun, salah satu akibat daripada usaha ini adalah

keengganan kumpulan-kumpulan tertentu di Sabah dan Sarawak untuk menerima

‘pendatang asing.’ Keadaan ini dilanjutkan oleh polisi-polisi kerajaan di mana salah

satu golongan diberikan keutamaan sebelum golongan yang lain. Seringkali, kaum-

kaum Kadazan-Dusun di Sabah menganggap penghijrah dari Semenanjung

Malaysia sebagai penghijrah dari negara asing. Ini tidaklah menghairankan apabila

kita meneliti sistem kerajaan di Malaysia, di mana kerajaan tempatan (misalnya, di

Sabah) dibenarkan mengutarakan polisi-polisi pentadbiran yang agak berbeza

daripada polisi-polisi kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.

Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963 dengan

syarat-syarat khas yang digubahkan untuk mempertahankan negeri tersebut

berkenaan dengan hal-hal seperti keagamaan, kedudukan kaum peribumi dan

bumiputera, bahasa, pendidikan dan lain-lain. Salah satu daripada pertahanan ini

adalah kawalan imigrasi, di mana pertahanan disediakan agar kaum-kaum peribumi

tidak diketepikan sambil penghijrah dari Semenanjung Malaysia yang mempunyai

pendidikan dan latihan yang lebih baik membanjiri negeri itu. Namun, salah satu

kajian yang terdapat dalam buku Jeffrey Kitingan bertajuk The Sabah Problem

menunjukkan bahawa hanya 19 daripada 89 jabatan persekutuan di Sabah pada

tahun 1989 diketuai oleh penduduk Sabah. Manakala, jabatan-jabatan lain diketuai

oleh penghijrah-penghijrah dari Semenanjung Malaysia. Jelasnya, kawalan-kawalan

12

Page 14: ISU SENSITIVITI KAUM

imigrasi yang diwujudkan untuk ‘mempertahankan’ Sabah daripada dibanjiri

penghijrah dari Semenanjung Malaysia tidak berfungsi dengan baik.

Lebih-lebih lagi, kedudukan perlembagaan bagi imigrasi di Sabah dan

Sarawak yang begitu rumit tidak menyenangkan isu ini. Menurut Artikel 9

Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal imigrasi ke

dalam negeri-negeri tersebut. Maka, di bawah perintah Parlimen, seseorang mungkin

dihalang daripada memasuki Sabah atau Sarawak, atau sebaliknya, dibuang negeri

dari kedua-dua negeri itu. Misalnya, seorang aktivis dari Switzerland, Bruno Manser,

pernah dibuang negeri dari Sarawak apabila menyuarakan masalah-masalah kaum

Penan. Kadang-kala, undang-undang ini digunakan untuk menghalang penduduk

tempatan dari Sabah dan Sarawak meninggalkan negeri-negeri tersebut. Contohnya,

pada bulan Ogos 1993, pasport seorang aktivis dari Sarawak, Jok Jau Evong,

dirampas oleh Jabatan Imigrasi, kerana dia didakwa terlibat dalam kempen anti-

pembalakan dan pernah membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia sedang

memusnahkan alam sekitar dengan pembalakan tanpa kawalan. Kuasa-kuasa

kerajaan persekutuan untuk melarang seseorang daripada memasuki atau

meninggalkan Sabah dan Sarawak di bawah Akta Imigrasi, serta keperluan rakyat

Semenanjung Malaysia untuk memohon kebernaran bertulis untuk memasuki negeri-

negeri tersebut, bermaksud bahawa rakyat Semenanjung Malaysia seringkali

dianggap sebagai ‘pendatang asing.’

Oleh yang demikian, konsep kewarganegaraan pada tahap negeri yang agak

berbeza daripada kewarganegaraan pada tahap kebangsaan menekan lagi keadaan

di mana kaum bumiputera tidak dilayani dengan sama berdasarkan tempat asal

mereka. Dari segi ini, maksud ‘menjadi seorang warganegara Malaysia’ kini lebih

rapat dengan maksud ‘berasal dari Semenanjung Malaysia’ atau ‘berbangsa Melayu.’

Secara ringkas, rakyat Semenanjung Malaysia dilayan sebagai ‘pendatang asing’ di

13

Page 15: ISU SENSITIVITI KAUM

Sabah dan Sarawak, sambil rakyat Sabah dan Sarawak pula dilayan sebagai

‘pendatang asing’ di Semenanjung Malaysia.

PENDIDIKAN

Isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki Institut Pengajian Tinggi

Awam(IPTA) telah menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Melayu

terutama golongan pendidik, pemimpin masyarakat dan politik. Ia berpunca daripada

satu laporan kononnya pelajar bumiputera tidak mampu memenuhi kuota yang

disediakan oleh IPTA berkenaan. Masyarakat Melayu semakin resah apabila Bekas

Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan kesediaan kerajaan

menghapuskan system kuota bagi kemasukan pelajar ke IPTA sekiranya langkah itu

dipersetujui rakyat.  

Kenyataan itu, menimbulkan banyak reaksi dari pelbagai pihak. Ada pihak

yang menyokong, ada pihak yang ragu-ragu dan tidak kurang ada yang membantah 

kerana mereka lihat tindakan itu sebagai merampas hak bumiputera. Kekusutan itu

berakhir apabila Kementerian Pendidikan menjelaskan perkara yang sebenarnya

bahawa tidak wujud kekosongan seperti yang dilaporkan. Kuota itu sudah dipenuhi

malahan ramai yang tidak dapat memasuki IPTA. Ramai di kalangan bumiputera

yang menarik nafas lega dan berpuas hati dengan penjelasan Kementerian

Pendidikan itu.  

Namun begitu, kesilapan itu ada hikmah di sebaliknya. Sekurang-kurangnya

masyarakat bumiputera harus mula menyedari dan menginsafi bahawa peluang yang

ada sekiranya tidak mampu diisi , ia akan diisi oleh orang lain. Justeru itu dalam

keratan akhbar yang dipilih, rencana ini telah dapat mengupas kepentingan system

meritokrasi kepada kemajuan orang melayu. Perbincangan ini telah dilakukan oleh

Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Seranta Kongres Pendidikan Melayu

Pertamayang juga bekas pensyarah, Dr Alias Mohamed. Beliau menerangkan

14

Page 16: ISU SENSITIVITI KAUM

maksud meritokrasi, masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu masa kini,

meritokrasi yang diamalkan oleh masyarakat bukan melayu, kebaikan meritokrasi

dan system kuota pada masa akan datang. Sesungguhnya dengan penerangan yang

diberikan oleh beliau sekurang-kurangnya  dapat saya membincangkannya dalam 

tugasan sosiologi saya.

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang kuota bumiputera bagi

sebarang tawaran kemasukan ke IPTA terutamanya bagi sesi 2010/2011 akan

datang ini, pastinya ramai pemohonan inginkan tempat dan bila dapat tempat di IPTA

mereka mahukan kursus yang dipohon mereka dalam erti kata lain bidang yang

mereka minat. Tetapi senario hari ini, cuba kita lihat taburan mahasiswa

dibandingkan mahasiswi di seluruh IPTA. Sangat ketara perbezaannya. Ini boleh

dilihat terutamanya dalam bidang-bidang kritikal. Pada tahun lepas, hanya 33

peratus mahasiswa daripada keseluruhan pelajar Melayu di IPTA berbanding

67 peratus mahasiswi, dan bilangan mahasiswa itu merosot kepada 30

peratus berbanding 70 peratus mahasiswi tahun ini. Sehinggakan ada cakap-

cakap yang mengatakan :

“Kalau kita baling batu dalam bilik kuliah itu, pastinya yang akan terkena penuntut

perempuan”

Sebut berkenaan kemasukan ke IPTA, Tun Dr. Mahathir berharap peluang

kemasukan ke universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai kaum Bumiputera

berbanding kaum lain di negara ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak

dan tidak adil untuk melabelkan kerajaan mengamalkan sifat perkauman dan

meminggirkan kaum-kaum lain. Peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding

kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka

tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang akan hanya memberikan

pelbagai kesan negatif. Jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kini hampir

15

Page 17: ISU SENSITIVITI KAUM

sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kemasukan pelajar

Bumiputera ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) amat kecil iaitu hanya sekitar

10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain. Perkara itu berlaku kerana tidak

ramai kaum Bumiputera mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS disebabkan masalah

kewangan yang terhad. Kalau kita buat banci jumlah keseluruhan pelajar di universiti

kerajaan dan swasta, pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. Itulah

sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada kuota Bumiputera.

Bagaimanapun, bilangan kemasukan pelajar ke IPTS akan diambil kira

seperti, kerajaan mewujudkan keadaan yang seimbang di antara bumiputera

dan bukan bumiputera dalam bidang ekonomi. Imbangan penyertaan

bumiputera dan bukan bumiputera perlu diberi perhatian dalam semua

perkara.

Sehubungan dengan itu, kerajaan berusaha menambah penyertaan

bukan bumiputera dalam bidang kerajaan, pihak swasta juga perlu memberi

peluang yang sama kepada kontraktor atau pembekal bumiputera dalam

projek mereka. Kita tidak menentukan kuota atau apa-apa tetapi untuk

tambah bilangan bukan bumiputera dalam kerajaan, kita juga perlu melihat

tambahan bumiputera dalam sektor swasta. Sekarang ini kita dapati swasta

kadang-kala tidak memberi peluang sama sekali kepada kontraktor

bumiputera untuk projek mereka. Kalau ada projek swasta yang bukan dimiliki

bumiputera, kita dapati tidak ada pegawai atau jurutera bumiputera, jadi

mereka juga perlu meningkatkan penyertaan bumi diperingkat swasta.

Pemimpin-pemimpin kita kerap mengutarakan masalah perkauman. Biarlah di

universiti ataupun di pejabat, sesiapa pun boleh lihat bahawa rakyat jelata lebih

gemar bergaul dengan rakan dari kaum yang sama. Kerajaan telah mengambil

langkah mengadakan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN), supaya para remaja

16

Page 18: ISU SENSITIVITI KAUM

tidak perlu takut dan malu untuk berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan dari

kaum lain. Memang benar, usaha ini harus dilakukan, tetapi ia bukan satu jalan

penyelesaian untuk mengatasi masalah perkauman yang sudah mencapai ke tahap

yang kritikal. Sejak kecil lagi, masyarakat kita telah dibahagikan mengikut kaum dan

apabila meningkat remaja, barulah kita diterapkan dengan perpaduan kaum,

ternyatalah tindakan ini adalah terlalu lambat. Oleh sebab itu, sistem pendidikan

rendah dan menengah kita mesti dibentuk semula untuk mengelak pembahagian dan

perpisahan mengikut barisan kaum.

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca

yang membawa kepada masalah perkauman. Pada awalnya, sistem pendidikan

yang wujud di Malaysia terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah

Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum

yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan

mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah

Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-

buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan

India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah

sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan

India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

Sebelum proses permodenan, sebelum tiap-tiap anak memasuki alam

sekolah, tiada masalah berkawan dengan kaum dan bangsa yang lain. Dalam

masyarakat kita yang cukup majmuk, bila-bila masa sahaja kanak-kanak bermain

dan berborak dengan rakan seumur mereka, tidak kira bangsa,kau dan agama.

Namun, timbulnya masalah apabila kanak-kanak masuk ke alam persekolahan,

kecuali jika mereka memasuki sekolah yang sama. Walaubagaimanapun, kita sudah

17

Page 19: ISU SENSITIVITI KAUM

biasa dengan menghantar anak-anak kita ke sekolah mengikut keturunan masing-

masing.

Kalau kanak-kanak dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan

mereka daripada keturunan lain di luar sekolah, kita mungkin boleh mengelak

masalah perkauman. Tetapi dalam zaman milenium ini, kita hidup dalam masyarakat

di mana kanak-kanak tidak berinteraksi dengan jiran, tetapi mereka lebih gemar

bersembang dan bergaul dengan rakan sekolah sahaja.

Hakikatnya yang berlaku sekarang ialah, anak Melayu pergi sekolah

kebangsaan, anak Cina pergi sekolah jenis kebangsaan Cina, manakala anak India

pergi sekolah jenis kebangsaan Tamil, di mana terletaknya perpaduan nasional?

Realitinya, kita sudah mengamalkan suatu sistem pendidikan berdasarkan

segregasi.

Kita kadangkala membangkitkan isu ini dengan rakan keturunan Cina, tetapi

respon mereka selalunya hampir sama. Tambahan pula, kata mereka, dengan

pembangunan pesat di negara Cina, sesiapa yang fasih dalam bahasa Mandarin,

tentulah masa hadapannya cerah. Namun demikian, kompromi antara kaum-kaum di

Malaysia sangat mustahak, demi masa depan negara kita.

Biasanya penyokong sistem yang diamalkan sekarang akan mengelakkan isu

perpaduan dan pergaulan antara pelajar-pelajar daripada keturunan yang berlainan.

Tetapi, ini bukanlah isu yang kecil, kalau kita hanya mempunyai kawan baik daripada

satu kaum, adakah kemungkinan kita boleh bergaul, berinteraksi dengan mereka

yang mengamal budaya dan agama lain?

Oleh itu, mustahil menafikan kenyataan ini, sistem pendidikan kita pada masa

kini menjejaskan perpaduan nasional. Penyelidik-penyelidik di Britain sudah

mendapati kanak-kanak yang menghadiri sekolah di mana para pelajar terdiri satu

18

Page 20: ISU SENSITIVITI KAUM

kaum sahaja, lebih mungkin bertembung dengan masalah berkawan dan memahami

orang daripada keturunan dan kaum yang lain.

Ini bukan maksud kita mesti memansuhkan sekolah jenis kebangsaan. Bagi

sebahagian rakyat, sistem sekolah ini mungkin lebih sesuai daripada sekolah

kebagsaan. Tetapi sekolah kebangsaan seharusnya memadai bagi kebanyakan

pelajar dan ibu-bapa. Jadi bangkitlah soalan seterusnya, mengapa kebanyakan

keluarga Cina dan India membuat keputusan untuk menghantar anak-anak mereka

ke sekolah jenis kebangsaan? Mungkin terdapat dua sebab utama iaitu isu akademik

dan iklim sosial.

Sebagai seorang yang telah menghadiri sekolah kebangsaan, kita dapat

mengetahui bahawa kualiti akademik di sekolah kebangsaan begitu rendah, tiada

bandingan dengan sekolah jenis kebangsaan Cina. Di sana, guru-guru amat

berdedikasi dan mendorong pelajar-pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran

mereka. Di sekolah kebangsaan, kebanyakan guru kurang motivasi untuk mengajar.

Tambahan pula, sekolah jenis kebangsaan mengajar bahasa ibunda pelajar Cina

dan Tamil, tentulah ibu-bapa Cina dan Tamil lebih suka menghantar anak-anak

mereka ke sekolah jenis kebangsaan.

Masalah yang lebih rumit, iklim sosial di sekolah kebangsaan biasanya

kurang bertolak ansur. Sebagai contoh, lihatlah kejadian yang baru berlaku, seorang

guru di satu sekolah menengah kebangsaan memberitahu pelajar-pelajarnya

bahawa budak India merupakan anak pelacur, di antara banyak lagi kenyataan yang

menghina. Kejadian seperti ini bukan begitu jarang. Antara contoh lain, aktiviti-aktiviti

kadangkala diadakan pada hari Ahad atau hari perayaan agama yang lain, dan

kakitangan sekolah bukan selalunya bertolak ansur. Semua kejadian kecil ini, apabila

dijumlahkan, amat menakutkan bagi ibu bapa pelajar-pelajar Cina dan India.

19

Page 21: ISU SENSITIVITI KAUM

Sistem sekolah kebangsaan haruslah dibentuk semula kalau kita betul-betul

mahu memupuk perpaduan. Guru-guru dan kakitangan sekolah mestilah lebih

bertolak ansur dan lebih bermotivasi. Mereka yang enggan menerima hakikat

bahawa kita tinggal di negara dan masyarakat yang majmuk patut berdepan dengan

akibat yang serius. Untuk meningkatkan motivasi guru-guru, gaji harus naik. Kalau

kerajaan kita mahu memupuk semangat perpaduan di sekolah kita, guru-guru

mestilah jadi suatu contoh untuk para pelajar. Dengan ini, barulah sistem sekolah

kebangsaan kita menjadi sistem sekolah kebangsaan, bukan sistem sekolah Melayu.

Baru-baru ini, Tuan Pengetua dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra,

Kulai, Johor, Pn Hajjah Siti Inshah Mansor(DG48)  telah dikritik hebat oleh Hindraf,

DAP, PKR dan PAS kerana dianggap seorang pengetua bersikap perkauman dalam

satu situasi di sekolahnya.

Satu jawatankuasa telah dibentuk oleh Jabatan Pelajaran Malaysia untuk

menyiasat perkara tersebut, menurut Timbalan Perdana Menteri. Kemungkinan juga

sindiran Pengetua tersebut secara menyeluruh, mungkin beliau geram dengan sikap

pelajar yang kurang ajar, biadab, tidak berdisplin dan lain-lain kemungkinan yang

ada.Pengetua juga mungkin marah dengan sikap guru-gurunya yang pro-

pembangkang.Guru Melayu menyokong PAS dan PKR, Guru Cina menyokong Dap

dan Guru India menyokong Hindraf.

Sekolah mungkin dijadikan gelanggang politik oleh setengah guru dan

pelajar. Dilihat dari segi pengalaman dan usia, Pengetua tersebut cukup cemerlang,

beliau juga telah bergelar Pengetua Kanan. Mungkin juga  faktor usia dan jantina

yang mempengaruhi beliau dan hilang sabar lalu melontarkan amarahnya kepada

semua warga pendidik dan pelajar di sekolah beliau dipertanggungjawabkan. Apa

pun jika jawatankuasa yang dilantik juga pro-pembangkang maka tamatlah riwayat

Pengetua Cemerlang tersebut.

20

Page 22: ISU SENSITIVITI KAUM

Selain itu, isu bahasa juga mesti ditangani. Sekolah kebangsaan tidak boleh

menggantikan sekolah jenis kebangsaan, tetapi mereka masih boleh mengadakan

kelas-kelas untuk bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. Ini lebih baik daripada tidak

mengadakan apa-apa kelas untuk bahasa ibunda kaum lain. Apabila isu bahasa

ditangani, dan apabila ibu-bapa boleh mempercayai guru-guru ini, tiadalah halangan

kepada satu sistem sekolah kebangsaan.

Biarlah masyarakat Melayu ataupun masyarakat-masyarakat bukan Melayu,

mesti bersedia untuk berkompromi sedikit. Dalam iklim masyarakat yang majmuk,

hanya kompromi akan mengelakkan keganasan dan huru-hara. Apa yang kita mesti

tumpukan ialah masalah perpaduan, masalah sistem sekolah kebangsaan. Suatu

sistem yang pada terasnya merupakan sistem yang dibahagi mengikut keturunan

akan menyumbang kepada kepelbagaian kaum. Apa sahaja sistem sekalipun,

biarlah sistem kerajaan, sistem pendidikan, sistem korporat, asalkan mengikut dasar

pemecahan rakyat dari segi kaum, akan tetap gagal menyatupadukan rakyat di

Malaysia ini.

21

Page 23: ISU SENSITIVITI KAUM

KESIMPULAN

Sangat menyedihkan selepas 52 tahun kemerdekaan negara, kita masih lagi

perlu diingatkan untuk meruntuhkan tembok perkauman. Dalam usia separuh abad

terbinanya negara Malaysia hasil kesepakatan dan toleransi pemimpin pelbagai

kaum terdahulu, semangat itu seharusnya sudah menjadi intipati dan sebati di dalam

jiwa segenap lapisan masyarakat. Malangnya, kita hari ini lebih mengenali diri dan

jati diri berdasarkan siapa kita mengikut latar belakang kaum, ras, etnik atau asal-

usul. Melayu, Cina dan India akan selamanya dipisahkan sebagai kaum yang

berbeza dan bukannya satu bangsa Malaysia. Barangkali disebabkan jurang itu juga,

banyak tuntutan dan polemik yang melangkaui sempadan agama dan kaum berlaku

dalam masyarakat hari ini. Jika inilah yang menjadi amalan, maka percayalah soal

perpaduan akan terus menghambat negara walaupun selepas berabad negara

mengecapi kemerdekaan sekalipun.

Cabaran kepada perpaduan itu bermula pada era penjajahan British yang

memisahkan masyarakat Tanah Melayu menerusi dasar pecah dan perintah. Dasar

ini telah menyebabkan kita berpecah-belah mengikut pola kependudukan dan

penempatan, jenis pekerjaan dan sistem pendidikan mengikut kaum. Namun itu

bukanlah alasan untuk kita terus-menerus meletakkan kesalahan tersebut kepada

penjajah. Ini kerana kesilapan itu boleh diperbaiki apatah lagi negara sudah lama

mengecapi nikmat kemerdekaan.

Yang penting ialah sejauh mana dalam persekitaran hari ini, wujud sifat

toleransi, hormat dan faham-memahami beralaskan kejujuran. Bagaimana elemen ini

diterima berdasarkan kepada kekuatan Perlembagaan? Adakah setiap individu

bersedia untuk membelakangkan amalan budaya dan kepercayaan dan memberi

keutamaan kepada nilai kemanusiaan? Ini memandangkan nilai-nilai itu merupakan

asas penting untuk meruntuhkan dinding yang memecah-belahkan masyarakat.

22

Page 24: ISU SENSITIVITI KAUM

Namun, timbul dilema siapa yang harus berkorban dan siapa pula harus

berkompromi. kemuafakatan dan keharmonian memberi penghormatan kepada nilai

kemanusiaan yang tidak melihat siapakah yang memberi lebih, dan siapa pula yang

kurang memberi dan lebih merasa. Jika wujud perasaan seperti itu, maka ia boleh

berakhir dengan perasaan prasangka antara satu sama lain. Stereotaip akan

menebal dan sifat etnosentrik akan mendominasi pemikiran seseorang individu.

Sejajar dengan proses pemodenan dan pembangunan juga, masyarakat hari

ini seolah-olah semakin luntur nilai kemasyarakatan, yang muncul adalah sifat

materialistik dan individualistik yang menyaksikan semakin luntur dan pupusnya sifat

kejujuran kerana persaingan ini. Ada yang berebut kekayaan untuk diri sendiri dan

lupa ada masyarakat sekeliling. Ada yang menyoal hak dan tanggungjawab serta

Perlembagaan yang hanya dirujuk mengikut keselesaan masing-masing.

Ini menyebabkan lahir ikatan longgar bukan sahaja dalam sesuatu kumpulan etnik

tetapi juga hubungan antara etnik. Kerana itu juga tambah Sivamurugan, seiring

dengan proses modenisasi, kita semua harus mempunyai rasa bertanggungjawab.

Keluarga harus menanam nilai ini di rumah supaya anak mereka menjadi

'idola' di mana sahaja kerana perpaduan sebenar bermula dari rumah. Ia

mencerminkan kesungguhan kita bersama dalam apa sahaja keadaan. Kesemua

etnik ada sifat etnosentrik untuk menanam semangat kekitaan tetapi lebih daripada

itu, jika mereka memiliki perwatakan hormat-menghormati, saling memahami dan

bertolak ansur dengan kumpulan etnik lain, maka perpaduan akan subur dengan

sendirinya. Dalam masa yang sama, pemimpin juga perlu tampil sebagai individu

contoh yang boleh diteladani oleh setiap lapisan masyarakat. Dalam suasana politik

yang tidak menentu ketika ini, pemimpin sewajarnya memiliki nilai kepimpinan yang

tinggi. Paling utama, ia perlu berasaskan kepada toleransi dan semangat kerjasama

yang tinggi seperti yang ditunjukkan oleh pejuang kemerdekaan lampau.

23

Page 25: ISU SENSITIVITI KAUM

Politik etnik telah mendominasi sejarah politik tanah air sejak sekian lamanya.

Walaupun ramai menyatakan bahawa selepas 8 Mac 2008, pola pengundian

menunjukkan bahawa kita sudah melangkaui garis keetnikan, namun sedar atau

tidak, hakikatnya kita mempunyai kesedaran yang lebih tinggi ke atas persoalan

keetnikan selepas 8 Mac 2008. Demokrasi negara akan matang dengan sendirinya

jika watak yang terlibat juga matang.

Persoalannya, adakah watak utama dalam politik mengetahui bahawa kita

masih terikat dengan sentimen emosi dan bukan rasional dalam hal-hal tertentu

walaupun ada ketikanya kita mahukan kebebasan Barat dipraktis di negara ini. Ada

kekangan tertentu yang memberi limitasi ke atas kebebasan dalam sebuah negara

yang terdiri dari masyarakat pelbagai etnik. Pemimpin harus berwaspada dalam

memainkan sentimen perkauman kerana masyarakat hari ini lebih celik dari sudut

ilmu, informasi dan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat.

Pemimpin ada pengikut dan pengikut yang memberi kesetiaan tidak berbelah

bahagi kepada pemimpin dan parti akan taksub dengan pemimpinnya sehingga

bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk pemimpin tersebut. Kerana itu juga,

pemimpin perlu lebih bertanggungjawab dan memastikan bahawa walaupun berbeza

ideologi politik, itu tidak bermakna kemuafakatan harus dikorbankan untuk mencapai

matlamat akhir mereka iaitu mendapatkan kedudukan dan pangkat. Paling utama

perpaduan tidak boleh dikompromi untuk apa sahaja walau untuk sesiapa sekalipun.

Dalam menyoal hak dan tanggungjawab, kita mesti bertekad mempertahankan apa

yang sedang terbina sekian lamanya.

Permainan politik di Malaysia tidak dapat lari daripada perjuangan

berunsurkan kaum yang turut melebarkan jurang kemajmukan rakyat di negara ini.

Justeru, bagaimanakah perpaduan dalam erti kata sebenar boleh dicapai dan

24

Page 26: ISU SENSITIVITI KAUM

masalah integrasi kaum dapat diselesaikan jika parti berbaur perkauman itu masih

dikekalkan?

Oleh sebab itu, langkah terbaik ialah memansuhkan parti berasaskan

perkauman dan mewujudkan satu parti tunggal dengan perjuangan 1Malaysia.

Persoalannya mampukah ia dicapai secara aman? yang pasti ia bukanlah sesuatu

yang mudah untuk dicapai. Jika tidak, parti Barisan Nasional yang tidak pernah gagal

memerintah negara sudah melakukannya sejak negara merdeka 52 tahun lalu. Ini

kerana masyarakat Malaysia sudah terpisah dengan jurang perbezaan kaum yang

sangat nyata. Apa yang boleh dilakukan adalah melalui perjuangan ideologi bagi

mengaburi perjuangan yang berorientasikan kaum seperti bangsa Malaysia,

Wawasan 2020 dan 1Malaysia.

Namun, itu bukanlah halangan untuk kita merealisasikan ideologi perjuangan

kaum menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Atas semangat perpaduan dan

persaudaraan yang tinggi untuk membina satu wajah bangsa Malaysia sebenar,

perbezaan itu boleh menjadi persamaan yang mengikat kita menjadi lebih

bersaudara.

25

Page 27: ISU SENSITIVITI KAUM

RUJUKAN

1. Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

2. Buku modul pengajaran Hubungan Etnik di Malaysia, diatur huruf oleh :

Paimah Antom, Kassim Thukiman & Hamidah Abdul Rahman;Fakulti

Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), Universiti

Teknologi Malaysia.

3. Internet :

i. www.facebook.com

ii. www.utusanmalaysia.com

iii. www.beritaharian.com

iv. www.google.com

v. http://forum.cari.com.my/viewthread.php?

tid=463173&extra=&ordertype=2

vi. http://www.projectmalaysia.org/articles/sistem-pendidikan-di-malaysia-

punca-masalah-perkauman.html

26

Page 28: ISU SENSITIVITI KAUM

LAMPIRAN

Peristiwa 13 mei 1969 .

27

Page 29: ISU SENSITIVITI KAUM

28

Page 30: ISU SENSITIVITI KAUM

Hindraf.

29