adat kaum india

Upload: nabihah-kamaludin

Post on 10-Jul-2015

869 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Adat Kaum IndiaDi Malaysia terdapat 3 kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India. Antara ketiga-tiga kaum ini kaum India merupakan kumpulan etnik terkecil yang mana hanya merangkumi 10 % populasi. Kebanyakan mereka dating dari selatan India yang berbahasakan Tamil. Mereka dating ke sini hanya untuk mecari kehidupan yang lebih baik dan dapat keluar dari kasta yang diamalkan di Negara mereka. Kebanyakan kaum India yang beragama Hindu membawa budaya mereka yang unik dating ke sini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat india mempunyai persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelhiran dan erkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Dalam masyarakat India, adat hormat-menghormati antara satu sama lain amat dititik beratkan. Bagi mereka dengan cara ini sahaja, mereka boleh mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Bagi kaum India, mereka menyapa dengan sebutan vanakan yang bermaksud salam sejahtera. Selain itu, mereka juga sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, pekerjaanan dan lain-lain lagi. Perkahwinan

Menuju ke alam perkahwinan merupakan impian setiap wanita dan lelaki. Akan tetapi,bagi kaum India untuk melangkah ke alam perkahwinan mereka perlu melalui beberapa proses agar perkahwinan tersebut kekal selamanya. Bagi kaum India, suami adalah Tuhan bagi isterinya. Oleh itu, proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama ataupun sami yang membantu setiap pasangan membuat tilikan masa betuah serta reaksi pasangan berkahwin. Dalam kepercayaan kaum India, masa amatlah berharga kerana ketetapan masa boleh mengelakkan berlakunya malapetaka oleh nasib buruk. Sewaktu Mengandung

antara adat yang diamalkan oleh kaum India semasa hamil

Adat Valaikappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia 7-9 bulan. Terdapat banyak upacara-upacara yang dilakukan melalui adat ini antaranya wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai suulkaapu. Gelang ini bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.Pada

hari upacara tersebut, hadiah kepada wanita hamil yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Setelah itu, upacara memandikan wanita hamil diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut akan didudukkan di dalam bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunag-bungaan. Sesudah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oelh ibubapanya dan didudukkan di ruang tamu. Bagi memulakan upacara, lampu minyak kuttu villaku dinyalakan sebagai tanda memohon restu Tuhan.

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanac Hindu. Bintang bayi ini akan menetukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Kelahiran seorang bayi adalah acara penting dalam keluarga dan masyarakat. Semua sanak saudara akan dimaklumkan apabila lahirnya seorang bayi. Bagu kaum India, selama 16 hari selepas lahirnya seorang bayi keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama kerana pada hari ke16 upacara penting akan diadakan secara besar-besaran sempena menamakan anak mereka.

Nama anak seorang anak boleh didapati dari almanac Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Untuk mencari nama bertuah. Ibubapa haruslah bertanyakan kepada ketua agama mengikut aksara bintangnya. Secara tradisinya ketika upacara menamakan bayi tersebut, bayi itu akan dipangku oleh orang tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Pada hari ke 30, bayi itu akan dibawa ke kuil dan upacara akan dimulakan dengan doa selamat.

Menanam dan memotong tali pusat memang menjadi perkara wajib bagi setiap Negara. Tetapi yang uniknya tentang kaun India, mereka menanam tapi pusat bersama-sama uri dan tembuni bersama duit tembaga, serbuk kunyit,garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. Selepas kelahiran.

Mengikut adat India, bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Selain itu, setitik

minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam system penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke dalam rumah,upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan baja atau sebarang malapetaka daripada berlaku.

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar 3 kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Setelah itu, para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati di buang.

Dalam masyarakat India, selepas melahirkan ibu dan bayi akan diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga dengan bersih. Mengikut adat India, jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama 2 minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat kelahiran. Lain pula bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin.Manakala bayi pula akan dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang berpengalaman.

Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini juga dikenali sebagai taalattu yang bermaksud penggoyangan lidah. Upacara ini dimulakan dengan ucapan aaraaro,aariraro ataupun cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna.

Upacara pemberiaan nama dilakukan sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari. Upacara ini dikendalikan oleh ahli keluraganya yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanac dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Kebiasaanya nama-nama sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu dipilih bagi bayi-bayi tersebut kerana nama yang dipilih itu akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

Bagi kaum India, sari merupakan pakaian tradisional yang paling popular sejak kemunculan dan diperkenalkan Sari yang mempunyai sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

HinduismeAgama Hindu ialah agama yang utama dan tertua di dunia. Ia bermula di India lebih kurang 3000 tahun dahulu. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, iaitu tempat permulaan tamadun di Lembah Sungai Indus. Agama ini merupakan campuran kebudayaan dan kepercayaan orang Aryan dan orang Dravidia. Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan peranan utama dalam perkembangan agama Hindu. Agama Hindu berkembang daripada falsafah orang India (Thirukkural) oleh 'Thiruvalluvar'dimana ia menceritakan cara-cara untuk menjaga disiplin diri dan hidup bahagia dalam khalayak ramai serta bagaimana seseorang itu harus mengawal diri dalam sesuatu perkara dan bagaimana tindakkannya dalam sesuatu perkara. Oleh itu, Hinduisme lebih berbentuk cara kehidupan daripada agama. Agama Hindu tidak mempunyai pengasas dan tidak mempunyai sebuah kitab suci. Walau bagaimanapun, sesetengah penganut Hindu menganggap Bhagavadgita dan Thirukkural sebagai kitab suci. Ia mengandungi nyanyian-nyanyian dewata (Bhajans) dan mengajar tentang caracara kebahagiaan dan ketinggian hidup manusia. Pengajar agama Hindu dikenali sebagai Nyanmar dan Alwar(Terdapat 60 orang lebih dalam warisan tersebut yang memperkembangkan kepercayaan dan agama ini) . Orang Hindu percaya kepada jelmaan tuhan. Oleh itu, mereka menyembah kepada ramai dewa dan juga dewi. Pada mulanya mereka menyembah kepada dewa Agni (Dewa Api), Surya (Dewa Matahari) dan Indra (Dewa Peperangan). Lama-kelamaan, mereka menyembah 3 orang dewa jelmaan yang digelar Trimurti (3 jelmaan) yang mempunyai peranan tertentu iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Berdasarkan kepercayaan tuhan tersebut telah wujud 2 mazhab yang terpenting dalam agama Hindu iaitu Mazhab Saivisme dan Mazhab Vaishnavisme. Orang Hindu juga percaya kepada Hukum Karma, kelahiran semula selepas mati : Orang India percaya bahawa roh seseorang tidak akan mati bersama-sama jasadnya tetapi masuk ke dalam jasad yang lain dan dilahirkan semula untuk memulakan kehidupan yang baru. a. Jenis kehidupan ini ditentukan oleh Hukum Karma. b. Karma dalam Bahasa Sanskrit bererti tindakan dan hasil-hasilnya. Oleh itu, karma ialah tingkah laku seseorang pada masa hidupnya dan menerima hasil pada hidup akan datang mengikut sama ada karmanya baik atau buruk. c. Jika seseorang itu membuat kebaikan dan menyembah tuhan, ia akan dilahirkan kembali ke dalam keluarga yang lebih berada untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. d. Jika seseorang itu terus berkelakuan baik, ia akan terus meningkatkan tarafnya

sehingga ia tidak boleh dan tidak perlu dilahirkan semula. e. Rohnya akan mencapai Moksha atau Nirvana. f. Ini bermakna rohnya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir semula ke dunia.

Masyarakat India- HinduLawatan dan Kunjungan Dalam masyarakat India yang beragama Hindu, membuat kunjungan selok eloknya dilakukan pada yang sesuai. Misalnya jika membuat kunjungan bagi kali pertama dalam masa Tahun Baru Tamil (Tamil Puthandu) atau mengunjungi rumah orang yang baru berpindah, kunjungan pada hari Ahad atau Selasa atau Khamis adalah dilarang kerana hari itu dianggap kurang baik. Semasa memberi salam kaum India mengamalkan berbagai caranya tetapi cara yang biasa ialah merapatkan kedua tapak tangan dan mengangkatnya sehingga ke dada. Perbuatan itu sambil mengucapkan kata kata seperti Vanakkam ( Tamil ), Namaste ( Hindi ) dan Sastrigal ( Sokh )Tambahan pula,ucapan seperti Namaskaram,Namaskar,Vanthanam turut digunakan dalam bahasa yang berlainan seperti kannada,telugu dan sebagainya. Selain itu disertakan juga pertanyaan mengenai kesihatan atau keadaan keluarga, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Sebelum masuk ke dalam rumah, kasut hendaklah dibuka dan ditinggalkan di luar pintu. Jika tuan rumah menghidangkan minuman atau kuih muih adalah kurang manis bagi pelawat menolaknya tanpa sebab munasabah. Ia hendaklah sekurang kurangnya menjamah sedikit. Apabila benda diberi atau diterima, pemberi atau penerima hendaklah menggunakan tangan kanan. Saya pergi hendaklah dielakkan kerana ertinya seolah olah pelawat itu tidak ingin datang lagi ke rumah itu. Yang baiknya pelawat mengatakan saya akan datang lagi waktu meninggalkan rumah itu. Biasanya tuan rumah mengiringi pelawat sampai keluar halaman rumah dan mengucapkan selamat jalan dan datang lagi sambil merapatkan kedua belah tangan dan mengangkatnya ke dada. Kelahiran Setelah bayi dilahirkan si bapa akan memberitahu saudara mara dan sahabat handai tentang kelahiran tersebuut secara lisan atau melalui surat. Selama 16 hari semenjak bayi dilahirkan keluarga itu dianggap tidak suci. Suatu upacara diadakan pada hari yang ke 16 (Pathinaaru) untuk merasmikan penamaan anak itu. Pada hari itu rumah dan buaian dihias dan satu kenduri khas diadakan untuk para jemputan.

Nama yang akan diberikan kepada bayi itu biasanya dipilih dengan teliti setelah dirujuk kepada takwim Hindu dan menentukan bintang hari kelahirannya (Jenma Nakshathiram,Jenma Laknam,Jenma Raasi).Elemen ini akan dikaji dengan menggunakan masa kelahiran.hari kelahiran serta tarikh kelahiran) Nama yang diberikan kepada bayi itu bermula dengan huruf yang bersesuaian dengan bintang tersebut. Waktu memberi nama bayi akan dipangku oleh orang tua tua bergilir gilir dengan iringan lagu lagu yang dinyanyikan oleh kaum wanita. Saudara mara yang datang biasanya menghadiahkan gelang tangan dan gelang kaki. Pada suatu hari yang sesuai ( misalnya hari yang ke 30 ) bayi itu akan dibawa ke kuil di mana satu majlis kesyukuran diadakan. Perkahwinan (Thirumanam /Kalyanam) Sehari sebelum hari perkahwnan 'Muhurtha kaal' (Pokok mangga /kayu yang disapu kunyit dan diletak kum kum serta diikat dengan daun mangga,tharpai pul dengan menggunakan kain berwarna kuning atau merah, akan ditanamkan menandakan suatu upacara yang baik akan diadakan di rumah tersebut. Bagi kaum India, perkahwinan juga merupakan peristiwa yang penting.Ianya boleh berlangsung tanpa mengadakan jamuan mewah dan sebagainya tetapi,perkahwinan tidak akan sempurna tanpa benang kunyit (Thaali) dimana ianya sebagai simbol penyatuan pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Thaali akan diikat dileher pengantin perempuan sebagai tanda pengantin tersebut telah menjadi isteri yang sah kepadanya dan mereka boleh melahirkan zuriat secara halal. Selepas upacara kemuncak tersebut,mereka akan meminta restu dari kedua-dua ibubapa mereka dan juga Tuhan yang menjadi saksi bagi perkahwinan mereka. Ini merupakan hari yang amat penting dalam kehidupan seorang yang beragama Hindu dimana mereka akan mengenakan warna yang menandakan keceriaan dan terang (Mangalakaramaana niram) dimana,pengantin lelaki akan mengenakan dhoti dan jippa yang diperbuat daripada sutera dan berwarna puthi keemasan (Paddhu veashti).Disamping itu,pengantin perempuan kebiasaanya memakai sari sutera (Paddhu saaree) yang berwarna Merah,Santhanam (Warna Cendana),Kuning. Warna lain seperti Hijau dianggap akan membawa kepada kepahitan hidup,Biru(Kehidupan akan membawa kesedihan),Putih(Dilarang dipakai oleh seorang gadis yang belum berkahwin,bersuami,pada hari perkahwinan) Putih dianggap sebagai warna yang suci dan hanya orang yang telah habiskan kehidupan duniawi harus memakainya,jadi tidak dibenarkan bagi pasangan yang baru hendak memulakan perjalanan kehidupan mereka. Wanita berkahwin dianggap sebagai 'Sumangali'. Selepas acara kemuncak tersebut,majlis akan dimeriahkan lagi dengan mengadakan upacara pemakaian 'Minju' (Cincin kaki) sambil melihat bintang arunthati,iyer akan bertanya kepada pengantin lelaki : Adakah awak nampak bintang arunthathi? dan pengantin lelaki harus menjawab ya,saya

nampak.Menandakan dia sanggup memberi penghormatan yang setimpal dengan pasangannya dengan meminta Bintang Arunthathi sebagai saksi (Bintang arunthathi mempunyai suatu kisah dimana ianya ialah insan biasa dan isteri yang taat kepada suami dan telah menjadi idola kepada semua pengantin yang beragam Hindu dan wajib melihatnya supaya dapat hidup seperti bintang tersebut. Segala istiadat yang dilakukan dipercayai bertujuan menjamin kesejahteraan kedua pengantin dan keluarga mereka. Upacara perkahwinan dikatakan mendominasikan kehidupan sosial masyarakat Hindu dan memainkanperanan penting dalam agamanya. Ini adalah kerana masyarakat Hindu menganggap perkahwinan sebagai upacara keagamaan yang menghubungkan sistem keagamaan dengan struktur dan ekonomi masyarakat. Upacara perkahwinan dianggap sebagai satu upacara yang agak meriah dan menelan belanja yang banyak serta merupakan tempat penemuan mereka dari kasta yang sama dan juga mereka yang kasta berlainan. Upacara perkahwinan iniadalah satu upacara yang sangat penting dalam masyarakat hindu, di mana menurut beliau , ibu bapanya sanggup berhutang untuk menjalankan perkahwinan agar meriah. Perkahwinan dikatakan meninggikan status seseorang lelaki. Mereka haruslah menghasilkan zuriat kerana jika tidak seorang lelaki itu akan dipandang rendah oleh masyarakat. Jika seseorang wanita gagal melahirkan zuriat maka lelaki bolehlah berkahwin lagi. Status wanita pula dikatakan selalunya rendah daripada lelaki, maka wanita haruslah dilindungi oleh lelaki dan tanggungjawab wanita adalah untuk melahirkan anak dan memuaskan nafsu lelaki ( Srinivas, 1970 : 47 ). Bagi seseorang wanita perkahwinan pada kali kedua adalah dilarang sama sekali. Pada zaman dahulu wanita wanita yang kematian suaminya akan dibakar bersama suaminya. Keadaan ini sedemikian biasanya wujud di kalangan mereka yang dari kelas atasan atau raja. Walaupun perkahwinan semula wanita yang kehilangan suami ini dilarang dalam amalan masyarakat Hindu dari kelas atasan namun kini didapati kebanyakan ahli kasta ini membenarkannya. Perkahwinan kedua bagi seseorang wanita biasanya diadakan secara sederhana sahaja manakala seseorang lelaki boleh memilih sama ada perkahwinan itu perlu sederhana atau sebaliknya. Mencari Jodoh Biasanya apabila sesebuah keluarga mempunyai anak lelaki atau perempuan yang sudah dewasa untuk mendirikan rumah tangga, maka ibu bapa akan mula mencari jodoh. Bagi seseorang lelaki, apabila menjangkau usia 25 tahun, dia dianggap sudah boleh mendirikan rumah tangga. Manakala bagi seseorang perempuan pula umur 21 tahun ke atas sudah layak berkahwin. Dari kajian penulis sendiri di dapati purata umur ( 3 Kajian telah dilakukan ) pengantin perempuan berumur lebih daripada 23 tahun manakala pengantin lelaki pula lebih daripada 28 tahun. Dalam mencari jodoh ini ibu bapa yang mempunyai anak yang boleh dikahwinkan biasanya mendapat pertolongan orang tengah atau broker perkahwinan untuk

mendapatkan jodoh yang sesuai bagi anak mereka. Ada juga di antara mereka yang mendapatkan pertolongan saudara mara dalam usaha mencari jodoh ini. Mereka juga akan memberitahu syarat syarat atau kriteria kriteria yang harus ada pada bakal menantu mereka. Misalnya dari segi pelajaranm, paras rupa yang cantik, latar belakang atau keadaan kewangan yangstabil dan sebagainya. Biasanya pihak lelaki yang lebih cenderung mencari jodoh bagi anak mereka berbanding dengan pihak perempuan. Pemilihan jodoh ini adalah biasanya diatas kesukaan ibu bapa dan adakalanya adalah pilihan anak mereka. Selain daripada itu, mereka juga cuba mencari pasangan dari kasta yang sama. Menurut seorang informan, jika berkahwin dengan kasta yang berlainan ianya boleh menjejaskan amalan keluarga. Masyarakat Hindu menggalakkkan perkahwinan di kalangan saudara mara untuk menjaminkan kedua pasangan adalah dari kasta yang sama. Perkara ini biasanya boleh dilihat dalam proses mencari jodoh bagi mereka dari kasta yang tinggi seperti Brahmin. Dalam prosedur pemilihan yang melibatkan broker pula apabila broker dapat mencari jodoh yang dianggap sesuai, maka proses merisik akan dilakukan. Ibu bapa pihak lelaki ini akan cuba merisik tentang jodoh yang dipilih. Misalnya rupa paras, pendidikan dan umur. Latar belakang keluarga dan juga kedudukan kewangan keluarga gadis ini. Mereka berbuat demikian untuk memastikan gadis ini adalah sepadan dengan anak lelaki mereka dalam setiap aspek. Jika tidak, biasanya jodoh ini ditolak atau dikenakan bayaran mas kahwin yang sewajarnya. Melihat Gadis sebelum pihak lelaki datang untuk melihat gadis, keluarga gadis akan diberitahu terlebih dahulu oleh broker di mana proses ini akan diteruskan apabila pihak gadis setuju dengan pilihan broker ini. Rombongan pihak lelaki akan ke rumah gadis pada satu hari yang dianggap sesuai oleh kedua dua pihak. Biasanya ahli ahli kluarga yang terdekat sahaja yang akan mengikuti rombongan pihak lelaki ini dan lazimnya mereka tidak akan membawa sebarang buah tangan bersama mereka kerana ianya cuma sebagai lawatan biasa sahaja. Apabila sampai di rumah, keluarga pihak lelaki akan dijemput masuk oleh kedua ibu bapa atau keluarga gadis terseut. Gadis yang dipilih akan dihidangkan minuman di mana dengan berbuat demikian pihak lelaki secara tidak langsung akan berpeluang melihat gadis itu. Jika mereka suka dengan gadis itu, maka hasrat mereka akan dinyatakan. Kalau tidak berkenan mereka biasanya akan menghantar orang ketiga atau broker untuk menyatakan ketidakinginan mereka dengan cara yang sebaik mungkin agar tidak menyinggung perasaan pihak perempuan. Setelah pihak lelaki bersetuju dengan pilihan, maka proses penilikan akan dilakukan. Menilik (Jodi Porutham) Proses menilik ini akan dilakukan secepat mungkin mengikut kehendak kedua pihak selepas pihak lelaki bersetuju dengan jodoh yang dipilih. Biasanya ibu bapa yang akan pergi menilik. Tilikan ini dilakukan oleh sami di kuil ( iyer ) atau tukang tilik ( johsier ). Dalam penilikan ini, surat penilikan kedua dua bakal pengantin akan dilihat. Surat tilikan ini adalah surat yang mengandungi segala maklumat tentang seseorang itu, biasanya ditulis oleh sami di kuil berdasarkan waktu kelahiran seseorang itu.

Ianya akan memberikan unjuran tentang kehidupan seseorang itu, malah nama seseorang juga dipilih bersasarkan tilikan ini. Surat ini akan dibawa kepda tukang tilik setiap kali berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan seseorang seperti waktu kematangan, perkahwinan dan sebagainya. Jika serasi maka jodoh ini dianggap sepadan. Setelah proses menilik ini dijalankan dan di dapati pasangan ini adalah secocok maka kedua piahk ini akan menentukan tarikh perkahwinan. Suatu upacara khas akan diadakan bagi tujuan ini. Penentuan Hari Pertunangan dan Perkahwinan (Nichaya Thaartha Muhurtham / Kalyana Muhurtham) Upacara ini biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan bersandarkan suatu tarikh yang ditentukan oleh (sami atau pandithar) mengikut tilikan beliau mengikut panjaangam (Lima elemen). Ianya diadakan secara kecil kecilan sahaja di mana para tetamu terdiri daripada ahli keluarga yang terdekat, sami serta kawan kawan rapat sahaja. Keluarga si gadis akan memasak bagi upacara ini memandangkan tidak ramai yang dijemput bagi upacara ini. Pihak lelaki akan membawa bersama mereka hantaran bagi pengantin perempuan dalam talam talam yang berisi dengan barangan seperti kum kum, cendana, kelapa, sirih pinang dan buah buahan misalnya oren, epal, pisang dan buah anggur. Setibanya rombongan pihak lelaki ini, mereka akan disambut oleh ahli keluarga pihak perempuan dan dijemput di atas tikar tikar yang sedia ada di ruang tamu bagi para tetamu. Semua yang hadir bagi upacara ini akan duduk di atas lantai. Pihak lelaki akan meletakkan talam talam yang dibawa ini ditengah tengah ruang tamu ini dan biasanya mereka yang datang akan duduk disekelilingnya. Kemudian sami akan menjemput wakil dari kedua dua pihak ( biasanya bapa kedua bakal pengantin ) dan wakil pihak lelaki akan menyerahkan talam talam yang dibawa oleh pihak lelaki kepada wakil pihak perempuan. Penyerahan talam talam oleh pihak lelaki dan penerimaannya oleh pihak perempuan menunjukkan bahawa jodoh telah diterima oleh kedua dua pihak. Setelah itu, kedua dua pihak akan berbincang tentang penentuan tarikh perkahwinan. Ini dilakukan berdasarkan kepad atarikh yang dianggap baik dan biasanya diperolehi daripada penilikan yang dilakukan pada surat tilikan kedua bakal pengantin. Bagi tujuan ini mereka akan mendapatkan bantuan sami yang memberikan tarikh tarikh yang sesuai mengikut tilikan beliau. Selain daripada itu, kedua pihak juga akan membincangkan tentang pembayaran mas kahwin(Varathakshanai) oleh pihak perempuan. Biasanya jumlah permintaan 'varathakshani' adalah jumlah yang mampu dibayar oleh pihak perempuan namun terdapat juga di antara mereka yang meminta jumlah yang tinggi menyebabkan sesuatu perkahwinan ini ditangguhkan ataupun menyebabkan pihak perempuan terpaksa meminjam wang bagi melangsungkan perkahwinan mereka. Pembayaran ini adalah kerana si gadis ini adalah dari kasta yang lebih rendah daripada pembayaran mas kahwin, kedua dua pihak juga akan membincangkan jumlah emas serta hantaran ( dalam bentuk barangan keperluan dan set bilik tidur ) yang sanggup diberi oleh bakal pengantin perempuan. Apabila semua syarat ini dipersetujui, maka mereka menentukan tarikh pertunangan dan perkahwinan. Upacara menentukan tarikh perkahwinan ini diakhiri dengan satu jamuan bagi para tetamu di mana masakan ini akan di sediakan oleh pihak perempuan.

Pertunangan (Nichaya Thaartham) Upacara pertunangan ini diadakan di rumah pengantin perempuan dan dalam upacara ini juga hanya saudara masa dan kawan kawan rapat sahaja dijemput. Pihak perempuan sekali lagi bertanggungjawab menyediakan makanan bagi para jemputan dan biasanya bagi upacara ini juga pihak perempuan akan memasak di rumah mereka sendiri. Upacara pertunangan biasanya diadakan beberapa bulan sebelum perkahwinan. Dalam ketiga tiga upacara yang dikaji, upacara pertunangan ini telah diadakan dua bulan sebelum perkahwinan, bagi upacara ini pihak lelaki akan membawa talam talam berisi sari pertunangan, sirih, pinang, kelapa, cendana, kum kum, barangan kemas, bunga melur, alat solek, pisang, gula batu dan kalung bunga untuk diberikan kepada pengantin perempuan. Jumlah barangan kemas ( jumlah ini bergantung kepada apa yang dijanjikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan dalam upacara menentukan tarikh perkahwinan seta kemampuan pihak lelaki ini ). Barangan ini dibawa dalam talam yang biasanya dalam angka ganjil seperti tujuh, sembilan atau sebelas. Angka ganjil dianggap bertuah dalam masyarakat Hindu dan menandakan amalan yang baik. Kematian Mengikut adat orang Hindu, saudara mara si mati apabila datang menziarahi bolehlah membawa kain putih yang baru. Sahabat handai boleh membawa kalungan bunga. Waktu hendak pulang atau meninggalkan rumah si mati, pelawat tidak dibenarkan mengucapkan selamat tinggal kepada sesiapa pun yang ada di dalam rumah itu. Semasa mayat masih ada, kerja memasak dilarang di rumah itu. Kaum wanita tidak dibenarkan mengiringi mayat ke tempat membakar mayat. Sebelum kereta keranda bertolak dari rumah, wanita dari kaum keluarga mengelilingi kereta itu tiga kali. Setelah kereta itu ditolak, rumah dicuci dan semua orang di rumah mestilah dimandikan. Sebuah pelita dinyalakan sehingga selesai istiadat yang diadakan pada hari yang ketiga puluh satu. Mengikut kepercayaan orang Hindu, mayat orang dewasa dibakar untuk dilepaskan rohnya dari badan. Tetapi mayat ibu yang mengandung dan juga kanak kanak hendaklah dikebumikan. Pembakaran atau pengebumian dilangsungkan dalam tempoh 24 jam selepas kematian berlaku. Sebelum upacara pembakaran dilangsung, biasanya saudara mara dan sahabat handai dipersilakan menawar beras ke mulut si mati. Isteri yang kematian suami diberikan pakaian putih menandakan dia sudah menghabiskan kehidupan dan telah bebas dari kehidupan sebagai pasangan suami isteri di dunia ini.Dia juga akan dipadamkan kum kum dari dahi menandakan tiada lagi tanda suci (Amangali) dan dipecahkan gelang tangan serta

tidak dibenarkan melihat cermin dan tidak boleh menghias diri. Kesemua cermin dan gambar dewa-dewi ditutup sebagai tanda berkabung dan dipercayai bahawa roh simati akan berada dirumah itu sehingga ke hari terakhir iaitu 31 selepas kematiannya dan supaya tidak ada gangguan aura Tuhan yang menghalang kemasukkan roh dan semangat ke sesebuah rumah tersebut.Selepas berkabung selama 31 hari,ahli-ahli keluarga akan membuka tirai Altar (Pooja Medhai/Pooja Arai/Saamy Medhai) dan bersihkan rumah,merenjis air kunyit bagi membuang sial dan nasib tak baik sambil menjemput kedatangan 'Mahalakshmi' (Dewi yang boleh memberikan keceriaan dan khabar baik) bagi memulakan bulan dan hari yang baik. Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasangdinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniirudisapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari

bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu. Upacara Menanggalkan Thaali Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah. Upacara Vaaikkarisi Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan

mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan. Kollic Catti Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahanbahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri http://malaysiana.pnm.my/01/01030301ind_kematian.htm Pengebumian Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ. Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawakollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu

akan dicurahkan pada lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah. http://malaysiana.pnm.my/01/01030302ind_kebumi.htm

Selepas Kematian Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan. Membersihkan Rumah Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk melakukan upacara kollic catti. Pembawa kollic cattihendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic catti. Mengumpul Abu Mayat Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Susu terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut. Berkabung Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya sesebuah kematian. Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari selepas kematian. sekiranya

mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu. Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaatiiaitu hari bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batubata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan upah berbentuk wang ringgit, sayursayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah upacara karumaat