perayaan kaum melayu

31
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA 43000 KAJANG,SELANGOR PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010 SEJARAH(21/2) KERJA KURSUS NAMA PENUH : SHEIKH AMIR USMAN BIN SALIM @ SEIKH SALIM TINGKATAN : 3 AMANAH NO K/P : 950410-01-5205

Upload: sheikh-amir-usman

Post on 02-Jul-2015

11.427 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

harap membantu..

TRANSCRIPT

Page 1: PERAYAAN KAUM MELAYU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

KAJANG UTAMA

43000 KAJANG,SELANGOR

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010

SEJARAH(21/2)

KERJA KURSUS

NAMA PENUH : SHEIKH AMIR USMAN BIN SALIM @ SEIKH SALIM

TINGKATAN : 3 AMANAH

NO K/P : 950410-01-5205

TAJUK :PERAYAAN TRADISI KAUM MELAYU DI MALAYSIA

NAMA GURU SEJARAH: YM Pn RAJA ZAMALINA BT RAJA ABD

RAHMAN

Page 2: PERAYAAN KAUM MELAYU

ELEMEN

1(MENGUMPUL FAKTA SEJARAH)

Page 3: PERAYAAN KAUM MELAYU

1-BUKU ILMIAH:-

Nama pengarang: Zainal Jaslan

Tahun terbit : 2006

Tajuk buku : HARI-HARI PERAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA

Tempat terbit : Kuala Lumpur

Penerbit : Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia(KeKKWa)

Page 4: PERAYAAN KAUM MELAYU

2-AKHBAR

Nama akhbar : Berita Harian

Tarikh : 17 Oktobor,2007

Halaman : 17

Page 5: PERAYAAN KAUM MELAYU

3-ORANG SUMBER:-

Nama : Zaiton binti Ismail

Umur : 51 tahun

Alamat: No.18,Jalan 3/13C,Taman Kajang Utama,43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.

Page 6: PERAYAAN KAUM MELAYU

4-INTERNET:-

Alamat laman web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri

Hari Raya AidilfitriDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintarHari Raya Aidilfitri

Nama rasmiHari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa, Bahasa Arab: عيد الفطر 'Ayd al-Fiṭr

Juga dinamakan

Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayramı (Turki)

Diraikan olehUmat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di negara Muslim

Jenis Perayaan agama

KeutamaanMenandakan berakhirnya bulan Ramadhan, bulan puasa

Tarikh 1 SyawalTarikh 2009 21 SeptemberTarikh 2010 10 SeptemberTarikh 2011 31 Ogos

PerayaanMenghias, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, memasang lampu pelita, balik kampung

Amalan SolatBerkaitan dengan

Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam lain, yang disambut 70 hari kemudian

Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: الفطر عيد ; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Page 7: PERAYAAN KAUM MELAYU

[sunting] Zakat fitrah dan takbir

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

[sunting] Simbol

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

[sunting] Persiapan

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

[sunting] Amalan lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung

Page 8: PERAYAAN KAUM MELAYU

ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[1]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [2], dan juga riwayat dari Umar ( عنه الله :menyebutkan bahawa (رضى

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [3]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Page 9: PERAYAAN KAUM MELAYU

ELEMEN

2(MENULIS HASIL KAJIAN)

Page 10: PERAYAAN KAUM MELAYU

TAJUK

PERAYAAN TRADISI

KAUM MELAYU

DI MALAYSIA

(HARI RAYA AIDIL FITRI)

1

SENARAI KANDUNGAN

Page 11: PERAYAAN KAUM MELAYU

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

TAJUK 1

PENGHARGAAN 3

OBJEKTIF KAJIAN 4

KAEDAH KAJIAN 5

HASIL KAJIAN 6-8

A)Perayaan Tradisi 6

B)Latar Belakang 6

c)Persiapan Sambutan Perayaan 7

D)Kesan Perayaan 8

RUMUSAN 9

LAMPIRAN 10-13

RUJUKAN 14

2

PENGHARGAAN

Page 12: PERAYAAN KAUM MELAYU

Saya Sheikh Amir Usman bin Salim@Seikh Salim,mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama,Puan Hidayah binti Mokhtar , yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada guru mata pelajaran sejarah iaitu YM Puan Raja Zamalina binti Raja Abd Rahman yang telah memberi bimbingan dan tujuk ajar hingga kajian ini selesai.Saya juga terhutang budi kepada ibu saya Zaiton binti Ismail yang telah memberi saya dorongan dan semangat untuk menjalankan kajian ini.Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang sumber yang sudi memberi pandangan mereka.Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya dalam menjalankan kajian ini.

3

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian saya adalah seperti berikut:

Page 13: PERAYAAN KAUM MELAYU

a)Meningkatkan semangat patriotik cinta akan negara agar dapat mempertahankan kedaulatan negara.

b) Menguasai kemahiran untuk mencari,menganalisis,menilai dan memilih fakta yang berkaitan dengan perayaan yang terbukti kesahihannya.

c)Mengetahui dengan lebih mendalam tentang perayaan tradidsi yang ada di Malaysia.

d)Mengenal pasti warisan perayaan tradisi kaum di Malaysia dengan lebih jelas.

e) Memupuk perasan bangga terhadap keistimewaan perayaan yang terdapat di Malaysia.

4

KEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan kaedah kajian seperti berikut dalam menjalankan kajian ini:

Page 14: PERAYAAN KAUM MELAYU

1)Temu bual-

Saya telah menemu bual orang sumber untuk mendapatkan pendapat meraka tentang Perayan Tradisi Kaum di Malaysia.Saya telah menemu bual ibu saya Zaiton binti Ismail untuk mendapatkan maklumat tentang kajian ini.

2)Kaedah Pemerhatian -

Saya telah memerhatikan dan mengkaji tentang Perayan Tradisi Kaum di Malaysia dengan menggunakan cara yang betul dan berkesan.Kaedah ini adalah bertujuan untuk melatih kemahiran pelajar itu memerhati apa yang perlu diperhatikan.

3)Kaedah Analisis Dokumen-

Saya telah menganalisis sumber pertama dan kedua kemudian memilih maklumat yang terbukti kebenarannya.Sesuatu fakta itu perlulah dianalisis bagi menentukan kesahihannya dan untuk mempelbagaikan fakta yang di perolehi untuk menyiapkan kerja kursus ini.

4)Kaedah Penyelidikan Perpustakaan-

Saya telah membuat penyelidikan terhadap bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan dan menggunakannya sebagai rujukan kajian saya.

5

HASIL KAJIAN

1)PERAYAAN TRADISI:-

Page 15: PERAYAAN KAUM MELAYU

Kaum melayu di Malaysia mempunyai dua perayaan besar yang disambut setiap tahun.Salah satu daripadanya ialah Hari Raya Aidil Fitri.Maksud Hari Raya Aidil Fitri adalah hari mengembalikan kesucian manusia.Perayaan ini juga mempunyai pelbagai nama lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran.Perayaan ini disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia tidak mengira bangsa dan negara.Perayaan ini disambut pada setiap 1 Syawal mengikut kelendar Hijrah.Tempoh masa perayaan ini disambut adalah genap 30 hari sepanjang bulan Syawal.Tujuan perayaan ini disambut adalah untuk meraikan kejayaan seluruh umat Islam menahan dari makan dan minum serta hawa nafsu ketika menunaikan ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.

2)LATAR BELAKANG:-

Perayaan ini mempunyai sejarah dan asal usul yang menarik. Perayaan ini bermula apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah dan disambut oleh penduduk disana bersempena perayaan yang diwarisi oleh nenek-moyang mereka.Kemudian,baginda memberitahu penduduk Madinah bahawa Islam menukar perayaan itu kepada sesustu yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Aidilfitri.Upacara khusus yang di lakukan dalam perayaan ini adalah seperti bertakbir ,menunaikan solat Hari Raya di masjid atau surau serta mendengar khutbah Har Raya selepas selesai menunaikan solat Hari Raya.Semasa perayaan ini disambut,terdapat beberapa tempat khusus sambutan dijalankan diantaranya ialah di masjid,surau,rumah saudara,kampung halaman, taman perumahan dan banyak lagi.

6

3)PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN:-

SEBELUM

Beberapa minggu sebelum menyambut Hari Raya telah bermulalah masa untuk membuat persiapan sebelum Hari Raya menjelma.Pada waktu ini ibu bapa akan membawa anak mereka untuk keluar mebeli barangan sebagai persediaan sebelum Hari Raya.Setiap keluarga akan

Page 16: PERAYAAN KAUM MELAYU

membeli baju raya untuk seisi keluarga tersebut.Selain itu,sebelum menyambut Hari Raya sebilangan keluarga akan melakukan gotong-royong untuk menyediakan juadah untuk menyambut Hari Raya.Contoh aktiviti yang dilakukan semasa gotong-royong adalah membuat kuih muih,menganyam ketupat,membakar lemang,memasak rendang,membuat dodol dan ada juga yang akan membakar sate.Persiapan yang terakhir dilakukan sebelum menyambut Hari Raya selalunya adalah menghias dan mengemas rumah pada waktu malam.

SEMASA

Persiapan yang dilakukan semasa menyambut Hari Raya adalah seperti mandi sunat dan menjamah juadah hari raya sebelum pergi ke masjid atau ke suarau untuk menuanikan solat Hari Raya seterusnya mendengar khutbah Hari Raya.Selepas itu,amalan ziarah-menziarahi dilakukan diantara saudara mara yang terdekat dan seterusnya pergi menziarahi pusara ahli kelurga terdekat yang telah kembali ke rahmatullah dan menghadiahkan mereka denagan bacaan surah Al-Fatihah dan juga surah Yasin.Bagi kanak-kanak pula,sudah menjadi amalan pada setiap hari raya untuk diberikan duit raya dari mereka yang dewasa.Kanak-kanak akan menghargai sambutan Hari Raya dengan mendapat duit raya tersebut.Pada waktu malam pula,langit yang terbentang luas akan menjadi warna-warni dan meriah akibat daripada amalan bermain mercun semasa sambutan perayaan.

SELEPAS

Selepas selesai menyambut Hari Raya dengan penuh gembira akhirnya tiba lah masa untuk melakukan persiapan selepas menyambut perayaan ini.Tibalah masa untuk bergotong –royong semula untuk mengemas rumah dan menyusun atur perabot semula.Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman semasa Hari Raya mereka akan pulang ke bandar semula untuk mejalani kehidupan seperti biasa sehingga mereka bertemu dengan satu lagi perayaan yang besar dan disambut sekali lagi dengan penuh meriah ,iaitu Hari Raya Aidiladha.

AMALAN SAMPINGAN

Terdapat pelbagai amalan sampinagn yang boleh dilakukan semasa menyambut perayaan ini.Pada hari pertama di bullan syawal pelbagai amalan boleh dilakukan,antaranya ialah membayar zakat sebelum solat hari raya,memakai pakaian yang terbaik supaya kelihatan bersih dan kemas,mandi sunat,menjamah sedikit makanan dan mengumandangkan takbir raya sehingga terbenam matahari.Selain itu,amalan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal juga digalakkan dan akn diberi ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun.

7

4)KESAN PERAYAAN:-

KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.Hubungan kasih sayang antara keluarga akan melahirkan sebuah intitusi kekeluargaan

Page 17: PERAYAAN KAUM MELAYU

yang lebih kukuh.Selepas anak-anak bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik akan timbullah rasa kasih mengasihani antara satu sama lain.Semasa hari raya biasanya saudara-mara akan pulang untuk menyambut hari perayaan ini bersama sama .Perasaan gembira dan bahagia akan tersemat di dalam diri masing-masing.

PERPADUAN

Pada sambutan hari raya,bukan sahaja orang melayu yang menyambutnya malahan kaum lain yang berlainan bangsa dan agama turut memeriahkan hari raya denagn menghadiri jemputan rumah terbuka yang diadakan.Amalan sebegini bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia.Bukan sahaja dilakukan ketika Hari Raya Aidilfitri malahan ianya turut diamalkan ketika perayaan-perayaan kaum lain di negara kita.Oleh itu,tidak hairanlah timbulnya nilai perpaduan antara kaum di dalam kalangan masyrakat yang berbilang kaum.

PERLANCONGAN

Kesan perayaan ini juga turut menyebabkan industri perlancongan di nagara kita meningkat.Hal ini berlaku kerana,pelancong-pelancong asing yang datang untuk melancong di Malaysia ingin melihat bagaimana sambutan sesuatu perayaan itu dijalankan di sesebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.Justeru itu,pekara ini juga menguntungkan negara kerana ianya akan dipromosikan diseluruh dunia dan negara kita akan dikenali di persada antarabangsa.

KEAGAMAAN

Pada sudut agama pula,ianya memberi kesan yang mendalam kepada seseorang umat Islam itu jika ia benar-benar menghayatinya.Ianya akan melahirkan perasaan bangga dalam hati seseorang itu kerana dilahirkan untuk menjadi umat Islam.Selain itu,seseorang itu akan dapat mengamalkan amalan-amalan seperti mana yang dilakukan olehnya ketika dibulan Ramadhan dan Syawal.

8

RUMUSAN

Setelah beberapa minggu saya diberi tempoh untuk menyiapkan kajian ini,akhirnya saya dapat menyiapkannya dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan mengikut panduan yang telah

Page 18: PERAYAAN KAUM MELAYU

ditetepkan.Saya berasa amat bersyukur kerana telah diberikan tugasan untuk menyiapkan kajian ini kerana kajian ini telah banyak menyedarkan saya tentang kegemilangan dan keunikan Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.

Saya mendapati bahawa kajian ini telah banyak menyelitkan pelbagai unsur-unsur patriotik,antaranya ialah menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Perkara ini berlaku apabila seseorng rakyat itu sedar akan keunikan dan keistimewaan negaranya.Pekara ini mendorong kepada lahirnya perasaan bangga dan sedia melakukan apa sahaja untuk menjamin kesejahteraan negara.

Selain itu,kajian ini dapat memberi iktibar kepada seseorang individu yang menghayati dan mehahami tentang kepentingan perayaan tardisi kaum di Malaysia.Jika seseorang itu menghayatinya,pasti ianya akan mendorong dirinya menjadi individu yang berdisiplin dan berakhlak mulia.Dengan adanya gabungan dua sifat ini sudah pasti keamanan dan keharmonian negara akan terjamin.

Dari aspek perpaduan pula,kajian ini telah membuktikan bahawa negara berbilang kaum seperti Malaysia dapat mewujudkan perpaduan dengan adanya sifat toleransi dan semangat kekitaan antara satu sama lain.Perpaduan amatlah dititik beratkan oleh pihak kerajaan yang telah mengadakan pelbagai rancangan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.Contoh perancangan yang telah dijalankan ialah semangat “1MALAYSIA” yang telah disarankan oleh Yang Amat Berhormat perdana menteri Malaysia.

Selain itu,negara yang mempunayi rakyat yang sentiasa berusaha dan produktif juga akan mendapat keuntungannya.Dengan adanya rakyat yang rajin,gigih dan berilmu,sesebuah negara itu mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan dari aspek pembangunan dan kemajuan negara itu.

Oleh itu,saya akan menjadikan semua pengajaran yang dapat saya prolehi sebagai pendorong untuk saya memperbaiki kelemahan pada diri saya dan menanam semangat baru iaitu semangat cinta akan tanah air dan sanggup melakukan apa sahaja untuk keamanan dan kesejahteraan negara.

9

Page 19: PERAYAAN KAUM MELAYU

LAMPIRAN

10

Page 20: PERAYAAN KAUM MELAYU

Peta diatas menunjukkan kedudukan tempat dimana asal usul

Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

11

Page 21: PERAYAAN KAUM MELAYU

Mengacau dodol

Membakar lemang

Gambar diatas menunjukkan persiapan yang dilakukan

sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri

12

Page 22: PERAYAAN KAUM MELAYU

Kad ucapan Hari Raya Aidilfitri yang menjadi simbolik

semasa menyambut perayaan ini

13

Page 23: PERAYAAN KAUM MELAYU

RUJUKAN

1-BUKU ILMIAH: Zainal Jaslan,2006:HARI-HARI RAYA MASYARAKAT

MALAYSIA,Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia(KeKKWa)

2-AKHBAR: Berita Harian,17 oktobor,halaman 5.

3-ORANG SUMBER: Zaiton binti Ismail,51 tahun,No.18,Jalan 3/13C,Taman Kajang Utama,43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.

4-KAEDAH PANDANG DENGAR: Hari Raya Aidilfitri,

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri

14

Page 24: PERAYAAN KAUM MELAYU

ELEMEN

3(MENULIS ESEI)

Page 25: PERAYAAN KAUM MELAYU

SOALAN ESEI

SOALAN:

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek yang tertentu.Antaranya adalah dengan mengadakan anjuran rumah terbuka kepada semua kaum pada satu perayaan tertentu.Dengan itu bolehlah pelbagai kaum yang berbilang bangsa dan agama duduk bersama di bawah satu bumbung.Dengan itu akan lahirlah sebuah masyarakat yang barsatu padu dan berharmoni serta bersemangat kekitaan.

Selain itu, perayaan tradisi dapat mengekalkan perpaduan di negara kita dengan adanya penglibatan pihak media.Mereka perlulah peka dalam menyampaikan maklumat yang membawa masyarakat kepada lebih berganding bahu untuk membangunkan negara.Oleh itu,masyarakat perlulah berusaha dan produktif dalam membangunkan negara agar dapat berdiri setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Disamping itu,masyarakat juga hendaklah memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat.Rakyat mestilah berbangga dengan kepelbagaian dan keistimewaan budaya yang terdapat di negara kita.Dengan adanya sikap sebegitu,akan terpupuklah rasa cinta akan bangsa dan negara.Oleh itu,akan lahirlah sebuah masyarakat yang bersemangat setia akan negara.

Akhir kata,rakyat hendaklah bersyukur dan menghargai pengorbanan tokoh-tokoh negara yang sanggup berkorban demi negara.Rakyat juga hendaklah bersyukur atas keamanan dan keharmonian negara yang disebabkan oleh pucuk pimpinan kerajaan yang cekap dan efektif.Sebagai contoh rakyat hendaklah berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah mewar-warkan konsep 1Malaysia yang sudah membuahkan hasil.