pelita brunei - rabu 10 jun 2015

24
10 FEBRUARI 2015 / EDISI RABU / PERCUMA 10 JUN 2015 / JABATAN PENERANGAN Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn E-mel: [email protected] Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004 23 ''SELURUH warga tentera hendaklah memperkukuhkan semangat cintakan institusi, sambil menjaga imej dan nama baik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.'' - Titah sempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-54 Tahun, pada hari Ahad, 13 Syaaban 1436 Hijrah / 31 Mei 2015 Masihi. PETIKAN TITAH ''WAHAI orang-orang yang beriman! Apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah maka selidikilah (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu terburu-buru mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam : ''Engkau bukan orang yang beriman,'' (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak mendapat harta benda kehidupan dunia kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Nisaa ayat 94. MANISNYA IMAN TAHUN 60 / BILANGAN 69 1436 FILEM Awang Semaun dilancarkan Muka 13 DIDIK anak jadi soleh, berakhlak Muka 4 Ke muka 3 Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Hamzah Mohiddin Kepentingan memelihara alam sekitar MUARA, Isnin, 8 Jun. - Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) akan terus menyebarkan mengenai dengan kepentingan dalam pemeliharaan alam sekitar kepada orang ramai. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menjelaskan perkara tersebut semasa ditemu bual oleh media pada Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia dan 'Green Brunei : Eco Drive' bertempat di Pantai Muara. Menurut Yang Berhormat, pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjaga alam sekitar, iaitu salah satu daripadanya ialah mengitar semula barangan yang sudah digunakan. Tambahnya, Persatuan Green Brunei dan Brunei Environment Youth Envoys (Brunei E.Y.E) sangat aktif dalam membantu dalam memelihara alam sekitar dan telah menyebarkan mesej mengenai kepentingannya kepada sekolah-sekolah lain. Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah melancarkan 'Green Brunei : Eco Drive' sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, dan seterusnya penanaman pokok yang didahului oleh Yang Berhormat dan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, diikuti oleh ketua-ketua jabatan- jabatan di bawah Kementerian Pembangunan bersama-sama dengan penuntut daripada sekolah-sekolah sempena sambutan tersebut. Aktiviti penanaman pokok ini merupakan usaha berterusan JASTRe dengan kerjasama Persatuan Green Brunei dalam mempertingkatkan keindahan dan kehijauan kawasan riadah bagi kegunaan orang ramai. Ke muka 24 Penglihatan anak bulan Ramadan 16 Jun 2015 BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Jun. - Hakim-hakim Syar’ie dan Pegawai-pegawai Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri akan berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Ramadan 1436 Hijrah) pada petang hari Selasa, 29 Syabaan 1436 Hijrah bersamaan 16 Jun 2015 Masihi. Tempat-tempat strategik yang dipilih bagi melihat anak bulan Ramadan ialah Menara Data Stream Technology Sendirian Berhad (DST) di Bangunan Ibu Pejabat DST di Lebuhraya Tungku dan Bukit Agok, Jerudong bagi Daerah Brunei dan Muara; Bukit Lumut di Daerah Belait dan Bukit Ambok di Daerah Tutong. Sehubungan dengan itu, pengumuman satu Ramadan iaitu awal puasa bagi tahun 1436H / 2015M akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei (RTB) sebaik sahaja rukyah pada petang tersebut diperolehi melalui permakluman yang dilakukan melalui siaran RTB. Orang ramai adalah diminta memberikan kerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat tersebut. Oleh : Khartini Hamir Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar turut membersihkan takat-takat karang di kawasan Blunt Rock. - Foto : Ihsan Poni Divers. Lautan bukan kawasan pembuangan sampah MUARA, Isnin, 8 Jun. - Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) mengadakan kempen membersihkan takat-takat karang di kawasan Blunt Rock bagi menandakan Sambutan Hari Lautan Sedunia tahun ini. Kempen membersihkan takat-takat karang diketuai oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar. Aktiviti membersihkan takat turut disertai oleh seramai 60 penyelam- penyelam dari Jabatan Perikanan termasuk Pemangku Pengarah Perikanan, Awang Halidi bin Mohd. Salleh serta para penyelam dari Sekolah Vokasional Wasan dan sukarelawan-sukarelawan dari Poni Divers dan Lantaran Divers. Atur cara terdahulunya dimulakan dengan taklimat ringkas dari wakil Jabatan Perikanan tentang aktiviti- aktiviti yang akan dijalankan serta aspek-aspek keselamatan penyelaman dan diakhiri dengan bacaan doa selamat sebelum menuju ke kawasan Blunt Rock. Mengucapkan selamat berlepas dari Kompleks Pendaratan Ikan, ialah Setiausaha Tetap KPSSU, Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri; Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai- pegawai kanan dari Jabatan Perikanan. Hari Lautan Sedunia diraikan seluruh dunia pada setiap 8 Jun seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 2008 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa yang berkaitan dengan lautan dan menghargai sumbangan serta kepentingan lautan dan hidupan laut kepada manusia dalam memastikan ke arah bekalan makanan, pekerjaan, pengangkutan, penyelidikan dan sebagainya yang berterusan.

Upload: putera-katak-brunei

Post on 22-Jul-2016

274 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 10 FEBRUARI 2015 / EDISI RABU / PERCUMA10 JUN 2015 / JABATAN PENERANGAN

    Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bnE-mel: [email protected] Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

    23

    ''SELURUH warga tenterahendaklah memperkukuhkansemangat cintakan institusi,

    sambil menjaga imejdan nama baik

    Angkatan BersenjataDiraja Brunei.''

    - Titah sempena MajlisSambutan Hari Ulang TahunAngkatan Bersenjata DirajaBrunei Ke-54 Tahun, pada

    hari Ahad,13 Syaaban 1436 Hijrah /

    31 Mei 2015 Masihi.

    PETIKAN TITAH

    ''WAHAI orang-orang yangberiman! Apabila kamu pergi

    (berperang) pada jalan Allah makaselidikilah (apa jua perkara dengan

    sebaik-baiknya), dan janganlah kamuterburu-buru mengatakan kepadaorang yang mengucapkan salam :

    ''Engkau bukan orang yang beriman,''(lalu kamu membunuhnya)

    dengan tujuan hendak mendapatharta benda kehidupan dunia

    kerana di sisi Allah ada disediakanlimpah kurnia yang banyak.''

    - Firman Allah Subhanahu Wata'aladalam Surah An-Nisaa ayat 94.

    MANISNYA IMAN

    TAHUN 60 / BILANGAN 69 1436

    FILEM Awang Semaundilancarkan

    Muka 13

    DIDIK anak jadi soleh, berakhlak

    Muka 4

    Ke muka 3

    Oleh : Haniza Abdul LatifFoto : Hamzah Mohiddin

    Kepentingan memelihara alam sekitar

    MUARA, Isnin, 8 Jun. -Kementerian Pembangunan melaluiJabatan Alam Sekitar, Taman danRekreasi (JASTRe) akan terusmenyebarkan mengenai dengankepentingan dalam pemeliharaanalam sekitar kepada orang ramai.

    Menteri Pembangunan, YangBerhormat Pehin Orang Kaya InderaPahlawan Dato Seri Setia Awang HajiSuyoi bin Haji Osman menjelaskanperkara tersebut semasa ditemu bualoleh media pada Majlis SambutanHari Alam Sekitar Sedunia dan 'GreenBrunei : EcoDrive' bertempat di PantaiMuara.

    Menurut Yang Berhormat, pelbagaicara yang boleh dilakukan untukmenjaga alam sekitar, iaitu salah satudaripadanya ialah mengitar semulabarangan yang sudah digunakan.

    Tambahnya, Persatuan GreenBrunei dan Brunei Environment YouthEnvoys (Brunei E.Y.E) sangat aktifdalam membantu dalam memeliharaalam sekitar dan telah menyebarkan

    mesej mengenai kepentingannyakepada sekolah-sekolah lain.

    Terdahulu, Yang BerhormatMenteri Pembangunan telahmelancarkan 'Green Brunei : EcoDrive' sempena Sambutan Hari AlamSekitar Sedunia, dan seterusnyapenanaman pokok yang didahuluioleh Yang Berhormat dan SetiausahaTetap (Pentadbiran dan Kewangan)Kementerian Pembangunan, AwangHaji Muhammad Lutfi bin Abdullah,diikuti oleh ketua-ketua jabatan-jabatan di bawah KementerianPembangunan bersama-sama denganpenuntut daripada sekolah-sekolahsempena sambutan tersebut.

    Aktiviti penanaman pokok inimerupakan usaha berterusan JASTRedengan kerjasama Persatuan GreenBrunei dalam mempertingkatkankeindahan dan kehijauan kawasanriadah bagi kegunaan orang ramai.

    Ke muka 24

    Penglihatan anak bulanRamadan 16 Jun 2015

    BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Jun. - Hakim-hakim Syarie danPegawai-pegawai Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan KehakimanNegara, Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai-pegawai dariKementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur,Kementerian Pembangunan dan pegawai-pegawai dari Jabatan MuftiKerajaan, Jabatan Perdana Menteri akan berada di tempat-tempat yang telahditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Ramadan 1436 Hijrah)pada petang hari Selasa, 29 Syabaan 1436 Hijrah bersamaan 16 Jun 2015Masihi.

    Tempat-tempat strategik yang dipilih bagi melihat anak bulan Ramadanialah Menara Data Stream Technology Sendirian Berhad (DST) di BangunanIbu Pejabat DST di Lebuhraya Tungku dan Bukit Agok, Jerudong bagiDaerah Brunei dan Muara; Bukit Lumut di Daerah Belait dan Bukit Ambokdi Daerah Tutong.

    Sehubungan dengan itu, pengumuman satu Ramadan iaitu awal puasa bagitahun 1436H / 2015M akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei (RTB)sebaik sahaja rukyah pada petang tersebut diperolehi melalui permaklumanyang dilakukan melalui siaran RTB. Orang ramai adalah diminta memberikankerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat tersebut.

    Oleh : Khartini HamirFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

    MENTERI Perindustrian danSumber-SumberUtama, YangBerhormat PehinOrangKayaSeri UtamaDato Seri Setia AwangHaji Yahya binBegawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar turut membersihkan takat-takat karang di kawasan Blunt Rock. - Foto : Ihsan Poni Divers.

    Lautan bukan kawasanpembuangan sampahMUARA, Isnin, 8 Jun. - JabatanPerikanan, Kementerian Perindustriandan Sumber-Sumber Utama (KPSSU)mengadakan kempen membersihkantakat-takat karang di kawasan BluntRock bagi menandakan SambutanHari Lautan Sedunia tahun ini.

    Kempen membersihkan takat-takatkarang diketuai oleh MenteriPerindustrian dan Sumber-SumberUtama, Yang Berhormat Pehin OrangKaya Seri Utama Dato Seri SetiaAwang Haji Yahya bin BegawanMudim Dato Paduka Haji Bakar.

    Aktiviti membersihkan takat turutdisertai oleh seramai 60 penyelam-penyelam dari Jabatan Perikanantermasuk Pemangku PengarahPerikanan, Awang Halidi bin Mohd.Salleh serta para penyelam dariSekolah Vokasional Wasan dansukarelawan-sukarelawan dari PoniDivers dan Lantaran Divers.

    Atur cara terdahulunya dimulakandengan taklimat ringkas dari wakilJabatan Perikanan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sertaaspek-aspek keselamatan penyelaman

    dan diakhiri dengan bacaan doaselamat sebelum menuju ke kawasanBlunt Rock.

    Mengucapkan selamat berlepas dariKompleks Pendaratan Ikan, ialahSetiausaha Tetap KPSSU, DayangHajah Normah Suria Hayati bintiPehin Jawatan Dalam Seri MaharajaDato Seri Utama (Dr.) Haji AwangMohd. Jamil Al-Sufri; TimbalanSetiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan dari JabatanPerikanan.

    Hari Lautan Sedunia diraikanseluruh dunia pada setiap 8 Junseperti yang ditetapkan olehPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatusejak tahun 2008 yang bertujuanuntuk meningkatkan kesedaran awamdan cabaran yang dihadapi olehmasyarakat antarabangsa yangberkaitan dengan lautan danmenghargai sumbangan sertakepentingan lautan dan hidupan lautkepada manusia dalam memastikanke arah bekalan makanan, pekerjaan,pengangkutan, penyelidikan dansebagainya yang berterusan.

  • HARI RABU 10 JUN 20152

    AMBULANS991

    POLIS993

    BOMBA995

    PENYELAMAT998

    NDMC2380214

    (Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK,JABATAN PENGANGKUTAN DARAT,

    KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam123

    HALUAN

    PenyemakanAbdul Hadi Haji Suhaili,Haji Besar Haji Mamit,

    Hajah Norliha Haji Salleh,Ramlah Md. Nor,

    Nurul Hazwani Abu Omar,Siti Faizahanisah Awang Mahani,Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz

    Pereka Letak

    Penterjemahan

    PenyuntinganPemberitaan/Rencana

    Juruteknik Foto

    Hajah Musmariani Haji Mohammad

    Ketua Bahagian Pelita BruneiSastra Sarini Haji Julaini

    Ketua PenyuntinganPg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor,Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli,

    Norliah Md. Zain,Hezlinawati Haji Abdul Karim,

    Ak. Jefferi Pg. Durahman,Haniza Abdul Latif,

    Abu Bakar Haji Abdul Rahman,Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiDk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad,

    Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman,Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim,

    Rohani Haji Abdul Hamid,Nooratini Haji Abas,

    Khartini Hamir,Saerah Haji Abdul Ghani,

    Aimi Sani,Noraisah Muhammed,

    Haji Mahhmud Hafidzie Haji Ali Mashod,Dk. Nur Effa Ryina Pg. Haji Hamdani

    Hatral Hazmi Abdul Hamid,Nurul Qaidah AhmadNornasyirah Nordin

    Samle Haji Jait,Nurhamizah Hassim,

    Nor Hanizah Haji Abd. HalimSiti Muslihat Haji Salleh,

    Bolhassan Haji Abu Bakar,Abdullah Asgar

    Abu Bakar Haji Abdul Rahman

    Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor,Haji Ahmad Haji Salim,

    Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi,Muhammad Hamdanajib Haji Domeng,

    Mohammad bin Kahar

    Ke muka 9

    PEMANGKU Menteri Hal Ehwal DalamNegeri, YangDimuliakan Pehin Datu LailarajaMejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri HajiAwang Halbi bin Haji Mohd. Yussofsemasa berucap pada Majlis PenyampaianSijil Lantikan, Penghulu Mukim BangarBagi Awang Haji Abdul Rahman bin Merusinpada 26 Rejab 1436 Hijrah bersamaan15 Mei 2015 Masihi di No. 10, Simpang 437,Kampung Ujong Jalan, Mukim Bangar,Temburong, Negara Brunei Darussalam.

    Bismillahir Rahmanir RaheemAssalamualaikum Warahmatullahi

    Wabarakatuh

    ALHAMDULILLAH, bersyukur kitake hadrat Allah Subhanahu Wata'alakerana dengan rahmat dan izin-Nyajua membolehkan kita berkumpul beramai-ramai pada pagi Jumaat terakhir di bulan Rejabyang penuh keberkatan ini bagiMajlis Penyampaian Sijil Pelantikan kepadaPenghulu Mukim Bangar yang baru,Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahmanbin Merusin.

    Selawat dan salam ke atas Junjungan Besarkita, Nabi Muhammad Sallallahu AlaihiWasallam, kaum kerabat, para sahabat danpengikut-pengikut Baginda yang sentiasa taatsetia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

    Saya bersyukur kerana sekali lagi dalamtempoh dua bulan ini dapat berkunjung turunpadang ke Daerah Temburong bagimenyempurnakan Majlis Penyampaian SijilLantikan Penghulu. Saya sukacitamenyampaikan ucapan setinggi penghargaandan terima kasih kepada Yang Mulia PegawaiDaerah Temburong di atas kesempatan yangsangat istimewa dan bermakna yang diberikanini.

    Di kesempatan awal dan kesempatanmenyampaikan ucapan ringkas ini, sayadengan perasaan tulus ikhlas sukacitamengucapkan setinggi-tinggi tahniah dansyabas kepada Yang Mulia Awang Haji AbdulRahman bin Merusin di atas kurnia perkenanKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam dilantik menjadi PenghuluMukim Bangar yang baru bermula secararasminya pada 2 Mac 2015 yang lalu bagimenggantikan Yang Mulia Awang HajiHamdan bin Haji Awang Besar yang telahbersara. Ucapan tahniah ini juga ditujukankepada isteri dan ahli keluarga beliau. Sayajuga ingin merakamkan ucapan setinggipenghargaan dan terima kasih kepada mantanPenghulu Awang Haji Hamdan bin Haji AwangBesar, di atas perkhidmatan cemerlang beliauselama 10 tahun lima bulan menjawat jawatanPenghulu Mukim Bangar dan berdoa ke hadratAllah Subhanahu Wata'ala semoga khidmatbakti tulus dan murni beliau sekian lama itudibalas-Nya dengan pahala yangberlipat ganda dan beliau dan keluarga akansentiasa dikurniakan-Nya juga dengan nikmatkebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraandi dalam alam persaraan dan apa jua tugasanatau aktiviti yang beliau buat atau usahakanketika ini.

    Alhamdulillah, dengan pelantikan ini semuajawatan penghulu di Daerah Temburong telahpenuh diisikan. Mukim Bangar adalahmerupakan mukim yang sangat strategikdi antara lima mukim terdapat di daerah inidi mana di dalamnya terletak pusat pentadbirandaerah dan komersial. Laluan sungai dan daratbertemu. Profil lengkap Mukim Bangar telahkita dengar dari ucapan Pegawai Daerahsebentar tadi. Kedudukan strategik mukim inisetentunya memberikan suatu kebaikan atau

    kekuatan dan juga cabaran dan peluang kepadapenghulu mukim dan ketua-ketua kampungdi dalamnya. Dalam erti kata lain pastinya tidakada kesukaran untuk berhubungan terus denganJabatan Daerah dan jabatan-jabatan atauagensi yang berkepentingan. Mengambil kirakepentingan-kepentingan aset strategik daerahdan aktiviti-aktivitinya terletak dalam mukimini usaha di dalam menjaga keselamatan dankeamanan setentunya memerlukan danwajar diberikan keutamaan yang tinggi.

    Pada pagi ini dengan mengambil kira ucapansaya di Majlis Penyampaian Sijil LantikanPenghulu Mukim Batu Apoi pada 21 Macyang lalu masih segar dalam ingatan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung diDaerah Temburong dan kandungan lengkapucapan saya itu juga telah dimuatkan di dalamakhbar rasmi Kerajaan 'Pelita Brunei' keluaranRabu, 8 April yang lalu, maka pagi ini sayatidak akan mengulanginya lagi memadailahmenyarankan Yang Mulia Penghulu AwangHaji Abdul Rahman bin Merusin untukmenghayati kandungan ikrar PenerimaanLantikan Jawatan (yang akan beliau lafazkandi majlis ini nanti) dan mentelaah seterusnyamengamalkan dengan berkesan tuntutan-tuntutan tugas dan tanggungjawab seorangpenghulu yang digariskan di dalam SkimPerkhidmatan Penghulu-Penghulu danKetua-Ketua Kampung berkongsi pengalamandan di samping pendedahan dari rakan-rakanpenghulu yang terdahulu serta juga panduandan bimbingan dari Pegawai Daerah.

    Saya menaruh keyakinan Penghulu HajiAbdul Rahman dengan berbekalkanpengalaman, pengetahuan dan sifat-sifat terpujiseorang pemimpin yang ada pada diri beliaudan juga sokongan padu dari lapisan penduduk

    dan masyarakat mukim akan menjadi seorangpenghulu yang berjaya dan berkesan. Sayaturut mengingatkan bahawa seorang penghuludan ketua kampung atau pemimpin akar umbiyang berjaya dan berkesan itu ialah yang dapatmenempatkan dan menampilkan diri merekasebagai Paksi, Tunjang dan Teras perpaduanmukim dan kampung, dapat melihatke hadapan serta menterjemah segalaperancangan-perancangan strategik daerahdi samping berani membuat dan membawaperubahan-perubahan bermakna bagi menjanakemajuan mukim dan kampung khasnya danjuga daerah amnya.

    Sehubungan dengan Skim PerkhidmatanPenghulu-Penghulu dan Ketua-KetuaKampung ini, seperti yang telah dimaklumkanoleh Yang Berhormat Menteri Hal EhwalDalam Negeri kepada semua penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung senegarapada petang hari Khamis semalam bahawaSkim Perkhidmatan Penghulu Mukim danKetua Kampung yang baru (tahun 2013) bagimenggantikan Skim tahun 1998 telah punmendapat kurnia perkenan Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamdan ia mula berkuat kuasa pada 1 April 2015.

    Kementerian Hal Ehwal Dalam Negerimewakili semua penghulu, ketua kampungdan Ketua Rumah Panjang menyembahkanucapan setinggi-tinggi menjunjung kasihdi atas kurnia perkenan baginda itu yangmencerminkan sifat pemedulian dan prihatinberterusan baginda dan kerajaan bagindake atas kesejahteraan institusi kepimpinan akarumbi yang sekali gus mengukuhkan akankepentingan dan keunikan institusi kepimpinandi peringkat akar umbi yang telah berjalanbaik untuk sekian lamanya itu.

    Penekanan utama Skim 2013 ini ialahmeningkatkan tahap keberkesanan institusipenghulu mukim dan ketua kampung yangmengutamakan ketokohan dan sifat-sifatkepimpinan serta mempunyai ilmu masyarakatyang tinggi, keaktifan di dalam Majlis-MajlisPerundingan Mukim dan Kampung denganpeningkatan syarat-syarat kelayakan akademikditambah dengan kemudahan-kemudahan atauinsentif baru seperti Elaun Perjalanan, Tetamudan Perhubungan.

    Adalah diharapkan skim ini akan dapatmeningkatkan lagi semangat dan motivasipenghulu mukim dan ketua kampungselaku pemegang amanah mulia ini dalammelaksanakan peranan, tugas dantanggungjawab serta meningkatkan dayakepimpinan yang tinggi serta mempunyainilai-nilai dan etika kerja yang murni dalammenjaga dan menunaikan amanah ataumelaksanakan tugas dan tanggungjawab hariankhususnya dalam memeduli atau mengelingakepentingan dan keperluan anak buah danmasyarakat mukim dan kampung. Tidakpangling atau lalai dari menyedari hakikatbahawa mereka adalah Paksi, Tunjang danTeras Perpaduan Masyarakat dan Pendudukdi bawah pimpinan mereka.

    Bagi menjana kemajuan mukim dan kampungBawa perubahan bermakna

    BANTU DIRI SENDIRI MENJADICELIK PENGURUSAN KEWANGAN

    DI sebalik kemanisan dan kenikmatanyang kita alami ketika melintasi liku-likukehidupan, janganlah sekali-kali lupabahawa kehidupan itu sendiri adalahseakan-akan sebuah perusahaan serius.

    Ia adalah seakan-akan sebuah perusahaan seriuskerana kehidupan dan perusahaan kedua-duanyamemerlukan duit untuk dijalankan dengan lancardan betul.

    Justeru, mengemudi liku-liku kehidupanadalah hampir sama seperti mengemudi hala tujuperusahaan, iaitu kita mesti celik pengurusankewangan agar sentiasa berupaya membiayaikeperluan sewajarnya bukan setakat hari inimalah untuk masa depan.

    Apabila kita lalai dalam pengurusankewangan, mudarat menanti kita atau palingtidak pun cabaran-cabaran akan menyusahkan kitauntuk mencapai apa saja perancangan yang kitasediakan untuk menjalani kehidupan sehari-hari.

    Kita di sini beruntung sebab Kerajaan KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultandan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamsentiasa responsif terhadap perkembangan dancabaran-cabaran semasa dalam kewanganperibadi rakyat dan penduduk yang bolehmembawa impak pada masa akan datang.

    Sebagai persediaan untuk membantu rakyatdan penduduk dalam perihal kewangan peribaditerutama sekali bagi golongan yang berpendapatanrendah, pihak kerajaan telah menubuhkanmekanisme tertentu.

    Di antara mekanisme yang telah ditubuhkanialah Lembaga Tabung Amanah Pekerja (TAP)pada 1 Januari 1993, Lembaga Skim PersaraanCaruman Tambahan pada 1 Januari 2010, danSkim Tabungan Perumahan di bawah TAPsejak 15 Julai 2012 bagi orang-orang yangberpendapatan rendah.

    Pada masa yang sama, pihak kerajaan tidakjemu menyeru agar semua rakyat dan pendudukmengamalkan gaya hidup berjimat cermat agarperbelanjaan dipadankan dengan pendapatan.

    Dan baru-baru ini pihak kerajaan telahmenambahlagi usaha untuk meningkatkan kesedaran umummengenai perihal celik pengurusan kewangan.

    ''Konteks pengurusan kewangan yangdimaksudkan adalah meliputi amalan menabunguntuk masa hadapan, termasuk menyediakanperlindungan kewangan bagi diri sendiri, keluargadan harta benda, melalui insurans atau takafulyang bersesuaian,'' sabda Duli Yang TeramatMulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota PengiranMuda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanandi Jabatan Perdana Menteri pada Majlis PembukaanRasmi Hari Autoriti Monetari Brunei Darussalam2015 pada 28 Mei 2015.

    Setiap individu zaman sekarang perlu celikdalam pengurusan kewangan bukan saja bagiperkara asas yang disabdakan di atas tetapijuga bagi menilai sebelum menerokai produk-produk pelaburan yang ditawarkan olehinstitusi-institusi kewangan tempatan dan luarnegara. - Ketua Penyuntingan (Mm).

    2310 JUN 2015 BERSAMAAN 1436

    Musa Mohidin,Hajah Zabaidah Haji Salat,

    Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar,Bolhassan Haji Abu Bakar

  • HARI RABU 10 JUN 2015 3NASIONAL

    Dari muka 1

    Oleh : Nooratini Haji AbasFoto : Masri Osman

    MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahyabin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar bergambar ramai bersama para penyelam dari Jabatan Perikanan.

    WAKIL dari Jabatan Perikanan menyampaikan taklimat sebelum menyelam kedalam laut.

    MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad menyaksikan penandatanganan MoUProgram BIBD ALAF di antara Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) di DewanSerbaguna, Bangunan Tambahan Baru KHEU.

    MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. HajiMohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman menyaksikan pertukaran dokumenyang telah ditandatangani oleh Setiausaha KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji AbdulAziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof dan Pengarah Urusan BIBD,Javed Ahmad.

    KHEU meterai MoU BIBD ALAF

    BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin,8 Jun. - BIBD ALAF merupakanprogram bantuan komprehensif daninklusif dalam pelbagai bentuk yangdisediakan kepada pelajar sepanjangpembelajaran dari peringkat rendahhingga tinggi.

    Program ini adalah bagi mendukungaspirasi negara dalam menjanamasa depan pendidikan ke tahap yangteratas dunia dan seterusnya dapatmenyumbang kepada melahirkansumber tenaga manusia yang berilmudan berdaya saing bagi memperkasaekonomi negara dan kemajuanbangsa.

    Majlis PenandatangananMemorandum Persefahaman (MoU)BIBD ALAF di antara KementerianHal Ehwal Ugama (KHEU) denganBank Islam Brunei Darussalam(BIBD) diadakan di DewanSerbaguna, Bangunan TambahanBaru KHEU, di sini.

    Mewakili bagi pihak KHEUditandatangani oleh Setiausaha TetapKHEU, Dato Seri Setia Awang HajiAbdul Aziz bin Orang KayaMaharaja Lela Haji Mohd. Yussofsementara pihak BIBD puladitandatangani oleh PengarahUrusan BIBD, Javed Ahmad,selaku Pengerusi Majlis.

    Penandatanganan MoU tersebutdisaksikan oleh Menteri Hal EhwalUgama, Yang Berhormat PengiranDato Seri Setia Dr. Haji Mohammadbin Pengiran Haji Abdul Rahman.

    Juga hadir pada majlis tersebut ialahTimbalan Menteri Hal Ehwal Ugama,Yang Mulia Pengiran Dato Paduka

    Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahardan Timbalan Mufti Kerajaan danHakim Mahkamah Rayuan Syariah,Yang Dimuliakan Pehin Orang KayaPaduka Setia Raja Dato Paduka SeriSetia Awang Haji Suhaili bin HajiMohiddin, selaku Pengerusi BadanPenasihat Syariah BIBD.

    Program BIBD ALAF muladilancarkan pada 1 Rejab 1434 Hijrahbersamaan dengan 11 Mei 2013Masihi. Hampir 100 murid danpelajar di seluruh negara telahdianugerahkan bantuan danapembelajaran sepanjang hayatmenerusi program berkenaan.

    Sejak tahun 2014, program BIBDALAF telah membiayai pembelajarankepada seramai 21 pelajar dari SekolahPersediaan Arab dan SekolahMenengah Arab di bawah JabatanPengajian Islam (JPI) dan seorangpelajar pula dari Institut TahfizAl-Quran Sultan Haji HassanalBolkiah.

    Manakala seramai 34 orang lagicalon penama pelajar bagi anugerahtahun persekolahan 2016 sedangdalam proses penilaian dan saringanakhir.

    Program tersebut diurus oleh satujawatankuasa Task Force di antaraAbabil Resources yang merupakankonsultan Program BIBD ALAFbersama JPI KHEU melaluipenubuhan Lembaga PemegangAmanah BIBD.

    Program memfokuskan kepadakemajuan pendidikan kanak-kanakdari keluarga yang kurangberkemampuan termasuk anak-anak

    yatim ke arah individu yang berkualitimelalui pendidikan yang bermutu,di samping memupuk kesedaran orangawam dalam sama-sama menaik tarafmutu pendidikan pelajar yang kurangbernasib baik. Melalui programini juga akan dapat memantaukeberhasilan pendidikan pelajar yangmenerima bantuan mencapai kejayaandalam pendidikan mereka mengikutkriteria-kriteria dan kategori yangditetapkan.

    Antara kategori yang dihulurkanmerangkumi Dana Bantuan Pelajarandan Kemaslahatan seperti BantuanKacamata, Bantuan Kenderaan,Bantuan Kelas Tambahan, BantuanProjek Sekolah dan sebagainya.

    Projek itu akan diungkayahkantahun demi tahun, pihak BIBD ALAFakan terus berkerjasama denganJPI kementerian tersebut.

    Dalam pada itu, Yang BerhormatMenteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama melahirkan rasagembira atas kerjasama dansokongan padu daripada semuapenyelam dan berharap kerja-kerjapembersihan takat-takat karang yangdiadakan berkenaan akan menanamkesedaran pada diri semua pihaktermasuklah para nelayan, bahawalautan bukannya kawasan untukpembuangan sampah.

    Tambahnya, setiap individumemainkan peranan yangbertanggungjawab untuk memastikantakat-takat karang dan lautan beradadalam keadaan prestine tanpa pukat,tali pancing, bubu, sampah danbahan-bahan asing yang menutupinyaakan menyebabkan tersekatnya daripertumbuhan dan membiak ataumusnah sama sekali dan malah bahanbuangan atau sampah sarap ini jugaboleh menyebabkan kematian padahaiwan marin yang bergantung hidupdi takat-takat karang ini.

    Tema Hari Lautan Sedunia padatahun ini adalah 'Healthy Oceans,Healthy Planet' jelas menekankanlautan bersih dan terpelihara akanmenyumbang kepada kualiti hidupanlaut yang sihat serta ekosistem yangstabil dan juga dapat melindungikhazanah dan mengekalkan keindahanalam sekitar marin untuk generasikita dan akan datang.

    Adalah mustahak bagi kitamelaksanakan tanggungjawab untukmenjaga lautan kerana sumbangan danmanfaat yang diperolehi daripadanya.

    Lautan bukan kawasan pembuangan sampah

    MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang KayaSeri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya turut serta membersihkan takat karangdi Blunt Rock. - Foto : Ihsan Poni Divers, Marlowe Acompanado.

  • HARI RABU 10 JUN 20154 NASIONAL

    Oleh : Saerah Haji Abdul GhaniFoto : Mohamad Azmi Awang Damit

    USTAZ Don Daniyal menyampaikanCeramah Khas semasa MajlisPerhimpunan Khas sempena HariKeluarga Kebangsaan.

    MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan Datin;Menteri Hal Ehwal DalamNegeri, YangBerhormat Pehin UdanaKhatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji AwangBadaruddin bin PengarahDato Paduka Haji Othman serta Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila DirajaDato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Datin hadir semasa hadir pada Majlis Perhimpunan Khas sempenaHari Keluarga Kebangsaan.

    ANTARA jemputan yang menghadiri Majlis Perhimpunan Khas sempena Hari KeluargaKebangsaan.

    Didik anak jadi soleh, berakhlak

    BANDAR SERI BEGAWAN,Isnin, 8 Jun. - Sebagai kesinambungandalam memeriahkan lagi SambutanHari Keluarga Kebangsaan Ke-4Tahun 2015 Masihi / 1436 Hijrah yangtelah berlangsung pada 2 dan 3 Meilalu, Kementerian Hal Ehwal DalamNegeri, Kementerian Hal EhwalUgama dan Kementerian Kebudayaan,Belia dan Sukan mengadakan MajlisPerhimpunan Khas sempena HariKeluarga Kebangsaan.

    Majlis Perhimpunan Khas yangberlangsung di Stadium Tertutup,Kompleks Sukan Negara HassanalBolkiah, Berakas di sini dihadirioleh lebih 1,000 orang terdiri daripegawai-pegawai kerajaan dan swasta,ahli-ahli persatuan-persatuan, parapenuntut, institusi kerajaan dan swastaserta para penghulu dan ketua-ketuakampung.

    Hadir selaku tetamu kehormatMenteri Hal Ehwal Ugama, YangBerhormat Pengiran Dato Seri SetiaDr. Haji Mohammad bin Pengiran HajiAbdul Rahman dan Datin; Menteri HalEhwal Dalam Negeri, Yang BerhormatPehin Udana Khatib Dato Paduka SeriSetia Ustaz Haji Awang Badaruddinbin Pengarah Dato Paduka HajiOthman serta Menteri Kebudayaan,Belia dan Sukan, Yang BerhormatPehin Orang Kaya Pekerma LailaDiraja Dato Seri Setia Awang HajiHazair bin Haji Abdullah dan Datin.

    Majlis dimulakan dengan bacaanSurah Al Faatihah dipimpin olehPegawai Hal Ehwal Masjid, AwangHaji Mohd. Amin bin Haji Salim.

    Dalam Ceramah Khas bertemakan'Keluarga Berwawasan' yangdisampaikan oleh PenceramahUndangan dari Malaysia, Ustaz DonDaniyal bin Don Biyajid antara lainmenjelaskan, anak-anak pada masa initerdedah kepada perkara-perkara yangcukup bahaya terutamanya mediamassa yang mana media terbahagikepada tiga iaitu media massa, mediacetak dan media interaksi dan mahutidak mahu mereka hidup di alam yangadanya semua perkara tersebut.

    Menurutnya, Islam tidak pernahmengajar kita untuk menjadi seoranganak, tetapi mendidik kita untukmenjadi seorang makhluk yang solehdan berakhlak.

    Beliau berkata, macam mana Islambukan didik kita jadi seorang ayahtetapi seorang ayah yang soleh danberiman, macam itu juga kita perlubuat kepada anak-anak kita bukanmenghalang mereka tetapi tunjuk jalanatau alternatif kepada mereka untukmenjadi anak yang soleh dan solehah.

    Penceramah undangan juga

    mengongsikan kisah-kisah NabiIbrahim Alaihissalam bersamaisterinya serta kisah Nabi YusufAlaihissalam yang sangat memberikanbanyak pengajaran kepada semua umatIslam dalam hidup berkeluarga.

    Sementara itu, pada sebelah malamMajlis Perhimpunan Khas sempenaHari Keluarga Kebangsaan Ke-4Tahun 2015M / 1436H diteruskan lagidi Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

    Tujuan utama majlis perhimpunankhas diadakan ialah untukmemeriahkan Sambutan HariKeluarga Kebangsaan 2015 sertameningkatkan kefahaman masyarakatmengenai kepentingan hidupberkeluarga.

    Objektif Sambutan Hari Keluargatahun ini pula ialah untukmengukuhkan dan meningkatkankesejahteraan keluarga melaluiprogram usaha sama yang cekap danberkesan ke arah melahirkanmasyarakat yang berkualiti dan

    meningkatkan pemahaman mengenaikepentingan agama dalam kehidupanberkeluarga dan secara individu.

    Selain itu, ia juga bertujuanuntuk memupuk kefahaman kepadamasyarakat betapa pentingnya institusi

    keluarga dalam pembangunanmasyarakat, di samping mengalakkanmasyarakat khususnya keluargadi negara ini untuk membina keluargabahagia dan harmoni, kukuh danberdaya tahan.

    Berkecimpung dalam pembangunan ekonomi

    MUKIM LUMAPAS, Selasa, 9 Jun. -Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,Yang Berhormat Pehin Udana KhatibDato Paduka Seri Setia Ustaz HajiAwang Badaruddin bin PengarahDato Paduka Haji Awang Othmanmenekankan pengusaha-pengusahakebun untuk tidak mendatangkanorang luar untuk bersama-sama dalammengusahakan kebun tempatan.

    Tujuan kerajaan memberi tanahkepada penduduk-penduduk untukberkebun adalah bagi melibatkanpenyertaan rakyat atau penduduktempatan dalam sama-samaberkecimpung dalam pembangunanekonomi.

    Yang Berhormat Pehin UdanaKhatib Dato Paduka Seri Setia UstazHaji Awang Badaruddin menekankandemikian semasa mengadakan lawatan

    ke Tapak Kebun Majlis PerundinganKampung (MPK) Lumapas, di sini.

    Jelasnya dalam temu bual bersamaPelita Brunei, tujuan lawatan itudiadakan adalah sebagai susulansetelah kebun itu dilancarkan kira-kira18 hingga 24 bulan yang lalu.

    Hasil dari tahun tersebut mendapatikebanyakan pohon dan benih yangditanam tidak menjadi dansebahagiannya ditanam separuh jalan,di samping pengalaman sepertikekurangan air menjadikan tanamantersebut tidak berhasil.

    Justeru itu, KementerianPerindustrian dan Sumber-SumberUtama (KPSSU) jelasnya, telahmemperuntukkan 100 ekar lebih untukMPK Lumapas bagi mengusahakankebun sayur-sayuran yang mana padamasa ini lada adalah pilihan yang akanmenjadi 'primadona' para pengusahajika hasilnya lebih baik.

    "Laporan-laporan yang diketahui,tanah-tanah diberikan TOL untukberkebun ini kepada rakyat danpenduduk tempatan di negara ini,sehingga sampai satu peringkat untukmendapatkan pekerjaan bukan mudahdan didatangkan pekerjaan oleh buruhimigresen yang akhirnya pekerja itulahyang mempunyai kebun dan yangpunya tanah itu adalah tuannya,tuannya adalah sebagai penerima hasil,hal seperti ini adalah tidak sihat kepadaekonomi dan tidak sihat kepadajangka panjang penduduk kitani,"tegas Yang Berhormat.

    Oleh itu, Yang Berhormatmenyarankan kepada pemimpin-pemimpin untuk berazam dalammemenuhi perancangan asal untukmendapatkan 100 ekar yang ada padamasa ini hanya diperolehi dalampuluhan ekar dan diharap para generasipenerus juga akan berada di kebuntersebut.

    Hadir sama ialah Timbalan MenteriHal Ehwal Dalam Negeri, YangDimuliakan Pehin Datu LailarajaMejar Jeneral (B) Dato Paduka SeriHaji Awang Halbi bin Haji Mohd.Yussof.

    MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri,Yang Berhormat Pehin Udana KhatibDato Paduka Seri Setia Ustaz Haji AwangBadaruddin bin Pengarah Dato PadukaHaji Awang Othman ketika ditemu bualoleh Pelita Brunei.

    YANG Berhormat meninjau kebun yang diusahakan oleh pengusaha kebun MajlisPerundingan Kampung (MPK) Lumapas.

    Oleh : Nooratini Haji AbasFoto : Mohamad Azmi Awang Damit

    MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri bergambar ramai bersama pengusaha-pengusaha kebun MPK Lumapas.

  • HARI RABU 10 JUN 2015 5NASIONAL

    Oleh : Nooratini Haji AbasFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

    Tingkatkan kualiti pendidikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu,6 Jun. - Kepimpinan guru-guru besardan juga pengajaran sertapembelajaran yang berkualiti haruslahditingkatkan ke tahap yang optimaselain para pemimpin dan guruperlu sentiasa didedahkan denganstrategi-strategi yang berkesan untukmembantu mencapai sasaranpendidikan negara.

    Setiausaha Tetap (PendidikanTeras), Kementerian Pendidikan,Dr. Haji Junaidi bin Haji Abd. Rahmanmenekankan demikian selaku tetamukehormat pada Majlis Sambutan 50

    Tahun Jubli Emas Sekolah RendahHaji Mohd. Jaafar Maun Kiulap (SRHMJMK) Kluster 2 di sekolahberkenaan, di sini.

    Jelasnya, fokus utamaKementerian Pendidikan adalah untukmempertingkatkan kualiti pendidikandari setahun ke setahun bagimendukung aspirasi Wawasan Negara2035, iaitu untuk menjadikan rakyatyang berilmu dan berkemahirantinggi.

    Bagi mencapai Wawasan Negara2035 itu, banyak inisiatif untukpencapaian pelajar di peringkatsekolah rendah dan menengahmenurutnya sedang giat dilaksanakanoleh Kementerian Pendidikan.

    Antara inisiatif KementerianPendidikan dalam usaha untukmempertingkatkan pencapaian pelajardi sekolah, iaitu dengan menetapkansasaran 90 peratus murid-muridmemperolehi gred A hingga C dalamPeperiksaan Penilaian Sekolah Rendah(PSR) menjelang tahun 2017selain penetapan sasaran 95 peratuskehadiran para pelajar ke sekolahsetiap bulan.

    "Kehadiran pelajar ke sekolahadalah sangat mustahak untuk pelajarmencapai kejayaan yang cemerlangdan mengelak dari keciciran yangboleh menyebabkan kemunduran danpembelajarannya," katanya.

    Oleh yang demikian, pengukuhankehadiran pelajar ke sekolah tegasnya,akan terus diberi perhatian tumpuankhususnya di peringkat sekolah danmelalui peruntukan dalam AktaPendidikan Wajib yang telahdikuatkuasakan mulai tahun 2007.

    Justeru itu, beliau menegaskan,agar ibu bapa, keluarga danmasyarakat memainkan peranan untukmeningkatkan prestasi para pelajarbukan hanya terletak di bahu pelajar

    dan guru sahaja."Kita perlu menyedari bahawa tugas

    ibu bapa, keluarga dan masyarakatadalah lebih berat untuk memastikanpara pelajar mencapai kecemerlangandi bidang akademik, bidang-bidanglain seperti keugamaan, rohani, sosialdan lainnya yang juga seharusnyadiambil perhatian," tambahnya.

    SR HMJMK telah membuatbeberapa inisiatif untuk mencapaisasaran negara, iaitu 90 peratus pelajar

    memperolehi gred A hingga Cmenjelang tahun 2017 dalam PSRantaranya, menetapkan 78 peratuspelajar yang memperolehi gred Ahingga C pada tahun ini yang manamelebihi sasaran yang ditetapkanKementerian Pendidikan, iaitusekurang-kurangnya 74 peratus,pemantauan kehadiran murid kesekolah dan menetapkan sasaran 95peratus setiap bulan bagi kehadiransetiap murid ke sekolah dan

    sebagainya.Dengan pelaksanaan itu, beliau

    seterusnya menyeru kepada parapemimpin sekolah lain supaya dapatmencontohi dan meneladani amalandan pendekatan terbaik serta inisiatifyang diusahakan oleh SR HMJMKbagi sama-sama meningkatkan tahappendidikan di negara ini khusunyabagi menyahut usaha KementerianPendidikan untuk meningkatkanpencapaian Peperiksaan PSR.

    SETIAUSAHA Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidibin Haji Abdul Rahman merasmikan Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Sekolah RendahHaji Mohd. Jaafar Maun Kiulap (SR HMJMK).

    PERSEMBAHAN tarian tradisional daripada murid-murid SR HMJMK.

    SR HMJMK sambut Jubli Emas

    BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu,6 Jun. - Sekolah Rendah Haji Mohd.Jaafar Maun Kiulap (SR HMJMK)Kluster 2 yang dikenali sebagai

    Sekolah Melayu Kampung Kiulapmula dibina pada tahun 1964 dan muladigunakan sepenuhnya pada 18Oktober 1964.

    Sehubungan itu, SR HMJMKmengadakan Majlis Sambutan 50Tahun Jubli Emas bertempat di sekolahberkenaan, di sini.

    Hadir selaku tetamu kehormat danseterusnya merasmikan sambutantersebut ialah Setiausaha Tetap(Pendidikan Teras), KementerianPendidikan, Dr. Haji Junaidibin Haji Abd. Rahman.

    Majlis didahului dengan bacaanayat-ayat suci Al-Qur'an oleh bekaspelajar sekolah berkenaan, AwangAbdul Aziz bin Abdul Sani.

    Kemudian, Guru Besar SRHMJMK, Dayang Hajah Saramahbinti Mail selaku Pengerusi Majlismenyatakan majlis tersebut diadakanbertujuan untuk Meraikan Sambutan50 Tahun Jubli Emas dan seterusnyamengenang jasa para pendidik yangpernah bertugas di sekolah tersebut.

    Jasa para pendidik tersebuttambahnya telah menghasilkan modalinsan yang banyak menyumbangkepada pembangunan negara, di dalamsektor kerajaan mahupun sektorswasta.

    Menyentuh tentang 50 tahunpenubuhan sekolah tersebut, beliaumengongsikan sekolah itu telahbanyak melalui perubahan-perubahandari segi pendidikan dan prasaranasekolah dan cabaran-cabaran yangdilalui.

    Walau bagaimanapun, pihakKementerian Pendidikan dan jugapihak sekolah jelasnya, telahmelaksanakan inisiatif semata-mata

    untuk mempertingkatkan kemahiranliterasi dan numerasi di peringkat awaldan juga pencapaian pelajar di dalampeperiksaan Penilaian Sekolah Rendah(PSR).

    Menurutnya, SR HMJMK telahdapat menunjukkan pencapaian yangbegitu baik di mana 10 tahunkebelakangan, peratus lulus sentiasadi atas 70 peratus dan dua tahunberturut-turut mencapai 100 peratuslulus, iaitu pada tahun 2009 dan 2010di dalam peperiksaan PSR.

    Majlis itu juga turut diserikandengan Persembahan Tausyehdaripada Murid-murid SekolahUgama HMJMK dan diikuti dengan

    Persembahan Tarian daripada paramurid SR HMJMK.

    Selepas itu, acara diikuti denganpenanaman pokok kenang-kenangannsempena 50 Tahun Jubli Emas yangdisempurnakan oleh tetamu kehormatmajlis.

    Sambutan yang diadakan selamadua hari itu dengan kerjasamaPersatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) akandimeriahkan dengan acara 'Fun Day'bermula pada jam 6.30 pagidengan memuatkan pelbagai aktivitiseperti Zumba, perlawanan PermainanTradisi Brunei, Telematch, PeraduanMelukis dan Mewarna serta banyaklagi.

    Dengan adanya sambutan itu akandapat mengeratkan lagi silaturahimdalam sama-sama bekerjasama diantara pihak sekolah dengan pendudukkampung.

    SETIAUSAHA Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman hadir selaku tetamukehormat menanam pokok kenang-kenangan sempena Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Sekolah Rendah Haji Mohd. Jaafar Maun Kiulap(SR HMJMK).

    SR HMJMK telahdapat menunjukkan pencapaian

    yang begitu baik di mana 10 tahunkebelakangan, peratus lulus

    sentiasa di atas 70 peratus dandua tahun berturut-turut mencapai100 peratus lulus, iaitu pada tahun

    2009 dan 2010 di dalampeperiksaan PSR.

    SETIAUSAHA Tetap (Pendidikan Teras),Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidibin Haji Abdul Rahman menyampaikanucapan alu-aluan.

  • HARI RABU 10 JUN 20156 KESIHATAN

    Dua produk kosmetik dicemaribahan terlarang

    BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Mei. - Kementerian Kesihatanmemaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan dua produkkosmetik yang telah didapati dicemari dengan bahan terlarang yang tidakdiisytiharkan.

    Produk-produk berkenaan didapati melalui aktiviti pemantauan yangdijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di kedai-kedai runcit.

    Produk-produk berkenaan ialah Wonder Glow Day Cream dan WonderGlow Night Cream yang masing-masing yang diedarkan oleh Wonder GlowCosmetics (M) Sdn. Bhd., No. 22, Tingkat 1, Jalan Ciku, 86000, Kluang,Johor, Darul Ta'zim, Malaysia dan disahkan dicemari dengan merkuri.

    Bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan bolehmengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

    Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yangditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007.

    Penggunaan merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana iaboleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahanyang kerap boleh menyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahanwarna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Anak damitdan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan daripadapengguna; yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yangmasih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

    Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke ataspengimportan dan mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi ProdukKosmetik bagi produk-produk tersebut. Berikutan dari pada dapatan ini,produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual diNegara Brunei Darussalam.

    Orang ramai yang telah membeli atau memakai produk-produktersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannyadengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan adverse dan merasa tidaksihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpadoktor dengan segera.

    Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut(termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya)adalah diingatkan bahawa ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawahPeraturanUbat (ProdukKosmetik), 2007 untukmengimport danmemasarkanproduk kosmetik di pasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan NotifikasiProduk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di KementerianKesihatan, dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihiBND5000, penjara tidak melebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama orang ramai untukmelaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapatiproduk-produk berkenaan masih berada di pasaran di negara ini.

    Maklumat dan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungiBahagian Penguatkuasaan Farmasi melalui talian telefon 2393298sambungan 208, menghantar e-mel kepada [email protected] atau berjumpa terus Pegawai PenguatkuasaanFarmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatna Farmasi, KampungMadaras, Mukim Gadong 'A'.

    22 anak damit lahirsempena HUT ABDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin,1 Jun. - Seramai 22 orang anak damitdilahirkan di negara ini sempenaSambutan Hari Ulang Tahun AngkatanBersenjata Diraja Brunei (ABDB)Ke-54 Tahun pada 31 Mei 2015.

    Daripada jumlah tersebut, 19 anakdamit dilahirkan di Hospital Raja IsteriPengiran Anak Saleha (RIPAS) dantiga anak damit dilahirkan di HospitalSuri Seri Begawan, Daerah Belait.

    Setiap anak damit telah menerimacenderahati berupa hamper daripadaABDB, Badan Isteri-Isteri PegawaiABDB (BAKTI) dan KoperasiAngkatan Bersenjata Diraja Brunei(KOWIRA) sempena Hari UlangTahun ABDB tahun ini.

    Penyampaian cenderahati bagianak-anak damit di Hospital RIPASdisampaikan oleh isteri TimbalanPemerintah ABDB, Datin Sakdiahbinti Haji Mohamad Noor.

    Turut hadir, pegawai-pegawaikanan dan kakitangan hospital RIPASdan sebahagian daripada AhliJawatankuasa Tadbir BAKTI.

    Sementara itu, isteri kepadaPemerintah Tentera Udara DirajaBrunei, Pengiran Datin Umi Suhanabinti Pengiran Indera Perkasa Pengiran

    Haji Hamdan telah menyampaikancendarahati bagi anak-anak damitdi Hospital Suri Seri Begawan,Daerah Belait.

    Hadir pada majlis tersebut,pegawai-pegawai kanan dankakitangan hospital berkenan.

    Berita dan Foto : Ihsan Jabatan Perkhidmatan Farmasi,Kementerian Kesihatan

    PRODUK Kosmetik yang dicemari Merkuri, iaitu Wonder Glow Day Cream danWonder Glow Night Cream.

    Oleh : Saerah Haji Abdul GhaniFoto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi

    ISTERI Timbalan Pemerintah AngkatanBersenjata Diraja Brunei (ABDB),Datin Sakdiah binti Haji Mohamad Noormenyampaikan cenderahati kepadaanak-anak damit yang dilahirkan di HospitalRIPAS sempena Sambutan Hari Ulangtahun ABDB Ke-54 tahun (atas),sementara gambar bawah, turut hadirdi majlis itu ialah sebahagian daripadaAhli Jawatankuasa Tadbir BAKTI.

    Kerajaan belanja BND1.5 billion projek ICT

    BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin,8 Jun. - Kerajaan Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam telahmelaksanakan beberapa programutama dan perbelanjaan dalam sektorteknologi maklumat sejak pengenalanprogram e-Kerajaan pada tahun 2001termasuk perbelanjaan lebih daripadaBND1.5 billion kebanyakannyadibelanjakan dalam tempoh limatahun kebelakangan dalam pelbagaiprojek ICT.

    Perkara tersebut dikongsikan olehMenteri Tenaga di Jabatan PerdanaMenteri (JPM), Yang Berhormat PehinDatu Singamanteri Kolonel (B)Dato Seri Setia (Dr.) Awang HajiMohammad Yasmin bin Haji Umarselaku tetamu kehormat semasa Majlis

    Pembukaan Forum Ketua-KetuaPegawai Penerangan ASEAN KaliKe-4 yang berlangsung di RizqunInternational Hotel, Gadong.

    Yang Berhormat berkata pelaburandalam infrastruktur dan sistem IT telahberkembang pesat seperti rangkaianmeluas kerajaan yang terjamin,penubuhan pusat-pusat dankemudahan-kemudahan bertarafdunia, perkhidmatan perkongsian dansistem kerajaan lainnya.

    Tambah Yang Berhormat,kerajaan komited dalam meneruskanpelaburan dalam bidang tersebutdengan mengambil kira Wawasan2035 menerima negara untukmerealisasikan pencapaian rakyatnyayang berpendidikan, kualiti hidupdan ekonominya yang dinamikdan mapan.

    Di samping pelaburan infrastruktur,kerajaan juga melabur dalamsumber-sumber manusia setempatdan mengembangkan perusahaantempatan dalam sektor ICT.

    Tumpuannya ialah dalammengembangkan kecekapan teknikaltempatan yang selaras denganindustri.

    Ini setentunya akan mewujudkanpersekitaran yang mapan bagiperusahaan ICT tempatan untukberkembang.

    Yang Berhormat menambahterdapat banyak ruang bagi negarauntuk mengembangkan rangka kerjakecekapan dalam sektor tersebut.

    Sumbangan industri berkenaanadalah sangat penting kepada kejayaanrangka kerja yang dimaksudkan.

    Lebih daripada 250 orang pesertadaripada negara-negara ahli ASEAN,sektor kerajaan dan swasta menghadiriforum dua hari itu yang bertemakan'Persaingan Global Mengoptimakan

    Teknologi di Negara BruneiDarussalam'.

    Forum merupakan acara tahunanuntuk mempromosi kerjasama diantara pihak kerajaan, perusahaan,institusi dan orang ramai.

    Matlamatnya ialah untukmengongsikan amalan terbaikmelalui forum tersebut di sampingmembuka peluang bagi rangkaiandan hubungan dalam kalangan pihakICT di rantau ini.

    Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji AhmadFoto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

    MENTERI Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu SingamanteriKolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umarmenyaksikan pameran.

  • HARI RABU 10 JUN 2015 7MINDA PEMBACA

    TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA :1. 'Manfaatkan Media Sosial Dengan Baik Dan Bijak'. Tarikh Tutup : 10 Jun 2015.2. 'Perkasa Masyarakat Celik Kewangan'. Tarikh Tutup : 17 Jun 2015.3. 'ABDB Terus Gigih Jaga Keamanan Negara'. Tarikh Tutup : 24 Jun 2015.Terma dan Syarat :1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga JabatanPenerangan.2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan.3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada :

    Sidang Pengarang, Minda PembacaUnit PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan

    Lapangan Terbang Lama, BerakasBandar Seri Begawan, BB3510

    Negara Brunei Darussalam.atau melalui

    E-mel: [email protected]

    4. Sebanyak tiga penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan setiap seorang akan menerima hadiah wang tunai sebanyakBND75.00.

    Peristiwa Isra' dan Mi'rajpenuh pengajaran

    PERISTIWA Isra' dan Miraj adalah antaramukjizat teragung Nabi Muhammad SallallahuAlaihi Wasallam. Namun tidaklah memadaijika peristiwa itu hanya dikenang diperingatisahaja tanpa menghayatinya. Bermacam-macamcara bagaimana untuk menghayati peristiwa Isra danMiraj tersebut. Antaranya dengan meningkatkankeimanan tentang perkara-perkara samiyyatatau ghaibiyyat yang hanya dapat didengartanpa menyaksikannya dengan kedua-dua mata.Meskipun perkara-perkara samiyyat itu memang agaksukar untuk dipercayai, namun dengan adanyabukti-bukti yang menyokong kebenarannya nescayaakan lebih mudah untuk mempercayainya. Contohnyaperistiwa Isra dan Miraj yang hanya mengambil masaseparuh malam, tidaklah menjadi mustahil bagikita sekarang dibandingkan dengan orang-orangterdahulu, jika kita melihat kepada jenis-jenispengangkutan yang serba canggih yang adasekarang. Begitu juga dengan mengambil iktibardaripada peristiwa-peristiwa yang berlakusewaktu Isra dan Miraj Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam. Misalnya pembedahan dada RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam oleh malaikat sebelumBaginda diisrakan. Hati baginda dicuci dengan AirZam Zam dan dibuang ketul hitam (alaqah) iaitutempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudiandituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dadaRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Setelah itu, dadaBaginda dijahit dan dimeterikan dengan khatiminnubuwwah. Peristiwa ini mengajar kita supayamembersihkan diri terlebih dahulu zahir dan batinsebelum menemui Allah Subhanahu Wataaladalam sembahyang kita dan berhati-hati dengangangguan syaitan yang membisikkan was-wasnya.Kesimpulannya adalah penting untuk kita menghayatipengajaran di sebalik peristiwa Isra dan Miraj denganmeneladani perkara yang baik dan menjauhi perkarayang buruk. Begitu juga peristiwa Isra dan Mirajmemperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuhpengajaran,sebenarnya memberi keinsafan kepadakita agar sentiasa mengingati Allah dan takutkepada kekuasaan-Nya.

    Nama : Ahmad Hakimi bin RosleNo. K/P : 01-110487Alamat : No. 64, Kampung Lumapas, Jalan Junjongan,BJ3524, Negara Brunei Darussalam.

    Teladani keagunganIsra' dan Mi'raj

    PERISTIWA Isra dan Miraj memang menakjubkan,yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun Ke-11daripada kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu AlaihiWasallam. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialamioleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dandianggap sebagai satu anugerah daripada Allah SubhanahuWataala. Perkara ini sebagai tanda keagungan dankebesaran-Nya. Isra Miraj adalah satu peristiwa yang sangatluar biasa yang telah dilalui Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam. Rasulullah telah melalui Isra dari Masjidil Haram,Mekah keMasjidil Aqsa di Palestin. Miraj pulamerujuk kepadaperjalananNabi merentas tujuh lapis langit hingga ke SidratulMuntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalamsatu malam. Peristiwa Isra dan Miraj berlaku setelah Nabimenempuh tahun dukacita, di mana Nabi telah kehilanganorang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteriBaginda, Siti Khadijah,dan bapa saudara baginda, AbuTalib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telahmembantu usaha dakwah Baginda di peringkat awal.Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di manaBaginda telah menghadapi cubaan yang sangat mencabar.Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh pendudukTaif yang telah menolak usah dakwah Baginda. Pada saatkesedihan itulah Jibril datang membawa pesan gembirauntuk mengiringi Nabi untuk Isra dan Miraj bertemupencipta-Nya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallammengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh MalaikatJibrail dan Mikail. Hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamdicuci dengan Air Zam Zam, dibuang ketul hitam ('alaqah)iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudiandituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam. Setelah itu, dadanya dijahitdan dibacakan dengan khatimin nubuwwah. Selesaipembedahan, didatangkan binatang bernama Buraquntuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luarbiasa yang dinamakan Isra' itu. Selain itu, Rasulullahdidatangi Miraj (tangga) yang indah dari syurga untukdinaiki Rasulullah ke langit pertama hingga ke langit tujuh.Apabila Rasulullah selesai bermunajat, RasulullahSallallahu Alahi Wasallam dibawa menemui Nabi IbrahimAlaihissalam kemudian Nabi Musa Alaihissalam yangkemudiannya menyuruh Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam merayu kepada Allah Subhanahu Wataalaagar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktusembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kalidikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenanmemfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalamdengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.Selesai sahaja memohon kepada Allah Subhanahu Wataala,Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam turun ke langitdunia semula. Seterusnya turun ke Baitul Maqdis. Lalumenunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah padamalam yang sama. Dalam perjalanan ini Baginda bertemudengan beberapa peristiwa yang kemudiannyamenjadi saksi(bukti) peristiwa Isra dan Miraj yang amat ajaib itu. PeristiwaIsra dan Miraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarahyang diceritakan kembali setiap kali tibanya 27 Rejab.Namun adalah lebih penting untuk kita menghayatipengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladaniperkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.

    Nama : Nur Siti Hajar binti Haji SharbiniNo K/P : 01-089732Alamat : No, 51, Simpang 44, Jalan Parak, RPN Panaga, Seria,Negara Brunei Darussalam.

    Hayati peristiwaIsra' dan Mi'raj

    ISRA dan Miraj merupakan peristiwa agung yangdikurniakan oleh Allah SubhanahuWataala kepadanabi kita Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallammelalui perantaraan Malaikat Jibril. Isra bererti Allahmembawa atau perjalananNabi Muhammad SallallahuAlaihi Wasallam pada malam hari dari Masjidil Haram(Mekah) ke Masjidil Aqsa di Palestin. Sementara Mirajpula perjalanan Nabi Muhammad Sallallahu AlaihiWasallam dari bumi (dari Masjidil Aqsa) naik keSidratul Muntaha di langit ketujuh dan kembali semulake Mekah pada malam tersebut. Sehubungan denganitu, adalah amat penting untuk semua umat Islamagar menghayati, mengkaji dan mengambil iktibardengan peristiwa Isra danMiraj ini. Dalammenyentuhmengenai tema sambutan Isra dan Miraj tahun ini,iaitu 'sembahyang penyelamat kita', Isra dan Mirajadalah mukjizat besar yang diberikan oleh AllahSubhanahuWataala untuk memperlihatkan kebesarandan kekuasaan-Nya kepada seluruh umat Islam.Ini bertujuan untuk memperingati hari kebesaran inidi samping mengambil pengajaran dan menghayatiperistiwa tersebut sebagai teladan untukdiimplementasikan dalam kehidupan seharian. Hal inikerana Allah Subhanahu Wataala telah punmenjanjikan untuk meninggikan martabat orang yangberilmu. Firman Allah Subhanahu Wataala dalamSurah Al-Mujaddah ayat 11 tafsirnya Dan apabiladikatakan : ''Berdirilah, hendaklah kamu berdiri,nescaya Allah meninggikan orang-orang berimanantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmupengetahuan agama beberapa darjat. Dan AllahMaha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.Selain itu, pelbagai acara yang telah dilakukan dalammenyemarakkan Sambutan Isra dan Miraj ini sepertidi masjid-masjid, surau-surau dan sebagainya. Perkaraini bertujuan memberi ruang kepada semua pihakuntuk bekerjasama dalam mengungkayahkan kerjakebajikan ini agar dapat meningkatkan kefahamandan mengeratkan silaturahim sesama mereka.Sebagaimana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda yang bermaksud, Apabila Ibnu Adam(manusia) telah meninggal maka terputuslah amalnyamelainkan tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yangbermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasamendoakannya. Rumusannya, ganjaran menghayatiperistiwa tersebut sangat penting. Oleh itu, sama-samalah kita membantu negara mencapai Wawasan2035 dan aspirasi negara iaitu sebagai sebuahNegara Zikir.

    Nama : Muhammad Mirwan bin Mohammad IsmailNo. K/P : 01-085740Alamat : No. 27, Simpang 806, Kampung Jangsak,Jalan Gadong, BF2720, Negara Brunei Darussalam.

  • HARI RABU 10 JUN 20158 AGAMA

    Oleh : Nooratini Haji AbasFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

    Oleh : Aimi SaniFoto : Mohd. Mahdi Haji MarsidiOleh : Haniza Abdul Latif

    Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

    TIMBALAN Pengarah Urusan AMBD,Dayang Hajah Lily binti Haji Kula ketikaberucap merasmikan Bengkel CelikKewangan Islam.

    SEBAHAGIAN guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Lambak Kiri semasamenghadiri Program Taklimat Kenegaraan di Dewan Auditorium,Jabatan Penerangan, Berakas.

    WAKIL dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan POLMAR bertukar cendermata.

    ANTARA peserta Bengkel Celik Kewangan yang hadir di Hotel Park View, Jerudong.

    Latihan Sembilang kukuhkankerjasama dan kesefahamanMUARA, Jumaat, 5 Jun. - LatihanSembilang merupakan satu langkahuntuk mempertingkatkan pencegahandan aspek keselamatan, khususnyadalam arena maritim, bagi persiapanuntuk menangani sebarang ancamanyang boleh menjejaskan ketenteramandan kestabilan negara.

    Perkara tersebut antara yangdinyatakan oleh Pemangku PengarahGerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei(PDB), Penolong Pesuruhjaya Polis(ACP) Haji Mohd. Don bin Haji Harithsemasa Majlis Penutup LatihanSembilang Siri Ke-11 2015 di antaraCawangan Polis Marin dan TenteraLaut Diraja Brunei (TLDB) yangberlangsung di Pusat KoordinasiBerbilang-Negara (MNCC), di sini.

    Taklimat-taklimat sepanjang latihandiadakan katanya, adalah menjuruskepada perundangan dan isu-isukontemporari yang akan dapatmeningkatkan lagi ilmu pengetahuankepada semua peserta dalam bidangkeselamatan dan penguatkuasaanundang-undang maritim.

    Selain dari itu jelasnya, latihan-latihan amali dan 'Table Top exercise'tentang tatacara penggeledahan,tangkapan dan pengumpulan bahanbukti sudah setentunya memberikanpengetahuan perundangan yang perludiketahui oleh semua pesertauntuk mempraktikkan ilmupengetahuan yang dipelajari dalambidang masing-masing sama adapenguatkuasa undang-undangmahupun pertahanan negara.

    Menurutnya lagi, untuk mencapaitahap keselamatan yang diperlukan,saling kerjasama di antara AngkatanBersenjatan Diraja Brunei (ABDB)dan Pasukan PDB adalah sangatmustahak terutama dalam aspekpenggunaan aset, perkongsianmaklumat, kemahiran dan melaluihubungan kerja yang rapat dan sediaterjalin.

    Latihan Sembilang tahun iniujarnya, dapat mengukuhkan lagiperhubungan kerjasama dankesefahaman di antara keduabelah pihak, terutama dalammengungkayahkan operasi bersepadu,demi untuk mencapai matlamat tugas

    dan tanggungjawab yang lebih baikdan berkesan.

    Selain daripada hubungan kerjayang rapat tambahnya, latihan ini jugamerupakan saluran untuk mengeratkanlagi tali silaturahim dan persahabatanyang sekian lama sudah terjalin diantara pegawai-pegawai dan anggotaTLDB dan Polis Marin (POLMAR).

    Majlis pagi itu diselajurkan denganpenandatanganan laporan LatihanSembilang Ke-11 Tahun 2015 olehPegawai PemerintahKDBDarulehsan,Leftenan Kolonel (Laut) Willie binPadan selaku Komander PasukanPetugas (Commander Task Group) danPegawai Pemerintah POLMAR,SuperintendenMatusin bin Haji Kamisselaku Timbalan Komander PasukanPetugas (Deputy CommanderTask Group).

    Pada tahun ini, TLDB telah menjadituan rumah bagi latihan empat hari ituyang terdiri daripada fasa pelabuhandan laut dengan tujuan meningkatkanoperasi dan kerjasama di antarakedua-dua agensi keselamatanmaritim.

    Fasa pelabuhan termasuk taklimat

    yang disampaikan olehPejabat Peguam Negara, TLDB danPOLMAR mengenai tanggungjawabkeselamatan maritim masing-masing.

    Taklimat tersebut juga dihadiri olehagensi-agensi keselamatan maritimdari Jabatan Operasi Marin, Kastamdan Eksais Diraja Tugas Jabatan, PusatPenyelarasan Maritim Negara, JabatanPerikanan, Biro Kawalan Narkotik danJabatan Imigresen Diraja Brunei.

    Selain itu, fasa pelabuhan jugatermasuk satu operasi ringkas danperbincangan, latihan Table Top danteori berlepas serta amali.

    Sementara itu, fasa laut bermulapada 4 Jun yang melibatkan dua buahkapal dari TLDB dan dua kapal-kapaldari POLMARyangmana latihan yangdijalankan semasa fasa laut telahmenggabungkan latihan berlepas danrondaan maritim bersama.

    Turut hadir pada majlis tersebutialah Pemerintah Armada TLDB,Leftenan Kolonel (Laut) PengiranMuhammad bin Pengiran HajiDamit serta pegawai-pegawai dananggota-anggota yang mengambilbahagian dalam latihan tersebut.

    Terapkan celik kewangan dari peringkat awal

    JERUDONG, Jumaat, 5 Jun. -Amalan gaya hidup yang dibebanihutang sudah setentunya memberikesan negatif kepada peminjam bagijangka masa yang panjang. Meskipunterpaksa berhutang, perlulahdiingatkan bahawa hutang yangdipinjam hendaklah mengikutkemampuan dan keupayaan untukmelunaskannya.

    Pemangku Pengarah Urusan,Autoriti Monetari Brunei Darussalam(AMBD), Dayang Hajah Lily bintiHaji Kula mengingatkan demikianpada Majlis Perasmian Bengkel CelikKewangan Islam di Hotel Park View,di sini.

    Tambahnya, perkara itu amatlahdituntut dalam Islam, iaitu untukbersederhana dan berjimat-jimat selainberpandukan dengan prinsip-prinsipIslam yang mana kita boleh menjalanicara kehidupan yang bersistem,berdisiplin, jujur dan amanah.

    Menurutnya, hasil kajian AMBDmendapati 34 peratus tidakmempunyai perancangan bagiperbelanjaan isi rumah, 49 peratustidak mempunyai simpanan secaraaktif dan 24 peratus lagi memerlukanpinjaman untuk membiayai keperluan

    seharian."Statistik-statistik ini setentunya

    menunjukkan kepentingan untukmeningkatkan celik kewanganmasyarakat kita agar tidak terjerumusdi dalam kitaran kemiskinan,"jelasnya.

    Justeru itu, beliau menekankan agarkerjasama dan usaha yang padudaripada sektor kerajaan dan swasta,termasuk persatuan-persatuan bagimemastikan celik kewangan dan jugacelik kewangan Islam benar-benarditerapkan menjadi tabiat kehidupan

    masyarakat kita dari peringkatawal lagi bagi melahirkan generasiberwawasan yang mempunyaikedayatahanan kewangan yang lebihmantap.

    Dari itu, Dayang Hajah Lilymenegaskan, bengkel tersebut akandapat meningkatkan pengetahuan asasmengenai pengurusan kewanganuntuk memahami risiko dan ganjaranbagi setiap produk-produk danperkhidmatan kewangan yangdisediakan agar menepati kehendakmasing-masing tanpa memberi bebandi kemudian hari.

    Tujuan utama bengkel adalahuntuk meningkatkan kesedaran akanpentingnya celik kewangan, iaitudengan pengurusan kewangan yangbijak dan teratur serta perbelanjaansecara berhemat yang diharap akanmemberi manfaat kepada individu,keluarga serta negara kita secaraamnya.

    Bengkel tersebut terangnyamerupakan salah satu usaha untukmenyedarkan orang ramai mengenairisiko berhutang berlebihan danmembasmi beban kemiskinan.

    Melaluinya, beliau menyeru parapeserta memanfaatkan dengansepenuhnya bagi melengkapkandiri dengan ilmu pengetahuan dankeupayaan pengendalian kewangan, disamping menghebahkannya kepadasanak saudara dan rakan-rakan supayamereka juga memperolehi faedah yangsama daripadanya.

    Hal ini katanya, kerana pembarigaancelik kewangan Islam adalah sangatdigalakkan bagi mendapat keberkatandan menjamin keselamatan kita didunia dan akhirat dengan menghindarigharar, maisir dan riba yangdiharamkan dalam Islam.

    Berhubung dengan isu hutangtersebut, AMBD telah punmengeluarkan beberapa peraturanperbankan bagi mengawal hutang isurumah yang menjadi sumberkelemahan kepada sosial ekonominegara, di samping menjagakepentingan orang ramai yang manaakan berkuatkuasa pada 8 Jun 2015.

    Sebarang maklumat lanjutmengenainya, bolehlah dirujukdengan melayari laman sesawangwww.ambd.gov.bn.

    Semai semangatpatriotikkalangan pelajar

    BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Jun. Penghayatan dan pemahamankhususnya kalangan para penuntut terhadap lagu kebangsaan dan benderaNegara Brunei Darussalam perlu diserapkan pada diri pelajar sedari awal agarsemangat patriotik tidak akan pernah luntur.

    Justeru itu, Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan,Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan Program TaklimatKenegaraan bagi maktab-maktab dan sekolah menengah kerajaan seluruhnegara dari semasa ke semasa.

    Lebih 180 pelajar dari SekolahMenengah Lambak Kiri hari ini berpeluangmendengar taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat dalammenghayati bendera negara dan lagu kebangsaan di Dewan Auditorium,Jabatan Penerangan, Berakas.

    Acara bermula dengan nyanyian ramai lagu 'Allah Peliharakan Sultan' danlagu patriotik 'Bendera Negara' dan setelah itu disusuli denganTaklimat Kenegaraan yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan,Awang Haji Dayang bin Haji Kasim yang juga selakuPemangku Ketua Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan.

    Dalam taklimatnya, beliau menjelaskan mengenai definisi bendera negara,sejarah bendera negara, tujuan dan fungsi bendera negara dan sebagainyaserta menerangkan tentang tatacara mengibarkan bendera pada waktu-waktuyang telah ditentukan seperti pada hari-hari istiadat dan kebesaran negara.

    Setelah itu diteruskan dengan tayangan klip video mengenaibendera negara terbitan Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan,Jabatan Penerangan dan seterusnya mengadakan sesi Kuiz Kenegaraan.

    Antara objektif taklimat ialah untuk menyemai perasaan cintakanbangsa, agama, raja dan negara, di samping dapat mengukuhkan lagisemangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri parapelajar melalui bendera negara dan lagu kebangsaan.

    Selain itu, ia juga untuk memapankan usaha-usaha yang sedia adadalam menggalakkan para pelajar untuk menghormati serta menjiwaibendera negara dan lagu kebangsaan.

  • HARI RABU 10 JUN 2015 9NASIONAL

    Oleh : Haniza Abdul LatifFoto : Mohamad Azmi Awang

    Damit

    Dari muka 2

    HALUAN

    Bagi menjana kemajuan mukim dan kampung

    Bawa perubahan bermakna

    Sambutan Hari Keluarga Ria SMR II meriah

    AHLI MMN, Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bergambar ramai bersama ibu bapa dan pelajar-pelajar.

    AKTIVITI lumba lari dalam kain sarung turutmemeriahkan lagi Majlis Sambutan HariKeluarga Ria PIBG SMR II.

    Penerapan kemahiranperniagaan kurangkan

    pengangguranBANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Mei. - Bengkel Keusahawananselama empat hari bermula 25 Mei yang lalu melabuhkan tirainya denganpenyampaian sijil kepada para peserta bengkel. Seramai 16 pesertaterdiri daripada Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)telah menyertai bengkel tersebut yang bertempat di Sekolah PerdaganganBrunei.

    Bengkel tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Alumni UNISSAdengan kerjasama Unit Perkhidmatan Kaunseling dan BimbinganKerjaya UNISSA merupakan satu inisiatif yang cukup bermanfaat olehpihak UNISSA bagi mengurangkan peratus pengangguran melaluipenerapan kemahiran perniagaan.

    Pihak UNISSA telah memberikan subsidi lebih dari 50 peratusuntuk pembayaran yuran bengkel berkenaan dalam sama-sama menarikminat para graduan lepasan universiti berkenaan untuk mengikutibengkel tersebut. Bengkel tersebut dikendalikan oleh pihakLiveWIRE Brunei.

    Turut hadir di majlis penyampaian sijil tersebut ialah Senior BusinessCounselor LiveWIRE Brunei, Awang Mohd. Fadhilullah Tudun binHaji Hassan dan Pengerusi Alumni UNISSA, Awang Haji AbdulRashid bin Awang Haji Damit.

    Pelbagai modul telah disediakan selama empat hari kursus tersebutdijalankan, antaranya ialah Islamic Finance, Ke Arah Usahawan Islamyang Berjaya, Sources of Banking & Finance, Sales & Marketing danBusiness Owner Risk Management.

    Bengkel tersebut memberikan peluang kepada beberapa orangpeserta yang memberikan pandangan yang positif selepas mengikutibengkel.

    ''Realiti bagi peniaga kecil yang menggunakan pemasaran secara atastalian (online) ialah sayalah boss dan sayalah kuli, akan tetapi dengankesungguhan serta kerja keras, dan tidak takut untuk mengambil risiko,di samping berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kita semuaboleh berjaya dan menjadi boss bagi perniagaan masing-masing,''menurut Dayang Siti Nur Zuhaidah binti Haji Abdullah.

    ''Biarlah bersusah dahulu, InsyaaAllah senang di kemudian hari,''komen salah seorang peserta, Dayang Siti Nur Azua yangtelah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan selepas tamatpengajian di UNISSA.

    Bengkel ini dibukakan khusus untuk graduan-graduan lepasanUNISSA, iaitu para alumni dan juga pelajar-pelajar tahun akhirdi universiti berkenaan. Antara objektif bengkel ini ialah pendedahansecara teori mengenai selok belok perniagaan termasuklah pendaftarannama syarikat, perbankan, pengurusan pekerja, pengurusan wangkeutungan, pinjaman bank dan ke arah melahirkan usahawan Islamyang berjaya.

    Pihak penganjur bercadang untuk mengadakan lebih banyak bengkelkeusahawanan di masa akan datang dan akan mengadakan kerjasamadi antara agensi-agensi yang berkenaan bagi memudahkan para pesertamemulakan perniagaan mereka.

    AHLI Majlis Mesyuarat Negara,Yang Berhormat Awang Haji Tahamit binHaji Nudin yang juga selaku PenghuluMukim Gadong 'A' merasmikan MajlisSambutan Hari Keluarga Ria PersatuanIbu Bapa dan Guru (PIBG), SekolahMenengah Rimba (SMR) II.

    Sebelum mengakhiri ucapan ini,saya sukacita memetik titahKebawah DYMM Paduka SeriBaginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mui'zzaddin Waddaulahibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan danYangDi-PertuanNegara Brunei Darussalam diMajlis Perasmian PerhimpunanMajlis-Majlis Perundingan Mukimdan Kampung Seluruh Negara diPusat Persidangan Antarabangsa,Berakas pada 7 Ogos 2007 lalu yangpada hemat saya sangat relevan dansegar sepanjang zaman yang dapatdijadikan peringatan dan penyuntiksemangat kepada semua penghuludan ketua kampung di dalammenjaga dan memantapkan maruahserta martabat institusi. Antara lainbaginda bertitah :

    "Lebih cantik lagi, kita diBrunei, mukim dan kampung itu adapenghulu dan ketuanya. Apabiladisebut saja mukim dan kampung,orang biasanya akan mencari pulasiapa penghulu dan ketuanya.Mereka ini pada lazimnya adalahorang-orang yang amat disegani dandihormati.

    Oleh itu, para penghulu dan ketuatidak boleh tidak, dikehendaki untukmengekalkan ciri-ciri keunggulan

    mereka selaku orang-orang yangdihormati.

    Negara InsyaaAllah akan terusmenikmati kehidupan aman, selamatdan harmoni, selagi mukim dankampung masih mempunyaipenghulu dan ketua yang memilikikarisma dan kepimpinan berwibawa.lni bukan pujian tetapi peringatan,bahawa para penghulu dan ketuaserta agensi-agensi yang berkenaanadalah mempunyai tanggungjawabbesar untuk memeduli anak-anakbuah masing masing tanpamemilih-milih.

    Dalam pemberian khidmat kepadamereka itu seharusnya tidaklah adaberlaku sikap membeza-beza. Kitamesti melayani mereka dengan samarata," demikian titah baginda.

    Pada kesempatan di hari bahagiadan bersejarah ini, saya sukacitamenyeru abis kita semua supaya akandapat memberikan kerjasama dansokongan padu kepada Yang MuliaPenghulu Awang Haji Abdul RahmanbinMerusin, selaku Penghulu MukimBangar yang baru dan keluargabeliau di dalam mengekalkankewujudan suasana harmoni mukimdan akan sentiasa bermuafakat dansepakat dalam apa jua perkarakhususnya dalam usaha-usahamemajukan dan meningkatkankerjasama mukim dankampung-kampung di dalamnya

    yang sudah berada di tahap baikpada masa ini kepada yanglebih membanggakan, dengannyaInsyaaAllah profil Mukim Bangarakan terus terserlah dan tersohor.

    Adalah juga diharapkan kepadaYang Mulia Penghulu Awang HajiAbdul Rahman bin Merusin bersamaketua-ketua kampung di dalammukim akan dapat menggiatkanusaha penuh keprihatinan, keyakinandan rasa tanggungjawab dalammelayani dan menyelesaikansebarang apa jua keperluan dankepentingan anak-anak buah danmasyarakat di mukim ini.

    Buat akhirnya, marilah kitasemua sama-sama berdoa semogakepimpinan Yang Mulia PenghuluAwang Haji Abdul Rahman binMerusin dalam menerajui pendudukdan masyarakat di Mukim Bangarakan sentiasa mendapat rahmattaufeq dan hidayah Allah SubhanahuWata'ala. Dengannya kemajuan-kemajuan dihasratkan akan tercapaidan kesejahteraan, keamanan sertakeselamatan Mukim Bangar akanterus dinikmati berpanjangan.InsyaaAllah.

    Sekian.

    Wabillahit Taufeq Walhidayah,Wassalamu 'AlaikumWarahmatullahiWabarakatuh.

    BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad,7 Jun. - Sambutan Hari Keluarga Riamerupakan salah satu ProgramOutreach yang dirancang oleh pihakSekolah Menengah Rimba (SMR) II,yang melibatkan komuniti sekelilingterutama seluruh warga sekolah,ibu bapa dan penjaga bagimenyebarluaskan ilmu, maklumat

    serta mengendalikan aktivitikemasyarakatan untuk mengeratkan

    hubungan sekolah dengan ibu bapadan masyarakat sekeliling.

    Pengerusi Persatuan Ibu Bapa danGuru (PIBG), SMR II, Dr. AwangHaji Supry bin Haji Awang Ladimenjelaskan perkara itu pada MajlisSambutan Hari Keluarga Ria PIBGSMR II yang berlangsung di DewanSMR II, Rimba.

    Katanya, sambutan kali inimelibatkan 13 acara sukan ria yangbercorak kekeluargaan yang telahdirancang bersama, di sampingacara-acara yang menarik sepertipermainan bouncer dan aktiviti jualandari para ibu bapa dan guru-guruSMR II.

    Dengan adanya acara-acara danaktiviti-aktiviti seperti ini jelasnyaakan dapat mencapai tujuan danhasrat PIBG dan SMR II untukmenyatupadukan semua keluargadengan rasa kasih sayangdan harmoni.

    Hadir selaku tetamu kehormatialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara,Yang Berhormat Awang Haji Tahamitbin Haji Nudin yang juga selakuPenghulu Mukim Gadong 'A'.

    Sambutan turut dimeriahkan denganbeberapa aktiviti sukan termasuk acarasenamrobik dan pelbagai pertandingandibukakan kepada para penuntut danibu bapa.

    Antara tujuan sambutan ialahuntuk menyahut titah Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam, selainmemupuk semangat kekeluargaandalam kalangan para penuntut, ibubapa serta warga sekolah danmemberikan mereka ruang dan masayang berkualiti untuk saling kenalmengenali.

  • HARI RABU 10 JUN 201510 RENCANA

    Catchy Homey Choco

    COKLAT walaupun dikatakanpermintaan secara bermusim,tetapi seandainya coklat itumemang sedap, menarik dan murahpasti ia akan menambat danmembuatkan pembeli pertama terusmenjadi pelanggan setia. Industri buatcoklat buatan tangan ini bolehdijalankan oleh sesiapa saja. Asalkanrajin, kreatif dan ada jiwakeusahawanan, dia tentu bolehmenjalankannya.

    Begitulah juga akan halnya dengansalah seorang pengusaha coklat yangmula berniaga coklat melalui rumah(Home Business). Dayang Hajah

    Maria binti Haji Saban, 39 tahunberasal dari Kampung Lambak 'B',Jalan Pasir Berakas memilih untukberniaga coklat kerana minatnyaterhadap makanan yang sememangnyadisukai oleh banyak orang terutamasekali dalam kalangan kanak-kanak.

    Bermula dari minat ingin membuatcoklat sendiri maka dari situlahjuga timbulnya Catchy Homey Chocoyang ditubuhkan dan bermula padaOktober 2010 dengan berniaga secarakecil-kecilan dan hanya bermodalkansebanyak BND50.00.

    Pada awal perniagaan coklat CatchyHomey Choco ini ia turut dibantu olehkeluarga dan rakan-rakan dalammemperkenalkan hasil coklat ciptaanbeliau dan dari sini lah juga beliaumula perkenalkan perniagaan coklatbuatan tangan melalui Facebook.Dalam kesibukan orang lainbersosialisasi, Dayang Hajah Mariajuga bersosial dengan ada matlamat.

    Walaupun sudah berkemahirandalam membuat coklat homeytersebut namun pada kenyataannyaDayang Hajah Maria tidak pernahmengikuti mana-mana kelas dalammembuat coklat atau mana-manasekolah masakan yang diadakan didalam negeri mahupun luar negeri.

    Sejak menceburi bidang pembuatandan penjualan coklat, dia terus

    membulatkan tekad mengembangkanperniagaan berkenaan memandangkansambutan yang luar biasa selainmendapat galakan daripada keluargayang tidak putus-putus mahumelihatnya berjaya sebagai usahawanwanita.

    Jelasnya beliau mahu menghasilkancoklat yang bukan sekadar menepaticita rasa peminat coklat, tetapi kalauboleh biarlah ia memberi kebaikantambahan kepada diri kita.

    ''Ramai yang sukakan coklattermasuk diri saya sendiri. Lalu sayamendapat idea menghasilkan coklatyang bukan setakat sedap, tetapi iajuga dicampur dengan makananyang bagus untuk otak dan tubuh,''katanya yang turut memaparkancoklatnya itu di Facebook.

    ''Sudahmenjadi kelaziman dan asamgaram kehidupan di mana setiap usahayang dijalankan sememangnya adakesukaran dan halangan, seperti bahanyang tidak mencukupi, bahan yangdiinginkan atau diperlukan tidak adaterjual di negara sendiri dan yangpaling membimbangkan lagi adalahkesahihan tentang kehalalan bahan-bahan yang digunakan semestinyadiambil perhatian yang mendalam dantidak juga ketinggalan perihal kerugianberkaitan dengan bahan mentahyang ada kadangkalanya terlalu tinggiharganya,'' jelas beliau.

    Tambahnya lagi matlamat utamaadalah memperkenalkan coklat hasilbuatan tangan di dunia siber.

    Berkat kesabaran yang sentiasaditanam di dalam jiwa sebagai seorangpeniaga hasilnya coklat CatchyHomeyChoco mula dibeli oleh rakan-rakanFB. Sedikit demi sedikit jualanbertambah dan begitulah pendapatanmula meningkat.

    Menurutnya lagi cara buat coklatsendiri dan jadikan ia bisnessebenarnya menguntungkan dan inisatu peluang buat semua bagimenambah income terutama di musimperayaan.

    ''Ramai yang tidak tahu pembuatancoklat sebenarnya mudah dan bolehdilakukan dari rumah. Malah,anda boleh buat coklat pelbagaiperisa dengan pelbagai bentuk.Salah satu teknik bisnes coklat buatansendiri ialah dengan menambahperisa unik yang tidak ada di pasarandan mereka bentuk coklat agarlebih catchy dan menarik,'' terangnya.

    Untuk mendapatkan sesuatu bentukcoklat tersebut kelihatan menarik danunik Dayang Hajah Maria sentiasamembuat penelitian di majalah-majalah atau melihat dikedai-kedaibakeri bahkan apa yang diperolehiakan dicantumkan dengan ilham yanglahir dari idea dan kreativitinya sendiri.Wanita ini jatuh hati pada perniagaancoklat kerana pembuatannya yangmudah dan tidak mengambil masapanjang untuk disiapkan dan untukmenyiapkan satu-satu coklat tersebutia merangkumi masa dalam15-20 minit.

    Jelasnya pula untuk membuat dan

    menghasilkan coklat ia memerlukanminat dan seni yang ada lagipununtuk membuat coklat pula iatidak memerlukan masa yang lamasebab ia begitu cepat tanpamenggunakan bahan yang banyakdan tanpa oven.

    Antara nama-nama coklat yang adadalam hasilnya sendiri antaranyaCatchy Love, Catchy Pop, HomeyBlock, Kids Fun, Catchy Oreo danyang paling dimintai ialah CatchyOreo dan Catchy Love yangmerupakan hasil idea dan ilhamDayangHajahMaria sendiri, manakalaharga bermula dari BND1.80 hinggaBND14 mengikut sesuatu bahan danpakej.

    ''Alhamdulillah sambutan agakmenggalakkan dan antara tempahanyang selalu dibuat adalah tempahanuntuk Kids Birthday Party danhantaran,'' ujarnya.

    Walaupun kadangkalanyapermintaan coklat tidaklah begituhebat sebagaimana di negara-negaraluar namun ia cukup memberikankepuasan buat Dayang Hajah Mariawalau hanya dengan pendapatan yangsederhana bahkan beliau merancanguntuk memperkembangluaskan lagipembuatan Catchy Homey Chocobeliau agar lebih diminati ramai danberusaha untuk memajukan darisegi jualan, promosi, mempercantik-kan lagi dari segi pembungkusanserta akan lebih menitikberatkandari segi kebersihan bahan yangdigunakan serta kehalalannya.

    Rencana dan Foto : Ak. Jefferi Pg. Durahman

    DAYANG Hajah Maria, 39 tahun bersyukur menjadikan Catchy Homey Choco sebagai satu perniagaan beliau. Sementaragambar-gambar yang tertera menunjukkan sebahagian daripada coklat yang dihasilkan beliau sendiri.

    Bukan setakat sedap,tetapi berkhasiat

  • HARI RABU 10 JUN 2015 11AGAMA

    Keistimewaan bulan Syaaban

    SYAABAN adalah bulan kelapandalam kalendar Islam. Syaaban ertinyaberpecah-belah dan bulan ini dinamakansedemikian kerana suku-suku Arab berpecah-pecah pergi mencari air. Dalam bulan ini telahterjadi peristiwa penting dalam sejarah Islamdi mana peralihan kiblat dari Masjidilaqsa keKaabah di Masjidilharam berlaku. Dan dari sejakperistiwa itu, sembahyang ditunaikan denganmenghadap Kaabah sebagai kiblat.

    Syaaban merupakan salah satu bulan yangmempunyai keistimewaan tersendiri di dalamIslam. Keadaan ini samalah juga dengan bulanRejab dan Ramadan yang mempunyai fadhilattersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannyasentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yangberiman dan bertaqwa kepada Allah di dunia dandi akhirat, sebagaimana hadits yang diriwayatkanoleh Imam Abu Daud, dari AisyahRadhiallahu 'anha yang bermaksud:

    ''Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah

    Sallallahu Alaihi Wasallam di mana bagindaSallallahu Alaihi Wasallam akan berpuasa didalam bulan Syaaban kemudian meneruskannyadi dalam bulan Ramadan.''

    Disebabkan keadaan itu tidak hairanlahseandainya ramai umat Islam yang sebelumnyasusah untuk berpuasa sunat, kembalimengerjakan ibadat tersebut pada bulan Syaaban.Amalan-amalan yang baik dilakukan pada bulanini ialah bersedekah, bersembahyang sunat,bertasbih, memohon keampunan daripada AllahSubhanahu Wata'ala, berwirid dan lain-lainamalan yang boleh membantu mendekatkandiri kepada Allah. Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam banyak berpuasa sunat dalam bulanmulia ini, di samping menggalakkan umat Islammelipatgandakan amal ibadat.

    Di bulan Syaaban ini, umat Islam digalakkanuntuk bertaubat dan memohon keampunan dankeredhaan Allah Subhanahu Wata'ala keranabulan Syaaban adalah antara bulan mulia di sisiAllah yang membawa keberkatan, nikmat dankesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya.

    Rasulullah adalalah contoh teladan umatIslam dalam segala lapangan hidup, maka kitasebagai umat Islam adalah digalakkan banyakmenunaikan puasa sunat Syaaban sepertiberpuasa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallampada bulan itu. Selepas Syaaban akan diikuti pula

    bulan Ramadan yang diwajibkan kepada umatIslam berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasaSyaaban adalah perintis dan latihan untukmembiasakan diri bagi menunaikan kewajipanberpuasa dalam Ramadan sepenuhnya. Bagimereka yang sudah biasa berpuasa sudah tentukurang terasa kepenatan dan tidak pula rasaterkejut serta berasa berat hati untuk berpuasadalam Ramadan nanti.

    Imam al-Bukhari dan Muslim telahmeriwayatkan dari Sayidatina Aisyah bahawabeliau tidak pernah melihat RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam berpuasa sebulansepenuhnya kecuali Ramadhan, beliau juga tidakpernah melihat Rasulullah berpuasa hampirsebulan penuh melainkan Syaaban. SayidatinaAisyah juga pernah meriwayatkan bahawaRasulullah pernah berpuasa Syaabansepenuhnya.

    Imam an-Nasai'e telah meriwayatkan daripadaUmmu Salmah katanya aku tidak pernah melihatRasulullah berpuasa dua bulan berturut-turutkecuali Syaaban dan Ramadan. Berdasarkandaripada hadits-hadits tersebut dapatlahdisimpulkan bahawa Islam menggalakkanumatnya untuk melaksanakan ibadat puasasunat dalam bulan Syaaban. Lebih-lebih lagiibadat puasa adalah suatu ibadat yang sangatdituntut dilakukan dalam bulan Syaaban.

    Pada malamNisfu Syaaban (pertengahan bulanSyaaban), kita digalakkan menambah amal ibadatdengan membaca al-Qur'an dan Surah Yaa Siinuntuk menghidupkan lagi malam tersebut.

    Imam Ibnu Majah meriwayatkan dariAli Radhiallahu 'anhu katanya : RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam bersabda yangbermaksud:

    ''Apabila tiba malam pertengahan Syaabanmaka hendaklah menghidupkan malam itu(dengan beramal ibadat) dan berpuasa disiangnya, maka sesungguhnya Allah SubhanahuWata'ala turun pada waktu itu lantaranterbenamnya matahari ke langit dunia danberfirman: 'Siapa yang memohon keampunanmaka Aku akan mengampunkannya, siapa yangmeminta rezeki maka Aku akan kurniakankepadanya rezeki, siapa yang ditimpa balaAku akan melepaskannya, adakah kamu......adakah kamu (berturutan pertanyaan dariAllah Subhanahu Wata'ala) sehinggalahterbitnya fajar subuh.''

    Setiap muslim adalah sewajarnya merebutpeluang keemasan yang terhampar pada bulanSyaaban. Mudah-mudahan apa jua amalan danamal ibadat yang dilakukan akan mendapatkeberkatan dan keredhaan Allah SubhanahuWata'ala jua.

    Keluar Air Mani di SiangHari Bulan Ramadhan

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagiAllah, Selawat dan salam ke atas

    Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam,keluarga, sahabat dan para pengikut

    Baginda)

    Ketika mengerjakan ibadah puasa,kita dituntut supaya menjauhi segalaperkara yang bolehmenjejaskan ibadahpuasa kita. Tidak kira sama ada kerana perkaratersebut boleh membatalkan ibadah puasa, ataukerana ia boleh menjejaskan kesempurnaannyakerana tidak selari dengan hikmat pensyariatanserta adab-adab berpuasa.

    Salah satu perkara yang boleh menjejaskanibadah puasa bahkan boleh menyebabkanibadah puasa batal ialah keluar air mani di sianghari bulan Ramadhan. Walaupun demikian,bukan dalam semua keadaan keluar air mani ituboleh membatalkan ibadah puasa. Bahkan adakalanya ia tidak menjejaskan ibadah puasa.

    Sebab-sebab berlaku keluar air mani di sianghari bulan Ramadhan boleh dibahagikan kepadabeberapa keadaan seperti berikut:

    1. Disebabkan Melakukan HubunganKelamin

    Mengadakan hubungan kelamin, sama adabersama pasangan yang sah yakni suami isteriatau bukan, melalui qubul ataupun melaluidubur, memakai sarung seperti kondom ataupuntidak, berlaku inzal (keluar air mani)ataupun tidak, semuanya adalahmembatalkan puasa.

    Begitu juga tidak ada beza dalam perkara inisama ada ia dilakukan bersama manusiaataupun bersama binatang. Semuanya inimembatalkan puasa dengan syarat dia tahu akanhukum haramnya, dan dia melakukannyadengan senghaja, atas kemahuannya sendiritanpa paksaan daripada sesiapa.

    Bagi lelaki, disyaratkan hubungan kelaminyang membatalkan puasa itu masuknyakeseluruhan hasyafah yakni kepala zakar,ataupun kadarnya bagi lelaki yang tidakmempunyai hasyafah. Oleh itu, tidak batalpuasa jika tidak masuk keseluruhan hasyafahataupun kadarnya itu kecuali sekiranya iamenyebabkan inzal yakni keluar air mani.

    Adapun perempuan yang disetubuhi pula,batal puasanya dengan berlakunya dukhul(masuk zakar ke dalam faraj atau dubur)semata-mata, walaupun hanya sebahagianhasyafah sahaja yang masuk ke dalam qubulatau duburnya itu.

    Wajib ke atas orang yang batal puasanyakerana jimak ini supaya imsak (menahan diridari makan dan minum) sepanjang siang puasaRamadhan sepertimana keadaan orang yangsedang berpuasa. Khusus bagi lelaki yangmewathi' (menyetubuhi), di samping wajib

    qadha, dia juga wajib membayar kaffarahdengan memerdekakan seorang hamba. Jika diatidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa duabulan berturut-turut dan jika dia tidak berdayauntuk berpuasa dua bulan berturut-turut, makahendaklah dia memberi makan enam puluhorang miskin.

    2. Disebabkan Istimna' (onani)Keluar air mani dengan sebab istimna'

    (onani), sama ada dilakukan menggunakantangan sendiri atau tangan orang lain, dan samaada dengan menggunakan sarung sepertikondom ataupun tidak, begitu juga sama adadengan diiringi syahwat ataupun tidak, selamamana perbuatan itu menyebabkan keluar airmani, dan ia dilakukan dengan senghaja ataskemahuan sendiri serta tahu akan hukumharamnya, maka yang demikian itu adalahmembatalkan puasa.

    Adapun orang yang keluar air mani keranamenggaru zakarnya yang sangat gatal, makayang demikian itu tidak membatalkan ibadahpuasa jika dia tidak tahu bahawa perbuatannyaitu boleh menyebabkan air maninya keluar.

    Bagaimanapun, jika orang tersebut tahubahawa jika dia menggaru zakarnya airmaninya akan keluar, maka hal ini terbahagikepada dua keadaan:

    i) Jika dia tidak mampu menahan dirinyadaripada menggaru zakarnya yang sangat gatalitu, lalu dia pun menggarunya kemudian keluarair maninya, maka tidak batal puasanya.

    ii) Jika dia mampu menahan dirinya daripadamenggaru zakarnya yang sangat gatal itu, laludia menggarunya juga, kemudian keluar airmaninya, maka batal puasanya.

    3. Disebabkan ciuman, sentuhan, pelukandan yang seumpamanya

    Keluar air mani kerana ciuman, sentuhan,pelukan dan yang seumpamanya inimempunyai beberapa permasalahan:

    i) Keluar air mani kerana menyentuhmana-mana anggota tubuh badan perempuanyang membatalkan wudhu, sama ada dengancara ciuman, sentuhan dan sebagainya, tanpaberlapik, adalah membatalkan puasa.

    ii) Sekiranya yang disentuh itu bukan yangmembatalkan wudhu, seperti rambutperempuan misalnya, walaupun rambutperempuan yang bukan mahramnya, lalu keluarair maninya kerana menyentuh rambutperempuan itu, maka tidak batal puasanya.

    Begitu juga jika yang disentuh itu adalahmahramnya sendiri, dan sentuhannya itu bukandengan syahwat, bahkan sekadar sentuhan kasihsayang atau belas kasihan semata-mata,lalu keluar air maninya, maka tidak batalpuasanya.

    Bagaimanapun, menurut Imam Ibnu Qasimal-'Abbadi Rahimahullah, berlainan pula

    hukumnya jika dia menyentuh mahramnya itudengan tujuan untuk mengeluarkan air mani,lalu keluar air maninya kerana sentuhan itu,maka batal puasanya kerana ini termasuk dalamkategori istimna', iaitu mengeluarkan air manisecara senghaja di luar jimak.

    iii) Sekiranya dia menyentuh atau memelukperempuan dengan berlapik, sekalipun nipislapiknya itu, lalu keluar air maninya, maka tidakbatal puasanya, tidak kira sama ada diamelakukannya dengan syahwat ataupun tidak.

    Bagaimanapun, menurut Imam Ibnu Qasimal-'Abbadi Rahimahullah, jika dia menyentuhatau memeluk dengan lapik itu dengan tujuanuntuk mengeluarkan air mani, lalu keluar airmaninya, maka batallah puasanya kerana inijuga termasuk dalam kategori istimna'.

    iv) Sekiranya dia memeluk perempuansebelum masuk waktu berpuasa, sepertidalam waktu sahur misalnya, kemudian diamelepaskan pelukan tersebut sebelum masukwaktu Subuh, tiba-tiba apabila masuk waktuSubuh air maninya pun keluar, perkara initidaklah membatalkan puasa.

    v) Sekiranya lelaki itu mencium perempuanketika sedang berpuasa, lalu dia melepaskanciumannya, kemudian setelah dia melepaskanciumannya itu, air maninya pun keluar. Dalamhal ini, jika ciuman itu diiringi syahwat danberlaku ereksi pada zakarnya, maka batallahpuasanya.

    Adapun jika ciuman itu tidak diiringi syahwatdan tidak berlaku ereksi pada zakarnya,lalu keluar air maninya selepas melepaskanciuman itu, perkara ini tidaklah membatalkanpuasanya.

    vi) Sekiranya air maninya keluar kerana

    menyentuh kemaluan binatang, tidaklahperbuatan tersebut membatalkan puasanya.

    4. Disebabkan melihat atau memikirkansesuatu yang menimbulkan syahwat

    Melihat atau memikirkan ataumembayangkan sesuatu sehingga timbulsyahwat lalu keluar air mani, menurut ulamaperkara tersebut tidaklah membatalkan puasa.

    5. Disebabkan bermimpiKeluar air mani kerana mimpi di siang hari

    puasa tidak membatalkan ibadah puasa. Akantetapi menurut Imam al-Asnawi Rahimahullah,sunat dia menyegerakan mandi wajib sebaiksahaja dia tersedar daripada mimpinya.

    Dalam keadaan-keadaan yang disebutkan diatas, ibadah puasa yang batal itu wajib diqadha.Manakala kaffarah pula, ia hanya diwajibkan keatas mereka yang rosak puasanya keranamelakukan jimak di siang hari puasa bulanRamadhan walaupun tidak berlaku inzal keranajimak itu. Bagaimanapun, kaffarah ini hanyawajib ke atas lelaki yang mewathi' sahaja, dantidak ke atas yang diwathi' (disetubuhi).

    Adapun sekiranya air mani keluar keranaselain daripada jimak, seperti keranamelakukanonani, menyentuh kulit perempuan yang bukanmahram tanpa lapik dan sebagainya, tidaklahdiwajibkan kaffarah.

    Memasuki Waktu Subuh Dalam KeadaanBerhadas Besar

    Orang yang memasuki waktu Subuhsedangkan dia masih lagi dalam keadaanberhadas