pbs psv band 3

10
BAND 3 D1 B3D1E1 Menghasilkan lakaran idea lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik. Di atas sebuah meja kelihatan sebuah teko, cawan, dulang, sepinggan roti dan hidangan lain untuk santapan di petang hari.(SESUAIKAN BILANGAN OBJEK MENGIKUT TAHAP PELAJAR) Lakarkan hidangan tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan, ruang dan pencahayaan. Tema : Hidangan petang Media : Pensil/Pen Teknik : Garisan B3D1E2 Menghasilkan lakaran idea catan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui penerokaan idea, pelbagai media dan teknik.

Upload: zamzam-zarawi

Post on 16-Apr-2015

656 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PSV T2

TRANSCRIPT

Page 1: PBS PSV  BAND 3

BAND 3 D1

B3D1E1

Menghasilkan lakaran idea lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik.

Di atas sebuah meja kelihatan sebuah teko, cawan, dulang, sepinggan roti dan hidangan lain untuk santapan di petang hari.(SESUAIKAN BILANGAN OBJEK MENGIKUT TAHAP PELAJAR)

Lakarkan hidangan tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan, ruang dan pencahayaan.

Tema : Hidangan petang

Media : Pensil/Pen

Teknik : Garisan

B3D1E2

Menghasilkan lakaran idea catan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui penerokaan idea, pelbagai media dan teknik.

Anda telah melawat ke pesta layang-layang yang diadakan di Pasir Gudang. Anda terpikat dengan kecantikan warna, bentuk dan aksi layang-layang yang sedang terbang.

Gambarkan aksi layang-layang dari jarak dekat dengan memberikan penekanan kepada jalinan, warna dan pergerakan layang-layang tersebut.

Page 2: PBS PSV  BAND 3

B3D1E3

Menghasilkan lakaran idea arca dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai idea dan teknik.

Soalan:

Hasilkan lakaran sebuah arca luakan yang bermotifkan flora dengan menggunakan lilin.

Gambarkan lakaran tersebut dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk, ruang, dan kestabilan.

Tema : Flora

Teknik : Luakan

Media : Lilin

B3D1E4

Menghasilkan lakaran idea cetakan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik.

Hasilkan lakaran cetakan timbulan yang bertemakan ‘Tipografi’.

Cetakan tersebut menggunakan media kadbod dan mengaplikasikan dua jenis warna yang menarik.

Page 3: PBS PSV  BAND 3

B3D1E5

Menghasilkan lakaran idea rekaan grafik yang mudah dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik.

Soalan:

Hasilkan ilustrasi untuk sebuah buku cerita kanak-kanak. Buku cerita itu mengisahkan dunia permainan kanak-kanak.

Gambarkan ilustrasi tersebut dengan memberi penekanan warna dan bentuk,.

Tema : Dunia permainan kanak-kanak

Media : Cat Poster

Teknik : Campuran

B3D1E6

Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan kraf ukiran atau tekat.

Soalan:

Hasilkan satu lakaran seni tekat pada kipas tangan. Lakaran tersebut bermotifkan flora dan fauna.

Tema : Flora & Fauna

Media : Pensil

Teknik : Garisan

Page 4: PBS PSV  BAND 3

BAND 3 D2

B3D2E1

Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran asas, penerokaan proses, media, dan teknik dengan memeberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek.

Di atas sebuah meja terdapat beberapa jenis sayuran .

Hasilkan lukisan pelbagai jenis sayuran dengan memberi fokus kepada bentuk,dan jalinan.

Tema : Sayur-sayuran

Media : Pastel

B3D2E2

Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran asas catan, penerokaan proses, media, dan teknik dengan memeberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek.

Tiga ekor ikan emas sedang berenang-renang di dalam sebuah akuarium kaca. Kelihatan batu-bata kecil, rumpai, dan hiasan di dalam akuarium tersebut.

Gambarkan situasi di atas dengan memberi penekanan pada warna dan pergerakan.

Tema : Ikan emas

Media : Cat air

Teknik : Campuran

Page 5: PBS PSV  BAND 3

B3D2E3

Menghasilkan arca dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik yang sesuai.

Soalan:

(Guru harus menunjukkan contoh gambar arca mobail kepada pelajar)

Hasilkan sebuah arca mobail yang bertemakan rama-rama berbentuk 3D dengan menggunakan kertas keras daripada kadbod, kotak dan sebagainya. Arca tersebut mestilah mengaplikasikan reka corak, warna, bentuk dan jalinan.

Tema : Rama-rama

Teknik : Binaan

Media : kertas keras

Page 6: PBS PSV  BAND 3

B3D2E4

Menghasilkan cetakan timbul atau stensil dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea penggunaan media, proses dan teknik yang sesuai.

Kumpulkan bahan-bahan terbuang untuk menghasilkan cetakan timbul. Buat beberapa lakaran dan pilih satu lakaran yang terbaik untuk menghasilkan karya.

Tema : Rumah Kampung

Media : Tali, kertas

Panduan guru:

1. Pelajar buat kolaj dari tali2. Daripada tampalan letakkan warna pada kolaj3. Kemudian cetak pada kertas lain

Page 7: PBS PSV  BAND 3

B3D2E5

Menghasilkan reka bentuk grafik mudah dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea penggunaan media, proses dan teknik dengan memberi perhatian kepada ilustrasi dan mukataip.

Soalan:

Hasilkan ilustrasi untuk sebuah kulit buku. Kulit buku tersebut menggambarkan suasana angkasawan dan hidupan lain di persekitarannya.

Gambarkan ilustrasi tersebut dengan menekankan aksi angkasawan, warna, bentuk dan jalinan.

Tema : Angkasawan

Teknik : Catan

Media : Cat poster

Page 8: PBS PSV  BAND 3

B3D2E6

Menghasilkan ukiran atau tekat yang mudah dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea motif dan reka bentuk, penggunaan media, proses dan teknik dengan member perhatian kepada motif dan reka bentuk yang mudah.

Soalan:

Hasilkan ukiran kayu bunga timbul untuk sebuah hiasan dinding dengan mengaplikasikan motif flora bunga kacang.

Motif : Bunga kacang

Media : Kayu

Teknik : Ukiran bunga timbul