panduan penulisan objektif pj

2
21 Penyediaan Rancangan Kerja Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. MM/IPIK/PEDA/2012 Panduan Dalam Penulisan Objektif Tingkah Laku Dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), para pelajar harus menyenaraikan hasil pembelajaran berasaskan tiga domain psikomotor, kognitif dan afektif. Objektif Psikomotor Penulisan objektif psikomotor memerlukan penekanan dari aspek: (i) apa yang perlu dilakukan oleh murid (ii) situasi perlakuan tersebut (iii) syarat menandakan murid berjaya Bil Apa yang perlu dilakukan oleh murid Situasi perlakuan tersebut Syarat menandakan murid berjaya 1. Melakukan hantaran paras dada tepat kepada rakan sejauh 5 meter sebanyak 8 percubaan 2. Melambung dan menyambut gelung rotan dengan menggunakan sebelah tangan setinggi 3 m dan menyambut dengan tangan yang lain sebanyak 4 daripada 5 percubaan 3. Mengaplikasikan kemahiran lob dalam situasi permainan kecil setiap kali menghantar bola kepada rakan Contoh Penulisan: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: (i) melakukan hantara paras dada tepat kepada rakan sejauh 5 meter sebanyak 8 percubaan (ii) melambung gelung rotan dengan satu tangan setinggi 3 meter dan menyambutnya dengan tangan yang lain sebanyak 4 daripada 5 percubaan (iii) mengaplikasikan kemahiran hantaran lob dalam situasi permainan kecil setiap kali menghantar bola kepada rakan Objektif Kognitif Pentafsiran berbentuk lisan atau tulisan oleh murid-murid terhadap elemen yang disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kata kerja yang membantu dalam menyenaraikan pernyataan objektif kognitif adalah: Menyenaraikan Menjelaskan Menyatakan Mencipta Contoh Penulisan: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: (i) menyatakan dua anggota badan yang terlibat sewaktu melakukan....... (ii) menjelaskan tiga langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil sewaktu berada di padang. (iii) menyenaraikan tujuh warna pelangi mengikut urutan. Yang boleh diukur

Upload: wan-suhaimi-wan-setapa

Post on 09-Apr-2017

25 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Penulisan Objektif PJ

21

Penyediaan Rancangan Kerja Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. MM/IPIK/PEDA/2012

Panduan Dalam Penulisan Objektif Tingkah Laku

Dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), para pelajar harus menyenaraikan hasil

pembelajaran berasaskan tiga domain psikomotor, kognitif dan afektif.

Objektif Psikomotor

Penulisan objektif psikomotor memerlukan penekanan dari aspek:

(i) apa yang perlu dilakukan oleh murid

(ii) situasi perlakuan tersebut

(iii) syarat menandakan murid berjaya

Bil Apa yang perlu dilakukan oleh murid

Situasi perlakuan tersebut Syarat menandakan murid berjaya

1. Melakukan hantaran paras dada

tepat kepada rakan sejauh 5 meter sebanyak 8 percubaan

2. Melambung dan menyambut gelung rotan

dengan menggunakan sebelah tangan setinggi 3 m dan menyambut dengan tangan yang lain

sebanyak 4 daripada 5 percubaan

3. Mengaplikasikan kemahiran lob

dalam situasi permainan kecil setiap kali menghantar bola kepada rakan

Contoh Penulisan:

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

(i) melakukan hantara paras dada tepat kepada rakan sejauh 5 meter sebanyak 8 percubaan

(ii) melambung gelung rotan dengan satu tangan setinggi 3 meter dan menyambutnya dengan tangan

yang lain sebanyak 4 daripada 5 percubaan

(iii) mengaplikasikan kemahiran hantaran lob dalam situasi permainan kecil setiap kali menghantar

bola kepada rakan

Objektif Kognitif

Pentafsiran berbentuk lisan atau tulisan oleh murid-murid terhadap elemen yang disampaikan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Kata kerja yang membantu dalam menyenaraikan pernyataan objektif kognitif adalah:

Menyenaraikan

Menjelaskan

Menyatakan

Mencipta

Contoh Penulisan:

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

(i) menyatakan dua anggota badan yang terlibat sewaktu melakukan.......

(ii) menjelaskan tiga langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil sewaktu berada di

padang.

(iii) menyenaraikan tujuh warna pelangi mengikut urutan.

Yang boleh diukur

Page 2: Panduan Penulisan Objektif PJ

22

Penyediaan Rancangan Kerja Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. MM/IPIK/PEDA/2012

Objektif Afektif

Dalam penulisan objektif afektif, tiga perkara perlu diberi perhatian iaitu:

(i) nilai atau sikap yang hendak dipupuk

(ii) tingkahlaku yang mencerminkan nilai

(iii) situasi di mana tingkah laku boleh wujud

Bil Nilai atau sikap yang hendak dipupuk

Tingkahlaku yang mencerminkan nilai atau sikap tersebut

Situasi di mana tingkah laku boleh wujud

1. Bertanggungjawab menutup semua suiz lampu dan kipas apabila meninggalkan kelas pada waktu rihat

2. Semangat kesukanan dengan memberi tepukan dalam permainan kecil

3. Kerjasama menyuarakan pandangan masing-

masing

semasa perbincangan kumpulan

Contoh Penulisan:

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

(i) menunjukkan sikap kerjasama dengan menyuarakan pendapat masing-masing semasa

perbincangan kumpulan.

(ii) menunjukkan semangat kesukanan dengan memberi tepukan kepada pasukan yang menjuarai

permainan kecil.

(iii) menunjukkan keyakinan dengan mengangkat tangan semasa sesi perbincangan.