nutrisi menu sihat.docx

10
1. Merancang Menu Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah Merancang Menu Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah Pengenalan Masa makan adalah masa untuk anak anda beristirehat bersama keluarga dan menikmati hidangan selepas sehari suntuk di sekolah. Ia adalah waktu yang sesuai untuk ibu bapa meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak. Hidangan yang disediakan di rumah adalah lebih berkhasiat dan menjimatkan masa serta perbelanjaan jika ibu bapa bijak merancang menu. Merancang menu adalah mudah and tidak mengambil masa yang lama jika anda membuat persediaan awal dan teratur. Mengapa perancangan menu sihat penting untuk kanak-kanak sekolah? Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang bersesuaian sepanjang hari. Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar anak mendapat makanan yang seimbang. Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang. Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa. Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disedia awal. Panduan am untuk merancang makanan sihat bersama keluarga Adalah penting untuk merancang menu yang sihat dan digemari oleh kanak-kanak. Berikut adalah panduan untuk merancang menu untuk anak:

Upload: sal-aleevia

Post on 09-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1. Merancang Menu Sihat Untuk Kanak-kanak SekolahMerancang Menu Sihat Untuk Kanak-kanak SekolahPengenalanMasa makan adalah masa untuk anak anda beristirehat bersama keluarga dan menikmati hidangan selepas sehari suntuk di sekolah. Ia adalah waktu yang sesuai untuk ibu bapa meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak. Hidangan yang disediakan di rumah adalah lebih berkhasiat dan menjimatkan masa serta perbelanjaan jika ibu bapa bijak merancang menu. Merancang menu adalah mudah and tidak mengambil masa yang lama jika anda membuat persediaan awal dan teratur.Mengapa perancangan menu sihat penting untuk kanak-kanak sekolah? Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang bersesuaian sepanjang hari. Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar anak mendapat makanan yang seimbang. Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang. Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa. Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disedia awal.Panduan am untuk merancang makanan sihat bersama keluargaAdalah penting untuk merancang menu yang sihat dan digemari oleh kanak-kanak. Berikut adalah panduan untuk merancang menu untuk anak: Anda perlu rancangan bagi 3 menu hidangan utama dan 2 menu snek untuk sehari untuk memastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Rancang menu hidangan utama dan snek untuk jangka masa seminggu

Menu hidangan utama dan snek perlu merangkumi makanan daripada setiap 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Jika terdapat kumpulan makanan yang tidak dimasukkan dalam menu hidangan utama, ia boleh dimasukkan dalam menu snek. Sebagai contoh, buah dimasukkan dalam menu snek.

Waktu makan juga perlu dirancang untuk mengambil kira waktu anak akan ke sekolah dan balik dari sekolah. Apabila hendak ke sekolah, berikan cukup masa untuk anak menghabiskan hidangan dan jangan tergesa-gesa. Lazimnya, anak pasti letih apabila pulang dari sekolah. Hidangkan makanan utama selepas anak berehat sebentar.Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh (contoh: campurkan beras perang dengan beras putih) Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama. (contoh : tomato dalam ayam masak merah) Tambahkan satu sajian makanan dari kumpulan ikan, ayam,daging atau telur dengan makanan alternatif seperti kacang panggang, kacang peas, dal atau tauhu. Contohnya, campurkan kacang peas dalam resepi ayam masak kicap atau campurkan tempe dalam sambal ikan bilis.Tips merancang menu sihat untuk makanan snek Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan dalam setiap sajian snek. Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, susu, keju dan dadih. Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.Senarai semak plan perancangan menu sihatGuna senarai semak berikut untuk memastikan menu yang anda rancang adalah lengkap: Adakah anak anda mendapat pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari? Adakah dia mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan? Adakah dia meminum susu dan air kosong setiap hari? Adakah anda berusaha untuk menyediakan hidangan dengan cara memasak yang berbeza setiap hari? Adakah terdapat ulangan hidangan dan jenis makanan yang terlalu kerap?. Contohnya ayam goreng 5 kali seminggu. Adakah sajian anda tinggi nilai khasiatnya?1. Merancang Menu Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah2. Memilih Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah3. Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah2. Memilih Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak SekolahMemilih Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak SekolahSebagai ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya dalam kehidupan, anda perlulah melabur dalam kesihatan mereka. Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan berkhasiat agar anak-anak yang sedang bersekolah dapat membesar dan kekal sihat.Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda memilih makanan sihat untuk anak-anak agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat:1. Gunakan maklumat yang positifBeritahu anak-anak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik. Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang mudah sepertiYogurtdan susu boleh membantu perkembangan tulang yang kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.2. Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien Buah-buahan berwarna terang sebagai snek berbanding gula-gula. Sayur-sayuran beraneka warna. Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat. Minuman bersusu berbanding minuman kordial. Hidangan yang kurang berminyak dan bergula. Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu selain ayam, daging dan ikan.Sentiasa galakkan anak anda untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien di kantin sekolah. Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat disediakan di rumah. Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan sumbangan makanan, bekalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan potong yang digaulkan dengan jus lemon dan sebagainya.3. Tetapkan peraturan makanan keluargaKanak-kanak lebih mudah memilih makanan sekiranya mereka tahu peraturan pemakanan keluarga. Contohnya, setiap ahli keluarga wajib bersarapan pagi setiap hari, susu ialah minuman pilihan selepas makan malam atau snek di sekolah perlulah daripada 5 kumpulan makanan dalam piramid makanan dan yang kurang minyak, garam dan gula.Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar, seperti memesan air buah-buahan atau air kosong.4. Jadi contoh yang baikKanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang rapat dengan mereka. Sebagai ibu bapa, pemilihan makanan yang anda buat akan mempengaruhi anak-anak. Jika anda memilih makanan yang sihat, anak-anak juga akan mencontohi anda.Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh dinikmati.5. Masak bersamaKanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat apabila mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka semasa menyediakan hidangan. Benarkan mereka menambah apa yang mereka gemar dalam makanan mengikut kreativiti mereka. Adakan sesi permainan masak-memasak bersama kawan-kawan mereka atau pergi ke kelas masakan bersama mereka.6. Membeli makanan bersamaLibatkan anak-anak semasa membeli belah atau ajak mereka sama-sama menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya ada. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien. Bantu anak memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran mereka yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sekolah.3. Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak SekolahBekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak SekolahKanak-kanak menghabiskan tempoh masa yang lama di sekolah. Lazimnya, satu pertiga daripada keperluan nutrien harian akan dimakan di sekolah. Ini bermakna pengambilan makanan di sekolah penting untuk memenuhi keperluan harian kanak-kanak sekolah. Ia juga memberi kesan kepada tahap tenaga dan daya tumpuan kepada pelajaran serta mempengaruhi tabiat makan dan tumbesaran..Seorang ibu yang sibuk boleh mengimbangkan antara pemakanan sihat dengan makanan yang menarik untuk anak dengan menyediakan bekalan yang mengandungi lima jenis makanan utama seperti berikut:1. Hidangan utama (bagi kanak-kanak yang makan tengahari di sekolah atau tidak sempat bersarapan) Sandwich adalah popular kerana ia mudah dimakan dan disediakan. Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat, makanan lebih sihat dan tidak mudah kembang. Dengan menyapukan sedikit majerin atau dialas dengan daun salad akan mengurangkan kelembapan roti. Lapiskan sandwich dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan tuna atau sardin, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus yang dilecek dengan sedikit mayonis. Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad atau lobak. Selain daripada sandwich, makanan utama yang mudah dibawa ke sekolah ialah nasi atau mee/meehoon/pasta goreng. Ia lazat dan digemari oleh kanak-kanak. Tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi atau mee goreng untuk menjadikan ia seimbang. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan untuk menumis. Hidangan panas mudah menjadi basi. Pastikan hidangan tidak dimasak terlalu awal. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas bekalan. Gunakan bahan mentah yang segar dan bagi membuat nasi goreng, pastikan nasi putih yang dimasak telah disimpan di dalam peti sejuk atau baru dimasak.Sandwich SihatNasi atau mee goreng2. Buah dan sayurBekalkan juga buah segar seperi pisang, jambu, epal, lai atau limau. Ada kanak-kanak yang gemar sayur segar seperti lobak merah, timun dan sengkuang.3. SusuMinuman susu dalam kotak samada susu biasa atau berperisa harus menjadi bahan tetap yang dibekalkan ke sekolah. Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan.4. Snek berkhasiat untuk masa rehatSnek ringan juga adalah penting, terutama bagi waktu rehat. Bekalkan biskut, kek, sandwich atau kuih tempatan yang berkhasiat serta buah-buahan. Kurangkan pilihan snek yang manis, masin dan berlemak.5. Air kosong Air kosong adalah minuman yang paling sesuai untuk kanak-kanak sekolah. Minuman kordial dan air bergas mengandungi gula yang tinggi dan boleh mengurangkan selera dan menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat jika diminum terlalu kerap. Bekalkan air sejuk atau air yang dibekukan dalam bekas air yang dibungkus. Ia dapat mengekalkan suhu sejuk dan lebih digemari.Bekalkan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan utama seperti sandwic atau nasi/mee goreng, buah, susu, snek ringan untuk masa rehat dan air kosong setiap hari untuk memastikan anak mendapat pemakanan yang seimbang di sekolah. Bagi anak yang susah makan, ajak dia sama-sama memilih atau menyediakan bekalan makanan. Ini mungkin dapat membantu membuka seleranya.PEMAKANAN: Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah

Kanak-kanak menghabiskan tempoh masa yang lama di sekolah. Lazimnya, satu pertiga daripada keperluan nutrien harian akan dimakan di sekolah. Ini bermakna pengambilan makanan di sekolah penting untuk memenuhi keperluan harian kanak-kanak sekolah. Ia juga memberi kesan kepada tahap tenaga dan daya tumpuan kepada pelajaran serta mempengaruhi tabiat makan dan tumbesaran..

Seorang ibu yang sibuk boleh mengimbangkan antara pemakanan sihat dengan makanan yang menarik untuk anak dengan menyediakan bekalan yang mengandungi lima jenis makanan utama seperti berikut:

1.Hidangan utama (bagi kanak-kanak yang makan tengahari di sekolah atau tidak sempat bersarapan)

Sandwich Sihat* Sandwich adalah popular kerana ia mudah dimakan dan disediakan.* Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat, makanan lebih sihat dan tidak mudah kembang. Dengan menyapukan sedikit majerin atau dialas dengan daun salad akan mengurangkan kelembapan roti.* Lapiskan sandwich dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan tuna atau sardin, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus yang dilecek dengan sedikit mayonis.* Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad atau lobak.

Nasi atau mee goreng* Selain daripada sandwich, makanan utama yang mudah dibawa ke sekolah ialah nasi atau mee/meehoon/pasta goreng. Ia lazat dan digemari oleh kanak-kanak.* Tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi atau mee goreng untuk menjadikan ia seimbang. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan untuk menumis.* Hidangan panas mudah menjadi basi. Pastikan hidangan tidak dimasak terlalu awal. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas bekalan. Gunakan bahan mentah yang segar dan bagi membuat nasi goreng, pastikan nasi putih yang dimasak telah disimpan di dalam peti sejuk atau baru dimasak.

2. Buah dan sayur

Bekalkan juga buah segar seperi pisang, jambu, epal, lai atau limau. Ada kanak-kanak yang gemar sayur segar seperti lobak merah, timun dan sengkuang.

3. Susu

Minuman susu dalam kotak samada susu biasa atau berperisa harus menjadi bahan tetap yang dibekalkan ke sekolah. Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan.

4. Snek berkhasiat untuk masa rehat

Snek ringan juga adalah penting, terutama bagi waktu rehat. Bekalkan biskut, kek, sandwich atau kuih tempatan yang berkhasiat serta buah-buahan. Kurangkan pilihan snek yang manis, masin dan berlemak.

5. Air kosong* Air kosong adalah minuman yang paling sesuai untuk kanak-kanak sekolah.* Minuman kordial dan air bergas mengandungi gula yang tinggi dan boleh mengurangkan selera dan menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat jika diminum terlalu kerap.* Bekalkan air sejuk atau air yang dibekukan dalam bekas air yang dibungkus. Ia dapat mengekalkan suhu sejuk dan lebih digemari.

Bekalkan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan utama seperti sandwic atau nasi/mee goreng, buah, susu, snek ringan untuk masa rehat dan air kosong setiap hari untuk memastikan anak mendapat pemakanan yang seimbang di sekolah. Bagi anak yang susah makan, ajak dia sama-sama memilih atau menyediakan bekalan makanan. Ini mungkin dapat membantu membuka seleranya.