sains nutrisi

15
BAB 2, TINGKATAN 2 :NUTRISI 1. Kepentingan makan makanan berkhasiat Kepentingan Pemakanan Seimbang Pengambilan makanan yang seimbang adalah perlu bagi memastikan fungsi tubuh badan dalam keadaan baik. Antara kepentingan pengambilan makanan yang seimbang ialah: KARBOHIDRAT Fungsi : membekalkan tenaga bagi kegunaan badan PROTEIN Fungsi : 1. komponen utama kebanyakan enzim dalam badan 2. diperlukan oleh tisu dan sel badan untuk proses tumbesaran 3. digunakan untuk mengganti tisu-tisu yang rosak 4. komponen utama bagi sistem imuniti badan dalam melawan penyakit LEMAK

Upload: aan-samad

Post on 02-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Nutrisi

TRANSCRIPT

Page 1: sains nutrisi

BAB 2,

TINGKATAN 2 :NUTRISI

1. Kepentingan makan makanan berkhasiat

Kepentingan Pemakanan SeimbangPengambilan makanan yang seimbang adalah perlu bagi memastikan fungsi tubuh

badan dalam keadaan baik. Antara kepentingan pengambilan makanan yang seimbang

ialah:

KARBOHIDRAT

Fungsi : membekalkan tenaga bagi kegunaan badan

PROTEIN

Fungsi : 1. komponen utama kebanyakan enzim dalam badan

2. diperlukan oleh tisu dan sel badan untuk proses tumbesaran

3. digunakan untuk mengganti tisu-tisu yang rosak

4. komponen utama bagi sistem imuniti badan dalam melawan penyakit

LEMAK

Fungsi : 1. membekal tenaga dan haba kepada badan

2. disimpan dalam badan dan apabila tenaga dalam badan berkurangan lemak

Page 2: sains nutrisi

simpanan ini akan ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan

3. berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada

badan

4. membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu

persekitaran yang terlalu sejuk

MIKRONUTRIEN

Mironutrien terdiri daripada vitamin dan mineral.

Vitamin dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu vitamin larut air dan

vitamin larut lemak.

Vitamin larut air ialah vitamin B dan C. Vitamin larut lemak pula ialah

vitamin A,D,E dan K.

Contoh garam mineral ialah kalsium, natrium, zat besi, iodin, zink dan

florida.

Fungsi : 1. meningkatkan daya tahan badan daripada pelbagai jenis

penyakit.

2. sebagai bahan pelawas.

2.Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Kepentingan Makanan Berkhasiat

Page 3: sains nutrisi

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan

Page 4: sains nutrisi

yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil

Page 5: sains nutrisi

tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

  

 Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan

Page 6: sains nutrisi

makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3.  Lebihan kolesterol

Page 7: sains nutrisi

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Page 8: sains nutrisi

2. Amalan pemakanan yang betul

3.

3. Perancangan satu gizi seimbang

Page 9: sains nutrisi
Page 10: sains nutrisi

4. Pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/memerlukan

Mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/memerlukan.

Kita wajar mengagihkan makanan kepada orang yang kurang bernasib baik dan memerlukan.Antara kebaikan yang kita dapat apabila kita mengagihkan makanan kepada yang memerlukan ialah kita dapat mengurangkan penderitaan yang dialami oleh mereka dan kita juga dapat mengeratkan silaturahim.Jika kita tidak mengagihkan makanan kepada yang memerlukan kita akan mendapat kemurkaan daripada Allah S.W.T.

5. Adab makan yang memenuhi sensitivity dankeparcayaan agama

Secara ringkasnya, agama Islam mengharamkan penganutnya memakan daging babi dan meminum arak. Agama Buddha dan Hindu menggalakkan amalan diet vegetarian tulen atau vegetarian lakto. Diet vegetarian tulen mengandungi makanan protein daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya dan hasilnya bagi menggantikan sumber protein daging.

Page 11: sains nutrisi

1) Islam

Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim . Makanan yang halal tidak saja bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan mengikut kaedah Islam.Jadi bagaimana hendak memilih makanan yang halal ,bersih dan suci ?. Kita boleh memilih makanan dari kategori Halal dan haram dengan senang.Kategory Makan yang Halal dimakan

1. Semua jenis buah-buahan yang bersih2. Semua jenis sayur-sayuran yang bersih3. Semua kehidupan laut yang tidak beracun4. Binatang yang disembelih dengan Nama Allah

Kategori makanan yang Haram dimakan1. Binatang yang mati dengan sendiri2. Binatang yang mati dalam kemalangan3. Binatang yang dibunuh4. Tumbuh-tumbuhan yang beracun dan kotor5. Buah-buahan yang beracun dan kotor

Ketegori Binatang yang haram dimakan

1. Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang )2. Binatang yang memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa )3. Binatang yang hidup di dua alam – air dan darat – ( Kura-kura , Buaya ).4. Binatang yang tapak kakinya meletup - ( khinzir)5. Binatang yang kulitnya tidak dapat dikupas ( Khinzir )6. Binatang yang beracun ( Ular , Cicak )

Page 12: sains nutrisi

7. Binatang yang tidak berdarah ( Lipas )Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 5:3

Petikan dari: Makanan yang Halal dan Haram | Rahsia Alam. com