bab 6 nutrisi f4

89
BAB 6 : NUTRISI

Upload: topek-ketopekan

Post on 16-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Bab 6 Biologi Tingkatan 4

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 6 Nutrisi F4

BAB 6 : NUTRISI

Page 2: Bab 6 Nutrisi F4

6.1 JENIS NUTRISI

proses pengambilan nutrien oleh organisma dinamakan nutrisi.

nutrien diperlukan untuk membekalkan tenaga, pertumbuhan, menggantikan tisu rosak dan memelihara kesihatan badan.

terbahagi kepada dua iaitu: A) autotrofik B) heterotrofik

Page 3: Bab 6 Nutrisi F4

A) NUTRISI AUTOTROFIK

membuat makanan sendiri. tumbuhan hijau merupakan autotrof. selain itu, sesetengah bakteria dapat

membina makanan dengan menggunakan tenaga kimia yang terbebas daripada tindak balas.

pembinaan menggunakan tenaga kimia dikenali sebagai kemosintesis

Page 4: Bab 6 Nutrisi F4

B) NUTRISI HETEROTROFIK

tidak berupaya membuat makanan sendiri.

heteretrof boleh dibahagi dalam pelbagai jenis iaitu holozoik, saprofitisme, parasitisme.

Page 5: Bab 6 Nutrisi F4

B) NUTRISI HETEROTROFIK: Holozoik

menangkap organisma lain dan memakannyajenis haiwan contoh jenis

haiwanmakanan

herbivor kambing , biri-biri

tumbuhan

karnivor harimau , singa daging

omnivor beruang , manusia

tumbuhan ,  daging

Page 6: Bab 6 Nutrisi F4

B) NUTRISI HETEROTROFIK: Saprofitisme

memperoleh daripada organisma lain yang telah mati atau reput.

contoh saprofit

CENDAWAN KULAT ROTI

Page 7: Bab 6 Nutrisi F4

B) NUTRISI HETEROTROFIK: Parasitisme

memperoleh makanan daripada organisma lain yang masih hidup.

mangsa disebut perumah.pemangsa disebut parasit. contoh parisit:-

Cacing Pita NyamukBunga Pakma

Page 8: Bab 6 Nutrisi F4

6.2 GIZI SEIMBANG

gizi seimbang ialah gizi yang mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul.

tujuh kelas merangkumi lima jenis nutrien, iaitu karbohidrat, protein, lipid, vitamin dan garam mineral.

selain itu, gizi yang seimbang juga harus mengandungi air dan serabut yang menncukupi.

Page 9: Bab 6 Nutrisi F4

6.3 KEPERLUAN TENAGA HARIAN

tenaga diperoleh daripada pengoksidaan glukosa semasa proses respirasi.

metabolisme adalah semua tindak balas biokimia yang berlaku di dalam sel organisma hidup.

semakin tinggi kadar metabolik semakin banyak tenaga yang diperlukan.

antara faktor yang mempengaruhi keperluan tenaga iaitu :- umur jantina berat badan cuaca keadaan kesihatan jenis pekerjaan

Page 10: Bab 6 Nutrisi F4

jika seseorang makan secara berlebihan, makanan   yang dimakan akan ditukar menjadi lemak dan kegemukan.

Page 11: Bab 6 Nutrisi F4

NILAI TENAGA MAKANAN

tenaga dibekalkan oleh karbohidrat, lipid dan protein.

makanan yang berlainan mempunyai tenaga yang berbeza. ini disebut nilai tenaga.

nilai tenaga makanan ditakrifkan sebagai jumlah tenaga yang dibebaskan apabila 1 gram makanan itu dioksidakan dengan lengkapnya.

unit nilai tenaga (J g-1). 1 kalori atau 4.2 joule ialah kuantiti haba yang

diperlukan untuk meningkatkan suhu bagi 1 gram air sebanyak 1 darjah celcius.

Page 12: Bab 6 Nutrisi F4

nilai tenaga makanan (nilai kalori) =4.2 (J g-1’C-1) X jisim air (g) X kenaikan suhu (‘C)______________________________________                 jisim makanan (g)

Page 13: Bab 6 Nutrisi F4

VITAMIN

kuantiti kecil untuk memelihara kesihatan am.

vitamin terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu vitamin A, B, C, D, E dan K.

vitamin B dan C larut dalam air. vitamin A, D, E, K larut dalam

minyak.

Page 14: Bab 6 Nutrisi F4

vitamin

vitamin

sumber fungsi penyakit kekurangan zat

A hati, susu, tomato, lobak merah

•untuk kelihatan tisu epitelium termasuk kulit.•untuk penglihatan malam.•membantu pertumbuhan.

•rabun malam•xeroftalmia•pertumbuhan terbantut.

B1 hati, yis, susu, bijirin yang tidak digiling. telur

•diperlukan untuk respirasi sel.•penting untuk pertumbuhan.•memelihara kesihatan sistem saraf.

•beri-beri.•gangguan sistem saraf.•kelemahan pada otot.

B2 hati, yis, susu, bijirin yang tidak digiling. telur

•diperlukan untuk respirasi sel.•penting untuk pertumbuhan.•memelihara kesihatan sistem saraf.

•kulit mengupas di hidung, telinga dan mulut.•lidah membengkak.

Page 15: Bab 6 Nutrisi F4

vitamin

B3 hati, yis, susu, bijirin yang tidak digiling. telur

•diperlukan untuk respirasi sel.•memelihara kesihatan sistem saraf, kulit dan usus.

•pelagra.•cirit-birit.

B5 daging, telur, germa, bijirin, yis, hati.

•diperlukan dalam respirasi sel.•memelihara kesihatan sistem saraf.•diperlukan bagi pembentukan antibodi

•pertumbuhan terbantut.•gangguan sistem saraf.•jangkitan penyakit.

B6 daging, hati, ikan, telur, keju.

•diperlukan bagi pembinaan asid amino.•diperlukan bagi pembentukan sel darah merah.

•anemia•cirit-birit

B12 daging, hati, ikan, telur, keju.

•diperlukan bagi pembentukan sl darah merah.

•anemia

Page 16: Bab 6 Nutrisi F4

vitaminC buah-

buahan dan sayur-sayuran

•memelihara kesihatan salur darah. •skurvi

D susu, hati, telur, mentega. vitamin D disintesiskan di kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari.

•membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk membina tulang dan gigi yang kuat

•riket (tulang lembut)•gigi mudah rosak.•osteomalasia pada orang dewasa.

E germa gandum, sawi, kubis

•mungkin mencegah kemandulan.•membantu mencegah oksigen atmosfera daripada dioksidakan dan memusnahkan vitamin A dan C

•kemandulan (pada mamalia lain)

K kubis, sayur-sayuran hijau, tomato, hati

•diperlukan bagi pembekuan darah. •darah lambat membeku.•anemia.

Page 17: Bab 6 Nutrisi F4

Maksud Penyakit

xeroftalamia- sejenis penyakit yang menyebabkan kornea menjadi kering dan lembap.

beri-beri- gejala penyakit ini termasuk kemerosotan sistem saraf. kematian biasanya disebabkan oleh jantung berhenti berfungsi.

pelagra- sejenis penyakit yang umum dalam kalangan penduduk yang makanan utama mereka ialah jagung. gejalanya termasuk kulit bersisik, cirit-birit dan meleset.

anemia- kekurangan sel darah merah.

skurvi- penghidapnya mempunyai gusi yang membengkak dan berdarah. dalam kes yang lebih teruk, pendarahan berlaku di bawah kulit

Page 18: Bab 6 Nutrisi F4

6.7 MENILAI TABIAT PEMAKANAN

Tabiat makan yang tidak betul boleh menyebabkan makanan tidak dicernakan dengan sempurna dan menimbulkan beberapa penyakit.

Antara tabiat makan yang bijaksana termasuklah: Makan pada masa yang tetap setiap hari Makan secara sederhana, jangan makan terlalu

kenyang Makan hanya makanan yang bernutrien Kurangkan memakan makanan ringan yang sedap,

tetapi kurang nutrien Jangan minum banyak air sebelum, semasa atau

selepas makan. Air boleh mencairkan enzim dan merendahkan kadar tindak balas pencernaan.

Page 19: Bab 6 Nutrisi F4

MASALAH KESIHATAN YANG BERKAITAN DENGAN AMALAN TABIAT MAKANAN

Ulser gastrik Obesiti Anoreksia nervosa Bulemia

Page 20: Bab 6 Nutrisi F4
Page 21: Bab 6 Nutrisi F4

ULSER GASTRIK

Gastritis ialah satu keadaan di mana lapisan epitelium perut mengalami radang.

Lapisan dalam perut biasanya disalut mukus yang melindunginya daripada tindakan asid hidroklorik dan enzim perut.

Jus gastrik dirembeskan ke dalam lumen perut apabila sesorang berasa lapar.

Jika makanan tidak dimakan pada waktu-waktu tertentu, jus gastrik berasid akan mula bertindak terhadap lapisan epitelium perut.

Gastritis terjadi apabila mekanisme perlindungan perut terganggu dan ini menyebabkan lapisan dalam perut rosak.

Kerosakan yang berkembang menjadi lubang pada dinding perut akan menyebabkan ulser gastrik.

Page 22: Bab 6 Nutrisi F4
Page 23: Bab 6 Nutrisi F4

Risiko yang meninggikan ulser gastrik: pengambilan kopi atau alkohol yang berlebihan gangguan emosi kekerapan mengambil ubat aspirin atau ubat penahan sakit

Cara merawat ulser gastrik mengambil ubat antasid untuk mengurangkan atau meneutralkan asid perut

Page 24: Bab 6 Nutrisi F4

OBESITI Obesiti ialah penyimpanan tenaga yang berlebihan dalam

bentuk lemak. Seseorang dikatakan obes apabila berat badannya

melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya sebanyak 20% atau lebih.

Page 25: Bab 6 Nutrisi F4

obesiti

Page 26: Bab 6 Nutrisi F4

Orang yang obes lebih cenderung menghidapi pelbagai penyakit seperti penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi dan diabetis melitus.

Oleh itu, mereka yang mengalami obesiti haruslah berusaha untuk mengurangkan berat badan.

Page 27: Bab 6 Nutrisi F4

Anoreksia Nervosa

Seseorang yang sentiasa berasa takut berat badannya akan bertambah.

Individu ini akan sengaja mengelakkan daripada makan supaya boleh kehilangan berat badan yang banyak, kadang-kadang 15% atau lebih daripada berat badan yang normal.

Keadaan ini boleh membawa maut dan dikenali sebagai satu gangguan psikologi.

Bagi meningkatkan harga diri, individu tersebut menjauhi makanan sehingga menjadi kurus kering.

Badan kehilangan lemak dan otot akhirnya mengganggu fungsi jantung, sistem endoktrin dan sistem pembiakan.

Page 28: Bab 6 Nutrisi F4

Anoreksia Nervosa

Page 29: Bab 6 Nutrisi F4

BULIMIA

Bulimia dicirikan oleh urutan pengambilan dan penyingkiran makanan untuk mengatasi kesan pengambilan makanan secara berlebihan.

Individu tersebut biasanya makan dengan banyak dalam tempoh masa yang singkat dan kemudian memuntahkan makanan tersebut atau mengambil laksatif untuk menyebabkan cirit-birit.

Kesan bulimia : penyikiran makanan yang berterusan

mencederakan salur alimentari ini juga akan menyebabkak ketidakseimbangan ion mineral dalam darah dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan ion mineral dalam darah dan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular dan kerosakan ginjal.

Page 30: Bab 6 Nutrisi F4

BULIMIA

Page 31: Bab 6 Nutrisi F4

PEMILIHAN MAKANAN

Semasa hendak memilih makanan, kita haruslah mementingkan perkara-perkara berikut:(a) Kandungan nutrien dalam makanan(b) Kesegaran makanan(c) Kehadiran penambah makanan

Page 32: Bab 6 Nutrisi F4

6.8 KEPENTINGAN SISTEM PENCERNAAN YANG SIHAT

Sistem pencernaan yang sihat bermaksud mempunyai struktur organ yang cekap serta proses yang dijalankan dalam sistem berlaku dengan teratur.

Proses pencernaan dalam badan kita perlu dikawal atur secara sistematik. Badan kita akan menghidapi masalah kesihatan yang serius jika satu organ tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan teratur.

Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem percernaan yang lemah: sembelit cirit-birit buasir sindrom perut tak selesa rasa sakit dan meluat ulser perut muntah

Page 34: Bab 6 Nutrisi F4

Sunnah nabi ketika membuang air kecil

Menurut apa yang dr Fadzilah Kamsah bagi tahu, cara untuk putuskan air kencing bagi laki-laki dan perempuan adalah berbeza. Katanya lagi, bagi laki-laki, caranya ialah dengan berdehem. Seperti yang sahabat-sahabat kita cakap sebelum ni. Cumanya saya nak tambah di sini ialah bagi golongan wanita. Cara untuk putuskan air kencing bagi golongan ini ialah dengan mengurut bahagian bawah perut (bawah pada pusat). Tambahnya lagi, berdehem bagi laki-laki dan mengurut bagi wanita tu adalah penting untuk pastikan tiada sakibaki yang tertinggal. Ini pun sudah sedia maklum. Ada sahabat yang sebut pasal ni sebelum ni.

Page 35: Bab 6 Nutrisi F4

FOTOSINTESIS

Sejarah ringkas penemuan fotosintesis

Struktur dan fungsi daun Penyesuaian tumbuhan daripada

pelbagai habitat untuk menjalankan fotosintesis

Page 36: Bab 6 Nutrisi F4

Keratan rentas daun

Page 37: Bab 6 Nutrisi F4

Penyesuaian stuktur daun yang membantu fotosintesis

Page 38: Bab 6 Nutrisi F4

Struktur dan fungsi daun Organ utama fotosintesis – daun Struktur utama daun:

Mozek daun Daun tumbuh secara tidak bertindih sebanyak mungkin Membantu penyerapan cahaya secara dengan optimum Tersusun dalam kedudukan optimum untuk menjalankan fotosintesis Boleh mengesan arah cahaya agar daun-daun berada pada kedudukan yang terbaik untuk menyerap cahaya dengan maksimum

Page 39: Bab 6 Nutrisi F4

LaminaMempunyai bahagian yang leper, nipis

dan berwarna hijauLamina yang leper menyediakan

permukaan yang luas untuk menyerap cahaya matahari

Sangat nipis agar dapat ditembusi cahaya

Struktur nipis juga membolehkan gas-gas yang terlibat dalam fotosintesis meresap dengan cekap dalam bahagian daun

Page 40: Bab 6 Nutrisi F4

Lamina disambung pada batang melalui tangkai daun yang disebut sebagai petiol

Petiol memegang daun pada kedudukan terbaik untuk menerima cahaya yang maksimum

Xilem mengangkut air yang diserap oleh akar ke daun

Floem mengangkut hasil organik yang dihasilkan melalui fotosintesis dari daun

Page 41: Bab 6 Nutrisi F4

Dilindungi oleh lapisan epidermis pada permukaan atas dan bawah daun

Kutikel lapisan berlilin dan kalis air mengurangkan kehilangan air daripada daun

Sel epidermis tidak mempunyai kloroplas dan lutsinar membolehkan cahaya menembusi jauh ke dalam lamina dan sampai ke kloroplas dalam sel daun dengan mudah

Page 42: Bab 6 Nutrisi F4

Stoma liang halus pada epidermis daun lebih banyak stoma pada epidermis bawah berbanding dengan epidermis atas berfungsi membenarkan gas antara sel daun dan persekitaran

Sel pengawal mengawal atur saiz liang stoma

Page 43: Bab 6 Nutrisi F4

Sel mesofil palisad tersusun secara tegak dan rapat berhampiran permukaan atas daun untuk memperoleh cahaya maksimum padat dengan kloroplas

Sel mesofil berspan bentuk tidak sekata bilangan kloroplas yang kurang berbanding banyak ruang udara memudahkan peresapan air dan gas karbon dioksida

Page 44: Bab 6 Nutrisi F4

Penyesuaian tumbuhan daripada pelbagai habitat untuk menjalankan fotosntesis

Hibiscus sp. bilangan stoma yang banyak pada permukaan bawah daun penyerapan karbon dioksida secara maksimum kloroplas lebih banyak di sel mesofil palisad berbanding dengan sel mesofil berspan

Page 45: Bab 6 Nutrisi F4

Tumbuhan terapung di atas permukaan air (telipok) daun yang besar, bulat dan leper stoma bertaburan banyak pada permukaan daun

Page 46: Bab 6 Nutrisi F4

6.11 MEKANISME FOTOSINTESIS

2 peringkat utama dalam proses fotosintesis: Tindak balas cahaya▪ Berlaku dalam keadaan cahaya

Tindak balas gelap▪ Berlaku serta-merta selepas tindak balas

cahaya▪ Tidak memerlukan cahaya

Page 47: Bab 6 Nutrisi F4

Struktur kloroplas

Lamela : struktut tiub leper Granum : lamela-lamela yg bertindih Lamela dan granum mempunyai

klorofil untuk memerangkap cahaya Stroma : matriks bergel

Tapak tindak balas gelap dan mengandungi enzim-enzim yang terlibat dalam tindak balas gelap serta butiran kanji

Page 48: Bab 6 Nutrisi F4

Mekanisme fotosintesis

Semasa tindak balas cahaya: Klorofil memerangkap tenaga cahaya Ini mengujakan elektron ke tahap yang lebih tinggi Dalam keadaan teruja, elektron akan meninggalkan

molekul klorofil Molekul klorofil yang diaktifkan menarik elektron

daripada molekul air supaya kembali stabil Kehilangan elektron menyebabkan air terurai

menjadi ion hidrogen (H+) dan ion hidroksil (OH-). Tindak balas ini disebut sebagai fotolisis air.

▪ 24H20 24H+ + 24OH-

Tenaga cahaya

klorofil

Page 49: Bab 6 Nutrisi F4

Ion-ion hidrogen menerima elektron daripada klorofil dan membentuk atom hidrogen.24H+ + 24e- 24 H

Page 50: Bab 6 Nutrisi F4

Pada masa yang sama, ion hidroksil kehilangan elektron untuk membetuk gas oksigen dan air.

24 OH - 24OH + 24e-

24OH 12H2O + 6O2

Page 51: Bab 6 Nutrisi F4

Gas oksigen dibebaskan ke atmosfera.

Molekul air digunakan semula untuk fotolisis air.

Sebahagian daripada elektron itu dipindahkan dan diterima semula oleh molekul klorofil.

Page 52: Bab 6 Nutrisi F4

Tenaga yang terbebas semasa pengaliran elektron digunakan untuk membentuk ATP (Adenosina Trifosfat).

Maka hasil tindak balas cahaya ialah: Air, gas oksigen dan ATP.

Page 53: Bab 6 Nutrisi F4

Semasa tindak balas gelap, atom hidrogen menurunkan gas karbon dioksida yang telah meresap ke dalam stroma kloroplas.

Tindak balas gelap menghasilkan glukosa yang dimangkinkan oleh enzim yang terdapat dalam stroma.24H + 6CO2 6(CH2O) + 6H2O

Page 54: Bab 6 Nutrisi F4

Molekul-molekul asas karbohidrat CH2O membentuk molekul-molekul glukosa

6 (CH2O) C6H12O6

Page 55: Bab 6 Nutrisi F4

Tindak balas keseluruhan fotosintesis:

12H2O + 6CO2 6H2O + C6H12O6+ 6O2

Tenaga cahaya

Klorofil

Page 56: Bab 6 Nutrisi F4

6.12 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FOTOSINTESIS

3 faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis: Keamatan cahaya Kepekatan karbon dioksida Suhu

Page 57: Bab 6 Nutrisi F4

Keamatan cahaya

• Jika kepekatan karbon dioksida dikawal pada aras sekata, kadar fotosintesis berkadar terus dengan keamatan cahaya sehingga mencapai satu tahap maksimum.• Dalam graf I di atas, pada mulanya kadar fotosintesis meningkat dengan peningkatan keamatan cahaya sehinnga mencapai takat P.• Selepas takat P, keamatan cahaya bukan lagi merupakan faktor penghad.•Terdapat faktor-faktor lain boleh meningkatkan kadar fotosintesis seperti kepekatan karbon dioksida. Seperti dalam graf II, apabila kepekatan karbon dioksida dinaikkan, kadar fotosintesis bertambah.

Page 58: Bab 6 Nutrisi F4

Kepekatan karbon dioksida

• Peningkatan karbon dioksida akan menyebabkan peningkatan kadar fotosintesis selagi tiada faktor pengehad lain.• Kadar fotosintesis akan menjadi sekata pada suatu tahap kepekatan karbon dioksida yang tertentu.• Walaupun karbon dioksida terus meningkat, kadar fotosintesis tidak akan terus meningkat kerana keamatan cahaya akan bertindak sebagai faktor pengehad.

Page 59: Bab 6 Nutrisi F4

Suhu

• Peningkatan suhu persekitaran sebanyak 10oC akan meningkatkan kadar fotosintesis sebanyak dua kali ganda.• Suhu optimum bagi kadar fotosintesis adalah antara 25oC hingga 30oC.• Suhu yang terlalu tinggi akan menyahaslikan enzim dan kadar fotosintesis terus berhenti.

Page 60: Bab 6 Nutrisi F4

Perbezaan kadar fotosintesis dalam tumbuhan sepanjang hari

Kadar fotosintesis adalah rendah pada awal pagi dan senja tetapi tinggi pada waktu tengah hari kerana dipengaruhi oleh keamatan cahaya dan suhu persekitaran.

Page 61: Bab 6 Nutrisi F4

Meningkatkan hasil pertanian berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis

Musim panas kadar fotosintesis tinggi

Musim luruh dan musim sejuk dengan waktu siang yang singkat kadar fotosintesis rendah

Cara mengatasi : tumbuhan ditanam di dalam rumah hijau dimana, faktor-faktor seperti keamatan cahaya, suhu dan kepekatan karbon dioksida dikawal oleh manusia.

Page 62: Bab 6 Nutrisi F4

6.13 Sikap menghargai tumbuhan

Molekul organik yang terhasil melalui proses fotosintesis merupakan sumber makanan untuk organisma lain.

Gas oksigen yang terbebas semasa fotosintesis digunakan oleh organisma lain untuk respirasi.

Tenaga yang tersimpan dalam arang batu sebenarnya diperoleh daripada tenaga cahaya matahari melalui proses fotosintesis.

Oleh itu kita harus menghargai tumbuh-tumbuhan dengan menanam banyak pokok di persekitaran kita.

Page 63: Bab 6 Nutrisi F4

6.14 Teknologi dalam pengeluaran Makanan

Sub-tajuk yang akan dipelajari: Keperluan peningkatan kualiti dan

kuantiti makanan Usaha pelbagai agensi untuk

mempelbagaikan pengeluaran makanan

Kaedah-kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan

Page 64: Bab 6 Nutrisi F4

Keperluan peningkatan kualiti dan kuantiti makanan

Populasi Malaysia yang kini mencapai 28 juta orang.

Pertambahan penduduk meningkatkan permintaan bekalan makanan.

Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia telah menyediakan beberapa strategi untuk terus mengekalkan pengeluaran makanan di negara kita.

Page 65: Bab 6 Nutrisi F4

Usaha pelbagai agensi untuk mempelbagaikan pengeluaran makanan

Ulam : Terdiri daripada daun-daun segar, buah-

buahan dan bahagian-bahagian lain tumbuhan yang boleh dimakan mentah.

Contoh: pegaga, pucuk betik, kacang botor, petai, kemangi

Kaya dengan mineral dan serat Digunakan untuk menyediakan ubatan

dan minuman herba

Page 66: Bab 6 Nutrisi F4

Mempelbagaikan sumber utama protein: Kerajaan telah mempromosikan daging

arnab, burung puyuh, burung unta, ikan dan udang air tawar

Kandungan kolesterol yang rendah: daging arnab, daging burung unta, ikan air tawar, haruan

Protein diperlukan oleh kanak-kanak untuk perkembangan badan yang sihat

Page 67: Bab 6 Nutrisi F4

Cendawan: Kandungan nutrien yang tinggi Contoh-contoh: cendawan butang,

cendawan abalone, cendawan shittake Cendawan shittake dipercayai dapat

meningkatkan keimunan badan

Page 68: Bab 6 Nutrisi F4

Kaedah-kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan

Penanaman langsung Hidroponik Aeroponik Pembiakbakaan tumbuhan Pembiakbakaan haiwan Kultur tisu Kejuruteraan genetik Organisma transgenik Pengurusan tanah Penggiliran tanah Kawalan biologi

Page 69: Bab 6 Nutrisi F4

Penanaman langsung

Benih ditaburkan terus ke dalam tanah dengan menggunakan jentera khas

Benih-benih tersebut ditutupi selapis tanah sebaik sahaja ditabur

Tidak melibatkan pemindahan anak benih dan memastikan akar-akar anak benih tidak rosak dengan mudah

Anak-anak benih akan cepat tumbuh dan akan meningkatkan hasil

Digunakan secara meluas dalam penanaman padi

Page 70: Bab 6 Nutrisi F4

Hidroponik

Menanam tanaman tertentu di dalam larutan kultur dan bukannya tanah

Akar tumbuhan dibenamkan di dalam larutan yang mengandungi ke semua makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kadar yang betul

Tumbuhan tersebut disokomg oleh medium seperti kelikir.

Larutan kultur diudarakan supaya akar tumbuhan memperoleh oksigen untuk respirasi.

Page 71: Bab 6 Nutrisi F4

Aeroponik

Tumbuhan digantung dalam bilik khas dan akar tumbuhan didedahkan kepada udara.

Akar tumbuhan yang terdedah disembur dengan larutan nutrien pada selang waktu tertentu.

Ini membolehkan akar tumbuhan menyerap oksigen antara waktu-waktu semburan larutan nutrien.

Contoh tumbuhan yang ditanam secara aeroponik ialah bayam, salad, tomato dan cili.

Kelebihan kaedah ini ialah keamatan cahaya dan suhu dapat dikawal pada aras optimum bagi pertumbuhan maksimum.

Page 72: Bab 6 Nutrisi F4

Pembiakbakaan tumbuhan Tumbuhan berlainan varieti yang mempunyai

ciri-ciri berfaedah tertentu dibiak secara terpilih melalui teknik ini.

Contohnya: kelapa sawit spesies Tenera sp ialah hasil kacukan species Dura dengan spesies Pisifera sp.

Ini menghasilkan spesies Tenera sp. yang: Tandan buah yang lebih besar Mesokarpa buah yang tebal dan isirung yang lebih

tebal Lebih banyak minyak berbading induknya Buah tidak mudah gugur dari tandan

Page 73: Bab 6 Nutrisi F4

Pembiakbakaan haiwan

Melibatkan pembiakbakaan kacukan dua haiwan yang berlainan.

Contohnya: lembu hibrid Mafriwal Kacukan lembu betina jenis Fresian dan

lembu jantan jenis Sahiwal Menghasilkan lebih banyak susu dan

kandungan lemak yang rendah

Page 74: Bab 6 Nutrisi F4

Kultur tisu/klon

Kultur tisu yang mana tumbuhan yang lengkap boleh dihasilkan daripada sel atau tisu tumbuhan induk

Sel atau tisu yang diperoleh daripada tumbuhan induk dikulturkan di dalam medium atau larutan kultur steril yang mengandungi nutrien dan homon pertumbuhan yang sesuai

Anak tumbuhan yang terhasil kemudiannya dipindahkan ke tapak semaian

Contoh tumbuhan: betik, nanas dan belimbing

Page 75: Bab 6 Nutrisi F4

Kejuruteraan genetik

Membolehkan saintis mengubah ciri-ciri sesuatu organisma dengan mengubah komposisi genetik organisma tersebut

Melibatkan pemnindahan gen-gen berfaedah dari satu organisma ke organisma lain

Organisma yang telah diubahsuai disebut organisma transgenik (GMO)

Tanaman ini mempunyai gen organisma lain untuk meningkatkan pertumbuhan, sifat-sifat nutrisi serta ketahanan terhadap penyakit

Page 76: Bab 6 Nutrisi F4

Pengurusan tanah

Penanaman perlu dijalankan secara terkawal supaya bukan semua mineral dalam tanah digunakan oleh tumbuhan sekali gus pada setiap masa

Penggiliran tanaman membekalkan dan memperbaiki kesuburan tanah serta mengelakkan pertambahan makhluk perosak bagi spesies tanaman tertentu

Dalam kaedah ini, tanam-tanaman yang berlainan jenis ditanam secara bergilir-gilir di atas sebidang tanah yang sama untuk tempoh-tempoh tertentu.

Page 77: Bab 6 Nutrisi F4

Dalam satu kitaran empat peringkat yang biasa, tanaman legum ialah sumber nitrogen yang penting bagi tanah.

Tanaman yang lain boleh disertakan ialah sayuran berdaun, tumbuhan berbuah seperti tembikai dan tumbuhan bebawang seperti bawang merah atau bawang putih.

Page 78: Bab 6 Nutrisi F4

Kawalan Biologi

Kaedah pengawalan perosak dengan cara-cara biologi.

Musuh semula jadi bagi sejenis perosak tertentu seperti pemangsa atau parasit akan diperkenalkan ke habitat perosak tersebut sama ada memakan atau membunuh perosak tersebut.

Di Malaysia, burung hantu atau ular telah digunakan dengan jayanya untuk mengawal populasi tikus di dalam ladang kelapa sawit.

Page 79: Bab 6 Nutrisi F4

Di Australia, populasi kaktus berduri telah dapat dikawal dengan kupu-kupu kaktus.

Kaedah pengawalan makhluk perosak ini berfaedah kerana dapat mengurangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan penggunaan bahan kimia seperti pestisid.

walau bagaimanapun, langkah berjaga-jaga yang sesuai perlu diambil supaya keseimbangan ekologi semula jadi tidak terganggu.

Page 80: Bab 6 Nutrisi F4

6.15 Perkembangan teknologi dan pemprosesan makanan

Keperluan pemprosesan makanan Menghubungkaitkan kaedah

pemprosesan makanan dengan faktor yang merosakkan makanan

Page 81: Bab 6 Nutrisi F4

Keperluan pemprosesan makanan

Pemprosesan makanan kaedah menyediakan makanan untuk menjadikannya lebih menarik, lebih menarik, lebih lazat dan lebih tahan lama.

Tujuan pemprosesan makanan adalah untuk mengawet makanan dengan mengatasi faktor-faktor yang merosakkan makanan.

Ini mengelakkan pembaziran makanan serta keracunan makanan.

Page 82: Bab 6 Nutrisi F4

Pengawetan makanan melibatkan cara penyediaan makanan yang memanjangkan jangka hayat makanan supaya makanan dapat disimpan untuk kegunaan masa depan dan bekalannya berterusan.

Makanan rosak disebabkan oleh tindakan mikroorganisma terhadap makanan, khususnya bakteria dan fungi pengurai.

Organisma-organisma ini bertindak terhadap karbohidrat dan protein dalam makanan untuk menghasilkan karbon dioksida, air, ammonia, hidrogen sulfida dan sebatian organik yang lain yang merosakkan makanan dan menjadikannya bertoksik.

Page 83: Bab 6 Nutrisi F4

Pengoksidaan makanan menyebabkan makanan menjadi berminyak, berbau dan rasanya berbeza akibat pengoksidaan.

Makanan juga diproses untuk mempelbagaikan penggunaan bahan makanan, contohnya susu. Contoh hasil tenusu yang telah diproses ialah keju, yogurt, aiskrim, mentega dan coklat.

Page 84: Bab 6 Nutrisi F4

Kaedah pemprosesan makanan dengan faktor yang merosakkan makanan

Mikroorganisma memerlukan makanan, air, oksigen dan suhu yang sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan.

Mikroorganisma hanya boleh hidup dalam keadaan pH dan kepekatan zat larut yang optimum.

Makanan boleh diawet dengan memusnahkan mikroorganisma yang hadir dalam makanan tersebut atau menghentikan aktiviti-aktiviti mikroorganisma tersebut.

Page 85: Bab 6 Nutrisi F4

Memasak suhu yang tinggi membunuh mikroorganisma serta menyahaslikan enzim-enzim yang menghuraikan makanan.

Menambahkan garam dan gula menyebabkan mikroorganisma kehilangan air secara osmosis.

Penapaian menghasikan etanol yang pada kepekatan yang tinggi boleh menghalang jus buah itu daripada rosak.

Page 86: Bab 6 Nutrisi F4

Pengeringan makanan di bawah matahari akan menyingkirkan air daripada makanan dan ini menghalang pertumbuhan mikroorganisma. Sinar ultraungu daripada matahari juga membunuh bakteria dan mikroorganisma lain

Page 87: Bab 6 Nutrisi F4

Pempasteuran untuk memusnahkan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit seperti tuberkulosis dan tifoid. mengekalkan rasa asli dan vitamin B dalam susu. kaedah: suhu dipanaskan sehingga 63oC selama 30 minit diikuti dengan penyejukan segera atau susu dipanaskan sehingga 72oC selama 15 saat dan diikuti dengan penyejukan serta-merta sehingga 10oC atau kurang. selain susu, jus buah juga boleh diawet dengan cara ini.

Page 88: Bab 6 Nutrisi F4

Pengetinan melibatkan pensterilan haba untuk membunuh mikroorganisma dan sporanya. makanan dibungkus dalam tin dan dikukus pada suhu dan tekanan yang tinggi untuk menyingkiran udara daripada tin. vakum yang terhasil dalam tin menghentikan pertumbuhan mikroorganisma.

Page 89: Bab 6 Nutrisi F4

Penyejukan makanan pada suhu yang lebih rendah daripada 0oC boleh kekal segar bagi tempoh yang lama suhu yang rendah menghalang pertumbuhan mikroorganisma atau percambahan spora