minit mesyuarat sukan 4 2012

8
SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE 31900 KAMPAR MINIT MESYUARAT SUKAN 4/2012 MESYUARAT TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE 33 KALI 4/2012 23 JUN 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE, KAMPAR 1

Upload: maslamah-ahmad-razali

Post on 20-Jun-2015

2.919 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat sukan 4 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE31900 KAMPAR

MIN

IT M

ES

YU

AR

AT

SU

KA

N 4

/201

2

MESYUARAT TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE 33KALI 4/2012

23 JUN 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE, KAMPAR

1

Page 2: Minit mesyuarat sukan 4 2012

Minit Mesyuarat Sukan Kali 4/2012Tarikh : 23 Jun 2012 (Khamis)

Tempat : Bilik Tahun 6 Anggerik

Kehadiran :

1. Pn. Ramsinah bt Abd Latib Guru Besar 2. Cik Norliah bt. Abdullah PK Pentadbiran3. Pn Ganespary PK Kokurikulum4. En. Zainal b. Hussion Penyelia Petang5. Tn. Hj. Ahmad Jazuli b. Osman Penyelaras Pendidikan Khas6. En. Zulkhiffli b. Razmi Setiausaha Sukan7. En. Asri bin Ahmad Pen. Setiausaha Sukan8. En. Choo Chee Seng Bendahari9. En. Hasmawi b. Deraman10. En. Faizul b. Mohd. Zairy @ Khairi11. En. Hafiz b. Abdullah12. Pn. Kuah ai Choo13. Pn. Halimah bt. Darus14. En. Jumaat b. Hj. Majid15. Pn. Kuah Ai Choo16. Pn. Maslamah bt. Hj. Ahmad Razali17. En. Mohd. Bakhtiar b. Yusuf18. En. Norhazali b. Muhamad Yusuf19. Pn. Puteri Zairene bt. Mohd. Isak20. Pn. Rosnita bt Alang Wahab @ Zakaria21. Pn. Maimunah bt. Mohamad Isa22. Pn. Rosmawat bt. Hj. Ali23. Cik Rosnah bt. Hj. Ali24. Pn. Siti Sham Lee bt.Bakar25. Pn. Tan Wai Khuan26. Pn. Wan Faizah bt. Wan Hussin27. Pn. Elwa Neta bt. Itam Wali28. Pn. Habsah bt. Sabli

Tidak Hadir : Pn. Karti bt. Rasidin – Cuti Sakit

Agenda:

1. Ucapan Pengerusi2. Membaca dan mengesah minit mesyuarat yang lalu3. Perkara berbangkit4. Laporan ahli jawatankuasa5. Hal-Hal Lain

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi.

2

Page 3: Minit mesyuarat sukan 4 2012

1. Ucapan Pengerusi

1.1.1 Cik Norliah Bt Abdullah, selaku Timbalan Pengerusi mewakili guru besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Sukan kerana dapat hadir ke mesyuarat kali ini.

Makluman Semua AJK Sukan

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Cik Norliah selaku PK Kokurikulum membentangkan minit mesyuarat yang lalu.2.2 En Mohd Bakhtiar mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan.2.3 Minit mesyuarat yang lalu disokong oleh En Mohd Hafiz.

Makluman semua

3. Perkara Berbangkit

3.1 En Juma’at mencadangkan sekali lagi bahawa latihan perbarisan perlu dijalankan dalam satu sesi iaitu melibatkan murid-murid tahap I dan tahap II. Ini bagi memudahkan dan melicinkan perjalanan latihan perbarisan sukan.

Makluman semua

4. Laporan Ahli Jawatankuasa

4.1 Perbarisan, Lintas Hormat Dan Penutup

4.1.1 En Juma’at mencadangkan setiap rumah sukan akan membuat disiplin kawat kaki iaitu kawat kaki yang mana kawat ini dijalankan ketika lintas masuk dalam perbarisan kontingen. Seramai 25 orang ahli setiap rumah sukan yang berada pada barisan hadapan sahaja akan dinilai oleh juri yang telah dilantik. Juri-juri ini terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan KoKurikulum dan Penyelia Petang. Selain itu, setiap rumah sukan yang membuat lintas hormat perlu berhenti selama kurang 2 minit di hadapan khemah tetamu untuk membuat sorakan slogan rumah masing-masing. Setelah selesai, kontingen rumah sukan akan bergerak semula menuju rumah sukan masing-masing. Setiap slogan yang disorakkan akan dinilai oleh juru-juri tersebut.

4.2 Siaraya

4.2.1 En Asri membentangkan bahawa segala persiapan berkenaan siaraya termasuk kelengkapan bilangan mikrofon, pembesar suara dan sebagainya telah diuji.

4.2.2 En Norhazali mencadangkan agar semasa hari sukan berlangsung dapat diceriakan dengan muzik-muzik atau pun lagu-lagu. Ini dapat memeriahkan lagi suasana hari sukan tersebut.

3

Page 4: Minit mesyuarat sukan 4 2012

4.3 Disiplin, Keselamatan Dan Kebersihan

4.3.1 En Mohd Hafiz menerangkan bahawa semua kenderaan guru pada hari sukan diletakkan di luar kawasan sekolah berhampiran dengan kantin sekolah. Ini bagi memudahkan para ibu bapa meletakkan kenderaan mereka di sekitar hadapan sekolah. Setiap tempat letak kenderaan akan diselia oleh kakitangan sekolah yang bertugas.

4.4 Pengurus Acara Kelas Khas

4.4.1 Pn Habsah menerangkan bahawa hanya ada empat acara sahaja untuk murid-murid pendidikan khas ini. Tiga acara akan dipertandingkan sebelum hari sukan bermula. Manakala satu acara lagi akan dipertandingkan pada hari sukan. Ini kerana segelintir murid-murid khas ini tidak boleh terdedah kepada sinaran cahaya matahari.

4.5 Pengurus Rumah Sukan

4.5.1 Semua ketua rumah sukan dikehendaki berbincang dengan En Juma’at berkenaan dengan disiplin kawat kaki dan pengucapan slogan rumah sukan semasa lintas hormat.

4.6 Pelepas

4.6.1 En Mohd Bakhtiar memerlukan alat pelepas yang sesuai sebelum sesuatu acara dimulakan.

4.6.2 En Zulkhiffli akan menyediakan alat pelepas tersebut.

4.7 Hakim Penamat

4.7.1 Tn Hj Ahmad Jazuli selaku ketua hakim memerlukan dua orang murid untuk membantu memegang tali penamat dan bendera merah putih, empat orang hakim, empat unit jam randik, 4 orang pemegang nombor untuk diberikan kepada para pemenang dan beberapa orang untuk membantu mencatat pemenang.

4.8 Pencatat Keputusan

4.8.1 Pn Elwa Neta memerlukan system pencatat keputusan seperti yang sedia maklum. Sistem ini memudahkan keputusan dicatat dengan segera.

4.8.2 Beliau juga memerlukan beberapa unit meja, pencetak (printer) dan beberapa helaian kertas.

4.9 Pengurus Hadiah Dan Pengurus Peserta Menerima Hadiah

4

Page 5: Minit mesyuarat sukan 4 2012

4.9.1 Pn Siti Sham Lee menerangkan bahawa hadiah peserta seperti medal telah selesai.

4.9.2 Beliau menerangkan tiga unit piala untuk persiapan khemah terbaik, perbarisan lintas hormat terbaik, johan rumah sukan keseluruhan, cenderahati perasmi, hadiah olahragawan dan olahragawati telah disediakan.

4.9.3 Beliau memberitahu bahawa hadiah untuk peserta acara pendidikan khas masih belum dibeli lagi.

4.10 Pertolongan Cemas

4.10.1 Pn Kuah memerlukan peti pertolongan cemas yang lengkap.

4.11 Jamuan Perasmi, Pegawai Dan Peserta

4.11.1 Pn Maimunah menerangkan bahawa jamuan untuk perasmi, pegawai sukan dan para peserta telah disediakan. Antara menu makan tengahari ialah nasi ayam dan air sirap. Nasi ayam (RM3.60) ditaja oleh pihak sekolah manakala air sirap ditaja oleh pihak kantin sekolah. Untuk makluman, makanan akan dihidangkan dalam bentuk ‘buffet.

4.11.2 Untuk makluman, kenderaan bergerak ‘MILO’ akan datang ke sekolah pada hari sukan tersebut.

Makluman semua

5. Hal-Hal Lain

5.1 En Juma’at memberitahu kepada ketua rumah sukan bahawa hanya tiga kali sahaja nama peserta akan dipanggil dalam satu-satu acara. Jika peserta gagal hadir selepas tiga kali pengumuman panggilan peserta dibuat maka penyertaan peserta tersebut akan terbatal dengan sendirinya.

5.2 Tn Hj Ahmad Jazuli mengumumkan bahawa setiap bantahan ketua rumah sukan dalam mana-mana acara akan dikenakan RM200 sahaja. Beliau menegaskan keputusan pengadil adalah muktamad.

5.3 En Zulkhiffli memberitahu bahawa baju t-shirt sukan akan diterima selewat-lewatnya hari Khamis 30 Jun 2011 bersama topi berwarna hijau yang ditaja khas.

5.4 Guru Besar selaku pengerusi mencadangkan bahawa seramai 44 orang sahaja bagi setiap ahli rumah sukan dibenarkan terlibat dalam Sukantara. Ini kerana ahli rumah kuning kekurangan ahli untuk menyertai acara sukantara tersebut.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua jawatankuasa yang telah membentangkan laporan masing-masing dan berharap semua ahli jawatankuasa akan memberikan kerjasama penuh bagi menjayakan Temasya Olahraga Tahunan kali ini seperti yang dirancang.

5

Page 6: Minit mesyuarat sukan 4 2012

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………… ………………………… En. Asri bin Ahmad Cik Norliah bt. AbdullahPen. Setiausaha Sukan Penolong Kanan pentadbiranSK De La Salle, Kampar SK De La Salle, Kampar

6