minit mesyuarat sukan 3 2012

6
SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE 31900 KAMPAR MINIT MESYUARAT INDUK SUKAN 3/2012 MESYUARAT TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE 33 KALI 3/2012 15 JUN 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE, KAMPAR

Upload: maslamah-ahmad-razali

Post on 20-Jun-2015

2.643 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat sukan 3 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE31900 KAMPAR

MIN

IT M

ES

YU

AR

AT

IN

DU

K S

UK

AN

3/2

012

MESYUARAT TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE 33KALI 3/2012

15 JUN 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE, KAMPAR

Page 2: Minit mesyuarat sukan 3 2012

Minit Mesyuarat Induk Sukan Kali 3/2012Tarikh : 15 Jun 2012 (Rabu)

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran:

1. Cik Norliah bt. Abdullah PK Kokurikulum2. En. Zainal bin Hussion Penyelia Petang3. En. Asri bin Ahmad Pen. Setiausaha Sukan4. En. Arman bin Hashim Ketua Rumah Pendekar5. En. Choo Chee Seng Bendahari6. En. Juma’at b. Hj. Majid Ketua Rumah Pahlawan7. En. Hasmawi Bin Deraman Ketua Rumah Perwira8. En. Zulkhiffli b. Razmi Setiausaha Sukan

Tidak Hadir : Pn. Karti bt. Rasidin – Cuti Sakit

Agenda:

1. Ucapan/Taklimat PK Kokurikulum2. Taklimat Setiausaha Sukan3. Hal-Hal Lain

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi.

1. Taklimat PK Kokurikulum

1.1 Cik Norliah Bt Abdullah, selaku PK Kokurikulum SK De La Salle mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Induk Sukan kerana dapat hadir ke mesyuarat kali ini.

Makluman Semua AJK Induk Sukan

2. Taklimat Setiausaha Sukan

2.1 En Zulkhiffli selaku setiausaha sukan menerangkan semula tentang perjalanan latihan rumah sukan sekolah mengikut stesyen-stesyen yg telah ditetapkan. Setiap rumah sukan perlu mematuhi perjalanan latihan tersebut.

2.2 En Arman selaku Ketua Rumah Pendekar (Biru) mencadangkan agar acara balapan kategori L11 dan P11 yang terdiri daripada murid tahun 4 dan murid tahun 5 diasingkan. Ini kerana dapat memberi peluang kepada murid tahun 4 untuk memenangi hadiah dalam kategori tersebut. Jika tidak diasingkan maka didapati peluang untuk murid tahun 5 adalah lebih tinggi berbanding dengan murid tahun 4.

Page 3: Minit mesyuarat sukan 3 2012

2.3 En Zulkhiffli selaku setiausaha sukan menerangkan semula bahawa acara balapan untuk L11 dan P11 tidak dapat diasingkan. Berdasarkan kepada olahraga tahunan yang lepas berlaku keadaan di mana murid tahun tahun 5 yang tidak cukup untuk mewakili rumah masing-masing. Ini menyebabkan ketua rumah sukan terpaksa menggantikan dengan murid tahun 4 untuk mengambil bahagian dalam sesuatu acara tersebut. Jika berlaku keadaan di mana pada tahun ini acara balapan bagi L11 dan P11 mahu diasingkan maka akan merumitkan lagi keadaan. Oleh itu, sebulat suara membuat keputusan bahawa acara balapan bagi L11 dan P11 tidak diasingkan.

2.4 En Zulkhiffli menerangkan bahawa untuk acara 100m bagi kategori L10, L11 dan P10, P11 hanya dibenarkan seramai 2 orang peserta sahaja bagi setiap acara tersebut.

Makluman dan tindakan ketua rumah sukan

2.5 Ustaz Mohd. Hasmawi selaku Ketua Rumah Perwira (Merah) bertanyakan bahawa bagaimana jika peserta tahun 4 tidak hadir pada hari sukan tersebut.

2.6 En Zulkhiffli menerangkan jika ada di kalangan murid tahun 4 yang tidak hadir pada hari sukan tersebut dan secara langsung terlibat dalam acara sukan maka tindakan yang perlu diambil ialah menggantikan peserta tersebut dengan peserta tahun 3. Begitu juga dengan tahun-tahun yang lain. Dengan kata lain sebulat suara telah bersetuju dan berpendapat bahawa hanya dibenarkan peserta daripada tahun ke bawah untuk menggantikan acara bagi peserta yang tidak hadir.

2.7 En Juma’at selaku Ketua Rumah Pahlawan menegaskan bahawa latihan rumah sukan telah ditetapkan mengikut stesyen-stesyen tertentu. Setiap rumah sukan perlu berada di stesyen masing-masing sehingga latihan selesai. Ini bagi mengelakkan pertembungan antara dua rumah sukan dalam satu stesyen. Stesyen A acara lontar peluru dengan 100m. Stesyen B acara 4X100m dengan lontar peluru manakal stesyen C acara lompat jauh dengan lontar peluru.

2.8 En Juma’at menegaskan bahawa payung untuk berteduh daripada panas cahaya matahari boleh diminta daripada En Rahim.

Makluman dan tindakan ketua rumah sukan

3. Hal-Hal Lain

3.1 En Zulkhiffli mengingatkan bahawa pelari yang akan memberi baton perlu memberi pada pelari berikutnya dengan tangan kanan manakala yang menerima baton perlu menerima dengan tangan kiri. Walau bagaimanapun bergantung kepada pelari yang akan memberi baton.

Page 4: Minit mesyuarat sukan 3 2012

3.2 Ketua Rumah Sukan dikehendaki memilih 2 orang peserta bagi acara lontar peluru dan 3 orang peserta bagi acara lompat jauh. Acara 70m dan 4X100m untuk murid tahun 2 dan 3 adalah digabungkan.

3.3 Kebanyakan acara tidak dapat ditambah atau diasingkan disebabkan kekangan kewangan.

3.4 En Juma’at menerangkan bahawa latihan sukan bagi setiap stesyen bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 9.20 pagi.

3.5 Bayaran RM100 akan diberi kepada setiap rumah sukan. Bayaran ini boleh digunakan oleh setiap rumah sukan untuk perbelanjaan rumah sukan masing-masing termasuklah perbelanjaan menghias rumah sukan, keceriaan rumah dan perbelanjaan menghias para peserta rumah sukan.

Makluman dan tindakan ketua rumah sukan

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua jawatankuasa induk yang hadir dan berharap semua pihak akan memberikan kerjasama bagi menjayakan Temasya Olahraga Tahunan kali ini seperti yang dirancang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………… ………………………… En. Asri bin Ahmad Cik Norliah bt. AbdullahPen. Setiausaha Sukan Penolong Kanan KokurikulumSK De La Salle, Kampar SK De La Salle, Kampar