minit mesyuarat sukan 2 2012

6
SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE 31900 KAMPAR MINIT MESYUARAT SUKAN 2/2012 MESYUARAT TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE 33 KALI 2/2012 23 MEI 2012

Upload: maslamah-ahmad-razali

Post on 24-May-2015

6.070 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat sukan 2 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE31900 KAMPAR

MIN

IT M

ES

YU

AR

AT

SU

KA

N 2

/201

2

MESYUARAT TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE 33KALI 2/2012

23 MEI 2012

Page 2: Minit mesyuarat sukan 2 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE, KAMPAR

Minit Mesyuarat Sukan Kali 2/2012Tarikh : 23 Mei 2012

Tempat : Bilik Komputer Sekolah

Kehadiran :

1. Pn. Ramsinah Bt. Abdul Latib Guru Besar2. Cik Norliah Bt. Abdullah PK Kokurikulum3. En. Jumaat b. Hj. Majid Pemangku PK HEM4. En. Arman B. Hashim Penyelaras Pendidikan Khas5. En. Zulkhiffli b. Razmi Setiausaha Sukan Sekolah6. En. Asri bin Ahmad Penolong Setiausaha Sukan Sekolah7. En. Gunarajan A/L ****8. En. Choo Chee Seng9. En. Hafiz b. Abdullah10. En. Mohd. Hasmawi b. Deraman11. En. Norhazali b. Muhamad Yusuf12. Pn. Puteri Zairene bt. Mohd. Isak13. Pn. Elwa Neta bt. Itam Wali14. En. Mohd Bakhtiar B. Yusuf

Tidak Hadir: Pn. Karti bt. Rasidin – Cuti Sakit

Agenda:

1. Ucapan Guru Besar2. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu3. Perkara Berbangkit4. Pembentangan Kertas Konsep5. Hal-Hal Lain

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi

1. Ucapan/Taklimat Puan Guru Besar

1.1 Pn. Ramsinah Bt. Abdul Latib selaku Guru Besar SK De La Salle mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Temasya Sukan Tahunan kerana dapat hadir ke mesyuarat kali ini dan diharap dapat mengikut masa serta memberi komitmen seperti yang dirancangkan dengan jayanya.

Makluman Semua AJK Sukan

Page 3: Minit mesyuarat sukan 2 2012

2. MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

2.1 En. Juma’at Bin Hj. Majid mencadangkan minit mesyuarat lalu disahkan dan disokong oleh En. Norhazali Bin Yusof.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 PK Kokurikulum Seperti dalam kertas berwarna pink.. Jika ada perubahan boleh dinyatakan.

1.1 Pengerusi masih belum menerima maklum balas daripada ketua rumah.

4. PEMBENTANGAN KERTAS KONSEP

4.1 En Zulkhiffli memberitahu tahun ini diubah kepada nama Temasya Sukan Tahunan dan bukan lagi Temasya Olahraga Tahunan.

Terdapat pertukaran ketua rumah Pendekar ialai En Faizul (Pahlawan) dan Pn Rosnah (****)

Maklumat lanjut telah disediakan satu blog……..boleh download daripada laman tersebut..

Bidang ditugas adalah seperti dalam kertas kerja Temasya Sukan Tahunan.

Cadangan daripada guru besar agar acara sukaneka dilaksanakan juga untuk murid tahap 2.. bermakna semua murid terlibat secara langsung. Tiada hadiah diperuntukkan tetapi menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing. Semua guru dan penyelaras rumah sukan bersetuju acara tersebut dilaksanakan.

Guru Besar mencadangkan agar murid wajib membawa pakaian seragam sekolah walaupun setelah tamat sesi latihan sukan.

Sesi pagi latihan dimulakan sebelum rehat iaitu 7.30 hingga 9.30 manakala murid sesi petang dua jam selepas waktu rehat.

Raptai perbarisan penuh akan diadakan pada hari Jumaat 29 Jun 2012 jam 4 petang. Semua guru sesi pagi wajib hadir pada hari tersebut. Satu surat akan dikeluarkan kepada murid-murid tentang maklumat tersebut.

Bola Jaring dan Futsal Ada cadangan agar murid tahun 6 tidak terlibat

AJK Pengurus Hadiah dan Pengurus Peserta Menerima Hadiah murid perlu dibahagikan kepada dua jawatankuasa supaya tidak berlaku pertindahan atau timbul masalah mencari peserta yang akan menerima hadiah.

Perbelanjaan hadiah meningkat daripada tahun 2011.. Antaranya baik pulih piala pusingan, pertandingan futsal dan bola jaring.

Pertandingan sukan futsal dan bola jaring adalah terbuka kepada semua ahli rumah sukan.

Page 4: Minit mesyuarat sukan 2 2012

Makluman dan tindakan semua Ketua Rumah Sukan

5. HAL-HAL LAIN

4.1 PK Kokurikulum mencadangkan guru-guru membeli baju t-shirt sukan dengan anggaran harga antara RM25 hingga RM30. Pihak sekolah akan memohon subsidi daripada kelab guru atau pihak PIBG sekolah untuk membantu dalam pembayaran baju tersebut kerana Temasya Sukan kali ini melibatkan pihak PIBG sendiri. Guru perlu menambah sedikit bagi melengkapkan pembayaran tersebut. Semua guru menyokong sebulat suara cadangan tersebut.

Makluman semua AJK Sukan

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua guru yang hadir dan berharap semua pihak akan memberikan kerjasama bagi menjayakan Temasya Sukan Tahunan kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

En. Asri bin Ahmad Cik Norliah bt. Abdullah

Page 5: Minit mesyuarat sukan 2 2012

Pen. Setiausaha Sukan Penolong Kanan Kokurikulum SK De La Salle, Kampar SK De La Salle, Kampar