minit mesyuarat pusat sumber 2

Upload: johnny-wagner

Post on 07-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pss

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER SEKOLAH BIL 2/2015SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG HOLYROOD

34100 SELAMA, PERAK

TARIKH

: 02 Jun 2015

HARI

: Selasa

MASA

:9.30 10.00 pagi

TEMPAT

: Bilik Guru

KEHADIRAN:3 Orang

1. Pn.A.Kalai Arasi (Guru Besar)2. Pn.V.Kalai Vaani (Guru Kanan)3. Cik.T.Moganavalli (Guru Pusat Sumber & Media)

1.0 UCAPAN ALUAN 1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru-guru dalam mesyuarat kali kedua ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan semua guru dalam melaksanakan tugas masing-masing dengan baik sepanjang tahun. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LAKU

2.1 Minit mesyuarat lalu disahkan Pn.V.Kalai Vaani dan disokong oleh Pn. A.Kalai Arasi. Tindakan : Setiausaha PSS

3.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN 3.1 PROGRAM NILAM 3.1.1 Guru Besar memberitahu kepada semua guru untuk meneruskan Program Nilam. 3.1.2 Semua guru diberi tanggungjawab untuk menyemak buku Nilam murid-murid. 3.2 PINJAMAN BUKU 3.2.1 Setiap murid boleh meminjam sebanyak 5 buku dalam seminggu. 3.2.2 Para guru boleh meminjam sebanyak 8 buku dalam seminggu. 3.2.3 Tempoh pinjaman buku dilanjutkan bagi perpustakawaan sebanyak 7 hari, murid biasa sebanyak 5 hari sahaja. 3.2.4 Tempoh pinjaman buku bagi para guru telah dilanjutkan selama 2 minggu. 3.2.5 Guru besar meminta guru-guru untuk menggalakkan murid meminjam buku cerita ketika cuti penggal sekolah. 3.2.6 Guru T.Moganavalli mencadangkan untuk meletakkan beberapa buku cerita baru di bahagian sudut bacaan yang terdapat dalam kelas 2 bijak.Tindakan : Semua Guru3.3 PENGGUNAAN PSS 3.3.1 Semua guru diminta merekod penggunaan pusat sumber sekolah di dalam buku yang tersedia. 3.3.2 Semua guru diminta menggunakan perpustakaan seperti yang dijadualkan. Tindakan : Semua Guru4.0 PENANGGUHAN MESYUARAT 4.1.1 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan harapan semua guru pusat sumber dapat menggemblengkan masa dan tenaga mereka untuk memberikan kerjasama dan menjalankan tugas masing-masing. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disahkan oleh,

___________________

(A.KALAI ARASI)

Guru Besar,

SJK (T) Ladang Holyrood.

Disediakan oleh,

______________________

(CIK.T.MOGANAVALLI)

Guru Pusat Sumber & Media

SJK (T) Ladang Holyrood.