minit mesyuarat psv1 2011

7
SMK TUN MUTAHIR, 75350 BATU BERENDAM MELAKA MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI PERTAMA 2011 Tarikh : 08 Januari 2011 (Sabtu) Masa : 10.30 pagi Tempat : Bilik Seni Kehadiran : 1. Pn. Lim Lay Neo (GKMP Kemanusiaan) 2. Pn.Azizzah binti Mohd Shah (Ketua Panitia) 3. Pn. Nurasyiqin Chia bt Abdullah (Guru Cemerlang) 4. Cik Nurul Wahida Muhammad 5. Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty binti Zorkornaini 6. En. Yussop bin Ismail 7. En. Zambri bin Abu Tidak Hadir : 1. Pn. Salomi binti Naim - Bersebab 2. Cik Nor Haslinda binti Kamisan - Bersebab Urusetia : 1. Puan Azizzah binti Mohd Shah 2. Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty binti Zorkornaini (dilantik sebagai Setiausaha) 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Puan Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada guru- guru baru yang mengajar Pendidikan Seni Visual pada tahun 2011 seperti Encik Yussop, Encik Zambri, Cik Nurul Wahida dan Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty. Mesyuarat kali ini bertujuan membincangkan perancangan panitia pada tahun 2011. Merujuk kepada mesyuarat kurikulum yang lepas Tuan Pengetua meminta semua

Upload: cik-rina

Post on 30-Jun-2015

1.890 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: minit mesyuarat psv1 2011

SMK TUN MUTAHIR, 75350 BATU BERENDAM MELAKAMINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

KALI PERTAMA 2011

Tarikh : 08 Januari 2011 (Sabtu)Masa : 10.30 pagiTempat : Bilik Seni

Kehadiran :

1. Pn. Lim Lay Neo (GKMP Kemanusiaan)2. Pn.Azizzah binti Mohd Shah (Ketua Panitia)3. Pn. Nurasyiqin Chia bt Abdullah (Guru Cemerlang)4. Cik Nurul Wahida Muhammad5. Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty binti Zorkornaini6. En. Yussop bin Ismail7. En. Zambri bin Abu

Tidak Hadir :

1. Pn. Salomi binti Naim - Bersebab2. Cik Nor Haslinda binti Kamisan - Bersebab

Urusetia :

1. Puan Azizzah binti Mohd Shah2. Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty binti Zorkornaini (dilantik sebagai Setiausaha)

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Puan Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baru yang mengajar Pendidikan Seni Visual pada tahun 2011 seperti Encik Yussop, Encik Zambri, Cik Nurul Wahida dan Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty. Mesyuarat kali ini bertujuan membincangkan perancangan panitia pada tahun 2011. Merujuk kepada mesyuarat kurikulum yang lepas Tuan Pengetua meminta semua panitia mengadakan Program Inovasi. Sekolah juga akan mengadakan Anugerah Inovasi 2011 yang menyediakan trofi dan sijil kepada pemenang. Program Inovasi yang dilakukan perlulah memenuhi beberapa syarat antaranya menjimatkan tenaga, kos dan masa. Program Inovasi ini juga perlu menggunakan aplikasi teknologi yang terkini.

1.2 Puan Pengerusi juga memberitahu pertukaran jawatan dalam panitia iaitu ketua panitia ialah Puan Azizzah Mohd Shah menggantikan Puan Nurasyiqin Chia yang telah menjadi Guru Cemerlang dan memegang jawatan lain.

Page 2: minit mesyuarat psv1 2011

2.0 Ucapan GKMP Kemanusiaan

2.1 Puan Lim Lay Neo mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir mesyuarat pada kali ini. Puan Lim Lay Neo memberitahu supaya surat panggilan menghadiri mesyuarat perlu dihantar melalui email. Ini selaras dengan Program Inovasi yang dicadangkan oleh Tuan Pengetua. Beliau juga meminta supaya Panitia Pendidikan Seni Visual membina sebuah Blog Panitia yang boleh memuatkan semua maklumat mengenai Panitia Pendidikan Seni Visual. Selain itu, Puan Lim Lay Neo juga memberitahu bagi guru-guru yang akan menghadiri kursus samaada dalam jangka masa yang pendek atau panjang perlu melakukan satu sistem yang dipanggil jual beli jadual waktu dengan guru lain. Guru-guru akan menukarkan jadual waktu mereka dengan guru yang lain dan akan menggantikan guru tersebut sekiranya mereka pergi kursus.

2.2 Puan Lim Lay Neo juga memberitahu e-mail Pengetua ialah [email protected].

3.0 Ucapan Pengetua

3.1 Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada guru-guru panitia yang mengajar Pendidikan Seni Visual. Perlantikan Encik Zambri bin Abu sebagai guru seni adalah disebabkan oleh Encik Zambri mempunyai opsyen seni ketika mengajar di sekolah rendah. Tuan Pengetua juga memberitahu Program Inovasi yang akan dijayakan pada tahun ini antaranya Pertandingan Blog Panitia. Selain itu, blog panitia yang dibina dapat memudahkan pelajar untuk mendapatkan nota-nota mata pelajaran dan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran mereka. Tuan Pengetua juga meminta agar Panitia mengadakan ko-akademik seperti melukis mural di dinding-dinding sekolah sebagai sumbangan panitia kepada sekolah. Bahan-bahan untuk melukis mural boleh menggunakan duit sumbangan PIBG dan melukis mural juga boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar Persatuan Pendidikan Seni Visual. Tuan Pengetua meminta panitia supaya kewangan pada tahun 2010 dibelanjakan pada Januari 2011. Tuan Pengetua juga telah bersetuju dengan pembelian sebuah LCD bagi Panitia Pendidikan Seni Visual pada tahun ini.

4.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Disahkan : Puan Nurasyiqin Chia binti AbdullaDisokong : Encik Yussop bin Ismail

4.1 Bangkitan Minit Mesyuarat Yang Lalu

4.1.1 Puan Nurasyiqin mencadangkan semula agar pihak sekolah membenarkan LCD dibeli khas untuk penggunaan Bilik Seni. Cadangan tersebut telah

Page 3: minit mesyuarat psv1 2011

dipersetujui oleh Tuan Pengetua untuk membeli sebuah LCD untuk panitia.

4.1.2 Kebenaran pelajar-pelajar yang tidak boleh melukis dan tidak berminat supaya mereka tidak mengambil kertas ini untuk peperiksaan SPM. Tuan Pengetua telah bersetuju supaya mereka tidak mengambil kertas peperiksaan Pendidikan Seni Visual untuk SPM tetapi guru perlu melakukan secara berhikmah supaya pelajar tidak merayau sekiranya mereka tidak mengambil mata pelajaran ini untuk peperiksaan.

5.0 Dasar Panitia

5.1 Format Standard Kualiti Sains Sosial

Format ini telah diberikan oleh GKMP untuk diemplementasikan dalam Panitia.

BIL BUTIRAN STANDARD1 Bilangan Buku Nota & Latihan

Buku Lukisan (Drawing Blok)1 Buku ( Minimum 5 soalan )1 Buku lukisan (Drawing Block)

2 FolioBuku skrab

1 Folio setahun mengikut tajuk yang disediakan.Mengandungi:1. Unsur Seni, Grafik. Kraftangan, Lukisan, Catan, Arca ataupun Cetakan.

3. Aktiviti Mencorak, mengambar, membentuk kraftangan

4 Penggunaan Bilik Seni Maksimum 8 kumpulan terdiri daripada 5 orang satu kumpulan.

5 Penandaan Buku Tidak lewat 7 hari daripada tarikh yang diberi.Ada ulasanAda pembetulan.

5.2 Panitia telah mengambil keputusan untuk menetapkan Standard Kualiti :

Menengah Rendah ( Peralihan, Tingkatan 1 , 2 & 3 )

BIL BUTIRAN STANDARD

1 Nota dan Latihan 1 Buku Nota Saiz Besar

2 Mengambar dan Skrap 1 Folio

3 Lakaran dan Olahan (mengikut tajuk) 1 Buku Lukisan (Drawing Block)

Page 4: minit mesyuarat psv1 2011

Menengah Atas ( Tingkatan 4 & 5)

BIL BUTIRAN STANDARD

1 Nota dan Latihan 1 Buku Nota Saiz Besar

2 Mengambar dan Skrap 1 Folio

3 Lakaran dan Olahan (mengikut tajuk) 1 Buku Lukisan (Drawing Block)

Bagi buku nota menengah rendah sekiranya guru telah memulakan menggunakan buku nota bersaiz kecil, guru tersebut perlu menyelaraskan buku nota tersebut untuk kelas yang diajar.

6.0 Rancangan Kerja Tahunan

Agihan untuk membuat rancangan kerja tahunan:

1) Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Puan Nurasyiqin Chia 2) Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Puan Azizzah Mohd Shah

Guru-guru yang mengajar tingkatan 1 hingga 5 boleh mendapatkan rancangan pelajaran daripada Ketua Panitia.

7.0 Perancangan Program Inovasi 2011

7.1 Program bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang lemah dalam seni lukisan. Program ini dinamakan “Didik Anak Seni 1” dan “Didik Anak Seni 2”. Program ini akan dihadiri oleh 25 orang pelajar yang terpilih untuk mengasah bakat mereka kepada asas seni lukisan.

7.2 Program yang dikenali sebagai “Berus Emas” adalah program untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang cemerlang dalam seni lukisan. Program ini juga akan dihadiri oleh 25 orang pelajar.

7.3 Program bagi guru-guru baru yang mengajar seni dinamakan “In House Training”. Program ini bertujuan mendedahkan teknik-teknik lukisan yang ada.

7.4 Senarai e-mail guru-guru Pendidikan Seni Visual adalah seperti berikut :1. Puan Azzizah Mohd Shah - [email protected]. Puan Nurashiqin Chia Abdullah - [email protected]. En. Yussop Ismail - [email protected]. En.Zambri Abu - [email protected]. Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty - [email protected]. Cik Nurul Wahida Muhammad - [email protected]

Page 5: minit mesyuarat psv1 2011

8.0 Hal-hal Lain

8.1 Puan Azizzah Mohd Shah akan membuat Jadual Waktu Penggunaan Bilik Seni mengikut jadual waktu guru.

8.2 Puan Azizzah mencadangkan supaya pelajar yang bukan dari kelas seni boleh mengambil kertas Seni untuk peperiksaan SPM iaitu pelajar-pelajar yang dikenal pasti berpontensi untuk lulus cemerlang.

8.3 Tuan Pengetua telah bersetuju untuk membeli LCD Projektor kepada Panitia PSV dengan menggunakan peruntukan PIBG.

8.4 Oleh itu, guru-guru PSV amat digalakkan menggunakan LCD Projektor itu nanti semasa menjalan P&P.

9.0 Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan jam 12.00 tengahari.

Disediakan Oleh : Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty bt Zorkornaini