minit mesyuarat pendidikan kesihatan - 2015

9
MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN KESIHATAN BIL. 1 / 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN BUMIPUTERA, LUNDU TARIKH : 27 JANUARI 2015 MASA : 1300 – 1400 PETANG TEMPAT : KELAS TAHUN 1 JUJUR SK BUMIPUTERA LUNDU 1

Upload: jjepp80

Post on 17-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Pendidikan Kesihatan - 2015

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN KESIHATANBIL. 1 / 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN BUMIPUTERA, LUNDU

TARIKH : 27 JANUARI 2015MASA : 1300 – 1400 PETANGTEMPAT : KELAS TAHUN 1 JUJUR

SK BUMIPUTERA LUNDU

1

Page 2: Minit Mesyuarat Pendidikan Kesihatan - 2015

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi majlis.2. Mengesahkan minit mesyuarat 20143. Laporan Maklum Balas dan Tindak Susul Minit Mesyuarat 20144. Pembentangan Kertas Kerja / Isu / Laporan.

4.1 Penubuhan AJK Panitia Pendidikan Kesihatan 20154.2 Format rancangan mengajar harian.4.3 Program Panitia Pendidikan Kesihatan 20154.4 PBS4.5 Laporan Kewangan 2014

5. Hal-hal lain.6. Penutup

2

Page 3: Minit Mesyuarat Pendidikan Kesihatan - 2015

Kehadiran :

Bil Nama pegawai Jawatan 1 Pn. Ratna binti Borhan Guru 2 En. Renia anak Minjey Guru 3 En. Sapawi bin Zain Guru 4. En. Has bin Ahmat Guru 5. Pn. Halimah binti Hj. Raili Guru 6. Pn. Halina binti Rasidi Guru7. En. Jeafree bin Morni Guru

3

Page 4: Minit Mesyuarat Pendidikan Kesihatan - 2015

Bil Butiran perbincangan :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi majlis.

1.1 Pengerusi majlis mengucapkan selamat sejahtera dan terima kasih kepada semua guru Pendidikan Kesihatan yang hadir.

1.2 Pengerusi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan tugasan kurikulum sepanjang tahun 2014.

1.3 Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah oleh Ustaz Has bin Ahmat.

Makluman

2. Mengesahkan minit mesyuarat 2014

2.1 Minit disahkan oleh En. Has bin Ahmat dan disokong oleh En. Sapawi bin Zain.

3. Laporan Maklum Balas dan Tindak Susul Minit Mesyuarat 2014Tiada

4. Pembentangan Kertas Kerja / Isu / Laporan.

4.1 Ketua Panitia memberitahu bahawa AJK Panitia Pendidikan Kesihatan 2015 adalah seperti berikut :

Pengerusi : En. Annuar b. Hj Lay ( Guru Besar )Naib pengerusi : Pn. Ismawatiee bt. Madel ( PKT )Ketua Panitia : Pn. Ratna bt. BorhanSetiausaha : Pn. Halina bt. RasidiAJK : En. Renia anak Minjey

En. Has bin AhmatEn. Sapawi bin ZainPn. Halimah bt Raili

Makluman 4.2 Format rancangan mengajar harian.

4.2.1 Ketua panitia mengagihkan format rancangan mengajar harian yang selaras untuk kelas KSSR dan KBSR.4.2.2 Ketua panitia mengingatkan semua guru pendidikan kesihatan agar menyediakan rancangan harian mengikut RPT dan modul pengajaran yang disediakan.

4

Page 5: Minit Mesyuarat Pendidikan Kesihatan - 2015

Makluman dan tindakan

4.3 Program Panitia Pendidikan Kesihatan 2015

4.3.1 Guru pendidikan kesihatan sediakan maklumat tentang pendidikan kesihatan kepada murid di dalam kelas. Maklumat tidak terhad kepada sukatan pelajaran. Sebaliknya, gunakan maklumat terkini yang boleh menambah pengetahuan kepada murid-murid.

4.3.1 Program gabungan Panitia Kesihatan dan Bahagian HEM ( Kebersihan dan keceriaan kelas ). Melukis poster dan mewarna poster mengikut tahap 1 dan 2.

Makluman 4.4 PBS

4.4.1 Guru-guru Pendidikan Kesihatan yang mengajar kelas KSSR harus membuat pentaksiran kepada pelajar dan ‘ key in’ data pada masa yang ditetapkan.

4.5 Laporan Kewangan 2014

4.5.1 Peruntukan mata pelajaran yang berjumlah RM1700.00 telah dibelanjakan untuk pembelian barang-barang keperluan Panitia Kesihatan.

Makluman

5. Hal-hal lain.

5.1 Bahan bantu mengajar yang telah dibeli untuk panitia Pendidikan Kesihatan boleh minta pada ketua panitia.

5.2 Ada antara barang yang dipesan tidak dapat disediakan oleh pembekal telah diganti dengan alat pencuci tangan dettol dan diletakkan dalam tandas murid dan singki dewan bagi menjamin kebersihan tangan murid.

5.3 Panitia Kesihatan juga ada menyediakan peralatan pertolongan cemas sebagai persediaan kecederaan kecil murid-murid semasa sesi PdP.

5

Page 6: Minit Mesyuarat Pendidikan Kesihatan - 2015

6. Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh :

-------------------------------------------( HALINA BINTI RASIDI )Setiausaha Panitia Pendidikan Kesihatan SK Bumiputera, Lundu

Disemak oleh :

-------------------------------------------( RATNA BINTI BORHAN )Ketua Panitia Pendidikan KesihatanSK Bumiputera, Lundu

Disahkan oleh :

------------------------------------------( ANNUAR BIN HJ. LAY )Guru Besar SK Bumiputera, Lundu

6

Page 7: Minit Mesyuarat Pendidikan Kesihatan - 2015

7