minit mesyuarat opkim 8

4
MINIT MESYUARAT OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM (OPKIM PAGOH) KALI KELAPAN PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014 Tarikh :19 Disember 2013 Masa : 8.30 Malam Tempat : FSSK Kehadiran : 16 Orang AGENDA 1 Ketua Pengarah, Saudari Norhidayah Binti Ruhi memulakan majlis dengan Al-Fatihah. AGENDA 2 Tugasan setiap pos. Penyelaras program : Penyelaras telah menyediakan pelan penyelaras keseluruhan dan pergerakan gerak kerja untuk setiap pos. Penyelaras masih belum dapat untuk menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan kepastian supaya pihak sekolah memberikan maklumat tentang program yang akan dijalankan di sekolah. Pengarah program (khidmat sosial) : Pengarah telah mencadangkan untuk mengadakan ceramah daripada Kelab Sahabat Aqsa mengenai “Palestin Saudaraku” pada 22 Januari 2014 iaitu pada pagi hari Isnin sebelum Bengkel IT. Pihak mereka juga menyatakan bahawa pihak mereka akan menyediakan flyers, banner, tabung kutipan Palestin, pameran dan video terbaru berkaitan Palestin dan ingin

Upload: mohd-ikmal

Post on 26-Jun-2015

66 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat opkim 8

MINIT MESYUARAT OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM

(OPKIM PAGOH)

KALI KELAPAN

PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014

Tarikh :19 Disember 2013 Masa : 8.30 MalamTempat : FSSKKehadiran : 16 Orang

AGENDA 1Ketua Pengarah, Saudari Norhidayah Binti Ruhi memulakan majlis dengan Al-Fatihah.

AGENDA 2

Tugasan setiap pos.

Penyelaras program : Penyelaras telah menyediakan pelan penyelaras keseluruhan dan pergerakan gerak

kerja untuk setiap pos. Penyelaras masih belum dapat untuk menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan

kepastian supaya pihak sekolah memberikan maklumat tentang program yang akan dijalankan di sekolah.

Pengarah program (khidmat sosial) : Pengarah telah mencadangkan untuk mengadakan ceramah daripada Kelab Sahabat

Aqsa mengenai “Palestin Saudaraku” pada 22 Januari 2014 iaitu pada pagi hari Isnin sebelum Bengkel IT.

Pihak mereka juga menyatakan bahawa pihak mereka akan menyediakan flyers, banner, tabung kutipan Palestin, pameran dan video terbaru berkaitan Palestin dan ingin pihak OPKIM Pagoh memasukkan logo Kelab sahabat Aqsa di dalam banner dan poster.

Pengarah program (keagamaan) : Pengarah menyatakan bahawa pihak JAKIM masih belum memberikan respon untuk

memberikan ceramah. Pengarah telah membuat belanjawan untuk penceramah.

Pengarah pemasaran :

Page 2: Minit mesyuarat opkim 8

Hasil jualan donat telah mendapat keuntungan sebanyak RM 185 melalui jualan yang telah dilakukan di kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Pendeta zaaba dan Kolej Ibrahim Yaakob.

Beberapa syarikat seperti Bookstore dan Pustaka Hussin telah menolak untuk memberikan dana.

Pengarah akan pergi ke pejabat ADUN YB Air Hitam untuk memohon sumbangan terus daripada pihak tersebut.

Pengarah kebudayaan : Pengarah telah menyiapkan pelan penyelarasan . Untuk malam kebudayaan, iaitu pada 21 januari 2014, pengarah telah mencadangkan

untuk membuat persembahan daripada keluarga angkat dan anak angkat yang dimulai oleh pihak kampung dan penutup oleh pelajar UKM sendiri.

Pengarah juga perlu untuk mendapatkan kepastian daripada pihak kampung tentang cadangan ini supaya melancarkan perjalanan program.

Pengarah teknikal : Pengarah perlu bekerjasama dengan pihak teknikal untuk acara perasmian di Dectar. Pengarah juga dikehendaki untuk menyediakan laptop ketika program untuk

membuat gimik ketika penyerahan anak angkat.

Pengarah makanan : Pengarah telah menghubungi Encik Amir iaitu Ketua Kampung. Menurut beliau,

pihak kampong mengharapkan untuk membuat perjumpaan sekali lagi supaya dapat berhubung terus dengan pelajar UKM sendiri.

Pelan dan bajet keseluruhan untuk 400 orang telah disediakan.

Pengarah pendaftaran : Pengarah diminta untuk membuat satu borang untuk pelajar yang akan pulang ke

UKM dan pelajar yang pulang terus ke negeri masing-masing pada hari terakhir program.

AGENDA 4Kata-kata penutup :

Saudari Norhidayah menutup mesyuarat OPKIM 10 Penjuru (Pagoh) dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Page 3: Minit mesyuarat opkim 8

NUR AMANINA MOHD KHAIRUDDIN NORHIDAYAH BINTI RUHI

Setiausaha, Ketua Pengarah,Operasi Khidmat Masyarakat, Operasi Khidmat Masyarakat,OPKIM 10 Penjuru (PAGOH), OPKIM 10 Penjuru (PAGOH),Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ), Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ)Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.