minit mesyuarat navaraathiri vizha

Upload: naanthinee87

Post on 03-Mar-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat Navaraathiri Vizha

TRANSCRIPT

SJK (T) LADANG STOUGHTON,34510 BATU KURAU, PERAK.

MINIT MESYUARAT NAVARAATHIRI VIZHA KALI PERTAMA 2014TARIKH:19.09.2014MASA:12.15 Tengah hariTEMPAT:Bilik GuruPENGERUSI :PN.G.SathiavaniGURU YANG HADIR :Pn.G.Sathiavani ( Guru Besar )Pn.N.Woomah ( GK Pentadbiran)En.S.Nagarajan ( GK HEM )En.N.Magentiran ( GK KOKURIKULUM) Cik.K.Naanthinee ( SETIAUSAHA)Pn.S.PusparaniPn.K.KaliswaryEn.B.GunalanPn.E.KoshilaPn.R.Shiyamathi

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN ( GURU BESAR)1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Navaraathiri Vizha kali Pertama bagi tahun 2014 dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang sudi menghadirkan diri.

1.2 Pengerusi juga memohon kepada semua guru agar dapat bekerjasama dalam melaksanakan semua aktiviti yang dirancang dan berharap agar segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar.

1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa Upacara Navaraathiri Vizha peringkat daerah akan disambut pada 01.10.2014 di Kuil Maha Mariamman Taiping pada pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam.

1.4 Pengerusi juga meminta semua guru untuk memberi kerjasama untuk menjayakan Upacara Navaraathiri Vizha peringkat daerah kerana sekolah kita merupakan tuan rumah bagi upacara ini pada tahun ini.

Tindakan : Semua Guru

AGENDA 2 : PENUBUHAN JAWATANKUASA NAVARAATHIRI VIZHA TAHUN 2014 2.1 Pemilihan Jawatankuasa Navaraathiri Vizha Tahun 2014 adalah seperti berikut :-Pengerusi:Pn.G.Sathiavani ( Guru Besar)Naib Pengerusi:Pn.N.WoomahSetiausaha:Cik.K.NaanthineeBendahari:En.N.MagentiranAJK: En.S.Nagarajan Pn.S.Pusparani Pn.K.Kaliswary Tindakan : AJK Panitia

AGENDA 3 : SURAT JEMPUTAN3.1 Surat jemputan perlu dihantar kepada semua guru sekolah rendah dan juga menengah yang beragama Hindu termasuk bekas Guru Besar dan juga guru-guru di daerah Larut Matang dan Selama ini.3.2 Pastikan semua orang mendapat surat jemputan agar upacara ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Tindakan : SetiausahaAGENDA 4 : KEWANGAN4.1 Sumber kewangan adalah dari semua guru yang beragama Hindu dari sekolah rendah dan menengah, bekas Guru Besar dan orang perseorangan daerah Larut Matang dan Selama.

4.2 Sumbangan itu akan digunakan bagi segala perbelanjaan Navaraathiri Vizha akan mengruskan kewangan untuk perbelanjaan upacara Navaraathiri Vizha.

Tindakan : Semua Guru

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN5.1 Upacara akan bermula tepat pada pukul 6.30 petang dan segala persiapan mestilah dibuat terlebih dahulu supaya upacara akan berlangsung dengan lancarnya.

5.2 Pengerusi juga meminta guru-guru hadir pada hari tersebut lebih awal sebelum tetamu tiba.

Tindakan : Semua GuruPENUTUPPengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK dan menangguhkan mesyuarat pada pukul 1.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,............................................... ..................................CIK.K.NAANTHINEE PN.G.SATHIAVANI (Setiausaha) (Guru Besar)

SJK(T) LADANG STOUGHTON, 34510 BATU KURAU, PERAK.SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT NAVARAATHIRI VIZHA KALI PERTAMA 2014

TARIKH :19.09.2014MASA:12.30 1.30 PETANGTEMPAT:BILIK GURU

BILNAMA GURUTANDATANGAN

1PN.G.SATHIAVANI

2PN.N.WOOMAH

3EN.S.NAGARAJAN

4EN.N.MAGENTIRAN

5CIK.K.NAANTHINEE

6PN.S.PUSPARANI

7PN.K.KALISWARY

Panitia Bahasa Tamil,SJK(T) Ladang Stoughton,34510 Batu Kurau,Perak.

Semua Guru,SJK(T) Ladang Stoughton. 18.09.2014Tuan/PuanNotis Mesyuarat Navaraathiri Vizha Kali PertamaDimaklumkan bahawa Mesyuarat Navaraathiri Vizha Kali Pertama akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh: 19.09.2014Masa:12.30 ptg 1.30 ptgTempat : Bilik GuruAgenda:1. Ucapan Aluan2. Penubuhan Jawatankuasa Sesi 20143. Surat Jemputan4. Kewangan5. Hal-hal lain2. Kehadiran dan Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

.CIK.NAANTHINEE A/P KALLIAPAN (Setiausaha)