minit mesyuarat muzik ke 2-2011

Upload: siti-noorazah-jamil

Post on 22-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Minit Mesyuarat Muzik Ke 2-2011

    1/4

    SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA

    SETAPAK, KUALA LUMPUR

    MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK KALI KE-2, 2011

    TARIKH : 14 APRIL 2011

    HARI : KHAMIS

    MASA :12:00 TENGAHARI

    TEMPAT : BILIK TAYANGAN

    KEHADIRAN:

    1.En.Kasniza Jumari b. Shamsir GPK Tadbir dan Kurikulum

    2.Pn.Norlida bt. Daud - Ketua Panitia

    3.Pn. Lee Lay Hong - Penolong Ketua Panitia

    4.Pn. Norlaila bt. Abdul Samad - Setiausaha

    5.En. Shuhada b. Azaha - Penolong Setiausaha

    6.Pn. Nazlina bt.Mohamed Noor

    7.Pn. Nor Atyfah bt. Roslan

    8.En. Shahrulnizan b. Mohamad

    9.En. Abul Azham b. Abu Bakar

    10.Pn. Siti Noorazah bt. Jamil

    11.Pn. Wan Rosliza bt. Wan Othman

    12.Pn. Norlia bt. Nain

    13.Pn. Rozita bt. Razak

    14.Pn. Rohaya bt. Harun

    15.Pn. Nabilah bt. Yusuff

    16.Pn. Rahaida bt.Razali

    17.Cik Ooi Sien Nee

    AGENDA PERKARA

    1. Ucapan GPK Tadbir dan Kurikulum

    1.1 En.Kasniza selaku GPK Tadbir dan Kurikulum mengalu-alukan

    kedatangan semua guru ke Mesyuarat Panitia Muzik Kali Ke-2,

    2011.

    1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru muzik SK

    1

  • 7/24/2019 Minit Mesyuarat Muzik Ke 2-2011

    2/4

    Danau Kota kerana berjaya memaksimumkan penggunaan bilik

    muzik dan menjaga kesejahteraan bilik tersebut.

    2.Pengesahan Minit Mesyuarat

    2.1 Dicadang untuk disahkan: Pn.Norlia bt. Nain

    2.2 Disokong untuk disahkan : Pn. Siti Noorazah bt. Jamil

    3. Analisa Keputusan PKSR

    3.1 Bagi subjek Muzik, hanya peperiksaan PKSR 1 dan 2 sahaja

    dijalankan,tidak ada peperiksaan percubaan.

    3.2 Pn. Norlida mengulas berkenaan keputusan PKSR bagi tahap 2(tahun 4,5 dan 6) yang kurang memuaskan. Bilangan murid

    yang mendapat gred A amat kurang.

    3.3 Panduan bagi guru-guru yang hendak memberi markah penuh

    bagi amali, pastikan murid boleh bermain alat muzik.

    3.4 Bagi murid tahap 1 (tahun 1 -3), seharusnya tiada gred diberikan

    dalam subjek Muzik.

    4. Penambahbaikan P&P

    4.1 Pn.Norlida memaklumkan guru-guru boleh mendapatkan radio

    samada dari bilik guru atau bilik muzik.

    4.2 Bilik muzik dikongsi penggunaannya dengan kelas Pendidikan

    Moral. Guru-guru diminta memakmurkan penggunaan bilik

    tersebut dan bekerjasama menjaga kesejahteraannya.

    4.3 Ketua Panitia memaklumkan bahawa buku kerja muzikdigantikan kepada buku terbitanRhythm Publicationyang lebih

    sesuai untuk P&P tahap 2.

    5. Pengubalan Soalan PKSR

    5.1 Penggubal soalan muzik bagi PKSR 1 ialah: i) Pn.Atyfah bt. Roslan Tahun 4

    2

  • 7/24/2019 Minit Mesyuarat Muzik Ke 2-2011

    3/4

    ii) En. Shahrulnizan b. Mohamad Tahun 5

    iii) Pn. Norlida bt. Daud Tahun 6

    5.2 Tarikh akhir menghantar soalan PKSR 1 ialah pada hari Isnin,

    25 April 2011.

    5.3 Soalan-soalan yang dihasilkan mestilah merangkumi bahagian

    teori, nyanyian dan permaian alat perkusi. Peratus pemarkahan

    ialah 40% - amali dan 60% - teori.

    6. Aktiviti Panitia

    6.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa Guru Besar telah meminta

    Panitia Muzik untuk menubuhkan satu kumpulan mini perkusi

    dan diharap dapat membuat persembahan pada Hari Anugerah

    Cemerlang. Beliau meminta kerjasama semua guru untuk

    menjayakannya.

    6.2 Guru pembimbing bagi pasukan koir sekolah ialah:

    I ) Pn. Norlida bt. Daud - sesi pagi

    II ) Pn.Lee Lay Hong - sesi petang

    6.3 Guru-guru diminta memberi cadangan bagi melaksanakan aktiviti

    Bulan Patriotisme.

    7. Hal-hal Lain

    7.1 KSSR Muzik En. Shuhada yang telah menghadiri kursus

    tersebut memberitahu tentang perubahan besar di dalam

    pentaksiran muzik. Terdapat tambahan sebanyak 20 unit yang

    memerlukan pentaksiran sebanyak 2 kali seminggu. Pengajaranmuzik adalah berdasarkan CD lagu yang disediakan oleh pihak

    jabatan.

    7.2 Pn. Norlida memaklumkan guru-guru yang ingin memesan

    peralatan BBM muzik untuk P&P bolehlah memesan dengan

    mengisi nota minta dan dimajukan kepada Ketua Panitia.

    7.3 En. Abul Azham mencadangkan untuk membeli peralatan live

    band.

    7.4 Lagu Maju dan Sejahtera dengan lirik dan melodi yang baru

    3

  • 7/24/2019 Minit Mesyuarat Muzik Ke 2-2011

    4/4

    mula dinyanyikan pada bulan Februari.

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari

    Disediakan oleh, Disemak oleh,

    ....

    (Norlaila bt. Abd Samad) (Norlida bt.Daud)

    Setiausaha Panitia Ketua Panitia

    Pendidikan Muzik 2011 Pendidikan Muzik

    2011

    SK Danau Kota SK Danau Kota

    Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh:

    Minit mesyuarat disokong untuk disahkan oleh : ..

    4

    Disahkan oleh,

    .

    (En. Kasniza Jumari b. Shamsir)

    GPK Tadbir & Kurikulum

    SK Danau Kota