minit mesyuarat matematik kali1 2015

6
SEKOLAH KEBANGSAAN SUKA MENANTI 05150 SUKA MENANTI, ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA TAHUN 2015 TARIKH : 19.01.2015 HARI : ISNIN MASA : 1.15 HINGGA 3.00 PETANG TEMPAT : BILIK TAHUN 6 UUM KEHADIRAN 1. Pn Siti Khadijah Mohd Radzi : PK Pentadbiran 2. En Hashim bin Che Noh : Pengerusi/Ketua Panitia Matematik 3. Pn Nor Ezah bt Ariffin : Setiausaha 4. Pn Noor Aziyan bt Ahmad : Guru Matematik Tahun 1 5. Pn Intan Safinar bt Ahmad : Guru Matematik Tahun 3 6. Pn Che Anita bt Jamil : Guru Matematik Tahun 6 7. Cik Nor Diana bt Mohamad Ali : Guru Pemulihan TIDAK HADIR Tiada 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK Panitia Matematik Kali Pertama bagi sesi 2015. 1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2014 dan berharap semua guru akan lebih berusaha untuk terus meningkatkan 1 Minit mesyuarat Panitia matematik 2015

Upload: ezahilmi-nurinwani

Post on 10-Jul-2016

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat MATEMATIK Kali1 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SUKA MENANTI05150 SUKA MENANTI, ALOR SETAR

KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA MATEMATIKKALI PERTAMA TAHUN 2015

TARIKH : 19.01.2015HARI : ISNINMASA : 1.15 HINGGA 3.00 PETANG TEMPAT : BILIK TAHUN 6 UUM

KEHADIRAN1. Pn Siti Khadijah Mohd Radzi : PK Pentadbiran2. En Hashim bin Che Noh : Pengerusi/Ketua Panitia Matematik3. Pn Nor Ezah bt Ariffin : Setiausaha4. Pn Noor Aziyan bt Ahmad : Guru Matematik Tahun 15. Pn Intan Safinar bt Ahmad : Guru Matematik Tahun 36. Pn Che Anita bt Jamil : Guru Matematik Tahun 67. Cik Nor Diana bt Mohamad Ali : Guru Pemulihan

TIDAK HADIRTiada

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK Panitia Matematik Kali Pertama bagi sesi 2015.

1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2014 dan berharap semua guru akan lebih berusaha untuk terus meningkatkan prestasi akademik serta bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang akan dirancang sepanjang tahaun 2015.

2.0 LAPORAN DARI ATAS

1 Minit mesyuarat Panitia matematik 2015

Page 2: Minit Mesyuarat MATEMATIK Kali1 2015

2.1 Pn Siti Khadijah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru matematik kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan baik pada tahun 2014.

2.2 Beliau juga berharap semua guru yang menghadiri kursus KSSR akan memanfaatkan ilmu yang diperolehi dengan menggunakan ilmu untuk membimbing murid yang lemah serta dapat menarik minat murid dengan pelbagai kaedah PdP yang telah dipelajari semasa kursus.

Tindakan : Ketua Panitia

3.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit mesyuarat kali pertama tahun 2014 telah dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Intan Safinaz dan disokong oleh Pn. Nor Diana Mohamad Ali.

4.0 PERKARA BERBANGKIT4.1 Puan Mukhzana bertanya tentang pelajar kelas 4 Cerdas yang

belum menguasai 3M dan dimaklumkan oleh Encik Nasrullah supaya membangkitkan perkara ini kepada PK1 iaitu Encik Johari bin Ibrahim tentang bidang tugas Puan Mukhzana yang mengajar LINUS Tahap 1.

4.2 Puan Harizah selaku guru matematik tahap 1 dan penyelaras PBS memberitahu bahawa guru LINUS tiada di tahap 1 selepas Encik Halim Arshad bertukar pada tahun ini.

Tindakan: Ketua Panitia/Penyelaras LINUS

5.0 PERANCANGAN STRATEGIK PENINGKATAN AKADEMIK5.1 En. Hashim selaku Ketua Panitia membentangkan Perancangan

Strategik Peningkatan Akademik dari tahun 2013 hingga 2016 dan memaklumkan bahawa pada tahun ini satu Perancangan Strategik yang baru perlu dirangka untuk digunapakai pada tahun 2017 hingga 2020.

Tindakan: Ketua Panitia/SU Panitia

2 Minit mesyuarat Panitia matematik 2015

Page 3: Minit Mesyuarat MATEMATIK Kali1 2015

6.0 PERANCANGAN TAHUNAN6.1 Perancangan Tahunan Panitia Matematik pada tahun ini telah

dibentangkan oleh Puan Aminah seperti berikut:i. Program Tahun 6

a. Bengkel Teknik Menjawap Soalan UPSRb. Latih tubi menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSRc. Bimbingan Rakan Sebaya

ii. Program Bijak Sifiriii. Bengkel LINUSiv. Program Kecemerlangan LINUSv. Bengkel PROTIMvi. Pertandingan Kuiz Matematik antara kelasvii. Bulan Matematikviii. Pertandingan sudut matematik yang berinformasi bagi

setiap kelasTindakan: KP/SU/guru kelas/guru

matematik

7.0 PENGURUSAN KURIKULUM(LINUS/PEMULIHAN/MBMMBI)7.1 Pn Nor Ezah (Penyelaras Linus) memaklumkan bahawa bagi guru-

guru yang mengajar kelas 2 UMT dan 3 UiTM boleh membuat TOV kerana beberapa orang pelajar kelas terbabit tidak terlibat dalam perekodan Band. TOV boleh dibuat berdasarkan tahap pencapaian murid samada sudah melepasi Konstruk 12 atau mencapai Tahap yang terdekat.

Tindakan: Guru LINUS/Penyelaras LINUS/KP

8.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN (HEADCOUNT/ PBS)8.1 Pn Penyelaras PBS memohon supaya semua guru yang mengajar

Tahun 1,2,3 dan 4 pada tahun lepas(2014) supaya menyerahkan softcopy tapak pelaporan offline PBS kepada beliau atau memasukkan salinan tersebut pada komputer no. 13 di Makmal Komputer sekolah dengan kadar segera.

3 Minit mesyuarat Panitia matematik 2015

Page 4: Minit Mesyuarat MATEMATIK Kali1 2015

8.2 En Hashim memaklumkan bahawa headcount bagi subjek matematik hanya tertumpu kepada tahun enam dan Tahap 2 hingga di beritahu kelak.

Tindakan: Semua guru matematik

9.0 KEWANGAN

9.1 Pn Siti Khadijah memaklumkan bahawa peruntukan kewangan bagi semua panitia belum diketahui tetapi sebarang pembelian bolehlah berbincang dengan ketua kerani dengan mengisi nota minta.

9.2 Pn Siti Khadijah juga mengingatkan kepada semua guru supaya mematuhi peraturan kewangan bagi pembelian barang dan alatan.

Tindakan: Makluman

10.0 PENGGUNAAN BUKU LATIHAN DAN BUKU KERJA

10.1 En Hashim memohon supaya semua guru menyenaraikan keperluan buku latihan/ buku kerja murid dan guru bagi tahun 2016.

10.2 Berikut merupakan cadangan guru yang mengajar bagi penggunaaan buku tulis murid:Tahun Buku Petak

PanjangBuku Petak Sederhana/

kecil1 1 22 1 13 3 2

4,5 4 36 2 3

Nota: Penggunaan buku tulis bagi kelas 4 USIM dan 5 UKM mengikut kesesuaian murid.

4 Minit mesyuarat Panitia matematik 2015

Page 5: Minit Mesyuarat MATEMATIK Kali1 2015

10.3 Jika terdapat buku latihan atau buku kerja tambahan, guru perlulah merujuk pada Ketua panitia terlebih dahulu.

Tindakan: Semua guru matematik

11.0 HAL-HAL LAIN

11.1 Pn Nor Ezah mencadangkan supaya Panitia membeli sebuah kalkulatur besar dan bentuk geometri 3D sebagai BBM pada tahun ini.

Tindakan: KP/SU Panitia

12.0 UCAPAN PENANGGUHAN

12.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dengan bacaan tasbih kifarah dan surah wal-Ash.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………… ……………………… (Pn Nor Ezah Ariffin) (En Hashim Che Noh)

SU Panitia Matematik Peng. Panitia Matematik SK Suka Menanti SK Suka Menanti

Disahkan oleh:

………………………(Pn.Siti Khadijah)

PK Pentadbiran SK Suka Menanti

5 Minit mesyuarat Panitia matematik 2015