minit mesyuarat bm 3-2015

4
Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Ketiga 2015 Bil 3/2015 Tarikh : 27-5-2015 Masa : 1:30pm 2:30pm Tempat : Perpustakaan Agenda: 1.0 Ucapan Pengerusi Tuan pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru serta berterima kasih atas kesudian para guru yang menghadiri mesyuarat pada petang ini. 2.0 Pengesahan Minit Minit mesyuarat telah diluluskan tanpa sebarang pindaan. Pencadang: En. Lee Kiat Chew Penyokong: En Chin Yong Hui 3.0 Perkara Berbincang 3.1 Masalah yang dihadapi dalam PdP 3.1.1 3.1.2 Tan Hui Ling - Tahun 2 Murid kekurangan persaingan yang sihat kerana hanya terdapat seorang murid dalam kelas tersebut. Untuk menyelesai masalah ini, kelas cantum diwujudkan supaya murid dapat menjalani aktiviti kumpulan. Murid terlalu bergantung kepada guru. Murid menunggu jawapan daripada guru selepas guru bertanya. Ini menyebabkan murid bersikap pasif dalam PdP. Selain itu, murid juga tidak menjalankan ulang kaji dalam rumah menyebabkan guru perlu meluangkan masa untuk mengulang topik yang sama. Guru telah menggunakan ganjaran supaya murid lebih aktif dalam PdP dan juga menghantar kerja rumah dalam masa yang ditetapkan. Tan Xian Siang - Tahun 4 Murid tidak memberi perhatian semasa PdP. Murid mudah dipengaruhi oleh unsur luar dan tidak menumpukan perhatian terhadap PdP. Guru menggunakan teknik mengajar berpusatkan murid supaya murid dapat berfokus kepada aktiviti yang diberi oleh guru. Murid tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Ini adalah kerana murid tidak meluangkan masa dalam mengulangkaji atau membuat kerja rumah. Guru menggunakan ganjaran dan denda untuk mendorong murid menyiapkan tugasan yang diberi.

Upload: wangzai88

Post on 27-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat BM 3-2015

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Ketiga 2015 Bil 3/2015

Tarikh : 27-5-2015

Masa : 1:30pm – 2:30pm

Tempat : Perpustakaan

Agenda:

1.0 Ucapan Pengerusi

Tuan pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru serta berterima kasih atas kesudian para guru yang menghadiri mesyuarat pada petang ini.

2.0 Pengesahan Minit

Minit mesyuarat telah diluluskan tanpa sebarang pindaan.Pencadang: En. Lee Kiat Chew Penyokong: En Chin Yong Hui

3.0 Perkara Berbincang

3.1 Masalah yang dihadapi dalam PdP

3.1.1

3.1.2

Tan Hui Ling - Tahun 2Murid kekurangan persaingan yang sihat kerana hanya terdapat seorang murid dalam kelas tersebut. Untuk menyelesai masalah ini, kelas cantum diwujudkan supaya murid dapat menjalani aktiviti kumpulan.Murid terlalu bergantung kepada guru. Murid menunggu jawapan daripada guru selepas guru bertanya. Ini menyebabkan murid bersikap pasif dalam PdP. Selain itu, murid juga tidak menjalankan ulang kaji dalam rumah menyebabkan guru perlu meluangkan masa untuk mengulang topik yang sama. Guru telah menggunakan ganjaran supaya murid lebih aktif dalam PdP dan juga menghantar kerja rumah dalam masa yang ditetapkan.

Tan Xian Siang - Tahun 4Murid tidak memberi perhatian semasa PdP. Murid mudah dipengaruhi oleh unsur luar dan tidak menumpukan perhatian terhadap PdP. Guru menggunakan teknik mengajar berpusatkan murid supaya murid dapat berfokus kepada aktiviti yang diberi oleh guru.

Murid tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Ini adalah kerana murid tidak meluangkan masa dalam mengulangkaji atau membuat kerja rumah. Guru menggunakan ganjaran dan denda untuk mendorong murid menyiapkan tugasan yang diberi.

Page 2: Minit Mesyuarat BM 3-2015

3.1.3

Tan Xian Hau - Tahun 6Pengetahuan murid agak terhad. Ini menyebabkan murid tidak dapat membayang atau memberi respon kepada soalan guru. Guru menggunakan peta i-Think untuk mendorong murid berfikir sendiri dan menjana idea yang baru secara kreatif.Murid sentiasa tidak menumpukan perhatian kepada PdP. Selain itu, murid juga mengalami masalah tidak bersemangat kerana tidak mencukupi masa rehat. Guru menggunakan bahan bantu belajar yang bergambar dan bahan maujud supaya dapat menarik perhatian murid.

Tindakan: Guru-guru BM

3.23.2.1

Analisa Pencapaian Pertengahan Tahun / Analisa Item / Post MortemKeputusan Bahasa Malaysia murid-murid seperti berikut:Tahun / Mata Pelajaran

TOV ETR MAC MEI

F T F T F T F T

Tahun 2 63 63 70 70 50 59 55 32Tahun 4 55 56 70 65 30 28 30 28Tahun 6 43 40 50 50 55 50 33 33

Petunjuk: F = Pemahaman, T = PenulisanTindakan : Makluman Semua

3.2.2

3.2.

Kelemahan bagi Tan Hui Ling (tahun 2)Murid sentiasa melakukan kesalahan ejaan. Pengetahuan kosa kata murid agak terhad telah menyebabkan murid melakukan kesalahan. Selain itu, struktur ayat murid juga bersalah terutamanya di susun perkataan. Ini adalah kerana murid tidak boleh mengenalpasti subjek dan predikat dengan betul. Kemahiran berfikir dan hubung kait murid juga agak lemah. Murid tidak dapat memindahkan maklumat kepada perkataan.

Untuk mengatasi masalah kesalahan ejaan. Guru memperbanyakkan kekerapan ejaan kosa kata dan perkataan termasuk juga kata kerja. Guru juga minta murid membuat pembetulan tentang kesalahan mereka dengan segara. Selain itu, murid diminta supaya mengulangkaji tentang kata adjektif yang diajar oleh guru. Guru pula digalakkan menggunakan BBB yang bergambar atau secara lakonan semasa mengajar kata adjektif. Guru membimbing murid untuk menganalisis atau membina ayat dari tahap rendah untuk menyelesaikan masalah struktur ayat.

Kelemahan bagi Tan Xian Siang (tahun 4)Seperti dengan murid tahun 2, Tan Xian Siang juga mengalami masalah struktur ayat

Page 3: Minit Mesyuarat BM 3-2015

3

3.2.4

yang tidak betul. Murid berkemungkinan besar menterjemaah bahasa cina kepada bahasa melayu. Tambahan pula, ayat yang dibina oleh murid juga wujud banyak kesalahan ejaan.

Untuk mengatasi masalah kesalahan ejaan. Guru memperbanyakkan kekerapan ejaan kosa kata dan perkataan termasuk juga kata kerja. Guru juga minta murid membuat pembetulan tentang kesalahan mereka dengan segara. Guru menitikberatkan struktur ayat supaya dapat mempelbagaikan struktur ayat. Contohnya menukar ayat pasif kepada ayat aktif.

Kelemahan bagi Tan Xian Hau (tahun 6)Kefahaman tentang petikan murid agak lemah. Iaitu hanya betul 2 daripada 10 soalan pemahaman. Murid tidak membaca dengan bersungguh-sungguh semasa ujian. Manakala dalam kertas penulisan, murid kerap melakukan kesalahan terutamanya di dalam aspek ejaan. Murid juga lemah dalam penguasaan kosa kata semasa membina ayat di bahagian A. Murid tidak dapat memahami isi tersirat pantun telah menyebabkan murid mendapat markah yang rendah dalam bahagian C.

Penggunaan peta i-Think supaya merangsang pemikiran murid semasa PdP. Selain itu, guru juga digalakkan menggunakan gambar atau bahan maujud semasa menjalan pengajaran kosa kata. Guru membimbing murid ayat demi ayat supaya murid faham tentang petikan. Guru boleh memilih petikan yang lebih pendek dan mudah difahami semasa permulaan. Murid dilatih supaya menghabiskan latihan dalam masa yang ditetapkan.

Tindakan: Guru-guru BM3.3 Kaji Semula Program Peningkatan Kokurikulum

3.3.1

3.3.2

Program Mentor-Mentee diubahsuai dengan menambahkan bilangan murid. Tahun 4 juga menyertai program tersebut. Guru berkenaan dikehendaki menggunakan courseware sebagai bahan.

Tindakan: Semua Guru BM

Penilaian diberi kepada murid setiap bulan untuk menguji tahap pencapaian. Murid tahun 2 dan 4 diberi penilaian kecil manakala murid tahun 6 pula diberi ujian seperti UPSR.

Tindakan: Semua Guru BM

“Projek Shining Star” diwujudkan. Proram ini adalah memberi ganjaran kepada murid supaya mereka lebih aktif dalam PdP.

Page 4: Minit Mesyuarat BM 3-2015

3.3.3

3.3.4

Tindakan: Semua Guru BM

Kelas tambahan diadakan untuk meningkatkan tahap pencapaian murid. Sasaran ialah murid tahun 6 dan tahun 4. Mereka akan diberi tunjuk ajar berdasarkan tahap mereka mengikut mata pelajaran masing-masing.

Tindakan: Semua Guru BM

3.4 Koakademik

3.4.1

Persatuan bahasa ditubuhkan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran dalam mata pelajaran bahasa. Aktiviti yang dijalankan adalah lebih meyeronokkan dan belajar sambil bermain. Contoh aktiviti ialah Sahibba, Teka-teki, Teka Silang Kata, Nyanyian lagu, lafaz pantun dan sebagainya.

Tindakan: Makluman Semua4.0 Hal-hal lain

4.1

4.2

Kelas cantuman akan dijalankan dengan menggunakan standard pembelajaran yang sama tetapi objektif yang berlainan. Tahun 2 boleh bercantum dengan tahun 4. Bagi tahun 6, tahun 4 boleh dicantumkan kerana tahap pembelajaran lebih kurang sama.

Jadual waktu anjal dibincang antara guru-guru supaya dapat menyusun waktu yang sesuai untuk menjalankan kelas cantuman.

Tindakan: Makluman Semua5.0 Penangguhan Mesyuarat

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:30 pm.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

______________ ______________Wong Ke Yan Wong Kok KeongSetiausaha JK Panitia BM GPK PentadbiranSJK(C) Ladang Ulu Kanchong SJK(C) Ladang Ulu Kanchong