minit mesyuarat biasiswa 1 2013

7
SMK TANAH MERAH MINIT MESYUARAT BIASISWA KALI PERTAMA 2013 Tarikh : 7 Mac 2013 (Khamis) Masa : 3.00 Petang Tempat : Kamar Syura Pengerusi : En.Anthonysamy A/L Ysaipu Kehadiran : - Bil . Nama Pegawai Jawatan 01 En.Anthonysamy A/L Ysaipu GPK HEM 02 Pn Rosidah Binti Jatin Setiausaha Biasiswa 03 Pn Catherine Nirmala A/P Francis Naib Setiausaha Biasiswa 04 Pn Eizani Bt Idris AJK Biasiswa MINIT MESYUARAT 1.0. Ucapan Kata –kata Aluan 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir Mesyuarat Biasiswa kali Pertama bagi Tahun 2013. 2.0. Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama Dicadang oleh : Pn.Rosidah Binti Jatin Disokong oleh : Pn Catherine Nirmala A/P Francis 3.0 Perkara-perkara Berbangkit 3.1 Guru data dan guru SMM mestilah memastikan setiap pelajar dimasukkan no kad pengenalan dan no sijil beranak untuk melayakkan pelajar mendapat biasiswa.

Upload: vira-hashim

Post on 06-Nov-2015

427 views

Category:

Documents


72 download

DESCRIPTION

minit biasiswa

TRANSCRIPT

SMK TANAH MERAH MINIT MESYUARAT BIASISWA KALI PERTAMA 2013Tarikh : 7 Mac 2013 (Khamis) Masa: 3.00 Petang Tempat : Kamar Syura Pengerusi : En.Anthonysamy A/L Ysaipu Kehadiran : -Bil.Nama PegawaiJawatan

01En.Anthonysamy A/L Ysaipu GPK HEM

02Pn Rosidah Binti JatinSetiausaha Biasiswa

03Pn Catherine Nirmala A/P FrancisNaib Setiausaha Biasiswa

04Pn Eizani Bt IdrisAJK Biasiswa

MINIT MESYUARAT1. Ucapan Kata kata Aluan

0. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir Mesyuarat Biasiswa kali Pertama bagi Tahun 2013.

1. Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama

Dicadang oleh : Pn.Rosidah Binti JatinDisokong oleh: Pn Catherine Nirmala A/P Francis3.0Perkara-perkara Berbangkit3.1Guru data dan guru SMM mestilah memastikan setiap pelajar dimasukkan no kad pengenalan dan no sijil beranak untuk melayakkan pelajar mendapat biasiswa. 4.0Kriteria Kelayakan BKP4.1Penerangan tentang pemprosesan borang biasiswa BKP. Terdapat sebanyak 158 borang telah diterima daripada pelajar. Harapan agar 100 orang akan berjaya4.2Setiap borang diteliti dan diberi markah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. .4.3Tingkatan 1 berdasarkan UPSR (SK pilih 5 subjek & SJK pilih 5 terbaik)Tingkatan 2,3 dan 5 berdasarkan peperiksaan akhir tahun (BM wajib).Tingkatan 4 berdasarkan PMR(berdasarkan jadual skor)Tindakan : Makluman5.0Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)

Mulai tahun ini, guru tingkatan hendaklah mengemaskinikan APDM kerana jumlah pendapatan dan bilangan ahli keluarga akan diambil daripada APDM

Tindakan : GPK HEM

6.0Permohonan Melalui On-Line

6.1Mulai dua tahun lepas permohonan BKP adalah melalui On-line.6.2ID pengguna dan kata laluan hendaklah diperolehi daripada Pn Hayati (Unit Biasiswa JPNS) dan guru data sekolah.6.3Sentiasa peka dengan perubahan semasa dengan melayari laman web http://apps.emoe.gov.my/bkp sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mendapat maklumat terkini.6.4 Pastikan semua dibereskan mengikut tarikh bagi setiap zon yang telah ditetapkan.6.5 Tempat untuk key-in markah akan ditetapkan oleh PPD .Tindakan : Setiausaha Biasiswa

7.0Hal-Hal Lain

7.1PK HEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru biasiswa kerana memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan tugas.7.2 Jika ada sebarang masalah/maklumat hendaklah dimaklumkan dengan segera supaya tindakan segera dapat diambil.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.05 petang

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

(Pn.Rosidah Binti Jatin) (En.Anthonysamy A/L Ysaipu) Setiausaha Biasiswa GPK HEM SMKTM SMKTM

SMK TANAH MERAH MINIT MESYUARAT BIASISWA KALI KEDUA 2013Tarikh : 26 September 2013 (Khamis) Masa: 2.15 Petang Tempat : Kamar Syura Pengerusi : En.Anthonysamy A/L Ysaipu Kehadiran : -Bil.Nama PegawaiJawatan

1En.Zulkifly Bin UjangGPK Akademik

2En.Anthonysamy A/L Ysaipu GPK HEM

3Pn Rosidah Binti JatinSetiausaha Biasiswa

4Pn Catherine Nirmala A/P FrancisNaib Setiausaha Biasiswa

5Pn Eizani Bt IdrisAJK Biasiswa

MINIT MESYUARAT1.0. Ucapan Kata kata Aluan

0.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir Mesyuarat Biasiswa kali Kedua bagi Tahun 2013.

2.0. Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama

Dicadang oleh : Pn Catherine Nirmala A/P FrancisDisokong oleh: Pn Eizani bt Idris3.0Perkara-perkara Berbangkit3.1Seramai 28 orang pelajar layak mendapat biasiswa BKP dan surat tawaran akan diedarkan pada waktu terdekat.3.2Pastikan maklumat dalam borang lengkap, jumlah pendapatan dan tanggungan mestilah sama dengan SMMTindakan : Guru Biasiswa/Guru Data/Guru SMM

4.0Taklimat Daripada JPNS4.1Taklimat biasiswa telah diadakan oleh Pn Hayati Mohd Yatim (JPNS) yang bertempat di Bilik Mesyuarat PPD, P.Dickson. Majlis dipengerusikan oleh En. Sharifuddin (PPD). Wakil sekolah yang hadir ialah Pn.Rosidah Bt Jatin iaitu Guru Biasiswa 4.2Guru biasiswa hendaklah memastikan semua ibu bapa/penjaga pemegang biasiswa mempunyai slip gaji dan kurangkan dapatkan cop dari ketua kampung kerana sebenarnya ketua kampung tidak tahu pendapatan sebenar mereka. Selepas ini borang pengesahan pendapatan akan dicetak Klausjika didapati ada sebarang penipuan/maklumat tidak benar, ketua kampong(orang yang mengesahkan akan didakwa

4.3JK Biasiswa mestilah telus dimana pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang dibenarkan memohon, sikap menolong biarlah kena pada tempatnya, mana yang betul-betul layak sahaja harus ditolong.

4.4 Pn.Hayati juga berpesan kepada PK HEM supaya kemaskinikan SMM kerana akan wujud masalah kepada pemohon biasiswa jika malumat tidak tepat.

4.5Jangan masukkan pendapatan 0, jika tiada maklumat tentang pendapatan, tulis RM 9999.99.

4.6Semasa mengedarkan borang biasiswa, tekankan kepada pelajar yang susah/miskin dan benar-benar memerlukan bantuan sahaja datang untuk mengambil borang. Ini untuk mengelakkan pelajar yang tidak layak memohon dari memohon.

4.7Pemerhatian boleh juga dibuat melalui gaya hidup pelajar dan keluarga. Pn.Hayati juga memberi cadangan supaya temuduga dibuat untuk pemilihan pelajar yang benar-benar layak.

4.8 Permohonan untuk BRN boleh diperolehi melalui permohonan BKP yang ditolak kerana tidak layak. Format baru disediakan dan bila sudah masukkan permohonan, hantar melalui emel pada tarikh yang akan diberitahu dan cetakan salinan beserta tandatangan pengetua kepada Pn. Hayati.

Tindakan : Makluman

5.0Edaran surat tawaran

5.1Surat tawaran akan diedarkan seberapa segera yang mungkin, sedikit taklimat ringkas akan diberikan oleh PK HEM iaitu En Anthonysamy tentang peraturan pemegang biasiswa.

5.2Pastikan semua nombor akaun dan nombor Kad Pengenalan adalah betul untuk mengelakkan sebarang masalah.Tindakan : Makluman

6.0Hal-Hal Lain6.1Pemegang biasiswa haruslah menjaga disiplin seperti kehadiran ke sekolah dan keputusan peperiksaan. Jika gagal atau digantung sekolah, biasiswa akan ditarik balik.

6.2Isi borang dan minta tandatangan guru biasiswa sebelum mengambil buku atau kad bank, kad atau buku ini perlu diserah kepada guru biasiswa dalam masa selewat-lewatnya tiga(3) hari. Pengeluaran hanya boleh dibuat dua bulan sekali sahaja dengan jumlah RM 150 setiap kali pengeluaran. Kegagalan berbuat demikian, tindakan dengan mengeluarkan surat amaran akan diberi.

6.3Penarikan biasiswa kepada pelajar yang bermasalah disiplin dan melanggar syarat-syarat perjanjian. Setakat ini penarikan telah dibuat kepada Manimaran,Bala Murugan a/l Subramaniam, Mohd Nor Fitri B. Ramlee dan Parmila a/p Tannabar.

6.2PK HEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru biasiswa kerana memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan tugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

(Pn.Rosidah Binti Jatin) (En.Anthonysamy A/L Ysaipu) Setiausaha Biasiswa GPK HEM SMK Tanah Merah SMK Tanah Merah