minit mesyuarat akhir tahun

4
PK07 Pengurusan Mesyuarat PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BESAR MINIT MESYUARAT PERSIAPAN AKHIR TAHUN SESI 2014 Tarikh : 9 NOVEMBER 2014 Masa : 1.20 PETANG Tempat : BILIK KOMPUTER S.K.P.B Pengerusi : TUAN HAJI YAHYA BIN RAKAM (GURU BESAR SKPB) Kehadiran(Bilangan) : 11/13 ORANG Turut Hadir (Jika ada) : - 1 PERUTUSAN PENGERUSI Tuan Haji Yahya Bin Rakam (Guru Besar SKPB) Alu-aluan : Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru SKPB ke mesyuarat bagi persipan akhir tahun 2014. 1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada petang ini. Beliau memaklumkan beberapa perkara penting yang perlu diambil tindakan. Tindakan : Makluman 1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa persiapan markah bagi peperiksaan akhir tahun perlu disiapkan sebelum Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan. Beliau memohon agar bagi mata pelajaran bukan teras terbaik, kedudukan dalam kelas terbaik dan lonjakan saujana turut diberikan hadiah bagi setiap tahun. Tindakan : Makluman 1.3 Pengerusi meminta agar semua dokumen bagi murid- murid Tahun 6 diletakkan dalam satu fail agar Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor © 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Upload: afiqahrousli

Post on 31-Jan-2016

1.629 views

Category:

Documents


37 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat pengurusan sekolah akhir tahun sesi 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Akhir Tahun

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BESAR

MINIT MESYUARAT PERSIAPAN AKHIR TAHUN SESI 2014

Tarikh : 9 NOVEMBER 2014

Masa : 1.20 PETANG

Tempat : BILIK KOMPUTER S.K.P.B

Pengerusi : TUAN HAJI YAHYA BIN RAKAM (GURU BESAR SKPB)

Kehadiran(Bilangan) : 11/13 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSITuan Haji Yahya Bin Rakam (Guru Besar SKPB)

Alu-aluan : Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru SKPB ke mesyuarat bagi persipan akhir tahun 2014.

1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada petang ini. Beliau memaklumkan beberapa perkara penting yang perlu diambil tindakan.

Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa persiapan markah bagi peperiksaan akhir tahun perlu disiapkan sebelum Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan. Beliau memohon agar bagi mata pelajaran bukan teras terbaik, kedudukan dalam kelas terbaik dan lonjakan saujana turut diberikan hadiah bagi setiap tahun.

Tindakan : Makluman

1.3 Pengerusi meminta agar semua dokumen bagi murid-murid Tahun 6 diletakkan dalam satu fail agar tersusun dan kemas.

Tindakan : Penyelaras Tahun 6

1.4 Selain itu, hadiah bagi cemerlang kokurikulum dan tokoh murid

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 2: Minit Mesyuarat Akhir Tahun

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

diberikan untuk satu murid lelaki dan satu murid perempuan. Tidak lupa juga bagi pembaca terbanyak untuk Tahap 1 dan Tahap 2.

Tindakan : Makluman

1.5 Pengerusi memohon kepada semua guru agar membuat analisis soalan selepas peperiksaan bagi tujuan panduan untuk membuat penambahbaikan.

Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat pengurusan sekolah kali 7 2014.

2.2 Puan Norzila mencadangkan Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah kali 7 disahkan dan Encik Abd Latif menyokong.

3.0 PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS

Tiada.

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA

Tiada.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1. Puan Norzila memaklumkan bahawa pemulangan buku teks dan pengambilan buku teks bagi sesi 2015 akan diadakan pada 17 November 2014. Bagi buku yang hilang atau rosak perlu diganti. Beliaun memohon kepada guru kelas bagi memastikan semua buku lengkap dan sempurna.

Tindakan: Semua guru kelas

5.2 Puan Noraishah memaklumkan agar fail SPSK dijadikan amalan

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 3: Minit Mesyuarat Akhir Tahun

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

berterusan bagi membuat penambahbaikan bagi setiap tahun. Oleh itu, guru-guru yang dipertanggungjawabkan hendaklah memastikan agar maklumat-maklumat sentiasa dikemaskini dari masa ke masa.

Tindakan: Makluman

5.3 Beliau juga memberi peringatan agar perancangan strategik 2015, pelan taktikal,pelan operasi dan analisa SWOT diletakkan di dalam fail panitia bagi setiap matapelajaran.

Tindakan: Makluman

5.4 Encik Abd Latif (PGB HEM) meminta agar semua guru kelas melengkapkan buku kedatangan murid sebelum sesi persekolahan 2014 berakhir. Selain itu, guru kelas juga diminta agar membuat senarai semak bagi keperluan kelas seperti penyapu, tong sampah, pembaris panjang, penyodok dan lain-lain.

Tindakan: Semua guru kelas

5.5 Puan Noraishah memaklumkan agar semua guru perlu mengemaskini data LDP di one stop data centre bagi yang telah menghadiri kursus KSSR bagi matapelajaran Tahun 5 2015.

Tindakan: Makluman

5.6 Puan Suziaton memaklumkan bahawa Kedai Buku akan dibuka pada 24 Disember 2014 bagi tujuan penjualan buku sesi 2015. Semua guru matapelajaran perlu menentukan buku latihan yang akan digunakan kelak.

Tindakan: Makluman

PENUTUP

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 4: Minit Mesyuarat Akhir Tahun

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua guru dalam mesyuarat pada kali ini.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….(NOR ATIKAH ZAKARIA ) (HJ YAHYA BIN RAKAM) Setiausaha Kurikulum GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar Tarikh 9 November 2014 Tarikh : 9 November 2014

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00