minit mesyuarat akhir tahun 2015

5
Minit Mesyuarat Akhir Tahun 2015/ SKMT AGENDA: 1. Ucapan alu-aluan Guru Besar – En. Jamali Bin Hussain 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru. 1.2 Sekolah akan mengadakan hari penyampaian hadiah pada 17.11.2015 (Selasa). Beliau mohon kerjasama daripada semua guru & AJK yang terlibat untuk memastikan disiplin pelajar terkawal. 1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan kewangan untuk setiap panitia perlu dihabiskan sebelum cuti bermula. 1.4 Pengerusi membentangkan pelan bilik darjah mestilah bersesuaian seperti kelas UPSR yang sedia ada. 1.5 Pada 20.11.2015 (Jumaat), aktiviti naik kelas akan diadakan supaya pelajar sedia maklum tentang kelas masing- masing. 1.6 Pengerusi memaklumkan, kuota bilangan guru pada tahun 2016 adalah masih sama. Manakala, bilangan pelajar tahun 1/2016 yang telah mendaftar setakat ini adalah seramai 63 orang pelajar. Tindakan: Makluman Semua 2 Laporan Kurikulum oleh Penolong Kanan 1 – Pn. Sabiah Bt Alias 2.1 Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas kerjasama dalam menjayakan program sepanjang 2015. 2.2 Untuk makluman semua, pada 17.11.2015 (selasa) keputusan UPSR 2015 akan diumumkan. Beliau mendoakan agar keputusan pada tahun ini lebih cemerlang dari segi kuantiti dan kualiti. 2.3 Seterusnya, beliau membentangkan keputusan akhir tahun dan sekaligus menyatakan, kredit bagi markah semua subjek telah meningkat iaitu seperti berikut: 85- 100 (A), 70- 84 (B), 60-69 (C), 50-59 (D), 40 – 49 (E), 39- 0 (F). 2.4 Laporan keseluruhan prestasi Ujian Akhir Tahun 2015 mengikut GPS untuk semua kelas terutama kelas B ialah sangat tinggi. Purata GPS tertinggi diperolehi dari kelas B seperti 1

Upload: aszrien

Post on 27-Jan-2016

511 views

Category:

Documents


42 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Akhir Tahun 2015

Minit Mesyuarat Akhir Tahun 2015/ SKMT

AGENDA:

1. Ucapan alu-aluan Guru Besar – En. Jamali Bin Hussain

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru.1.2 Sekolah akan mengadakan hari penyampaian hadiah pada 17.11.2015 (Selasa). Beliau

mohon kerjasama daripada semua guru & AJK yang terlibat untuk memastikan disiplin pelajar terkawal.

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan kewangan untuk setiap panitia perlu dihabiskan sebelum cuti bermula.

1.4 Pengerusi membentangkan pelan bilik darjah mestilah bersesuaian seperti kelas UPSR yang sedia ada.

1.5 Pada 20.11.2015 (Jumaat), aktiviti naik kelas akan diadakan supaya pelajar sedia maklum tentang kelas masing-masing.

1.6 Pengerusi memaklumkan, kuota bilangan guru pada tahun 2016 adalah masih sama. Manakala, bilangan pelajar tahun 1/2016 yang telah mendaftar setakat ini adalah seramai 63 orang pelajar.

Tindakan: Makluman Semua

2 Laporan Kurikulum oleh Penolong Kanan 1 – Pn. Sabiah Bt Alias

2.1 Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas kerjasama dalam menjayakan program sepanjang 2015.

2.2 Untuk makluman semua, pada 17.11.2015 (selasa) keputusan UPSR 2015 akan diumumkan. Beliau mendoakan agar keputusan pada tahun ini lebih cemerlang dari segi kuantiti dan kualiti.

2.3 Seterusnya, beliau membentangkan keputusan akhir tahun dan sekaligus menyatakan, kredit bagi markah semua subjek telah meningkat iaitu seperti berikut:

85- 100 (A), 70- 84 (B), 60-69 (C), 50-59 (D), 40 – 49 (E), 39- 0 (F).2.4 Laporan keseluruhan prestasi Ujian Akhir Tahun 2015 mengikut GPS untuk semua kelas

terutama kelas B ialah sangat tinggi. Purata GPS tertinggi diperolehi dari kelas B seperti berikut:Kelas 4B (GPS 5.49), 6B (GPS 5.21), 2B (GPS 4.76), 1B (GPS 4.36).

2.5 Beliau memaklumkan kelas terbaik ialah dari kelas 6A yang mengumpul mata GPS sebanyak 1.99, diikuti oleh kelas 3A, 2A,5A dan 4A.

2.6 Beliau berharap guru yang akan mengambil alih kelas B pada tahun 2016 terutama kelas tahun 1 akan menumpukan lebih perhatian dan komitmen terhadap pelajar linus.

2.7 Beliau menyarankan semua guru memulakan RPH yang disarankan oleh SISC+ dan beliau akan mengadakan satu taklimat mengenai RPH pada tahun hadapan.

2.8 Pengerusi mengingatkan RPH tersebut perlu dicontohi sedikit demi sedikit dan jika berkesempatan pihak sekolah boleh menjemput wakil daripada SISC+ tersebut untuk datang ke sekolah memberikan in house training kepada semua guru.

2.9 Pn Sabiah mengedarkan senarai guru kelas & pembantu kelas dan agihan pembahagian mata pelajaran dari tahun 1 hingga tahun 6/2016

(Rujuk lampiran yang telah diedarkan Tindakan: Makluman Semua

1

Page 2: Minit Mesyuarat Akhir Tahun 2015

Minit Mesyuarat Akhir Tahun 2015/ SKMT

3 Laporan oleh Penolong Kanan HEM – Datin Hjh Fauziah Mardiana Bt Hj.Sepawi

3.1 Beliau menyatakan pada keseluruhannya, murid yang lambat hadir ke sekolah hendaklah dimaklumkan kepada guru kelas bahawa murid tersebut ada menghadirkan diri ke sekolah. Manakala,murid yang mewakili sekolah hendaklah ditanda hadir ke sekolah.

3.2 Murid yang tidak hadir ke sekolah selama 60 hari hendaklah dikeluarkan dari sistem APDM. Manakala, murid yang tidak hadir sebanyak 2 bulan berturut-turut hendaklah mengisi borang cicir sekolah.

3.3 Beliau mengingatkan kepada semua guru kelas supaya mengisi buku rekod kehadiran pelajar pada setiap pagi dan mengemaskini buku rekod tersebut pada akhir bulan.

3.4 Beliau mengingatkan kepada semua guru, sila maklumkan kepada beliau pelajar yang menghadapi kekurangan buku teks. Buku teks yang hilang hendaklah diganti dengan membeli buku yang baru kepada pihak sekolah.

3.5 Beliau mengumumkan bahawa pendaftaran sekolah kawalan akan dibuka pada 9 hingga 20 November 2015 ini terutamanya kepada pelajar yang bercadang untuk berpindah dari SMK Bako ke sekolah lain kelak.

3.6 Tanda nama untuk pelajar tahun 1 akan diuruskan oleh beliau sendiri.

Tindakan : Makluman Semua

4 Laporan oleh Penolong Kanan Kokurikulum- Ustaz Husaini B. Anggon

4.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru & staf yang telah menjayakan kokurikulum sepanjang tahun 2015.

4.2 Beliau menyatakan terdapat 12 penyertaan aktiviti kokurikulum yang telah disertai iaitu penyertaan dalam bola sepak, doktor muda ke peringkat kebangsaan dan pantun mewakili peringkat daerah dan lain –lain.

4.3 Beliau mengingatkan kepada semua guru penasihat kelab, sukan & persatuan dan badan unit beruniform supaya mengemaskini fail masing-masing.

4.4 Beliau juga akan mengadakan post-mortem Hari Sukan Tahunan 2015 bersama YDP PIBG kelak.

4.5 Beliau memaklumkan kepada semua bahawa tiada sebarang pertukaran dan pindaan dalam urusan Kokurikulum untuk sesi 2016.

Tindakan: Makluman Semua

2

Page 3: Minit Mesyuarat Akhir Tahun 2015

Minit Mesyuarat Akhir Tahun 2015/ SKMT

5 Taklimat Persiapan Awal Tahun 2016

5.1 Pengerusi menyatakan sekolah akan bermula pada 4.1.2016 (Isnin)5.2 Beliau memaklumkan mesyuarat staf bil 1 / 2016 akan diadakan pada 31.12.2016 (Khamis)

pada pukul 11.00 pagi di Makmal Komputer.5.3 Beliau juga menyatakan pendaftaran tahun 1 dan pra sekolah akan diadakan pada 28.1.2015

(Isnin) pada pukul 8.00 pagi. Manakala, pendaftaran pelajar tahun 2 hingga tahun 6 akan diadakan pada 31.12.2015 (Khamis) pada pukul 8.00 hingga 10.00 pagi.

5.4 Beliau menyatakan surat makluman mengenai bayaran persekolahan pada tahun 2016 kepada pelajar akan diedarkan dalam masa terdekat.

5.5 Beliau mengingatkan kepada semua guru kelas supaya melabel bilik darjah yang betul dan memeriksa lampu, kipas angin, papan tulis telah dibaiki sebelum proses pdp bermula pada Januari tahun hadapan.

Tindakan: Makluman Semua

6 Ucapan Penangguhan – Guru Besar En Jamali Bin Hussain

Beliau menyatakan rasa bangga kerana telah berjaya menerajui SK Muara Tebas dan menjadi pemimpin dan pentadbir selama 6 tahun dan dapat meninggalkan delagasi yang baik buat sekolah ini sepanjang perkhidmatan beliau. Beliau berharap pemimpin yang akan menggantikan tempat beliau kelak akan mengubah SK Muara Tebas ke arah kecemerlangan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

------------------------- ---------------------------- (Assparini bt Ibrahim) (En. Jamali Bin Hussain) Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Besar SK Muara Tebas

3