minit mesyuarat 9 geologi
TRANSCRIPT
Minit Mesyuarat
Fiesta Gala Geologi ‘15
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bil 9/2015
Tarikh : 5 Mac 2015
Hari : Khamis
Masa : 9.30 malam – 11.00 malam
Tempat : Bilik PMFST, FST
Perkara berbangkit : Mengariskan matlamat dan keperluan program Family day
Agenda :
1. Setiap ketua pos menerangkan tugas-tugas yang telah dilaksanakan dan masalah yang dihadapi.
Perkara yang dicapai daripada mesyuarat :
1. Pos protokol :
Pengacara majlis rasmi dan tidak rasmi telah ditetapkan dari pelajar tahun 1.
Pengacara rasmi : Muhammad Firdaus dan Muhammad Asyraf
Pengacara tidak rasmi : Loh Kah Kit
Skrip untuk pengacara majlis akan disediakan
Beberapa ‘usher’ diperlukan untuk menguruskan bahagian pentas
Tempat untuk tetamu kehormat akan ditandakan pada kerusi yang disediakan
Pos tugas-tugas khas :
Pentas akan dihias setelah pentas dan khemah dipasang di padang.
Barangan untuk menghias pentas sedang disediakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang lain
Pos program :
Tentatif yang terbaru telah disiapkan. Permainan sukaneka telah dikurangkan daripada 13
kepada 7 permainan sahaja yang akan dimainkan untuk menjimatkan kos dan masa.
Pelan kedudukan di padang diubah iaitu kedudukan khemah akan diubah
Percubaan permainan telah dibuat dan semuanya berjalan dengan lancar.
Padang yang telah ditempah ialah padang D(ragbi) UKM.
Tetamu kehormat akan menilai khemah rumah sukan yang telah dihias selepas upacara
perasmian dilakukan.
Pelajar-pelajar akan menghias khemah rumah sukan masing-masing sehari sebelum hari
kejadian
Barangan terpakai akan digunakan sebagai peralatan permainan. Tali untuk permainan tarik
tali akan dipinjam daripada pusat sukan UKM atau sekolah-sekolah yang berdekatan.
Senamrobik yang akan dilakukan selama 20-30 minit seramai 5 orang yang akan mengetuai
Sekiranya hujan, ‘indoor games’ perlu dijadikan sebagai perancangan tambahan.
Pos cenderamata :
Terdapat tiga tempat pemenang untuk setiap permainan
Empat tetamu kehormat iaitu, Dr Azimah Hassan sebagai perasmi, pengiring anak yatim,
pengerusi Kelab Geologi UKM dan ketua pengarah Family day.
Pos jamuan :
Penajaan roti dan minuman isotonik akan disediakan
Sarapan pada pukul 10 pagi, mihun goreng akan disediakan
Makan tengah hari pula, nasi tomato dan lauk-lauknya serta pencuci mulut(tembikai)
Sebanyak 185 orang yang akan terlibat dalam Family day termasuk pelajar(130 orang),
tetamu kehormat(20 orang) dan anak-anak yatim serta pengiringnya(35 orang).
Pos longistik :
Pentas akan dipinjam daripada JPPel yang bersaiz 16 x16
Barangan yang terdapat di dalam stor di bangunan geologi akan diguna pakai supaya dapat
menjimatkan kos
Pos teknikal :
Walkie talkie akan disediakan dan akan dipinjam secepat mungkin
PA system juga akan dipinjam daripada palapes atau pusat kebudayaan
Sekiranya hujan, PA system akan ditutup dengan plastik hitam(plastik sampah). Plastik hitam
akan disediakan.
Disediakan oleh:
__________________________
(SYAFRIN AQHASHA BINTI RAHMAT)
Timbalan Setiausaha
Fiesta Gala Geologi ‘15
Kelab Geologi
Universiti Kebangsaan Malaysia