minit mesyuarat 3k tahun 2013

5
SK FELDA JERANGAU BARAT 21820 AJIL, HULU TERENGGANU NO Tel/Faks : 09-8385575 Email : [email protected] MINIT MESYUARAT PROGRAM 3K KALI PERTAMA TAHUN 2013 BIL. 1/2013 Tarikh : 13.02.2013 Masa : 1.15 petang Tempat : Kehadiran : 1) En. Mohd Hamdan bin Zangi ( PK HEM / Pengerusi ) 2) En. Suhaimi bin Saari ( PK 1 ) 3) Pn. Yuzita Ziana bt Mohd Yusof ( Penyelaras) 4) Pn. Noraini bt Adam ( Setiausaha) 5) En. Mohd Saripuddin bin Abd Ghani 6) En. Mokhtar bin Wahab 7) Pn. Norzaidah bt Mohd Nor 8) Pn. Norazlina bt Mohamad Said Nodin 9) Semua Guru Kelas : 1. Pn. Faidah bt Jusoh Tahun 1 Bestari 2. Pn. Latifah bt Amin Nordin Tahun 1 Pintar 3. Pn. Zaiton bt Mohamad Tahun 2 Bestari 4. Pn. Ayati bt Sulong Tahun 2 Pintar 5. Pn. Siti Rahayu bt Shamsuddin Tahun 3 Bestari 6. Pn. Suriani bt Ghazali Tahun 3 Pintar 7. Pn. Zainun bt Salleh Tahun 4 Bestari 8. En. Mohd Sakila b Yaacob Tahun 4 Pintar 9. En. Mohd Zulkamal b Ngah Tahun 5 Bestari 10. En. Supian b Sulaiman Tahun 5 Pintar 11. Pn. Noor Azipah bt Salleh Tahun 6 Bestari 12. En Mohd Hussaini bt Wahid Tahun 6 Pintar 1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih di atas kehadiran guru- guru ke mesyuarat kali pertama bagi tahun 2013 ini. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah. Tindakan : Makluman

Upload: faiz0

Post on 21-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat 3k Tahun 2013

SK FELDA JERANGAU BARAT21820 AJIL, HULU TERENGGANU

NO Tel/Faks : 09-8385575Email : [email protected]

MINIT MESYUARAT PROGRAM 3K KALI PERTAMA TAHUN 2013

BIL. 1/2013

Tarikh : 13.02.2013

Masa : 1.15 petang

Tempat :

Kehadiran :

1) En. Mohd Hamdan bin Zangi ( PK HEM / Pengerusi )2) En. Suhaimi bin Saari ( PK 1 )3) Pn. Yuzita Ziana bt Mohd Yusof ( Penyelaras)4) Pn. Noraini bt Adam ( Setiausaha)5) En. Mohd Saripuddin bin Abd Ghani6) En. Mokhtar bin Wahab7) Pn. Norzaidah bt Mohd Nor8) Pn. Norazlina bt Mohamad Said Nodin9) Semua Guru Kelas :

1. Pn. Faidah bt Jusoh Tahun 1 Bestari2. Pn. Latifah bt Amin Nordin Tahun 1 Pintar3. Pn. Zaiton bt Mohamad Tahun 2 Bestari4. Pn. Ayati bt Sulong Tahun 2 Pintar5. Pn. Siti Rahayu bt Shamsuddin Tahun 3 Bestari6. Pn. Suriani bt Ghazali Tahun 3 Pintar7. Pn. Zainun bt Salleh Tahun 4 Bestari8. En. Mohd Sakila b Yaacob Tahun 4 Pintar9. En. Mohd Zulkamal b Ngah Tahun 5 Bestari10.En. Supian b Sulaiman Tahun 5 Pintar11.Pn. Noor Azipah bt Salleh Tahun 6 Bestari12.En Mohd Hussaini bt Wahid Tahun 6 Pintar

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih di atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat kali pertama bagi tahun 2013 ini. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1 Minit mesyuarat kali ke pertama 2012 telah disahkan oleh Pn. Norzaidah bt Mohd Nor dan disokong oleh Pn. Noraini bt Adam tanpa sebarang pindaan.

Page 2: Minit Mesyuarat 3k Tahun 2013

SK FELDA JERANGAU BARAT21820 AJIL, HULU TERENGGANU

NO Tel/Faks : 09-8385575Email : [email protected]

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Guru kelas tidak dilantik sebagai hakim pertandingan 3K kerana dikhuatiri berlaku ketidakadilan. Hanya guru kelas Pra Sekolah dan guru-guru lain sahaja dipilih sebagai hakim pertandingan.

Tindakan : Makluman

4. UCAPAN PENYELARAS PROGRAM

4.1 Penyelaras memperkenalkan tentang Program 3K yang merujuk kepada tiga perkara iaitu kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Ia merupakan satu program yang menjurus ke arah menghasilkan suasana persekitaran sekolah yang memberangsangkan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga elemen penting ini diterapkan dalam suasana persekitaran sekolah supaya para guru dan murid dapat menjalani sessi pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa, ceria, selamat dan berkeyakinan.

Tindakan : Makluman

5. CARTA ORGANISASI PROGRAM

1) En. Mohd Hamdan bin Zangi ( PK HEM / Pengerusi )2) Pn. Yuzita Ziana bt Mohd Yusof ( Penyelaras)3) Pn. Noraini bt Adam ( Setiausaha )AJK :4) En. Mohd Saripuddin bin Abd Ghani5) En. Mokhtar bin Wahab6) Pn. Norzaidah bt Mohd Nor7) Pn. Norazlina bt Mohamad Said Nodin8) Semua Guru Kelas :

1. Pn. Faidah bt Jusoh Tahun 1 Bestari2. Pn. Latifah bt Amin Nordin Tahun 1 Pintar3. Pn. Zaiton bt Mohamad Tahun 2 Bestar4. Pn. Ayati bt Sulong Tahun 2 Pintar5. Pn. Siti Rahayu bt Shamsuddin Tahun 3 Bestari6. Pn. Suriani bt Ghazali Tahun 3 Pintar7. Pn. Zainun bt Salleh Tahun 4 Bestari8. En. Mohd Sakila b Yaacob Tahun 4 Pintar9. En. Mohd Zulkamal b Ngah Tahun 5 Bestari10. En. Supian b Sulaiman Tahun 5 Pintar11. Pn. Noor Azipah bt Salleh Tahun 6 Bestari12. En Mohd Hussaini bt Wahid Tahun 6 Pintar

Tindakan : Makluman

6. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

6.1 Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang tahun ini antaranya :

Page 3: Minit Mesyuarat 3k Tahun 2013

SK FELDA JERANGAU BARAT21820 AJIL, HULU TERENGGANU

NO Tel/Faks : 09-8385575Email : [email protected]

3.1.1 Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas,3.1.2 Program Gotong-royong Perdana,3.13 Program Gaya Hidup Sihat3.1.4 Program Kitar Semula3.15 Program Keselamatan Jalanraya3.16 Projek Taman Herba

6.2 Aktiviti ini hanyalah cadangan sahaja dan pelaksanaanya akan mengambil kira peruntukan yang ada. Pada peringkat awal ini ,kita akan cuba melaksanakan tiga aktiviti iaitu Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas, Program Gotong-royong Perdana dan Program Gaya Hidup Sihat.

6.3 Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas akan bermula pada bulan Mac ini melibatkan kelas Tahun Satu hingga Tahun Enam sahaja. Kelas Pra Sekolah tidak terlibat. Pertandingan ini akan berlangsung sepanjang tahun.

6.4 Program Gotong-royong Perdana dan Program Gaya Hidup Sihat pula akan dijalankan pada semester ke dua nanti.

6.5 Pn. Noraini mencadangkan agar diadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan bilik-bilik khas yang melibatkan bilik-bilik tertentu seperti bilik komputer, bilik kemahiran hidup, bilik kesihatan, bilik keselamatan, bilik bahasa inggeris, perpustakaan, bilik j-Qaf, makmal sains, bilik muzik, bilik seni dan lain-lain lagi.

6.6 En. Zulkamal pula tertarik dengan cadangan ‘ Projek Taman Herba’ dan mungkin boleh dilaksanakan pada waktu koko sebagai aktiviti tambahan murid. Lagipun beliau mempunyai banyak koleksi tanaman herba di rumahnya.

6.7 En. Mohd Hamdan selaku PK HEM telah memberi respon terhadap cadangan Puan Noraini. Cadangan yang bagus namun mungkin sukar dilaksanakan kerana peruntukan tidak ada atau tidak cukup untuk aktiviti itu. Mungkin boleh dilaksanakan sekiranya ada sumber kewangan daripada mana-mana pihak yang sudi menyumbang.

6.8. Manakala cadangan ‘ Projek Taman Herba’ pula mungkin boleh dilaksanakan sebagai aktiviti murid ketika berpesatuan atau beruniform. Namun perlu dimaklumkan kepada GPK Ko iaitu En. Abd Rahman b Mat Adam terlebih dahulu.

Tindakan : Semua AJK 3K

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Pn Zaiton bertanyakan tentang penilaian kelas tahap dua yang melibatkan Tahun 6 Bestari dan 6 Pintar yang mana kelas ini terlibat dengan pertukaran kelas. Ini kerana kerja-kerja baik pulih bangunan kelas mereka menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke makmal sains dan bilik seni. Bolehkah kelas ini diberi pengecualian daripada pertandingan ini atau diberi pemarkahan yang berbeza dari kelas lain atau ada markah ‘bonus’ atau sebagainya.

7.2 En Hamdan menjawab pertanyaan Pn Zaiton. Penilaian untuk kelas yang terlibat dengan perpindahan kelas ini akan berjalan seperti biasa kerana pihak sekolah telah menyediakan dua

Page 4: Minit Mesyuarat 3k Tahun 2013

SK FELDA JERANGAU BARAT21820 AJIL, HULU TERENGGANU

NO Tel/Faks : 09-8385575Email : [email protected]

piala pusingan dan hadiah bulanan. Terpulanglah pada guru yang bertugas untuk membuat penilaian dengan sewajarnya dan selayaknya.

7.3 En Hamdan juga memaklumkan tentang perancangan untuk melaksanakan ‘Kelas Kondusif’ atau ‘Kelas Contoh’. Kelas yang memenangi pertandingan berulangkali mungkin akan dipilih sebagai ‘Kelas Kondusif’ untuk tahun 2013.

Tindakan : Makluman

8. UCAPAN PENANGGUHAN

8.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi meluangkan masa untuk menyertai mesyuarat kali ini. Pengerusi juga berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang dengan bacaan tasbih kaffarah dan Surah al- Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.............................................. ........................................................

( ) ( )

Penyelaras Program 3K, Guru Penolong Kanan HEM,

SK SK Felda Jerangau Barat

Disahkan Oleh,

...........................................

( )

Guru Besar

Cadangan disahkan oleh:………………………………………………………………………

Cadangan disokong oleh: ………………………………………………………….

Tarikh…………………………… Hari:…………………..