minit mesyuarat 2 2011

3
SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KELUBI 43100 HULU LANGAT, SELANGOR. MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI 02/2011 Tarikh : 5 Julai 2011 Hari : Selasa Masa : 1.35 petang Tempat : Kelas 3 Arif Kehadiran : Puan Marlina Bt Shaari Ketua Panitia Sains Puan Noor Suwaibah Bt Sulaiman Setiausaha Puan Norhayati Bt Abd.Rahman AJK 1. Ucapan Pengerusi ( Puan Marlina Bt Shaari) 1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. 1.2. Ucapan terima kasih di atas kehadiran semua guru Sains. 2. Pengesahan minit mesyuarat pertama 2.1. Puan Norhayati Bt Abd Rahman telah mengesahkan minit mesyuarat pertama dan disokong sebulat suara. 3. Pembentangan Analisa PKBS 1/2011 (Rujuk pada Lampiran Analisa Sains) 3.1. Peratus pencapaian meningkat tetapi perlu usaha lagi untuk meningkatkan lagi peratus pencapaian subjek Sains terutamanya Tahun 5. 3.2. Usaha yang akan dijalankan adalah seperti mempelbagaikan bahan rangsangan pembelajaran dan memberikan lebih banyak latih tubi kepada murid-murid bersesuain dengan kemampuan murid. 3.3. Tahap 1 - guru-guru digalakkan menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih menarik

Upload: noorsuwaibahsulaiman

Post on 27-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

7

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat 2 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KELUBI43100 HULU LANGAT, SELANGOR.

MINIT MESYUARATPANITIA SAINS KALI 02/2011

Tarikh : 5 Julai 2011Hari : Selasa

Masa : 1.35 petang

Tempat : Kelas 3 Arif

Kehadiran : Puan Marlina Bt Shaari Ketua Panitia Sains

Puan Noor Suwaibah Bt Sulaiman Setiausaha

Puan Norhayati Bt Abd.Rahman AJK

1. Ucapan Pengerusi ( Puan Marlina Bt Shaari)1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.1.2. Ucapan terima kasih di atas kehadiran semua guru Sains.

2. Pengesahan minit mesyuarat pertama2.1. Puan Norhayati Bt Abd Rahman telah mengesahkan minit mesyuarat pertama dan disokong

sebulat suara.

3. Pembentangan Analisa PKBS 1/2011 (Rujuk pada Lampiran Analisa Sains)3.1. Peratus pencapaian meningkat tetapi perlu usaha lagi untuk meningkatkan lagi peratus

pencapaian subjek Sains terutamanya Tahun 5.3.2. Usaha yang akan dijalankan adalah seperti mempelbagaikan bahan rangsangan pembelajaran dan

memberikan lebih banyak latih tubi kepada murid-murid bersesuain dengan kemampuan murid.3.3. Tahap 1 - guru-guru digalakkan menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih menarik

minat murid mempelajari Sains seperti kad berwarna dan bergambar.3.4. Tahap II - tingkatkan penguasaan fakta asas dengan cara membuat ‘recall’ nota-nota yang

penting 5 minit sebelum P&P bermula.- guna dwibahasa supaya murid mudah faham pelajaran yang disampaikan dan ianya penting supaya murid dapat menguasai asas fakta sains.

- tekankan kemahiran proses sains (PKS) dalam pelajaran terutamanya pembolehubah dan pemerhatian.

- semakan kertas jawapan bagi latihan murid dilakukan lebih khusus dan jelas. Guru digalakkan memanggil murid secara berdepan untuk memberitahu kesalahan yang dilakukannya dalam menjawab soalan latihan.

Page 2: Minit Mesyuarat 2 2011

4. Kursus Dalaman (Kemahiran Proses Sains)4.1. Bengkel Teknik Menjawab soalan Sains akan diadakan dalam masa terdekat. Semua murid

Tahun 6 dan guru Sains diwajibkan hadir (tarikh akan diberitahu kelak).

5. Makmal Sains5.1. Buku rekod penggunaan makmal perlu diisi setiap kali menggunakan makmal.5.2. Pastikan murid tidak mengusik alatan yang dipamerkan di rak kecuali jika digunakan untuk

melakukan eksperimen. Sebarang kerosakan yang berlaku perlulah direkodkan dalam buku rekod yang disediakan di dalam makmal.

5.3. Pastikan guru terakhir menggunakan makmal mengunci pintu makmal sebelum tamat waktu persekolahan.

5.4. Guru-guru yang ingin memesan peralatan atau keperluan untuk pengajaran sains perlu merujuk pada KP Sains.

6. Minggu Panitia Sains6.1. Kuiz Sains

Tindakan/pelaksanaan oleh setiap guru matapelajaran Sains. Dilaksanakan semasa waktu Sains di dalam kelas masing-masing. Peruntukan masa untuk melaksanakan kuiz ini ialah 15 minit. Sebanyak 20 soalan subjektif akan diberikan. Hanya 3 orang pemenang bagi setiap kelas. Hakim di kalangan guru Sains.

6.2. Folio Terbuka kepada semua murid Tahap 2 Dilaksanakan secara individu. Hasil kerja murid adalah dalam bentuk folio. Murid perlu menyiapkannya dalam tempoh 3 hari sahaja. Hanya 3 orang pemenang dari setiap kelas. Hakim di kalangan guru Sains

7. Ucapan penangguhan7.1. Pengerusi sekalo lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan kerjasama daripada

semua guru sains dalam memperkasakan subjek Sains.7.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan diakhiri dengan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh,

NOOR SUWAIBAH BT SULAIMANSetiausahaPanitia Sains SK Lubok Kelubi