majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di klang yang mempunyai imej dan...

15
MANUAL MPK BIL : 84 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : GARISPANDUAN REKABENTUK BANDAR TAPAK WARISAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Upload: phammien

Post on 28-May-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

MANUAL MPK BIL : 84 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

GARISPANDUAN REKABENTUK

BANDAR TAPAK WARISAN

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i.

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii.

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN 8

5.0 SUMBER KUASA 9

6.0 SKOP KERJA 9

7.0 PROSES KERJA 12

8.0 CARTA ALIR 14

9.0 PENUTUP 15

10.0 LAMPIRAN 15

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Manual ini disediakan adalah bertujuan

menghasilkan satu garispanduan rekabentuk bandar warisan berkaitan tatacara pengurusan pemeliharaan bangunan - bangunan di dalam kawasan zon pemeliharaan warisan bagi mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti yang jelas. Kepentingan Manual garispanduan ini disediakan adalah untuk memelihara dan memulihara aset semua tapak warisan yang terdapat di dalam daerah Klang. Sepatutnya usaha untuk memulihara tapak warisan ini telah dibuat pada peringkat awal lagi bagi membantu tapak-tapak warisan ini kekal dan tidak hilang ditelan zaman. Manual ini wajar disediakan dengan lebih terperinci bagi menunjukkan komitmen dan tanggungjawab Majlis Perbandaran sebagai salah satu agensi yang berusaha untuk membantu untuk mengekalkan, memulihara dan memlihara aset warisan di dalam daerah Klang. Secara tidak langsung usaha-usaha ini dapat membantu dan menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih Mohd Ikhsan Bin Mukri Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi TaalaWabarakatuh

dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya

Manual Garis Panduan Rekabentuk Bandar Bandar

Warisan Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang ini

telah dapat diterbitkan. Ucapan syabas juga kepada

semua yang terlibat dalam menyumbang idea-idea dalam

menghasilkan Manual Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan Di

Kawasan Majlis Perbandaran Klang bagi Edisi Pertama ini. Buku "

Manual Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan Majlis

Perbandaran Klang " merupakan garis panduan edisi pertama yang

diterbitkan bagi memantapkan lagi pelaksanaan pembangunan

Bangunan Warisan di kawasan Majlis Perbandaran Klang. Tujuan garis

panduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada warga

Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual Garis Panduan ini

adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang serta

pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan sebagai rujukan.

Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

penghasilan Manual Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan

Majlis Perbandaran Klang. Adalah diharapkan agar apa yang

dirancang akan menepati matlamat penghasilan buku ini.

Wassalam.

En. Zailani Bin Panot

Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,

Majlis Perbandaran Klang.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai dokumen rasmi Majlis yang akan menyediakan rujukan

dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang khususnya di

dalam menentukan dan mencorak pembangunan di Klang.

1.3 Menerangkan secara ringkas berhubung keperluan, program dan

pendekatan di dalam penyediaan garis panduan rekabentuk

Bandar Warisan Klang.

1.4 Manual garis panduan ini disediakan adalah untuk menggantikan

garis panduan lama Rancangan Tempatan Klang 2002-2015

khusus untuk sektor rekabentuk Bandar yang memerlukan kajian

terperinci dibuat seiring dengan pewartaan Rancangan

Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 1) 2020.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan Klang akan

memfokus kepada 3 tapak cadangan seperti berikut:

a) Pusat Bandar Klang Selatan

i. Di Sekitar Jalan Tengku Kelana, Jalan Dato’ Hamzah,

Jalan Raya Timur, Jalan Stesen, Jalan Tengku Diauddin dan

Jalan Stesen 1 meliputi Bangunan-bangunan Kerajaan dan lot-lot

kedai persendirian.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

6

ii. Bangunan-bangunan yang telah diwartakan sebagai

bangunan warisan iaitu Gedung Raja Abdullah dan Kota Raja

Mahadi.

iii. Terdapat 156 buah kedai persendirian di pusat Bandar

Klang Selatan yang telah disenaraikan sebagai bangunan

warisan yang mempunyai ciri-ciri bangunan yang signifikan dari

segi rekabentuk dan era pembangunan.

b) Pusat Bandar Klang Utara

i. Di sekitar Jalan Pos Baharu, Lorong Kepayang dan Jalan

Batu 3 Lama dan Lorong Batu 3 meliputi lot-lot kedai

persendirian.

c) Pusat Bandar Pelabuhan Klang

i. Di sekitar Jalan Persiaran Raja Muda Musa dan jalan Kem

yang meliputi lot-lot kedai persendirian.

3.0 DEFINISI (Merujuk Kepada Akta Warisan 2005)

3.1 Tapak warisan.

Merujuk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005 “ tapak

warisan” di difinisikan sebagai sesuatu tapak yang di tetapkan

sebagai tapak warisan dibawah seksyen 24.

3.2 Warisan

Membawa pengertian generik warisan kebangsaan, tapak, objek

dan warisan kebudayaan di bawah air sama ada disenaraikan

atau tidak di dalam akta.

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

7

3.3 Pemuliharaan

Termasuk lah pemeliharaan, pembaik pulihan, pembinaan

semula, pemulihan dan penyesuaian atau mana-mana

gabungannya.

3.4 Pemeliharaan

Bermaksud memberhentikan kemerosotan lanjut, reput atau

keadaan usang dan menyediakan struktur yang selamat dan

kukuh. Tetapi tidak menjangkakan pembangunan semua yang

penting dan termasuk lah;

a. Teknik membantutkan atau meperlahankan proses

kemerosotan, reput atau keadaan usang sesuatu butiran atau

struktur.

b. Pembaikan keadaan struktur untuk menjadikan sesuatu

struktur selamat boleh didiami atau selainya berguna dan

c. Penyelengaraan biasa dan pembaikan kecil yang tidak

mengubah atau memudaratkan rupa fabrik atau sejarah

sesuatu struktur.

3.5 Pemulihan

Proses mengembalikan sesuatu harta kepada keadaan

kebergunaan melalui pembaikan atau pengubahan, yang

memungkinkan pengunaan semasa yang efisen sambil

memelihara bahagian dan ciri harta itu yang penting kepada seni

bina bersejarahnya.

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

8

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

Struktur Organisasi Bagi Penyediaan Garispanduan Rekabentuk

Bandar Warisan, Majlis Perbandaran Klang

Timb. Perancang Bandar (J48)

EN. ZAILANI BIN PANOT

Pegawai Perancang Bandar (J41)

PUAN NORHAYATI BINTI MOHD LADZIM

Pen. Peg. Perancang Bandar (J29)

PN. IVANA MAS AYU BT MOHD ALI

Pembantu Tadbir (N17)

PN. AZIRA FAZLIANA BINTI MOHD SHAH

Juruteknik Perancang Bandar (J22)

PN NAFISAH BT ISMAIL

Juruteknik Perancang Bandar (J14)

EN ALI BIN MOHD NOOR

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

9

5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual

adalah seperti berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171).

ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa, 1972 (AKTA 172).

iii. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

iv. Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)

v. Undang -Undang Kecil Bangunan Seragam1984.

vi. Pekeliling/Arahan daripada Yang Dipertua/Setiusaha

6.0 SKOP KERJA

6.1 Pengarah Perancang Bandar

Membuat semakan ke atas tapak cadangan yang telah dikenalpasti

untuk dimasukkan di dalam Garis Panduan Rekabentuk Bandar

Warisan dan bersetuju untuk dilaksanakan garis panduan tersebut.

Menyelaras ke atas semua Mesyuarat yang rancang berkaitan dengan

penyediaan Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis

Perbandaran Klang. Pengarah Perancang Bandar juga

bertanggungjawab untuk membentangkan kertas kerja yang

disediakan di peringkat Majlis untuk kelulusan. Pengarah Perancang

juga bertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan laporan

inventori dan Draf Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis

Perbandaran Klang yang dihasilkan oleh perunding mengikut

keperluan yang ditetapkan dan akan mengesahkan laporan tersebut.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

10

6.2 Pegawai Perancang Bandar

Mencadangkan kepada Pengarah Perancang Bandar

berkenaan lokasi tapak cadangan bagi penyediaan Garis

Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis Perbandaran

Klang. Setelah cadangan dan kawasan kajian dipersetujui di

peringkat jabatan, menyediakan kertas kerja untuk dirujuk ke

Mesyuarat Teknikal Pembangunan dan Mesyuarat Pengurusan

Majlis untuk kelulusan berkenaan cadangan penyediaan

garispanduan serta penubuhan Jawaankuasa Khas bagi

penyediaan Garis Panduan tersebut. Setelah mesyuarat

mempersetujui ke atas cadangan tersebut, Pegawai Perancang

Bandar dengan persetujuan Pengarah Perancang Bandar

mengatur mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Khas yang

dilantik bagi mengadakan perbincangan untuk mengadakan

program-program seperti lawatan dan bengkel bagi

mendapatkan dan mengumpul informasi.

Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk

mengatur lawatan dan bengkel sepanjang peyediaan Garis

Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis Perbandaran

Klang. Pegawai Perancang juga bertanggungjawab

mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama semua Ahli

Jawatankuasa yang telah dilantik. Pegawai Perancang akan

membuat tawaran sebutharga kepada mana-mana perunding/

pihak akademik yang berminat terlibat di dalam penyediaan

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis

Perbandaran Klang. Perlantikkan perunding selaras dengan

peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

11

Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk

menyemak inventori bangunan warisan dan Draf Garis Panduan

Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis Perbandaran Klang yang

telah disediakan oleh pihak Perunding / pihak akademik.

Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk

memohon kelulusan Draf Garis Panduan Rekabentuk Bandar

Warisan, Majlis Perbandaran Klang daripada Mesyuarat

Bulanan Majlis untuk kelulusan untuk diterimapakai di peringkat

Majlis.

6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar

Penolong Pegawai Perancang Bandar mengenalpasti lokasi

tapak cadangan untuk penyediaan Garis Panduan Rekabentuk

Bandar Warisan. Penolong Pegawai Perancang Bandar

membantu Pegawai Perancang Bandar menyediakan maklumat

bagi penyediaan kertas–kertas kerja mesyuarat, mengatur

mesyuarat khas bersama Jawatankuasa Khas yang telah

dilantik, membantu mengatur lawatan dan bengkel serta

membantu membuat semakan ke atas laporan inventori dan

laporan draf Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan yang

telah disediakan oleh Perunding / pihak akademik. Selain itu

juga, ia berperanan untuk menyediakan draf surat-surat

berkaitan dengan program dan mesyuarat yang diatur.

6.4 Juruteknik Perancang Bandar

Membantu Pegawai Perancang Bandar/ Penolong Pegawai

Perancang Bandar untuk menyediakan pelan-pelan berkaitan

dengan lokasi tapak cadangan bagi penyediaan Garispanduan

Rekabnetu Bandar dan sekiranya perlu, Juruteknik perlu

membuat siasatan tapak. Di samping itu juga, Juruteknik

Perancang Bandar terlibat untuk membantu Pegawai Perancang

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

12

/ Penolong Pegawai Perancang Bandar untuk mengatur lawatan

serta bengkel yang dirancng. Juruteknik juga terlibat untuk

membantu membuat semakan ke atas laporan inventori dan

Draf Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan Majlis

Perbandaran Klang yang telah disediakan oleh pihak Perunding.

6.5 Pembantu Tadbir

Menaip kertas kerja dan surat-surat berkaitan penyediaan Garis

Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis Perbandaran

Klang serta membantu melaksanakan kerja yang diarahkan dari

semasa ke semasa.

7.0 PROSES KERJA

Berikut merupakan proses kerja bagi penyediaan garis panduan

rekabentuk Bandar.

a) Memohon Kelulusan Mesyuarat Teknikal Pembangunan dan

Mesyuarat Pengurusan Majlis.

Jabatan Perancang Bandar sebagai urusetia, akan

menyediakan kertas kerja berkenaan cadangan penyediaan

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis

Perbandaran Klang untuk dirujuk ke Mesyuarat Teknikal

Pembangunan dan Mesyuarat Pengurusan Majlis untuk

kelulusan.

b) Mewujudkan Jawatankuasa Khas

Mewujudkan satu Jawatankuasa Khas yang akan membantu di

dalam menyediakan Garis Panduan Rekabentuk Bandar

Warisan serta memantau dari segi perlaksanaan garispanduan

tersebut. Jawatankuasa ini juga membantu di dalam

pengumpulan data tapak-tapak warisan di Klang. Mesyuarat

penyelarasan bersama Ahli Jawatankuasa Khas yang dilantik

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

13

akan diaturkan bagi mendapatkan pandangan mereka di dalam

penyediaan Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan.

c) Lawatan rasmi

Lawatan yang dicadangkan adalah ke tapak-tapak warisan

seperti di Pulau Pinang, Taiping dan Melaka Bandaraya

Bersejarah. Lawatan ini diperlukan bagi mendapatkan maklumat

dan melihat sejauh mana negeri-negeri ini melaksanakan

program pemuliharaan dan pemeliharaan Bandar termasuk

bangunan dan kawasan warisan.

d) Bengkel

Bengkel / sesi ‘Brainstorming’ akan diadakan bagi

membincangkan berkaitan data-data serta maklumat-maklumat

tapak warisan di Klang yang telah dikumpulkan oleh setiap

agensi / Jawatankuasa serta membincangkan berkenaan

laporan inventori dan cadangan Garis Panduan Rekabentuk

Bandar Warisan Majlis Perbandaran Klang yag telah dihasilkan

oleh pihak perunding / pihak akademik.

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

14

8.0 CARTA ALIR

Proses Penyediaan Garis Panduan Rekabentuk Bandar.

Mewujudkan Jawatankuasa Khas

Mesyuarat perbincangan bersama ahli Jawatankuasa khas yang

dilantik

Lawatan rasmi

Bengkel pengumpulan data

Warisan Klang

Bengkel penambah baikan ke atas draf Garis Panduan Rekabentuk

Bandar

Lawatan tapak ke tapak warisan

Pengesahan draf akhir Garis panduan rekabentuk Bandar untuk ke lulusan mesyuarat pengurusan

Majlis dan mesyuarat penuh Majlis

Mendapatkan kelulusan mesyuarat teknikal dan Pengurusan Majlis bagi penyediaan Garis Panduan

Rekabentuk Bandar Warisan Klang.

Melantik pihak perunding di dalam penyediaan kajian inventori

Pembentangan daripada pihak perunding

Laporan kajian Pengarah Perancang

Bandar (J48)

EN. ZAILANI BIN PANOT

HD LADZIM

a. inventori b. Draf Garis Penduan

Rekabentuk Bandar Warisan

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti ... menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. ... Membawa pengertian

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang

15

9.0 PENUTUP

9.1 Menyediakan satu Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan

yang akan digunapakai sebagai dokumen rasmi Majlis oleh

warga Majlis Perbandaran Klang.

9.2 Menyediakan satu garis panduan khusus untuk tapak warisan

Klang bagi digunapakai oleh pengusaha-pengusaha, pemilik

bangunan, perunding professional di dlaam mengemukakan

permohonan pelan-pelan pembangunan di tapak warisan di

dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang.

9.3 Garis Panduan ini di sediakan sebagai alat kawalan

pembangunan bagi mengawal dan memulihara aset warisan di

dalam daerah Klang.

10.0 LAMPIRAN

10.1 Kajian Inventori Garis Panduan Rekabentuk Tapak Warisan

10.2 Garis Panduan Rekabentuk Tapak Warisan