majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · sehubungan dengan itu, amalan persekitaran berkualiti...

13
MANUAL MPK BIL : 150 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL: AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)

Upload: tranthuy

Post on 27-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

MANUAL MPK BIL : 150 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL:

AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI

(5S)

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI:

3.1 SISIH

3.2 SUSUN

3.3 SAPU

3.4 SERAGAM

3.5 SENTIASA AMAL

6

4.0 CARTA BAHAGIAN 6

5.0 SUMBER KUASA 6

6.0 SKOP KERJA 7

7.0 PROSES KERJA 7

8.0 CARTA ALIR 8

9.0 PENUTUP 8

10.0 LAMPIRAN

10.1 CARTA ORGANISASI

10.2 CARTA ALIR PROSES KERJA

10.3 POLISI, OBJEKTIF, IKRAR DAN LOGO

9-13

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum

tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap

dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam

pelaksanaan amalan ini seterusnya mewujudkan penambahbaikan

yang telah diserapkan sebagai budaya kerja berkualiti. MPK komited

dan akan terus menjadikan landasan kepentingan sebagai matlamat

memartabatkan perkhidmatan awam.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd. Ikhsan Mukri

Setiausaha MPK

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana

dengan limpah kurnia-Nya, Jabatan Korporat

sebagai salah sebuah jabatan terpenting di Majlis

Perbandaran Klang telah berjaya menyediakan 15

Manual Prosedur Kerja yang meliputi pelbagai

aspek / bidang tugas Jabatan. Manual prosedur ini

adalah betujuan sebagai panduan dan bahan rujukan dalam

melaksanakan tugas dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Manual-manual ini terdiri daripada :

1) Manual Prosedur Tempahan Kemudahan Sukan

2) Manual Prosedur Proses Peruntukkan Penggerak Belia Tempatan

3) Manual Prosedur Penyewaan Tanah Lapang MPK

4) Manual Prosedur Penyertaan Pasukan MPK

5) Manual Prosedur Tempahan Peralatan Logistik

6) Manual Prosedur Tempahan Kombo Dan Kumpulan Kesenian

7) Manual Prosedur Penggunaan Sistem Siaraya

8) Manual Prosedur Program Tarikan Keusahawan

9) Manual Prosedur Program Mesra Pelaburan

10) Manual Prosedur Lawatan Dalaman Dan Luaran

11) Manual Prosedur Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

12) Manual Prosedur Pelaksanaan Program Zon Bersih

13) Manual Prosedur Pelekat Kenderaan OKU

14) Manual Prosedur Pelaksanaan Pemberian Sumbangan Bencana

Alam Dan Sumbangan Ehsan

15) Manual Prosedur Pengurusan Skuad 3S MPK

Adalah diharapkan Manual yang telah disediakan ini dapat menjadikan

Jabatan Korporat sebagai salah sebuah jabatan pemangkin kepada Majlis

Perbandaran Klang menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan tertua di

Malaysia yang terus memacu serta menyokong segala pembangunan yang

akan dilaksanakan di kawasan Majlis Perbandaran Klang selaras dengan

hasrat dan visi MPK ke arah merealisasikan Klang sebagai Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 melalui perancangan dan pengawalan

pembangunan yang mampan serta dapat memberikan perkhidmatan bandar

yang berkualiti melalui tadbir urus yang cemerlang untuk keseluruhan

masyarakat klang yang gemilang.

Dawari Bin Daud

Pengarah Korporat

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.

1.3 Memastikan tatacara menjalankan amalan Persekitaran Berkualiti (5S) memenuhi keperluan kakitangan MPK.

1.4 Menjadi kemudahan rujukan kepada pegawai yang akan

melaksanakan amalan Persekitaran Berkualiti (5S).

2.0 LATAR BELAKANG

5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan

fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang

mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan

semangat untuk penambahbaikan berterusan. 5S merupakan singkatan

kepada perkataan Jepun iaitu:

S Bahasa Jepun Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

1 Seiri Sisih Sort

2 Seiton Susun Systemize

3 Seiso Sapu Sweep

4 Seiketsu Seragam Standardize

5 Shitsuke Sentiasa Amal Self-Discipline

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 6

3.0 DEFINISI

Sisih

Mengasingkan barang atau dokumen yang tidak diperlukan di tempat

kerja untuk disisihkan dan dilupuskan secara sistematik

Susun

Menyusun barang-barang yang diperlukan secara teratur dan

sistematik supaya ianya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat

setelah digunakan

Sapu

Membersih dan memeriksa tempat kerja secara berkala dan

menyeluruh supaya tiada habuk atau kekotoran di atas lantai, mesin

dan peralatan

Seragam

Mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi

dengan menekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa

Sentiasa

Amal

Melatih pekerja mematuhi sistem persekitaran berkualiti secara

berterusan supaya ia menjadi amalan dan budaya kerja dalam

organisasi

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

Carta Unit Kualiti Seperti di lampiran 1

5.0 SUMBER KUASA

5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:

i. Arahan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dan Penambahbaikan Berterusan.

ii. Surat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

iii. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 7

6.0 SKOP KERJA

6.1 Terima arahan

6.2 Perlaksanaan

6.3 Pemantauan

6.4 Persijilan

7.0 PROSES KERJA

7.1. Terima Arahan

7.1.1 PKT memberi arahan kepada Pegawai Tadbir mengenai perlaksanaan amalan Persekitaran Berkualiti (5S) untuk dilaksanakan di ke seluruhan Jabatan di Majlis Perbandaran Klang.

7.1.2 Pengawai Tadbir akan mengadakan perbincangan dengan

Penolong Pegawai Tadbir bagi merancangkan pelaksanaan yang akan dibuat.

7.1.3 Pembantu Tadbir mengeluarkan surat makluman

perlaksanaan amalan Persekitaran Berkualiti (5S) di Majlis Perbandaran Klang.

7.2. Perlaksanaan

7.2.1 Mengadakan Bengkel bagi Fasilitator dan ketua zon untuk setiap jabatan di Majlis Perbandaran Klang.

7.2.2 Pegenalan kepada 5S dengan menubuhkan Jawatankuasa

Pemandu 5S dengan menetapkan zon-zon 5S dan jawatankuasa kerja bagi setiap zon.

7.2.3 Menyebarkan metodologi 5S melalui program-program serta

melancarkan Amalan Persekitaran Berkualiti ( 5S) melalui penetapan Polisi, Objektif atau Ikrar 5S.

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 8

7.2.4 Memberi penekanan amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dengan mengadakan perbincangan dengan fasilitator dan ketua zon MPK.

7.3 Pemantauan

7.3.1 Pemantauan secara menyeluruh diadakan dengan menjalankan pengauditan berkala oleh audit dalam yang dilantik oleh Tuan Yang Dipertua, MPK.

7.3.2 Pemantauan juga diadakan oleh pihak pengurusan bagi

memastikan kakitangan dan pegwai mengamalkan amalan Persekitaran Berkualiti (5S) di MPK.

7.4 Persijilan

7.4.1 Persijilan akan dibuat pada setiap tahun dimana MPK akan

memperbaharui sijil sebelum sijil tamat tempoh.

7.4.2 Persijilan akan dibuat oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC) setelah permohonan dibuat melalui surat untuk memperbaharui persijilan.

7.4.3 Pengauditan persijilan dilaksanakan dengan mengikut

kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh MPC.

8.0 CARTA ALIR

Carta alir proses kerja bagi amalan Persekitaran Berkualiti 5S seperti

di Lampiran 2.

9.0 PENUTUP

Majlis Perbandaran Klang telah mendapat Persijilan Amalan Persekitaran

Berkualiti pada 10 Jun 2010. Sejak persijilan banyak perubahan telah

berlaku yang membawa pandangan positif dari semua warga kerja di

Majlis. Ruang kerja yang lebih selesa adalah satu ganjaran yang diterima

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 9

oleh semua kakitangan. Keselesaaan ini memberi impak yang baik

kepada kakitangan dan menjadikan kerja lebih produktif dan berkualiti.

Besar harapan Majlis agar amalan 5S ini mendapat pengiktirafan di

peringkat kebangsaan agar dapat memberi penghargaan kepada semua

kakitangan yang bertungkus lumus dalam merealisasikan amalan ini.

Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) menjadi satu amalan yang boleh

dipraktikan semua lapisan kakitangan diperingkat Majlis Perbandaran

Klang. Semoga amalan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal

menjadi aktiviti yang memberi manafaat bersama.

10.0 LAMPIRAN

Lampiran 1 : Carta Organisasi Bahagian Kualiti/ Jabatan Korporat. Lampiran 2 : Carta Alir Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) Lampiran 3 : Polisi, Objektif, Ikrar dan Logo Amalan Persekitaran

Berkualiti (5S)

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 10

Lampiran 1

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN KUALITI

JABATAN KORPORAT

PENGARAH

DAWARI BIN DAUD DAWARI BIN DAUD (N48)

DAWARI BIN DAUD

TIMBALAN PENGARAH

AHMAD FAHIM BIN ROSLI

(N41)

PEN. PEGAWAI TADBIR

ROHANA BT. ABDUL WAHAB (N27)

PEM. TADBIR KANAN

NOR HASHIMAH BT. HJ. ISMAIL

(N22)

PEMBANTU TADBIR

DAYANG BT.IBRAHIM

(N17)

PEMBANTU AM PEJABAT

MOHD KHAIRUL AZIZI B. KAMSIDIN

(N1)

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 11

Lampiran 2

Carta Alir : Amalan Persekitaran Berkualiti (5S)

Mendapat Kelulusan daripada Yang Dipertua MPK

Jawatankuasa Induk dibentuk oleh pihak Pengurusan dan Jawatankuasa kerja 5S

Amalan 5S melalui perlaksanaan Amalan SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA

AMAL

Audit dalaman secara berkala 2 kali setahun oleh Audit Dalam MPK

Persijilan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

MULA

Pengauditan Berkala

Perlaksanaan Program

Jawatankuasa

Latihan

Mesyuarat Pengurusan

MPK

Yang Dipertua MPK

Jawatankuasa

Promosi

Jawatankuasa

Audit Dalam

Persijilan 5S

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 12

Lampiran 3

Polisi Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) MPK

Objektif Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) MPK

TAMAT

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam pelaksanaan amalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 13

Ikrar Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) MPK

Logo Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) MPK