majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8...

14
MANUAL MPK BIL : 58 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL: URUSAN PENYEDIAAN BORANG PENGADUAN (BUKAN TRAFIK)

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

MANUAL MPK BIL : 58 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL:

URUSAN PENYEDIAAN BORANG

PENGADUAN

(BUKAN TRAFIK)

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN /UNIT 7

5.0 SUMBER KUASA 8-9

6.0 SKOP KERJA 10-11

7.0 PROSES KERJA 10-11

8.0 CARTA ALIR 12

9.0 PENUTUP 13

10.0 LAMPIRAN 14

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka

menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja

MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan

agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu

tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya

pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Manual ini disediakan bertujuan untuk mempermudahkan lagi urusan

borang pengaduan mahkamah supaya ianya lebih kukuh dan effisien di

dalam tindakan pendakwaan. Oleh itu, penyediaan manual ini akan

membantu MPK dalam usaha pembaikan dari segi kelemahan dan

kecacatan di dalam urusan tindakan pendakwaan supaya ia dapat

dilaksanakan dengan cekap dan sempurna. Dengan adanya manual

ini, maka Jabatan Undang-Undang lebih komited untuk membantu

pegawai-pegawai yang terlibat dalam aktiviti penyiasatan dan

pendakwaan dengan menyediakan rujukan-rujukan kes bagi tujuan

pendakwaan ke mahkamah.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan bin Mukri

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Dengan lafaz Bismillahhirahmanrrahim….. Assalamualaikum

w.r.t. dan salam perpaduan saya ucapkan. Terlebih dahulu

saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah dan

kurnianya penyediaan manual ini dapat direalisasikan dan

Jabatan Undang-Undang dapat menyiapkan manual kerja

bagi Jabatan Undang-Undang mengikut format dan bentuk

yang lebih tersusun dan sistematik.

Sebelum diteruskan dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan

terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-

Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam

menyediakan manual ini.

Adalah diharapkan agar manual ini dapat membantu pegawai dan kakitangan

di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya

menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

manual ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan MPK seluruhnya. Akhir

sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun:

“ Buah pelaga makan dihilir,

Di bawa orang dari hulu,

Sebarang kerja hendak digilir,

Supaya jangan mendapat malu”

Sekian, terima kasih.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013

1.2 Memudahkan rujukan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang.

1.3 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang.

1.4 Menyediakan langkah-langkah tindakan agar urusan memulakan tindakan pendakwaan teratur.

1.5 Menyelaras tindakan dengan lain-lain jabatan.

1.6 Memastikan setiap urusan memulakan tindakan pendakwaan adalah teratur dan mengikut perundangan yang tepat.

1.7 Memastikan bahawa setiap kompaun yang dikeluarkan diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah.

1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Penyediaan borang pengaduan mahkamah dikeluarkan selepas

dikeluarkan notis peringatan.Penyediaan borang pengaduan

mahkamah ini dilakukan untuk mendakwa Orang Kena

Kompaun (OKK) di mahkamah sekiranya tiada bayaran

dijelaskan oleh pihak (OKK) kepada pihak Majlis samada

didalam peringkat Kompaun Baru mahupun Notis

Peringatan.Proses kerja utama Penyediaan Borang Pengaduan

Mahkamah ini melibatkan penyediaan, penyemakkan dan

penyampaian.Selain itu, maklumat tambahan, contohnya urusan

diari siasatan dan peta lakar lokasi kesalahan akan diperolehi

melalui orang yang membuat pengaduan iaitu anggota

penguatkuasa MPK yang mengeluarkan kompaun.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 6

3.0 DEFINISI 3.1 Tindakan Peraturan dan lain-lain (yang dilaksanakan), langkah yang diambil (untuk mengelakkan, mengatasi dan sebagainya sesuatu,: perintah berukurung merupakan ~ yang berkesan mencegah merebaknya rusuhan.

3.2 Borang Kertas bercetak yang padanya ada ruang untuk dimasukkan maklumat yang dikehendaki atau diminta 3.3 Penyediaan Perbuatan atau hal menyediakan 3.4 Pengaduan

Perbuatan mengadukan (perkara, kejadian, orang, dan lain-lain)

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 7

4.0 CARTA BAHAGIAN/ UNIT

5.0 SUMBER KUASA

EMYSHIMY RIZAL B NASARUDDIN

PEGAWAI UNDANG-UNDANG

TUN MOHD SYAHMI BIN ZAKARIA

PEN. PEGAWAI UNDANG

NOR HAFIZAH BTE MD MUSA

PEM.TADBIR (N17) TETAP

ROSE RAHAYU BTE MD IDRIS

PEM.TADBIR (N17) TETAP

MOHD AZIZAN BIN HAJI SALLEH

BAILIF (N12)TETAP

S.V VIJAYA SINGAM A/L VIJAYARATNAM

BAILIF (N11) TETAP

MOHD FAZLI BIN MASZUKI

PEM. TADBIR PEJABAT (N17) TETAP

ROZITA BTE CHE ROSS

PEM. TADBIR (N17) TETAP

INTAN WANNIZA BTE AB WAHAB

PEM.TADBIR (N17) TETAP

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 8

Sumber kuasa yang menjadirujukan jabatan bagi pelaksanaan

manual adalah seperti berikut:

Akta

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171);

ii. Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (AKTA 133);

iii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (AKTA 172;

iv. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (AKTA 336);

v. Akta Makanan 1983 (AKTA 281);

Kanun

i. Kanun Tanah Negara 1965 (AKTA 56/1965)

ii. Kanun Prosedur Jenayah (AKTA 593)

Enakmen

iii. Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971

iv. Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995

v. Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980

vi. Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan

(Am)(Selangor)2001

vii. Kaedah-Kaedah Perintah Pemeliharaan Pokok 2001

Peraturan

viii. Peraturan-Peraturan Dan tempat-Tempat Hiburan

(Permainan Snuker Dan Video) (Kawalan Dan

Penyeliaan) (Selangor) 1996

ix. Peraturan-Peraturan Dan tempat-Tempat Hiburan (Selangor)

1996

Undang-Undang Kecil

x. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor)

1986

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 9

xi. Undang-Undang Kecil Peruntukan Mengenai Lesen

Bersesama (MPK) 1992

xii. Undang-Undang Kecil Kerja Di Jalan 1996

xiii. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-

Kesalahan) (MPK) Kerajaan Tempatan 2005

xiv. Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-

Kesalahan) (MPK) Jalan, Parit Dan Bangunan 2005

xv. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta

Persendirian (MPK) 2005

xvi. Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2005

xvii. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPK) 2005

xviii. Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPK) 2005

xix. Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPK)

2007

xx. Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan

Kesihatan (MPK) 2007

xxi. Undang-Undang Kecil Iklan (MPK) 2007

xxii. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPK) 2007

xxiii. Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 2007

xxiv. Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan

(MPK) 2007

xxv. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan

Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007

xxvi. Undang-Undang Kecil Hotel (MPK) 2007

xxvii. Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 2007

xxviii. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan

Perindustrian (MPK) 2007

xxix. Undang-Undang Kecil Pusat Siber Dan Kafe Siber (MPK)

2007

xxx. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah

Pembiakan Anjing (MPK) 2007

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 10

6.0 SKOP KERJA 6.1 Proses Penyediaan Pengaduan Mahkamah bermula diperingkat

menyemak bayaran notis peringatan dengan purata sehari

sebanyak 25 kes disemak.Ini kerana bergantung pada

kelancaran Sistem E-Penguatkuasaan.Selepas itu, penyediaan

Pengaduan Mahkamah dilakukan sebanyak 2 salinan dan

dikepilkan sekali bersama notis peringatan untuk semakan

Pegawai Pendakwa.Purata sehari juga sebanyak 25

kes.Merekod semula Pengaduan Mahkamah yang dikembalikan

daripada Jabatan Penguatkuasa didalam Fail Penghantaran

Pengaduan Mahkamah sebanyak 25 kes sehari.Ini juga telah

mengikut spesifikasi Sasaran Kerja Tahunan yang telah

ditetapkan Jabatan Undang-undang sebanyak 150 kes perlu

dilakukan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

7.0 PROSES KERJA

PENYEDIAAN PENGADUAN MAHKAMAH

7.1 Semak maklumat Notis Pengaduan dan kompaun yg tidak

berbayar utk menyediakan Pengaduan Mahkamah melalui

Sistem Maklumat Pengurusan Kompaun sebanyak 2 salinan.

7.2 Kepilkan Pengaduan Mahkamah bersama pendua Notis

Peringatan dan pendua kompaun dan dirujuk kepada Pegawai

Pendakwa untuk semakan.

7.3 Jika ada pembetulan, Pegawai Pendakwa akan minit untuk

membuat pembetulan.

7.4 Jika Pengaduan Mahkamah didapati teratur, Pengaduan

Mahkamah akan direkod di dalam Buku Rekod Penyerahan

Pengaduan Mahkamah dan Buku Rekod Diari Siasatan serta

surat iringan disediakan untuk mendapatkan tandatangan

pengadu bagi Pengaduan Mahkamah dan Kertas Siasatan

(dalam tempoh 14 hari).

7.5 Cop tarikh penerimaan Pengaduan Mahkamah dan Kertas

Siasatan dan serah kpd Pegawai Pendakwa untuk semakan

bilangan fail yg diterima dan semakan dokumen.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 11

7.6 Setelah Pegawai Pendakwa semak, tarikh penerimaan

Pengaduan Mahkamah dan Kertas Siasatan direkod dlm Buku

Rekod Penyerahan Pengaduan Mahkamah dan Buku Rekod

Diari Siasatan.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 12

8.0 CARTA ALIR

CARTA ALIRAN KERJA

Penyediaan Pengaduan Mahkamah (PM)

Semak maklumat NP dan kompaun bagi

penyediaan Pengaduan Mahkmah (PM)

Sediakan senarai kompaun untuk

dapatkan tandatangan pengadu bagi

PM dan Kertas Siasatan (dalam

tempoh 14 hari).

Mula

Tamat

Kepilkan PM bersama Pendua NP dan pendua

Kompaun untuk disemak oleh PPUU. Ya Tidak

Pembetulan?

Buat pembetulan mengikut

seperti minit PP.

Sediakan PM bagi NP dan kompaun yg tidak

berbayar melalui SPP sebanyak 2 salinan.

Cop tarikh penerimaan PM dan KS dan serah

kpd PP untuk semakan bilangan fail yg

diterima dan semakan dokumen.

Setelah PP semak, tarikh penerimaan PM

dan KS direkod dlm BRPPM dan BRDS.

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 13

9.0 PENUTUP

Manual ini disediakan adalah untuk rujukan oleh warga Jabatan

Undang-Undang khasnya dan warga Majlis Perbandaran Klang amnya.

Manual ini disediakan adalah bagi memperkemas dan menambahbaik

tugasan jabatan agar dapat menghasilkan kerja yang lebih efisyen dan

berkesan untuk kepentingan Majlis khususnya.

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah. 1.8 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 58 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Borang Pengaduan (Bukan Trafik) 14

10.0 LAMPIRAN