majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · fungsinya dipersekitaran dan pemilihan dahan yang...

19
MANUAL MPK BIL : 118 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL: PENYELENGGARAAN POKOK PERSENDIRIAN

Upload: vanthu

Post on 06-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MANUAL MPK BIL : 118 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL:

PENYELENGGARAAN POKOK

PERSENDIRIAN

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5-11

3.0 DEFINISI 11-15

4.0 CARTA BAHAGIAN 15

5.0 SUMBER KUASA 16

6.0 SKOP KERJA 16-17

7.0 PROSES KERJA 18

8.0 CARTA ALIR 19

9.0 PENUTUP 19

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum

tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Tujuan tatacara ini adalah menerangkan dengan lebih lanjut tentang

aliran kerja, permohonan serta caj bayaran yang dikenakan bagi kerja-

kerja penyelenggaraan pokok persendirian. Secara tidak langsung

pihak berkaitan seperti penduduk awam memahami prosedur yan telah

ditetapkan oleh jabatan.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Ehsan Mukri

Setiausaha MPK

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Assalamualaikum wbt.

Alhamdullilah,syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi

restunya sehingga terhasilnya Manual ini. Secara dasarnya

landskap dapat dinikmati oleh semua melalui pandangan

(view), sentuh (touch), rasa (feel), bau (smell) dan

pengalaman (experience). Memetik kata-kata Kevin Lynch

pengarang buku “The Image of The City”, landskap

bandar (urban landscape) mempunyai peranan yang

banyak dan di antaranya ialah sesuatu yang dapat dilihat, yang akan diingati

dan yang mewujudkan suasana persekitaran yang menggembirakan. Justeru

melalui pembangunan landskap, ruang dapat dihasilkan dan ruang pula akan

menghasilkan pengalaman. Pengalaman inilah yang akan dirasai oleh

masyarakat apabila sesebuah landskap yang menarik dan bersesuaian di

hasilkan di sesebuah kawasan perbandaran. Namun begitu sesungguhnya

menguruskan aspek pelandskapan iaitu dari aspek penyelenggaraan dan

pembangunan di kawasan perbandaran kini adalah merupakan adalah satu

tugas yang mencabar. Oleh yang demikian untuk menghasilkan suatu

persekitaran yang menarik semua kakitangan yang terlibat perlu komited dan

sentiasa mengisi diri dengan ilmu pengetahuan yang terbaru berkaitan

landskap di samping bekerja dengan penuh komited, minat dan semangat.

Manual yang dihasilkan ini adalah merupakan dokumen mengenai kerja-kerja

rutin yang dilakukan oleh setiap unit di dalam Jabatan Taman dan Rekreasi.

Penghasilan Manual ini adalah merupakan satu usaha penambahbaikan

dalam bidang tugas masing-masing supaya dapat memberi hasil kerja dan

penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan

MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. Ia juga kearah untuk

mewujudkan persekitaran landskap Bandaraya Mampan Warisan Diraja.

Ucapan terimakasih kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan

Ehsan Mukri di atas sokongan,dorongan,sumbangan idea dan motivasi

kepada kami di Jabatan Taman dan Rekreasi di dalam menghasilkan Manual

ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan jabatan yang sama-

sama menghasilkan manual ini.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai strategi pelaksanaan untuk meningkatkan kualiti

penyelenggaraan landskap Bandar Klang.

1.3 Untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang aliran kerja, permohonan serta caj bayaran yang dikenakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan pokok persendirian.

1.4 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.

2.0 LATAR BELAKANG

Pihak jabatan kerap menerima permohonan untuk memangkas dan menebang pokok-pokok persendirian melalui Ahli Majlis dan orang awam itu sendiri. Terdapat juga permohonan daripada pemilik-pemilik kawasan dan tanah persendirian seperti di dalam kawasan bangunan dan kilang serta di dalam kawasan sekolah. 2.1 TUJUAN PEMANGKASAN

Pokok terdiri dari pelbagai spesis, peringkat umur,saiz dan status

kesuburan. Ianya pula tumbuh pada persekitaran yang sama atau

berlainan. Kepelbagaian sepsis dan persekitaran member cabaran

dalam aktiviti penyelenggaraan pokok yang berkesan terutamanya dari

aspek pemangkasan. Bagi memastikan pemangkasan yang dilakukan

bersesuaian dengan jenis spesis dan sifat pertumbuhan bagi setiap

pokok; adalah penting untuk memahami dengan jelas keperluan dan

objektif pemangkasan dilakukan.

Pada umumnya, tiada bahagian pokok yang boleh dipangkas tanpa

sebarang sebab dan tujuan yang jelas. Berikut adalah tujuan

pemangkasan:

Mengurangkan risiko kegagalan pokok

Memberi laluan atau ruang

Mengurangkan rintangan angin

Mempertingkatkan visual

Mengawal jangkitan penyakit

Mempertingkatkan nilai estetik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 6

Mengekalkan kesuburan

Meningkatkan penerimaan cahaya matahari di bahagian bawah pokok.

Melakukan pemangkasan berdasarkan tujuan di atas dan pemilhan

jenis pemangkasan yang sesuai akan dapat mencapai hasil

pemangkasan yang dikehendaki.

Membuat pilihan dahan yang betul bagi mencapai sesuatu tujuan

pemangkasan adalah sama penting dengan menggunapakai teknik

pemotongan yang betul. Sebaliknya jika cara pemotongan yang betul

dilakukan tetapi tersalah memilih dahan atau pembuangan bahagian

pokok secara melampau, dikhuatiri ianya akan menyebabkan

kerosakan kepada pokok.

2.2 Pertimbangan sebelum pemangkasan

Suatu pemerikasaan dan penilaian keatas pokok yang terlibat

hendaklah dilakukan sebelum sebarang aktiviti pemangkasan

dilakukan. Penilaian hendaklah meliputi struktur, sifat pertumbuhan,

kestabilan pokok, gangguan persekitaran, tahap kesuburan pokok,

fungsinya dipersekitaran dan pemilihan dahan yang perlu dibuang.

Semasa membuat penilaian, pemeriksaan hendaklah dilakukan di

sekeliling pokok dari semua sudut pandangan agar penilaian yang

komprehensif dari aspek intergriti struktur dan estetika pokok dapat

dilakukan.

Analisis dari maklumat pemeriksaan hendaklah digunakan bagi

memutuskan keperluan dan jenis pemangkasan yang sesuai. Walau

bagaimanapun pemeriksaan yang lebih teliti dari segenap sudut

hendaklah dibuat di lapangan sebelum keputusan diambil untuk

melakukan aktiviti pemangkasan bagi pokok-pokok dalam kategori

berikut:

Pokok terlalu tua;

Pokok yang sedang merosot kesuburannya;

Pokok mengalami kecederaan kulit batang yang teruk;

Pokok yang baru diubahtanam

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 7

2.3 JENIS-JENIS PEMANGKASAN

a. Pemangkasan Pokok Muda

Pemangkasan yang dijalankan ke atas pokok muda adalah bertujunan

untuk membentuk struktur yang baik yang akhirnya mempunyai integriti

struktur dan nilai estetika yang tinggi apabila pokok matang.

Ciri-ciri pokok matang yang baik adalah seperti berikut

Mempunyai silara yang bersimetri

Mempunyai sistem dahan yang teragih secara sekata jaraknya

dengan kedudukan pilin

Batang mempunyai bentuk menirus dari pangkal ke pucuk

Mempunyai nisbah silara kepada ketinggian pokok pada 2:3

Pemangkasan pokok muda perlu dilakukan seperti berikut:

Membuang dahan mati berpenyakit

Membuang salah satu pucuk atau dahan utama bagi

memastikan hanya satu sahaja yang tertinggal (tiada batang

kodominan)

Membuang dahan yang tumbuh ke arah dalam silara dan dahan

yang bergesel antara satu sama lain

Memilih dan menetapkan dahan utama

Jika tidak perlu dibuang pada peringkat awal, dahan bawah

perlu dikekalkan untuk sementara waktu (beberapa tahun

selepas menanam) bagi menguat dan membentuk menirus

pada batang pokok.

b. Pemangkasan Pembersihan (prune to clean)

Pemangkasan jenis ini bertujuan untuk membuang dahan-dahan

berisiko bagi mengurangi bahaya akibat kegagalan dahan dan

menghadkan pergerakan agen pereputan. Dengan melakukan

pembersihan silara, pokok akan menjadikan lebih kemas, cantik dan

mempunyai nilai estetik tinggi.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 8

Bahagian pokok yang dibuang termasuklah:

Dahan mati dan berpenyakit

Dahan yang lemah

Tunas air dan sulur akar

Dahan yang tumbuh kearah dalam silara

Dahan yang patah tetapi masih tergantung

Dahan yang bersilang dan bergesel di antara satu sama lain

Dahan yang bersaing dengan batang utama

Dahan yang terlalu rapat dengan batang dengan kulit rangkum

c. Pemangkasan Penjarangan (prune to thin)

Ia bertujuan mengurangkan kepadatan silara. Pemangkasan

penjarangan yang sempurna akan menghasilkan kepadatan dahan dan

dedaun yang seragam pada keseluruhan silara selain dari mewujudkan

kedudukan dahan yang sekata jaraknya. Ia membolehkan lebih banyak

cahaya melepasi silara, mengurangkan beban berat dahan dan

dedaun.

Pemangkasan pejarangan melibatkan:

Pemangkasan terpilih dahn kecil yang hidup dan tumbuh di

bahagian dalam atau di bahagian tepi luar sil;ara

Penjarangan silara juga boleh merangkumi pembuangan dahn mati,

berpenyakit, bersilang, dahan yang padat dan mempunyai pautan

yang lemah.

d. Pemangkasan Menyingkap (prune to raise)

Pemangkasan ini bertujuan mewujudkan bahagian bawah pada batang

bersih dari dahan yang menggangu bangunan, pejalan kaki, kenderaan

atau menghalang pandangan.

Pemangkasan jenis ini melibatkan :

Pembungan dahan di bahagian bawah pokok sehingga

ketinggian tertentu dari permukaan tanah(contohnya 3.0 m)

Pemangkasan ini hendaklah tidak melebihi 1/4 -1/3 dari

ketinggian pokok

Dahan yang melebihi 1/3 dari diameter batang tidak digalakkan

dibuang kerana akan menyebabkan luka yang besar.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 9

Pemangkasan menyingkap pada pokok muda perlu dilakukan dengan

berhati-hati. Pokok muda memerlukan dahan sementara dikekalkan

pada batang pokok bagi membentuk batang pokok yang menirus dan

mengelakkan kesan lecur cahaya matahari. Beberapa dahan yang

tidak subur, dipilih sebagai dahan sementara pada kedudukan diantara

10 hingga 15 sm diantara satu sama lain.

Menyingkap silara tidak perlu dilakukan setiap tahun. Ianya dilakukan

bila perlu sahaja. Ini akan dapat mengelak pokok dari kehilangan silara

pokok yang melampau dan pokok menjadi lampai.

e. Pemangkasan Merendah (reduction prunning)

Pemangkasan jenis ini bertujuan memendekkan dahan dan

merendahkan pokok. Ia bertujuan mengawal dan mengurangi

gangguan dahan ke atas bangunan berhampiran, talian utiliti atau lain-

lain struktur atau mengurangi kemungkinan kegagalan pokok akibat

terlalu tinggi dan dahan yang rimbun dengan dedaun yang berat.

Secara amnya, keseluruhan bahagian atas pokok direndahkan dengan

Memotong batang pada ketinggina yang dikehendaki atau dahan

pada panjang yang diperlukan.

Memotong batang atau dahan berhampiran dengan dahan sisi yang

hendak dikekalkan dan boleh menjadi dahan utama.

Dahan yang dikekalkan di tempat permotongan hendaklah bersaiz

tidak kurang dari 1/3 hingga 1/2 diameterbatang atau dahan yang

dipotong.

f. Pemangkasan membaik pulih (restoration prunnning)

Pemangkasan ini dilakukan pada pokok yang mengalami kerosakkan

akibat pemangkasan yang salah atau pemagkasan yang dilakukan

secara berlebihan, pokok yang rosak disebabkan oleh reput, pokok tua

yang telah lama atau pokok yang tidak pernah dipangkas dan

mempunyai banyak dahan dan ranting mati.

Tujuan pemangkasan ini adalah untuk membaiki struktur silara dan

memberikan rupabentuk yang lebih baik. Ia melibatkan pemangkasan

sulur akar atau tunas air, tunggu dahan serta dahan dan ranting yang

mati. Memulihkan pokok tua melalui pemangkasan jenis ini

memerlukan jangka masa beberapa tahun dan beberapa kali kerja

pemangkasan.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 10

g. Pemangkasan palma

Memangkas pokok palma bertujuan membuang pelepah daun tua dan

berpenyakit serta berklorotik. Pelepah yang sihat perlu dibiarkan pada

pokok dan tidak seharunya dipangkas. Sebagai panduan, pelepah

yang berkedudukan berjuntai pada sudut yang melebihi 45 darjah

sahaj yang sesuai untuk dibuang.

2.4 AMALAN PEMANGKASAN YANG SALAH DAN TIDAK

BOLEH DITERIMA

Teknik pemangkasan

a) Melakukan keratan yang menyebabkan kulit pokok tersiat.

b) Membuang dahan secara berlebihan atau beberapa dahan

sekaligus dalam satu operasi terutama yang melibatkan dahan

besar bersaiz lebih daripada 10cm diameter.

c) Memangkas dengan membuang lebih daripada 2/3 silara.

d) Memangkas dahan yang hidup seperti menjalankan kerja

menyingkap atau merendahkan silara tetapi tidak membuang

dahan mati dan tunggul dahan yang sedia ada.

e) Melakukan pangkasan atas (topping)

Tunas yang banyak tumbuh disekeliling batang atau di tempat

pemotongan akan menyebabkan pautan yang lemah

terutama bila berlaku pereputan di tempat permotongan.

Keadaan ini akan menyebabkan dahan tersebut menjadi

mudah sekah, patah dan menjadi berbahaya.

Walaupun pada awalnya ia dapat merendahkan pokok,

namun pokok akan bertunas semula dengan membentuk

dahan yang lebih banyak dan dedaun yang lebat serta lebih

panjang dari biasa.

Ia menyebabkan hujung batang pokok reput, pokok

kehilangan integriti struktur dan kehilangan bantuk asal

pokok.

Pemangkasan atas boleh menyebabkan pokok mati akibat

kehilangan 100% dedaunya. Kegagalan dan ketidakmampuan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 11

untuk tumbuh semula menyebabkan pokok yang dipangkas

atas mempunyai kurang daya tahan dan mudah terkena

serangan penyakit dan serangga perosak atau akan

menyebabkan kematian.

Pangkasan atas menyebabkan batang pokok yang biasanya

terlindung dari panas terik matahari menjadi kering, merekah

dan pokok akan terdedah kepada cerana batang dan

berkemungkinan pokok akan mati.

Pangkasan atas menyebabkan kos pengurusan pokok

menjadi mahal kerana memerlukan pemangkasan berulang.

Sampah hasil pangkasan adalah banyak dan menambah kos.

f) Melakukan potongan dahan yang rapat ke batang atau dikenali

sebagai potongan sedatar. Potongan seperti ini akan

mengakibatkan luka yang besar dan juga membuang bahagian

tisu kolar dahan yang dapat membantu mempertahankan pokok

dari mengalami pereputan dan menutup luka melalui

pertumbuhan kalus.

g) Menyapu cat atau salap atau pembersih luka pada bekas

potongan. Kajian saintifik telah membuktikan penggunaan

bahan seperti cat atau bahan rawatan luka yang disapu pada

luka selepas memangkas dahan tidak menghalang pereputan

atau membunuh organisma agen pereputan.

h) Menggunakan peralatan yang tidak menghasilkan keratan yang

kemas dan rata seperti menggunakan parang dan kapak.

3.0 DEFINISI

Pokok persendirian Pokok persendirian adalah pokok-pokok yang tidak ditanam oleh MPK

seperti pokok kelapa, mangga, rambutan dan pokok-pokok hiasan lain. Pokok-pokok yang berada di dalam premis individu, perkarangan kilang, sekolah, tanah persendirian adalah diluar kawasan tanggungjawab Majlis.

Kolar dahan (Branch collar)

Bermaksud tisu dahan dan batang yang membentuk bonggolan pada

pangkal dahan. Bonggolan ini mengandungi tisu meristem dan bahan

kimia yang berfungsi sebagai pertahanan kepada pokok.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 12

Pemangkasan sasaran semulajadi (Natural Target Pruning)

Bermaksud potongan tiga keratan (3-cuts method) atau ‘jump-cut’

keatas dahan yang bersaiz besar dan berat bertujuan mengelakkan

berlakunya kulit pokok terkoyak.

Potongan akhir

Bermaksud merupakan keratan akhir dalam proses merendah atau

membuang dahan dan batang.

Rabung dahan (Branch Bark Ridge)

Bermaksud kulit pokok samada lurah atau berbonggol pada bahagian

pangkal dahan yang bertemu dengan batang pokok.

Tinggi batang bersih

Bermaksud diukur dari aras tanah sehingga ke pangkal ranting dahan

utama.

Tinggi Keseluruhan

Bermaksud diukur dari aras tanah sehingga ke cabang/pucuk teratas

pokok.

Tunas air (Sprout)

Bermaksud tunas termasuk tunas epikomik yang tumbuh menegak

daripada batang dan dahan yang terletak diatas daripada paras tanah.

Tunas epikomik (Epicormic Shoot)

Bermaksud tunas yang dihasilkan oleh mata tunas yang dorman di

dalam bahagian kulit atau batang akibat tekanan persekitaran (stress),

pangkasan atas atau penambahan cahaya matahari.

Batang kodominan (Codominant stem)

Bermaksud dua batang yang sama saiz terbentuk pada posisi yang

sama dari batang utama. Bila rabung dahan menghala keatas,

cantuman atau pautan dahan ini adalah kuat. Sebaliknya jika garisan

berbentuk lurah dan menghala ke bawah ia menandakan pautan

dahan yang lemah.

Keratan akhir (Final cut)

Bermaksud juga merujuk kepada keratan sasaran. Ianya adalah

keratin akhir dalam proses merendah atau membuang dahan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 13

batang. Tujuan keratan akhir ini adalah untuk mengurangkan risiko

jangkitan mikro organism berdasarkan prinsip kompatmentalisasi dan

untuk menggalakkan penutupan luka yang baik.

Pemangkasan penjarangan (Pruning to thin)

Bermaksud membuang dahan secara memilih untuk meningkatkan

tembusan cahaya matahari dan pergerakan angin. Saiz keseluruhan

kanopi masih ada.

Pemangkasan menyingkap (Pruning to raise)

Bermaksud memangkas dengan tujuan membuang dahan-dahan

bawah.

Patogen (Pathogen)

Bermaksud organisma yang menyebabkan penyakit.

Pemangkasan membaikpulih (Restoration pruning)

Bermaksud membaikpulih struktur, bentuk dan rupa bentuk pokok yang

telah dipangkas atas (topping) atau rosak akibat vandalism, dipanah

petir dan lain-lain.

Pemangkasan pokok muda (Pruning of young trees)

Bermaksud memilih dahan yang perlu dikekalkan untuk membentuk

struktur pokok muda bagi mendapatkan tumbesaran pokok yang sihat,

cantik dan selamat.

Pokok ameniti

Bermaksud tumbuhan yang ditanam di sesuatu kawasan atau tempat

dengan tujuan memberi atau menyediakan kemudahan perlindungan

atau keselesaan kepada manusia dari segi visual, fisikal mahupun

psikologi.

Silara

Bermaksud bahagian pokok yang bermula daripada batang yang mula

tumbuh dengan dahan-dahan dan dedaun.

Reput

Bermaksud kemerosotan dan penurunan kandungan lignin tisu

tumbuhan, termasuk kayu disebabkan oleh pathogen atau mikro

organisma.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 14

Dahan sekunder

Bermaksud dahan yang terhasil daripada dahan utama.

Dahan sisi

Bermaksud dahan yang terhasil daripada dahan sekunder.

Dahan tergantung

Bermaksud dahan yang patah atau tersangkut pada silara.

Dahan utama (Scaffold branch)

Bermaksud dahan yang terhasil daripada batang.

Mencantas (pollard)

Bermaksud membuang dan memotong bahagian dahan atau pucuk

atau pelepah atau batang pokok bagi sesuatu pokok utama atau pokok

renek atau pokok palma dan seumpamanya bagi tujuan kemasan /

keselamatan / indah dan seumpamanya mengikut seperti yang

diarahkan Pegawai Penguasa atau wakil.

Menebang

Bermaksud memotong, mengerat dan membuang pokok yang

ditentukan dahulu untuk ditebang. Pemotongan pokok ini meliputi dari

aras pemotongan yang dinyatakan sehingga hujung daun pokok

tersebut. Setelah kerja pemotongan dilakukan, pembersihan dan

pembuangan seperti yang dinyatakan perlu di ikuti.

Batang

Struktur berkayu yang menyokong dahan atau bahagaian silara pokok.

Bentuk menirus (Taper)

Perubahan diameter secara perlahan di sepanjang bahagian batang,

dahan dan akar dari besar ke kecil.

Cerana batang (Stem canker)

Bahagian yang berpenyakit pada tempat tertentu di batang, dahan dan

akar selalunya terperosok ke dalam tidak berkulit dan berubah warna

asal disebabkan oleh luka dan serangan patogen.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 15

Ekor singa (Lion’s tailing)

Pemangkasan melampau sehingga meninggalkan hanya sedikit silara

di pucuk pokok atau pada hujung dahan.

Kulit pokok

Tisu di luar vaskular kambium

Pokok

Tumbuhan perenial berkayu, berbatang dan membentuk percabangan

dahan atau pelepah pada suatu jarak dari aras tanah.

Sulur akar

Tunas yang keluar daripada bahagian akar

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT 4.1 Pelaksanaan manual ini dipantau dan dilaksana Oleh Unit

Penyelenggaraan Pokok Jabatan Taman dan Rekreasi.

PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN

MOHD RASHID BIN MOHD SAAD (G27)

PEMBANTU PERTANIAN(K)

ABD. KADIR BIN NGADINAN (G22)

PEMBANTU TADBIR (OP)

PARAMASIVAM A/L MUNIANDY (N 17)

PEMBANTU TADBIR (OP)

HJ. SUNARI BIN JALILANI (N11)

6 PKB (R3) dan 8 PRA (R1)

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 16

5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:

i. Manual Pemangkasan Pokok Ameniti, Jabatan Landskap

Negara.

ii. Buku Piawaian Produktiviti Penyelenggaraan Landskap, Jabatan Landskap Negara.

iii. Perintah Pemeliharaan Pokok (Akta 172)

iv. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

v. Akta Kerajaan Tempatan 1976

6.0 SKOP KERJA

6.1 Skop yang terlibat didalam kerja-kerja penyelenggaraan pokok iaitu memangkas dan menebang, membuang tunggul dan membersih pokok tumbang.

6.2 Tatacara pengiraan cadangan caj ini adalah merujuk kepada Buku Piawaian Produktiviti Penyelenggaraan Landskap yang diterbitkan oleh Jabatan Landskap Negara.

6.3 Caj-caj ini adalah berdasarkan:-

Kawasan yang terlibat samada kawasan lapang, depan premis, pinggir jalan, cerun bukit dan lain-lain.

Ketinggian pokok yang terlibat.

Penggunaan jentera atau mesin yang terlibat seperti skylift, lori, chainsaw dan lain-lain yang berkaitan.

Bilangan pekerja yang diperlukan.

6.4 Harga yang ditetapkan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 17

Kerja Pangkasan :

Ketinggian pokok Harga

1. Ketinggian potongan terakhir 5m hingga 9m 140.00

2. Ketinggian potongan terakhir 9m hingga 12m 280.00

3. Ketinggian potongan terakhir 12m hingga 15m 420.00

4. Ketinggian potongan terakhir 15m hingga 17m 550.00

5. Ketinggian potongan terakhir 17m hingga 19m 620.00

6. Ketinggian potongan terakhir 19m hingga 20m 680.00

7. Ketinggian potongan terakhir 20m dan keatas 760.00

Kerja Menebang :

Menebang Pokok Yang Berukur

Lilit

Harga (RM)

1. Lebih 1.0m hingga 1.5m 270.0

2. Lebih 1.5m hingga 2.0m 540.00

3. Lebih 2.0m hingga 2.5m 800.00

4. Lebih 2.5m hingga 3.0m 1,050.00

5. Lebih 3.0m hingga 3.5m 1,350.00

6. Lebih 3.5m hingga 4.0m 1,600.00

7. Lebih 4.0m hingga 4.5m 1,890.00

8. Lebih 4.5m hingga 5.0 2,000.00

9. Lebih 5.0m dan keatas 2,400.0

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 18

7.0 PROSES KERJA

Bil. Perkara Tindakan

1. Permohonan Permohonan dari orang awam

2. Siasat Pegawai yang bertanggungjawab menyiasat:

Jika benar akan dimajukan ke peringkat

seterusnya.

Jika tidak benar akan diberikan surat

maklum balas kepada pemohon.

3. Spesifikasi kerja Pokok yang terlibat dinilai mengikut spesifikasi

yang telah ditetapkan oleh Jabatan Landskap

Negara

4. Laporan teknikal Laporan ketinggian pokok, ukur lilit pokok

digunakan untuk menentukan harga yang

bersesuaian

5. Sebutharga jabatan Harga dikeluarkan oleh jabatan setelah pokok

yang hendak ditebang dinilai

6. Pemohon Sebutharga tersebut diserahkan kepada

pemohon dan jika dipersetujui bayaran boleh

dilaksanakan

7. Bayar Pembayaran boleh dilaksanakan di kaunter

kewangan dan pemohon boleh mendapatkan

resit rasmi

8. Gerak kerja Kerja-kerja pemangkasan atau penebangan

dilaksanakan oleh pihak Majlis

9. Laporan kerja Laporan siap kerja di rekodkan untuk rujukan

pihak jabatan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 118 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyelenggaraan Pokok Persendirian 19

8.0 CARTA ALIR TIDAK BENAR BENAR

TIDAK SETUJU

SETUJU

SERAH RESIT

9.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya manual tatacara penyelenggaraan pokok persendirian ini dapat menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses dan permohonan serta gerak kerja dengan lebih jelas kepada penduduk awam di samping dapat meningkatkan sistem penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya.

PERMOHONAN

SIASAT

TIDAK PERLU LAKSANA UKUR/SPESIFIKASI

KERJA

LAPORAN TEKNIKAL

SEBUT HARGA JABATAN

BAYAR (KAUNTER

KEWANGAN)

PEMOHON

TINDAKAN

LAPORAN SIAP KERJA

BERI MAKLUMBALAS

SURAT