majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan...

13
MANUAL MPK BIL : 61 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL: URUSAN PENYEDIAAN MENDAPATKAN IZIN PENDAKWAAN (BUKAN TRAFIK)

Upload: others

Post on 15-Oct-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

MANUAL MPK BIL : 61 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL:

URUSAN PENYEDIAAN MENDAPATKAN

IZIN PENDAKWAAN

(BUKAN TRAFIK)

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN/ UNIT 6

5.0 SUMBER KUASA 7-8

6.0 SKOP KERJA

9-10

7.0 PROSES KERJA 9-10

8.0 CARTA ALIR 11

9.0 PENUTUP 12

10.0 LAMPIRAN 13

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan

status Bandaraya tersebut.

Manual ini disediakan bertujuan untuk mempermudahkan lagi izin

pendakwaan supaya ianya lebih kukuh dan effisien di dalam tindakan

pendakwaan. Oleh itu, penyediaan manual ini akan membantu MPK

dalam usaha pembaikan dari segi kelemahan dan kecacatan di dalam

urusan tindakan pendakwaan supaya ia dapat dilaksanakan dengan

cekap dan sempurna.Ini adalah kerana tujuan sesuatu pendakwaan

dibuat adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan bukan semata-

mata untuk mencapai kemenangan melalui sabitan sahaja.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan bin Mukri

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Dengan lafaz Bismillahhirahmanrrahim….. Assalamualaikum

w.r.t. dan salam perpaduan saya ucapkan. Terlebih dahulu

saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah dan kurnianya

penyediaan manual ini dapat direalisasikan dan Jabatan

Undang-Undang dapat menyiapkan manual kerja bagi Jabatan

Undang-Undang mengikut format dan bentuk yang lebih

tersusun dan sistematik.

Sebelum diteruskan dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan

terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang

yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan manual

ini.

Adalah diharapkan agar manual ini dapat membantu pegawai dan kakitangan di

dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya

menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar manual

ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan MPK seluruhnya. Akhir sekali

sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun:

“ Buah pelaga makan dihilir,

Di bawa orang dari hulu,

Sebarang kerja hendak digilir,

Supaya jangan mendapat malu”

Sekian, terima kasih.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013

1.2 Memudahkan rujukan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang.

1.3 Menyediakan langkah-langkah tindakan agar urusan memulakan tindakan pendakwaan teratur.

1.4 Menyelaras tindakan dengan lain-lain jabatan.

1.5 Memastikan setiap urusan memulakan tindakan pendakwaan adalah teratur dan mengikut perundangan yang tepat.

1.6 Memastikan bahawa setiap kompaun yang dikeluarkan diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah.

1.7 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.

1.8 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Kegagalan menjelaskan kompaun bagi notis peringatan untuk

tempoh 14 hari akan menyebabkan tindakan pendakwaan

mahkamah diambil keatas pesalah lalulintas .Setiap kes perlu

mendapatkan izin pendakwaan terlebih dahulu. Proses kerja

utama penyediaan izin pendakwaan melibatkan penyediaan,

penyemakkan dan pendaftaran. Bagi permohonan tersebut

perlu merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya. Setelah

permohonan selesai maka proses seterusnya akan

dilaksanakan seperti penyedian Kertas Pertuduhan dan Saman.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 6

3.0 DEFINISI

3.1 Penyediaan

Perbuatan atau hal menyediakan

3.2 Izin

Persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran dengan perkenan.

3.3 Pendakwaan

Perbuatan pendakwaan (pengemukaan) penyampaian sesuatu dakwaan (tuduhan)

3.4 Permohonan

apa-apa yg diminta; permintaan

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

EMYSHIMY RIZAL B NASARUDDIN

PEGAWAI UNDANG-UNDANG

TUN MOHD SYAHMI BIN ZAKARIA

PEN. PEGAWAI UNDANG

NOR HAFIZAH BTE MD MUSA

PEM.TADBIR (N17) TETAP

ROSE RAHAYU BTE MD IDRIS

PEM.TADBIR (N17) TETAP

MOHD AZIZAN BIN HAJI SALLEH

BAILIF (N12)TETAP

S.V VIJAYA SINGAM A/L VIJAYARATNAM

BAILIF (N11) TETAP

MOHD FAZLI BIN MASZUKI

PEM. TADBIR PEJABAT (N17) TETAP

FATIN NABILA BTE PAIZAN

PEM. TADBIR (N17) KONTRAK

INTAN WANNIZA BTE AB WAHAB

PEM.TADBIR (N17) TETAP

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 7

5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadirujukan jabatan bagi pelaksanaan manual

adalah seperti berikut:

Akta

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171);

ii. Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (AKTA 133);

iii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (AKTA 172;

iv. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (AKTA 336);

v. Akta Makanan 1983 (AKTA 281);

Kanun

i. Kanun Tanah Negara 1965 (AKTA 56/1965)

ii. Kanun Prosedur Jenayah (AKTA 593)

Enakmen

i. Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971

ii. Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995

iii. Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980

iv. Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan

(Am)(Selangor)2001

v. Kaedah-Kaedah Perintah Pemeliharaan Pokok 2001

Peraturan

i. Peraturan-Peraturan Dan tempat-Tempat Hiburan

(Permainan Snuker Dan Video) (Kawalan Dan

Penyeliaan) (Selangor) 1996

ii. Peraturan-Peraturan Dan tempat-Tempat Hiburan

(Selangor) 1996

Undang-Undang Kecil

i. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor)

1986

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 8

ii. Undang-Undang Kecil Peruntukan Mengenai Lesen

Bersesama (MPK) 1992

iii. Undang-Undang Kecil Kerja Di Jalan 1996

iv. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-

Kesalahan) (MPK) Kerajaan Tempatan 2005

v. Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-

Kesalahan) (MPK) Jalan, Parit Dan Bangunan 2005

vi. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta

Persendirian (MPK) 2005

vii. Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2005

viii. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPK) 2005

ix. Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPK) 2005

x. Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPK)

2007

xi. Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan

Kesihatan (MPK) 2007

xii. Undang-Undang Kecil Iklan (MPK) 2007

xiii. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPK) 2007

xiv. Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 2007

xv. Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan

(MPK) 2007

xvi. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan

Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007

xvii. Undang-Undang Kecil Hotel (MPK) 2007

xviii. Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 2007

xix. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan

Perindustrian (MPK) 2007

xx. Undang-Undang Kecil Pusat Siber Dan Kafe Siber (MPK)

2007

xxi. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah

Pembiakan Anjing (MPK) 2007

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 9

6.0 SKOP KERJA

6.1 Proses Penyediaan Izin Pendakwaan bermula selepas

Penyediaan Pengaduan Mahkamah dengan purata 30 kes

seminggu.Ini bergantung pada pemulangan semula Kertas

Pengaduan daripada Jabatan berkaitan untuk ditandatangani

olehpengadu.Sebanyak dua salinan izin pendakwaan dicetak

dan dikepilkan sekali bersama fail kes untuk semakan Pegawai

Pendakwa terlebih dahulu. Jika tiada sebarang kesalahan, izin

pendakwaan serta fail tersebut akan dihantar ke Timbalan

Pendakwaraya untuk proses mohon izin. Kemudian rekod tarikh

pemulangan Izin Pendakwaan pada kertas minit di setiap fail

yang disediakan. Setelah selesai, proses selanjutnya adalah

penyediaan kertas pertuduhan dan saman.

7.0 PROSES KERJA

7.1 Terima arahan daripada Pegawai Pendakwa untuk menyediakan

Izin Pendakwaan bagi Kertas Siasatan yang telah lengkap yg

dihantar oleh jabatan yg berkaitan.

7.2 Semak status bayaran Pengaduan Mahkamah dan Kertas

Siasatan. Sekiranya berbayar asingkan dan failkan di dalam Fail

Pengaduan Mahkamah Berbayar.

7.3 Merujuk kepada Pegawai Pendakwa untuk semakan.

7.4 Jika izin tidak teratur, Pegawai Pendakwa akan mengarahkan

untuk membuat pembetulan seperti yang diminitkan.

7.5 Jika izin yang teratur, sediakan surat iringan untuk mendapatkan

Izin Pendakwaan daripada Timbalan Pendakwaraya dan

dapatkan tandatangan Pegawai Pendakwa.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 10

7.6 Serahkan surat iringan, Izin Pendakwaan dan Kertas Siasatan

kepada Bailif untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwarayauntuk

minta izin.

7.7 Terima semula Izin Pendakwaan dan Kertas Siasatan daripada

Timbalan Pendakwaraya, merekodkan tarikh penerimaan pada

Fail Permohonan Izin Pendakwaan.

7.8 Serah Izin Pendakwaan dan Kertas Siasatan kepada Pegawai

Pendakwa untuk tindakan lanjut.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 11

8.0 CARTA ALIR

CARTA ALIRAN KERJA Penyediaan Izin Pendakwaan Daripada Timbalan Pendakwaraya (TPR)

Terima arahan.

Semak status bayaran PM.

Serahkan Buku Izin Pendakwaan dan

Kertas Siasatan kepada Bailif untuk

dirujuk kepada TPR

Terima semula Izin Pendakwaan dan Kertas

Siasatan daripada TPR, rekodkan tarikh

penerimaan Fail Permohonan Izin Pendakwaan.

Mula

Tamat

Rujuk kepada PP untuk semakan

Teratur?

Senaraikan kompaun di dalam Buku

Permohonan Izin Pendakakwaan ke TPR

untuk dapatkan Izin Pendakwaan

daripada TPR dan dapatkan tandatangan

pegawai.

Bayaran?

Sediakan Izin Pendakwaan ikut

peruntukan undang-undang.

Ya

Tidak

Asingkan dan failkan

dalam PM berbayar.

Tidak Ya

Buat pembetulan

semula seperti minit

PP.

Serah Izin Pendakwaan dan Kertas Siasatan

kepada PP untuk tindakan selanjutnya.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 12

9.0 PENUTUP

Manual ini disediakan adalah untuk rujukan oleh warga Jabatan Undang-

Undang khasnya dan warga Majlis Perbandaran Klang amnya. Manual ini

disediakan adalah bagi memperkemas dan menambahbaik tugasan

jabatan agar dapat menghasilkan kerja yang lebih efisyen dan berkesan

untuk kepentingan Majlis khususnya.

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 13

10.0 LAMPIRAN