majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat...

24
MANUAL MPK BIL : 75 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : GARIS PANDUAN KOMUNITI BERPAGAR (GATED COMMUNITY) & KOMUNITI BERPENGAWAL (GUARDED COMMUNITY) DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Upload: dinhnhu

Post on 24-Jun-2018

309 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

MANUAL MPK BIL : 75 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

GARIS PANDUAN KOMUNITI

BERPAGAR (GATED COMMUNITY)

& KOMUNITI BERPENGAWAL

(GUARDED COMMUNITY) DI KAWASAN

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i.

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii.

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN 8

5.0 SUMBER KUASA 9

6.0 SKOP KERJA 9

7.0 PROSES KERJA 11

8.0 JADUAL PIAWAIAN PEMBANGUNAN SECARA ‘GATED AND

GUARDED COMMUNITY’ (PEMBANGUNAN BARU) 13

9.0 JADUAL PIAWAIAN PEMBANGUNAN SECARA ‘GATED AND

GUARDED COMMUNITY’ (PEMBANGUNAN SEDIADA) 19

10.0 PENUTUP 24

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya

pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Keperluan untuk mendapatkan tahap keselamatan yang lebih baik

telah menarik penduduk, khususnya di kawasan bandar untuk

memilih skim-skim kediaman yang menawarkan sistem kawalan

keselamatan secara berpagar (gated) dan berpengawal (guarded).

Selain daripada skim-skim kediaman berbilang tingkat (high-rise)

berhakmilik strata, pembangunan hartanah kediaman bertanah

(landed property) yang memperkenalkan konsep `gated and guarded

community’ turut dan mula menjadi pilihan dan tarikan penduduk.

Memandangkan pertumbuhan skim `gated community’ dan `guarded

neighbourhood’ terus berleluasa. Oleh itu penggubalan satu garis

panduan perancangan sebagai langkah dalam membantu proses

pertimbangan permohonan skim ‘Gated and Guarded’ oleh PBT.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu menggalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan Bin Mukri

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya

Manual Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated

Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded

Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang ini

telah dapat diterbitkan. Ucapan syabas juga kepada semua yang

terlibat dalam menyumbang idea-idea dalam menghasilkan Manual

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti

Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran

Klang bagi Edisi Pertama ini. Buku " Manual Garis Panduan Komuniti

Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded

Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang " merupakan garis

panduan edisi pertama yang diterbitkan bagi memantapkan lagi

pelaksanaan ‘Gated and Guarded Community’ di kawasan Majlis

Perbandaran Klang. Tujuan garis panduan ini diterbitkan adalah untuk

memberi panduan kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga

Klang. Manual Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada peraturan

dan undang-undang serta pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang

digunakan sebagai rujukan.

Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

penghasilan Manual Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated

Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di

Kawasan Majlis Perbandaran Klang edisi pertama. Adalah diharapkan

agar apa yang dirancang akan menepati matlamat penghasilan buku

ini.

Wassalam.

En. Zailani Bin Panot

Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,

Majlis Perbandaran Klang.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga

Klang.

1.3 Menyelaraskan pemakaian garispanduan komuniti berpagar dan

berpengawal di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

1.4 Memudahkan pelaksanaan semasa proses semakan pelan.

1.5 Mewujudkan satu garis panduan komuniti berpengawal dan

berpagar yang sesuai dengan isu dan masalah setempat.

2.0 LATAR BELAKANG

Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis

Perbandaran Klang untuk mengawal dan menentukan arah

pembangunan dengan lebih terkawal, sistematik dan terancang.

Permintaan ke atas permohonan ‘Gated and Guarded’, semakin

mendapat sambutan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

Selain itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang

mempunyai rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan

Majlis Perbandaran Klang sendiri. Bagi melaksanakan permohonan

‘Gated and Guarded’ ini, garispanduan ini mengandungi perkara-

perkara utama seperti tujuan, definisi, sumber kuasa, skop kerja,

proses kerja serta jadual piawaian garis panduan ‘Gated and Guarded

Community’ bagi pembangunan baru dan sediaada.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

6

3.0 DEFINISI 3.1 Pendahuluan

‘Gated and Guarded Community’ (GC) boleh didefinisikan

sebagai suatu kumpulan penduduk atau komuniti yang tinggal

dalam kawasan berpagar dan berpengawal sama ada dalam

kawasan bangunan kediaman berbilang tingkat (high-rise

property) seperti pangsapuri, kondominium dan ‘town-house’

atau di kawasan kediaman bertanah (landed property) seperti

banglo, teres dan rumah berkembar atau kedua- duanya sekali

sebagaimana yang didefinisikan di bawah Akta Hakmilik Strata

1985 (Akta 318).

3.2 Permohonan Pembangunan Secara ‘GC’

Cadangan membangunkan skim GC perlu ditentukan di dalam

pelan susunatur pembangunan kediaman berskala besar dan

tertakluk kepada kelulusan kebenaran merancang oleh Majlis

Perbandaran Klang. Permohonan secara ’GC’ perlulah bermula

daripada cadangan skim kawasan pembangunan

baru.Permohonan perlulah dibuat di bawah Seksyen 6 (1A),

Akta 318 dan dinyatakan dengan jelas di dalam tajuk

permohonan. Cadangan pembangunan skim ‘gated community’

perlu ditandakan di dalam pelan susunatur pembangunan.

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

7

3.3 Piawaian garis Panduan Pembangunan Secara ‘Gated and

Guarded Community’

*Setiap komponen terperinci pembangunan ‘GC’ akan

diperincikan dalam Jadual 1.0 bagi Garis Panduan

Pembangunan Secara Gated Community.

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG

TIMBALAN PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA

PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA (KLANG UTARA)

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA (KLANG SELATAN)

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU

TADBIR

PEMBANTU

PENGUATKUASA

PEMBANTU AM

PEJABAT

PEMBANTU AM

PEJABAT

KETUA BAHAGIAN

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual

adalah seperti berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

iii. Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133)

iv. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

v. Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)

vi. Perkeliling / Arah daripada Yang DiPertua/Setiausaha

6.0 SKOP KERJA

6.1 Pengarah Perancang Bandar

Menerima permohonan di peringkat Jabatan serta mengesahkan

surat yang diterima. Pengarah Perancang Bandar memantau

surat-surat yang diterima dan menyemak surat jawapan. Selain itu,

menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang

berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir

menguruskan surat jawapan keluar. Pengarah Perancang Bandar

akan menjalankan lawatan tapak sekiranya perlu.

6.2 Pegawai Perancang Bandar

Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain

berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar

akan menjalankan lawatan tapak sekiranya perlu dan menyemak

ulasan yang disediakan oleh Penolong Pegawai Perancang

Bandar. Selain itu, memberi maklumbalas kepada surat-surat

yang diterima daripada orang awam dan menyediakan kertas

kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan.

6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar

Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain

yang berkaitan dengan pemajuan tanah. Penolong Pegawai

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

10

Perancang Bandar juga memberi maklumbalas kepada surat-

surat yang di terima daripada orang awam. Penolong Pegawai

Perancang Bandar juga akan menjalankan lawatan tapak dan

menyediakan laporan tapak berdasarkan maklumat gunatanah

sediada dan maklumat yang diperolehi. Selain itu, menyediakan

kertas kerja atau keputusan minit mesyuarat yang berkaitan.

Penolong Pegawai Perancang Bandar juga mengumpul, menyelia

maklumat serta data, menyediakan laporan dan ulasan teknikal

ke atas sesuatu permohonan bagi surat-surat permohonan.

6.4 Juruteknik Perancang Bandar

Menjalankan lawatan tapak dan menyediakan laporan tapak

berdasarkan maklumat gunatanah sediada dan maklumat arahan

pegawai. Juruteknik Perancang Bandar juga melukis Pelan

Pertapakan dan sebagainya mengikut arah pegawai.

6.5 Pembantu Tadbir

Menaip kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Mesyuarat

Teknikal Pembangunan dan Mesyuarat berkaitan. Selain itu,

menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk

bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak,

panggilan mesyuarat, maklumbalas dan sebagainya.

6.6 Pembantu Penguatkuasa

Membantu Pengarah/Pegawai/Penolong Pegawai/Juruteknik

ketika siasatan/lawatan tapak dibuat. Membantu mengenalpasti

tapak-tapak tanpa permohonan kebenaran merancang. Selain itu,

membantu mengedarkan notis penduduk berjiran.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

11

7.0 PROSES KERJA Carta alir proses kerja permohonan komuniti berpagar dan komuniti

berpengawal di kawasan Majlis Perbandaran Klang seperti berikut:-

TIDAK

LENGKAP

LULUS/LULUS BERSYARAT

PEMOHON

LAWATAN TAPAK DAN LAPORAN

JABATAN

TEKNIKAL

TERIMA LENGKAP

SURAT

ULASAN/SOKONGAN

JABATAN TEKNIKAL

DARI OSC

PEMOHON MENGEMUKAKAN

PERMOHONAN KM DI OSC

SEMAK PERMOHONAN DI OSC

LENGKAP PEMOHON

TERIMA PERMOHONAN

DARIPADA OSC

SEDIAKAN KERTAS KERJA

MESYUARAT JAWATANKUASA

OSC

MESYUARAT JAWATANKUASA

OSC

KELUAR SURAT MAKLUMAN

KEPUTUSAN KEPADA

PEMOHON

KEPUTUSAN

TERIMA DOKUMEN UNTUK

TUJUAN PENGESAHAN

SEDIAKAN SURAT IRINGAN

BORANG C(1) DAN COP LULUS

PELAN

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

12

7.1 Penerimaan Permohonan

Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter OSC. Semak

permohonan samada lengkap atau tidak lengkap. Jika tidak lengkap

permohonan dikembalikan dan nyatakan sebab-sebab permohonan di

tolak.

Terima permohonan berserta ulasan Jabatan Teknikal daripada pihak

OSC. Jika lengkap dapatkan no. fail sediada atau buka fail baru jika

belum ada rekod berhubung tanah tersebut.

7.2 Membuat Lawatan Tapak

Membuat lawatan dan laporan tapak. Menyediakan ulasan berdasarkan

maklumat sediada atau laporan tapak.

7.3 Penyediaan Kertas Kerja

Menyediakan kertas kerja mesyuarat Jawatankuasa OSC dan

kemukakan kepada Pengarah Perancang Bandar untuk semakan.

Permohonan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa OSC.

7.4 Keputusan Mesyuarat

Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon. Pemohon akan

mengemukakan dokumen untuk tujuan pengesahan.

7.5 Kelulusan

Surat iringan Borang C(1) dan cop lulus pelan dan diserahkan kepada

pemohon.

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

13

8.0 PIAWAIAN PEMBANGUNAN BARU ‘GATED AND GUARDED COMMUNITY’

GC-1 PIAWAIAN PEMBANGUNAN SECARA

‘GATED AND GUARDED

COMMUNITY’

JADUAL 1.0 : PEMBANGUNAN BARU

KOMPONEN PIAWAIAN GARIS PANDUAN “GATED AND GUARDED

COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG.

Saiz

Pembangunan

i) Bagi semua jenis perumahan.

Keluasan : 3 ekar (min) – 20 ekar (mak)

* Lain-lain pembangunan adalah tertakluk mana-mana yang

lebih tinggi dan bergantung kepada pertimbangan MPK.

Densiti /

Kepadatan

i) Kepadatan mengikut Rancangan Tempatan Klang atau

Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan

Negeri Selangor terkini atau tertakluk pada

pertimbangan Majlis.

Perancangan

Tapak

i) Perancangan tapak hendaklah mengikut garis

panduan dan piawaian dari JPBD Semenanjung

Malaysia.

ii) Pemilihan tapak perlu bersesuai dan mematuhi dasar,

zon perancangan dan garis panduan pembangunan

perumahan yang ditetapkan di dalam Rancangan

Tempatan.

iii) GC tidak dibenarkan di kawasan yang terdapat sungai

atau saliran semulajadi.

iv) Lokasi tapak di lapisan kedua dan kenderaan lain perlu

melalui kawasan/komuniti ini untuk ke kawasan lain

adalah tidak di benarkan.

KOMPONEN PIAWAIAN GARISPANDUAN “GATED ANG GUARDED

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

14

COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Lokasi

Pembangunan

Justifikasi

i) Tiada lokasi khusus untuk GC samada di kawasan

bandar atau luar bandar.

ii) Bergantung pada permohonan dan pertimbangan

Majlis.

Sistem Hieraki

Jalan & Laluan

Keluar Masuk

i) Hieraki jalan merujuk Garis Panduan JPBD Selangor

terkini dan ulasan Jabatan Teknikal

ii) Rangkaian jalan perlu menekankan aspek

keselamatan, kecekapan aliran trafik dan keindahan.

iii) Perancangan pembangunan GC perlu memastikan

laluan keluar masuk ke kawasan lot lapisan kedua

tidak terhalang.

iv) Sekurang-kurangnya 2 laluan keluar masuk disediakan

bagi memenuhi keperluan masa kecemasan mengikut

keperluan bomba dan lain-lain.

v) GC digalakkan untuk menyediakan laluan keluar

masuk iaitu bagi penduduk dan bagi pelawat dan lebar

minima jalan masuk utama ke skim GC adalah 66 kaki

(20 Meter) – mengambilkira bahu jalan, setback (1m)

dan perlu memasukkan gambarajah. *(rujuk Jabatan

Kejuruteraan)

vi) Menyediakan ruang tempat letak kereta menunggu

(layby) untuk keperluan pelawat.

vii) Rekabentuk laluan keluar masuk perlu mempunyai ciri-

ciri keselamatan melalui penyediaan ‘road hump’.

- Perlu mengemukakan ulasan sokongan daripada

Jabatan Kejuruteraan, MPK

KOMPONEN PIAWAIAN GARISPANDUAN “GATED ANG GUARDED

COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG.

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

15

Rekabentuk

Perumahan dan

Anjakan

i) Merujuk Garis Panduan JPBD Selangor sedia ada.

Pembinaan

Pagar / Tembok

i) Ketinggian maksima yang dibenarkan adalah 7 kaki.

ii) Sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan

tembok adalah terbuka yang dapat dilihat dari luar.

iii) Pagar / tembok dibenarkan di sekeliling kawasan GC

sebagai sempadan dengan kawasan bersebelahan.

iv) Pagar yang dibina perlu menekankan unsur

keharmonian dengan alam sekitar.

Pembinaan

Pondok

Pengawal

i) Pondok pengawal dibenarkan dibina di dalam kawasan

skim GC.

ii) Lokasinya hendaklah tidak menghalang lalulintas iaitu

sama ada diletakkan di bahagian bahu jalan atau di

kawasan yang bersesuaian.

iii) Lokasi dan rekabentuk pondok pengawal hendaklah

ditunjukkan di dalam pelan semasa permohonan

kebenaran merancang dikemukakan kepada MPK.

iv) Dibenarkan bersekali dengan tandas dan pejabat

pengurusan dengan menyediakan anjakan 20’/10’/10’.

v) Sekiranya pondok pengawal sahaja dengan saiz

maksimum 1.8m x 2.4m (6’x8’) perlu menyediakan

anjakan bangunan sekurang-kurangnya 1 meter dari

bahu jalan.

vi) Pondok pengawal termasuk dalam skim hakmilik

strata.

KOMPONEN PIAWAIAN GARISPANDUAN “GATED ANG GUARDED

COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG.

Lanskap dan

Penanaman

Pokok

i) Merujuk Garis Panduan Lanskap Negara atau Garis

Panduan JPBD Selangor.

ii) Penanaman pokok-pokok renek tidak boleh menutupi

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

16

50% ruang terbuka pagar.

iii) Pemaju perlu memaklumkan secara jelas kepada

pembeli rumah tentang kos-kos penyelenggaraan

lanskap yang perlu ditanggung oleh mereka.

iv) Tidak dibenarkan penanaman pokok berpagar di

kawasan hakmilik bersama kerana bagi mengelakkan

menjadi kawasan persendirian dan menghalang

kepada awam melalui/menggunakannya serta akan

menghalang laluan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Ketinggian

Bangunan

i) Ketinggian maksima yang dibenarkan bagi rumah

banglo / semi-D / cluster / teres di kawasan GC adalah

4 tingkat daripada ‘basement’ (18.5 meter) atau 3

tingkat dari aras tanah atau tertakluk kepada

pertimbangan.

ii) Ketinggian bangunan adalah daripada lantai sehingga

ketinggian paling atas bumbung dan selaras dengan

densiti kawasan.

iii) Jika lantai dibina pada paras tanah maka lantai yang

pertama ditetapkan sebagai tingkat pertama termasuk

‘basement’.(Merujuk dentisiti kawasan Rancangan

Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 1)

atau yang terkini.

Tempat Letak

Kenderaan i) Merujuk Garis Panduan JPBD Selangor terkini.

Laluan Khas

Utiliti

i) Setiap kemudahan utiliti perlulah dibina di lokasi yang

mempunyai kemudahsampaian yang tinggi bagi tujuan

memudahkan kakitangan utiliti yang terlibat membuat

kerja-kerja penyelenggaraan.

Penyelenggaraan kemudahan infra dan utiliti adalah di

bawah tanggungjawab pemaju sepenuhnya.

Nama Taman i) Tertakluk kepada pertimbangan Majlis yang perlu

mengambilkira perkara-perka berikut:

Page 17: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

17

a) Elemen-elemen Bandar Diraja.

b) Unsur Malaysia

c) Strategic Planning

Penilaian Impak

Sosial

Justifikasi

i) Garispanduan merujuk garispanduan JPBD

semenanjung

ii) Laporan SIA perlu di jelaskan di dalam Laporan

Cadangan Pemajuan atau

iii) Keperluan Laporan SIA bergantung kepada keluasan

tapak dan pertimbangan Majlis.

Perletakan

Kemudahan

Awam /

Masyarakat

i) Bagi pembangunan yang melebihi daripada 1 skim

atau parcel perlu menyediakan kemudahan awam

bersepadu seperti (masjid, sekolah, padang bola, dll)

di tapak dan lokasi yang sesuai di luar GC supaya

dapat digunakan secara bersama antara skim/parcel

dan masyarakat amnya.

ii) Lain-lain kemudahan bergantung kepada Garis

Panduan JPBD Selangor terkini.

iii) Setiap skim GC digalakkan menyediakan sekurang-

kurangnya satu plot kawasan lapang / rekreasi dengan

saiz yang sesuai. Kawasan lapang yang dirancang

perlu berfungsi (functional open space) dan

diselenggara sendiri oleh penduduk.

iv) Contohnya menyediakan taman permainan kanak-

Page 18: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

18

kanak.

v) Peruntukan kawasan lapang/rekreasi ini tidak dikira

sebagai sebahagian daripada 10% tanah lapang awam

seperti yang disyaratkan di dalam keseluruhan skim

pembangunan.

Kelulusan

Kebenaran

Merancang

i) Perlu mempamerkan surat kelulusan pelan-pelan

pembangunan di pondok pengawal.

ii) Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

iii) Segala prinsip-prinsip perancangan, peruntukan

undang-undang, garispanduan, piawaian dan

keperluan jabatan teknikal yang telah disyaratkan ke

atas pemajuan ini hendaklah di patuhi.

Page 19: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

19

9.0 PIAWAIAN PEMBANGUNAN SEDIADA ‘GATED AND GUARDED

COMMUNITY’

JADUAL 2.0 : PEMBANGUNAN SEDIADA

KOMPONEN PIAWAIAN GARISPANDUAN “GATED ANG GUARDED

COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG.

Penyelesaian

kepada Skim

‘Gated

Community’

sedia ada yang

bukan di bawah

peruntukan Akta

Hakmilik Srata

Pembangunan sediada

i) Tandatangan penduduk 100% bagi kawasan

perumahan yang telah didiami atau

ii) Sekiranya belum didiami dan permohonan

dikemukakan oleh pemaju, satu dokumen perjanjian

berasingan perlu disediakan oleh pemaju bagi

memaklumkan penyelenggaraan infra dan utiliti serta

kenderaan awam yang disediakan di dalam kawasan

berpagar adalah menjadi tanggungjawab

sepenuhnya oleh pemaju ATAU Pemilik/penyewa

iii) Pemaju perlu menyediakan Surat Akujanji di antara

pemaju dan penduduk

iv) Perlu kemukakan surat persetujuan daripada

Persatuan Penduduk atau Badan Pengurusan.

v) Mematuhi Undang-Undang Kecil Taman

vi) Kelulusan Majlis atau Kebenaran Merancang hanya

diberikan secara terhad dari 1 hingga 3 tahun

tertakluk kepada pertimbangan Majlis dan boleh di

tarik balik oleh Majlis pada bila-bila masa sekiranya

menimbulkan kacauganggu dan sekiranya perlu.

Ulasan/Sokongan

Jabatan Teknikal

i) Jabatan Kejuruteraan, MPK

ii) Jabatan Bangunan, MPK

iii) Jabatan Taman dan Rekreasi, MPK

iv) Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Kelulusan

Kebenaran

Merancang

i) Perlu mempamerkan surat kelulusan pelan-pelan

pembangunan di pondok pengawal.

ii) Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat

Page 20: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

20

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

iii) Segala prinsip-prinsip perancangan, peruntukan

undang-undang, garispanduan, piawaian dan

keperluan jabatan teknikal yang telah disyaratkan ke

atas pemajuan ini hendaklah di patuhi.

2.0-GUARDED COMMUNITY

2.1-Pendahuluan

Kawasan komuniti yang disediakan dengan perkhidmatan keselamatan sama

ada dengan penyediaan pondok pengawal atau halangan fizikal.

GC-2 PIAWAIAN PEMBANGUNAN SECARA

‘GUARDED COMMUNITY’

KOMPONEN PIAWAIAN GARIS PANDUAN “GATED AND GUARDED

COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG.

Kawalan Am

Perancangan

i) Bilangan unit rumah (minimum dan maksimum)

dalm sesuatu skim bagi memastikan ianya dikawal

dan diurus dengan berkesan adalah tertakluk

kepada pertimbangan Majlis dengan keluasan 3

ekar (min) – 20 ekar (mak).

ii) Pelaksanaan hanya dibenarkan bagi kawasan yang

tidak mempunyai kemudahan yang berkongsi

seperti sekolah, dewan orang ramai, masjid, surau,

sekolah, padang bola dan sebagainya seperti di

peruntukan dalam (Pelan Kebenaran Merancang /

Pelan Susunatur) asal yang diluluskan.

iii) Penghalang di benarkan beroperasi dari pukul 12.00

pm – 6.00 am atau menempatkan pengawal

keselamatan bertugas untuk mengawal

sekatan/halangan tersebut selama 24 jam.

iv) Penggunaan kad akses (automatic) dilarang sama

Page 21: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

21

sekali.

v) Tidak dibenarkan menghalang kenderaan

keluar/masuk ke kawasan berkenaan.

vi) Penghuni yang tidak menyertai skim ini tidak boleh

dihalang sama sekali memasuki kediaman mereka

pada bila-bila masa.

vii) Tidak menimbulkan kacau ganggu kepada jiran

bersempadan dan pihak Majlis boleh menarik balik

kelulusan jika terdapat kacau ganggu tanpa

memberi sebarang notis.

viii) Pihak berkuasa boleh memasuki kawasan pada

bila-bila masa tanpa halangan.

1.3-Syarat Asas Penubuhan

i) Permohonan oleh Persatuan Penduduk yang berdaftar (pemabangunan

sedia ada) dan pemaju sekiranya melibatkan pembangunan baru.

ii) Perlu persetujuan 85% penduduk (bagi skim perumahan sedia ada).

iii) Semua premis kediaman yang hendak dijadikan sebagai ‘guarded

community’mestilah telah mendapat Perakuan Kelayakan Menduduki

(CFO) atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi skim perumahan

lama tertakluk kepada pertimbangan Majlis.

iv) Sekiranya di pohon dari peringkat Kebenaran Merancang perlu

ditunjukkan di pelan Kebenaran Merancang dengan terperinci

bersesuaian dengan saiz jalan mengikut spesifikasi Jabatan

Kejuruteraan, MPK.

v) Lokasi tapak di lapisan kedua dan kenderaan lain perlu melalui

kawasan/komuniti ini untuk ke kawasan lain adalah tidak di benarkan

GC-2 PIAWAIAN PEMBANGUNAN SECARA

‘GUARDED COMMUNITY’

Page 22: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

22

KOMPONEN PIAWAIAN GARIS PANDUAN “GUARDED COMMUNITY”

DI MAJLIS

Pembinaan

Pondok

Pengawal

i) Pondok pengawal dibenarkan dibina di dalam

kawasan skim GC. Lokasinya hendaklah diletakkan

di bahagian bahu jalan atau di kawasan yang

bersesuaian tertakluk kepada pertimbangan Majlis

dengan mengikut spesifikasi Jabatan Kejuruteraan,

MPK.

ii) Lokasi dan rekabentuk pondok pengawal hendaklah

ditunjukkan di dalam pelan semasa permohonan

kebenaran merancang dikemukakan kepada PBT.

iii) Pondok pengawal saiz maksimum 1.8m x 2.4m

(6’ x8’) perlu menyediakan sekurang-kurangnya 1m

dari bahu jalan (hanya pondok pengawal sahaja

dibenarkan tidak dibenarkan membina tandas).

iv) Permohonan pondok pengawal perlu mengikut

prosedur Kebenaran Merancang terhad MPK.

v) Penghalang di benarkan beroperasi dari pukul 12.00

pm – 6.00 am atau pengawal keselamatan bertugas

mengawal sekatan halangan tersebut selama 24 jam.

vi) Lokasi di lapisan kedua tidak dibenarkan.

vii) Tidak dibenarkan menghalang kenderaan

keluar/masuk ke kawasan berkenaan.

viii) Penghuni yang tidak menyertai skim ini tidak boleh

dihalang sama sekali memasuki kediaman mereka

pada bila-bila masa.

ix) Pihak berkuasa boleh memasuki kawasan pada bila-

bila masa tanpa halangan.

x) Perlu membina pondok pengawal sekurang-kurangya

mengikut spekfikasi Majlis merujuk pelan standard

yang disediakan oleh Majlis. Pemohon dikehendaki

menyewa tapak daripada Majlis.

xi) Membuat permohonan Kebenaran Merancang

Page 23: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

23

sekiranya dipohon dari peringkat Kebenaran

Meracang atau memohon kelulusan dasar di Jabatan

Perancang dan mengemukakan pelan bangunan

terperinci setelah mendapat kelulusan dasar

daripada Majlis yang telah dirujuk ke Mesyuarat

Teknikal atau Mesyuarat OSC (memohon permit atau

pembinaan sementara).

xii) Rekabentuk pondok pengawal perlu dikemukakan

kepada MPK (Jabatan Bangunan) untuk mendapat

permit atau kelulusan pembinaan sementara.

xiii) Halangan dalam bentuk sekatan fizikal secara

sementara seperti ‘manual boom gate’, kon dan

papan tanda keselamatan boleh diberi pertimbangan

untuk dipasang atau diletakkan di lokasi yang sesuai

di jalan masuk berhadapan dengan pondok pengawal

dengan syarat terdapat pengawal keselamatan

bertugas mengawal sekatan tersebut selama 24 jam.

xiv) Sebarang kerja-kerja pemasangan penghadang,

penutupan jalan dan kerja-kerja yang menghalang

laluan perlu mendapatkan kelulusan atau permit

daripada Jabatan Kejuruteraan, MPK sebelum kerja-

kerja dijalankan.

Pembinaan

Pagar

i) Dilarang sama sekali membina tembok (fencing)

yang mengelilingi kawasan pembangunan.

Pengawal

Keselamatan

i) Perlantikan dan tugas Pengawal Keselamatan wajib

mematuhi Akta Agensi Persendirian 1971 (Akta 27)

dan keperluan Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Pelepasan Status i) Cadangan pelepasan atau pembubaran status

‘guarded community’ kepada status asal (tidak

berpengawal) oleh persatuan penduduk perlu

memaklumkan kepada MPK.

Ulasan/Sokongan i) Jabatan Kejuruteraan, MPK

Page 24: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

24

Jabatan Teknikal ii) Jabatan Bangunan, MPK

iii) Jabatan Taman dan Rekreasi, MPK

iv) Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Kelulusan

Kebenaran

Merancang

i) Perlu mempamerkan surat kelulusan pelan-pelan

pembangunan di pondok pengawal.

ii) Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

iii) Segala prinsip-prinsip perancangan, peruntukan

undang-undang, garispanduan, piawaian dan

keperluan jabatan teknikal yang telah disyaratkan

ke atas pemajuan ini hendaklah di patuhi.

10.0 PENUTUP

Manual garis panduan ini digubal bagi membantu PBT dan pemaju

dalam merancang, mengawal dan memantau pembangunan ‘Gated

Community’ (GC) agar tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip

perancangan.

Garispanduan ini juga boleh dijadikan rujukan oleh kejiranan sedia ada

dalam menubuhkan skim ‘Guarded Neighbourhood’ (GN).