majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · 2.1 notis peringatan ini adalah untuk memperingatkan...

14
MANUAL MPK BIL : 64 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL: PENYEDIAAN NOTIS PERINGATAN SEBELUM TINDAKAN PENDAKWAAN DI MAHKAMAH

Upload: buiphuc

Post on 03-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MANUAL MPK BIL : 64 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL:

PENYEDIAAN NOTIS PERINGATAN

SEBELUM TINDAKAN PENDAKWAAN DI

MAHKAMAH

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 6

3.0 DEFINISI 7

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT 8

5.0 SUMBER KUASA 9

6.0 SKOP KERJA 10

7.0 PROSES KERJA 11

8.0 CARTA ALIR 12

9.0 PENUTUP 13

10.0 LAMPIRAN 14

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan

status Bandaraya tersebut.

Sebagai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa

bertanggungjawab menguruskan dan mengendalikan kawasan-

kawasan di Klang supaya terjamin, Majlis Perbandaran Klang sentiasa

peka terhadap misi dan cabaran serta permasalahan semasa. MPK

juga sentiasa berusaha menanganinya dengan cepat, tekad dan terus

berusaha untuk memberi mutu perkhidmatan yang terbaik dan

berkualiti kepada masyarakat dan negara. Oleh kerana itu, manual

tindakan pendakwaan ini diwujudkan untuk mempertingkatkan

pengetahuan dan kemahiran supaya MPK mampu menjadi sebuah

organisasi yang cemerlang dalam memenuhi amanah dan

tanggungjawab yang digalas.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dan mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian, terima kasih.

Mohd Ikhsan bin Mukri

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Dengan lafaz Bismillahhirahmanrrahim….. Assalamualaikum

w.r.t. dan salam perpaduan saya ucapkan. Terlebih dahulu

saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah dan

kurnianya penyediaan manual ini dapat direalisasikan dan

Jabatan Undang-Undang dapat menyiapkan manual kerja

bagi Jabatan Undang-Undang mengikut format dan bentuk

yang lebih tersusun dan sistematik.

Sebelum diteruskan dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan

terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-

Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam

menyediakan manual ini.

Adalah diharapkan agar manual ini dapat membantu pegawai dan kakitangan

di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya

menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

manual ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan MPK seluruhnya. Akhir

sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun:

“ Buah pelaga makan dihilir,

Di bawa orang dari hulu,

Sebarang kerja hendak digilir,

Supaya jangan mendapat malu”

Sekian, terima kasih.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang.

1.3 Menyediakan langkah-langkah tindakan agar urusan memulakan

tindakan pendakwaan teratur.

1.4 Menyelaras tindakan dengan lain-lain jabatan.

1.5 Memastikan setiap urusan memulakan tindakan pendakwaan adalah teratur dan mengikut perundangan yang tepat.

1.6 Memastikan bahawa setiap kompaun yang dikeluarkan diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah.

1.7 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 6

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Notis Peringatan ini adalah untuk memperingatkan kepada OKK

bahawa kompaun tersebut belum berbayar dan sekiranya tidak

diselesaikan dalam masa yang ditetapkan Pihak Majlis akan

mengambil tindakan pendakwaan terhadap OKK.

2.2 Notis peringatan disediakan dalam tempoh dua puluh lapan (28)

hari mengikut prosedur susulan dari pengeluaran kompaun bagi

kesalahan [Contoh; Kesalahan dilakukan dibawah Perintah

Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak

Kereta)(Majlis Perbandaran Klang) 2007] yang dilakukan dan

sebagai memberi peringatan kepada seseorang individu yang

akan dinamakan sebagai Orang Kena Kompaun (OKK) bagi

tawaran menyelesaikan atau bayar kompaun tersebut diluar

mahkamah.

2.3 Proses kerja utama Penyediaan Notis Peringatan (N.P.)

melibatkan penyediaan, penyemakkan, dan pemposan. Bagi

maklumat tambahan, contohnya nama dan pemilik kenderaan

akan diperolehi melalui urusan dengan Jabatan Pengangkutan

Jalan (JPJ). Sekiranya, tiada sebarang maklumbalas atau

bayaran kompaun diterima daripada OKK, maka proses

seterusnya akan dilaksanakan seperti memohon izin

pendakwaan mahkamah.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 7

3.0 DEFINISI

3.1 Notis

Pengumuman tentang sesuatu yang akan berlaku,

pemberitahuan atau kenyataan.

3.2 Peringatan

Hal memberi ingat, memberi nasihat dan lain-lain untuk

mengingatkan.

3.3 Tindakan

Peraturan dan lain-lainyang dilaksanakan, langkah yg diambil

untuk mengelakkan, mengatasi, dan sebagainya.

3.4 Pendakwaan

Perbuatan mendakwa, pengemukaan (penyampaian) sesuatu

dakwaan (tuduhan).

3.5 Mahkamah

Tempat membicarakan sesuatu yg ada hubungannya dgn

undang-undang.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 8

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

CARTA ORGANISASI UNIT PENDAKWAAN TRAFIK

MUHAMMAD AZLAN BIN AB MALEK

Pegawai Undang-Undang (L41)(T)

MUHAMAD FAIZ BIN IBRAHIM

Pen. Peg. Undang-Undang (L29)(K)

IBNU AL-HAITHAM BIN ARASID

Pem. Tadbir (N17)(K)

ROZITA BINTI CHE ROS

Pem. Tadbir (N17)(T)

SITI ASLINDA BT OMAR

Pem. Tadbir (N17)(T)

MOHD RAZLAN B NORHAZIZI

Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)

MOHD FAZLI B. MASZUKI

Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)

S.V. VIJAYASINGHAM A/L VIJAYARATNAM

Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)

PATRICK A/L ALAPAN

Pem. Tadbir (N17)(T)

MUHAMAD FARID B MOHAMAD ZIN

Pem. Tadbir (N17)(T)

SITI NURHALIJAH BT. JALEL

Pem. Tadbir (N17)(T)

FANDI BIN ABDUL AZIZ

Pen. Peg. Undang-Undang (L29)(K)

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 9

5.0 SUMBER KUASA

5.1 Akta

5.1.1 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171)

5.1.2 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (AKTA 133)

5.2 Undang-Undang Kecil

5.2.1 Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2005

5.3 Perintah

5.3.1 Perintah Pengangkutan Jalan ( Peruntukan Mengenai

Tempat Letak Kereta) (MPK) 2007

6.0 SKOP KERJA

6.1 Sistem kerja bagi pengeluaran Notis Peringatan (N.P.) mengikut

prosedur seperti yang dinyatakan pada Fail Manual Prosedur

Kerja. Bermula dari proses kerja penyemakan status bayaran

hingga ke peringkat terakhir iaitu urusan pos dan penyimpan

pendua kompaun seperti dinyatakan pada carta aliran

penyediaan Notis Peringatan (N.P.).

6.2 Tetapi sekiranya prosedur yang melibatkan beberapa peringkat

proses kerja mengambil tempoh masa yang lama bagi

menyempurnakan suatu proses, maka, jika satu proses kerja

baru dinaik taraf, Ini akan mengwujudkan ruang kerja yang

efisien dari segi pengurusan masa. Contohnya, bagi proses

kerja yang menglibatkan tujuh (7) langkah proses kerja yang

mengambil masa lapan (8) jam diubah menjadi dua perpuluhan

tujuh (2.7) jam kerja [bersamaan satu per tiga (1/3) dari masa

hasil yang diambil untuk proses kerja asal] yang melibatkan

tujuh (7) langkah proses kerja yang sama.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 10

6.3 Faktor penyediaan NP yang efisien adalah penerapan teknologi

bersilang dengan prosedur kerja untuk menwujudkan produktiviti

berkualiti. Contoh seperti berikut

Masa 1

PROSEDUR LAMA (N.P) : 1---2-—3—-4—-5—-6—-7—-8

1----2--—3—--4—--5—--6—--7

Langkah proses kerja 1

Masa 2

PROSEDUR BARU (N.P) : 1---2.7

Langkah proses kerja 2

gi sistem proses mengikuti prosedur biasa, formula pengiraan adalah seperti

berikut :

7.0 PROSES KERJA

PENYEDIAAN NOTIS PERINGATAN

7.1 Semak status bayaran kompaun yang tidak berbayar selepas tamat.

tempoh 28 hari. Sekiranya kompaun berbayar asingkan dan difailkan

di dalam kompaun berbayar.

7.2 Sekiranya kompaun tidak berbayar, Notis Peringatan akan disediakan

melalui Sistem Pengurusan Penguatkuasaan. (E-Penguatkuasaan)

7---

-6--

--5-

---4

--—

3—

--2-

--

--

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 11

7.3 Kemaskini alamat pemilik kenderaan di dalam E-Penguatkuasaan

dan menyemak maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan, sekiranya

maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan yang diperolehi tidak

lengkap atau tiada maklumat, asingkan nombor kenderaan dan

carian maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan dibuat secara

manual.

7.4 Sekiranya maklumat betul dan lengkap, salinan asal untuk diposkan

dan salinan pendua dikepilkan bersama salinan pendua kompaun.

7.5 Semak semula butir-butir maklumat Notis Peringatan dan salinan

kompaun dan pastikan maklumat adalah betul:

7.5.1 Tempat Kesalahan

7.5.2 No.Kenderaan

7.5.3 Peruntukan Undang-undang dan Kod Kesalahan

7.6 Serahkan Notis Peringatan asal kepada Penghantar Notis untuk

diposkan dan salinan pendua Notis Peringatan dan yang salinan

pendua kompaun disusun mengikut tarikh cetakan tercatit pada

Notis Peringatan ditanda dengan tag dan di simpan ditempat

yang dikhaskan.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 12

8.0 CARTA ALIR

CARTA ALIR KERJA BAGI AKTIVITI :

PENYEDIAAN NOTIS PERINGATAN (NP)

Semak status bayaran kompaun tidak berbayar

selepas tamat tempoh 7 hari.

Salinan asal Notis Peringatan yang telah disemak

dan dibetulkan akan diserahkan kepada Penghantar

Notis untuk diposkan.

Salinan pendua NP dan salinan pendua kompaun

disusun mengikut tarikh NP dikeluarkan dan

diserahkan kepada PT yang berkaitan.

Mula

Tamat

Sediakan Notis Peringatan melalui Sistem

E-Penguatkusaan.

Salinan asal diasingkan, salinan pendua di kepilkan

bersama pendua kompaun dan disertakan Senarai

Laporan Pengeluaran Notis Peringatan untuk

semakan Pegawai Pendakwa.

Bayar? Asingkan Kompaun

berbayar dan catat data

pembayaran pada pendua

kompaun serta failkan ke

dalam Fail Kompaun

Berbayar.

Ya

Tidak

Maklumat betul dan tepat? Ya

Tidak Kemaskini data di dalam

sistem E-Penguatkuasaan

dan NP dicetak semula.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 13

9.0 PENUTUP

9.1 Pengeluaran Notis Peringatan (N.P.) yang efektif dapat

menyumbangkan kepada peningkatan pendapatan pihak Majlis

secara langsung dan memberi kesan positif pada kakitangan Majlis

secara tidak langsung.

9.2 Evolusi pada prosedur kerja telah menyumbang kepada

peningkatan kuantiti dan kualiti dari segi perspektif produktiviti kerja

yang efisien. Gabungan teknologi bersepadu dengan proses kerja

telah mencipta satu persekitaran kerja harian yang akan menjadi

faktor pencapaian sasaran kerja yang memberangsangkan.

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 64 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Notis Peringatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 14

10.0 LAMPIRAN