peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

15
PERANAN RAJA THIBAW Disediakan oleh Hafiz

Upload: muhd-hafiz

Post on 29-May-2015

3.263 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

PERANAN RAJA THIBAWDisediakan oleh Hafiz

Page 2: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

BINCANGKAN PERANAN RAJA THIBAW SEBAGAI

RAJA TERAKHIR DINASTI KONBAUNG DI BURMA.

Page 3: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

Peta Burma

Page 4: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

Latar BelakangNama : Thibaw MinLahir : 1 januari 1859 Anak kepada Raja Mindon dengan Puteri Laungshe. Sejak kecil beliau mendalami ajaran agama Buddha di tokong. Beliau seorang yang lemah dan kurang agresif. Beliau dipilih sebagai raja oleh Permaisuri Utama dengan

persetujuan Kinwun Mingyi(yg berpendapat bahawa raja yang lemah tidak akan menentang perubahan baharu yang akan dilaksanakan di Burma oleh Wungyi)

Ditabalkan pada tahun 1878 Beliau merupakan raja terakhir Dinasti Konbaung dalam sejarah

Burma(Myanmar). Pemerintahan beliau berakhir apabila Burma dikalahkan oleh

tentera British dalam Perang British-Burma 3 pada 29 November 1885.

Beliau dan pemaisuri dibuang negeri ke India selepas peristiwa tersebut.

Page 5: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

Zaman Pemerintahan Raja Thibaw Raja Thibaw sangat dikuasai oleh Permaisuri Supayalat dan

Taingsa sehingga Hluttaw,sebuah badan yang berpengaruh dalam sistem pemerintahan pusat merasa terancam lalu terpaksa mengikut sahaja dasar Raja Thibaw dan permaisurinya.

Beliau mengamalkan pemerintahan yang keras,menekan dan menindas berbanding pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana,rakyat dan kuasa asing.

Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai Burma Hulu.

Selain itu, perbendaharaan Burma Hulu mengalami masalah kekurangan sumber pendapatan semasa zaman beliau. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut,beliau meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.

Page 6: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

Dari segi pentadbiran,beliau menambahkan jumlah jabatan dalam Hluttaw daripada empat menjadi empat belas.

Satu unit pentadbiran baharu di peringkat daerah,iaitu Khayaing dibentuk mengikut model pentadbiran British di India.

Tujuannya adalah untuk memusatkan pentadbiran Burma Hulu yang dibahagikan kepada sepuluh daerah di bawah Menteri Daerah.

Raja Thibaw juga meperkenalkan jawatan Myo-ok mengikut siste pentadbiran yang diamalkan oleh British di Burma Hilir.

Page 7: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

Dasar Luar Raja Thibaw

1. Hubungan dengan Perancis dan British Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik

dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau memahami British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam dan Tongking. Beliau menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 januari 1885.Sebenarnya beliau ingin membeli senjata dari Perancis.

Page 8: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

British mendapat tahu usaha Raja Thibaw lalu Duta British menemui wakil Perancis, Jules Ferry dan menyatakan British akan menggunakan kekerasan ke atas Burma sekiranya Perancis masih lagi terlibat dalam perkara senjata.Namun, Perancis memberi jaminan bahawa isu tersebut tidak disentuh dalam perjanjian dengan Burma kecuali wakil Perancis akan ditempatkan di Mandalay.

Wakil Perancis,Frederis Haas pernah menasihati Raja Thibaw supaya mengeratkan hbungan dengan British namun beliau tegas tidak mahu menerima semula Residen British.

Page 9: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

Beliau berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada Perancis dan pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis.

Page 10: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Burma

1. Syarikat Perdagangan Bombay-Burma mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Burma Hulu.Raja Thibaw tidak menyukai British telah mengambil alih tindakan terhadap syarikat ini dengan mengemukakan perkara berikut terhadap syarikat tersebut:

a) Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan

b) Memberi rasuah kepada pegawai kerajaanc) Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada

pekerja-pekerja Burma seperti yang dijanjikan.

Page 11: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

2. Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee da menyebabkan British tidak puas hati walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh Majlis Hluttaw.

3. British segera meminta rundingan namun ditolak kerana Raja Thibaw yakin Perancis akan menyokong dan membantu Burma.Namun pada bulan september,Freycinet(menggantikan Jules Ferry)telah mengubah dasar Ferry dengan serta-merta.Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak British.

Page 12: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

4. British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu bersiap untuk bertindak secara kekerasan terhadap Burma. Duta Burma di Perancis dan Duta China di London cuba menawarkan diri untuk berunding tetapi British enggan.

5. British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke Burma dan memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah dan pada masa hadapan dasar luar Burma akan ditentukan oleh kerajaan British.Beliau diberi tempoh sehingga 10 november 1885 untuk memberi jawapan.

6. Raja Thibaw membalas dengan reaksi berikut:a) Bersetuju menerima wakil Britishb) Meneruskan hubungan dengan Perancisc) Memberi hak perdagangan yang sama rata kepada semua kuasa

barat

7. British tidak puas hati lalu mengisytiharkan perang ke atas Burma Hulu pada 11 November 1885 dan British berjaya menakluki Burma Hulu pada 1 januari 1886.

Page 13: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

Kesan Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri

ke India dan meninggal dunia di sana. Berakhir Dinasti Konbaung yang memerintah

Burma selama 130 tahun. Bruma manjadi tanah jajahan Britih sehingga

tahun 1948 British menyatukan Burma Hilir dan Hulu dan

meletakkannya di bawah pentadbiran British di India.

Hluttaw dikekalkan dalam pentadbiran tetapi fungsinya dikurangkan kepada menjaga hal ehwal Burma sahaja.

Page 14: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

Kesimpulan Raja Thibaw mewarisi sebuah kerajaan Burma

Hulu yang agak aman dan menjalin hbungan baik dengan kuasa Barat daripada ayahandanya.Tetapi disebabkan keazamannya merampas semula Burma Hilir dan keyakinan terhadap bantuan Perancis untuk menentang British,beliau telah bertindak membeli senjata daripad Perancis untuk menentag British.

Beliau juga menghadapi masalah dalam negeri.Permaisurinya,Supalayat terbukti seorang yang kejam dan Raja Thibaw terpaksa tunduk kepadanya dan juga terpaksa menghadapi beberapa penentangan untuk menggulingkannya.

Tidak boleh dinafikan bahawa Raja Thibaw berusaha mempertahankan kedaulatan Burma Hulu.Demi menebus maruah negara,beliau menjalin hubungan dengan Perancis,Tetapi malangnya beliau gagal memelihara kedaulatan Burma Hulu sehingga berakhirnya Dinasti Konbaung.

Page 15: Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)

SAMPAI DI SINI SAJALAH HARI INI,

Sekian terima kasih