ppismp sem 3 bmk

Upload: mohamadluqmanulhakimmohamad

Post on 08-Jul-2015

3.809 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Komunikasi bertulis merupakan satu kegiatan bagi merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambing-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Komunikasi ini dapat dilaksanakan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang terancang. Selain itu, berbanding dengan komunikasi lisan yang lain, komunikasi bertulis ini melibatkan pelbagai faktor seperti isi yang hendak dibicarakan, pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya dan bentuk penyampaian, format serta pengolahan yang menarik. Teks pengucapan awam iaitu teks ucapan merupakan salah satu daripada bahasa dalam komunikasi bertulis. Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Kebiasaannya, ucapan boleh didapati dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan, perkahwinan, perpisahan, keraian, ulang tahun dan banyak lagi. Oleh itu, kandungan ucapan ini berbeza-beza mengikut jenis sesuatu majlis yang diadakan itu. Sebagai contoh, kandungan ucapan dalam majlis perhimpunan tentulah berbeza dengan kandungan ucapan dalam majlis perkahwinan. Begitu juga dengan para hadirin yang hadir yang mungkin berbeza dari segi latar belakang, umur, status sosial, dan sebagainya lagi. Misalnya, hadirin yang hadir dalam majlis perhimpunan mingguan sekolah biasanya terdiri daripada para guru dan pelajar-pelajar yang hanya terdapat di sesebuah sekolah itu sahaja. Sebaliknya, para hadirin yang hadir dalam majlis perkahwinan pula tentunya terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, rakan-rakan, penduduk setempat serta ahli-ahli kenamaan.

Sesuatu

ucapan

itu

menggambarkan

seseorang

yang

berucap

berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis yang disertai. Ucapan merupakan1

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 pelahiran idea-idea secara lisan di hadapan hadirin malah ucapan juga memerlukan kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan. Bukan itu sahaja, individu yang menyampaikan ucapan juga mestilah dapat menguasai perhatian hadirin supaya mereka dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang disampaikan.

1.1 Definisi Pengucapan Awam

Pengucapan juga merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan dan ia dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan Abdul Muati Ahmad, (1994)

Satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinan masyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang.

Pelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan iaitu suara dan perkataan dan bukan lisan iaitu anggota tubuh perucap

2

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 1.2 Prinsip-Prinsip Asas Pengucapan Awam

Hubungan antara penutur dengan pendengar.

Kejayaan Ucapan yang disampaikan .

PRINSIPPRINSIP ASAS PENGUCAPAN AWAM

Tujuan dan kumpulan sasaran ucapan itu disampaikan.

Mempunyai mesej yang ingin disampaikan.

1.3 ASPEK-ASPEK PENTING DALAM PENGUCAPAN AWAM

Mora

Laras bahasaKefasihan

Tekanan Nada

Kelancaran

Intonasi

ASPEK PENTING DALAM PENGUCAPAN Jeda

Sebutan

Tatabahasa

3

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.0 JENIS-JENIS PENGUCAPAN AWAM

2.1 PIDATO 2.1.1 Definisi Pidato

Satu ucapan dengan susunan yang baik untuk disampaikan kepada orang ramai. Contoh pidato ialah seperti pidato kenegaraan, pidato menyambut hari besar, pidato pembangkit semangat, pidato sambutan acara, dan sebagainya.

Definisi Pidato

Menurut Kamus Dewan Ke-3, pidato didefinisikan sebagai ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai atau ceramah yang membicarakan sesuatu perkara.

4

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.1.2 Ciri-Ciri Pidato

Ciri ciri pidato

Ucapan biasanya tidak terlalu lama sehingga membosankan dan dan tidak terlalu ringkas sehingga tidak mencapai maksud yang hendak disampaikan. Disampaikan dengan penuh keyakinan, fasih dan lancar.

Bersandarkan hujjah al-Quran dan hadis serta dimantapkan dgn hujjah akal.

Dapat menarik minat dan perhatian pendengar. .

Mengelak daripada menyebut perkara-perkara yang sensitif.

2.1.3 Format Pidato

Pembukaan dengan salam pembuka (Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Yang Berusaha Tuan Pengarah, pensyarahpensyarah dan rakan-rakan seperjuangan sekalian). Pendahuluan yang sedikit menggambarkan isi .

Penutup (kesimpulan, harapan, pesan, salam penutup, dan lain-lain)

5

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.1.4 Jenis-Jenis Pidato

Pidato pengarahan

Pidato pembukaan

Pidato laporan

Jenis-Jenis Pidato

Pidato sambutan

Pidato pertanggungjawaban

Pidato perasmian

6

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.2 CERAMAH 2.2.1 Definisi Ceramah

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Edisi ke3 ceramah didefinisikan sebagai ucapan membicarakan sesuatu perkara.

Mengemukakan fikiran atau ideaidea melalui perucapan dan disampaikan secara dua hala.

Ceramah juga merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masingmasing.

Ceramah juga berupa penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum,iaitu topik disampaikan penceramah kepada penonton.

Ceramah bertujuan bagi proses seseorang perucap mempengaruhi atau mengubah sikap,kepercayaan, pemikiran atau tindakan audien sasaran.

2.2.2 Ciri-Ciri Ceramah Ceramah hampir sama penulisannya dengan ucapan dan syarahan Bahasa yang digunakan mestilah mudah, padat, tegas, dan berkesan. Ciri-ciri Ceramah Kata-kata kiasan, peribahasa,atau jenaka boleh diselitkan. Ceramah disampaikan dalam sesuatu majlis formal atau upacara tertentu yang dihadiri pihak-pihak tertentu atau tetamu khas.Contohnya seperti perhimpunan, majlis perasmian dan majlis keraian.7

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.2.3 FORMAT CERAMAH

Mempunyai pengenalan , tajuk atau tema, pengenalan isi,pengembang an isi dan penutup.

Bahagian kesimpulan atau penutup ceramah mengandungi ungkapan yang bertujuan untuk memberitahu hadirin bahawa ceramah telah berakhir dan merumuskan idea.

Format Penyedian Ceramah.

Bahagian pengenalan terkandung pembukaan kata, kata aluan, dan penghargaan kepada tetamu majlis.

Bahagian isi, penceramah menerangkan tajuk utama dengan lebih menyeluruh dan menyusun susunan isi dengan baik.

8

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.2.4 Jenis-Jenis Ceramah Jenis-jenis ceramah Ceramah untuk kempen i) Ceramah menjaga kesihatan (ii) Menderma darah (iii) Kempen politik (iv) Semangat kejiranan Ceramah untuk menyampaikan maklumat (i) Ceramah agama (ii) Ceramah kesedaran. (iii) Ceramah meningkatkan produktiviti

2.3 UCAPAN 2.3.1 Definisi Ucapan

Merupakan satu kegiatan melafazkan kata-kata sama ada berbentuk nasihat atau pemberitahuan secara terbuka kepada sekumpulan orang

Definisi Ucapan

Ucapan merupakan kegiatan melahirkan kata kesejahteraan, rasa terima kasih, tahniah dan takziah

9

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.3.2 Ciri-Ciri Ucapan Bahasa yang mudah difahami Ucapan mestilah menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami yakni bahasa yang tidak berbunga-bunga dantidak mengandungi maknamakna tersirat serta istilah-istilah khusus.

Isi yang bermakna

isi dalam sesuatu ucapan perlu sesuai dengan tajuk ucapan dan disesuaikan juga dengan tahap keupayaan dan penerimaan pendengar.

Struktur ucapan

sesuatu ucapan yang baik mestilah didahului disampaikan dengan mengikut susunan tertentu dalam ucapan Ucapan mestilah disampaikan dengan suara yang jelas, dan terang supaya mudah didengar oleh pihak penonton atau pendengar.Suara perlu ditinggikan pada tempat-tempat yang sesuai.

Suara yang jelas

Cara persembahan

Memperlihatkan keyakinan dan kesungguhan pengucapan

Keyakinan diri

ucapan harus dimulakan dengan penuh keyakinan diri. Seseorang itu perlu yakin terhadap pengetahuan yang sedia ada.

Gaya penyampaian

gaya dan pergerakan termasuk pergerakan, tangan, kepala, mimik muka, senyuman, mata sertabadan perlu sesuai

10

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.3.3 Format Ucapan Seseorang yang berucap akan mengambil masa pada bahagian pengenalan untuk menyatakan sikap positifnya kerana dijemput ke majlis tersebut, umpamanya menyatakan ucapan terima kasih. Penghormatan protokol merupakan kata aluan kepada audien mengikut tingkat kedudukan masing-masing (Rujuk Contoh di bawah)

Permulaan ucapan

Bahagian isi

Bahagian isi kandungan mempunyai idea dan perlu kepada kupasan yang terperinci. Mengandungi penglahiran harapan tentang objektif sesuatu majlis supaya dapat difahami oleh pendengar

Penutup ucapan

Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting. Bahagian ini akan menerangkan tujuan atau isi ucapan dengan lebih mendalam dan menyeluruh

2.3.3.1 Contoh Panggilan Mengikut Protokol Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat Yang Berhormat (YB) Digunakan untuk jawatan Datuk, Tuan, Yang Dipertua Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi. Digunakan untuk jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar. Digunakan untuk jawatan Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri dan sebagainya.11

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 Yang Berbahagia (Y.Bhg.) Yang Teramat Mulia (YTM) Yang Amat Arif Yang Berusaha/ Yang Berbahagia/ Yang Mulia Yang Mulia Digunakan untuk jawatan Tengku Raja, Tunku, Engku, Ungku, dan Datu. Yang Amat Berbahagia Digunakan untuk jawatan Tun dan Toh Puan. Digunakan untuk jawatan Y.Bhg. Tan Sri Datuk Prof. Dr. Haji (nama), Y.Bhg. Tan Sri Raja (nama) dan sebagainya. Digunakan untuk jawatan YTM Tengku (nama) dan YTM Undang Rembau Negeri Sembilan. Digunakan untuk jawatan Tuan Hakim Negara. Digunakan untuk jawatan Pengerusi Majlis, Ketua jabatan, dan Ketua Bahagian.

2.3.4 Jenis-Jenis Ucapan Kegiatan melafazkan ujaran dalam majlis-majlis formal yang dihadiri oleholeh orang-orang tertentu seperti orang-orang kenamaan

Ucapan rasmi

JENIS-JENIS UCAPANUcapan yang dilafazkan secara bebas tanpa terikat pada sebaraang prosedur. Ucapan ini dilafazkan secara ringkas dan terus kepada maksud

Ucapan tidak rasmi

12

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.4 SYARAHAN 2.4.1 Definisi Syarahan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1333, 2002), syarahan didefinisikan sebagai ceramah, pidato, ucapan; ia mendengar.

Definisi Syarahan Aktiviti bekomunikasi secara sehala iaitu antara penyampai syarahan dengan pendengar yang mendengar syarahan. Syarahan merupakan komunikasi yang menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar.

13

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.4.2 Ciri-Ciri Penyampaian Syarahan

Ciri-ciri Penyampaian Syarahan Yang Baik

Kelancaran 1. Memulakan syarahan dengan baik. 2. Memandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan syarahan. 3. Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota. 4. Berhenti seketika pada akhir pemyampaian sesuatu fakta atau di mana perlu untuk audien memahami atau mengikuti hujah. 5. Mengawal masa dengan baik iaitu memulakan syarahan pada waktu yang ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya. 6. Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti eh,em, atau ya

Nada dan Intonasi Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Misalnya, 1. nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian 2. nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati. 3. nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk 4. nada propaganda apabila hendak mempengaruhi 5. nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi

Kecekapan Berbahasa Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah seperti berikut : 1. Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis. 2. Aras bahasa bersesuaian dengan audien. 3. Unsur-unsur keindahan bahasa seperti pantun, peribahasa, kiasan dan perumpamaan diselitkan untuk menarik minat audien. 4. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati.5. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien. 6. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan tidak menyinggung perasaan pendengar.

14

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.4.3 Format Syarahan Menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak lain yang telah mengundang penyampai syarahan untuk menyampaikan syarahan berkenaan. Memberi ucapan salam dan menyebut nama-mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ). Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan. Takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini. Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak berasa jemu.

Pembuka Kata

Menarik minat pendengar.

Bahasa

Mudah difahami, padat, tegas dan meyakinkan. Kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik

Isi

Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama tuan-tuan dan puan yang saya hormati tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan

Penutup Isi

Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan tadi.

Penutup syarahan

Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.

15

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.4.4 Jenis-Jenis Syarahan

Syarahan Laporan, yakni syarahan yang isinya adalah melaporkan suatu tugas atau kegiatan.

Syarahan pengarahan adalah syarahan untuk mengarahkan pada suatu pertemuan

Syarahan pembukaan, adalah syarahan singkat yang dibawakan oleh pembaca acara atau mc

Jenis-jenis Syarahan

Syarahan Liabiliti, adalah syarahan yang mengandungi satu laporan pertanggungjawaban.

Syarahan Perasmian, adalah syarahan yang dilakukan oleh orang yang berpengaruh untuk merasmikan sesuatu.

Syarahan Sambutan, iaitu merupakan syarahan yang disampaikan pada suatu acara kegiatan atau peristiwa tertentu yang boleh dilakukan oleh beberapa orang dengan waktu yang terbatas secara bergantian.

16

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.5 TAKLIMAT 2.5.1 Definisi Taklimat Ringkasan tentang sesuatu yang dihasilkan atau sesuatu yang berlaku

Ucapan untuk memaklumkan dan disampaikan sama ada secara komunikasi dua hala dalam situasi formal atau kombinasi formal dan tidak formal.

2.5.2 Ciri-Ciri Taklimat

Ciri taklimat

Pertimbangan khalayak -Tentukan siapa yang boleh membantu untuk menentukan jenis taklimat -Dapat menjelaskan bahasa, suasana dan kandungan taklimat.

Pertimbangan suasana -Suasana dikatakan formal apabila khalayak terdiri daripada orang kenamaan -Dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika khalayaknya terdiri daripada ibubapa, murid dan belia

17

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 2.5.3 Format Taklimat Format taklimat

Taklimat satu taraf khalayak

Taklimat dua taraf khalayak

Tajuk Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol Kata-kata aluan Pengenalan diri /organisasi/ jawatan/ dan sedikit ringkasan taklimat. Kandungan taklimat Penutup Sesi soal jawab

Tajuk Salam, salutasi berprotokol dan sapaan biasa Puji-pujian ringkasan sembah taklimat Kandungan Sesi soal jawab

2.5.4 Jenis Taklimat Jenis taklimat

Satu taraf khalayak

Tetamu yang hadir terdiri daripada pemimpin peringkat menteri, orang kenamaan, rang bergelar, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.

Dua taraf khalayak Tetamu yang hadir terdiri daripada D.Y.M.M Sultan atau D.Y.T.M Raja Muda/ Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu.

18

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 3.0 PENULISAN TEKS PENGUCAPAN AWAM 3.1 Penulisan Teks Ceramah Oleh Mohamad Luqmanulhakim TAJUK CERAMAH : TRANSFORMASI PENDIDIKAN PRASEKOLAH SEBAGAI WAHANA

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang berbahagia Tuan Haji Roslan, Yang berusaha Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Tuan Haji Hashim Bin Deraman, Yang dimuliakan pansyarah-pensyarah seterusnya guru-guru pelatih, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Pertama dan yang paling utama marilah kita panjatkan puji dan syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT yang telah melimpahkan nikmat-Nya kepada kita semua, sehingga kita dapat bertatap muka di majlis yang cukup bermakna ini. Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh manusia iaitu nikmat kesihatan dan kesempatan yang diberi oleh Allah SAW kepada hambahambanya Insya-Allah dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang majlis kita ini.

Selawat dan salam kita sanjungkan kepada Nabi Muhammad SAW yang telah membebaskan kita dari zaman jahilliah menuju zaman yang penuh dengan ilmu pengetahuan, berkat jasa beliau Islam tersebar di penjuru dunia. Berkat asa beliau juga kita mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Semoga perjuangan beliau dapat kita teruskan dalam dunia yang tidak pernah lekang dengan kekuasaan keilmuan ini.

19

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 Hadirin yang dimuliakan, Sebagai pembuka bicara, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Kampus Kota Bharu kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan

ceramah untuk mengisi slot perkongsian ilmu pada pagi ini. Ceramah saya pada hari ini bertajuk Transformasi Pendidikan Prasekolah Sebagai Wahana Pembangunan Modal Insan. Dalam konteks transformasi kurikulum,

transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang efektif berdasarkan kurikulum persekolahan yang sedia ada serta mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum iaitu cara mengajar, peruntukan masa, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. Secara ringkasnya difahamkan bahawa transformasi kurikulum melibatkan aspek pengkajian semula kurikulum agar seimbang, tidak terlalu akademik atau membebankan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Hadirin yang dihormati,

Kurikulum Transformasi Prasekolah (KTP) telah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan meliputi penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran menekankan satu penetapan kriteria pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

20

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 Berikutan itu kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memperkasakan pendidikan prasekolah antaranya melalui dasar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan KPI telah meletakkan pendidikan prasekolah maju setapak lagi. Pendidikan prasekolah bakal menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. Ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah.

Tujuan pendidikan prasekolah diwujudkan adalah untuk meningkatkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif selain memfokuskan perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal dan kognitif serta sahsiah,.Justeru, prasekolah bakal menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia yang diberi perhatian untuk pembangunan potensi murid ke arah yang lebih gemilang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Benar bak kata pepatah Melayu, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah halnya dengan pendidikan anak-anak. Keutamaan harus diberikan kepada usaha menggilap potensi anak-anak sejak dari awal lagi, iaitu di peringkat pendidikan prasekolah. Bagi mencapai sasaran ini, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan strategi yang komprehensif dan bersepadu. Antaranya ialah menambah baik kurikulum prasekolah, termasuk menambah waktu interaksi dalam Bahasa Inggeris. Bilangan prasekolah juga akan ditambah dengan pembinaan 4,194 kelas prasekolah baru menjelang tahun 2012. Kerajaan juga menimbang untuk mewujudkan kemudahan prasekolah berpusat, kemudahan asrama dan pengangkutan kepada murid di luar bandar dan pedalaman.

21

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 Selanjutnya, Kementerian Pelajaran akan menyediakan latihan yang komprehensif kepada guru prasekolah, termasuk guru-guru prasekolah swasta melalui pelbagai program latihan keguruan. Bagi mengatasi masalah kekurangan guru terlatih di kawasan luar bandar dan pedalaman pula, pihak Kementerian akan memberikan keutamaan kepada kawasan berkenaan dalam proses penempatan guru. Pihak Kementerian juga akan melaksanakan pelbagai program penerangan dan promosi, bagi membangkitkan kesedaran di kalangan ibu bapa tentang kepentingan pendidikan prasekolah kepada perkembangan potensi anak-anak.

Bagi meningkatkan kadar penyertaan dan kualiti pendidikan prasekolah, Kerajaan cuba untuk meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah menerusi program peningkatan kemahiran kepada 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun selain menetapkan kriteria kelayakan minimum semua guru prasekolah ialah Ijazah Sarjana Muda.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kesimpulannya,

transformasi

pendidikan

yang

dilakukan

dalam

pendidikan prasekolah meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan cabaran abad ke-21. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan agar menjadi tempat asas kanak-kanak memahami

konsep pembelajaran, dengan transformasi yang dilakukan akan lebih memudahkan lagi tugas guru dan ibu bapa dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak selain dapat melicinkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) serta pengurusan waktu pembelajaran yang lebih strategik dan teratur. Sebelum saya mengakhiri ceramah pada hari ini, ingin sekali lagi saya menyatakan bahawa transformasi pendidikan prasekolah sebagai wahana pembangunan modal insan adalah bertepatan dengan kehendak kerajaan.22

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 Demikianlah apa yang dapat saya sampaikan, semoga intipati dan ilmu yang bermanfaat dapat kita jadikan sebagai pemangkin pembangunan negara kelak. Jika terdapat salah dan silap bicara saya pinta kemaafan dan kepada Allah Swt saya mohon keampunan. Wabillahit taufiq walhidayah. Wassalamualaikum Wr. Wb.

Sekian, terima kasih.

23

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 3.2 Penulisan Teks Pidato Oleh Muhammad Firdaus TAJUK PIDATO: PENDIDIKAN BERTERUSAN MENJAMIN INSAN CEMERLANG

Carilah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina. Begitulah ungkapan seorang manusia yang begitu ulung di atas muka bumi ini iaitu nabi Muhammad SAW berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Hal ini, sudah jelas membuktikan bahawa ilmu begitu penting dalam kehidupan kita sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini. Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim. Hadis yang dilafazkan ini sebagai tambahan atau sebagai penyokong hadis diatas bagi membuktikan betapa ilmu pengetahuan itu begitu penting kepada kita kerana Hidup tanpa ilmu ibarat hidup dalam kegelapan. Ungkapan ini pula merupakan ungkapan yang diungkapkan oleh seorang cendikiawan barat iaitu John Dewey berkaitan dengan ilmu pengetahuan.

Assalamualaikum w.b.t kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang berusaha Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Yang berbahagia, Tuan TImbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Yang setia, Inspektor Abdul Halim, Barisan panel hakim yang memegang tampuk keadilan, saudari penjaga masa yang sentiasa tepat pada waktunya, rakan seperjuangan, guru-guru serta sidang hadirin sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Pendidikan Berterusan Menjamin Insan Cemerlang.

24

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 Hadirin sekalian,

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kejayaan seseorang insan dalam menentukan masa depan terletak pada tahap pendidikan yang di milikinya beserta dengan usaha yang dilakukan disamping bantuan dan bimbingan yang diberikan oleh pihak lain. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan bagi memastikan kecemerlangan para pelajar ini dapat diteruskan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras mencapai pendidikan ke arah wawasan 2020.

Hujah saya yang pertama di bawah konstituen frasa pendidikan berterusan dari sudut ibu bapa dan institusi kekeluargaan. Umum mengetahui ibu bapa adalah pencorak utama keperibadian anak-anak. Hal ini bertepatan dengan sabda nabi Muhammad SAW maksudnya : Anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam

mencorakkannya. (Riwayat Al-Bukhari) Di dalam konsep pendidikan, ibu bapa sangat penting dalam penerapan nilai-nilai murni. Ibu bapa juga adalah pendidik utama kerohanian anak-anak bagi menjamin insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Ibu bapa sepatutnya mengajar anak-anak bersolat, berpuasa, mengaji al-quran dan sebagainya seawal usia 6 tahun lagi. Hal ini supaya anak-anak tidak hanya bertopengkan pada nama islam semata-mata. Ilmu-ilmu akhirat penting kerana ini adalah amalan yang bakal di bawa apabila meninggal dunia kelak. Selain itu, institusi kekeluargaan juga berperanan sebagai tenaga pengajar yang tidak formal serta penyunting semangat para pelajar ini agar terus bersemangat dalam menuntut il mu seterusnya memperoleh kejayaan. Sebagai contoh, kejayaan ibu bapa Nik N or Madihah, iaitu pelajar cemerlang Sijil Penilaian Malaysia (SPM) 2008 dalam mendidik anak mereka sejak kecil lagi dan sering memberi semangat akhirnya usaha tersebut membuahkan hasil. Ekoran daripada sokongan yang berterusan daripada ibu bapa dan ahli keluarga pelajar ini telah mengukir sejarah dengan

25

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 menjadi insan yang cemerlang walaupun mereka tiada kelulusan tinggi dan datang daripada keluarga yang susah. Pendidikan harus diberikan kepada anakanak sejak mereka kecil lagi, hal ini bertepatan dengan pepatah yang berbunyi Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hadirin yang dihormati sekalian, Hujah saya yang kedua di bawah konstituen frasa pendidikan berterusan dari sudut sekolah. Di sekolah anak-anak menghabiskan masa lebih kurang 10 jam sehari meliputi aktiviti kurikulum. Ini jelas dapat membentuk pelajar menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik. Mereka di ajar ilmu-ilmu

fardhu kifayah seperti ilmu hisab dan ilmu sains di mana dapat menjadikan anakanak pelajar ini sebagai pelopor bidang kimia dan sebagainya di mata dunia. Mereka juga diajar untuk menjadi pemimpin yang cemerlang apabila dewasa kelak. Ini jelas ditunjukkan melalui aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform, kelab dan persatuan yang mampu untuk meningkatkan tahap

ketahanan fizikal dan emosi pelajar. Di sekolah, pelajar juga terdedah kepada tiga aspek pembelajaran iaitu jasmani, rohani dan emosi. Pendidikan yang sempurna yang dipelajari disekolah mahupun institusi pengajiaan tinggi mampu untuk menjadikan seseorang pelajar itu menjadi insan cemerlang dari segi lahiriah dan rohaniah sekaligus menjadi aset pembangunan negara. Hujah saya yang ketiga di bawah konstituen frasa pendidikan berterusan dari sudut rakan sebaya. Semenjak kita masih kecil, kita sudah diajar untuk mencari rakan yang baik selain daripada ibu bapa dan guru. Ini juga dikira sebagai pendidikan yang berterusan jika kita mengamalkannya. Rakan yang baik akan menjadi pengaruh yang baik. Kebanyakkan golongan remaja gemar untuk meluahkan perasaan mereka kepada rakan-rakan terlebih dahulu berbanding ibu bapa masing-masing. Jika rakan yang boleh dipercayai tidak mengapa. Justeru apabila menjadi seorang pendengar, Kita hendaklah memberikan nasihat yang baik dan mengajak untuk melakukan kebaikan. Selain berperanan sebagai tempat meluahkan perasaaan, kita juga boleh saling26

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 bantu-membantu dalam pelajaran antara satu sama lain. Oleh itu, dengan adanya rakan-rakan mereka boleh mempelbagaikan cara pembelajaran supaya ianya tidak membosankan. Contohnya, mereka boleh belajar secara kumpulan, melakukan kuiz sesama sendiri dan sebagainya bagi menjalankan proses pembelajaran secara berterusan. Kaedah ini lebih menyeronokkan berbanding belajar secara bersendirian. Hujah saya yang keempat di bawah konstituen frasa pendidikan berterusan dari sudut masyarakat. Pendidikan berterusan daripada masyarakat sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak di dalam

kehidupan bermasyarakat. Hal ini dapt diambil daripada pengajaran dan tauladan seperti kisah masyarakat sekeliling. Bukan niat untuk menjaga tepi kain orang, tetapi dizaman global ini sikap menjaga tepi kain orang perlu sedikit diamalkan supaya kita tidak terikut-ikut kearah maksiat yang semakin berleluasa. Melalui program sayangi jiran anda, institusi kejiranan patut menegur setiap tindak-tanduk anak jiran mereka yang kurang

menyenangkan dan ibu bapa perlulah menerimanya secara terbuka agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan secara aman. Pendidikan yang dimaksudkan bukanlah pendidikan yang kearah ilmiah, tetapi pendidikan berkaitan dengan sahsiah dan nilai-nilai moral yang perlu diterapkan kepada anak-anak pada masa kini oleh masyarakat. Selain itu, masyarakat berperanan sebagai model atau ikutan kepada anak-anak yang masih kecil dalam membentuk keperibadian mereka. Sebagai contoh, masayrakat perlulah memberi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat menjejaki contoh tauladan yang baik tersebut. Secara tidak langsung, pembelajaran secara tidak formal dapat dilaksanakan dengan terus menerus bagi melahirkan generasi yang gemilang kelak.

27

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 Hadirin sekalian, Hujah saya yang kelima iaitu hujah saya yang terakhir pada hari ini di bawah konstituen frasa pendidikan berterusan dari sudut media massa. Media massa berperanan penting dalam penyebaran ilmu kepada penonton. Antaranya ialah pembelajaran melalui televisyen secara langsung. Contoh yang boleh diambil ialah rancangan al-kuliyyah, mari pengaji dan sebagainya. Rancanganrancangan ini sentiasa menyeru masyarakat kearah kebaikan. Justeru setiap intipati yang dipaparkan hendaklah dihayati dan difahami. Tambahan pula pada masa kini, terdpat beberapa siaran baru telah dirangka sebagai siaran penyampaian ilmu ilmiah seperti siaran TVIQ yang menyampaikan maklumat dan penyediaan aktiviti berkaitan dengan pembelajaran bagi pelajar sekolah rendah untuk persediaan mereka menghadapi Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Selain daripada media massa, media cetak juga memainkan peranan penting dalam menjana pendidikan berterusan kepada para pelajar.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, media cetak juga banyak menyebarkan maklumat dan info berkaitan dengan ilmu kepada para pelajar. Contohnya, surat khabar didik yang berfokus kepada UPSR telah banyak membantu dalam menjayakan penyebaran ilmu menggunakan media surat khabar ini. Begitulah antara intipati yang dapat saya sajikan kepada semua berkaitan dengan pidato saya pada hari ini. Jesteru itu, bagi menjulung segala yang telah duperkatakan di atas, kita sebagai masyarakat perlulah memberi sokongan dalam menjayakan pendidikan berterusan agar dapat menjamin insan

cemerlang. Akhir kata, ingin saya tegaskan bahawa kehidupan lebih sempurna akan dapat dibentuk sekiranya masyarakat kita membudayakan hidup secara berilmu. Ketahuilah, sejarah juga ada mengatakan bahawa Masyarakat maju yang dapat menguasai pelbagai bidang dalam kehidupan dan mencipta sejarah adalah terdiri daripada masyarakat yang berilmu.

28

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 Sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun dari saya. Jika ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi; Jika ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

29

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 5.0 REFLEKSI INDIVIDU Mohamad Luqmanulhakim Bin Mohamad 920922-11-5499 Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya, tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu Komunikasi akhirnya dapat disiapkan dengan jayanya walaupun sebelum itu terdapat pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang saya dan rakan saya menyiapkan tugasan berkumpulan ini. Ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Roslan Bin, pensyarah pembimbing Bahasa Melayu Kontekstual bagi unit PPISMP PSv/BI/BM semester 3 yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu, Kelantan atas prasarana atau kemudahan yang telah disediakan seperti kemudahan pusat sumber yang menyediakan bahan rujukan mengenai tugasan dan kemudahan internet yang membolehkan kami mendapatkan maklumat mengenai tugasan dalam masa yang singkat. Tugasan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu tugasan berkumpulan dan tugasan individu. Tugasan kumpulan merangkumi penyediaan semua nota tentang pengucapan awam manakala tugasan individu adalah menghasilkan satu teks pengucapan awam setiap seorang. Hasil perbincangan kumpulan saya memilih teks ucapan sebagai pilihan saya.Ianya kelihatan sungguh mudah untuk disiapkan. Akan tetapi, bagi menghasilkan teks yang berkualiti bukanlah sesuatu yang mudah,tambahan pula saya kurang membiasakan diri saya dengan penggunaan bahasa yang gramatis.

30

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 Namun begitu, saya telah mengalami kekangan masalah sewaktu melaksanakan kerja kursus ini ialah memandangkan saya dan rakan saya tinggal di lokasi bilik yang berlainan, amat menyukarkan kami untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan berkaitan tugasan ini. Faktor masa juga menambahkan lagi kesulitan kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan sesempurna mungkin hal sedemikian kerana pertindihan masa kerja kursus dengan projek seni kami. Masing-masing faham tentang permasalahan ini. Dengan ini saya tidak membuang masa. Setelah tamat kuliah, saya pergi ke perpustakaan untuk membuat tugasan ini. Di perpustakaan, adalah lebih mudah untuk saya mencari bahanbahan yang berkaitan. Selang beberapa hari selepas Encik Roslan memberikan penerangannya, Puan Walaini bertanya kepada kami tentang tugasan Bahasa Melayu Kontekstual. Beliau telah menunjukkan contoh yang lebih terperinci tentang apa yang perlu kami laksanakan. Ini adalah beliau tidak mahu kami mengikuti jejak langkah beberapa orang guru pelatih yang telah melakukan beberapa kesilapan yang boleh menyebabkan markah mereka hilang. Selepas mendengar penjelasan tersebut, saya telah menjalankan prosesproses pengubahsuaian terhadap tugasan yang saya laksanakan. Terutamanya dalam proses pencarian maklumat. Proses pencarian maklumat mengenai tugasan amatlah sukar kerana terdapat perbezaan dan percanggahan maklumat bagi syarahan pada setiap sumber yang kami cari. Oleh itu, kami telah merujuk pensyarah mengenai format penulisan yang tepat bagi ucapan tersebut. Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya telah memperoleh banyak manfaat dan pengalaman di samping ilmu pengetahuan yang luas mengenai format penulisan karangan seperti format penulisan teks ucapan agar kemahiran penulisan tersebut dapat diaplikasikan dalam kerjaya kita. Tugasan ini juga secara tidak langsung membantu mengeratkan hubungan antara pensyarah dengan para pelajar melalui perkongsian maklumat dan pendapat ketika proses perbincangan mengenai kerja kursus ini dijalankan. Tugasan ini turut memberikan peluang kepada kami untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain sepanjang proses perbincangan31

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 mengenai tugasan berkumpulan dijalankan. Saya telah belajar untuk menerima kritikan dan pendapat orang lain serta berkongsi pendapat dan pandangan saya sepanjang kami melaksanakan kerja kursus ini. Saya berharap melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mampu

memperbaiki kelemahan saya dan meningkatkan mutu tugasan saya pada masa akan datang. Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberikan pengetahuan dan pemahaman yang lebih jelas mengenai format penulisan yang tepat bagi surat kiriman rasmi, surat jemputan menghadiri mesyuarat, skrip pengacaraan majlis dan minit mesyuarat Akhir kata dari saya, sebagai seorang guru kamahiran komunikasi sama ada bertulis atau komunikasi khalayak perlulah difahami dan seorang guru juga perlu menguasai kemahiran tersebut secara lisan mahupun bertulis kerana situasi seperti bakal dilalui oleh guru-guru semasa di alam pekerjaan nanti.

32

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 REFLEKSI MUHAMMAD FIRDAUS BIN ISMAIL

Bahasa Melayu Kontekstual ini merupakan mata pelajaran yang tidak asing lagi bagi saya. Subjek Bahasa Melayu telah diperkenalkan kepada pelajar sejak dibangku sekolah rendah lagi namun yang membezakannya hanyalah pengisian tajuk bagi matapelajaran ini. Oleh itu, saya sebagai insan yang akan bergelar guru masih perlu mendalami mata pelajaran ini. Untuk memantapkan tahap kefahaman, saya diarah untuk menyediakan satu tugasan berilmu tentang matapelajaran ini. Setelah dua bulan lebih sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung pada semester ini, saya sebagai bakal guru dikehendaki menyediakan satu folio berkaitan dengan pengucapan awam iaitu pidato,

ucapan, syarahan dan juga ceramah. Saya juga dikehendaki menyediakan teks daripda salah satu pengucapan ini. Hal ini kerana ingin menjana dan melahirkan produk insan guru yang mahir serta matang dalam bidang ini. Demi merealisasikan impian negara, saya akan lakukan yang terbaik untuk membesar dan berkembang sebagai seorang guru yang berdedikasi. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, terlau banyak pengajaran yang dapat diambil untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup sebagai tenaga pengajar tidak lama lagi, di samping menjadikan saya lebih matang daripada segi pemikiran bahasa ibunda ini Daripada pengalaman kendiri saya dalam melaksanakan tugasan ini. Banyak kesukaran dan kekuatan daripadanya telah saya perolehi. Antara kesukaran yang terpaksa saya hadapi dalam menyiapka tugasan kali ini ialah kesukaran saya untuk mencari maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya pada kali ini. Berkaitan dengan pencarian maklumat menggunakan buku-buku ilmiah, saya sukar untuk mendapatkan buku-buku seperti ini di Perpustakaan Maktab Perguruan Kampus Kota Bharu kerana berikutan himpunan-himpunan buku yang masih ditahap rendah. Namun itu bukan jadi alasan buat saya untuk terus berhenti mencari33

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 maklumat yang diperlukan. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mengambil keputusan untuk mencari bahan bacaan di perpustakaan luar. Alhamdulillah, segala hasil usaha yang saya lakukan akhirnya membuahkan hasil. Saya berjaya mencari banyak sumber rujukan yang saya perlukan bagi menghasilkan suatu kerja yang berkualiti dan menepati kehendak pensyarah. Jadi pengajaran yang dapat saya ambil daripada permasalahan saya tersebut ialah kita jangan cepat mudah mengalah kerana ada pepatah mengatakan Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selain itu, saya juga mengalami masalah suasana persekitaran semasa menyiapkan tugasan ini. Hal ini berikutan dengan suasana kolej kediaman yang terlalu bising dan tidak begitu selesa menyukarkan saya untuk fokus dalam melaksanakan tugasan ini terutama pada bahagian penghasilan karangan. Yang mana ia memerlukan ketenangan kepada saya untuk mengarang dengan baik. Namun bagi mengatasi masalah ini, saya telah mengubah waktu untuk saya siapkan bahagian tersebut kepada waktu awal pagi. Saya sering menyiapkan bahagian penulisan ini sekitar jam satu pagi kerana pada waktu ini suasananya begitu tenang tanpa gangguan bunyi bising dan sebagainya. Seterusnya, masalah ini juga merupakan masalah yang besar juga bagi saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Masalah yang dimaksudkan adalah masalah rangkaian enternet di Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu ini. Saya sering kali berhadapan dengan masalah rangkaian enternet di IPGKKB ini sering terputus talian dan penggunaanya tidak begitu meluas kerana telah disekat oleh pihak-pihak yang berkenaan. Hal ini sedikit sebanyak membantutkan proses pencaran maklumat saya berasaskan sumber enternet. Namun, saya tidak berputus asa, saya telah mengambil keputusan untuk mencari maklumat berdasarkan enternet saya telah pergi ke cyber caf bagi mencari maklumat di sana, alhamdullah, sekali lagi usaha yang saya lakukan membuahkan hasil. Manakala, kekuatan kendiri yang dapat saya pelajari dalam proses menyiapkan tugasan ini ialah saya dapat mewujudkan suatu semangat kerja berpasukan. Hal ini kerana, dalam melaksanakan tugasan kali ini saya diminta34

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 untuk menyiapkannya secara berkumpulan. Suatu daya kerjasama telah dapat diwujudkan dengan adanya pembahagian tugas dan peranan masing-masing dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Kesanya, kerja yang mudah menjadi senang dan kerja yang banyak menjadi sedikit. Situasi ini bertepatan dengan pepatah yang berbunyi Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Begitulah yang dapat saya gambarkan betapa pentingnya melakukan kerja secara berkumpulan ini. Selain itu, kekuatan lain yang saya perolehi setelah berjaya

menyelesaikan tugasan ini adalah saya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu semasa melakukan sesi kolaborasi bersama mereka. Banyak input-input yang berguna telah saya perolehi daripada mereka. Seterusnya, kekuatan kendiri yang saya perolehi daripada melaksanakan tugasan ini ialah saya telah belajar erti sesuatu pengorbanan dan keberanian. Hal ini saya utarakan kerana semasa menghadapi masalah dalam mencari sumber maklumat, saya terpaksa korbankan sedikit wang dan masa saya untuk mencari maklumat di pusat cyber cafe dan sebagainya ekoran kesukaran mendapatkan sumber maklumat. Manakala dalam menyiapkan tugasan ini juga saya telah berjaya mendidik diri saya agar menjadi lebih berani terutama semasa berkomunikasi. Saya akui, kemahiran berkomunikasi ini sangat penting kepada saya kerana sebagai bakal guru saya harus berani berkomunikasi kerana kerjaya ini sememangnya mewajibkan saya untuk berkomunikasi di khalayak ramai. Setelah menyiapkan tugasan ini sedikit sebanyak telah memberi sedikit motivasi kepada saya agar lebih berani untuk berkomunikasi. Setelah mengetahui kekuatan yang saya perolehi dari aspek kendiri, kini saya akan memberikan refleksi saya tentang kekuatan yang saya perolehi dari aspek ilmiahnya pula. Dari aspek ilmiah, kekuatan saya perolehi ialah saya dapat pelbagai ilmu berkatan dengan pengucapan awam. Sebagai contoh, saya telah mengetahui beberapa kaedah atau cara untuk berucap dengan betul selain daripada mengetahui format-format penulisan teks dan sebagainya.35

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 Seterusnya, kekuatan dari aspek ilmiah yang saya perolehi berdasarkan tugasan kali ini ialah saya berasa begitu yakin untuk menghasilkan suatu penulisan. Hal ini kerana, dengan adanya ilmu yang mendalam berkaitan dengan cara penghasilan teks pengucapan awam yang baik, saya begitu yakin dapat menghasilkan suatu penulisan yang bermutu dan penulisan yang penuh dengan ilmu berkaitan dengan penulisan ini. Kesimpulannya, berdasarkan ilmu yang telah saya perolehi setelah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi ini akan saya amati dan saya aplikasikan dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang bakal guru. Saya juga dapat menimba pengalaman baru daripada tugasan yang diberi. Tanpa pengetahuan yang tepat, sesuatu pembelajaran tidak akan sempurna. Akhirulkalam, secara keseluruhannya, tugasan ini membawa banyak faedah kepada saya dalam pelbagai aspek dan menjadikan saya seorang yang lebih peka dalam pembelajaran. Sekian terima kasih.

36

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011 BIBLIOGRAFI Buku Abdul Muati Ahmad, 1994, Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur : PTS Millennia Sdn Bhd Nik Safiah Karim. 2002. Bahasa Melayu STPM (kertas 1 & 2). Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti. Rahmat Masri dan Sthiraruci Tan, 1993, 102 Karangan & Surat Kiriman Contoh PMR, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Raminah Hj. Sabran. 1988. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti. Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Internet http://www.smkbj.edu.my/main/download/tips%20motivasi/KEMAHIRAN%20BER UCAP.ppt. (10 Ogos 2011) http://addin-mariberbahasa.blogspot.com/2007/06/kesantunan-berbahasa.html (10 Ogos 2011)

37

Bahasa Melayu Konstekstual(BMK) 2011

38