kes study sem 3 pelajar pintar

Upload: ulik-likud

Post on 18-Jul-2015

80 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

KBC3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

KAJIAN KESNAMA NO.ID POGRAM FAKULTI PENSYARAH KUMPULAN : NIK HAZIRAH BINTI NIK MAT DIN : D20091034780 : PENDIDIKAN KHAS (PINTAR CERDAS) : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA : DR. NASIR BIN MASRAN :A

1

BIL 1.0 2.0

KANDUNGAN PENGENALAN KONSEP PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL PINTAR CERDAS CIRI-CIRI EMOSI PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT ISU SOSIAL, EMOSI PELAJAR PINTAR CERDAS 3.1 3.2 Kesempurnaan (Perfectionism) Over-excitable

HALAMAN 3 4

3.0

5

4.0

6 7

5.0

SOKONGAN PELAJAR PINTAR CERDAS 5.1 5.2 5.3 5.4 Rancangan Pelajaran Individu (RPI) Pihak sekolah dan ibu bapa Pecutan kurikulum (Acceleration curriculum) Pendekatan penggayaan pintar cerdas (Enrichment) 9 10 10 12

6.0

MAKLUMAT RESPONDEN 6.1 Biodata responden 6.2 Pencapaian akademik 6.3 Biodata ibu bapa responden 6.4 Personaliti responden STRATEGI KEPADA RESPONDEN PENUTUP RUJUKAN

15 15 16 18 19 21 22

7.0 8.0

2

1.0

PENGENALAN

Sistem pendidikan telah mengambil langkah supaya dapat mengembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pendidikan mencadangkan bahawa pengajaran perlulah selaras dengan tahap perkembangan pelajar dan guru menggunakan kaedah yang sesuai di dalam bilik darjah. menurut Reis dan Renzulli (1992) menyatakan pelajar pintar cerdas adalah kebolehan yang membabitkan pelbagai domain seperti intelektual, kerohanian, pemikiran kreatif, saintifik, futustik, seni halus, kepimpinan sosial dan deria motor. Tambahan lagi, pelajar pintar cerdas dan berbakat juga merupakan individu yang istimewa dalam aspek-aspek pemprosesan kognitif, perssonaliti dan tingkah laku.

Pelajar pintar cerdas merupakan aset kepada negara. Mereka merupakan golongan pelajar yang dikategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus dan mempunyai kelebihan intelek yang luar biasa berbanding dengan rakan sebaya (Ng dan Sandiyio 2005). Pelajar pintar cerdas dan berbakat lebih bijak secara intelek dan mempunyai tingkah laku luar biasa yang membezakan mereka dengan rakan sebaya yang lain (Rizza dan Mclntosh, 2001). Kebanyakan pelajar pintar cerdas mempunyai perbezaan di antara tahap kematangan intelek dan ketidakmatangan emosi mereka berbanding usia sebenar (Terrassier 1985) serta realiti bahawa mereka sering berasa tersisih dan terpinggir (Csikszentmihalyi, Rathunde dan Whalen 1993). Oleh demikian, keberangkalian pelajar ini berhadapan pelbagai masalah sosio-emosi menjadi relevan.

Konflik sosial yang dialami oleh pelajar pintar cerdas dapat dilihat melalui persekitaran pembelajaran. Antara sikap dan tingkah laku negative yang sering ditunjukkan adalah kecenderungan menimbulkan masalah di sekolah di sekolah seperti tidak memberi kerjasama, malas, sukar fokus, mengganggu rakan lain, gagal berinteraksi dan suka menunjuk-nunjuk kebolehan yang ada.

3

2.0

KONSEP PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL PELAJAR PINTAR CERDAS

Kajian ahli psikologi-psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) menjelaskan setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Menurut Woolfolk dan Margetts (2007) merumuskan perkembangan fizikal ditafsirkan sebagai perubahan tubuh badan, perkembangan kognitif sebagai perubahan pemikiran, perkembangan sosial sebagai perubahan hubungan dengan individu lain dan perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman, ekspresi dan pengurusan emosi. Proses perkembangan individu berlaku secara terus-menerus dari awal sehingga sepanjang hayat. Menurut Gesell (1949) menyatakan walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak yang lain.

Namun begitu, terdapat perbezaan perkembangan bagi pelajar pintar cerdas dengan pelajar yang lain. Perkembangan bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat mengalami perkembangan asynchronous. Asynchronous merujuk kepada perkembangan intelektual, fizikal dan emosi tidak merata. Kebiasaan perkembangan pelajar lain mengikut syns iaitu tahap perkembangan berlaku yang sama rata. Tetapi, pelajar pintar cerdas dan berbakat mengalami perkembangan di luar syns. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang berumur tiga tahun mempunyai intelektual pada umur enam tahun, perkembangan fizikal pada umur tiga tahun, manakala, kematangan emosi pada umur dua tahun. Walaubagaimanapun, mereka mengalami emosi yang tidak stabil. Pendek kata mereka lebih sensitif berbanding pelajar yang lain. Menurut Columbs Group (1991) merumuskan pelajar pintar cerdas dan berbakat megalami perkembangan asynchronous dalam daya intelektual yang tinggi dan mampu mencipta pengalaman yang kreatif.

4

3.0

CIRI-CIRI SOSIO- EMOSI PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

Dalam menyenaraikan ciri pelajar pintar cerdas dan berbakat mempunyai pelbagai aspek pembahagiannya domainnya. Menurut Gargiuolo (2006) dan Sousa (2003) menjelaskan tujuh domain daripada ciri-ciri pelajar pintar cerdas dan berbakat yang disarankan oleh pelbagai ahli psikologi seperti Gardner, Renzulli dan Clark. Sosial-emosi adalah salah satu domain yang penting dalam melihat ciri kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini. Pelajar yang mempunyai kecerdasan dalam sosial emosi adalah kanak-kanak yang didapati: 1. sangat menitikberatkan hal-hal keadilan serta mempunyai perasaan yang mendalam terhadap keadilan dan adakalanya mungkin akan menentang dengan tegas sesuatu yang dirasanya tidak adil. 2. berkeyakinan yang tinggi, percaya dirinya dihargai kerana kebolehannya. 3. lebih gemar berkawan dengan individu yang lebih tua dari usianya. 4. berkecenderongan menjadi seseorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. 5. sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin melakukan tugasan dengan terlalu berhati-hati sehingga lewat menyempurnakannya atau menangguhkan kerja. 6. persahabatannya berasaskan minat yang sama dikongsinya tetapi bukan kerana umur yang sebaya dengannya. 7. mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang menarik minatnya. 8. jujur, peramah dan suka membantu dan sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku. 9. sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan dan mudah kecewa walau pun dalam hal-hal yang kecil. 10. mudah mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu yang menyentuh hatinya. 11. sangat simpati dan menyayangi haiwan serta sanggup untuk berhenti makan daging. 12. sangat teliti dalam hal yang berkaitan dengan peraturan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain. 13. tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna. 14. gemar bertanya soalan secara kritikal terhadap perkara yang serius seperti masalah berkaitan populasi dunia dan isu-isu alam sekitar.5

4.0

ISU SOSIAL, EMOSI PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

4.1

KESEMPURNAAN (PERFECTIONISM)

Pengkaji melihat sifat kesempurnaan merupakan tidak sihat secara psikologi. Sifat ini sering dipandang sebagai kekecewaan, kemunduran dan rendah diri. Menurut Patricia Schuler (2002) merumuskan kesempurnaan dalam pelajar berbakat iaitu satu kumpulan pelajar berbakat yang cenderung perfeksionis. Selain itu, mereka juga lebih perfektionis daripada pelajar yang mempunyai purata IQ. Tetapi, sifat kesempurnaan mereka menjadi faktor untuk berprestasi tinggi. Namun, sifat kesempurnaan ada pro dan kontra. Dari segi pro, sifat kesempurnaan ini merujuk kepada mereka yang mendapatkan rasa yang sangat nyata dari kesenangan dari tenaga kerja. Manakala, dari segi kontra sifat kesempurnaan yang dikenali neurotic perfectionists merupakan rasa tidak puas hati kerana mereka menganggap hasil kerja tidak sempurna.

Di samping itu, pengkaji lain turut mengkategorikan sifat kesempurnaan sebagai enabling perfectionism iaitu memberi semangat untuk mencapai kejayaan. Manakala, disabling perfectionism iaitu salah satu kemampuan yang hendak dicapai di mana ia betul-betul mampu. Walaubagaimanapun, mengikut Shakespeare menyatakan seseorang dilahirkan perfektionis, sesorang juga meningkatkan perfektionis dan seseorang perfektionis yang dorong ke atas mereka. Sifat kesempurnaan boleh membawa mereka takut kepada kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Pelajar ini memerlukan maklumat yang lengkap sebelum menjawab sesuatu soalan atau menyipakan tugasan yang diberikan. Oleh itu, mereka gemar meluang masa dengan dengan aktiviti digemari seperti membaca.

6

4.2

OVER-EXCITABLE (OE)

Istilah ini pertama kali diperkenalkan oleh Dabrowski (1938) yang menggambarkan secara luas dan diintensifkan mengalamai di psikomotor seperti bahagian sensual, intelektual, imaginasi dan emosional. Menurut Silverman (1993) menyatakan Dabrowskis overexcitabilities terdapat lima jenis iaitu: intellectual overexcitability, emotional overexcitability, imaginational overexcitability, sensual overexcitability dan psychomotor overexcitability.

Pelajar yang menunujukkan kecenderungan tingkat tinggi dalam intellectual overexcitability cenderung berbakat akademik (Silverman 1993). Antara ciri pelajar OE intelektual ialah:

sangat suka belajar, meningkatkan kapasiti pemikiran analitikal, meta analisis, memberi perhatian lebih lama berbanding umur sebaya mereka, merancang perancangan terperinci dan sifat ingin tahu.

Dalam emotional overexcitability pula, pelajar dengan lebih emosi. Menurut Kline dan Meckstroth (1985) menyatakan hampir semua masalah dan hal-hal kecil menjadi penting. Pelajar yang mempunyai OE emosional ialah: lebih peka dengan perasaan berbanding dengan rakan sebaya. mempunyai hubungan rapat dengan orang lain malah dengan haiwan. Mereka juga sukar memaafkan diri mereka sekiranya mereka telah melukakn perasaan orang lain, dan mereka boleh menjadi sangat kritis terhadap diri sendiri serta bimbang dengan kesalahan kecil.7

Seterusnya ciri pelajar OE imaginational. Menurut Linda Silverman (1993) menyatakan ciri pelajar pintar cerdas dengan imaginational OE ialah:

dapat menjelaskan cerita dan idea dengan sangat terperinci sehingga orang dewasa berminat. Mereka suka berimaginasi daripada fakta. Mereka mempunyai kapasiti besar dalam rekaan baru, mencipta kreatif. Dapat berimaginasi dengan jelas sekali. Imaginasi mereka diolah dengan luar biasa.

Ciri pelajar OE yang keempat ialah Psikomotor overexcitability. Pelajar ini dilihat seperti mempunyai lebihan tenaga semulajadi. Pergerakan tersebut dilakukan dengan keupayaan mereka seperti bercakap dengan kelajuan cepat, suka aktiviti fizikal, impulsif, kegelisahan, tekanan untuk tindakan untuk menjadi aktif dan energetik.

Ciri pelajar sensual overexcitability ialah:

Mereka mempunyai kepekaan luar biasa dalam sesuatu domain bakat seperti muzik dan bahasa. Mereka mudah terpegun dengan sesuatu bidang yang diminati dan akan berulang kali mendengar untuk memuaskan minat mereka. Kanak-kanak ini juga tidak menyukai tekstur makanan tertentu malah mereka dapat merasa makanan tersebut dan dapat menikmati rasa makanan.

8

4.0

SOKONGAN MURID PINTAR CERDAS

Sebagai guru pintar cerdas, perlu menyediakan beberapa strategi kepada murid pintar cerdas berbakat kreatif. Setelah menjalani ujian diagnostik dan mengenal pasti tahap IQ mereka maka, guru perlu menyusun langkah-langkah yang berkesan kepada mereka terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Rosadah (2004) menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai bentuk masalah psikologi, maka keperluan untuk menyediakan sokongan psiko-sosial yang berkesan secara menyeluruh dalam sesuatu program pendidikan pintar cerdas adalah sangat kritikal.

4.1

RANCANGAN PELAJARAN INDIVIDU (RPI)

Perkembangan mengenai konsep pintar cerdas memberi kesan kepada sistem pendidikan. Perkembangan ini telah membawa kefahaman tentang pintar cerdas dalam pelbagai perseptif yang lebih mendalam seperti ciri-ciri pelajar pintar cerdas, kebolehan, dan motivasi (Senate Select Committee Report, 1988). Menurut Monks dan Katzko (2005) menyatakan prinsip utama pendidikan kepada pintar cerdas melibatkan rancangan individu dan pembezaan (differentiation). Rancangan individu merujuk kepada stategi program yang disediakan pelajar pintar cerdas berdasarkan minat atau kebolehan seseorang pelajar. Tambahan pula, bahan yang digunakan disesuiakan dengan kebolehan serta mereka boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Manakala, rancangan pembezaan menurut Vygotsky (1980) merujuk kepada pengubahsuaian kurikulum mengikut gaya belajar mengikut keupayaan individu. Selain itu, ia merangkumi perincian dalam bidang kurikulum (California Association fot the Gifted, n.d.).

9

4.2

PIHAK SEKOLAH DENGAN IBU BAPA

Pihak sekolah dengan ibu bapa perlu mewujudkan kerjasama dalam membantu pelajar pintar cerdas. Perjumpaan bersama ibu bapa merupakan satu peluang untuk mengenalpasti kebolehan dalam bidang-bidang tertentu serta ciri-ciri sosial dan emosi pelajar pintar cerdas. Ibu bapa perlu memberi kerjasama kepada pihak guru agar dapat mengatasi masalah bersama-sama. Menurut Kaufman dan Castellanos (2000) dalam kajian mereka mendapati ibu bapa pelajar pintar cerdas sering mengadu bahawa anak mereka kerap bersendirian berbanding dengan rakan sebaya, bersikap kurang sabar dan mempunyai sifat hiperaktif.

4.3

PECUTAN KURIKULUM (ACCELERATION CURRICULUM)

Pecutan kurikulum adalah satu satu strategi kurikulum kepada pelajar pintar cerdas. Kaedah pembelajaran pelajar pintar cerdas berbeza dengan rakan sebaya mereka. Menurut Johnson (1982) menyatakan mereka memerlukan kurikulum yang dapat membezakan keperluan pembelajaran yan unik serta melonjakkan kemampuan belajar ke peringkat lebih tinggi. Tambahan pula, pengalaman belajar yang sesuai dengan kebolehan akan meningkatkan motivasi dan minat mereka terhadap pelajaran. Penyelidikan berkaitan dengan tindak balas yang berlaku dalam otak seseorang menunjukkan bahawa otak akan berkembang apabila sentiasa dicabar dengan pelbagai perkara (Stepanek, 1999).

Selain itu, kurikulum pecutan kepada murid-murid pintar cerdas merangkumi akademik dan sosial. Oleh itu, program ini perlu difahami bahawa kejayaan kurikulum ini berdasarkan sebagai keputusan program bukan untuk mengisi penempatan kurikulum. Kurikulum ini disusun dengan pelbagai peringkat yang lebih mencabar kepada mereka. Menurut Gross (1992) dalam kajian menunjukkan kurikulum bahan-bahan pelajaran disusun teliti dan dipantau merangkumi aspek kematangan sosial dan emosi mereka serta prestasi akademik. Pecutan kurikulum ini memberi impak positif kepada murid pintar cerdas.

10

Oleh itu, cabaran merupakan dalam pembinaan kurikulum dan kaedah pengajaran yang berkesan terutama dalam kalangan pinter cerdas. Menurut kajian Kulik dan Kulik (1984) dan Vialle (2001) menyatakan program pecutan kurikulum secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka. Tambahan pula, pencapaian murid pecutan boleh dibandingkan dengan pelajar yang berada gred tinggi. Kandungan kurikulum pecutan yang mencabar dapat menstabilkan emosi dan sosial mereka kerana dapat memberi peluang untuk meningkat kebolehan. Pecutan kurikulum ialah kandungan kurikulum yang diajar dengan kelajuan yang lebih cepat. Strategi ini mempunyai beberapa pilihan berdasarkan kebolehan atau keperluan pelajar pintar cerdas dan berbakat. Menurut Brody dan Benbow (1987) merumuskan beberapa kaedah dalam pecutan kurikulum iaitu:

Percepatan dalam satu atau lebih bidang subjek. Grade skipping. Program Advanced Placement (AP). Menawarkan kursus institusi di sekolah Lulus awal dari sekolah tinggi. Kemasukan awal di institusi pengajian.

Menurut Petrovich (2005) dan Rogers (2002) dan Van Tassel- Baska (1986) telah mengenalpasti kebaikan menggunakan kurikulum pecutan kepada pelajar pintar cerdas.

Dapat meningkatkan motivasi untuk belajar kerana kurikulum baru serta mencabar. Dapat mencegah sikap malas. Dapat latihan professional pada peringkat awal. Pembelajaran lebih berkesan kerana lebih cepat dikuasai. Mengurangkan perasaan tersisih atau terasing kerana mempunyai interaksi rakan. Sistem ekonomi yang disediakan oleh pihak sekolah kepada murid-murid pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas dapat berkongsi minat dalam bidang akademik dengan murid-murid pintar cerdas yang lain.

11

Namun, kurikulum pecutan mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya:

Kemungkinan hasil sosial dan emosi disalah suai. Kemampuan untuk menghasilkan idea atau kemahiran asas dalam bidang ditinggalkan. Guru-guru memerlukan latihan, kemahiran dan pengurusan yang khusus

4.4

PENDEKATAN PENGGAYAAN PINTAR CERDAS (ENRICHMENT)

Penggayaan merujuk kepada kandungan kurikulum diubahsuai dengan mendalam, terperinci, kompleks dan abstrak daripada kurikulum sedia ada. Menurut Renzulli dan Reis (1997) menggambarkan penggayaan sebagai aktiviti pembelajaran yang direka bentuk untuk menggalakkan hasil pembelajaran yang kreatif dalam kalangan pelajar. Melalui penggayaan, pengalaman yang diperolehi dari dalam dan luar kelas yang dapat menyediakan peluang untuk pelajar pintar cerdas belajar melebihi dari tahap yang disediakan oleh kurikulum biasa.

Terdapat dua aspek yang digunakan dalam istilah penggayaan iaitu kurikulum yang digunakan dan penyalurannya dalam bentuk program atau perkhidmatan. Menurut Davis dan Rimm (1989) menyatakan dalam mana-mana program penggayaan, kurikulum yang digunakan diperkayakan dengan pengalaman pembelajaran yang unik. Pengubahsuaian atau modifikasi yang dilakukan merupakan dari aspek kandungan dan juga strategi pengajaran dan pembelajaran yang direka khusus untuk pelajar berdasarkan ciri unik mereka.

Di samping itu, pembelajaran yang melibatkan program penggayaan dapat menyediakan pelajar pintar cerdas dengan peluang untuk mengembangkan kebolehan mereka untuk melakukan pembelajaran sepanjang hayat. Menurut Bowlby (1969) memberi empat tujuan penggayaan iaitu:

Menggalakkan minat pelajar untuk terus belajar. Ini boleh dilakukan dengan memberikan pendedahan dan pengalaman terhadap topik yang mereka minati. Pengalaman tersebut haruslah berbentuk first hand.

Bagaimanapun, iainya juga boleh dilakukan dengan memberi pelajar peluang untuk mengikuti seminar, kuliah atau pembentangan tentang tajuk yang mereka minati.12

Mengasah bakat sedia ada pelajar. Tanggungjawab untuk mengasah bakat sedia ada dalam kalangan pelajar pintar cerdas harus datang dari pelajar sendiri. Mereka harus bersedia untuk bergerak dari hanya menanam minat terhadap topic tersebut dengan lebih lanjut. Bagaimanapun, kesediaan mereka untuk mengasah bakat boleh dipertingkatkan dengan adanya sokongan yang diberi oleh pelbagai pihak termasuk guru, ibu bapa, pihak sekolah dan rakan sebaya. Pelajar boleh mengasah bakat mereka dengan berinteraksi dan menjadikan seorang pakar dalam bidang yang mereka minat sebagai mentor yang dapat membimbing dan menyumbang idea kepada mereka.

Mengembangkan kemahiran. Seterusnya, pelajar yang dapat mengasah bakat mereka dapat mengembangkan kemahiran dalam bidang yang diminati. Peranan mentor memainkan penting kerana dapat membing pelajar pintar cerdas dalam pelbagai pengetahuan. Mentor akan mencurahkan segala pengetahuan kepada mereka.

Meningkatkan pencapaian. Pelajar pintar cerdas tidak akan dapat meningkatkan pencapaian mereka jika mereka hanya didedahkan dengan pengetahuan sedia ada yang dikhususkan untuk lumpulan umur mereka. Sebenarnya, wujud ruang yang luas antara pencapaian dan potensi. Apabila potensi pelajar pintar cerdas dapat ditingkatkan, mereka akan mengalami peningkatan pencapaian yang mendadak. Peningkatan atau pengembangan potensi berlaku apabila pelajar tersebut diberikan kaedah pengajaran yang mencabar dan membuka minda mereka kepada penerokaan pengetahuan baru. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan rasa yakin diri dalam kalangan mereka.

13

Teori Renzullis Enrichment Triad

Ulasan Dikemukan oleh Renzulli dan Reis (1985) sebagai panduan penggayaan kepada murid kemampuan tinggi. Matlamat utama ialah mengembang kemampuan pelajar, megkaji serta menyelesaikan masalah yang didadapi. Terdapat 3 langkah: 1) Jenis 1: aktiviti ini melibatkan pendedahan pelajar kepada pelbagai displin, topik, isu, kerjaya, peristiwa dan persekitaran yang tidak terdapat dalam kelas formal. Antaranya ialah aktiviti ceranah, dialog, lawatan-lawatan, tayangan, pembacaan, penerokaan melalui internet. Pengalaman dabn penemuan melalui penerokaan ini membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya.

2) Jenis 2: terdiri daripada kaedah penyelidikan dan penyelesaian masalah. Melalui kemahiran Kursus Kemahiran Berfikir (KKB). Kursus ini memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar untuk mendapatkan kemahiran dalam kaedah berfikir secara meluas, kreatif, analisis, inovatif dan kritis. Seklain itu, Kursus Amalan Belajar (KAB) turut diberikan. Tujuannya adalah membantu pelajar untuk mendapatkan kemahiran dalam kaedah belajar seperti proses mencari maklumat melalui pembacaan, menyediakan nota, mengurus masa.

Seterusnya Kursus Asas Kepimpinan (KAK) iaitu diberi pendedahan dan latihan kepada pelajar dalam aspek kepimpinan. Banyak perkara yang diperlukan oleh pelajar seperti kebolehan membuat keputusan, emnentukan sasaran, berkomunikasi melalui kursus ini. kursus-kursus lain juga turut dijalankan melalui kumpulan-kumpulan kecil mengikut

14

kehendak pelajar seperti penggunaan statistic dalam penyelidikan, kursus reka cipta. Oleh itu, amali dalam makmal telah banyak berubah kerana pelajar lebih banyak melakukan penyelidikan bukan sekadar amali sahaja.

3) Jenis 3: merupakan gerak kerja pelajar dalam kumpulan bagi mengembangkan minat mereka sama ada menjalankan penyelidikan, membina reka cipta atau sebarang aktiviti kreatif lain bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan sebenar. Hasil kerja kumpulan pelajar ini akan dibentangkan mengikut kreativiti pelajar sendiri. Guru penasihat dan fasilitator memainkan peranan penting untuk mengawal selia perjalanan kumpulan masing-masing. Donald Treffingers self- directed learning. Dikemukan pada tahun 1975. Model kurikulum secara individu untuk menguruskan tugasan/ projek. Terdapat 3 tahap: 1) Tahap 1: pelajar akan memilih topik untuk kajian dari pilihan yang diberikan oleh guru. Garis masa tertentu dan kaedah (rubrik) disediakan. Guru memainkan peranan penting untuk menilai produk daripada pelajar. 2) Tahap 2: guru dan pelajar menyelesaikan masalah untuk penyelidikan dan memilih satu serta garis masa dan kriteria untuk berjaya (rubrik). 3) Tahap 3: pelajar menentukan projek, garis masa dan rubrik. Manakala, guru menyetujui rancangan tersebyt dan memainkan dalam menilai tugas. Blooms Taxamony Dikemukan pada tahun 1956. Disediakan untuk membezakan di antara tahap pemikiran tinggi dan rendah. Mempunyai 6 kategori:15

1) Pengetahuan: mengingat, mengimbau kembali idea 2) Pemahaman: menunjukkan kefahaman idea utama atau asas dalam konsep kurikulum. 3) Aplikasi: meletakkan situasi sebenar. 4) Analisis: keupayaan mengasingkan bahagian untuk memahami kegunaannya dan cara organisasinya. 5) Sintesis: keupayaan menggabungkan elemen dan bahagian daripada banyak sumber ke dalam situasi. 6) Penilaian: keupayaan melakukan penilaian tentang nilai idea, kerja, cara penyelesaian, kaedah dan bahan. Peringkat Pelajaran (tiered lessons) Mengadaptasi keperluan yang pelbagai kumpulan di dalam satu bilik darjah dengan memberi kelainan tugasan. Contohnya di dalam proses membaca. Satu kumpulan mengenalpasti huruf. Kumpulan dua pula mengabungkan huruf dan membentuk perkataan baru. Manakala, kumpulan ketiga ialah mengarang cerita. Selain itu, guru boleh membentuk peringakat pembelajaran seperti mengeja dan pemikiran abstrak. Terdapat 3 kumpulan iaitu tinggi, purata dan rendah. Pembelajaran melalui pemasalahan (problem-based learning, PBL) Menyediakan peluang kepada pelajar dengan mengadakan latihan pembelajaran berkaitan masalah dalam kehidupan realiti di dalam kumpulan yang kecil. Menurut Stephien, Gallagher dan Workman (1993) mentakan guru sebagai fasilitator kepada pelajar dengan mewujudkan proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah.

Jadual: Model Penggayaan

16

6.0

MAKLUMAT RESPONDEN

6.1

BIODATA RESPONDEN

Nama Asal Tarikh Lahir Umur Jantina Ketinggian Berat Cita-cita

Farahwahida Binti Mohd Yusof Tumpat, Kelantan 6 April 1993 Tahun Perempuan 160 cm 56 kg Doktor pakar sakit puan

6.2

PENCAPAIAN AKADEMIK

Akademik UPSR

Sekolah Sek. Keb. Sri Kg. Laut, Tumpat, Kelantan. 2005

Tahun 5A

Pencapaian

PMR

Sek. Men. Sains Pasir Puteh, Kelantan.

2008

8A

SPM

Sek. Men. Sains Pasir Puteh, Kelantan.

2010

-

17

6.3

BIODATA IBU BAPA RESPONDEN

Nama Bapa Umur Pekerjaan Nama Ibu Umur Pekerjaan

Yusuf bin Ibrahim 69 tahun Pesara Rahimah Binti Yusoff 58 tahun Suri rumah

6.4

PERSONALITI RESPONDEN

Personaliti berasal dari perkataan Latin pesona yang membawa maksud topeng, pelindung muka atau mengeluarkan suara (personare). Menurut Mishel (1999) menyatakan konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran. Menurut Piirto (1999) merumuskan terdapat tujuh belas ciri personaliti pelajar pintar cerdas dan berbakat iaitu kreatif, berimaginasi, mempunyai pandangan yang mendalam, intuitif, keterbukaan, keamatan dalam tingkah laku, amat menyukai kerjanya, perseptif, mendesak, berani mangambil risiko, berdisplin kendiri, mempunyai kecekapan kendiri, cara berfikir mirip kedua-dua gender, tabah berusaha, amat mementingkan kesempurnan, toleransi terhadap sesuatu yang tidak pasti, mempunyai kemahiran yang kuat.

18

Dalam kajian kes ini, saya mendapati responden saya seorang yang peramah atau lebih mesra dengan orang lain. Kelompok pintar cerdas dengan kecerdasan tinggi adalah berpersonaliti ekstrovert (Eysenck dan Cookson 1961). Masalah yang dihadapi oleh responden saya ialah kesukaran dalam mengawal emosi. Beliau juga dikenali seorang yang amat sensitif. Dalam kalangan rakan sebaya.

Seterusnya dalam aspek pembelajaran pula, beliau mempunyai ciri seperti sifat kesempurnaan melampau (perfectionism), takut menghadapi kegagalan dan kemurungan. Terdapat dua perbezaan antara task- involvement iaitu tertumpu pada matlamat dan egoinvolvement ialah menumpukn pada pencapaian matlamat. Secara umumnya, individu yang menumpu pada matlamat (task- involvement) kurang menghadapi risiko daripada individu yang ego involved yang cenderung berfokus untuk menjadi yang terbaik. Menurut Gross (1997) berpendapat individu task-involved mempunyai keyakinan diri lebih tinggi berbanding individu ego-involved yang sebaya. Walaubagaimanapun, menurut Rimm dan Olenchak (1991) dalam kajian Future Problem Solved menunjukkan kanak-kanak pintar cerdas mengalami kemunduran kerana takut gagal dalam pertandingan.

7.0

STRATEGI KEPADA RESPONDEN

Strategi amat penting agar matlamat beliau dapat dilaksanakan.Cita-cita beliau ialah ingin menjadi doktor pakar sakit puan. Beliau juga ingin melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu di Mesir. Oleh itu, beliau perlu mempunyai strategi untuk mencapai cita-citanya.

19

ASPEK Meningkatkan intrapersonal.

PERANCANGAN Menggalakkan menyertai pertandingan syarahan di peringkat sekolah.

RASIONAL Supaya beliau boleh bersosial dengan masyarakat luar.

PENDEKATAN Untuk meningkatkan keyakinan diri. Menurut Karnes dan Riley (2005) memberi pendapat bahawa menyertai pertandingan akan meningkatkan pelajar pintar cerdas dalam kemahiran pemikiran kritikal, penyampaian dan kemahiran asas dan tahap keyakinan.

Membina daya intelektual.

Manyertai perkhemahan di luar sekolah

1) Dapat meingkatkan daya intelek. 2) Dapat menambah kenalan.

1) menguji minda dengan aktiviti. 2) dapat mengenali kenalan yang mempunyai minat yang sama.

Menguji minda

Menggalakkan mengisi masa lapang dengan permainan seperti rubric, soduko

1) meningkatkan kemahiran pemikiran logikal.

1) melatih responden dengan penyelesaian masalah dalam Matematik.

Jadual: Strategi kepada responden

20

8.0

PENUTUP

Dalam kajian terhadap responden saya jelas menunjukkan isu sosial dan emosi pelajar pintar cerdas dan berbakat. Masalah sosio emosi yang dihadapi oleh golongan ini memerlukan penyesuaian dari aspek psikososial. Keadaan ini disebabkan sifat atau ciri-ciri individu pelajar pintar cerdas berbakat dan kreatif seperti mementingkan kesempurnaan (perfectionism), perihal mudah terangsang (over-excitability), perihal kepekaan dan sensitiviti, ketekunana dan kegigihan dalam mengusahakan sesuatu perkara, keinginan untuk mendapat penghargaan dalam pencapaian akademik, suka mempersoalkan peraturan dan kekuasaan seseorang dan mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap keadilan dan idealism (VanTassel-Baska 1997).

Oleh yang demikian, ciri-ciri personaliti ini menjadikan situasi yang sukar dalam alam persekolahan golongan pelajar pintar cerdas dan berbakat, termasuklah berasa terpisah dan disingkir, serta berhadapan dengan kesukaran untuk berinteraksi dengana rakan sebaya (Yoo & Moon 2006). Masalah psikologikal yang dihadapi oleh golongan ini menjadikan mereka antisosial dan bertingkah laku menyalahi peraturan dan undang-undang (Colangelo 2002). Oleh kerana itu golongan ini memerlukan penyesuaian psikososial disebabkan keperluan sosioemosi mereka yang berbeza daripada rakan sebaya (Robinson 2002).

Justeru, untuk memenuhi keperluan terhadap psikososial golongan pelajar pintar cerdas dan berbakat, memerlukan pemahaman terhadap perbezaan populasi ini daripada norma biasa dalam bidang afektif (Van Tassel-Baska 1997). Secara keseluruhan dari kajian terhadap isu sosial dan emosi pelajar pintar cerdas dan berbakat perlu ditangani dengan segera. Sekiranya dapat ditangani dengan baik, mereka akan berupaya menyesuaikan diri dalam kehidupan sosial kehidupan seterusnya menjalani kehidupan dengan selesa. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka gagal ditagani seolah-olah mensia-siakan bakat mereka dan akan timbul gejala yang negatif seperti melakukan pemberontakan.

21

RUJUKAN Acceleration for gifted students (2003). Diperoleh pada Oktober 15, 2010 daripada http://www.fldoe.org/ESE/pdf/gift_accel.pdf. Asynchronous Development (2005). Diperoleh pada Oktober http://giftedkids.about.com/od/glossary/g/asynchronous.htm. 22, 2010 daripada

Eysenck, H.J. dan Cookson, D. (1961). Personality in primary school children, ability an achievement. British Journal of educational psychology, 39, 109-122. Csikszentmihalyi, M., Rathunde, K. dan Whalen, S. (1993). Talented teenagers. The Roots of success and failure. Cambridge: Cambridge University Press. Gross, M. U. M. (1992). The use ofradical acceleration in cases of extremeprecocity. Gifted Child Quarterly, 36(2), 91-99. Johnson, V. F. (1982). Myelin and maturation: A fresh look at Piaget. The science teacher, pg 41-49. Kulik, J. A., & Kulik, C. C. (1984).Synthesis of research on effects of accelerated instruction. Educational Leadership,42, 8489. Monks, F.J. dan Katzko, M.W. (2005). Giftedness and gifted education. In Sternberg, RJ., dan Davidson J. (Eds.) Conceptions of giftedness. Pp. 187-200. New York: Cambridge University Press. Rosadah Abd. Majid (2004). Satu kajian perbandingan profil pelajar pintar cerdas akademik dengan pelajar sederhana akademik. Tesis doktor falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Stepanek, J. (1999). Mathematically gifted in the hetegeneously grouped mathematics classroom: what is a teacher to do? Journal of secondary gifted education, 15, 17-29. Taylor. S. (2003). Your top students: classroom stratrgies that meet the needs of the gifted Canada: Stenhouse Publishers. Jonas P. M dan Roninson. N. M (1985). Psychosocial development in intellectually gifted children, in the gifted and talented: development perspectives. Washington, DC: The American Psychological Association. Kline, B. E. & Meckstroth, E. A. (1985). Understanding and encouraging the exceptionally gifted. Roeper Review, 8(1), 24-30. Silverman, L. K. (1993). Counselling the gifted and talented. Denver: Love.

22

Schuler, P. (2002). Perfectionism in gifted children and adolescents. In M. Neihart, S. M. Reis, N. M. Robinson, & S. M. Moon (Eds.) The social and emotional development of gifted children: What do we know? (pp. 71-79). Waco, TX: Prufrock Press. Terrassier, J. G (1985). Dyssynchrony-uneven development. In J. Frreeman (ed) The Phychology of gifted children. New York: John Wiley. Vialle, W., Ashton, T., & Carlton, G. (2001). Acceleration: A coat of many colors. Roeper Review, 24(1), 1419.

23