lompat tinggi

7
SPESIFIKASI PERALATAN DALAM ACARA LOMPAT TINGGI 1.0 PERALATAN Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :- 2.0 Tiang Lompat Tinggi. Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan. Spesifikasi: Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam. Tiang lompat tinggi diperbuat dari bahan aluminium berukuran 40 mm x 40 mm, tebal 2 mm. Landasan diperbuat dari besi untuk menyokong tiang. Pelaras ketinggian palang diperbuat daripada bahan aluminium dan knob diperbuat dari bahan plastic berwarna hitam. Mengikut piawai IAAF/PASI

Upload: syaa-malyqa

Post on 05-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

L

TRANSCRIPT

Page 1: Lompat Tinggi

SPESIFIKASI PERALATAN DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

1.0 PERALATAN

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

2.0 Tiang Lompat Tinggi.

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

Spesifikasi:

Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

Tiang lompat tinggi diperbuat dari bahan aluminium berukuran 40 mm x 40 mm, tebal 2 mm.

Landasan diperbuat dari besi untuk menyokong tiang.

Pelaras ketinggian palang diperbuat daripada bahan aluminium dan knob diperbuat dari bahan plastic berwarna hitam.

Mengikut piawai IAAF/PASI

Gambarajah 1 : Tiang Lompat Tinggi

3.0 Palang Lompat Tinggi.

Page 2: Lompat Tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang. Pastikan palang simpanan disediakan semasa pertandingan.

Spesifikasi :

Kebiasaan panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

Panjang palang 4 meter dan diameter pipa 30 mm.

Kedua hujung dilengkapkan dengan dudukan plastic.

Mengikut piawai IAAF/PASI

Gambarajah 2 : Palang lompat tinggi

4.0 Kawasan Mendarat

Page 3: Lompat Tinggi

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

Spesifikasi:

Kebiasaan kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal.Sekurang –kurangnya 3 m x 5 m.

Tilam diperbuat dari bahan busa super density 18 yang dibungkus bahan kulit sintesis.

Jumlah ukuran tilam ialah 70 cm x 4 m x 6 m.

Tilam terdiri daripada 12 buah yang berukuran 60 cm x 1 m x 2 m yang masing-masing diikat dengan pengikat untuk menyatukannya. 1 buah tilam besar yang berukuran 10 cm x 4 m x 6 m diletakkan dibahagian atas dan juga diikat untuk menyatukannya.

Seluruh tilam ditutup dengan cover bahan kulit sintesis berukuran 70 cm x 4 m x 6 m.

Mengikut piawai IAAF/PASI.

Gambarajah 3 : Tilam Lompat Tinggi

5.0 Pita pengukur

Page 4: Lompat Tinggi

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

Spesifikasi :

Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

Ukuran pita pengukur biasanya 5 m atau 3 m. Selain itu kayu pengukur juga dapat digunakan.

Gambarajah 4 : Pita pengukur

6.0 Landas Lari dan Kawasan Lonjak

Page 5: Lompat Tinggi

Jarak minimum landas lari ialah 15m. Jika keadaan mengizinkan , jarak minimum ini sepatutnya 25m.

Keseluruhan kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengah-tengah di antara tiang-tiang tegak dan berjejari minimum seperti yang dinyatakan dalam peraturan 182.3 itu tidak melebihi 1: 250. Kawasan mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan menurun.

Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah peraturan 182.4 dan Manual Trek dan Padang IAAF Alat-Alat

Tiang. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap. Tiang-tiang tersebut juga mestilah cukup tinggi supaya sekurang-kurangnya ia melebihi 10sm daripada paras sebenar palang dinaikkan.

Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan Refri merasakan sama ada landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai.jika demikian, perubahan hanya boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan.

Sangga Palang. Sangga hendaklah rata dan berbentuk empat segi bujur, 4smx6sm. Sangga-sangga ini hendaklah melekap kukuh pada tiang semasa lompatan dilakukan dan kedudukannya mengahadap ke dalam. Hujung palang akan terletak di atasnya supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang, apabila tersentuh oleh peserta. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau dengan sebarang barang lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang atau, tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga hendaklah saam tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang.

Hendaklah ada ruang di antara hujung palang dengan bang sekurang-kurangnya 1sm

Gambarajah 5 : Landas lari dan kawasan lonjak.