lompat tinggi

21
Sejarah

Upload: yew-min-low

Post on 04-Nov-2015

269 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

olahraga

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

SejarahBermula di England pada tahun 1861.Seseorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.Teknik lompat tinggi1.GAYA GUNTINGPenujuan:Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah.Pelompat menggunakan 7-9 langkah.Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.1.GAYA GUNTINGLonjakanPelonjak melonjak dengan kaki luar.Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan. LayanganKaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang.Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang.Kaki lonjak dihayun ke atas.

1.GAYA GUNTINGPendaratanPelompat mendarat di atas punggung atau dengan kedua-dua belah kaki.

2.GAYA PELANAPenujuanPelompat akan berlari sebanyak 7-9 langkah untuk menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah.Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal.Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.2.GAYA PELANALonjakanPelompat hendak menolak badan dengan kuat apabila kaki mencecah tandaan lonjak.Ia bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki.Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun denga kencang di atas ara palang.

2.GAYA PELANALayanganBadan dan kaki bebas. Pelompat berada di dalam keadaan hampir selari dengan palang di bawahnya.Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah berada hendak membalut paang.Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang sebagai satu persediaan untuk mendarat.2.GAYA PELANAPendaratanPelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belakang badan.

3.GAYA GULING BARATPenujuanPenujuan akan ke palang secara bersudut seperti gaya gunting.LonjakanPelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.LompatanKaki lonjakan berada dalam, keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.PedaratanPelompat mendarat dengan bersemuka dengan bantal.

4.GAYA GULING TIMURPenujuanPelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah.Pelompat menggunakan 7-9 langkah dalam lompat tinggi.Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelum kiri, memulakan larian dengan kaki kanan dan ada sesetengah pelompat akan melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri. 4.GAYA GULING TIMURLonjakanPelompat akan melonjak dengan kaki luar, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa lonjakan.LayanganPelompat mestilah kaki bebas dihayun kuat ke atas selari dengan palang dan bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang.Kaki lonjak dihayun ke atas.PendaratanPelompat melompat di atas punggung atau dengan kedua-dua belah kaki.

5.GAYA FOSBURY FLOPPenujuanLarian dilakukan dengan cepat dan beritma.Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung.LonjakanPelompat melonjak dengan menggunakan kaki luar palang secara cepat dan kuat.Kaki di hadapan badan.Badan ditegakkan atau dicondong sedikit ke belakang.Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan.Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas.Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan. 5.GAYA FOSBURY FLOPLayanganDi udara, pelompat memandang palang sambil melentikkan badan.Kedua-dua belah tangan berada di sisi badan.Kedua-dua lutut dibengkokkan.Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua-dua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkatkan kepala ke atas.PendaratanPelompat melompat di atas bahagian belakang badannya.