lompat tinggi

Upload: yaziayob

Post on 16-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lompat tinggiii

TRANSCRIPT

Lompat tinggi

1.0 PERALATAN

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

1.Tiang Lompat Tinggi.

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

2.Palang Lompat Tinggi.

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

3.Kawasan Mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

4.Pita Pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

5. Landas Lari dan Kawasan Lonjak

Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 1 (a) , (b) dan (c) yang jarak minimumnya ialah 20m. jika keadaan mengizinkan , jarak minimum ini sepatutnya 25m.Keseluruhan kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengah-tengah di antara tiang-tiang tegak dan berjejari minimum seperti yang dinyatakan dalam peraturan 182.3 itu tidak melebihi 1: 250. Kawasan mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan menurun.

Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah peraturan 182.4 dan Manual Trek dan Padang IAAF

Alat-Alat

1.Tiang. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap. Tiang-tiang tersebut juga mestilah cukup tinggi supaya sekurang-kurangnya ia melebihi 10sm daripada paras sebenar palang dinaikkan.

2.Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan Refri merasakan sama ada landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai.jika demikian, perubahan hanya boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan.

3.Sangga Palang. Sangga hendaklah rata dan berbentuk empat segi bujur, 4smx6sm. Sangga-sangga ini hendaklah melekap kukuh pada tiang semasa lompatan dilakukan dan kedudukannya mengahadap ke dalam. Hujung palang akan terletak di atasnya supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang, apabila tersentuh oleh peserta. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau dengan sebarang barang lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang atau, tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga hendaklah saam tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang.

4.Hendaklah ada ruang di antara hujung palang dengan bang sekurang-kurangnya 1sm.

2.0 FASA LOMPATAN TINGGI

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :a) Penujuan larian menghala ke palangb) Lonjakan tindakan kaki untuk menaikkan badanc) Layangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.d) Pendaratan sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

3.0 GAYA LOMPAT TINGGITerdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

a) Gaya gunting

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

b) Gaya Timur

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas diayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

c) Gaya guling barat

Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

d) Gaya pelana

Gaya ini hamper sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

a) Penujuan

Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

b) LonjakanSebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakann ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

c) Layangan

Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

d) Pendaratan

Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA PELANAa) Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal.b) Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah.c) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas.d) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala & bahu kanan melepasi palang.

e) Gaya Fosbury Flop

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gayaFosbury Flop .Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang denganmembelakangkan palang.

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.

1) Penujuan

Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.

2) Lonjakan

Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hamper selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan diayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.

3) Layangan

Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang (menendang palang) sambil melentikkan badan. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lantikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan untuk pendaratan.

4) PendaratanSerentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang belikat).

3.0 Latihan Ansur Maju

1.Aktiviti mendorong

a. Berjalan dengan lutut tinggib. Berlari dengan lutut tinggic. Berlari dalam bulatand. Berlari mengikut laluan angka lapan.e. Melonjakf. Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung.

2.Latihan Lompatan

a. Memulakan lompatan dengan gaya gunting.b. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L, kaki selari denagn palang.c. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L serta kaki bersudut 45 darjah.d. Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah denagn kaki mengahala kea rah palang.e. Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian dan mendarat.f. Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat.g. Ulang (f) dengan papan anjal.h. Menentukan titik semak.i. Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.

Peraturan Lompat TInggi

Pertandingan1. Peserta-peserta hendaklah melakukan lonjakan dengan sebelah kaki.2. Seorang peserta itu gagal sekiranya:a. Selepas sesuatu lompatan, palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta itu sendiri semasa melompat atau,b. Peserta itu menyentuh bumi termasuk tempat mendarat melebihi satah mencancang dan sama ada luar atau di antara tiang dengan mana-mana bahagian badannya, sebelum melepasi palang. Walau bagaimanapun sewaktu melompat, jika seseorang peserta itu menyentuh tempat mendarat dengan kakinya, dan pada hemat hakim tidak akan memberi kelebihan padanya, maka atas sebab ini lompatan tersebut tidak dianggap batal.

Acara lontar peluru 1. GAYA GAYA DALAM ACARA LONTAR PELURU1. Teknik berdiri

Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut :1. Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Diku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar.2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakal kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar.4. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri membantu mengimbang tangan.

2. Teknik Lontaran sisi

1. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.2. Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.3. Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.4. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatlah tumit dan tolakkan peluru keluar.3. Teknik membelakangi kawasan lontaran

Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.2. Angkat kaki kiri sedikit.3. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.4. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.5. Tolak peluru keluar sekuat mungkin

4. Teknik Pemindahan (0Brien)

Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh pelontar-pelontar peluru peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik ini adalah seperti berikut:1. Peserta hendaklah berdiri dengan memblekangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan belakang.2. Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan.3. Mulakan langkah dengan kaki kanan.4. Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.5. Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat yang boleh.6. Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan 1 membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan tangan kiri.

2. SEKTOR LONTAR PELURU

Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40.

Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod.

Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.

Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.

Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran.

Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.

Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.UKURANKawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.

Sumber rujukan :http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/page/3/

3. FASA-FASA DALAM ACARA LONTAR PELURU

Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :1.Fasa Persediaan2.Fasa Gelungsuran3.Fasa Lontaran4.Fasa Pemulihan

LATIHAN ANSUR MAJU

Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran, dan sesiapa sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita yakin cara kita melakukan lontaran bola besi seberat lebih kurang tujuh kilogram itu mematuhi syarat dan aturan yang ditetapkan?. Cara melakukan lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam melakukannya juga hanya diperolehi menerusi latihan.Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalarn acara ini. Peringkat-peringkat ini adalah seperti berikut:

1. Cara memegang peluru.2. Persediaan dan pergerakan awal.3. Perlakuan melontar.4. Pendaratan peluru.5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.

CARA MEMEGANG PELURU

Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna.

1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong.3.Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan.4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan