lompat tinggi

Upload: amerhafiz

Post on 06-Oct-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lompat tinggi

TRANSCRIPT

yang pertama be Jaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia jalah Charles Durmas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan l

PENGENALANAcara lompat tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat tinggi diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara lompat tinggi telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlet. Dalam acara lompat tinggi, seseorang atlet memerlukan kebolehan semula jadi. Bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlet itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental. Terdapat beberapa gaya dalam acara lompat tinggi seperti berikut:-

i. Gaya Gunting (scissors)

ii. Gaya Guling Barat (Western Roll)

iii. Gaya Guling Pelana (Western Roll)

iv. Gaya Flop.

v. Gaya Timur.

Dalam gaya-gaya di atas, gaya pertama hingga gaya keempat termasuk dalam fasa layangan. Bagi gaya pertama hingga gaya ketiga tidak akan menghasilkan lompatan yang tinggi. Ini disebabkan gaya-gaya tersebut kurang sempurna dari segi teknik lompatan. Oleh yang demikian gaya guling (staddle) dan gaya flop telah diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

SEJARAHTidak dapat dipastikan adakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam sukan Olimpik Kuno seperti lompat jauh. Ada setengah pendapat mengatakan acara lompat tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi kurang pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu pertandingan diadakan untuk menentukan siapa antara professional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.

Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu malah ketika itu belum ada orang lain yang melompat setinggi itu. Walaubagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlet pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan static atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.

Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari masa kesemasa yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah mengikut keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelumnya hanya pasir yang digunakan. Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai peringkat.

Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula diperkenalkan oleh peserta-peserta Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan yang paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakkannya digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.

Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu pelompat tinggi dari Amerika yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah mempopularkan teknik ini dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggakan IAAF terus bersetuju menamakan lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.

Sebelum gaya Fosbury Flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya guling pelana (Stardle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930 tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les steers dari Oregon. Dengan ketinggian 6 kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Durmas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

PERALATANDalam acara lompat tinggi, ia memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salahsatu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatanperalatan yang diperlukan adalah seperti berikut:i. Tiang lompat tinggiDua batang tiang diperlukan dan tiangtiang ini tidak boleh diubahubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Keduadua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.ii. Palang lompat tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak keduadua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

iii. Kawasan mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Tetapi apabila beberapa teknik lompatan diperkenalkan, tempat pendaratan perlu disediakan dengan sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembab. Kini kawasan pendaratan bagi acara lompat tinggi ini menggunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betulbetul selepas keduadua tiang lompat tinggi.iv. Pita PengukurPita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini alat pengukur elektronik digunakan supaya proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.UKURAN

i. Tiang Lompat TinggiTiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

ii. Palang Lompat Tinggi

Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak keduadua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan ini hendaklah berbentuk segiempat dan berukuran 4cm lebar dan 6 cm panjang.iii. Kawasan Mendarat

Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar dan 1 meter tebal.iv. Pita PengukurPita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan.Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.PRINSIPPRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPATINGGI

Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip bio mekanik dalam acara sukan termasuk olahraga. Prinsipprinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini dibincang dengan ringkasa) Pergerakkan

Terdapat dua jenis pergerakkan iaitu:-

i) Pergerakan Mendatar (Linear Motion)ii) Pergerakan Menegak (Vertical Motion)

Dengan ringkas seorang atlet perlu meminda pergerakan mendatar kepada pergerakkan menegak.b) Momentum

Halaju dan momentum adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan. Momentum adalah hasil dari jisim dan halaju iaitu kuantiti pergerakkan yang dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad itu akan bertambah. Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi. Pergerakkan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas.

c) Daya Sentrifugal

i) Daya Sentrifugalii) Daya Sentripetaliii) Daya Ikut Tangan Selain daripada pergerakkan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentifugal. Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakkan dalam bentuk satu bulatan, pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan. Daya yang bertindak ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-dua daya ini dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan. Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sedang bertindak kepada pusat bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangan pada pusat bulatan itu.d) Putaran

Pergerakkan-pergerakkan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah dua jenis iaitu direct dan indirect. Putaran direct dicapai semasa atlet ada kontak dengan bumi manakala putaran indirect semasa atlet tidak mempunyai kontak dengan bumi. Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.

e) Graviti dan Pusat GravitiSatu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan pada atlet dan bagaimana ia boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya. Ketinggian yang lebih boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang. Walaubagaimanapun gaya-gaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit mendarat dalam posisi yang mencemaskan.

PRINSIP AKSI REAKSIKonsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segmen tertentu dalam badan secara mengaplikasikan hokum reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikuti itu diangkat. Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu gerakkan tertentu, maka kita akan dapat satu pergerakan di bahagian badan yang lain. Apabila kedua belah tangan atlet dihayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh badan akan turut terangkat. Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan. Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi palang. Ketika bahagian pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan. Pergerakan inilah mengangkat kedua belah tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan mudah. Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan ditanam dengan kuat, reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak. Prinsip-prinsip yang telah dibincangkan ini adalah mustahak bagi seseorang atlit untuk mencapai tahap pencapaian lompatan yang tinggi.

HUKUM-HUKUM NEWTON

Prinsip-prinsip mekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah:

1. Hukum Inertia (Hukum Pertama)

Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah keadaannya.

2. Hukum Pecutan (Hukum Kedua)

Kadar penurunan momentum secara terus dengan daya yang digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya.

3. Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)

Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitudnya tetapi pada arah yang bertentangan.

FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI (GAYA FLOP)Dalam acara Lompat Tinggi (gaya flop) seseorang atlit akan melalui empat fasa

Iaitu:

a) Fasa Lari Landas.

b) Fasa Lonjakan.

c) Fasa Layangan.

d) Fasa Mendarat.a) Fasa Lari Landas

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa seseorang atlit lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk melakukan fasa lonjakan seterusnya. Faktor-faktor itu adalah:i) Kelajuan. Atlet dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju yang terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melepasi palang kerana tinggi palang.ii) Arah. Atlet hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20o hingga 30o dari segi satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari landas atlet perlu mengubah arahnya pada satu lengkungan. Ini dilakukan untuk mendapat daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut:

i) Lari lengkung dari mula lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima seperti Dick Fosbury.

ii) Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir.

iii) Secara lari atas garisan lurus ke palang. Lari landas melibatkan di antara 7,8 atau 11 langkah yang laju. Untuk mendapatkan daya sentrifugal yang unik dalam garisan gaya flop empat langkah terakhir hendaklah dilakukan dalam garisan satu lengkungan seperti di bawah.Tempat mula lari landas adalah 70o hingga 80 dari permukaan satah palang seperti yang digunakan oleh beberapa atlit ternama.b) Fasa lonjakanTujuan lonjakan adalah untuk mengubah pergerakkan mendatar kepada pergerakan menegak dan untuk mengangkat pusat graviti atlit ke atas palang. Pada akhir lari landas kaki lonjak dihentak ke bumi dengan tumit untuk mendapat daya tindakbalas yang akan mengangkat badan lagi. Kemudian kaki lonjakan diguling dari tumit ke tengah kaki ke jari sambil menekan bumi. Badan di condong sedikit ke belakang sambil kedua tangan dihayun ke atas. Serentak dengan ini sejurus sahaja badan terangkat dari bumi, kaki bebas diangkat sambil dipusing ke dalam untuk mendapat daya putaran supaya badan mencapai layangan istimewa flop. Pada masa ini kepala dihalakan ke palang dan atlit mesti melihat palang. Perkara yang perlu diingat adalah semasa lonjakan dibuat pusat graviti hendaklah berada di atas kaki lonjakan. Atlit yang melonjak dengan kaki kiri melompat dari sebelah kanan palang, manakala atlit yang melonjak dengan kaki kanan mula lari landasnya dan melompat dari sebelah kiri palang lompat tinggi.c) Fasa LayanganSekiranya fasa lari landas dan fasa lonjakan adalah sempurna atlit akan mencapai fasa layangan yang diingini. Dalam fasa layangan ini, tujuannya adalah untuk membawa pusat graviti melepaskan palang secara ekonomikal dan mudah. Purata yang dihasilkan oleh kaki bebas dalam fasa lonjakan tadi akan membawa badannya secara belakang atlit mengadap palang. Ketika ini kaki masih belum melepasi palang dan pusat garviti masih berada di belakang dan rendah dari palang. Atlit akan mengangkat kepalanya dan ini akan mengangkat bahagian bahu. Gerakan ini akan bertindakbalas secara kakinya akan melurus sambil melintas atas palang. Kakinya hendaklah dikangkang sedikit.d) Fasa Mendarat

Dalam fasa ini badan atlit melepasi palang sebelum jatuh dari tinggi ke bumi. Jenis daya yang dihasilkan adalah kinetik yang makin jatuh makin bertambah. Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan menadakan kedua lutut jatuh dan dagunya rapat ke dada. Mulutnya mesti ditutup supaya tidak terturup dan tidak tergigit lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti mi melakukan gulingan ke belakang untuk menyerap hentakan impak.

LATIHAN ANSUR MAJUGaya StraddleLangkah 1:

Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan.Langkah 2:

Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu bendayang telah disediakan di atas tanah. Larian terus dilakukan terus lompat atau loncat di atas kaki yang telah dipilih untuk membuat lonjakan.

Langkah 3:

Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kanan. Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan berada di sebelah kanan menghadap palang manakala pelompat yang menggunakan kaki kiri berada di sebelah kiri menghadap palang.

Langkah 4:

Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatkan sesuatu tanda seperti kain putih di tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap lompatan.

Langkah 5:

Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah tadi dimulakan daripada atas pinggang sehinggalah paras bahu.Langkah 6:

Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut:

a. Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.

b. Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.

c. Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

d. Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihanyutkan ke atas.Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan penekanan ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum aksi bagi memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan.Langkah 7:Kesemua langkah di atas dipraktikan dengan menggunakan tali getah yang menggantikan palang. Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gaya starddle.Langkah 8:Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putara. Kedudukan sekarang adalah berpasangan. Satu demontrasi cara membuat putaran diperkenalkan dan dilakukan. Setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu secara automatik badan akan berputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekan ialah badan haruslah diangkat ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan diturunkan.Langkah 9:Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah di ambil atas bangku. Kaki dihayun bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di atas tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.Langkah 10:Bila teknik dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah keselesaan.

Latihan-latihan Persediaan

1) Latihan Garisan

Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan lompatan pada sudut 45o digunakan. Kaki di hayun ke hadapan dan lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini.

2) Latihan Pergerakan Kaki

Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45o digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi palang dilakukan pada pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan.(Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat)3) Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki

Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menedang sesuatu objek yang digantungkan. Pelakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia agak merbahaya.4) Latihan Melonjak

Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.

5) Latihan Gulingan Badan.

Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat gulingan badan pada paras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai malalui latihan ini.

Gaya Fosbury FlopLangkah 1

Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya. Pelajar ditunjukkan dengan demontrasi cara menjatuhkan badan ke atas belakang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarah untuk berdiri di atas kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya.

Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan di bahagian bahu belakang. Dagu hendaklah di rapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah di hayunkan ke belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut, dan semasa jatuhan bola itu dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit.

Langkah 2Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah satu digunakan. Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah satu. Pelajar dikehendaki dan diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.

Langkah 3.Kotak dalam langkah dua digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan kiri dan kanan tempat lompatan. Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan melompat. Perlu ditekan bahawa tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah dua. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar.

Langkah 4.Penumpuan dalam aktiviti ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan layangan.

a. Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan daya putaran pada badan.

b. Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.

Selepas didapati ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai suasana yang sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

Langkah 5Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan sebenar. Sebagai bantuan aktiviti ini, satu garis untuk lari landas dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah. Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian landas. Ini dicuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikit sekiranya lompatan berjaya dilakukan. Selepas lakukan aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan larian landas sembilan hingga sebelas langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak laju.

Penegasan dan Pemerhatian1. Displin peraturan dan giliran, serta displin melakukan gerakan wajib diberi perhatian dan penegasan.

2. Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati dan membuat penerangan kepada atlet jika ada sesuatu perkara yang boleh memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.

3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.UNDANG-UNDANG

Seperti acara-acara padang lain, lompat tinggi mempunyai aturan dan unduang-undang khusus yang ditetapkan oleh IAAF yang diharus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam acara ini. Antara undang-undang tersebut seperti berikut:1. Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula.

2. Peserta hendaklah membuat lompatan dengan menggunakan mana-mana sebelah kakinya semasa melonjak.

3. Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan larian untuk melompat.

4. Pada permulaan pertandingan, pegawai pertandingan hendaklah memaklumkan kepada semua peserta ketinggian minimum yang akan digunakan sebagai ketinggian kelayakan. Setiap peserta yang berjaya melepasi ketinggian itu, palang akan dinaikkan dan peserta dikehendaki melompat melepasi para bahu sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu.

5. Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian selepas tiga percubaan, akan terkeluar daripada pertandingan dan pencapaian peserta dikira pada ketinggian tertinggi yang berjaya dilepasi sebelum itu.

6. Peserta boleh meneruskan lompatan pada ketinggian baru, walaupun peserta lain gagal melakukannya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian itu.

7. Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan tiang-tiang tidak boleh di ubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan pada sesuatu ketinggian tertentu.

8. Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu dengan jumlah lompatan sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta-peserta dengan lompatan yang lebih sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.9. Peserta dikatakan telah melakukan kesalahan sekiranya dia:

a. Menyebabkan palang pada tiang lompat tinggi terjatuh daripada penyokongnya, akibat terkena mana-mana bahagian tubuhnya.

b. Terlebih dahulu menyentuh tempat atau kawasan pendaratan dengan sebarang bahagian tubuhnya, sama ada di dalam atau di luar daripada tiang, sebelum melepasi palang lompat tinggi.

c. Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang lompat tinggi yang termasuk dari segi aturan pertandingan, tatatertib, pakaian dan tidak menghadirkan diri.

ATURAN MELOMPATSebelum pertandingan bermula pegawai pertandingan hendaklah memastikan semua peralatan dan kawasan untuk acara ini disediakan selengkapnya, termasuk dari aspek keselamatan peserta. Peserta juga hendaklah dimaklumkan tentang masa dan tempat acara ini diadakan. Mereka juga hendaklah diberikan masa dan peluang untuk membuat lompatan percubaan atau menyesuaikan diri dengan kawasan dan peralatan yang disediakan sebelum pertandingan bermula. Bagi sesuatu pertandingan, para peserta akan dikehendaki membuat lompatan permulaan pada satu ketinggian yang ditetapkan, mengikut tingkat dan keupayaan para peserta. Jika peserta berjaya melepasi palang, ketinggian ditingkatkan sehinggalah pusingan akhir ini, semua peserta diberikan tiga lompatan untuk satu-satu ketinggian. Sekiranya peserta itu berjaya melepasi ketinggian dengan hanya sekali lompatan sahaja, dia akan meneruskan lompatan untuk melepasi ketinggian seterusnya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian berikut.

Mana-mana peserta yang gagal melepasi palang menerusi tiga percubaan pada sesuatu ketinggian akan terkeluar daripada pertandingan, kecuali apabila semua gagal melakukan lompatan. Pemenang lompat tinggi ditentukan menerusi peserta yang berjaya melakukan lompatan. Pemenang lompat tinggi ditentukan menerusi peserta yang berjaya melepasi lompatan tertinggi. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang peserta yang berjaya melompat pada ketinggian yang sama dan pada ketinggian terakhir, penentuan tempat adalah menerusi bilangan lompatan yang dibuat. Jadual berikut adalah contoh penentuan kedudukan peserta jika lebih daripada seorang peserta berjaya pada sesuatu ketinggian tertentu.

Untuk melakukan sesuatu lompatan, peserta akan mengambil beberapa langkah larian dari satu titik atau tempat yang ditentukan sendiri, sama ada dari sebelah kiri atau kanan lorong larian itu. Peserta juga boleh memilih sudut atau penjuru yang disukai. Sebelum itu pegawai-pegawai pertandingan akan mengukur palang dan memaklumkan kepada semua peserta. Ketinggian palang ini diukur secara menegak dengan sudut 90o dari permukaan gelanggang. Peserta juga bebas menggunakan cara atau teknik lompatan yang disukai. Walaupun kini hampir semua peserta, malah di peringkat sekolah pun menggunakan gaya Fosbury, penggunaan teknik lain boleh diteruskan asalkan gaya ini menjadi kegemaran dan keselesaan peserta. Peserta hendaklah melompat melepasi palang yang disediakan dan mendarat dengan selamat di kawasan pendaratan. Ini dilakukan untuk ketinggian berikutnya sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu dan pemenang dapat ditentukan.

Kesalahan Yang Biasa Berlaku Semasa Lompatan1. Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir.

2. Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka langkah semasa melencong.

3. Jarak tempat lonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.

4. Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mahu lompat.

5. Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan palang semasa melonjak.

6. Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.

7. Menjunam ke arah palang atau badan ke palang.

8. Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara melipat tumit.

9. Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.

10. Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semasa fasa pemulihan.

11. Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN1. Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.

2. Pastikan tempat mendarat atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.3. Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah

jatuh.

4. Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat mendarat supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat lompatan.

ISTILAH-ISTILAH ACARA LOMPATANUjian Abalakov

Ujian yang digunakan untuk mengenalpasti bakal atlIt-atlIt acara lompat tinggi dengan cara mengukur hasil campuran kaki dan kuasa. Seseorang atlIt berdiri di atas kotak ketinggian 50 cm dan permulaan berdiri setempat, loncat dengan sebelah kiri (hop) dari kotak kepada lantai, loncat sekali lagi di atas kaki yang sama dan lompat dan mendarat dengan dua kaki seperti daratan lompat jauh. Jarak dari kotak tanda daratan (point of landing) di ukur.Hayunan Tangan

Dalam acara lompat tinggi, didapati ada empat jenis hayunan tangan yang tertentu yang boleh digunakan dalam fasa take off, hayunan tangan sebelah dalam sahaja, atau membiarkan kedua-dua belah tangan berada rendah di sisi.

Back Overs

Satu jenis senaman di mana seseorang atlIt berdiri dengan satu jarak tangan dari palang dengan bahagian belakang si pelompat menghalang palang. Kemudian melompat menuju ke arah belakang melepasi palang daripada kedudukan berdiri setempat.

Flop

Posisi lompat tinggi susunan belakang (back lay out) yang diperkenalkan oleh Dick Fosbury dari Amerika Syarikat semasa beliau memperkenalkan teknik ini di Kanada.

Lipatan Tumit

Istilah yang digunakan untuk menerangkan lipatan aktif bahagian tumit kerana punggung semasa pelompat sedang melepasi palang. Pergerakan ini melibatkan bahagian punggung dan peha semasa melepasi palang.Menggerakkan Kedudukan Badan Tegak

Istilah yang digunakan semasa menyuruh atlIt-atlIt mengekalkan kedudukan badan yang tegak selepas melonjak(take off). Ia menerangkan pergerakan badan yang tegak menuju ke atas dalam acara lompat tinggi untuk menekankan kepada pelompat bahawa mereka tidak boleh melentik ke belakang dengan kepala, tangan atau sebelah bahu.

Pergerakan LututIstilah yang menerangkan pergerakan lutut tegak ke atas yang perlu dilakukan oleh seseorang pelompat selepas lonjakan. Pergerakan lutut secara melintang badan membantu putaran sebelum mencapai posisi lay out adalah satu anggaran salah.Buku Harian LatihanBuku harian yang digunakan untuk mengesani latihan harian. Ia berbeza mengikut pergerakan umur dan taraf pencapaian atlit.

Kesimpulan

Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik. Setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku dari segi undang-undang, teknik, gaya dan tercipta pelbagai kaedah untuk memajukan acara lompat tinggi. Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara lompat tinggi yang kompleks ini. sebagai teknik yang dipelbagaikan dan ansur maju yang dipecahkan untuk lebih mudah memahaminya.

Apa yang penting ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman sains sukan dalam acara lompat tinggi. Pemahaman dan amalan tentang pemakanan atilt juga banyak membantu kejayaan lompat tinggi. Apatah lagi dengan perancangan sistem latihan yang teratur dan juga diadakan pelbagai sesi untuk memantapkan atlit. Segala latih tubi yang diadakan adalah untuk mengukuhkan kekuatan teknikal acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat diminimakanIsi Kandungan

Muka Surat

Prakata

i

Pengenalan

1

Sejarah

2

Peralatan

5

Ukuran

6

Prinsip-prinsip Biomekanik Dalam Acara Lompat Tinggi

7

Prinsip Aksi Reaksi

10

Hukum-hukum Newton

11

Fasa-fasa Dalam Lompat Tinggi (Gaya Flop)

11

Latihan Ansur Maju

14

Undang-undang

22

Aturan Melompat

23

Langkah-langkah Keselamatan

26

Istilah-istilah Acara Lompat Tinggi

26

Contoh Latihan Jeda

28

Contoh Latihan Plyometrik

28

Contoh Latihan Litar

29

Contoh Latihan Beban

29

Contoh Latihan Fartlek

29

Contoh Latihan Kemahiran

30

Kesimpulan

30

Contoh Latihan Mengajar

31

Rancangan Latihan Kitaran Mikro (8 Minggu)

40

Rancangan Latihan Meso

48

Rancangan Tahunan

49Bibliografi

50Bibliografi

WILLIAM J. BOWERMAN, WILLIAM H. FREEMAN. 1991. High-Performance

Training For Track and Field. Second Edition. Champaign IIIinois: Leisure Press.AHMAD WAFI. 1990. Siri Teras Sukan Olahraga Padang. Kuala Lumpur: Goodmark

Enterprise.

ANNARIO A.A. 1976. Development Conditioning for Women and Men. St. Louis : The C. V. Mosby Company.

BADON T. 1995. Hurdling Basic, Track and Field Coaching Review 95.BOMPA O. TUDOR. 1983. Theory and Methodology of Training. The Key to Athletic

Performance. Kendell/Hunt, Dubuque : Iowa Publishing Company.DOHERTY, J.K. 1976. Track and Field Omnibook. Tafnew Press : California USA

DYSON G.H. 1977. The Mechanics of Athelatics. New York USA: Holmes and Meier

Publisher.FOX E. L and METHEWS D.K 1981. The Physiological Basic of Physical Educatio And Athletic. Philadelphia : Saunders College.HAZELINE R. 1990. Fitness for Sports. Rawbury : The Crowood Press.

MAAU/NSC. 1990. National Coaches, Educational and Certification Programme Level I F.S Gottinger.SARJIT SINGH & SHEIKH KAMARUDIN SHEIKH AHMAD. 1987. Buku Sumber

Kecergasan Fizikal. Kuala Lumpur : Persatuan Pendidikan Malaysia. EMBED MSPhotoEd.3

EMBED MSPhotoEd.3

_1105518841.ppt

_1105519300.ppt

_1105521466.ppt

CONTOH LATIHAN PLYOMETRIK

TWIST TOSS SIDE HOOP STAR JUMP DOUBLE LEG HOOP SHOVEL TOSS

15 ULANGAN SATU STESYEN

3 SET

REHAT ANTARA SET 3 -4 MINIT

Amnor 91

_1105521482.ppt

CONTOH LATIHAN JEDA

STRIDING

PECUT

BERJALAN AKTIF

50 M

50 M

100 M

1 SET = 4 ULANGAN

REHAT ANTARA SET = 1 MIN

CONTOHJEDA KERJA = 10 SAAT JEDA REHAT = 30 SAAT

VARIASI DARI SEGI JARAK, ULANGAN DAN SET

Amnor 91

_1105520933.ppt

CONTOH LATIHAN BEBAN

BACK / FRONT SQUADTOE RAISELEG EXTENSIONLEG PRESSLEG CURL

REHAT ANTARA SET = 2 MINIT

2 4 SET

6 10 ULANGAN

INTENSITI 60% - 80%

Amnor 91

_1105520980.ppt

CONTOH LATIHAN FARTLEK

JARAK = 4 KM

SLOW JOGSTRIDING3. LARI PECUT4. BERJALAN AKTIF

2 ULANGAN X 2 SET

REHAT ANTARA SET = 3 MINIT

Amnor 91

_1105521008.ppt

CONTOH LATIHAN KEMAHIRAN

BOLEH DIJALANKAN MENGIKUT DRILL DALAM BUTIRAN MENGAJAR.

_1105520875.ppt

CONTOH LATIHAN LITAR

1SIT UP

7KILAS PINGGANG

6TEKAN TUBI

5LENTIK BELAKANG

4ANJAL BANGKU

3BURPEE

2LARI ULANG ALIK

3 SET X 4 ULANGANINTENSITI 50% REHAT ANTARA SET = 3 MINIT

Amnor 91

_1105519007.ppt

_1105519101.ppt

_1105518903.ppt

_1104987863.bin

_1105090773.bin

_1105091642.bin

_1105090553.bin

_1105090686.bin

_1104988493.bin

_1105090507.bin

_1104987270.bin

_1104987384.bin

_1104986807.bin