lompat tinggi

5
Minggu Ketiga: 10 Desember 2011 Waktu & Tempat: 8pagi – 12tengah hari (di padang UPSI) Seperti kelas olahraga minggu lepas, kami melakukan perkara yang sama seperti; berkumpul di tepi gymnasium sementara menunggu pensyarah dan instruktur masing-masing. Pada minggu ini, kumpulan kami telah mempelajari dan juga mempratikkan acara olahraga iaitu Lompat Tinggi.Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan juga pratikal, kami membuat senaman untuk memanaskan badan terlebih dahulu agar tidak berlaku kecederaaan semasa melakukan acara.Kemudian, instruktur kumpulan D memberi pengenalan, teknik dan sebagainya tentang lompat tinggi ini. Setelah mendengar dan juga melihat contoh dari instruktur, kami pun dibenar untuk mencuba lompatan yang membelakangkan palang (gaya Fosbury Flop) sebelum diambil markah untuk markah pratikal lompat tinggi. Lompat Tinggi Lompat tinggi adalah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di antara dua tiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya Fosbury Flop. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan selepas setiap pusingan. Peserta-peserta turut mengambil bahagian sehingga gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut.

Upload: shuang-shing-chuah

Post on 29-Sep-2015

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

work

TRANSCRIPT

Minggu Ketiga: 10 Desember 2011Waktu & Tempat: 8pagi 12tengah hari (di padang UPSI)Seperti kelas olahraga minggu lepas, kami melakukan perkara yang sama seperti; berkumpul di tepi gymnasium sementara menunggu pensyarah dan instruktur masing-masing. Pada minggu ini, kumpulan kami telah mempelajari dan juga mempratikkan acara olahraga iaitu Lompat Tinggi.Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan juga pratikal, kami membuat senaman untuk memanaskan badan terlebih dahulu agar tidak berlaku kecederaaan semasa melakukan acara.Kemudian, instruktur kumpulan D memberi pengenalan, teknik dan sebagainya tentang lompat tinggi ini. Setelah mendengar dan juga melihat contoh dari instruktur, kami pun dibenar untuk mencuba lompatan yang membelakangkan palang (gaya Fosbury Flop) sebelum diambil markah untuk markah pratikal lompat tinggi.Lompat TinggiLompat tinggi adalah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di antara dua tiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya Fosbury Flop. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan selepas setiap pusingan. Peserta-peserta turut mengambil bahagian sehingga gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut.Asas lompat tinggi yang baik adalah kebolehan menukar momentum hadapan kepada momentum tegak yang akan menaikkan badan pelompat melintasi palang. Jadi penujuan dan lonjak adalah amat penting dalam semua acara lompatan; lompat tinggi, lompat jauh dan lompat galah.Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi.i. Gaya Gunting (Scissors) Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaaan duduk berlunjur.ii. Gaya Timur Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.iii. Gaya guling barat penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.iv. Gaya pelana gaya ini hamper sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.v. Gaya Fosbury Flop gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang.Lompat Tinggi dibahagi kepada beberapa fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.

i. Fasa penujuan biasanya pelompat mengambil 7 hingga 9 langkah larian di mana 3 langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan belakangnya dahulu.ii. Fasa lonjakan ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hamper selari dengan palang.iii. Fasa layangan semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memandang palang) sambil melentikan badan. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaaan untuk pendaratan.iv. Fasa pendaratan serentak dengan mengangkat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat)Peraturan asas acara Lompat Tinggi.Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa di ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan. Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang.

Pengalaman saya.Lompat tinggi adalah antara acara olahraga yang paling saya minati dari zaman sekolah menengah lagi. Pada minggu ini juga, secara tidak sengaja saya telah dijadikan role model untuk semua kawan-kawan di dalam kumpulan D dengan menunjukan gaya lompatan Fosbury Flop.